Upload
nasywah79
View
543
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Malaysia mempunyai perlembagaan
bertulis
Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang
diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor
Jenning (British), Sir William Mckell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim
A. Hamid (Pakistan)
Digubal berdasarkan 131
memorandum yang diserahkan oleh
parti politik dan pertubuhan Tanah
Melayu.
Merupakan sumber segala
perundangan yang wujud dalam
negara.
Dikanunkan tetapi boleh dipinda
Memperakukan semua undang-
undang yang wujud di Sabah dan
Sarawak sebelum Hari Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
berasaskan kepada Perlembagaan
Tanah Melayu 1957.
Mengandungi 15 Bahagian, 183
Perkara dan 13 Jadual.
Merupakan dokumen sumber segala
perundangan lain yang wujud dalam
negara
Takrif dan Konsep
PerlembagaanKumpulan peraturan dan undang-undang yang menjadi asaspembentukan sesebuah negara.
Merupakan dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan danprinsip sebagai panduan kpd kerajaanutk mentadbir negara
Sekiranya tidak dipatuhi, bermaknanegara akan berada dalam keadaanhuru-hara dan kerajaan gagalmelaksanakan pemerintahannya.
KONSEP KETERTINGGIAN
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan
merupakan undang-undang tertinggi
negara
Menjadi punca kepada semua
undang-undang sama ada yang sedia
ada atau yang bakal digubal.
Semua undang-undang yang ada
tidak boleh berlawanan dengan
Perlembagaan
Parlimen memperoleh kuasanyadaripada Perlembagaan.
Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuatundang-undang bagi perkara-perkarayang berada di luar bidang kuasanya.
Mahkamah mempunyai kuasa untukmembatalkan sesuatu undang-undangyang digubal oleh Parlimen jikaundang-undang berkenaan berada diluar bidang kuasanya danbertentangan dengan PerlembagaanPersekutuan.
Ketua Negara, iaitu Yang di-Pertuan
Agong juga tertakluk kepada
Perlembagaan Persekutuan.
Sebarang undang-undang yang
bercanggah dengan Perlembagaan
akan terbatal setakat mana yang
bercanggah sahaja.
Tidak ada sebarang institusi di
Malaysia yang boleh mengatasi kuasa
dan kedudukan Perlembagaan
sebagai undang-undang tertinggi.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan boleh dipinda. Pindaan
dibuat untuk kepentingan rakyat dan
negara. Namun, pindaan
perlembagaan tidak boleh dibuat
sewenang-wenangnya.
Perlembagaan boleh dipinda melalui
empat cara menurut Perkara 159 dan
161E :
a) Mendapat pungutan suara majoriti
mudah Majlis Parlimen
b) Mendapat suara dua pertiga Majlis
Parlimen
c) Mendapat suara dua pertiga Majlis
Parlimen dan mendapat keizinan drpd
Majlis Raja-raja
d) Perkara yang menyentuh Sabah &
Sarawak memerlukan pungutan suara
dua pertiga Majlis Parlimen & prstujuan
Yang di-Pertua Negeri.
e) Pindaan juga boleh berlaku melalui
Perkara 150. (Perisytiharan Darurat)
Perkara-perkara yang tidak boleh
dipersoalkan dalam Perlembagaan :
a) agama Islam sebagai agama
Persekutuan
b) kedudukan istimewa orang-orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak
c) kedudukan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan;
d) Kedudukan Raja-raja Melayu
e) kerakyatan/kewarganegaraan
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Terletak kepada kedudukannya
sebagai undang-undang tertinggi yang
menjadi sumber dan punca semua
undang-undang
Semua undang-undang lain
hendaklah tidak bertentangan dengan
perlembagaan Perkara 4(1).
Semua undang-undang mestilah
selaras dengan Perlembagaan, jika
tidak maka undang-undang itu adalah
terbatal
Badan Kehakiman adalah badan yang
bertanggungjawab menjaga dan
memelihara keluhuran dan
ketertinggian Perlembagaan
Badan Kehakiman berkuasa
membatalkan sesuatu undang-undang
yang digubal oleh Parlimen jika
bertentangan dengan Perlembagaan.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUANTerdiri daripada 15 Bahagian yang mengandungi 183 Perkara
seperti dalam jadual berikut:Bahagian Butir-butir Perkara
1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan Perkara 1-4
2 Kebebasan Asasi Perkara 5-13
3 Kewarganegaraan Perkara 14-31
4 Persekutuan Perkara 32-69
5 Negeri-negeri Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Perkara 73-95E
7 Peruntukan-peruntukan Kewangan Perkara 96-112D
8 Pilihan raya Perkara 113-120
9 Kehakiman Perkara 121-131A
10 Perkhidmatan Awam Perkara 132-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan
Kuasa-kuasa Darurat
Perkara 149-151
12 Am dan Pelbagai Perkara 152-160
12A Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan
Sarawak
Perkara 161-161H
13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180
14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya Perkara 181
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Perkara 182-183
PERUNTUKAN UTAMA
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUANKewarganegaraan
Terdapat 4 cara menjadi warganegara
Malaysia :
a) kuatkuasa undang-undang
b) pendaftaran
c) naturalisasi/ kemasukan
d) penggabungan wilayah
Kewarganegaraan melalui
kuatkuasa undang-undangMajoriti rakyat mendapat
kewarganegaraan kuatkuasa undang-
undang. Cthnya : orang2 yang lahir
pada atau selepas Hari Malaysia (16
Sept 1963)
Seseorang yang dilahirkan di dalam
Malaysia dengan salah seorang ibu
atau bapanya pada ketika dia
dilahirkan adalah seorang
warganegara atau pemastautin tetap
Malaysia
Seseorang yang dilahirkan di luar
Malaysia dan bapanya pada ketika
kelahirannya adalah seorang
warganegara yang lahir di Malaysia.
Kewarganegaraan melalui
PendaftaranSeorang wanita yang berkahwin
dengan warganegara Malaysia dan
yang mana perkahwinannya telah
didaftarkan di Malaysia boleh
didaftarkan sebagai warganegara
sekiranya :
a) dia masih bersuami dan suaminya
adalah warganegara
b) Kerajaan Persekutuan berpuas hati
bahawa dia telah bermastautin di
dalam
Persekutuan selama 2 tahun sebelum
tarikh permohonan dan berniat untuk
bermastautin tetap dan berkelakuan
baik
c) Seseorang yang di bawah umur 21
tahun boleh didaftarkan sebagai
warganegara sekiranya sekurang-
kurangnya ibu atau bapanya adalah
seorang warganegara. Kerajaan
Persekutuan juga boleh mendaftarkan
seseorang di bawah umur 21 tahun
dalam keadaan khas yang difikirkan
sesuai.
Kewarganegaraan melalui
naturalisasi/ kemasukanKerajaan Persekutuan boleh, dalamapa-apa keadaan khas yang difikirkansesuai ataupun atas permohonanseseorang yang berumur 21 tahunatau lebih dan bukan warganegara, memberikan perakuan naturalisasisekiranya :
a) Orang itu telah bermastautin didalam Persekutuan bagi tempohyang dikehendaki dan berniatberbuat demikian secara tetap,
b) Berkelakuan baik dan mempunyai
pengetahuan memadai dalam bahasa
Melayu
Kewarganegaraan melalui
Penggabungan Wilayah
Sekiranya terdapat wilayah baru yang
diterima masuk ke dalam Malaysia
selepas Hari Malaysia, Parlimen boleh
menetapkan individu di dalam wilayah
tersebut adalah warganegara
Kehilangan Taraf
Kewarganegaraan
Setiap warganegara Malaysia boleh
kehilangan taraf kewarganegaraan
disebabkan oleh dua keadaan seperti
yang diperuntukkan oleh
Perlembagaan iaitu melalui cara
penolakan (Perkara 23 Perlembagaan
Persekutuan) dan pelucutan (Perkara
24 Perlembagaan Persekutuan)
Penolakan (Pelepashakan)
Seseorang warganegara yang
berumur 21 tahun atau lebih dan
sempurna akal dan juga adalah
warganegara bagi suatu negeri lain
atau yang hendak menjadi seorang
warganegara bagi suatu negeri lain
boleh menolak warganegara Malaysia
Pelucutan
Seseorang yang telah menjadi
warganegara asing
Seseorang telah menderhaka
terhadap kerajaan semasa
peperangan
Warganegara yang telah
membuktikan dia tidak setia kepada
negara sama ada melalui percakapan
atau tindakannya yang boleh
mencemar keselamatan dan
kedaulatan negara
KEBEBASAN ASASI
Kebebasan Diri
Tiada warganegara pun boleh diambil
nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali menurut undang-
undang
Seseorang warganegara tidak boleh
ditahan oleh pihak polis lebih 24 jam
kecuali setelah dibawa ke hadapan
seorang majistret untuk mendapat
perintah tahanan.
Seseorang warganegara yang
ditangkap oleh pihak polis hendaklah
diberitahu tentang sebab2 dia
ditangkap dengan seberapa segera
yang boleh bagi membolehkannya
berunding dengan peguam yang
dipilihnya dan dibela oleh peguam
tersebut.
Jika seseorang warganegara
ditangkap dan tidak mengikut undang-
undang, dia boleh memohon habeas
corpus daripada mahkamah untuk
membebaskan dirinya.
Pengabdian dan Kerja Paksa
Tiada warganegara pun boleh ditahan
sebagai abdi.
Segala jenis kerja paksa dilarang
tetapi Parlimen boleh dengan kuasa
undang-undang membuat peruntukan
bagi tujuan perkhidmatan kerahan
tenaga bagi maksud negara.
Perlindungan daripada undang-undang
Jenayah yang Berkuatkuasa Kebelakangan &
Perbicaraan Berulang
Tiada warganegara yg boleh dihukumkerana sesuatu perbuatan yg manasebelum itu tidak menjadi kesalahan disisi undang-undang pada masaperbuatan dilakukan.
Seseorang warganegara yg telahdibebaskan drpd satu2 kesalahan ataudisabitkan dgn sesuatu kesalahan tdkboleh dibicarakan semula keranakesalahan yg sama. Kecuali perintahpembebasan tersebut dibatalkan olehmahkamah yg lebih tinggi.
Sama Rata
Semua warganegara adalah sama
rata di sisi undang-undang dan
mereka berhak untuk mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi
undang-undang.
Seseorang warganegara tidak boleh
didiskriminasikan daripada aspek
agama, kaum, keturunan, atau tempat
lahir.
Larangan Buang Negeri dan
Kebebasan BergerakTiada warganegara yang boleh
dibuang negeri atau ditahan daripada
memasuki Persekutuan
Setiap warganegara berhak untuk
bergerak dengan bebasnya di seluruh
Persekutuan dan bermastautin di
mana-mana bahagiannya.
Kebebasan Bercakap,
Berhimpun dan Menubuhkan
PersatuanSetiap warganegara bebas bercakap
dan mengeluarkan fikirannya.
Setiap warganegara berhak untuk
berhimpun dengan aman
Setiap warganegara berhak
menubuhkan persatuan
Kebebasan Beragama
Setiap warganegara berhak untuk
menganut dan mengamalkan
agamanya.
Hak-hak Berkenaan dengan
PendidikanTidak boleh ada diskriminasi terhadap
mana-mana warganegara
berdasarkan agama, kaum, keturunan
atau tempat lahir
Tiap-tiap kumpulan agama berhak
untuk menubuhkan dan
menyelenggarakan institusi untuk
pendidikan kanak-kanak dalam
kumpulan itu sendiri.
Hak Terhadap Harta
Tiada warganegara pun boleh
dilucutkan hartanya kecuali mengikut
undang-undang
Tiada undang-undang pun boleh
membuat peruntukan bagi mengambil
atau menggunakan harta dengan
paksa tanpa pampasan yang
mencukupi.
Nota :Setiap warganegara mempunyaikebebasan bercakap dan mengeluarkanfikiran. Tetapi Parlimen boleh menggubalundang2 untuk menyekat hak ini jikaperlu atau suaimanfaat bagi kepentingan:
a) Keselamatan Malaysiab) Hubungan baik dengan negara lainc) Ketenteraman awam atau moraliti; ataud) Melindungi keistimewaan Parlimen atau
mana2 Dewan Undangan atau utkmembuat peruntukan menentangpenghinaan mahkamah, dan fitnah.
Agama bagi Persekutuan
Islam ialah agama bagi Persekutuan;
tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan
Negeri selain negeri-negeri yang tidak
menpunyai Raja, Ketua agama Islam
ialah Raja/Sultan negeri berkenaan
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua
agama Islam di negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak dan
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Purtajaya
Agama lain disekat disebarkan
kepada penganut Islam seperti yang
diperuntukkan di dalam Perkara 11(4)
Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan ialah bahasaMelayu dan hendaklah dalam tulisanyang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen
Dengan syarat bahawa :
a) tiada seorang pun boleh dilarangatau dihalang daripada menggunakan(selain bagi maksud rasmi), ataudaripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini
boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana
Kerajaan Negeri untuk memelihara
dan meneruskan penggunaan dan
penggajian bahasa mana-mana kaum
lain di dalam Persekutuan
Sistem Pemerintahan
Kerajaan Persekutuan (Bahagian 4)
Kerajaan Negeri (Bahagian 5)
Perhubungan Antara Persekutuan
dengan Negeri-negeri (Bahagian 6)
Peruntukan Kewangan (Bahagian 7)
Pilihanraya (Bahagian 8)
Perhakiman (Bahagian 9)
Pembahagian Bidang Kuasa
Perlembagaan telah menjelaskan
pengasingan kuasa perundangan
antara kerajaan Persekutuan dan
kerajaan negeri
Pengasingan kuasa perundangan
tercatat di Jadual Kesembilan –
Senarai Perundangan
Kepentingan Perlembagaan
Perlembagaan merupakan undang-
undang yang mengandungi peraturan
serta prinsip sebagai asas kepada
pembentukan kerajaan
Perlembagaan merupakan panduan
kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasa dan mentadbir negara
Perlembagaan menjadi asas penting
untuk menjamin kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik
Perlembagaan menjamin pentadbiran
yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil
Perlembagaan menjamin hak rakyat
untuk hidup sebagai seorang
warganegara secara aman dan
harmoni