Upload
norhaya-isa
View
271
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS CADANGAN LAWATAN PENDIDIKAN KE
DINAS PENDIDIKAN PROVINSI, SEKOLAH DAN UNIVERSITI DI MAKASAR, INDONESIA
FAKULTI PENDIDIKAN 2012
TARIKH16 hingga 20 Julai 2012
TEMPATDinas Pendidikan Provinsi, Sekolah dan Universiti di
Makasar, Indonesia
ANJURANPelajar Siswazah Kurikulum Dan Pedagogi
Kursus GGGA6243 : Perancangan KurikulumFakulti Pendidikan UKM
‘TEMA’ “Memperkayakan Pengetahuan Amalan Dan Perancangan Kurikulum”
Lawatan Pendidikan Ke Dinas Pendidikan Provinsi, Sekolah, & Universiti Di Makasar, Indonesia
16 hingga 20 Julai 2012
KERTAS KERJA
LAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI, SEKOLAH DAN
UNIVERSITI DI MAKASAR, INDONESIA
FAKULTI PENDIDIKAN 2012
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan
kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Lawatan Pendidikan ke
Dinas Pendidikan Provinsi, sekolah dan universiti di Makasar, Indonesia.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
Sistem Pendidikan yang tidak bersifat “Centralized” seperti di Malaysia menarik minat
siswazah untuk pergi dan melihat sendiri bagi memperkayakan lagi ilmu berkaitan
perancangan dan amalan kurikulum pendidikan yang diguna pakai oleh Negara Indonesia.
Perbezaan sistem ini dipercayai dapat memberi input yang berguna kepada para siswazah
selain menjadi wadah untuk meningkatkan hubungan kerjasama sesama ahli lawatan
mahupun hubungan baik dengan warga pendidikan yang terlibat di Indonesia.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Meneroka proses pembentukan kurikulum ’local’ di peringkat daerah dalam sistem
pendidikan di Indonesia.
3.2 Melihat amalan kurikulum negara Indonesia (Makasar) di peringkat daerah dan di
peringkat sekolah.
3.3 Meningkatkan pengetahuan pembentukan dan amalan kurikulum di peringkat
antarabangsa dalam kalangan siswazah pengkhususan Kurikulum dan Pedagogi,
Fakulti Pendidikan, UKM.
3.4 Memberi peluang kepada siswazah Kurikulum Dan Pedagogi untuk berkongsi
pengetahuan dan membina hubungan dua hala antara dua negara.
3.5 Memupuk budaya cintakan ilmu, membina jaringan sosial yang merentasi negara.
3.6 Menggalakkan interaksi dan semangat muhibah antara siswazah UKM dengan
penggubal serta pengamal kurikulum di Indonesia.
4.0 OBJEKTIF KURSUS GGGA 6243 PERANCANGAN KURIKULUM
4.1 Menerangkan konsep, model dan pendekatan-pendekatan kurikulum daripada pelbagai
perspektif.
4.2 Menganalisis suatu model pembentukan kurikulum secara terperinci.
4.3 Menilai pelaksanaan suatu kurikulum pendidikan di Malaysia.
5.0 PEMETAAN OBJEKTIF KURSUS PERANCANGAN KURIKULUM DENGAN
OBJEKTIF LAWATAN PENDIDIKAN.
5.1 Menerangkan konsep, model dan pendekatan-pendekatan kurikulum di Makasar,
Indonesia daripada pelbagai perspektif.
5.2 Menganalisis model pembentukan kurikulum di Makasar, Indonesia secara terperinci.
5.3 Menilai pelaksanaan kurikulum pendidikan di Makasar, Indonesia.
6.0 TEMA
“Memperkayakan Pengetahuan Amalan Dan Perancangan Kurikulum”
7.0 ANJURAN
Pelajar Siswazah Kurikulum Dan Pedagogi Kursus GGGA6243 : Perancangan Kurikulum,
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
8.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh lawatan : 16 hingga 20 Julai 2012
Masa bertolak : 1.30 tengahari (16 Julai 2012)
Jangkaan pulang : 7.30 petang (20 Julai 2012)
Kenderaan : Malaysia ke Makasar- Penerbangan Air Asia.
Makasar - Pengangkutan disediakan oleh Agensi Pelancongan
9.0 TEMPAT PROGRAM
Tempat lawatan utama adalah:
a) Pejabat Dinas Provinsi Pendidikan Sulawesi Selatan.
b) Sekolah Dasar Negeri Makasar.
c) Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar.
d) Sekolah Menengah Atas Negeri Makasar.
e) Universiti Negeri Makasar
10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
10.1 Penyertaan adalah terdiri daripada siswazah yang sedang mengikuti Sarjana
Pendidikan (Kurikulum dan Pedagogi) bagi Kursus GGGA6243 : Perancangan
Kurikulum
10.2 Penyertaan terbuka kepada pelajar kursus-kursus di atas.
11.0 BENTUK PROGRAM
Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut :
11.1 Bengkel Muatan Lokal di Pejabat Dinas Pendidikan Makasar
Pejabat Dinas Pendidikan Makasar merupakan pejabat pendidikan peringkat daerah
di Makasar, Indonesia. Pejabat Dinas Pendidikan ini bertanggungjawab dalam proses
pembentukan kurikulum ‘local’ di peringkat daerah Makasar. Satu ‘Bengkel Muatan
Lokal’ akan diadakan bersama-sama dengan perancang kurikulum lokal daerah
Makasar. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta program
berkenaan perancangan dan amalan kurikulum Indonesia (Makasar) yang
diselenggarakan oleh pejabat dinas pendidikan. Diharapkan bengkel ini juga dapat
memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan kurikulum KTSP dan muatan
lokal secara desentralisasi seterusnya pelajar berupaya menilai pembentukan dan
amalan kurikulum di Indonesia (Makasar) dan membuat perbandingan dengan
kurikulum sentralisasi di Malaysia.
11.2 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Dasar
Kurikulum Muatan Lokal diamalkan di setiap peringkat persekolahan di Indonesia
sama ada peringkat rendah atau pun peringkat menengah. Sekolah Dasar Negeri
adalah sekolah peringkat rendah iaitu institusi yang menyediakan pendidikan untuk
kanak-kanak. Hampir keseluruhan daerah di Indonesia mempunyai Sekolah Dasar.
Tujuan tinjauan di Sekolah Dasar Negeri ini dijalankan ialah untuk melihat secara
mendalam berkenaan amalan kurikulum muatan lokal peringkat sekolah dasar.
Tinjauan amalan kurikulum muatan lokal peringkat sekolah dasar ini penting supaya
para pelajar dapat menjustifikasikan proses penterjemahan perancangan kurikulum
muatan lokal daripada pihak perancang di Dinas Pendidikan Makasar kepada pihak
yang melaksana di sekolah dasar berkenaan. Tinjauan ini penting untuk peserta
lawatan bagi mengetahui dan mengenal pasti model pembentukan kurikulum
peringkat rendah di Makasar secara terperinci di samping melihat amalan dan
pelaksanaan kurikulum muatan lokal ini.
11.3 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Menengah
Pertama Negeri Makasar
Pejabat Dinas Pendidikan Makasar juga merancang pembentukan kurikulum muatan
lokal peringkat Sekolah Menengah Pertama. Antara sekolah yang terlibat sebagai
pelaksana kurikulum muatan lokal ini ialah Sekolah Menengah Pertama Negeri.
Sekolah ini merupakan sekolah peringkat menengah rendah. Hampir keseluruhan
daerah di Indonesia mempunyai Sekolah Menengah Pertama ini. Para pelajar dapat
membuat perkaitan di antara kurikulum muatan lokal yang dirancang di dinas
pendidikan dengan amalan kurikulum muatan lokal di sekolah menengah pertama
ini. Melalui tinjauan ini juga, para pelajar dapat mengkaji model pembentukan
kurikulum muatan lokal menengah rendah di Makasar secara terperinci di samping
melihat amalan dan pelaksanaan kurikulum tersebut.
11.4 Tinjauan Amalan Kurikulum Muatan Lokal Peringkat Sekolah Menengah Atas
Negeri Makasar
Selain daripada Sekolah Dasar dan Sekolah Menengah Pertama, penterjemahan
kurikulum muatan lokal yang dirancang oleh Dinas Pendidikan Makasar turut
melibatkan Sekolah Menengah Atas Negeri. Sekolah Menengah Atas Negeri ini
merupakan sekolah peringkat menengah atas. Tinjauan amalan kurikulum muatan
lokal ke sekolah ini adalah sebagai kesinambungan kepada tinjauan ke sekolah dasar
dan sekolah menengah pertama. Para pelajar dapat mengkaji amalan kurikulum
muatan lokal ini bermula dengan sekolah dasar sehingga ke sekolah menengah atas.
Di peringkat ini, para pelajar dapat membuat perbandingan yang jelas antara amalan
kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di Indonesia.
11.5 Perbincangan bersama-sama mahasiswa Universiti Negeri Makasar
Universiti Negeri Makasar merupakan salah sebuah universiti pendidikan di
Indonesia. Satu sesi perbincangan akan diadakan di antara peserta lawatan dengan
mahasiswa Universiti Negeri Makasar. Sesi perbincangan dua hala ini bertujuan
untuk membincangkan perancangan kurikulum seterusnya amalan kurikulum muatan
lokal di Indonesia. Perbincangan ini juga melibatkan perbandingan dan perkongsian
pelaksanaan kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di
Indonesia.
12.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
13.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
14.0 PERINCIAN PROGRAM
a. Menerima cadangan untuk menganjurkan lawatan pendidikan.
b. Mengadakan mesyuarat penganjuran bersama dengan menentukan tarikh, tempat
lawatan, bilangan penyertaan , jadual dan lain-lain.
c. Memohon kebenaran mengadakan lawatan dan menyediakan kertas kerja.
d. Mengurus surat kebenaran mengadakan lawatan rasmi di Indonesia
e. Urusan tempahan dan perbincangan dengan agensi.
f. Mengedar surat promosi dan surat tajaan kepada agensi-agensi berpotensi.
g. Mengadakan sekurang-kurangnya 1 kali perjumpaan dengan ahli-ahli lawatan.
h. Sentiasa memaklumkan perkembangan lawatan kepada penasihat program untuk
makluman dan tindakan.
i. Menyediakan laporan dan output sebagai hasil lawatan.
15.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C.
16.0 OUTPUT PROGRAM
Selepas program tamat, pelajar akan menghasilkan artikel prosiding berkenaan kajian
perbandingan (comparative study) berkaitan dengan amalan kurikulum sentralisasi yang
diamalkan di Malaysia dengan kurikulum yang bercorak desentralisasi di Indonesia. Artikel
prosiding ini akan dibentangkan dalam seminar-seminar di dalam dan luar negara. Artikel ini
juga akan dihantar untuk diterbitkan dalam jurnal. Penghasilan artikel ini adalah di bawah
bimbingan dan panduan penasihat program.
Output yang kedua ialah penghasilan monograf berkaitan perbandingan perancangan dan
amalan kurikulum sentralisasi di Malaysia dengan kurikulum desentralisasi di Indonesia.
Monograf ini akan membincangkan secara mendalam perancangan dan amalan kurikulum
muatan lokal di Makasar. Kupasan perancangan dan amalan kurikulum ini adalah garapan
hasil utama program. Perbandingan amalan kurikulum muatan lokal dan kurikulum Malaysia
akan dibincangkan secara mendalam. Monograf dan artikel prosiding yang dihasilkan
sebagai output ini diharap dapat membantu pihak fakulti berkenaan kurikulum di Indonesia
serta perbandingannya dengan kurikulum Malaysia. Artikel dan monograf ini seterusnya
diharap dapat menjadi sumber rujukan kepada pihak yang memerlukan informasi berkenaan
perancangan dan amalan kurikulum di Indonesia serta perbandingannya dengan kurikulum
di Malaysia.
17.0 SYOR/PENUTUP
Diharap kertas kerja program Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta
Sekolah di Sulawesi Selatan, Indonesia ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya seterusnya
diluluskan. Lawatan yang berfaedah ini diharapkan dapat membuka minda siswazah
agar lebih bersikap terbuka, berpengetahuan, luas pengalaman serta bersedia menghadapi
alaf baru yang kian mencabar. Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat
dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak bagi
menjayakan projek ini amatlah dialu-alukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima
kasih.
Disediakan oleh :
..............................................................................(NORHAYA BINTI ISA)Setiausaha,Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012No Tel: 019-7558331
Disemak oleh :
..............................................................................(SITI NOR AISHAH BINTI MOHD NOR)Penyelaras,Lawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012No Tel: 013-3040041
Disahkan oleh :
............................................(DR. SHARIFAH NOR PUTEH)Penasihat IILawatan Pendidikan ke Dinas Pendidikan Provinsi serta Sekolah Di Sulawesi Selatan, Indonesia. Fakulti Pendidikan UKM 2012No Tel: 013-6201371
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASILAWATAN PENDIDIKAN KE DINAS PENDIDIKAN PROVINSI SERTA SEKOLAH
DI SULAWESI SELATAN, INDONESIA FAKULTI PENDIDIKAN 2012UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PenaungY.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
PengerusiY.Bhg. Prof. Ir. Dr Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UKM
PenyelarasTimbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
Penasihat IProf. Madya Dr. Norazah Mohd Nordin
Timbalan Dekan SiswazahFakulti Pendidikan UKM
Penasihat II Dr. Sharifah Nor Puteh
Pensyarah GGGA6243 : Perancangan KurikulumFakulti Pendidikan UKM
Ketua PengarahSiti Nor Aishah Mohd Nor
Fakulti Pendidikan Semester 2P61910
013-3040041
Timbalan PengarahVimala Narayan
Fakulti Pendidikan Semester 2P61933
012-3691921
SetiausahaNorhaya Isa
Fakulti Pendidikan Semester 2P61923
019-7558331
Bendahari Lily Damayanti
Fakulti Pendidikan Semester 2P61753
0173609410
Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa :Lily Damayanti, Pend/Sem.2, P61753
Pengarah Protokol dan Sambutan : Yusmaliza Yusof, F.Pend/Sem.2, P61770
Pengarah Fotografi, Sijil dan Cenderamata : Ser Pui Feng, F.Pend/Sem.2, P61735
Pengarah Buku Program : Norhaya Isa, F.Pend/Sem.2, P61923
Pengarah Laporan dan Dokumentasi : Norzila Binti Ani, F.Pend/ Sem2, P62686
Pengangkutan dan Penginapan diuruskan oleh pihak Indonesia.
LAMPIRAN B
ATURCARA PROGRAMHari Masa Tempat Aktiviti Catatan
Rabu,18 Julai 2012
1.30 pm
2.35 pm – 5.50 pm
5.50 pm – 7.00 pm
7.00 pm – 9.00 pm
9.00 pm – 10.30 pm
LCCT, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur ke Makasar
Lapangan Terbang Hasanuddin, Ujung Padang, Makasar
Hotel Grand Place
Hotel Grand Place
Pendaftaran
Perjalanan menaiki pesawat
Ketibaan di Lapangan Terbang Hasanuddin, Ujung Padang, Makasar dan urusan Bagasi
Check-in, House Keeping , Solat Maghrib dan Isyak, makan malam
Taklimat ringkas berkenaan kurikulum pendidikan di Makasar.
Khamis,19 Julai 2012
7.00 am – 8.00 am
8.00 am
8.45 am – 10.00 am
10.30 am – 12.30 tgh hari
12.30 tgh hari – 2.30 pm
2.30 pm – 5.00 pm
5.00 pm – 8.00 pm
8.00 pm – 10.30 pm
Kafetaria Hotel Grand Place
Lobi Hotel Grand Place
Pejabat Dinas Pendidikan Makasar
Sekolah Dasar Negeri Makasar
Bandaraya Makasar
Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar
Hotel Grand Place
Hotel Grand Place
Sarapan Pagi
Bertolak ke Pejabat Dinas Pendidikan Makasar, Indonesia
Taklimat pembangunan dan amalan kurikulum KTSP yang bercorak disentralisasi.
Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di sekolah dasar.
Makan tengah hari dan solat Jamak Zohor dan Asar
Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di Sekolah Menengah Pertama Negeri Makasar.
Minum petang, Rehat Makan malam , Solat Jamak Maghrib dan Isyak
Brainstorming session:
Pembentukan resolusi secara berkumpulan berkenaan konsep, model dan pendekatan kurikulum di Sekolah Dasar Negeri dan Sekolah Menengah Pertama Negeri di Makasar, Indonesia.
Jumaat, 20 Julai 2012
7.00 am – 8.00 am
8.00 am – 8.30 am
8.30 am – 1.00 pm
1.00pm – 3.00 pm
3.00 pm – 5.30 pm
5.30 pm – 8.00 pm
8.00 pm-10.00 pm
Kafetaria Hotel Grand Place
Lobi Hotel Grand Place
Sekolah Menengah Atas Negeri Indonesia
Universiti Negeri Makasar
Universiti Negeri Makasar
Universiti Negeri Makasar
Diskusi Perbandingan amalan kurikulum Indonesia dengan Malaysia
Sarapan pagi
Check out
Lawatan Pendidikan berkenaan kurikulum yang diamalkan di Sekolah Menengah Atas Negeri Indonesia.
Makan Tengah hari, Rehat,Solat Jamak Zuhur dan Asar
Interaksi dua hala berkenaan perancangan dan amalan kurikulum di Indonesia serta perbandingannya dengan kurikulum Malaysia.
Solat Asar, Rehat,Makan malam, Solat Maghrib
Dewan Hotel Grand Place
19 Julai 2012/ Khamis: Lawatan sosial Makassar yang diuruskan oleh pihak Indonesia
20 Julai 2012/ Jumaat: Penerbangan pulang ke Malaysia
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Sumber Pendapatan
Kutipan daripada peserta lawatanWang Sumbangan/Penajaan
Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan
Bil Perkara Pendapatan Perbelanjaan
1.Kutipan yuran penyertaan daripada peserta(RM300.00 X 10)
RM3000.00
2. Permohonan sumbangan daripada FPEND RM 5 000.00
3.Tiket Penerbangan AirAsia(RM613 x 10 orang)
RM6130.00
4.Pakej Penginapan dan Pengangkutan di Makasar(RM176 x 10 orang)
RM1760.00
5. Pengurusan RM110.00
JUMLAH RM 8000.00 RM 8000.00