10
KERTAS KERJA PROGRAM MENDAKI GUNUNG KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA POLITEKNIK KOTA BHARU TARIKH: 25, 26 & 27 FEBRUARI 2016 TEMPAT: GUNUNG STONG ANJURAN: AHLI KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA POLITEKNIK KOTA BHARU Dengan Kerjasama: Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)

contoh Kertas kerja

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: contoh Kertas kerja

KERTAS KERJA

PROGRAM MENDAKI GUNUNGKELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA

POLITEKNIK KOTA BHARU

TARIKH: 25, 26 & 27 FEBRUARI 2016

TEMPAT:GUNUNG STONG

ANJURAN: AHLI KELAB SEKRETARIAT RAKAN MUDA

POLITEKNIK KOTA BHARU

Dengan Kerjasama:Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Page 2: contoh Kertas kerja

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dikemukakan kepada Yang Berusaha Tuan Pengarah, Politeknik Kota Bharu untuk mendapatkan kelulusan bagi melaksanakan PROGRAM MENDAKI GUNUNG yang dianjurkan oleh ahli kelab dari Kelab Sekretariat Rakan Muda Politeknik Kota Bharu.

2.0 PENGENALAN

Program ini merupakan kerjasama antara ahli Kelab Sekretariat Rakan Muda Politeknik Kota Bharu dengan pihak Pengurusan Gunung Stong yang akan dilaksanakan seperti yang telah dicatat pada lampiran 2. Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan peserta yang sihat samaada dai segi mental mahupun fizikal. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melatih peserta dan ahli kelab hidup berdikari dalam apa jua keadaan. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada peserta bagi mengendali sesebuah aktiviti atau lawatan yang akan dilaksanakan dengan berkesan dan juga mempelajari selok belok mengenai kehidupan di Gunung Stong.

3.0 ANJURAN

Program ini adalah anjuran ahli Kelab Sekretariat Rakan Muda Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Politeknik Kota Bharu dan Pihak Pengurusan Gunung Stong.

Page 3: contoh Kertas kerja

4.0 OBJEKTIF

i. Mewujudkan semangat berkumpulan dan individu yang komited dalam mengendalikan sesuatu program.

ii. Melatih peserta menjadi pengurus dan pemimpin yang baik melalui jawatankuasa yang dibentuk.

iii. Mewujudkan hubungan baik diantara politeknik dengan pihak luar serta memperkenalkannya sebagai sebuah IPTA yang melahirkan pelajar cemerlang dan aktif bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi ko-kurikulum.

iv. Untuk melahir pelajar yang kuat dan sihat samaada dari segi mental dan fizikal.

5.0 TARIKH, HARI & TEMPAT

Tarikh : 25 & 26 Februari 2016Hari : Khamis - JumaatTempat : Gunung Stong

6.0 PENYERTAAN

Melibatkan 35 orang peserta dan ahli Kelab Sekretariat Rakan Muda dan 2 orang pensyarah sebagai pengiring program.

7.0 JADUAL PROGRAM

Sila rujuk lampiran 2

Page 4: contoh Kertas kerja

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS (RM)1 Penginapan

(35 peserta) RM 150.00 × 1 hari × 2 bilik )300.00

2 Kontijensi 300.00

3 Makanan dan Minum(RM10 × 35 × 2 )

700.00

4 Perkhidmatan Gunung Stong 200.00JUMLAH RM 1500.00

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Sila rujuk lampiran 3

10.0 PENUTUP

Dengan perlaksanaan program mendaki gunung ini akan dapat memberikan pelbagai maanfaat dan kebaikkan kepada ahli kelab. Kami mengharapkan agar pihak atasan menyokong program ini dengan memberi kelulusan dan supaya program ini berjalan dengan lancar.Selain itu, impak dari program ini ialah ahli Sekretariat Rakan Muda ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli dan pensyarah. Kami dari ahli Sekretariat Rakan Muda harap supaya objektif program ini dapat tercapai dengan jayanya. Sekian terima kasih.

Page 5: contoh Kertas kerja

11.0 PENGESAHAN

Disediakn oleh :

..........................................Ahmad Fawwaz Bin Mohd Fauzi

(Pengarah Program)

Disemak oleh :

.................................................Puan Nurdalila Bt Mohamad Khali

(Penasihat Program)

Pengesahan Kewangan (HEP) :

..............................................En. Saupi Bin Mohammed Noor

(Pegawai Unit Hal Ehwal Pelajar)

Kelulusan Program :

..................................................Tuan Haji Noor Azahan Bin Othman(Pengarah Politeknik Kota Bharu)

Page 6: contoh Kertas kerja

LAMPIRAN 2

ATURCARA PROGRAM

HARI/TARIKH AKTIVITI

KHAMIS

25.02.2016

2.30 petang Pelajar berkumpul di hadapan pondok pengawal

3.00 Petang Bertolak dari Politeknik Kota Bharu

6.00 Petang Tiba di Gunung Stong

7.30 mlm Solat Maghrib

9.00 mlm Solat Isyak, makan malam, (LDK)

10.30 mlm Tidur

JUMAAT

26.02.2016

6.00 pagi Solat subuh

Persiapan diri

Sarapan pagi

08.30 pagi Senaman sebelum mendaki bukit

9.00 pagi Mula mendaki

3.00 petang Dijangka sampai ke puncak dan melihat keindahan puncak Gunung Stong

3.30 petang Turun dari puncak gunung

5.30 petang Tiba di kawasan rehat dan kawasan perkhemahan di atas gunung

7.30 malam Solat Maghrib dan makan malam

9.00 malam Solat Isyak dan Tidur

Page 7: contoh Kertas kerja

SABTU

27.02.2016

6.30 pagi Solat Subuh Persiapan Diri Makan pagi

8.00 pagi Mula turun dari gunung

10.00 pagi Tiba di kaki gunung

10.30 pagi Bertolak pulang ke Politeknik Kota Bharu

2.00 petang Tiba di Politeknik Kota Bharu

Page 8: contoh Kertas kerja

LAMPIRAN 3

PENSYARAH PENGIRING :

1.

JAWATANKUASA :

1. Penaung :Tn. Hj. Noor Azahan Bin Othman (Pengarah PKB)

2. Pengarah Program :Ahmad Fawwaz Bin Mohd Fauzi

3. Timbalan Program :Ahmad Atiff Bin Mokhtar

4. Setiausaha :Noraziana Binti

5. Bendahari Nurul Syahira Binti Zaini