29
1.0 PENGENALAN 1.1 Maksud dan konsep Komputer adalah alat teknologi moden yang canggih dan mempunyai banyak kelebihan yang tidak dapat dilakukan oleh manusia. Hampir setiap perkara di dunia masa kini menggunakan komputer sebagai alat bantu termasuk dalam pendidikan. Komputer sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana berkemampuan melaksanakan berbagai-bagai tugas seperti mencari maklumat, menerima dan memproses data, menyediakan laman interaktif untuk pembelajaran dan sebagainya. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan teratur. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Information and Comunication Skills (ICT) atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan Komunikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi sememangnya mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zaman ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian ICT secara komprehensif dan bersepadu di semua sekolah awam ataupun swasta. Dasar ini memberi tumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulum dan pengupaya pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT. Selaras dengan dasar tersebut semua sekolah disediakan secara berperingkat dengan pelbagai teknologi seperti infrastruktur,

Guru dalam pengajaran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Guru dalam pengajaran

1.0 PENGENALAN

1.1 Maksud dan konsep

Komputer adalah alat teknologi moden yang canggih dan mempunyai banyak kelebihan

yang tidak dapat dilakukan oleh manusia. Hampir setiap perkara di dunia masa kini

menggunakan komputer sebagai alat bantu termasuk dalam pendidikan. Komputer sesuai untuk

dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

berkemampuan melaksanakan berbagai-bagai tugas seperti mencari maklumat, menerima dan

memproses data, menyediakan laman interaktif untuk pembelajaran dan sebagainya. Komputer

juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika

digunakan dengan teratur. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan

dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.

Information and Comunication Skills (ICT) atau dalam Bahasa Melayunya dikenali sebagai

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi sememangnya

mempengaruhi serta memberi impak yang mendalam kepada peradaban manusia pada zaman

ini. Di negara ini tiga dasar penting yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

telah menjadi landasan dan hala tuju kepada penggunaan dan pengintegrasian ICT secara

komprehensif dan bersepadu di semua sekolah awam ataupun swasta. Dasar ini memberi

tumpuan kepada penguasaan ICT dalam kalangan pelajar, penggunaan ICT sebagai kurikulum

dan pengupaya pengajaran dan pembelajaran serta kecekapan pengurusan berasaskan ICT.

Selaras dengan dasar tersebut semua sekolah disediakan secara berperingkat dengan pelbagai

teknologi seperti infrastruktur, perkakasan dan perisian, serta kursus dan latihan ICT kepada

guru dan pelajar. Matlamat dasar ialah membudayakan penggunaan ICT dalam amalan

pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya menghasilkan masyarakat berkompetensi

teknologi yang mampu bersaing pada abad ini dan yang mendatang. Bagi mempercepat hasrat

negara ini projek sekolah bestari dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan generasi tenaga

kerja yang menyumbang kepada kekayaan negara (Unit Perancangan Ekonomi, 2001;

Perbadanan Pembangunan Multimedia, 2000).

Page 2: Guru dalam pengajaran

1.2 Sekolah Bestari

Pelengkap kepada misi nasional untuk mencapai Wawasan 2020, konsep sekolah bestari

telah diperkenalkan pada tahun 1997. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1999, 84 buah

sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk projek sekolah bestari. Sekolah bestari didefinisikan

sebagai institusi pendidikan yang mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah yang menyediakan pelajar kepada era teknologi maklumat dan antara

langkah yang dijalankan untuk membestarikan sekolah termasuklah penyediaan makmal

komputer, TV pendidikan dan penyediaan kemudahan SchoolNet. Jadual 1 menunjukkan

secara terperinci kemudahan teknologi maklumat yang disediakan untuk setiap program yang

dilaksanakan. Ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan untuk menerapkan elemen teknologi

maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 1: Program Pembestarian

Sekolah ProgramKemudahan disediakan

Sekolah Bestarii. Melibatkan 88 buah sekolah

ii. 5, 809 komputer disediakan

iii. 261 pelayan (server) disediakan

Makmal Komputeri. 4,495 makmal komputer disediakan

ii. 93,372 komputer disediakan

iii. 4,495 pelayan (server) disediakan

Pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris (PPSMI)

i. 97,104 komputer riba disediakan

ii. 69,009 projektor disediakan

iii. 2,286 televisyen disediakan

iv. 9,662 mesin pencetak disediakan

TV Pendidikani. 11,709 televisyen disediakan

SchoolNetKemudahan SchoolNet untuk sekolah luar bandar dan

pedalaman yang tidak mempunyai aksess Internet

Page 3: Guru dalam pengajaran

Teknik pengajaran di sekolah bestari adalah berbeza dengan teknik pengajaran

konvensional. Kaedah pengajaran akan menekankan kepada pencapaian objektif spesifik yang

dicapai oleh pelajar dengan pelbagai pendekatan termasuklah secara individu, berpasangan,

kumpulan kecil, dengan kehadiran fasilitator ataupun dengan menggunakan simulasi

multimedia berasaskan komputer. Pelajar akan digalakkan untuk mengambil bahagian secara

aktif yakni mereka akan membina dan ikut serta dalam proses pembelajaran. Teknik

pengajaran ini akan melibatkan pelbagai teknik pedagogi dan kaedah pengajaran yang secara

khususnya berpusatkan pelajar. Selaras dengan matlamat ini, langkah kementerian Pelajaran

Malaysia khususnya yang memberi penekanan pada elemen teknologi maka keperluan

pedagogi, kandungan dan pengetahuan guru perlu dititik beratkan supaya seiring dengan

perkembangan semasa. Pelbagai insentif dan langkah telah dijalankan oleh kerajaan yang

dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Matlamat utama sekolah

bestari adalah memfokuskan kepada pembangunan tenaga kerja untuk era teknologi maklumat

dan berpaksikan pada lima objektif utama iaitu:

a. Memperkembangkan potensi individu yang seimbang (intelek, rohani, jasmaniah dan emosi)

b. Memperkembangkan potensi dan bakat individu

c. Menghasilkan tenaga kerja yang bijak berfikir dan celik teknologi maklumat

d. Pendemokrasian pendidikan

e. Meningkatkan penyertaan pemegang saham

Langkah ini sebenarnya sejajar dengan hasrat kerajaan yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Negara yang digubal dan diumumkan pada tahun 1988 yang menyatakan pedoman

dan arah tuju pendidikan negara. Oleh itu, dengan wujudnya sekolah bestari ia dapat

memperkembangkan lagi potensi atau bakat individu seterusnya akan dapat melahirkan modal

insan yang berkemahiran dan berpengetahuan khususnya dalam teknologi maklumat yang

seterusnya akan dapat menyumbang kepada negara.

Faharol Razi (1998) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI)

yang bermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula

mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai

penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara

aktif serta membolehkan maklum balas.

Page 4: Guru dalam pengajaran

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai

media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media

pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti

berikut:

1. Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara

rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan

meningkatkan minat.

2. Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk

memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat

memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).

3. Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh

maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi

apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.

1.3 Sejarah Penggunaan Komputer Sebagai Alat Bantu Mengajar di Malaysia

Langkah pertama untuk melaksanakan penggunaan komputer secara besar-besaran di

dalam bilik darjah telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Malaysian

Institute of Microelectronic System (MIMOS) melalui projek pembangunan perisian (Zoraini,

1998). Projek perisian yang digelar Computer Integrated Learning System (ComIL) telah

dijalankan secara percubaan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara mulai 1992

(Zulkifli & Raja Maznah, 1994).

Pada tahun 1995, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan program Komputer

Dalam Pendidikan dengan memberi penekanan kepada empat mata pelajaran utama iaitu

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Justeru itu, guru-guru mata pelajaran

berkenaan dilatih menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain

itu, mata pelajaran Literasi Komputer juga diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada

tahun 1996 sebagai salah satu langkah mengaplikasikan teknologi komputer dalam pendidikan

(Zakaria Ahmad, 2003).

Page 5: Guru dalam pengajaran

Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam

Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi

baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Satu

perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi

maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan

dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehidengan cepat. Inovasi

dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan

masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif

untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasidan maklumat ini dengan menubuhkan

Koridor Raya Multimedia (MSC).

MSC mensasarkan tujuh aplikasi utama yang akan mewujudkan telekomunikasi global

berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara maju dan makmur (MDC,2000)

iaitu :

1. kerajaan elektronik,

2. tele-perubatan,

3. sekolah bestari,

4. kad pintar,

5. pemasaran tanpa sempadan,

6. kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia.

Dalam usaha mencapai tujuh aplikasi yang dinyatakan di atas, internet dapat diaplikasikan

dalam pendidikan melalui aktiviti-aktiviti sama ada dalam tugasan harian atau yang melibatkan

proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk menyediakan pelajar yang celik IT dan dapat

berdaya saing di peringkat global.. Menurut Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia

(MTMK) melaporkan terdapat 10 juta pengguna internet dijangkakan pada tahun 2003.

Terdapat pertambahan empat kali ganda atau pertambahan 400 peratus daripada 1.6 juta pada

tahun 1998 kepada 6.5 juta pada tahun 2001 (Berita Harian, 14 Jun 2002).

Page 6: Guru dalam pengajaran

2.0 Faktor Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2.1 Tujuan Utama Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Abdul Wahab Ismail Gani (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan komputer

terhadap pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer di Pulau Pinang. Guru-guru

daripada tiga buah sekolah menengah telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Berikut

merupakan salah satu hasil kajian yang telah dijalankan iaitu tujuan utama penggunaan

komputer dalm pembelajaran.

Jadual 5: Tujuan utama menggunakan

komputer Tujuan Penggunaan

Frekuensi Peratusan (%)

Pencarian sumber pendidikan

Pengurusan data atau maklumat

Pembentangan pengajaran

Hiburan/Permainan

Menjadikan proses PP lebih menarik

Penyampaian lebih kemas

Lain-lain

36

28

55

20

64

40

4

22.4

17.4

34.2

12.4

39.8

24.8

2.5

Berdasarkan hasil kajian di atas, kita dapat lihat guru lebih suka menggunakan komputer

untuk menjadikan pengajaran lebih menarik iaitu mewakili 39%. Mengapa? Tidak dapat

dinafikan bahawa komputer memainkan peranan untuk menjadikan pengajaran lebih menarik.

Bermacam perisian interaktif yang boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan

membuatkan pembelajaran tidak bosan.

Page 7: Guru dalam pengajaran

2.2 Teori Resapan Inovasi

Satu teori yang boleh dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer ialah Teori Resapan Inovasi. Teori ini adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett

M. Rogers. ''Resapan'' merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui

saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial

(Rogers, 1983). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimana

sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik

berkembang dalam berbagai-bagai khalayak sehingga diterima dan diamalkan sepenuhnya

oleh masyarakat.

Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru, faktor-faktor yang

mempengaruhi keputusan mereka untuk menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta melihat sikap guru terhadap sifat-sifat inovasi komputer.

Zainal (1998) menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam bidang pendidikan di

Malaysia di mana kajiannya tertumpu kepada pembuatan keputusan oleh guru-guru sama ada

menerima atau menolak Projek Sains Nuffield dari United Kingdom ke dalam kurikulum sekolah

menengah di Malaysia. Proses Inovasi-Keputusan yang bermula daripada peringkat

penerimaan sehingga ke peringkat implementasi telah dikaji dan faktor-faktor yang

mempengaruhi pembuatan keputusan telah dikenalpasti. Faktor-faktor tersebut termasuk sikap

terhadap sifat-sifat inovasi yang disarankan oleh Rogers.

Cheah Phaik Kin (1999) juga mengaplikasikan Teori Resapan Inovasi dalam kajiannya

yang melihat penerimaan Internet dalam kalangan pelajar Universiti Sains Malaysia. Beliau

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penerimaan Internet dalam kalangan

pelajar-pelajar universiti, profil serta sifat pelajar-pelajar yang menerima internet serta melihat

sifat-sifat inovasi yang mempengaruhi penerimaan atau penolakan inovasi. Hasil kajian

mendapati tiada perbezaan antara pelajar aliran sains dan sastera tetapi dari segi jantina beliau

mendapati lebih ramai pelajar perempuan menerima internet berbanding pelajar lelaki. Selain

itu, kajiannya telah membuktikan kepentingan faktor sikap terhadap sifat-sifat inovasi dalam

penerimaan sesuatu inovasi.

Page 8: Guru dalam pengajaran

Justeru itu, Cheah Phaik Kin (1999) menyarankan agar kajian beliau dapat dijadikan

asas untuk membentuk strategi bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dalam

era teknologi informasi terkini.

Kajian yang hampir sama juga telah dijalankan oleh Jamaludin (1995) yang melihat

penerimaan internet oleh pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara dan faktor-faktor yang

mempengaruhi penerimaannya. Kajian beliau mendapati internet lebih digunakan oleh pelajar-

pelajar luar negara bagi tujuan sosialisasi dan mendapatkan berita dan maklumat tentang

agama dan politik tetapi tidak ketara bagi tujuan akademik.

Seterusnya, Teori Resapan Inovasi digunakan oleh Tricia Lim (1999) yang membuat

kajian tentang penerimaan komputer peribadi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tricia Lim

(1999) mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi individu dalam mengambil keputusan

sama ada untuk menerima atau menolak penggunaan komputer peribadi serta keputusan

individu untuk menerima atau menolak penggunaan komputer. Hasil kajian mendapati tahap

pengetahuan prinsip dan pengetahuan kaedah tentang komputer mempengaruhi penerimaan

dan pembentukan sikap terhadap komputer peribadi.

Selain itu, Afifah Hamdzah (2005) juga menggunakan Teori Resapan Inovasi dalam

kajiannya yang bertajuk ''Pola Penerimaan Komputer Dalam Kalangan Kakitangan Organisasi

Awam''. Kajian yang dijalankan dalam kalangan kakitangan teknikal Majlis Perbandaran

Kuantan, mendapati kategori `orang yang ketinggalan’ atau laggards merupakan kategori

penerima yang tertinggi berbanding dengan kategori penerima yang lain. Sifat-sifat penerima

yang mempengaruhi pola penerimaan adalah sosio-ekonomi dan sifat kosmopolit. Sifat-sifat

inovasi yang mempengaruhi penerimaan pula adalah faedah relatif dari segi menjimatkan

masa, meningkatkan keupayaan memperolehi maklumat, lebih pilihan cara mendapatkan

maklumat, mengurangkan kos, keselesaan dan mudah menjalankan kerja, kesepadanan,

kerumitan dan kebolehcubaan.

Page 9: Guru dalam pengajaran

Semua maklumat di atas menunjukkan hasil kajian yang dijalankan untuk melihat

prestasi murid sama ada murid universiti ataupun murid sekolah yang mengaplikasikan Teori

Resapan. Dalam pendidikan hari ini di Malaysia, teori ini boleh digunakan oleh pelajar untuk

mempelajari sesuatu menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru boleh mengaplikasikan Teori Resapan ini dengan

membawa pelajar ke makmal komputer. Pelajar akan dapat memepelajari sesuatu yang lain

daripada apa yang mereka dapat di bilik darjah biasa. Microsoft Word, Office, Movie Maker dan

banyak lagi perisian komputer yang boleh diajarkan kepada murid dapat menyediakan murid

secara tidak langsung untuk menjadi seorang modal insan berminda kelas pertama supaya

dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar dari negara maju negara lain.

Page 10: Guru dalam pengajaran

3.0 Faktor Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

Dapat Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Banyak faktor yang mempengaruhi penguasaan guru dalam aplikasi komputer dalam

pengajaran Bahasa Melayu. Antara faktor utama ialah sikap guru itu sendiri sama ada ingin

menggunakan aplikasi komputer secara maksimum ataupun tidak. Kajian yang dilakukan

Melvina Chung Hui Ching & Jamaludin Badusah mendapati kebanyakan sikap guru dalam

penggunaan aplikasi komputer dalam pengajaran adalah positif. Mereka cenderung dan

berminat untuk meggunakan aplikasi komputer terutama guru muda. Ting Kai Chu (1998)

mendapati, secara keseluruhannya guru yang muda mempunyai sikap yang positif terhadap

komputer berbanding guru yang lebih berusia. Ini adalah kerana guru-guru muda ini telah

terdedah dengan komputer sama ada di sekolah mahupun di universiti sedangkan golongan

guru yang lebih berusia tidak mengalaminya. Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Mukama

dan Andersson (2007), iaitu guru-guru yang berusia enggan untuk berubah ke arah

pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru yang lebih mesra dengan

teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru.

Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh Mortimer

dan Scott (2003: 35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikap

terhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak

menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurut

beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan tidak bersedia

menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang lebih muda, yang

membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan

komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif

terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang

bersikap negatif terhadap komputer.

Merujuk kepada perkaitan di antara sikap guru dengan taraf dan status jawatan serta

bidang pengkhususan (opsyen), kajian oleh Mohamad Nabzrim dan Mohamad Nayan (1997)

menunjukkan data yang diperoleh daripada soal selidik dan temu bual terhadap penggunaan

komputer dalam kalangan guru bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan

penggunaan komputer. Ini disokong oleh Mukama dan Andersson (2007) yang menyatakan

bahawa faktor taraf jawatan dan pengkhususan tidak memberi kesan terhadap sikap guru

terhadap komputer. Namun demikian, dapatan kajian oleh Adenan (1999) menyatakan bahawa

Page 11: Guru dalam pengajaran

sikap yakin dalam kalangan guru terhadap penggunaan komputer mempunyai hubungan yang

signifikan dengan faktor latihan, kemudahan komputer dan galakan pentadbir. Berdasarkan

beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yang

mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan

pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guru

ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup

baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambah

lagi dengan kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang

seterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson, 2007). Penyelidik amat

bersetuju dengan hujah ini.

Walaupun begitu, pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu dalam bidang ini

masih berada di paras sederhana. Hal ini bermakna masih banyak lagi perkara yang perlu

penambahbaikan untuk guru melaksanakan aplikasi komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran ini semaksima mungkin. Antara yang perlu diambil berat ialah pengetahuan guru

dalam aplikasi komputer. Antara aplikasi komputer yang boleh digunakan oleh guru ialah

hamparan elektronik, persembahan eletronik, dan Internet. Penggunaan aplikasi hamparan

elektronik sememangnya memudahkan guru melakukan beban tugas dan mengajar subjek

pelajaran (Lehmann, 2002; Drier, 2001). Aplikasi persembahan elektronik bukan sahaja

menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia dan interaktiviti, malahan guru

boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian tersebut untuk pembentangan hasil projek

individu dan kumpulan. Aktiviti sebegini mengukuhkan pendekatan pengajaran berpusatkan

pelajar yang menyemai nilai pendidikan yang positif seperti kreatif dan inovatif, bersikap

bertanggung jawab dan bekerjasama antara satu sama lain, disamping meningkatkan

kemahiran koloberasi dengan rakan.

Satu kajian pernah dijalankan untuk melihat sikap guru Bahasa Melayu yang pernah

menghadiri kursus ICT dengan tidak pernah menghadiri kursus ICT terhadap penggunaan ICT

dalam pengajaran. Hasil analisis ujian ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernah

menghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telah

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru Bahasa

Melayu terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

guru-guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan

berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT kerana mereka tidak

Page 12: Guru dalam pengajaran

mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk mengendalikan komputer dan

mengaplikasikan ICT dalam pengajaran. Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskan

bahawa guru-guru Bahasa Melayu yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap

negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran.

Kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994) pula mendapati guru-guru yang tidak mempunyai

pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap

kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Hal ini selari dengan pendapat Summer (1990)

dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap negatif terhadap

komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan.

Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati kewujudan sikap negatif guru disebabkan

oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian

dengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004)

yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mind-set tentang

kaedah pengajaran yang disukai mereka.

Faktor berikutnya yang dikaitkan dengan mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi

komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah kemahiran asas ICT seseorang guru.

Keputusan analisis Abdul Razak Idris & Norazlina Binti Adam dari Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa purata peratusan sebanyak 83.5

peratus daripada 132 orang guru menguasai pengetahuan asas terhadap penggunaan Internet.

Ini memberi memberikan gambaran bahawa guru-guru mempunyai pengetahuan asas dalam

penggunaan Internet.

Selain itu, faktor lain yang dilihat mempengaruhi penguasaan guru terhadap aplikasi

komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu ialah beban tugas guru. Secara tradisinya kita

mengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar dan mendidik manusia, iaitu muridnya

untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan berdasarkan

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebaliknya tugas guru kini lebih pelbagai. Selain

daripada tugas mengajar, guru juga dibebani dengan tugas-tugas perkeranian, fasilitator,

motivator, perancang, penasihat kokurikulum, pemimpin kelab, persatuan, unit beruniform,

jurulatih sukan, guru data dan banyak lagi. Mengikut Che Yaakob (199I), para guru kini telah

dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan

mereka kepada tugas yang utama, iaitu mengajar. Penyataan Che Yaakob itu disokong melalui

Page 13: Guru dalam pengajaran

kajian yang telah dilakukan oleh Abdul Shukor Shaari, Abd. Rahim Romle dan Mohamad Yazi

Kerya (2006) yang menyatakan selain daripada tugas akademik, guru juga terpaksa memegang

pelbagai jenis jawatan lain sama ada dalam bidang bukan akademik seperti ketua panitia dan

jawatankuasa panitia, hal ehwal murid seperti disiplin, kebajikan, kesihatan, rancangan

makanan tambahan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya.Tugas akademik terbahagi

kepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan tugas bermusim (berkala). Antara yang

termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah mengajar subjek. Sekaligus, perkara ini menyebabkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran akan turut terjejas. Oleh itu, mereka menjadi kurang

berminat untuk mempelajari dan menguasai komputer kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain.

Faktor yang seterusnya yang dapat dikaitkan dengan penguasaan guru terhadap

aplikasi komputer dalam pengajaran bahasa dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk

menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu ialah pengintegrasian internet dalam pembelajaran.

Pengintegrasian ICT merujuk kepada kekerapan guru menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dapatan kajian melalui Jurnal Pendidikan 1

menunjukkan majoriti guru menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan sekurang-kurangnya

sekali dalam seminggu bagi penyediaan dokumen seperti kertas ujian dan peperiksaan serta

lembaran kerja. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap tinggi. Aplikasi hamparan

elektronik turut digunakan oleh majoriti guru sekurang-kurangya sekali dalam seminggu untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap

sederhana.

Selain itu, majoriti guru turut didapati menggunakan aplikasi persembahan elektronik

dalam pengajaran mereka sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu khususnya untuk

menghasilkan slaid pengajaran. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.

Kebanyakan guru juga mengintegrasi penggunaan CD koswer dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah. Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana. Namun

begitu, guru kurang menggunakan emel untuk berkomunikasi dengan pelajar. Majoriti guru

didapati langsung tidak pernah menggunakan emel untuk tujuan tersebut. Justeru,

pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap rendah. Majoriti guru didapati merujuk kepada

World Wide Web untuk mendapat pelbagai maklumat berkaitan pelajaran yang diajar.

Pengintegrasian aplikasi ini berada pada tahap sederhana.

Page 14: Guru dalam pengajaran

4.0 Penguasaan Guru Terhadap Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Dapat

Meningkatkan Keupayaan Pelajar Untuk Menguasai Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan

kecekapan proses dan keberkesanan merupakan antara tujuan penggunaan ICT dalam

pendidikan di sekolah. Salah satu faktor yang menyumbang ke arah penerimaan guru-guru

terhadap penggunaan komputer ialah sikap terhadap komputer sendiri. Sikap positif guru itu

sendiri menyumbang ke arah minat murid-murid untuk menggunakan komputer. Oleh itu, sikap

dan kesedaran merupakan cara yang terbaik untuk menjangka dan meramal komitmen

terhadap penggunaan komputer. Sikap dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dapat membantu

memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT ketika proses pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Siti Fatimah (2001) mendefinisikan Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer

atau PPBK sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan menggunakan bahasa

pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan pengaturcaraan multimedia

(multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar sesuatu objek. Alensi dan

Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer untuk menyampaikan

maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian

pendidikan mempunyai beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan

bahawa tujuan utama perisian PPBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran.

PPBK adalah berbeza dari fungsi perisian bersifat komersial. Oleh itu, mana-mana perisian

PPBK yang dibangunkan mestilah melibatkan proses pembelajaran. Antaranya ciri-ciri perisian

yang baik adalah seperti :

1. mesra pengguna,

2. bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna,

3. kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-

benar tercapai,

4. tahan lasak,

5. tiada ralat dan menghiburkan.

Page 15: Guru dalam pengajaran

Teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian pendidikan tersebut mestilah

tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak disampaikan sebaik-baiknya

ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan pengguna meneruskan

pembelajarannya. Banyak istilah yang digunakan dalam PPBK ini. Antaranya "computer-

assisted instruction", "computer-aided instruction", "computer-assistedlearning" dan "computer-

aided learning". Istilah sahaja berlainan, tetapi semua menuju ke arah tujuan yang sama iaitu

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kita lihat fungsinya

satu persatu :

a) Computer Assisted Instruction / Computer Aided Instruction (CAI)

CAI ialah satu medium yang menggunakan komputer yang menyampaikan isi-isi

pembelajaran. Komputer dijadikan sebagai tempat berinteraksi dengan pengguna. Komputer

juga akan mengeluarkan respon berdasarkan tahap penggunaannya oleh pengguna. Dalam

proses ini, komputer mengambil alih seketika tugas guru sebagai pemudah cara. Zaman ini

terdapat bermacam-macam perisian yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid

sesuai dengan tahap dan zaman mereka sekarang yang berteraskan IT secara total. Jadi

mana-mana guru yang menggunakan perisian komputer, maka proses tersebut dianggap

sebagai pembelajaran berbantukan komputer atau CAI.

b) Computer Assisted Learning / Computer Aided Learning (CAL)

Pembelajaran Bantuan Komputer atau dikenali sebagai CAL ini ialah satu bentuk

pembelajaran yang menggalakkan pelajar mencari bahan pembelajaran sendiri. Ini yang

membuatkan CAL ini sedikit berbeza dengan CAI. Pelajar akan menggunakan kemahiran IT

untuk mencari bahan pengetahuan kendiri.

c) Courseware / Perisian Kursus

Laman web Smart Learning System dan MIMOS menyatakan, perisian khusus merujuk

kepada pengajaran sebenar meliputi isi kandungan pengajaran dan teknik yang digunakan

guru.

Page 16: Guru dalam pengajaran

d) Pembelajaran Berasaskan Web (Web-Based Learning)

Secara kasarnya, pembelajaran berasaskan web ialah pengajaran yang disampaikan

melalui jaringan WWW. Semua bahan pengajaran, kumpulan perbincangan, ujian dan semua

hal akademik berlandaskan web. Menurut B.H. Khan (2001), sistem pembelajaran berasaskan

web merupakan sistem pembelajaran yang terbuka dan fleksibel. Hal ini menunjukkan potensi

web sangat luas dalam hal pendidikan. Alternatif yang ditawarkan akan menarik minat dan

motivasi mereka untuk meneroka pengetahuan baru seluruh dunia yang tidak akan didapati

dengan kelas tradisional. Contohnya penggunaan emel dapat meluaskan pengetahuan pelajar

dengan mereka bertukar-tukar maklumat dengan rakan merentasi benua.

Walaubagaimanapun, Dr. G.S. Lee (2000) menekankan pertukaran maklumat ini perlu

dipantau dan diuruskan sebaik mungkin supaya pembelajaran bermakna dapat dijalankan.

Justeru, dalam kesungguhan menggunakan web sebagai alat pembelajaran, guru juga harus

menekankan tentang keperluan pembelajaran agar objektif yang dirancang pada hari

berkenaan dapat dicapai dengan sempurna. Duchastel (1997) menekankan terdapat empat

elemen yang penting perlu dititikberatkan dalam tetapan keperluan pengajaran dan

pembelajaran iaitu :

i) Sumber maklumat : Memperoleh maklumat baru daripada tidak ada kepada

ada dalam pengetahuan murid adalah sebeb utama pembelajaran.

ii) Interaktiviti : Proses yang berlaku diantara murid dengan sumber

pembelajaran sama ada melalui simulasi, perbincangan, rujukan buku, ataupun

program multimedia.

iii) Berstruktur : Memastikan fokus pembelajaran pada hari berkenaan

adalah selari dengan objektif yang hendak dicapai.

iv) Komunikasi : memberikan nilai tambah dalam pengetahuan iaitu murid

dapat bertukar-tukar maklumat dan dapatan yang mereka peroleh dengan rakan-

rakan mereka serata dunia.

Page 17: Guru dalam pengajaran

5.0 Kesimpulan

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang

baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak

awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan

berasaskankomputer ini. Dalam konteks pendidikan, komputer bukan hanya mampu membantu

tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi

persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya

internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian

seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar

banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan

pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar,

ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata sertamembolehkan

pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkankolaboratif dan

perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dandisebarkan

dengan mudah.

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidik dan

pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan. Walaupun

terdapatmasalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak boleh diatasi malah kerajaan

telahmembuat pelbagai perancangan dan perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia

Kesembilan 2006-2010 dalam memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program

yangdilaksanakan adalah program latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di

peringkatsekolah, prauniversiti dan IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai

bidangseperti pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga

kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak dan

keperluan industri.Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan kehendak dan

aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam penggunaan teknologi

internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju.