17
1 SHARIFAHAFIDAHSESMA

CH3F4

  • Upload
    cgsha

  • View
    579

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CH3F4

1SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 2: CH3F4

2

KERAJAAN AGRARIA ASPEK KERAJAAN MARITIM

1. Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.

MAKSUD 1. kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.

1. Di lembah sungai (kawasan pertanian yang subur) seperti Lembah Sungai Menam Chao Phraya.2. Di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi.

LOKASI 1. Di pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.

1. Kerajaan Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) dan di Sungai Irrawaddy (Myanmar).2. Kerajaan Sungai Merah (Vietnam).3. Kerajaan Sungai Mekong (Kemboja, Laos dan Vietnam).

CONTOH

1. Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi.2. Kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda.3. Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 3: CH3F4

3

KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT AGRARIA

A. Pertanian. 1. Padi sawah. Ditanam di kawasan yang mendapat bekalan air yang mencukupi. 2. Padi huma. Ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat lereng atau relung. 3. Mengusaha tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayuran. 4. Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkeh dan lada hitam. 5. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, mendapatkan kulit kura-kura. 6. Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.

B. Mengumpul hasil hutan.

Seperti kayu gaharu, kapur barus, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan.

C. Perdagangan.

a. Lebihan hasil tanaman dan ternakan dipasarkan dan dibekalkan kepada masyarakat bandar atau penduduk kerajaan maritim.

b. Sarang burung dari gua.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 4: CH3F4

4

KEGIATAN EKONOMI MASYARAKAT MARITIMA. Perdagangan.1. Memperdagangkan hasil buminya seperti logam (emas dan timah); hasil hutan

(rotan, damar); hasil laut; hasil pertanian dan hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya. 2. Menjadi tumpuan pedagang dari luar khususnya dari China, India, Arab dan

Eropah kerana kedudukannya di laluan perdagangan timur barat.3. Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnadvipa (Semenanjung

Emas) dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnabhumi ( Bumi Emas).B Pengumpulan hasil laut. Menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil laut.

C. Ahli pelayaran.

1. Kemahiran dalam bidang pelayaran. Mereka telah berjaya belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh. Contohnya Butuan (Filipina).

2. Mempunyai kemahiran membuat perahu (perdagangan jarak dekat) dan kapal layar (perdagangan jarak jauh). Contohnya kapal orang Bugis. Mereka tahu kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 5: CH3F4

5

BENTUK / JENIS PELABUHAN

. Pelabuhan awal.

1. Mula sebagai kampung nelayan dan menjadi tempat berdagang, seterusnya menjadi pelabuhan pembekal. Contohnya, Jenderam Hilir dan Klang (Selangor), Kuala Berang (Kuala Terengganu) dan Kuala Selinsing (Perak).

2. Pelabuhan pembekal mendapat bekalan hasil tempatan iaitu logam, hasil hutan, hasil laut dan juga makanan.

3. Pelabuhan pembekal berkembang menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan di situ. Contoh Kedah Tua dan Srivijaya, kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan entrepot.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 6: CH3F4

6

CONTOH KERAJAAN AGRARIA:KERAJAAN ANGKOR1. Kerajaan yang kuat dan teragung , terletak di Lembah Sungai Mekong.2. Faktor penyumbang:i. Kedudukannya berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.ii. Sumber air tasik datang dari Sungai Mekong.iii. Tanah di sekitarnya sangat subur.iv. Mempunyai iklim panas lembab sepanjang tahun, sesuai untuk penanaman padi.v. Sumber ikan air tawar banyak diperolehi dari Tasik Tonle Sap.vi. Tasik Tonle Sap menjadi punca air utama untuk mengairi sawah dan bekalan air

minuman.vii. Pada musim banjir limpahan air dari Sungai Mekong akan mengalir ke tasik dan

keluasan tasik menjadi 300.78 Km persegi.viii. Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik akan menjadi subur kerana mendapan

lumpur

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 7: CH3F4

7

CONTOH KERAJAAN MARITIMKERAJAAN SRIVIJAYA.1. Dari abad ke 7 – 13 M merupakan kerajaan yang terulung di Asia Tenggara.2. Keistimewaan / ciri-ciri kerajaan Srivijaya:i. Memiliki bala tentera laut yang besar dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat

termasuk orang laut.ii. Fungsi tentera laut ialah mengawal perdagangan di Selat Melaka dan keselamatan

kerajaan.iii. Pelabuhannya baik.iv. Kedudukannya strategik – menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagng di

antara India dan China.v. Di pelabuhannya terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabagsa yang

dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya.

vi. Mampu membina kapal besar, menurut catatan I Tsing pada 671 M.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 8: CH3F4

8

CONTOH KERAJAAN MARITIMKERAJAAN KEDAH TUA (CHIEH-CHA /KATAHA).1. Terletak di Lembah Bujang. Berkembang antara abad ke 5 – 13 M. 2. Terletak di Sungai Mas ( dari abad ke 5 – 11 M) dan beralih ke Lembah Bujang (dari abad 11 – 15 M). 3. Pada abad ke 5 – 10 M penduduknya menganut agama Buddha dan selepas abad ke 11M menganut agama Hindu kerana adanya candi berunsur Hindu dan Buddha.4. Di sebelah utara kerajaan Kedah Tua ialah kerajaan Kalah yang terletak di Sungai Takuapa.5. Berperanan sebagai pelabuhan Entrepot sebelum Melaka berdasarkan. a. Jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang (7 M). b. Pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah bertarikh sekitar abad ke 10 M dijumpai. c. Terdapat pelbagai jenis manik (barang dagangan) dari India, Sri Lanka dan Burma ditemui.6. Gunung Jerai menjadi panduan kapal pedagang keluar masuk pada waktu malam melalui nyalaan api.7. Kedudukannya strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung dari tiupan angin monsun Timur Laut dan Barat Daya.8. Kemudahan menyimpan barang dagangan.9 Kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan sumber bumi seperti timah.10 Barang-barang dagangan dari luar seperti kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 9: CH3F4

9

2. PERDAGANGAN Perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah berlaku sejak abad ke 5 S.M.Terus bekembang apabila India berusaha untuk mendapatkan emas dari Asia Tenggara.Kesannya pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima khususnya keagamaan dan sistem beraja. Pengaruh itu dibawa oleh pedagang atau Vaisya.

1. PENAKLUKANDibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera.Pengaruh itu dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara

3. KEAGAMAAN.Pengaruh itu dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta.

4. PENGAMBILAN TERUS OLEH PEMERINTAH.Pegambilan aspek kebudayaan India sahaja yang kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Aspek yang diambil mungkin berbeza walaupun masanya sama. Contoh aspek amalan kepercayaan. i . Abad ke 5 M Kedah Tua beragama Buddha tetapi di Dieng (Indonesia) beragama Hindu. ii. Abad ke 7 M kerajaan di Takuapa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu tetapi di Sumatera dan Jawa menganut agama Buddha Mahayana.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 10: CH3F4

10

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DALAM SISTEM PEMERINTAHAN (INSTITUSI BERAJA )1.Gelaran raja mula digunakan apabila kerajaan awal dipengaruhi oleh sistem beraja di India. 2. Dalam sistem beraja, raja berada di puncak pemerintahan. Di bawahnya terdapat kerabat diraja, kemudian pembesar termasuk ahli agama iaitu Brahmin, rakyat daripada pelbagai golongan dan hamba paling bawah.Peranan raja. a. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara. b. Perintah raja menjadi undang-undang dan mesti dipatuhi, jika langgar bermakna menderhaka dan tidak akan diampun. c. Raja dikehendaki adil kepada golongan yang diperintah.3. Rakyat takut menderhaka kerana percaya bahawa raja merupakan bayangan tuhan.4. Dengan ini lahirlah konsep dewa raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. Dewa raja atau raja tuhan dipercayai memiliki kesaktian. Lahirnya unsur mitos dan legenda tentang asal usul raja untuk memperkuatkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 11: CH3F4

11

CARA RAJA MENGUKUHKAN KEDAULATANNYA: i. Pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja. ii. Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja beragama Hindu atau Buddha. iii. Tujuan diwujudkan adat istiadat adalah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.• Setiap raja bercita-cita menjadi raja yang terulung

(berkuasa terhadap seluruh alam semesta). Mereka mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta (orde kosmos). Contoh Raja Suryavarman II (raja Angkor) telah membina Angkor Wat.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 12: CH3F4

12

KERAJAAN ANGKOR

RAJA - Dianggap dewa raja. - Kedudukannya di puncak

sistem pemerintahan

PEMBESAR - Setiap daerah terdapat pembesar Daerah atau Gabenor.

BRAHMIN - Memainkan peranan dalam

upacara agama - Di peringkat pentadbiran, raja

dibantu oleh pembesar terdiri daripada pegawai tentera dan hakim.

KERAJAAN SRIVIJAYA 

1. Pemerintahan beraja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana.2. Di bawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah.3. Dalam pentadbiran pusat terdapat empat kumpulan anak raja dan di bawah anak raja ada parvanda / senapati (Ketua pentadbiran pusat) dan di bawahnya terdapat pegawai-pegawai seperti hakim, temenggung dan penghulu. Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran.4. Daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja. Datu terbahagi kepada dua iaitu parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (orang-orang kaya). Seseorang yang dilantik menjadi datu mesti mengikuti upacara angkat sumpah disebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang sebagai tanda taat setia.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 13: CH3F4

13

Merupakan monumen bagi agama Hindu dan

Buddha Berperanan sebagai rumah ibadat

Berperanan sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya

Tempat menyimpan patung dewa utama bagi kerajaan awal.

Lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kepada kehebatan seni binanya

. Di Thailand, Kemboja dan Vietnam, rumah ibadat dikenali sebagai Wat, di Burma disebut Stupa dan di Indonesia dipanggil Candi. Angkor Wat dan Borobudur melambangkan orde kosmos.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 14: CH3F4

14

CANDI LEMBAH BUJANG.

• Untuk agama Hindu, terbahagi kepada dua bahagian, bahagian utama iaitu Vimana (bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan) dan Mandapa (bahagian luar candi). Agama Buddha memiliki pelan jenis cruciform. . Keluasan 40 km persegi. Terletak di Lembah Bujang, Kedah.

• . Ditemui pada 1840 oleh James Low (Superintenden di Seberang Prai). 70 tapak ditemui, tetapi 9 sahaja dapat dibina semula struktur lantainya. Antaranya: Candi di Estet Sungai Batu,

di Bukit Batu Pahat, di Pendiat dan di Pengkalan Bujang.

CANDI – Bangunan purba yang diperbuat daripada batu. menjadi tempat bagi penganut Hindu / Buddha menyembah berhala menyimpan abu mayat dan melakukan upacara keagamaan.

Monumen – Bangunan, patung, tugu yang dibina untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 15: CH3F4

15

CANDI ANGKOR WAT.

1. Dibina untuk agama Hindu

2. Letaknya 6 km ke utara Siem Reap, Kemboja.

3. Melambangkan orde kosmos.

4. Tinggi 213 m dan luas 208 ha.

5. Mempunyai tempat pemujaan

pada bahagian tengah.

6. Setiap sudut mempunyai menara.

7. Bahagian luarnya dibina tembok

daripada batuan laterit dan

batu pasir.

8. Terdapat ukiran menggambarkan

epik Ramayana dan Mahabharata.

CANDI BOROBUDUR

1. Dibina untuk agama Buddha Mahayana.

2. Letak di Jawa Tengah.

3. Terbahagi kepada tiga tingkat.

4. Setiap tingkat melambangkan tahap

kehidupan yang diwakili oleh patung

stupa dan patung Buddha.

5. Tingkat 1 Sila (aspek moral).

6. Tingkat 2 Samadhi (penumpuan).

7. Tingkat 3 Panna (kebijaksanaan).

8. Tingkat pertama terdapat ukiran

cerita kehidupan Gautama Buddha.

9. Dibina dalam masa 75 tahun.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 16: CH3F4

16

1. Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat.2. Batu Bersurat mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan

undang-undang. . a. Batu Bersurat Kutei di Kalimantan – menjelaskan tentang keturunan raja.

b. Batu Bersurat di Sungai Mas (Kedah Tua)~ berkaitan dengan agama Buddha. c. Inskripsi di Palembang. ~ Kandungannya berkaitan dengan pemerintahan dan

amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka kepada raja. d. Bahasa dan tulisan Sanskrit yang ditemui pada Batu Bersurat di Lembah Bujang

mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat.3. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan, bahasa pemerintah (komunikasi

kerajaan awal di Asia Tenggara) dan bahasa ilmu.5. Beberapa perkataan Sanskrit mempengaruhi bahasa Melayu.6. Tulisan dari Bahasa Sanskrit mempengaruhi Kesusasteraan India melalui epik

Ramayana dan Mahabharata yang menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam Kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

7. Mempengarhi juga dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna. Cerita-cerita epik Ramayana dan Mahabharata

melalui kesusasteraannya, penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.

SHARIFAHAFIDAHSESMA

Page 17: CH3F4

17SHARIFAHAFIDAHSESMA