50

Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Page 2: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Page 3: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Tayamum diharuskan oleh al-quran, sunnah dan ijma’ ulama.

Fuqaha mentakrifkan tayamum ialah menyapu muka dan kedua2 belah tangan dengan debu bagi tujuan bersuci.

Seperti dalam alquran, surah al-maidah ayat 6. 'م% م#ن! %ك !ح!د* م#ن و% ج!اء! أ

! ف!ر2 أ و% ع!ل!ى س!! ض!ى أ 'م% م!ر% %ت 'ن #ن% ك و!إ

!مEم'وا ص!ع#يد?ا !ي !ج#د'وا م!اء? ف!ت !م% ت اء! ف!ل Jس! 'م' الن ت و% الم!س%! #ط# أ %غ!ائ ال

Eه' 'ر#يد' الل %ه' م!ا ي 'م% م#ن %د#يك !ي 'م% و!أ #و'ج'وه#ك ح'وا ب ?ا ف!ام%س! Jب ط!ي!ه' #ع%م!ت #مE ن 'ت #ي 'م% و!ل ك 'ط!هJر! #ي 'ر#يد' ل !ك#ن% ي ج2 و!ل 'م% م#ن% ح!ر! %ك !ي !ج%ع!ل! ع!ل #ي ل

ون! 'ر' ك !ش% 'م% ت Eك !ع!ل 'م% ل %ك !ي ع!ل Secara ijma ulama, tayamum diharuskan

dalam syariat Islam.

Page 4: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Telah bersepakat ulama bahawa tayamum mensucikan hadas kecil dan ia sebagai ganti kpd wudhuk.

Dan juga pengganti kepada mandi wajib (haidh, nifas dan junub).

Dalil hadith yg mengharuskan tayamum bagi hadas kecil dan hadas besar disebutkan oleh DAZ.

Rujukan : Kitab al-mufassal : muka surat (129)

Page 5: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Niat Setelah masuk waktu solat. Maka tidak

harus tayamum sebelum masuknya waktu solat yg fardhu dan bukannya waktu yg dilarang untuk solat sekiranya tayamum adalah untuk solat sunat. Ini adalah pendapat semua mazhab kecuali mazhab Hanafi. Bagi Hanafi, boleh bertayamum sebelum masuk waktu, maka masuk waktu bukan salah satu syarat tayamum.

Page 6: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Ketiadaan air dan dalam keadaan mencarinya. Tidak sah tayamum kecuali setelah puas mencari air di merata tempat. Sekiranya ada di tmpt orang lain, hendaklah meminta air dari mereka.

Darurat ketiadaan air. Tayamum ialah cara bersuci ketika dalam keadaan darurat. Sekiranya air wujud , maka hilanglah keharusan untuk bersuci menggunakan tayamum.

Page 7: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Org yg sakit, terluka, patah, seseorang yg takut menggunakan air kerana keuzuran tersebut dibolehkan menggunakan cara tayamum untuk bersuci.

Takut itu bermaksud menjejaskan nyawanya, atau bertambah sakit atau melambatkan proses rawatan atau sakit yg tidak tertanggung.

Dibolehkan juga bertayamum sekiranya air yg ada terlalu sejuk untuk digunakan berwudhuk.

Musafir yg hanya mempunyai air sekadar untuk minum juga dibolehkan bertayamum.

Page 8: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Sekiranya seseorang berada dalam keadaan ada air dan masuk waktu tetapi dengan berwudhuk, maka menyebabkan waktu solat habis, maka dibolehkan juga bertayamum sehingga dia tidak terlewat melakukan solat iaitu solat diluar waktu.

Tapi, sekiranya dalam keadaan bangun pagi di akhir waktu, ada air dan cukup untuk berwudhuk, hendaklah baginya berwudhuk dan solat walaupun selepas terbit matahari.

Page 9: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Tayamum hendaklah dgn tanah yg suci lagi mensucikan- tiada khilaf.

Dibolehkan mendapatkan debu pada seluruh permukaan tanah di muka bumi seperti batu, binatang, tetapi disyaratkan permukaan itu berdebu (ghibar)

Page 10: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Ulama berselisih pendapat dalam hal ini. Setelah menepuk tangan di permukaan

tanah, menyapu dahulu pada muka dan kemudian barulah keduanya tangan hingga ke siku.

Page 11: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Semua perkara yg membatalkan wudhuk akan membatalkan juga tayamum seperti Hadas kecil dan hadas besar.

Habis atau tamat waktu solat di mana seseorang mengambil tayamum di dalamnya.

Wujudnya air.

Page 12: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Tayamum wanita adalah sama dgn tayamum lelaki.

Sekiranya dalam keadaan tiada air di sekeliling wanita tersebut, bahaya bagi dirinya untuk keluar mencari air, maka dibolehkan bg dia bertayamum. (contohnya dalam keadaan peperangan, diculik, sakit dan jika menggunakan air melambatkan proses rawatan, maka tayamum adalah lebih awla (patut didahulukan).

Page 13: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Wanita haidh dan nifas yang telah kering darahnya, yg berada dalam ketiadaan air boleh bertayamum, sekiranya wujud air setelah melakukan solat, hendaklah ia mandi dan tidak perlu mengulang solat tersebut. (tiada khilaf ulama berkenaan hal ini)

Page 14: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Adakah ditegah suami menjima’kan isteri ketika ketiadaan air?

Menurut pendapat mazhab Hanbali : Makruh (ditegah) kerana menjadikan dirinya tidak dalam keadaan suci. Kerana dalam ketiadaan air, seboleh mungkin mengekalkan diri dalam keadaan suci dari hadas besar.

Menurut pendapat Ibn Taymiyyah: Tidak ditegah sama sekali. Berdasarkan hadith : seorang sahabat bernama Abu Zar bertanya kpd Nabi SAW, dia dalam ketiadaan air dan berjunub, Nabi menjawab : DEBU suci itu menyucikan.

Sekiranya suami isteri setelah berjima’, mendapati ada air hanya cukup untuk membasuh kemaluan dan tidak cukup untuk mandi wajib, maka hendaklah menggunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan dan bertayamum.

Page 15: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Dalam keadaan kesuntukan air, air adalah berhak kepada siapa yg terlebih dahulu menemuinya. Tidak harus mengorbankan air tersebut kepada orang lain kerana dirinya memerlukan air tersebut untuk bersuci.

Sekiranya bertembung keperluan antara 3 golongan di atas : ada 2 pendapat :

1. didahulukan mandikan mayat kerana itu adalah bersuci untuk kali terakhir baginya, manakala yg hidup boleh mencari air atau bertayamum untuk bersolat.

2. yg masih hidup lebih berhak kerana tuntutan ibadah masih terletak ke atas mereka, manakala mayat sudah terputus kewajipan ibadah mereka.

Antara org junub dgn wanita haidh: wanita haidh diutamakan krn wanita haidh tanggungjawab bersuci kerana Allah. Org berjunub, hak untuk suami supaya dia bersih semula untuk digauli oleh suaminya.

Sekiranya org junub itu lelaki, lebih diutamakan lelaki kerana dia adalah imam kpd solat berjemaah.

Page 16: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Page 17: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Harus hanya menyapu air pada pembalut anggota yg patah dan pembalut luka bagi menyucikan diri dari hadas kecil iaitu wudhuk dan hadas besar iaitu mandi wajib. Maksudnya tak perlu mengalirkan air pada anggota yg cedera tersebut kerana akan memberi mudharat pada pesakit.

Ini berdasarkan hadith :

Page 18: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Hadith ini ialah berkenaan Jabir yang ditimpa retak dikepala, maka Nabi SAW menyuruhnya hanya menyapu, baginda tidak menyebut supaya mengenakan air wudhuk pada tmpt itu.

Dan hadith kemudiannya Nabi SAW menyuruh Saidina Ali agar menyapu ke atas pembalut kerana menyapu menghindarkan dari masyaqqah kepada yg menanggalkannya.

Apabila tertanggal pembalut, maka x perlu mengulang semula wudhuk atau mandi wajib.

Page 19: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Harus menyapu air wudhuk pada khuf seperti yg disebut dalam hadith sahih. Nabi SAW melakukannya, Imam ibn hanbal menyebut dari Hasan albasri bahawa terdapat 70 org sahabat Rasulullah SAW, bahawa baginda menyapu air wudhuk ke atas khuf.

Page 20: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Memakai khuf hendaklah dalam keadaan bersuci. Kemudian apabila berhadas kecil yg mewajibkan wudhuk, diharuskan menyapu wudhuk tersebut pada khuf.

Tetapi tidak harus menyapu khuf bagi yg berhadas besar seperti junub, haidh dan nifas.

Page 21: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Diharuskan menyapu air kepada seluruh permukaan khuf yg menutupi kaki.

Khuf tersebut di bawa berjalan secara berterusan.

Diperbuat daripada kulit atau seumpama seperti stokin. Stokin dibolehkan untuk menyapu ke atasnya mengikut mazhab Hanbali.

Disyaratkan stokin tersebut teabl dan dipakai berterusan, tidak ditanggal2kan sepanjang perjalanan dan tidak mengapa jika stokin tidak diperbuat dari kulit.

Page 22: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Untuk orang yg bermukim iaitu bukan musafir boleh menyapu khuf sehari semalam sahaja. Bagi musafir 3 hari dan 3 malam. Ini pendapat mazhab hanbali, hanafi, dan syafie.

Bermula waktu menyapu ialah ketika berhadas kecil selepas memakai khuf.

Page 23: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Menyapu di bahagian atas khuf, tidak termasuk bahagian bawah, meletakkan tangan iaitu permukaan jari – jari ke atas permukaan khuf kemudian melalukan air wudhuk.

Kata imam syafie, cukuplah menyapu dengan sampai maksud menyapu itu. Kata imam abu hanifah, cukup dengan 3 jari.

Page 24: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Apabila habis waktu yg diharuskan menyapu (3 hari 3 malam bg musafir dan 1 hari 1 malam bagi yg bermukim), maka batallkah wudhuknya, tidak boleh lagi menyapu kecuali ditanggalkan khuf, dan wudhuk secara sempurna, dan pakai semula.

Juga dikira terbatal wudhuk sekiranya khuf ditanggalkan walaupun sebelum habis waktu.

Juga dikira batal sekiranya berhadas besar (junub, haidh, nifas), tidak boleh hanya menyapu ketika mandi wajib, hendaklah dia menanggalkan dan membasuh kaki serta seluruh badannya.

Page 25: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Hukum serta syarat2 wanita yg ingin menyapu khuf adalah sama dengan hukum bagi kaum lelaki kerana umumnya maksud hadis nabi.

Page 26: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Wanita yg istihadhah juga termasuk di dalam syarat yg sama dengan lelaki dan wanita yg sihat.

Kerana hukum menyapu tidak terbatal sebagaimana wudhuk terbatal. Tidak terbatal hukum menyapu bg mereka apabila habis atau keluarnya waktu sesuatu solat.

Tetapi apabila darah istihadhah sudah kering, maka dia tidak boleh kekal dgn wudhuknya sebelum darah kering, perlu tanggalkan khuf, dan berwudhuk dgn sempurna, kemudian memakainya semula.

Page 27: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Dalam mazhab hanbali terdapat 2 pendapat : Diharuskan dan tidak diharuskan.

Hujjah bagi yg mengatakan harus : Ummu salamah telah menggunakan cara tersebut dan disebut telah diriwayatkan dari Nabi ttg perintah menyapu khuf dan khimar (sesuatu yg menutupi kepala).

Kata Ibn Taymiyah, Ummu salamah tidak akan melakukan demikian tanpa kebenaran Nabi kerana khimar ialah sesuatu yg susah untuk ditanggalkan (mungkin dalam keadaan terdapat ramai lelaki)

Page 28: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Bagi lelaki, ianya tidak susah untuk ditanggalkan kerana khimar bg lelaki hanyalah sebagai pelindung, seperti pelindung panas atau hujan.

Kata ibn hazim, samada lelaki atau wanita, diharuskan, tidak disyaratkan perlu berwudhuk sempurna atau tidak sempurna terlebih dahulu.kerana diisyaratkan wudhuk sempurna ialah dalam kes menyapu khuf sahaja.

Kesimpulannya, menyapu muka adalah seperti biasa, tetapi rukun menyapu dahi atau kepala (optional)bg wanita dibolehkan menurut mazhab hanbali tanpa menanggalkannya ketika berhadapan kesukaran untuk melakukan demikian.

Page 29: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)
Page 30: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

HUKUM ORG YG BERHADAS DGN HADAS KECIL

HUKUM ORG YG BERJUNUB HUKUM ORG YG HAID HUKUM ORG YG NIFAS HUKUM ORG YG ISTIHADHAH

Page 31: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Diharamkan solat fardhu dan sunat Solat jenazah juga tidak diharuskan

sekiranya tidak suci darinya. Kecuali pendapat imam al-sya’bi berpendapat tidak mengapa tidak berwudhuk kerana ianya hanya doa, tiada rukuk dan sujud.

hujjah ditolak kerana nabi menamakan ianya Solat jenazah dan di dalamnya terdapat takbir dan salam.

Ada hadith mengatakan pembuka solat ialah bersuci dan pengharamannya ialah takbir dan penghalalanya adalah memberi salam.

Page 32: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Menyentuh mushaf (al quran) : Mazhab jumhur mengatakan bahawa tidak harus menyentuh mushaf dalam keadaan tidak bersuci sempurna dan tidak diharuskan org yg berhadas menyentuhnya.

Berzikir dengan nama Allah dan membaca alquran : Harus

Sujud tilawah : mestilah berwudhuk Tawaf sekeliling kaabah al-musyrifah:

ulama berselisih pendapat. Tetapi ijma ulama mengatakan tidak harus tawaf tanpa wudhuk.

Page 33: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Apa yg diharamkan kepada org berhadas besar diharamkan juga ke atas org yg berhadas kecil. (min bab al-awla)

Diharamkan : solat fardhu, solat sunat, menyentuh mushaf, membaca al-quran, dikecualikan kepada kanak-kanak yg mumayyiz yg berhadas besar seperti perempuan remaja yg didatangi haidh kerana ingin mempelajari al-quran. Dewasa yg berhadas besar tidak diharuskan.Ini pendapat mazhab syafie yg mengharuskan juga kanak2 ini memegang mushaf dgn berhujjah bahawa mereka sedang mempelajari al-quran.

Page 34: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Hukum membaca alquran secara perlahan: jumhur bersependapat mengatakan tidak boleh membaca secara kuat ttpi berselisih pendapt dalam hal membaca secara perlahan.

Ulama yg membolehkan ialah membaca bacaan seperti ayat qursi, 3 qul sebagai ruqyah, atau atas dasar mengeluarkan dalil kepada hukum. (pendapat mazhab maliki).

Memasuki masjid : Jumhur mengatakan haram memasuki masjid bagi yg berjunub dan haidh.

Page 35: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Melintasi masjid : harus.

Page 36: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Bagi pendapat mazhab Hanafi: org yg berjunub jika sangat memerlukan untuk masuk ke masjid kerana ketiadaan air, maka dibolehkan masuk tetapi perlu bertayamum dahulu sebelum masuk. Samada masuk untuk jangka masa yg lama atau sekejap.

Berzikir dengan nama Allah: diharuskan. Tawaf di sekeliling kaabah: tidak diharuskan. Puasa: dibolehkan Org yg berjunub tidak najis, boleh duduk

bersama org yg suci dalam satu majlis, bersalam, dia juga boleh makan, minum,

Page 37: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Hadith menarik dari Abu Hurairah:

Page 38: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Tidur tanpa berwudhuk. Nabi ada menyebut ttg wudhuk sebelum tidur bagi yg berjunub, tapi ulama berselisih pendapat mengenainya. Kenyataan wudhuk itu tidak membawa perintah wajib bagi pendapat kebanyakan ulama.

Boleh menjimakkan isteri untuk kali kedua. Tetapi disunatkan membasuh terlebih dahulu farajnya sebelum berjimak kali yg seterusnya. Disunatkan juga ke atas isteri untuk melakukan demikian sekiranya ingin suaminya menjimakkannya buat kali kedua.

Page 39: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Disunatkan wudhuk sebelum tidur dan membasuh tangan sebelum makan.

Page 40: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Perkara yg diharamkan kpd org yg berjunub juga diharamkan kepada org yg haidh.

Terdapat juga hukum yg khusus untuk wanita haidh: wanita haidh adalah tetap suci serta boleh bergaul dengannya dan melakukan kerja-kerja kebiasaan di rumah atau tanggungjawab terhadap suaminya atau ahli keluarganya. Ini kerana bagi Yahudi, perempuan yg haidh mereka tidak makan bersama wanita tersebut dan tidak bercampur dengannya di dalam rumah.

Page 41: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Ayat yg disebut di dalam alquran (( fa’tazilunnisa’ fil mahidh )) maksudnya dari segi jimak. Adapun selain dari itu dibolehkan.

Boleh makan dan minum bersama suami seperti yg dipraktikkan oleh Rasulullah SAW, baginda minum pada gelas di mana bibir nya diletakkan pada tmpt saiditina Aisyah minum padahal saidatina Aisyah dalam keadaan haidh.

Saidatina Aishah juga membasuh kepala Rasulullah SAW dalam keadaan beliau haidh.

Page 42: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Rasulullah juga meletakkan kepala Baginda ke atas riba saidatina Aishah padahal beliau haidh.

Memakai pakaian khas : Ummu salamah melakukan sedemikian apabila bersama Nabi untuk berehat2. Maka Rasulullah maklum bahawa pd ketika itu isterinya haidh.

Diharamkan menyetubuhi wanita haidh. Perintah ini disebut secara zahir didalam alquran sehinggakan sekiranya suami beri’tiqad bahawa halal menyetubuhi wanita haidh maka boleh jatuh kafir dan murtad.

Page 43: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Kecuali sekiranya suami berada dalam keadaan tidak mengetahui bahawa isterinya haidh, atau jahil ttg pengharamannya maka tidak jatuh berdosa.

Sekiranya suami mengetahui hukum, maka dia tetap melakukannya maka jatuh kepada berdosa besar maka wajib baginya istighfar dan bertaubat. Tidak ada kaffarah dikenakan bagi jumhur ulama.

Dibolehkan berseronok2 dengan isteri selain daripada faraj.

Page 44: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Wanita yg telah kering darah haidh tetapi sebelum mandi wajib : jumhur ulama mengatakan tidak harus. Diwajibkan juga mandi wajib keseluruhan badan. Bagi pendapat mazhab Hanafi dibolehkan dengan syarat dibasuh dahulu faraj nya.

Dikehendaki para isteri yg haidh berhias dan menjaga kebersihan serta menghindari dari bau yang tidak enak pada suami.

Keluar ke tmpt solat hari raya: dibolehkan tetapi mesti mengasingkan diri dari jemaah solat.

Page 45: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Tidak solat dan tidak puasa, serta tidak perlu mengqadha solat selepas tetapi perlu qadha puasa apabila suci.

Tawaf : tidak diharuskan. Membaca al-quran : tidak diharuskan bagi

pendapat jumhur ulama. Bagi Mazhab maliki, dibolehkan sekiranya masa haidh terlalu lama dibimbangi hilang hafalan al-quran.

Menyentuh al-quran : tidak diharuskan. Masuk ke masjid : tidak diharuskan duduk di

masjid kecuali masuk dan melintasi kerana keperluan tertentu.

Page 46: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Mengambil ubat untuk menghentikan haidh : diharuskan sekiranya ubat tersebut ma’ruf iaitu diketahui ramai bahawa ianya selamat digunakan. (pendapat imam ahmad).

Page 47: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Hukum wanita nifas adalah sama seperti wanita haidh

Page 48: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Kaedah mudah : berwudhuk setiap kali masuk waktu.

Dibolehkan iktikaf di masjid seperti yg dilakukan oleh para isteri Nabi SAW.

Solat dan puasa. Berwudhuk dan membalut faraj nya.

Wudhuknya akan terbatal setelah tamat waktu solat.

Jimak:diharuskan suami menjimakkan isteri yg sdg istihadhah kerana amalan beberapa org sahabat yg Rasulullah sama sekali tidak menegahnya.

Page 49: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)

Seperti Hamnah binti Jahsyi, suami nya Talhah bin Abdullah, Ummu Habibah dan suaminya Abdul Rahman bin Auf. Kedua2 nya menjimakkan isteri ketika istihadhah, dan ini diceritakan oleh Ikrimah, diriwayatkan dari Abu Dawud.

Bagi pendapat ulama yg membolehkan ialah apabila ditakuti terjebak dgn zina.

Yg rajih : tidak diharuskan kerana hadith saidatina Aishah (( perempuan yg istihadhah tidak digauli oleh suaminya )) dan Rasulullah juga mengatakan istihadhah juga ada termasuk dalam ((aza)),,menyakitkan.

Page 50: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 5)