14
5.4 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah: Pejabat, Kurikulum & Kokurikulum dan Kewangan Sekolah 5.4.1 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah 1. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. 2. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. 3. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan

5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

5.4 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah: Pejabat, Kurikulum & Kokurikulum dan Kewangan Sekolah

5.4.1 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

1. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

2. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untukmencapai matlamat.

3. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkanindividu-individu menikmati kehidupan yang baik.

4. Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan.

5. Sementara itu Campbell, Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran

Page 2: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

6. Definisi lain ialah: Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi

lain. Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian

penyelidikan oleh para pensyarah terutama Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain.

7. Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan. Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi, sosiologi, sains, politik dan ekonomi. Kesemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan.

8. Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidanglain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan ujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi.

9. Dalam organisasi konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama denganpentadbiran ,iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkanperancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya.

10. Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah : Pengendalian Matlamat Kualiti/mutu Keberkesanan Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia

5.4.2. Tugas Pentadbiran Sekolah

1. Proses Pentadbiran Sekolah

1.1. Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil, mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktiviti-aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.

Merancang

Page 3: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

Membuat keputusan Komunikasi Mengawal Menilai

1.2. Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut: Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah. Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan

khidmat bimbingan. Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan

–cadangan alternatif. Merancang dan melaksanakan perancangan. Menilai kemakmuran.

1.3. Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan, iaitu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan, membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan, mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan, mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.

5.4.3 Tugas Pengurusan Sekolah

1. Peranan Guru Besar Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah:

memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketikamelaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.

memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.

membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

Page 4: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

2. Peranan Guru

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu: Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-

pelajar dalam proses pembelajaran. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu

yang bersikap positif, kreatif dan inovatif. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang

berkesan serta bersistematik. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah

mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.

Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri.

Page 5: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

5.4.4. Kurikulum Sekolah 1. Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada

murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

2. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

4. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat.

5. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahandan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.

6. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.

7. Panitia Mata Pelajaran Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga

Page 6: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.

5.4.5. Kokurikulum 1. Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua

murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu.

2. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk: menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di

kalangan murid-murid. memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-

murid. mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid

dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah. membina dan meningkatkan disiplin murid-murid. membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik

dan menggembirakan. membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara

sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

5.4.6. Kewangan Sekolah

Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar. Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan sekolah.

Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi

Page 7: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

kepada sekolah dan lain-lain wangsekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada sekolah amnya.

5.4.7 Pejabat sekolah

Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalahyang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar.

Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan indah.

Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.

Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah.

Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah danmasyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha keselamatan, kebersihan dan keindahan.

Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolah-sekolah

Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.

Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam sekitar, yang dilekatkandengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata,

Page 8: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslahdiutamakan.

Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru, para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan.

5.4.8 Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific Management(1911). Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth.

Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.

Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:

1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan 2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. 9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja.

Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik. Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan

Page 9: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah

hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan.

RUJUKAN

a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd

b. Mohd Salleh Lebar (2000), Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia, Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd.

c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.d. Ahmad Kilani Mohamed (2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai.e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

Page 10: 5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah