Upload
hakhuong
View
240
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH GURU KIMIA DI DAERAH KOTA
TINGGI
NUR DASIMA BINTI MOHD DAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGGUNAAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN OLEH GURU KIMIA DI DAERAH KOTA
TINGGI
NUR DASIMA BINTI MOHD DAUD
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Mei 2006
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini yang bertajuk “Penggunaan pengajaran berbantukan komputer
(PBK) dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia oleh guru Kimia di daerah Kota
Tinggi” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : NUR DASIMA BINTI MOND DAUD
Tarikh : 21 APRIL 2006
iii
Dedikasi
Teristimewa Buat ayahanda dan bonda yang tercinta
Kekanda dan adinda yang dikasihi
En. Johari Hasaan Serta
Teman-teman
Tidak lupa buat yang tersayang Badrul Hisham
Semoga Allah S.W.T meredhai kehidupan kita
Terima Kasih, Amin….
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya memberi
kesempatan kepada saya untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang telah membantu saya menyiapkan penyelidikan ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing, Encik Johari Hassan yang telah banyak membantu serta
membimbing saya menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan
keluarga angkat saya yang sering memberi bantuan ketika saya memerlukan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada semua pengetua dan guru-guru Kimia di daerah Kota Tinggi, serta rakan-
rakan di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjalankan kajian
ini.
Seterusnya penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara
lansung atau tidak lansung, membantu saya menyiapkan penyelidikan ini. Semoga
sumbangan dan kerjasama yang diberikan diberkati Allah SWT.
v
ABSTRAK
Pengajaran berasaskan teknologi komputer dilihat sebagai satu alternatif ke arah
melahirkan generasi yang inovatif, kreatif, kritis dan berwawasan. Pembangunan
teknologi ini adalah sejajar dengan bidang pendidikan Sains khususnya bidang Kimia.
Penggunaan komputer dengan pendekatan pengajaran berbantukan komputer (PBK)
dapat memudahkan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kimia
di sekolah. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti sejauh manakah
penggunaan PBK telah diaplikasikan dalam sistem pendidikan dan apakah masalah yang
dihadapi oleh guru dalam menggunakan PBK dalam proses P&P Kimia di sekolah.
Dalam konteks kajian ini, penggunaan PBK difokuskan pada bentuk, jenis, penilaian
bahan PBK, kebaikan dan kekangan penggunaan PBK. Seramai 48 orang guru Kimia di
daerah Kota Tinggi telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan adalah
satu set soal selidik yang menggunakan skala Likert. Nilai kebolehpercayaan alat kajian
ialah α= 0.913. Analisis statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis
data. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan PBK ada digunakan oleh
guru Kimia. Tahap penggunaannya untuk P&P adalah sekali dalam sebulan dan proses
penilaian PBK dilakukan sebelum digunakan. Kajian ini juga boleh digunakan untuk
kajian lanjutan seperti keberkesanan PBK itu sendiri dalam P&P Kimia.
vi
ABSTRACT
Instruction based on computer technology is seen as an alternative to produce
innovative, creative and ambitious generation. The Science field, especially Chemistry
also moves in line with the development of this technology. Computer aided instruction
(CAI) with new technology of computer make the learning and teaching Chemistry
process easier for teachers. The purpose of this study is to determine how far CAI has
been applied in our education system and what are the problems faced by the teachers in
using CAI in the teaching and learning process of Chemistry in school. In the context of
this study, the usage of CAI is focused on the type, assessment, advantages and
disadvantages of CAI. 48 Chemistry teachers in the district of Kota Tinggi are involved
in this study. A set of questionnaires using Likert scale was used as an instrument of the
study which shows a α value of 0913. The collected data were analyzed descriptively
statistic in term of frequency, percentage, and mean. The findings of this study show
that the Chemistry teachers are using the CAI in their teaching and learning process.
The frequency of usage is once a month and assessment of CAI is done before using it.
The study can also be used for further research such as the effectiveness of CAI itself in
the teaching and learning process of Chemistry.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian Dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Dan Istilah Operasional 9
1.8.1 Penggunaan 9
viii
1.8.2 PBK 9
1.8.3 Pengajaran 9
1.8.4 Pembelajaran 10
1.8.5 Kimia 10
1.8.6 Guru 10
1.8.7 Komputer 11
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Perkembangan Pengajaran Berbantukan 13
Komputer (PBK)
2.2.1 Sejarah Awal 13
2.2.2 Perkembangan PBK Di Malaysia 14
2.2.3 Penggunaan PBK 15
2.3 Kebaikan Penggunaan Pengajaran Berbantukan 16
Komputer (PBK) Di Sekolah
2.3.1 Pembelajaran Secara Individu 17
2.3.2 Keseronokan Menggunakan Komputer 17
2.3.3 Pengintegrasian 17
2.3.4 Pembelajaran Yang Cepat 18
2.3.5 Penampakan Sesuatu Konsep Yang Jelas 18
2.3.6 Komunikasi 19
2.4 Penggunaan Pengajaran Berbantukan Komputer 20
(PBK) Dalam Mata Pelajaran Kimia.
2.4.1 Aplikasi Teknologi Perkomputeran Dalam 21
Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia Di
Sekolah.
2.4.1.1 Penggunaan Perisian Aplikasi 21
2.4.1.2 Penggunaan Perisian CD-ROM 21
2.4.1.3 Penggunaan Internet 22
2.5 Pemilihan, Penilaian Dan Pembangunan Bahan 24
ix
Pengajaran Berbantukan Komputer
2.6 Kekangan Penggunaan BahanPengajaran 25
Berbantukan Komputer Dalam Pendidikan Kimia
2.7 Kajian Lepas 28
2.8 Kesimpulan 30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk Kajian 32
3.3 Tempat Dan Sampel Kajian 33
3.4 Instrumen Kajian 33
3.5 Kajian Rintis 34
3.6 Analisis Data 35
3.7 Jangka Masa Kajian 36
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Deskriptif Latar Belakang Responden 39
4.2.1 Jantina Dan Keturunan 39
4.2.2 Pencapaian Akademik Tertinggi 40
4.2.3 Pengalaman Mengajar Sebenar Dan 40
Pengalaman Mengajar Kimia
4.2.4 Waktu Mengajar Kimia Dalam Seminggu 41
4.2.5 Tahap Kemahiran Penggunaan Komputer 42
Dan Perkaitannya Dengan Pengalaman
Mengajar Kimia.
4.2.6 Perkaitan Antara Pengalaman Mengajar 43
Kimia Dengan Kursus Komputer
Yang Diikuti.
4.2.7 Penggunaan Perisian Aplikasi Komputer 44
4.3 Analisis Deskriptif Tahap Penggunaan Pengajaran 45
x
Berbantukan Komputer (PBK)
4.3.1 Bilangan Guru Yang Menggunakan 45
PBK Dan Perkaitannya Dengan
Pengalaman Mengajar Kimia.
4.3.2 Bentuk PBK Yang Digunakan Dan Kekerapan 46
Penggunaannya.
4.3.3 Kekangan Dalam Penggunaan PBK 48
4.3.3.1 Kemudahan Komputer Yang 48
Disediakan
4.3.3.2 Peralatan Perkomputeran 49
4.3.3.3 Kemahiran 50
4.3.3.4 Masa 51
4.4 Analisis Deskriptif Pandangan Guru Terhadap 52
Penggunaan PBK
4.4.1 Sebab Guru Menggunakan PBK Dalam 53
Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia
Di Sekolah.
4.4.2 Topik Dalam Sukatan Pelajaran Kimia Yang 55
Sesuai Menggunakan PBK
4.4.3 Kebaikan Penggunaan PBK 56
4.5 Analisis Deskriptif Pemilihan Dan Review 59
Sumber Bahan PBK Yang Digunakan.
4.5.1 Perolehan Sumber PBK 59
4.5.2 Review Sumber Bahan PBK 61
4.6 Jadual Silang 63
4.6.1 Perkaitan Jumlah Waktu Mengajar Dengan 63
PBK Melambatkan Proses Pengajaran Kimia.
4.6.2 Perkaitan PBK Sesuai Digunakan Dalam 64
P&P Kimia Dengan Bilangan Guru Yang
Mengikuti Kursus.
4.6.3 Perkaitan PBK Membantu Menerangkan 64
xi
Konsep Yang Memerlukan Imaginasi Dengan
Pengalaman Mengajar Kimia.
4.6.4 Perkaitan PBK Dapat Meningkatkan 65
Pemahaman Pelajar Dalam Kimia Dengan
Bilangan Guru Yang Menggunakan PBK.
4.6.5 Perkaitan Kemahiran Komputer Dengan 66
Pernyataan Bahawa Guru Akan Memastikan
Bahan PBK Boleh Beroperasi.
5 PERBINCANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Ringkasan Kajian 67
5.3 Perbincangan 68
5.3.1 Penggunaan Pengajaran Berbantukan 69
Komputer (PBK) Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Kimia.
5.3.1.1 Bilangan Guru Menggunakan 69
PBK Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Kimia.
5.3.1.2 Bentuk PBK Dan Kekrapan 70
Penggunaannya.
5.3.1.3 Kekangan Penggunaan PBK Dalam 70
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Kimia.
5.3.2 Pandangan Guru Terhadap PBK 72
5.3.2.1 Sebab Guru Kimia Menggunakan 72
PBK.
5.3.2.2 Topik Yang Sesuai Menggunakan 73
Kaedah PBK.
5.3.2.3 Kebaikan Penggunaan PBK Dalam 73
Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia.
xii
5.3.3 Perolehan Dan Review PBK. 74
5.4 Rumusan 75
5.5 Cadangan 77
5.6 Kesimpulan 78
BIBLIGRAFI 79
LAMPIRAN A - D 84
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skor Bagi Skala Likert. 34 3.2 Nilai Alpha Cronbach Bagi Setiap Persoalan 35 Kajian. 3.3 Perubahan Skala Likert Kepada Skala Tiga 36 Mata. 3.4 Skala Mata Dan Skor Min Bagi Kekerapan 36 Penggunaan PBK. 3.5 Skala Bagi Min. 36 3.6 Jadual Perancangan Kajian Penyelidikan 37 4.1 Taburan Responden Mengikut Keturunan Dan 39 Jantina. 4.2 Tahap Pencapaian Akademik Tertinggi. 40 4.3 Taburan Pengalaman Mengajar Sebenar Dengan 41 Dan Pengalaman Mengajar Kimia. 4.4 Jumlah Waktu Mengajar Kimia Dalam Seminggu. 42 4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 43 Mengajar Kimia Dengan Tahap Kemahiran Menggunakan Komputer. 4.6 Taburan Responden Yang Mengikuti Kursus 43 KPM Dan Perkaitannya Dengan Pengalaman
xiv
Mengajar Kimia. 4.7 Taburan Kemahiran Responden Dalam 44 Menggunakan/Mengendalikan Perisian Atau Program Aplikasi Komputer. 4.8 Taburan Responden Yang Menggunakan PBK 46 Di Sekolah Dengan Pengalaman Mengajar Kimia. 4.9 Taburan Bentuk PBK Dan Kekerapan 47 Penggunaannya. 4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, 49 Peratus, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Kekangan Penggunaan PBK Dari Segi Kemudahan Komputer Yang Disediakan. 4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, 50 Peratus, Min Dan Sisahan Piawai Bagi Faktor Kekangan Penggunaan PBK Dari Segi Peralatan. 4.12 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus, 51 Min Dan Sisahan Piawai Bagi Faktor Kekangan Penggunaan PBK Dari Segi Kemahiran Pengendalian Alat Atau Perisian. 4.13 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus, 52 Min Dan Sisihan Piawai Bagi Faktor Kekangan Penggunaan PBK Dari Segi Masa. 4.14 Taburan Peratusan Sebab Guru Menggunakan 54 PBK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia 4.15 Topik-Topik Yang Sesuai Menggunakan Kaedah 55 PBK. 4.16 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 58 Terhadap Kebaikan Penggunaan PBK Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. 4.17 Taburan Kekerapan Dan Peratus Bagi Cara 60 Guru Mendapatkan Sumber Bahan PBK. 4.18 Taburan Kekerapan Dan Peratus Responden 62 Terhadap Penilaian Dan Review Sumber Bahan PBK. 4.19 Perkaitan Jumlah Waktu Mengajar Dengan 63 Kekangan Masa IaituPengajaran Menjadi
xv
Lambat Jika Menggunakan PBK. 4.20 Perkaitan Pernyataan PBK Sesuai Untuk P&P 64 Kimia Dengan Bilangan Guru Yang Mengikuti Kursus. 4.21 Perkaitan PBK Membantu Dalam Penerangan 65 Konsep Yang Memerlukan Imaginasi Dengan Pengalaman Mengajar Kimia. 4.22 Perkaitan PBK Meningkatkan Pemahaman 65 Pelajar (Kimia) Dengan Bilangan Guru Yang Menggunakan PBK. 4.23 Perkaitan Kemahiran Komputer Dengan 66 Pernyataan Bahawa Guru Akan Memastikan Bahan PBK Boleh Beroperasi.
xvi
SENARAI SIMBOL
PBK - Pengajaran Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
α - Alpha Croncach % Peratus STS Sangat Tidak setuju TS Tidak Setuju TP Tidak Pasti S Setuju SS Sangat Setuju
ABM Alat Bantu Mengajar
IPTA Institut Pengajian Tinggi Awam
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Penggunaan PBK Dalam 84 Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia Oleh Guru Sekolah Di Daerah Kota Tinggi B Surat Akuan Pelajar UTM 90 C Surat Kebenaran Bahagian EPRD KPM 91 D Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Johor 92
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan adalah bidang yang bersifat dinamik dan mesti disampaikan dengan
sebaik mungkin. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai kaedah dan
pendekatan serta strategi perlu dipelbagaikan. Dengan lain perkataan, pelajar-pelajar
mesti memahami apa yang mereka pelajari.
Sistem pendidikan telah lama dilihat sebagai tempat untuk seseorang dilatih,
diajar dan dibentuk supaya menjadi rakyat berguna, mahir, produktif dan
berkewibawaan tinggi. Oleh itu sekali lagi, sistem pendidikan merupakan tempat yang
sesuai untuk melahirkan rakyat yang dapat membangun teknologi maklumat agar
wawasan 2020 tercapai.
Penggunaan komputer dalam apa jua bidang pekerjaan dewasa ini sudah menjadi
suatu kemestian. Salah satu bidang yang semakin mendapat perhatian dalam
penggunaan teknologi komputer ialah bidang pendidikan. Adalah dijangkakan bahawa
penggunaan komputer dalam bilik darjah sebagai alat pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi suatu perkara yang biasa sebagaimana media-media lain seperti kapur dan
papan hitam, projektor lutsinar, televisyen, projektor slaid, filem, kaset serta pita audio.
2
Oleh itu, golongan pendidik memainkan peranan yang penting di dalam
penyebaran penggunaan komputer kepada para pelajar melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru khususnya guru Kimia haruslah menguasai bidang ini supaya ia
boleh diterapkan di dalam diri pelajar bagi menempuh zaman ledakan teknologi
maklumat yang lebih mencabar lagi.
1.2 Latar Belakang Masalah
Sistem sekarang tidak memberi guru dan pelajar peluang untuk menanam minat
yang lebih mendalam mengenai subjek yang diajar kerana masalah masa. Di sini
peranan komputer dalam pendidikan melalui strategi pengajaran berbantukan komputer
(PBK) bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang dikehendaki amat diperlukan.
Kesan penggunaan komputer dalam sistem pendidikan boleh jadi sangat kuat. Oleh itu,
penglibatan teknologi komputer dalam pendidikan tidak seharusnya dipandang ringan
atau diketepikan terus.
Pengajaran berbantukan komputer ini ialah satu cara atau kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan komputer sebagai alat bantu untuk mencapai isi
pelajaran, jujukan latihan atau tutorial yang ada interaksi antara pelajar dengan komputer.
Pembelajaran melalui komputer membolehkan murid memberi arahan lalu komputer
akan melaksanakan arahan itu.
Komputer telah digunakan di dalam kelas melalui keadah PBK di kebanyakkan
negara maju. Ia merupakan satu cara yang menarik selain memudahkan pembelajaran
dan menambahkan kemahiran mengendalikan maklumat di kalangan pelajar. (Zoraini
Wati Abas, 1993).
3
Sudah sampai masanya kita mengkaji bagaimana kita sendiri boleh
memperkenalkan kaedah baru ini. Yang dimaksudkan di sini ialah pengajaran dan
pembelajaran dengan komputer. Komputer digunakan sebagai alat untuk mencapai
objektif pembelajaran (Zoraini Wati Abas, 1993). Bagi masyarakat masa kini, kaedah
ini merupakan kaedah yang amat sesuai untuk membiasakan pelajar dengan cara yang
terbaik untuk mengendalikan maklumat. Lebih-lebih lagi, dalam masyarakat maklumat,
maklumat adalah sumber utama sesebuah masyarakat.
1.3 Pernyataan Masalah.
Pengajaran berasaskan teknologi komputer sekarang ini dilihat sebagai satu
alternatif ke arah melahirkan generasi yang inovatif, kreatif, kritis dan berwawasan. Ini
adalah kerana sifat semulajadi teknologi komputer yang sentiasa berkembang maju,
menunggu untuk diterokai. Generasi yang tahu komputer merupakan aset penting
terutama untuk pembangunan dan kemajuan teknologi negara.
Walaupun PBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya
popular pada tahun 1980an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah
didapati, perisian PBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia, PBK masih
baru. Meskipun perisian PBK sudah berada di pasaran dan dalam internet,
penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan
di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBK kini merupakan inisiatif individu
pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing. Pengajaran
berbantukan komputer adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk
tujuan pengajaran dan pembelajaran. PBK boleh berbentuk menggunakan komputer
untuk mempelajari sesuatu secara langkah demi langkah, iaitu program terancang atau
menggunakan komputer untuk pembelajaran dan pengajaran secara penemuan yang
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer
khususnya dalam bidang pendidikan Kimia di sekolah.
4
Dalam bidang sains khususnya Kimia, tidak terlepas daripada arus pembangunan
teknologi dalam bidang pendidikan. Dengan wujudnya sekolah bestari, pendekatan
pengajaran berbantukan komputer diaplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar sekolah bestari akan mempunyai kelebihan dari segi mendapat perhatian individu
daripada guru. Ini selaras dengan peranan guru sebagai fasilitator atau sebagai pemudah
cara bagi pelajar mendapatkan maklumat. Oleh itu kerajaan di bawah Kementerian
Pelajaran telah memperuntukkan kewangannya untuk melatih para guru menguasai
bidang teknologi perkomputeran dan teknologi maklumat untuk merealisasikan
matlamat sekolah bestari.
Tetapi daripada pemerhatian penulis, kebanyakkan guru-guru Kimia di sekolah
masih gemar menggunakan pendekatan tradisional iaitu menggunakan kaedah “Chalk
and Talk” dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun Kementerian
Pelajaran telah memperuntukkan kewangan untuk menyediakan peralatan komputer dan
pembangunan perisian, masih ramai lagi guru-guru tidak mengambil peluang ini untuk
menukar corak pengajaran semasa di dalam kelas. Kajian ini adalah bertujuan untuk
mengenal pasti sejauh manakah penggunaan PBK telah diaplikasikan dalam sistem
pendidikan dan apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan PBK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kimia di sekolah.
Persoalannya disini sejauh manakah guru-guru sekolah di daerah Kota Tinggi
menggunakan kemahiran komputer yang dipelajari untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Adakah mereka menggunakan pendekatan pengajaran
berbantukan komputer sebagai strategi pengajaran ataupun mereka masih di takok yang
lama iaitu selesa menggunakan pendekatan tradisonal dalam pengajaran Kimia di
sekolah. Kajian ini akan menyentuh tentang penggunaan PBK sebagai alat bantu
mengajar dalam bidang Kimia dalam menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan
komputer sebagai bahan bantu mengajar di sekolah.
5
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, penulis telah mengenal pasti beberapa objektif. Objektif kajian
ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu penggunaan, pandangan guru dan penilaian PBK
yang dihasilkan atau didapati oleh guru itu sendiri.
1. Penggunaan.
i) mengenal pasti bilangan guru kimia yang menggunakan PBK ketika
proses pengajaran dan pembelajaran.
ii) mengkaji kekerapan penggunaan PBK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Kimia di sekolah.
iii) mengetahui bentuk dan jenis ABM yang digunakan dalam pengajaran
berbantukan komputer dalam pengajaran Kimia di sekolah.
iv) mengkaji bentuk-bentuk kekangan dalam penggunaan PBK oleh
guru Kimia di sekolah.
2. Pandangan Guru.
i) mengenal pasti sebab guru kimia menggunakan PBK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
ii) mengenal pasti tajuk dalam mata pelajaran Kimia yang sesuai digunakan
menggunakan PBK.
ii) mendapatkan pandangan guru tentang kebaikan penggunaan PBK
dalam pengajaran dan pembelajaran Kimia di dalam kelas.
3. Penilaian PBK
i) mengkaji bagaimana sumber bahan bantu mengajar berasaskan komputer
diperolehi.
ii) mengenal pasti cara guru Kimia menilai sesuatu bahan PBK sebelum
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6
1.5 Persoalan Kajian
Daripada pernyataan masalah yang telah dibuat, penulis telah mengenal
pasti beberapa persoalan kajian yang berkaitan dengan kajian ini. Antara persoalan
kajian yang telah dikenal pasti berdasarkan aspek-aspek yang telah dibincangkan ialah :-
1. Penggunaan.
i) berapa ramai guru Kimia di sekolah menggunakan PBK
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kimia di dalam kelas?
ii) berapakah kekerapan penggunaan PBK digunakan dalam kelas ketika
pengajaran Kimia berlangsung?
iii) apakah bentuk dan jenis PBK yang digunakan?
iv) apakah masalah yang dihadapi ketika menggunakan PBK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan?
2. Pandangan Guru.
i) apakah sebab guru Kimia menggunakan PBK ketika proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas?
ii) apakah tajuk yang sesuai bagi penggunaan PBK ketika pengajaran Kimia
berlangsung?
iii) apakah kebaikan menggunakan PBK dalam pengajaran dan pembelajaran
Kimia.
3. Penilaian Guru.
i) bagaimanakah bahan atau sumber PBK diperolehi?
ii) bagaimanakah guru Kimia menilai bahan PBK sebelum digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran?