KERTAS KERJAPROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
TARIKH: 16 NOV – 22 NOV 2013
TEMPAT:KUALA LUMPUR, MALAYSIA
ANJURAN:PERSATUAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSA)
MALAYSIAFAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA:PERSATUAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSA) TAIWAN
TEMA:”OPENING THE WORLD THROUGH YOUTH EXCHANGE”
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
1
KERTAS KERJAPROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP)
TAIWAN-MALAYSIA 2013PERSATUAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSA) MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan persetujuan serta
bantuan kewangan dari Jabatan Perkembangan Pelajar UKM (JPPel) dan Fakulti Perubatan
UKM bagi menjayakan Program Pertukaran Pelajar Perubatan Asia (AMSEP) Indonesia-
Malaysia 2013.
2.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG
2.1 Pengenalan Ringkas Persatuan
Persatuan Pelajar Perubatan Asia Malaysia atau Asian Medical Students'
Association (AMSA) Malaysia merupakan satu organisasi berciri bukan untung dan bukan
politik yang dipimpin oleh mahasiswa-mahasiswi perubatan. AMSA Malaysia merupakan
salah satu ahli pengasas AMSA Antarabangsa. AMSA Malaysia telah beroperasi di
Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tahun 1985. Visi AMSA Malaysia ialah Pengetahuan,
Tindakan dan Persahabatan (Knowledge, Action and Friendship). Misi persatuan ini adalah
untuk mendedahkan aktiviti-aktiviti saintifik dan perubatan bagi meningkatkan serta
mengembangkan pengetahuan pelajar perubatan di samping berlatih menjadi profesional
perubatan pada masa akan datang; berkhidmat kepada masyarakat demi kebaikan dan
perkembangan komuniti; serta menjalin hubungan persahabatan yang baik antara pelajar-
pelajar perubatan di rantau Asia-Pasifik. Kini, AMSA Malaysia Persatuan ini turut mendapat
kerjasama daripada persatuan-persatuan mahasiswa perubatan di universiti-universiti
tempatan iaitu International Medical University, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Putra
Malaysia, Universiti Sains Malaysia, University College of Sedaya International, Universiti
Teknologi MARA, Monash University, Asian Institute of Medicine, Science and Technology
University, dan Penang Medical College.
1
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
2
2.2 Sejarah/ Rekod
AMSA Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah kepada persidangan-persidangan
antarabangsa yang berikut:
Tahun Persidangan Tema
1983 The 4th Asian Medical Students’
Conference (AMSC)
Drug Abuse
1987 The 8th Asian Medical Students’
Conference (AMSC)
Medical Curriculum for Year 2000
1992 The 13th Asian Medical Students’
Conference (AMSC)
The Role of Medical Students in Primary
Health Care
1998 The 19th Asian Medical Students’
Conference (AMSC)
The Challenges of Health Care
Management in the next Millennium
2005 The 26th Asian Medical Students’
Conference (AMSC)
Technology in Medicine: Embracing the
Progress, Serving the People
2009 The 22nd East Asian Medical
Students’ Conference (EAMSC)
Engaging Asia-Pacific Youth in the Fight
Against HIV/AIDS
2010 The 23rd East Asian Medical Students’
Conference (EAMSC)
Men's Health: Defining The Past, Refining
The Future
Antara pencapaian AMSA Malaysia adalah:
Tahun Pertandingan Persidangan/Kategori Pencapaian2009 Kajian Akademik The 22nd East Asian Medical Students’
Conference (EAMSC)Kedua
2010 Kajian Akademik The 23rd East Asian Medical Students’ Conference (EAMSC)
Ketiga
2010 Kajian Akademik The 31st Asian Medical Students’ Conference (AMSC)
Ketiga
2011 Kajian Akademik The 24th East Asian Medical Students’ Conference (EAMSC)
Johan
2011 Anugerah Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-6 Tahun 2010
Kategori Pembangunan Kendiri dan Profesional
Pemenang
2011 Kajian Akademik Joint Conference 2011 Johan2011 Poster Awam Joint Conference 2011 Johan2011 Poster Saintifik
(Kategori Terbuka)Joint Conference 2011 Johan
2
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
3
2.3 Pengenalan Program
Program Pertukaran Pelajar Perubatan Asia (AMSEP) Taiwan-Malaysia 2013
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar perubatan dari luar negara dengan
persekitaran dan corak pembelajaran pelajar perubatan di Malaysia dan secara tidak
langsung memperkenalkan budaya Malaysia yang unik. Untuk pengetahuan pihak tuan, ini
merupakan kali ke-sepuluh program ini diadakan pada masa yang same dengan Program
Pertukaran Pelajar Perubatan Asia (AMSEP) Indonesia 2013. Kali ini adalah kali pertama
Persatuan Pelajar Perubatan Asia Malaysia (AMSA Malaysia), Universiti Kebangsaan
Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pelajar Perubatan Asia Taiwan (AMSA Taiwan).
Program ini adalah berunsurkan akademik dan juga budaya. Dari segi akademik, pelajar
dari luar negara akan menyertai kuliah dan kurikulum pelajar perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia serta didedahkan dengan corak pembelajaran sistem integrasi
bermodul yang digunakan oleh fakulti perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka
juga akan di bawa melawat sekitar Malaysia dan mempelajari budaya kita. Melalui program
pertukaran pelajar ini juga, kami berpeluang untuk berkongsi ilmu perubatan dan cara
belajar bersama-sama dengan para peserta dari luar negara, sekaligus memperluaskan ilmu
pengetahuan perubatan.
3.0 MISI
Untuk melahirkan mahasiswa perubatan yang berketrampilan, terkehadapan dan
bijak berkomunikasi di peringkat antarabangsa yang seterusnya mampu bersaing di arena
global tanpa melupakan jati diri dan budaya tempatan.
4.0 MATLAMAT
3
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
4
Program ini diadakan sebagai salah satu cara untuk membolehkan
pertukaran maklumat serta teknologi antara pelajar-pelajar perubatan berlainan
negara selain memahami budaya negara lain.
4.1 Mempromosikan UKM dan sistem pembelajaran berintegrasi di Malaysia
4.2 Menggalakkan kerjasama serta meningkatkan hubungan komunikasi di
kalangan bakal-bakal doktor di seluruh dunia.
4.3 Melahirkan pelajar-pelajar universiti yang mahir berorganisasi,bersosial dan
berkecimpungan di samping cemerlang dalam bidang akademik.
4.4 Menjalinkan hubungan mesra antara delegasi-delegasi yang datang dari
pelbagai negara yang mempunyai cara hidup, pemikiran dan budaya yang
berbeza.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Memperkenalkan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai
pusat pengajian siswazah lanjutan yang terulung di Malaysia kepada
masyarakat antarabangsa.
5.2 Menjalinkan semangat persaudaraan dan silaturrahim yang ikhlas antara para
peserta yang berlainan negara.
5.3Menggalakkan kerjasama serta mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi
dikalangan bakal-bakal doktor di seluruh Asia.
5.4 Memahami masalah yang timbul dalam bidang perubatan dan kesihatan, di
samping berkongsi pendapat bagi memperolehi jalan penyelesaiannya.
5.5 Membolehkan pertukaran budaya dan keistimewaan negara di antara para
peserta dari luar negara dan Malaysia.
4
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
5
5.6 Melahirkan pelajar perubatan yang berdaya saing di peringkat global.
5.7 Mengasimilasikan budaya pembelajaran di antara pelajar seantero dunia.
5.8 Menggarap integrasi nasional antara negara yang terlibat.
5.9 Meningkatkan keterampilan dan kemahiran komunikasi mahasiswa-i UKM
selari dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang
berkemahiran, berpengalaman dan mempunyai 'soft-skill' yang tinggi
6.0 TEMA
”Opening The World Through Youth Exchange”
7.0 ANJURAN
Persatuan Pelajar Perubatan Asia Malaysia (AMSA Malaysia),
Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pelajar Perubatan
Asia Taiwan (AMSA Taiwan) dari Chung San Medical University.
8.0 TARIKH DAN MASA
Program ini akan diadakan pada :
16 NOV (SABTU) sehingga 22 NOV 2013 (JUMAAT)
9.0 TEMPAT PROGRAM
Program ini akan berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia cawangan Kuala
Lumpur dan Cheras, serta kawasan sekitar Kuala Lumpur bersama dengan lawatan
sambil belajar.
10.0 PUBLISITI
5
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
6
Publisiti kepada para pelajar fakulti perubatan akan dibuat melalui :
i. Pengumuman
ii. Notis
iii. Blog AMSA (http://amsaofmalaysia.wordpress.com)
iv. E-Poster (Poster Elektronik)
11.0 CADANGAN PERASMI
Cadangan perasmi ialah :
11.1 Perasmian Pembukaan
Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman AliDekan dan PengarahPusat Perubatan Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Kebangsaan Malaysia
11.2 Perasmian Penutup
Dr. Adli AliPenasihat Persatuan Pelajar Perubatan Asia (AMSA) Malaysia
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Seramai 9 peserta Tahun 2, 13 peserta Tahun 1 dan 1 peserta Tahun 3 dari
Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan dijangka 8 orang pelajar dari
Chung San Medical University, Taiwan akan menyertai program ini. Untuk senarai
nama peserta Universiti Kebangsaan Malaysia, sila rujuk Lampiran 1.
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
6
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
7
Sila rujuk Lampiran 2.
14.0 TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk Lampiran 3.
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan sepanjang Program Pertukaran
Pelajar ini secara amnya dibahagi kepada dua kategori, iaitu aktiviti berlandaskan
akademik dan aktiviti berlandaskan kebudayaan.
15.1 Senarai aktiviti-aktiviti jenis akademik adalah seperti berikut:
15.1.1 Perbincangan sesi kumpulan kecil (Small Group Discussion) dan
Latihan dalam kumpulan.
15.1.2 Penyertaan peserta-peserta ke dalam sesi kuliah pelajar Perubatan
tahun 1 atau 2.
15.1.3 Penyertaan peserta-peserta ke dalam sesi perbincangan Problem
Based Learning (PBL) atau kelas praktikal (bergantung kepada jadual
waktu dan persetujuan fasilitator).
15.1.4 Seminar berkaitan sistem kesihatan di Malaysia daripada pensyarah
Universiti Kebangsaan Malaysia yang berpengalaman.
15.1.5 Sesi pembentangan dan perkongsian ilmu daripada peserta-peserta
luar negara.
15.1.6 Lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat
Perubatan Prince Court, Pusat Darah Negara, Institut Jantung Negara dan
Balai Seni Lukis Negara.
15.2 Senarai aktiviti-aktiviti jenis kebudayaan adalah seperti berikut:
15.2.1 Majlis Perasmian Pembukaan Program Pertukaran Pelajar 2013.
7
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
8
15.2.2 Aktiviti membeli-belah di pusat beli-belah tempatan yang kaya dengan
budaya Malaysia seperti China Town, Pasar Seni, dan Little India.
Kepelbagaian kaum dan budaya yang terdapat di Malaysia dapat dilihat di
kawasan-kawasan ini.
15.2.3 Lawatan ke Menara Berkembar Petronas yang merupakan mercu
tanda Malaysia di samping merentasi Skybridge untuk menikmati pandangan
bandar Kuala Lumpur. Menara ini merupakan kebanggaan setiap rakyat
Malaysia yang melambangkan modenisasi Negara.
15.2.4 Lawatan ke Putrajaya yang berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran
Persekutuan Malaysia. Antara tempat-tempat yang akan dilawat adalah
seperti berikut:
Masjid Putra
Perdana Putra
Taman Botani Putrajaya
Taman Wetland
15.2.5 Lawatan ke Muzium Tekstil Negara memberi perluang bagi pelajar-pelajar
Indonesia untuk meneroka kekayaan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia.
Muzium ini menjejak aliran dan perkembangan tekstil yang telah mempercirikan
dan membentuk gaya hidup masyarakat Malaysia sejak zaman pra-sejarah
hingga kini. Mereka dapat melawat empat galeri yang mempamerkan koleksi
tekstil tersohor, aksesori dan pakaian.Persembahan multimedia di muzium ini
turut menonjolkan teknik-teknik penghasilan tekstil di Malaysia.
15.2.6 Lawatan sambil bersiar ke Kuala Tahan Pahang, sesuatu tempat yang
terkenal dengan permandangan yang indah dan merupakan destinasi
pelancongan pilihan ramai. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan adalah
seperti berikut:
“Rapid Shooting”
Mendaki gunung
Lawatan ke penenempatan orang asli
“canopy walk”
8
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
9
15.2.7 Malam Kebudayaan dan Majlis Penutup Program Pertukaran Pelajar
Perubatan Asia.
16.0 CARTA ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran 4.
17.0 BELANJAWAN
Sila rujuk Lampiran 5.
18.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan surat-menyurat, sila
hubungi:
Asian Medical Students’ Association (AMSA) Malaysia UKM,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia,
Jalan Yaacob Latif,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur.
Tel: 03- 9145 5555
YONG CHEE YUEN Pengarah 010-2562127FOO YI WEN T. Pengarah 012-7209926
19.0 PENUTUP
9
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
10
Dengan ini, pihak kami amat berharap kerjasama daripada pihak tuan untuk
meluluskan dan seterusnya memberi bantuan kewangan bagi melaksanakan
program ini. Adalah menjadi harapan kami untuk melihat program ini dapat berjalan
lancar dan mencapai matlamat, dan objektif yang disasarkan. Semoga usaha ini
akan merapatkan lagi hubungan erat antara pelajar perubatan dari seluruh negara.
Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,
10
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
11
………………….
YONG CHEE YUENPengarah,
Program Pertukaran Pelajar Perubatan Asia 2013,
Persatuan Pelajar Perubatan Asia (AMSA),
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disemak oleh,
…………………………….
DR ADLI BIN ALI
Pegawai Perubatan Jabatan Paediatrik
Pusat Perubatan Univeristi Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Disahkan oleh,
………………………………………………
PROF DR. NABISHAH MOHAMAD
Timbalan Dekan Akademik,
Pengajian Prasiswazah dan Alumni
Fakulti Perubatan,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Lampiran 1
11
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
12
SENARAI NAMA PESERTA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
NO NAMA NO MATRIK TAHUN
1. YONG CHEE YUEN A139998 FPER/2
2. FOO YI WEN A139985 FPER/2
3. ANIZA AINI BT BARKATH A140553 FPER/2
4. HONG WEI XIU A140701 FPER/2
5. CHAI ANN CHEE A139869 FPER/2
6. GAN KHAI SHEN A143624 FPER/1
7. JOHN GOH KOK SIEW A143701 FPER/1
8. MICHELLE WONG HENG TING A140569 FPER/2
9. BILLY NG CHAW CHING A143674 FPER/1
10. CHOONG YONG SHENG A146943 FPER/1
11. SUGANTHI A/P KUMAR A140521 FPER/1
12. TAY SENG BOON A143580 FPER/1
13. NURUL BALQIS BINTI MOHD SHARIFF A143693 FPER/1
14. WONG HUR MIN A136263 FPER/2
15. LOK YUAN ZHANG A143619 FPER/1
16. EDWIN ONG HOCK MIN A143625 FPER/1
17. LOH YI SHENG A139984 FPER/2
18. TEH JUN XIAN A143581 FPER/1
19. NURUL NABILAH BT ABDUL AZIZ A143681 FPER/1
20. CHIANG WEY CHEAIT A139899 FPER/2
21. THENMOLLE ARUMUGAM A143653 FPER/1
22. EU CHEE LING A143689 FPER/1
Lampiran 2
12
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
13
STRUKTUR ORGANISASI
PenaungY.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia
PengerusiY. Bhg. Prof. Dr. Ir. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia
PenyelarasTimbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat 1:Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Lokman Bin Saim
Profesor OtorhinolaryngologiPusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Penasihat 2:Dr Adli bin Ali
Pegawai Perubatan Jabatan PaediatrikPusat Perubatan Univeristi Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ketua PengarahYong Chee Yuen (FPER/2)
Timbalan Pengarah IFoo Yi Wen (FPER/2)
SetiausahaAniza Aini Bt Barkath (FPER/2)
Bendahari Hong Wei Xiu (FPER/2)
Exco Amsep 1 Amsa MalaysiaSoon Chong Hong(FPER/3)
Exco Amsep 2 Amsa MalaysiaHeng Xue Min (FPER/3)
Sekretariat-Sekretariat:
13
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
14
Program AkademikPengarah I : Suganthi A/P KumarPengarah Ii : Tay Seng BoonPengarah Iii : Nurul Balqis Binti Mohd Shariff
Program KebudayaanPengarah I :Chai Ann CheePengarah Ii : Gan Khai ShenPengarah Iii : John Goh Kok Siew
Protokol Pengarah I : Michelle Wong Heng TingPengarah Ii : Billy Ng Chaw ChingPengarah Iii :Choong Yong Sheng
PemasaranPengarah ! : Loh Yi ShengPengarah Ii : Teh Jun XianPengarah Iii : Nurul Nabilah Bt Abdul Aziz
Pengangkutan & Logistik Pengarah I :Wong Hur MinPengarah Ii :Lok Yuan ZhangPengarah Iii :Edwin Ong Hock Min
Multimedia & PublisitiPengarah I : Chiang Wey CheaitPengarah Ii : Thenmolle ArumugamPengarah Iii : Eu Chee Ling
Lampiran 3
TENTATIF PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) Taiwan-MALAYSIA 2013
14
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
15
Tarikh Waktu Aktiviti Tempat16/11/2013(SABTU)
Pagi Ketibaan peserta-peserta dari luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)- Penukaran mata wang- Membeli belah bebas cukai
Bertolak ke Pulau Pangkor Perak(masa perjalanan jangkaan : 4 jam)
Lawatan mengelilingi Pulau Pangkor dengan boat
Perjalanan dalam Bus
Pulau Pangkor
Petang Makan Tengah Hari Permainan dansukan air
- Snorkelling- Banana Boat- Jet-ski- Kayak
Pulau Pangkor
Malam Parti Pembukaan- BBQ di tepi pantai- Persembahan Ahli Jawatankuasa
Pulau Pangkor
17/11/2013(AHAD)
Pagi Sarapan pagi Lawatan sekitar Pualau Pangkor
dengan van- Kota Belanda- Taman Fu Lin Kong- Replica Tembok Besar Negeri Cina
Pulau Pangkor
Tengah Hari Makan tengah hari Daftar keluar Hotel Lawatan ke Kilang Satay Fish SPK
Dan Tukang bot SPK Lawatan ke Pantai Pasir
Ketapang(Turtle Bay)
Pulau Pangkor
Malam Makan Malam Bertolak balik ke Kuala Lumpur
Bus
18/11/2013(ISNIN)
Pagi Sarapan pagi Lawatan ke HUKM
- Majlis Pembukaan- Ward Round- Lawatan ke UMBI (UKM Medical
Molecular Biology Institution) Makan tengah hari
Hospital UKM
15
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
16
Dari tengah hari ke malam
Bertolak ke Putrajaya Lawatan ke Putrajaya
- Putrajaya Botanical Garden- Wetland- Alamanda (makan malam)- Masjid Putra- Perdana Putra- Putra Cruise- Millennium Monument- Seri Wawasan Bridge
Putrajaya
19/11/2013(SELASA)
PAGI Sarapan pagi Program Academic
- Lecture- Lawatan sekitar Kampus UKM KL - Sesi PBL
Kampus UKM KL
TENGAH HARI
Makan tengah hari Lawatan ke Museum Anatomi
Museum AnatomiUKM
PETANG Lawatan ke KLCC- Makan malam- KLCC Park- Skybridge- Suria KLCC
KLCC
20/11/2013(RABU)
PAGI
Tengah hari
Malam
Sarapan pagi Program Akademik
(KhidmatMasyarakat) Makan tengah hari Bertolak ke FRIM
Aktiviti dalam FRIM -jungle trekking-lawatan ke insect house dan herbal botanical garden-canapy walk
Bertolak ke KL Butterfly Park
Lawatan ke KL Butterfly Park Lawatan ke Masjid Negara Lawatan keTugu Negara Lawatan ke ASEAN Sculpture Garden
RumahKebajikan
FRIM
KL Butterfly Park, Masjid Negara, Tugu Negara, ASEAN Sculpture
16
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
17
Garden
21/11/2013(KHAMIS)
PAGI
TENGAH HARI
MALAM
Sarapan pagi Lawatan ke Prince Court Medical
Center Bertolak ke National Heart Institute Lawatan ke National Heart Institute Lawatan ke National Blood Bank
Malaysia Bertolak ke National Textile Museum
Lawatan sekitar Kuala Lumpur- National Textile Museum,
- Kuala Lumpur City Gallery, - Merdeka Square, - Central Market - Petaling Street
BertolakkeMajlisPenutup
MajlisPenutup
Prince Court Medical CenterNational Heart InstituteNational Blood Bank Malaysia
Sekitar Kuala Lumour
22/11/2013(JUMAAT)
PAGI
Tengah hari
Sarapanpagi Royal Selangor
Makan Tengah Hari Keberangkatanpulangparadelegasi
program ke Taiwan
Royal Selangor
17
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
18
Lampiran 5
ANGGARAN BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
Bil. Pendapatan Jumlah (RM)
1. Jabatan Perkhidmatan Pelajar 5000.00
2. Fakulti Perubatan, UKM 3000.00
3. Pemasaran 200.00
Jumlah 8200.00
Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perbelanjaan Jumlah (RM)
1.
Pengangkutan dan Logistik
Penginapan (7 hari× 8 unit×RM20.00)
Makan pagi (7 hari× 8 unit×RM8.00)1120.00
18
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
19
Makan tengah hari (7 hari× 8unit×RM12.00)
Makan malam (7 hari× 8 unit×RM15.00)
Pengangkutan –Bus/ Teksi / Monorail
448.00
672.00
840.00
550.00
2. Protokol
Majlis Makan Malam dan Upacara Perasmian
Upacara Penutup dan Majlis Makan Malam
Kebudayaan
Perhiasan
Cenderamata Tetamu Jemputan
(2 unit×RM20.00)
Cenderamata deligasi (8 unit×RM20.00)
Sijil (8 unit×RM2.00)
Tag nama (8 unit×RM3.00)
Sim kad (8 unit x RM 10.00)
Lain-lain
700.00
700.00
100.00
40.00
160.00
16.00
24.00
80.00
200.00
3. Sosial dan Kebudayaan
Lawatan ke Menara Berkembar Petronas (8 unit×RM50.00)
Lawatan ke Pulau Pangkor(8 unitxRM120.00)
Lawatan ke FRIM(8 unitxRM8.00)
Lawatan ke Muzium Tekstil Negara(8unitxRM5.00)
Lawatan ke KL butterfly Park (8unitxRM20.00)
Lawatan ke Putrajaya(8unitxRM30.00)
400.00
800.00
64.00
40.00
60.00
240.00
19
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
20
4. Multimedia, Publisiti dan Cenderamata
Kain putih banner
Booklet Fotostat
Dvd cenderamata
Poster printing
Alatan Multimedia
Hadiah Penghargaan
60.00
20.00
25.00
30.00
300.00
300.00
5. Kajian Akademik
Photostat dan print 100.00
JUMLAH 8189.00
RINGKASAN EKSEKUTIF BAGI PERMOHONAN KEBENARAN MEMUNGUT DERMA/KUTIPAN WANG DI LUAR KAMPUS DI BAWAH SEKSYEN 15A AKTA
UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 ( PINDAAN 1996)
IPTA Persatuan Mahasiswa Perubatan Asia (AMSA)
Malaysia- Universiti Kebangsaan Malysia
TAJUK PROGRAM Program Pertukaran Pelajar Perubatan Asia Timur
(AMSEP) Taiwan-Malaysia 2013
JENIS PROJEK Akademik dan Budaya
MATLAMAT DAN
PENCAPAIAN PROGRAM
Memupuk kesefahaman di kalangan pelajar perubatan
dari negera yang berbeza di samping meningkatkan
pertukaran maklumat antara pelajar-pelajar perubatan
berlainan negara serta memahami budaya negara lain.
ANJURAN Persatuan Pelajar Perubatan Asia Malaysia (AMSA
Malaysia),Universiti Kebangsaan Malaysia
TARIKH DAN TEMPAT 16 Nov sehingga 22 Nov 2013
20
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR PERUBATAN ASIA (AMSEP) TAIWAN-MALAYSIA 2013
16 NOV – 22 NOV 2013
21
Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur,
Malaysia
BILANGAN PESERTA Seramai 8 pelajar perubatan dari Chung San Medical
University, Taiwan
ANGGARAN KOS RM 8189.00
21