8
KERTAS KONSEP BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS DAN BAHASA INGGERIS UPSR 2013 JALAN PERSIARAN PUTRA 07000 KUAH LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN

Kertas kerja bengkel

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas kerja bengkel

KERTAS KONSEP BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS DAN BAHASA

INGGERIS UPSR 2013

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2013

JALAN PERSIARAN PUTRA07000 KUAH LANGKAWI

KEDAH DARUL AMAN

Page 2: Kertas kerja bengkel

‘KERTAS CADANGAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS DAN BAHASA INGGERIS 2013’

1.0 PengenalanBengkel ini dirancang untuk meningkatkan prestasi UPSR 2013 bagi SK Langkawi

Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit

Peperiksaan dan Unit Akademik diharap dapat memantapkan dan menyediakan

peserta dari segi fizikal, emosi dan rohani serta intelektual bagi menghadapi UPSR

yang bakal menjelang. Seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan dalam

mata pelajaran Sains dan Bahasa inggeris UPSR. Melalui bengkel ini murid-murid

akan didedahkan dengan teknik menjawab soalan secara berkesan.

2.0 MatlamatMatlamat bengkel ini adalah bagi memberikan pendedahan terhadap bentuk-bentuk

soalan dan teknik menjawab soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR. Di samping

dapat meningkatkan peratus kelulusan UPSR Sekolah Kebangsaan Langkawi

khususnya dan Negeri kedah amnya.

3.0 RasionalMemandangkan setiap peperiksaan memerlukan pengetahuan yang luas dan

kemahiran berfikir dalam menjawab soalan yang diberikan. Justeru , kebanyakan

daripada murid mempunyai masalah dalam proses memahami dan menjawab dalam

memberikan jawapan yang betul. Pemasalahan ini menyebabkan ramai di kalangan

murid luar bandar khususnya gagal dalam memberikan jawapan yang baik dan

berkesan. Ramai di kalangan mereka gagal dalam beberapa mata pelajaran yang

berbentuk penulisan terutamanya dalam subjek Bahasa Inggeris dan Sains yang

banyak menggunakan bahasa dan istilah yang sukar difahami atau dihafal.

       Menyedari hakikat ini, Unit Bimbingan Sekolah mengambil satu inisiatif dan

merasa bertanggungjawab untuk melaksanakan Kursus Bengkel Teknik Menjawab

Soalan Sains dan Bahasa Inggeris UPSR secara sistematik dan berkesan Melalui

Page 3: Kertas kerja bengkel

Program Peningkatan Akademik. Seterusnya kursus ini akan diadakan setiap tahun.

4.0 Objektif bengkelPada akhir bengkel ini para pelajar dapat :

4.1 Membina keyakinan diri dalam menjawab soalan-soalan Sains dan

Bahasa inggeris UPSR.

4.2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam menjawab soalan-

soalan sebenar UPSR

4.3

4.4

4.5

4.6

Membantu meningkatkan peratus pencapaian keseluruhan UPSR

sekolah.

Afektif: Menjadikan kem motivasi ini sebagai batu loncatan kepada

murid Tahun 6 untuk memberikan kesedaran bahawa kecermerlangan

dalam hidup dapat menjamin kelangsungan hidup.

Kognitif: Memantapkan jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI)

supaya murid dapat menghadapi peperiksaan UPSR dengan tenang dan

bersemangat.

Psikomotor: Memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan yang

sentiasa sihat dan bersedia melalui penyertaan dalam aktiviti-aktiviti

yang disediakan

5.0 Pelaksanaan

5.1   Tarikh :  20-21 JUN 2013

5.2   Hari :  Khamis-Jumaat

5.3   Tempat :  Dewan Munsyi SK Langkawi

5.4   Sasaran :  88 orang murid Tahun 6

   5.5 Penceramah :  Guru Cemerlang dan Guru Pemeriksa

Page 4: Kertas kerja bengkel

        Undangan Kertas Sains UPSR

5.6   Subjek : Bahasa Inggeris dan Sains

5.7   Pengisian : Ceramah dan Bengkel

6.0 Jawatan Kuasa PengelolaJawatankuasa Induk Kursus Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains dan Bahasa

Inggeris UPSR 2013

Pengerusi : En. Mahtar Bin Desa

  (Guru Besar SK. Langkawi)

Timbalan Pengerusi : En. Ooi Chin Kang

  ( P. Kanan Pentadbiran)

Setiausaha : Pn Nor Suhaila Bt Ridzuan

Bendahari : Pn. Nor Hanani Bt Saaid

AJK : Semua Guru Sains dan Bahasa Inggeris tahun 6

Jawatankuasa KerjaPendaftaran :  Pn. Ruziyani Bt Reduan

:  Pn. Illi Haniza

En Rosidi Bt Razak

Penyediaan bahan ;  Pn Siti Harliza Bt Ramli

Persiapan dewan :  Pn Nor Hanani Bt Saaid

:  Pn Nor Suhaila Bt Ridzuan

Siaraya :  Pn Nonie Zahira Bt Sofian

Cenderahati :  Pn Siti Harliza Bt Ramli

Disiplin murid :  Pn Nor Hanani Bt Saaid

:  Pn Siti Harliza Bt Ramli

Jamuan :  Pn Nonie Zahira Bt Sofian

: Pn Nor Suhaila Bt Ridzuan

Juru Foto : Pn Nur Ain Jariah

Urusan Penveramah : Pn Nor Hanani Bt Saaid

7.0 Anggaran bajet

Page 5: Kertas kerja bengkel

7.1 Perbelanjaan

Bil Perkara Bil Unit Jum/RM

01 1.Minuman ptg murid

2.Makan malam

3.Minum malam

4.Sarapan pagi

5.Makan tengahari

RM 1.50 x 90 org

RM 4.00 x 90 org

RM 1.50 x 90 org

RM 1.50 x 90 org

RM 4.00 x 90 org

RM 132.00

RM 360.00

RM 132.00

RM 132.00

RM 360.00

02 Saguhati Penceramah RM100 x 2 orang RM 200.00

03 Pengurusan-Fail/

fotostat

RM 50.00

Jumlah RM 1246

7.2 Sumber Pendapatan

Bil Perkara Jum/RM

01 Peruntukan Bimbingan & Kaunseling RM 996.00

02 Unit UPSR RM 250.00

Jumlah RM 1246

8.0 Jadual PelaksanaanRujuk lampiran 1

9.0 Penutup

Page 6: Kertas kerja bengkel

Dengan adanya Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR ini diharapkan dapat

memberikan satu pengalaman yang amat berharga bagi calon-calon UPSR 2013.

seterusnya dapat diaplikasikan semasa menjawab soalan UPSR nanti. Bengkel ini

juga diharapkan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik sekolah ini.

Akhirnya prestasi keputusan UPSR 2013  nanti lebih cemerlang dari tahun-tahun

sebelumnya.

Disediakan oleh :                                               Disahkan dan diluluskan oleh

………………………………...                         ………………………………

(NOR SUHAILA BT RIDZUAN )     (EN. MAHTAR BIN DESA)

Setiausaha Panatia Sains                                   Guru Besar,

Sek. Keb. Langkawi .                                   Sek. Keb. Langkawi