8
AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM Kandungan :- 1) Nama Al-Qur’an 2) Al-Qur’an Di Sisi Muslim 3) Cara Al-Qur’an Diturunkan 4) Penyampaian Wahyu 5) Pembukuan Al-Qur’an 6) Susunan Fizikal Al-Qur’an 7) Mukjizat Al-Qur’an 8) Kandungan Al-Qur’an 9) Indeks Isi Al-Qur’an Objektif 1. Untuk melihat kedudukan dan peranan al-Qur an dalam tamadun Islam 2. Untuk melihat bagaimana al-Qur an mencetuskan Islam sebagai satu tamadun Pengenalan Al-Qur an,iaitu kalam Allah ( ucapan Allah ) merupakan kitab suci umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk manusia seluruhnya yang menyentuh semua sudut kehidupan di dunia & akhirat serta menjadi sumber utama dan ilham bagi Muslim dalam membentuk tamadun. Nama Al-Qur’an 1. Al-Qur an (bererti yang dibaca ) 2. Al-Dzikr (bererti peringatan ) 3. Al-Kitab (bererti buku , yang ditulis ) 4. Al-Furqaan (bererti pemisah di antara yang benar dan salah ) Al-Qur’an Di Sisi Muslim Al-Qur an di anggap sebagai ; 1. Kitab standard,pedoman dan falsafah hidup bagi orang-orang yang beriman (Al-Isra 9, Al An am 114). 2. Penyelesai setiap pertikaian / pertelingkahan (al-Nisa 105, al-Ma idah 48- 50). 3. Petunjuk jalan yang terang, tiada keraguan dan memimpin ke pintu bahagia (Al-Baqarah 2). 4. Diturunkan bagi alam semesta (Al-Takwir 27). 5. Tidak ada yang salah di dalamnya (Fussilat 42). 6. Ruh (Roh) yang memberikan erti hidup dan makna kehidupan hakiki (Al- Nahl 2). 7. Syifaa (penawar) ( Al-Israa 82) 8. Nuur (sinar cahaya terang) bagi mereka yang masih meraba-raba di dalam kegelapan (Al-Maidah 15).

AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

Kandungan :-

1) Nama Al-Qur’an2) Al-Qur’an Di Sisi Muslim3) Cara Al-Qur’an Diturunkan4) Penyampaian Wahyu5) Pembukuan Al-Qur’an6) Susunan Fizikal Al-Qur’an7) Mukjizat Al-Qur’an8) Kandungan Al-Qur’an9) Indeks Isi Al-Qur’an

Objektif

1. Untuk melihat kedudukan dan peranan al-Qur’an dalam tamadun Islam2. Untuk melihat bagaimana al-Qur’an mencetuskan Islam sebagai satu tamadun

Pengenalan

Al-Qur’an,iaitu kalam Allah (‘ucapan Allah’) merupakan kitab suci umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk manusia seluruhnya yang menyentuh semua sudut kehidupan di dunia & akhirat serta menjadi sumber utama dan ilham bagi Muslim dalam membentuk tamadun.

Nama Al-Qur’an

1. Al-Qur’an (bererti ‘yang dibaca’)2. Al-Dzikr (bererti ‘peringatan’)3. Al-Kitab (bererti ‘buku’, ‘yang ditulis’)4. Al-Furqaan (bererti ‘pemisah di antara yang benar dan salah’)

Al-Qur’an Di Sisi Muslim

Al-Qur’an di anggap sebagai ;

1. Kitab standard,pedoman dan falsafah hidup bagi orang-orang yang beriman (Al-Isra’9, Al An’am 114).

2. Penyelesai setiap pertikaian / pertelingkahan (al-Nisa’ 105, al-Ma’idah 48-50).3. Petunjuk jalan yang terang, tiada keraguan dan memimpin ke pintu bahagia (Al-

Baqarah 2).4. Diturunkan bagi alam semesta (Al-Takwir 27).5. Tidak ada yang salah di dalamnya (Fussilat 42).6. Ruh (Roh) yang memberikan erti hidup dan makna kehidupan hakiki (Al-Nahl 2).7. Syifaa’ (penawar) ( Al-Israa’ 82)8. Nuur (sinar cahaya terang) bagi mereka yang masih meraba-raba di dalam

kegelapan (Al-Maidah 15).9. Burhaan (bukti) kebenaran dari Tuhan (Al-Nisa’ 174)

Page 2: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

10. Nikmat dan furqaan (pemisah) diantara yang benar dengan yang salah (Al-Furqan 1).

11. Dzikir (peringatan) dan pengawal (Al-Hijr 9).12. Mukjizat paling besar bagi Nabi Muhammad s.a.w yang selalu tepat dan senantiasa

up to date sepanjang zaman (Yunus 37).13. Kalam Allah yang menggariskan kebenaran,petunjuk dan rahmat (Al-Maidah 15, Al-

An’am 92, Al-Nahl 89).

Cara Al-Qur’an Diturunkan

Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur (berperingkat) mengikut kesesuaian peristiwa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari iaitu semenjak Nabi Muhammad berusia (lebih kurang) 40 tahun hingga 63 tahun.

Kebaikan / hikmah (faedah yang tersirat) penurunan secara beransur-ansur adalah :

1. Lebih mudah difahami dan di laksanakan2. Lebih mudah dihafal 3. Sebahagian ayatnya merupakan jawapan dan penyelesaian kepada pertanyaan dan

persoalan yang timbul,sesuai dengan kepentingan umat dan perundangan Islam yang dibentuk secara beransur-ansur

Penyampaian Wahyu

Allah s.w.t menyampaikan wahyu kepada Rasulullah s.a.w melalui beberapa cara seperti berikut.

1. Allah s.w.t menyampaikan wahyunya secara langsung kepada baginda melalui ‘mimpi benar’ (ru’yah shaadiqah).

2. Allah s.w.t mengilhamkan firmannya ke dalam hati baginda3. Baginda mendengar wahyu seperti gemercing bunyi lonceng4. Baginda mendengar wahyu seperti suara lebah5. Malaikat Jibrail datang membawa wahyu samada dalam bentuknya yang asli atau

dengan menyamar sebagai seorang lelaki.

Pembukuan Al-Qur’an

Rasulullah s.a.w menghafal dan mengajar ayat-ayat yang diturunkan. Baginda tidak pernah menulisnya kerana buta huruf (ummi).

Disamping menghafal, sahabat-sahabat baginda seperti Zaid bin Tsabit,Utsman bin ‘Affan,Ubay bin Ka’ab,Ali bin Abi Thalib dan Mu’awiyah bin Abi Sufiyan,menulis wahyu di pelepah kurma,belulang,kulit binatang dan lain-lain.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar,ayat-ayat ini dikumpulkan dan ditulis semula menjadi bentuk buku oleh Zaid bin Tsabit. Inisiatif ini dilakukan apabila di dapati ramai sahabat Rasulullah s.a.w penghafal al-Qur’an meninggal dunia terutama terbunuh dalam peperangan Yamaamah.

Page 3: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

Salinan al-Qur’an disimpan oleh isteri Rasulullah s.a.w (Hafsah binti Umar al-Khattab), diperkemaskan lagi pada zaman Khalifah ‘Utsman ‘Affan berdasarkan dailek (pertuturan) suku Quraisy demi mengelakan perbezaan penyebutnya oleh pelbagai bangsa Muslim yang semakin ramai.

Dengan pemusnahan salinan-salinan lain oleh khalifah ini, versi (mashaf) Rasam ‘Utsmaani yang merangkumi 7 cara bacaan ini sahaja yang diterima pakai sampai sekarang.

Susunan Fizikal Al-Qur’an

Al-Qur’an terdiri daripada 114 surah (atau dieja surat) yang berupa bab-bab. Nama (tajuk) surah diambil daripada persoalan yang terkandung di dalamnya atau daripada perkataan yang letaknya di permulaan surah.

Satu surah mengandungi beberapa ayat. Lebih kurang 6,236 ayat terdapat dalam Al-Qur’an. Ayat mengandungi satu atau banyak kalimah.Lebih kurang 74,437 kalimah dalam Al-Qur’an.Kalimah terdiri dari satu atau banyak huruf. Lebih kurang 325,345 huruf terdapat didalam Al-Qur’an.

Al-Qur’an juga dibahagikan kepada 30 juz (jamaknya juzu’) iaitu 30 bahagian yang lebih kurang sama banyak (sama tebal) di antara satu sama lain. Ianya bertujuan untuk dihabiskan bacaannya dengan kadar satu bahagian dalam masa satu hari,30 bahagian sebulan.

Ayat Al-Qur’an boleh di bahagikan kepada Makkiyah (Makkiyat) dan Madaniyyah (Madaniyyah). Ayat Makkiyah diturunkan sewaktu Rasulullah s.a.w berada di Makkah selama 12 tahun 5 bulan 13 hari (sebelum Hijrah). Ayat Madaniyyah (Madaniyyat) diturunkan semasa Rasulullah s.a.w berada di Madinah selama 9 tahun 9 bulan 9 hari (selepas Hijrah).

Mukjizat Al-Qur’an

Mukjizat ; Kelebihan luar biasa kurniaan Allah s.w.t kepada para rasulnya sebagai bukti kerasulan mereka. Terbahagi kepada dua iaitu :

I. Mukjizat hissi,iaitu yang boleh dicapai oleh pancaindera zahir seperti mukjizat Nabi ‘Isa yang dapat menghidupkan burung dari tanah liat.

II. Mukjizat ma’nawi, iaitu yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera zahir kecuali menggunakan akal.

Page 4: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

Kandungan Al-Qur’an

Berikut adalah perkara-perkara yang sering dibicarakan oleh al-Qur’an;

1. Tauhid : nama,sifat dan perbuatan Allah s.w.t, serta perkara yang bercanggah dengan Tauhid seperti kufur dan syirik.

2. Al-Qur’an sebagai pedoman manusia3. Rasul :kerasulan,kisah dan kitab yang dibawa mereka.4. Makhluk ghaib : mala’ikat,jin dan syaitan – kejadian,sifat dan peranan mereka5. Manusia:kejadian,peranan,sifat dan tarafnya (beriman,ahli

kitab,munafiq,musyrik,kafir,zalim,cerdik,bodoh dan lain-lain.)

Indeks Isi Al-Qur’an

Perniagaan

Perniagaan halal,riba haram(al-Baqarah 275)- hutang,surat perjanjian,saksi,gadai (al-Baqarah 280-283),- menyempurnakan sukatan dan timbangan (al-An’am 152)-berniaga tanpa lupakan perintah Allah s.w.t (al-Jumu’ah 9).

Pertanian

Berkebun,pengairan,perusahaan (Yasin 34-35)

Penternakan

Kepelbagaian kegunaan binatang :makanan,minuman,pakaian,perhiasan,pengangkutan dan lain-lain (Yasin 72-73,al-Nahl 5-8,80)-“... dan Dia akan mencipta apa-apa (kenderaan dan lain-lain) yang belum kamu ketahui ‘ (al-Nahl 8).

Perikanan dan Perkapalan

Kegunaan laut dan sungai :ikan,mutiara,perkapalan dan lain-lain kurniaan Tuhan (al-Nahl 14,Fatir 12,Ibrahim 32, al-Jasyiah 12).

Ilmu Pengetahuan

Tuntutan mengkaji alam dan manfaat darinya. (Yunus 101,al-Jasyiah 13,Luqmaan 20) – kelebihan orang yang berilmu (Fatir 28,al-Zumar 9)- bertanya kepada orang yang pandai (al-Nahl 43).

Ilmu Alam dan Kimia

Kejadian hujan (al-Rum 48) – besi dan faedahnya (al-Saba’ 10-11,al-Halid 25) – ‘kami tumbuhkan di bumi semua benda dalam keadaan seimbang” (al-Hijr 19).

Page 5: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

Ilmu Bumi dan Falak

Tuntutan mengkaji :- i. Alam (al-Ghasyiah 18-20,Qaf 6-11) – gunung “meneguh/menetapkan” bumi (al-

Anbia’ 31).ii. Kepelbagaian tanaman (sifat,jenis dll) walaupun mendapat sumber hidup yang sama

(al-Ra’d 4).iii. Bulan dan matahari untuk mengira waktu (al-Baqarah 189,Yunus 5, Yasin 39,al-

An’am 96) – bintang sebagai pedoman di lautan dan daratan, (al-An’am 97) .iv. Tuntutan memerhatikan / mengkaji langit,bulan dan matahari (cakerawala) (Nuh 15-

16).v. Kejadian di langit dan diri manusia sebagai bukti kebenaran.Tuhan dan risalahnya

(utusannya :Al-Qur’an dan rasul) (Fussilat 53).vi. Gunung “berlari seperti awan” (bukti bumi bergerak kencang) (al-Naml 88).

vii. Kepelbagaian batu-batan gunung (Fatir 27).viii. Beberapa buruj (gugusan bintang ) dicipta di langit (al-Hijr 16)

ix. Langit pada awalnya berupa asap/wap (Fussilat 11)x. Langit dan bumi pada mulanya satu kemudian dipisahkan (al-Anbia’ 30)

xi. Matahari dan bulan beredar pada falaknya yang tetap dan kedua-duanya mempunyai ‘ajal’ yang telah ditentukan (al-Anbia’33,Yasin 38, al-Zumar 5)

xii. Fenomena siang dan malam (al-Zumar 5,al-Imran 27).

Ilmu Haiwan,Manusia,Tumbuh-Tumbuhan dan Geologi

Tuntutan Mengkaji :

i. Unta (al-Ghasyiah 17), burung (al-Mulk 19), manusia (al-Tariq 5-6,al-Zariat 21),buahan (al-An’am 99), makanan (Abasa 24-32),”tulang disusun dan dibungkus dengan daging”, (al-Baqarah 259).

ii. Permulaan kejadian alam (al-Ankabut 20)iii. Pusingan hidup dan mati (al-An’am 95)iv. Lebah dan madu (al-Nahl 68-69),labah-labah,(al-Ankabut 41),v. Kebolehan semut (binatang) berkomunikasi (al-Naml 18)vi. Binatang adalah “umat” sama seperti manusia (al-An’am 38)vii. Haiwan di jadikan daripada air (al-Nur 45)viii. Kenergantungan makhluk yang pelbagai kepada air ( Fatir 27-28),ix. Kejadian manusia daripada tanah dan air mani (al-Sajadah 7-8)x. Kemulian dan kelebihan manusia daripada makhluk lain (al-Isra’ 70)xi. Semua makhluk termasuk yang belum diketahui adalah berpasangan (Yasin 36,al-

Ra’d 3)xii. Pendebungaan (al-Hijr 22)xiii. Percambahan biji benih (al-An’am 95)xiv. setiap benda hidup dijadikan daripada air (al-Anbiya’30)

Page 6: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

Ilmu Kesihatan

i. Tuntutan bersihkan pakaian dan anggota (al-Muddaththir 4,al-Maidah 6)ii. Bersihkan diri selepas bersetubuh (al-Nisa ’43)iii. Sederhana (tidak boros) dalam makanan dan minum (al-A’raf 31)iv. Utamakan kesihatan walaupun ketika beribadat (e.g. puasa) (al-Baqarah 184)

Sejarah

i. Tuntutan mempelajari sejarah (Yusuf 109, Al-Hasyr 2,Yusuf 111)ii. Sejarah rasul dan tokoh-tokoh penting

Belajar Membaca,Menulis dan Mengira

i. Gesaan membaca / belajar tentang tauhid, dan menjelaskan ciptaan manusia serta peranan pena (al-Alaq 1-5)

ii. Kejadian siang dan malam untuk mengira (al-Isra 12)iii. Gesaan membaca (kaji/belajar) al-Quran setakat yang mampu (al-Muzzammil 20)iv. Gesaan menghisab amalan diri ( al-Isra’ 14).

Berakhlak Mulia

i. ‘Adil’ ketika menghukum dan menjadi saksi,berkata-kata,menjaga anak yatim,melayani isteri-isteri (al-Nisa 58,al-Maidah 8,al-An’am 152, al-Nisa 127)

ii. Berbuat baik kepada keluarga,sahabat,jiran,musafir dan orang yang lemah e.g miskin,yatim,hamba ( al-Nisa’36,al-Isra’23,al-Nisa’3,al-Nisaa’19,Luqman 15)

iii. sentiasa bersabar,bercakap benar,minta ampun (Ali ‘Imran 17,al-Ahzab 70)iv. Minta ampun kepada Tuhan (al-Nisa ‘106),v. Rendah diri (al-Hijr 88),amanah (al-Nisa’58), bersyukur (al-Ankabut 17)vi. Amanah terhadap hak anak yatim (al-Nisa ‘6)

vii. Mengawal nafsu (al-Nazi’at 40 – 41)

Keluarga dan Wanita

i. Idah-idah wanita (al-Baqarah 228,al-Talaq 4, al-Baqarah 234,al-Ahzab 49)ii. Pembersihan diri selepas haid (al-Baqarah 222)iii. Nafkah keluarga (al-Baqarah 233,al-Mulk 15)iv. Mas Kahwin (al-Nisa’4,al-Baqarah 237)v. Talak (al-Baqarah 241. Talak 6)vi. “Menjaga keluarga dari neraka “ mendidik (al-Tahrim 6,Taha 132)vii. Adil layanan dan nafkah isteri-isteri (al-Nisa’ 3)

Beberapa Hukuman

i. Hukuman terhadap kesalahan merompak (al-Maidah 33,34, mencuri (al-Maidah 38)ii. Hukuman berzina (al-Nur 2), menuduh orang lain berzina (al-Nur 4)iii. Hukuman Qisas ( hukuman balas) (al-Baqarah 178)iv. Zihar (menyerupakan isteri dengan ibu sendiri) (al+Mujadalah 3-4)v. Membunuh seacara tidak sengaja (an-Nisa’ 92)vi. Melanggar sumpah (al-Maidah 89,al-Baqarah 226-227)

Page 7: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

Pembahagian Pusaka

i. (an-Nisa’11,12,176)

Beberapa suruhan Yang Sunat

i. Berbuat baik lebih dari kewajipan (al-Baqarah 215)ii. Melancong (Ali-Imran 137,Yusuf 109,al-Hajj 46)iii. Lembut pertuturan / percakapan (Ali “Imran 156)iv. Berkenal-kenalan sesama manusia (al-Hujurat 13)v. Berlumba-lumba melakukan kebajikan (al-Maidah 48), bernazar melakukan benda

yang baik (al-Dahr 7), meninggalkan perkara yang tidak berfaedah (al-Mu’minun 3)vi. Beri hutang kepada orang yang dalam kesempitan (al-Baqarah 245), bersedekah

(menderma) (al-Baqarah 254)vii. Mewasiatkan yang baik kepada keluarga sebelum meninggal dunia (al-Baqarah 180)viii. Bersederhana dalam makan minum (al-A’raf 31)ix. Melapangkan tempat duduk bagi tetamu yang baharu datang dalam majlis (al-

Mujadalah 11),x. Melapangkan atau melepaskan orang yang berhutang (al-Baqarah 280)xi. Memaafkan kesalahan orang lain (al-Hijr 85), membalas kejahatan dengan kebaikan

(al-Mu’minun 96)xii. Memberi derma secara diam-diam (al-Baqarah 271), membelanjakan harta untuk

agama Allah (al-Baqarah 195)xiii. Meminta izin ketika hendak keluar dari majlis (al-Nur 62)xiv. Adab masuk ke bilik ibu bapa (al-Nur 58)xv. meminta ampun dosa sendiri dan orang lain (Muhammad 19)

Beberapa Larangan Yang Haram

i. Syirik dosa terbesar (al-Nisa’ 116,136)ii. Aniya kepada manusia (Ali Imran 21),bakhil (al-Nisa’37),bertengkar sesama muslim

Ial-Anfal 46), bertengkar dengan non muslim (al-Ankabut 46),pakatan sulit jahat (al*Mujadalah 9),adu domba (al-Qalam 11), sombong (al-Isra’37)

iii. Berjudi (al-Maidaah 90), berdusta (al-Nahl 62)iv. Rasa hina dan sedih ( Ali Imran 139),v. Berhati lemah melawan orang yang menghalangi agama (Muhammad 35)vi. Berlebih-lebihan dalam agama dan mengatakan kebohongan terhadap Allah (seperti

mengharamkan yang halal dan sebagainya) (al-Nisa; 171)vii. Perkahwinan yang haram (al-Ahzab 53,al-Nisa’22,al-Baqarah,235,229-230,221, al-

Nisa;23).

Beberapa Larangan Yang Makruh ( yang tidak digalakkan)

i. Banyak bersumpah dengan nama Allah (al-Qalam 10)ii. Berdukacita (Ali Imran 139),keluh kesah (al-Nahl 127)iii. Makan terlalu kenyang (al-A’raf 31)iv. Masuk ke dalam rumah orang dengan tidak mengucapkan salam (al-Nur 27)v. memberikan sesuatu kepada orang dengan maksud supaya dibalasnya dengan lebih

banyak daripadanya (al-Muddatstsir 6)

Page 8: AL-QUR’AN SEBAGAI SUMBER INSPIRASI TAMADUN ISLAM

vi. Memanggil (mengetuk pintu bilik) orang yang sedang tidur (al-Hujurat 4-5)vii. Menyuruh orang berbuat baik tapi melupakan diri sendiri (al-Baqarah 44)viii. Mengeraskan atau terlampau mendayu-dayu bacaan dalam sembahyang (al-Isra;

110).

Beberapa Perkara Yang Harus

i. Berbuat baik kepada Non Muslim yang tidak memerangi Islam (al-Mumtahinah 8),ii. Memakan makanan ahli kitab 9Yahudi,Nasrani) (al-Ma’idah 5)iii. Memakan daging binatang (seperti rusa)iv. Memendekkan sembahyang ; yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat dalam perjalanan (al-

Nisa’ 101)v. Bembalas kezaliman dengan yang setimpalnya (al-Baqarah 194,al-Syura 40).