Upload
rieena-sab
View
145
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
ARAH MATA ANGIN
DISEDIAKAN OLEH:NAJAH BINTI
HASSAN
ARAH1. Arah ialah kedudukan sesuatu tempat dari tempat yang lain. 2. Pada zaman dahulu, manusia menentukan arah dengan memerhatikan
a) arah matahari terbit dan terbenamb) kedudukan bintang pada waktu malam
3. Arah mata angin dibahagikan kepada mata angin utama dan mata angin perantaraan
4. Terdapat empat arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B)
5. Empat arah mata angin perantaraan ialah timur laut (TL), tenggara (T). Barat daya (BD), dan barat laut (BL) yang terletak di antara arah
mata angin utama6. Setiap arah mata angin mempunyai nilai sudut tertentu
7. kelapan-lapan arah mata angin ini mempunyai perbezaan sudut sebanyak 45°
Rajah 1
Rajah 2
MENETUKAN ARAH BERPANDUKAN MATAHARI
1. Matahari dapat membantu anda menentukan arah sesuatu objek atau tempat
2. Matahari terbit disebelah timur dan terbenam di sebelah barat
3. langkah-langkah menentukan arah berpandukan matahari:
a) Berdiri tegak di kawasan lapang pada waktu pagi sewaktu
matahari terbit
b) Angkat tangan kanan menghala ke arah matahari terbit, iaitu menunjukkan
arah timur
c) Angkat tangan kiri menghala ke arah matahari
terbenam, iaitu menunjukkan arah barat
d) Oleh itu, arah hadapan kamu ialah utara dan
belakang kamu pula ialah selatan
e) Rajah 1 menerangkan arah berpandukan
matahari
MENENTUKAN ARAH DENGAN
MENGGUNAKAN KOMPAS
1. Kompas dapat menentukan arah
dengan lebih tepat
2. Permukaan kompas menunjukkan lapan arah mata angin dan angka sudutnya yang disebut dalam unit
darjah (°)
3. Jarum kompas magnetik bebas
bergerak dan berpusing
4. Jarum kompas yang berhenti bergerak akan
menunjukkan arah kutub utara magnet kerana daya
tarikan magnet bumi
5. Kompas perlu diletakkan di
permukaan rata dan stabil seperti di atas
meja untuk mendapatkan bacaan
yang tepat
6. Kompas sensitif terhadap bahan-bahan
yang diperbuat daripada besi seperti parang,
pagar dan tiang
7. bahan-bahan besi dapat
mempengaruhi arah jarum kompas kerana tarikan
megnet
8. Sebelum kompas digunakan untuk
menentukan sesuatu arah, kompas perlu
diorientasikan
9. Kompas diorientasikan
sehingga petunjuk jarum kompas
menghala ke arah utara pada kompas
10. Kompas mudah dibawa dan
digunakan kerana kecil dan ringan
11. Kompas penting dalam bidang
pelayaran, penerbangan dan
pengembaraan
KOMPAS
Rajah 3
MENENTUKAN ARAH OBJEK DI KAWASAN SEKOLAH
1. Berdiri di kawasan lapang di tengah-tengah kawasan sekolah
2.Letakkan kompas di permukaan rata dan stabil seperti di atas meja
3. Biarkan jarum kompas berhenti bergeraka
4. Berdasarkan jarum kompas, kenal pasti arah objek dengan bermula dari arah utara diikuti arah-arah yang lain
5. Rajah 4 menunjukkan arah bangunan di Sekolah Menegah Mutiara Impian
ARAH KEDUDUKAN BANGUNAN DI SEKOLAH MENENGAH MUTIARA IMPIAN
Rajah 4