Upload
nur-khairani
View
126
Download
11
Embed Size (px)
Citation preview
BUNYI-BUNYI HAIWAN (FLASH)
LANGKAH 1 (Scene 1)
Buka perisian Macromedia Flash MX pada skrin komputer. Kemudian setelah lembaran latar
telah dibuka, mulakan proses melukis latar bagi flash. Pilih tools segi empat untuk menghasilkan
warna bagi latar belakang. Dengan menggunakan tools atau alat yang berada di tepi skrin
perisian Macromedia Flash MX tersebut pilih bentuk bulat untuk menghasilkan gambar
matahari.seterusnya gunakan tool line kemudian hasilkan bentuk pagar seperti contoh dibawah.
Setelah itu gunakan berus yang bersaiz kecil untuk menghasilkan gambar pokok. Warna bagi
daun, klik pada warna kemudian pilih warna gradient hijau dan gunakan berus yang bersaiz
besar untuk menghasilkan efek daun rimbun. Proses melukis awan sama seperti proses
menghasilkan matahari iaitu mengunakan tool bulat dan klik pada free transformation kemudian
ubah bentuknya menjadi bujur. Setiap kali objek siap dilukis klik pada anak panah berwarna
hitam dan kemudian convert to symbol. Imej tersebut dapat pada library.
LANGKAH 2
Setelah latar belakang bagi flash sudah selesai, proses memasukkan gambar haiwan yang dimuat
turun di internet. Sebelum itu buang latar belakang bagi gambar tersebut menggunakan adobe
photoshop dan simpan dalam fomat PNG supaya imej yang tersebut dapat diselaraskan ke dalam
flash. Ulang proses ini sehingga semua gambar yang hendak digunakan dapat dimasukkan ke
dalam flash. Setiap imej yang hendak digerakkan perlu berada pada layer sendiri supaya tidak
mengganggu imej yang lain. Hasil dapat dilihat pada gambar di bawah.
LANGKAH 3
Sebelum menggerakkan simbol, buat layer yang baru pada timeline kemudian klik text tool
untuk membuat tajuk utama bagi flash. Setelah itu tambah lagi layer yang baru untuk nama dan
no matrik pelajar. Tajuk dan nama tersebut diletak pada luar latar bertujuan untuk membuat
pergerakan masuk.