10
Analisis jenis-jenis mobiliti sosial Mobiliti sosial suatu gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial lainnya atau gerak pindah dari status yang satu ke status yang lainnya. Proses perubahan kedudukan sosio- ekonomi seseorang dikenal sebagai mobiliti sosial. Mobiliti sosial merujuk kepada pergerakan sosial atau individu untuk meningkatkan taraf seseorang dari aras bawah kepada satu tahap yang lebih tinggi atau baik(pergeseran, peningkatan, ataupun penurunan). Terdapat dua jenis mobiliti sosial iaitu mobiliti antara generasi dan mobiliti dalam generasi. Secara umum, mobiliti sosial dapat dilihat dari aspek-aspek berikut: a. Faktor pendapatan Perubahan taraf hidup hasil Peningkatan dalam pendapatan atau pencapaian tanpa menukar status seseorang secara automatik , tetapi menyebabkan peningkatan dalam taraf hidup seseorang. Contoh: Seorang pegawai peringkat rendah, telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus cawangan dan sekaligus gaji dan pendapatannya juga bertambah. Status sosialnya di kalangan masyarakat tidak dapat dikatakan naik apabila ia tidak mengubah taraf hidupnya,contohnya jika dia memutuskan untuk tetap hidup sederhana seperti ketika ia menjadi pegawai rendah. b. Perkahwinan Untuk meningkatkan status sosial yang lebih tinggi dapat dilakukan melalui perkahwinan . Contoh: Seseorang wanita yang berasal dari keluarga sangat sederhana berkahwin dengan seorang lelaki dari

Mobiliti sosial

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Mobiliti sosial

Analisis jenis-jenis mobiliti sosial

Mobiliti sosial suatu gerakan perpindahan dari satu kelas sosial ke kelas sosial lainnya atau

gerak pindah dari status yang satu ke status yang lainnya. Proses perubahan kedudukan sosio-ekonomi

seseorang dikenal sebagai mobiliti sosial. Mobiliti sosial merujuk kepada pergerakan sosial atau

individu untuk meningkatkan taraf seseorang dari aras bawah kepada satu tahap yang lebih tinggi atau

baik(pergeseran, peningkatan, ataupun penurunan). Terdapat dua jenis mobiliti sosial iaitu mobiliti

antara generasi dan mobiliti dalam generasi.

Secara umum, mobiliti sosial dapat dilihat dari aspek-aspek berikut:  

a. Faktor pendapatan

Perubahan taraf hidup hasil  Peningkatan dalam pendapatan atau pencapaian tanpa menukar status

seseorang secara automatik, tetapi menyebabkan peningkatan dalam taraf hidup seseorang.

Contoh: Seorang pegawai peringkat rendah, telah dinaikkan pangkat menjadi pengurus cawangan dan

sekaligus gaji dan pendapatannya juga bertambah. Status sosialnya di kalangan masyarakat tidak

dapat dikatakan naik apabila ia tidak mengubah taraf hidupnya,contohnya jika dia memutuskan

untuk tetap hidup sederhana seperti ketika ia menjadi pegawai rendah.

b. Perkahwinan

 Untuk meningkatkan status sosial yang lebih tinggi dapat dilakukan melalui   perkahwinan   .    Contoh: 

Seseorang wanita yang berasal dari keluarga sangat sederhana berkahwin dengan seorang lelaki dari 

keluarga   kaya  dan  dihormati  oleh  masyarakat.   Perkahwinan   ini  dapat  menaikkan   status  wanita 

tersebut.  

Berkahwin dengan orang kaya,berharta dan berpangkat sememangnya dapat menukarkan status

pasangan tadi.Sebagai contoh, suatu ketika dulu, seorang pembaca berita TV3, Azharina Mazhar

Hakim pernahmenggemparkan dunia apabila menjadi isteri Sultan Brunei. Wanita ini yang pada

mulanyahanyalah seorang wanita biasa pada kelas pertengahan akhirnya diangkat menjadi isteri

seorangpemerintahan negara. Perkahwinan ini jelas meningkatkan status sosial dirinya

c. Perubahan tempat tinggal

Tempat tinggal atau rumah kediaman juga boleh menaikkan status sosial seseorang. Contohnya jika

dia berpindah dari rumah lama yang kecil ke rumah baru yang besar dan cantik, atau pun mengubah

Page 2: Mobiliti sosial

suai rumah sedia ada menjadi sebuah rumah banglo yang indah dan cantik dipandang.Ini secara tidak

langsung meningkatkan taraf sosial dirinya

d. Perubahan tingkah laku

 Bagi menaikkan taraf sosial seseorang akan berusaha mengubah tingkah laku.Malahan

jugapenampilan, cara berpakaian, cara dia membawa diri dikalangan masyarakat juga akandiusahakan

agar dapat dipandang tinggi.Contoh: Supaya dilihat dari kelas atasan, seseorang sanggup menjaga

penampilannya sehabisbaik, memakai pakaian yang mahal-mahal dan cantik-cantik dengan tujuan

orang akanmemandang tinggi dan hormat kepadanya

e. Faktor pekerjaan

Tindakan penukaran kepada profesion baharu antara jabatan, dalam organisasi ataupun dalam

sector atau jenis pekerjaan yang sama boleh menyebabkan mobility sosial berlaku di kalangan

seseorang.

Perpindahan

f. Ahli ekonomi

Organisasiekonomi(seperti perusahaan, koperasi, pihak bank dan sebagainya) dapatmeningkatkan

pendapatan seseorang. Semakin besar prestasinya, maka semakin besar jabatannya. Apabila

jawatannya tinggi, maka pendapatannya juga bertambah. Keranapendapatannya bertambah

akibatnya kekayaannya bertambah. Dan bila kekayaannya sudahbertambah akibatnya status

sosialnya di masyarakat meningkat.Sebagai contoh, ramai golongan muda yang menyertai

perniagaan melalui internet. Biarpunterdapat risiko namun akhirnya sekarang terbukti ternd

perniagaan internet berjaya melahirkanramai usahawan internet yang hidup mewah dan kaya-raya

g. Pembahagian kerja

Jika tingkat pembahagian kerja tinggi dan sangat diutamakan, maka mobiliti sosial akan

menjadilemah dan menyulitkan orang bergerak dari satu status ke status yang lainnya kerana

keutamaanpekerjaan memerlukan kelayakan yang khusus. Syarat sebegini merangsang

anggotamasyarakatnya untuk lebih kuat berusaha agar dapat menempatkan diri dalam status

tersebut

Page 3: Mobiliti sosial

Jenis-jenis mobiliti sosial adalah

a) mobiliti horizontal (mendatar)

pergerakkan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang sama; dan

perubahan darisegi kelasnya, prestij,hierarki yang sama

misalnya, tukang kayu menjadi mekanik atau bertukar menjadi buruh separuh mahir ke separuh

mahir yang lain, maka dikatakan masih tahap yg sama.

Perubahan ind @ kelompok sosial dr 1 agama kepada agama lain, warganegara, pekerjaan tanpa

melibatkan perubahan kelas sosial atau status sosial

Mobility ini agak mudah krn tidak membawa apa2 perubahan mendadak pada kedudukan

sosial, taraf atau martabat. Mobiliti horizontal merupakan peralihan individu atau objek-

objek sosial lainnya dari suatukelompok sosial ke kelompok sosial lainnya yang setaraf.

Tidak terjadi perubahan taraf seseorang dalam mobiliti sosialnya.Contoh: Abraham

seorang warganegaraAmerika Syarikat,menukar kewarganegaraannya kepada

kewarganegaraan Malaysia dalam hal ini mobiliti sosial Abraham dipanggil mobility

sosial horizontal kerana gerak yang dilakukan oleh Abraham tidak mengubah status

sosialnya.

b) mobiliti vertical(menegak)

pergerakkan seseorang dari satu kedudukan sosial kepada yang lain dalam status yang berbeza. 

Mobiliti sosial vertikal adalah perpindahan individu atau objek-objek sosial dari suatu kedudukan

sosial ke kedudukan sosial lainnya yang tidak sataraf atau sedarjat. Berlaku perpindahan atau

perubahan dalam kedudukan status sosial seseorang ind drpd aspek kelasnya, status dan prestij;

Sesuai dengan arahnya, mobiliti sosial vertikal terbahagi, mobiliti vertikal ke atas (social

climbing) dan mobilitas sosial vertikal ke bawah (social sinking).

Kejayaan, lebih besar pendapatan, lebih prestij, pertambahan kuasa

Ada juga berbentuk negative seperti turun pangkat, pecat kerja, muflis

Misalnya, penghijrahan peneroka ke kawasan rancangan Felda memberi peluang kepada

generasi kedua mengalami mobiliti sosial secara menegak dan mendatar. Didapati bagi mereka

yang mempunyai pendidikan yang tinggi, peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

adalah lebih cerah apabila mereka berhijrah keluar. Namun, terdapat juga generasi kedua yang

hanya mengalami mobility secara mendatar apabila mereka mencari peluang pendapatan di

sekitar kawasan berdekatan dengan Felda.

Page 4: Mobiliti sosial

Fenomena ini banyak berlaku di kalangan mereka yang mempunyai pendidikan peringkat

menengah sahaja. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, pendapatan yang lebih

lumayan juga dapat dikecapi oleh generasi kedua walaupun tahap pendidikan mereka rendah.

Sebagai contoh, apabila mereka bekerja sebagai buruh binaan di negara Singapura. Keadaan ini

boleh dianggap sebagai satu bentuk mobility sosial menegak kerana perubahan sikap golongan

ini ke arah keadaan yang lebih baik. Mereka sanggup berusaha mencari peluang pendapatan

yang lebih baik walaupun terpaksa bekerja di negara lain

3. Mobiliti intragenerasi

Mobiliti sosial intragenerasi adalah mobiliti yang dialami oleh seorang individu atau

sekelompok dalam satu generasi.

mobiliti intergenerational (seorang anak mempunyai kedudukan baik [doktor] berbanding dengan

ibubapanya [guru]) dan

Mobility ini juga boleh berlaku secara ‘upward”, “downward” dan mendatar. Jika menegak di

mana seseorang ke kedudukan yg lebih baik, sosio ekonomi yg baik, naik pangkat dan

sebagainya.

Jika Contoh: Cik Rahim selain dari seorang peneroka di tanah rancangan, dia juga

merupakanseorang pemadu teksi di Bandar Kota Tinggi.Berkat ketekunan, kesabaran dan

kegigihannyabekerja, akhirnya Cik Rahim berjaya memiliki dua buah teksi lain.Lebih menarik,

dia turut menyewakan teksi-teksi itu kepada orang lain.

Perubahan kedudukan sosial yg berlaku dlm hayat hidup seseorang ind. Dalam kategori yg sama.

Misalnya, anggota polis yg biasa dinaikkan pangkat

Perubahan pada taraf pekerjaan dlm generasi yg sama

Mobiliti antargenerasi

mobiliti dua generasi atau lebih, misalnya generasi ayah-ibu, generasi anak, generasi cucu,

danseterusnya.

mobiliti intragenerational (seorang guru naik pangkat menjadi guru besar dan setelah beberapa

tahun bertukar pekerjaan menjadi seorang pensyarah).

Mobiliti ini dilihat dengan perkembangan taraf hidup, baik naik atau turun dalamsuatu generasi.

Mobility ini juga berbentuk menegak iaitu ‘upward’, ‘downward’ dan secara mendatar

Penekanannya bukan pada perkembangan keturunan itu sendiri, melainkan padaperpindahan

status sosial suatu generasi ke generasi lainnya.

Page 5: Mobiliti sosial

Melihat perpindahan status sosial generasi ke generasi lainnya. Jika anak tentera berpangkat

prebet menjadi leftenan muda ini dikatakan menegak dan upward dalam satu generasi ke generasi

lain.

Jika anak akauntan menjadi kerani biasa ini dikatakan mobility menegak secara “downward”.

Maka ini akan berlaku apabila berlakunya perubahan taraf pekerjaan yang dijawat oleh generasi

seterusnya.

Anak mendapat sarjana berbanding ibubapa yang hanya kelulusan sekolah menengah.

Contoh: Pak Leman hanya seorang peneroka felda yang mempunyai pendidikan setakat

darjahenam. Namun dia berjaya mendidik anak-anaknya hingga kesemua mereka

berjayamelanjutkatkan pelajaran ke menara gading dan memegang jawatan yang hebat-hebat.

2. tiga faktor yang menyumbang kepada kepercayaan dalaman di kalangan berprestasi rendah

Underachiever ataupun dikenali sebagai berprestasi rendah dalam pelajaran merupakan satu

isu utama dalam dunia pendidikan. Underachiever bukannya golongan yang lembam ataupun slow

learner tetapi mereka adalah dari kalangan yang mempunyai potensi yang cemerlang namun gagal

mencapai potensi yang dijangkakan. Terdapat banyak faktor dikenal pasti menyumbang kepada

perkara ini.

Jika ditelitikan dari sudut individu sendiri, kepercayaan dalaman diri seseorang murid akan

menjadi faktor utama kepada keadaan ini. Kepercayaan dalaman merupakan pemikiran, pandangan

atau pendapat seseorang tentang diri sendiri, pihak lain atau persekitaran. Kepercayaan dalaman yang

dibentuk sejak bayi lagi , namun berjaya diubah mengikut peredaran masa mengikut pengalaman2

yang dialami. terdiri daripada self esteem, lokus kawalan dan Perfectionism. Tetapi keadaan ini

berbeza bagi murid berprestasi rendah di mana kepercayaan dalaman yang dibentuk agak kekal, tetap

dan kurang cenderung untuk diadaptasikan mengikut situasi dan pengalaman2 yang sentiasa berubah.

Maka Rathvon(1996) memperkenalkan 3 bentuk kepercayaan kendiri bagi yang golongan pelajar ini

yang boleh menentukan tingkah laku mereka.

Pertama adalah self esteem atau harga diri. Manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak

status dalam hidup. merujuk kepada pandangan seseorang terhadap dirinya, kebolehan dirinya Pada

masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan.Kita mahu

berkuasa, sekurang-kurangnya ke atas diri kita sendiri. Harga diri sangat penting untuk interaksi,

hubungan rakan sebaya, pencapaian akademik.Seterusnya. Termasuk perasaan dan pendapat tentang

kecekapan pada dirinya seperti bagaimana cara seseorang melihat kepada kebolehan untuk membawa

perubahan 2 yang positif, optimisme( percaya masa hadapan akan lebih cemerlang lagi), kesanggupan

menghadapsesuatu cabaran tanpa mengundur, kematangan belajar dari kejayaan dan juga kegagalan,

kebolehan melayan dirinya dengan hormat tanpa pandangan 2 yang negative.

Page 6: Mobiliti sosial

Harga diri ini sangat dipengaruhi oleh pengalaman2 kejayaan yg lepas, akan memandu dan

memotivasikan. Sebagai hasil akan terus membangunkan harga dirinya. Tetapi, kanak-kanak

berprestasi rendah akan mempunyai harga diri yang rendah, kurang keyakinan. Akibatnya, akan

berfikir negative, kurang disiplin, berkepentingan peribadi. Mereka berasa dirinya tidak dapat dibantu,

tidak boleh berjaya, menunjukkan tahap kerisauan tinggi, kurang yakin, tidak pasti adakah keadaan ini

akan berubah atau terus kekal.

b. Lokus kawalan dan motivasi pencapaian

lokus kawalan yang mendefinisikan persepsi seseorang individu merasakan mereka boleh

mengawal hasil tingkah laku mereka ataupun dalam bahasa yang mudah bagaimana individu kawal

diri dengan apa yang sudah terjadi hasil  perbuatan mereka sendiri. .lokus kawalan luaran merupakan

kepercayaan pasif yang terhasil. Peristiwa dikawal oleh pengaruh luar dan bebas dlm tindakan dimana

ind percaya bhw t/laku mereka dipandu oleh nasib, keadaan luar. Misalnya, jika gagal ujian, ind

sentiasa mempunyai alasan tersedia seperti menyalahkan bilik yang terlalu panas, dia tidak sihat, ujian

adalah tidak adil. Dia sendiri tidak pernah rasa bersalah, walaupun dia sebenarnya tidak membuat

ulangkaji yg mencukupi. Individu hanya boleh berjaya jika ada lokus kawalan dalaman yang

mempercayai bahawa peristiw aboleh dipengaruhi oleh tingkah laku peribadi. ada pencapaian

kecemerlangan individu adalah satu bentuk kepuasan intrinsic supaya ind dapat melakukan yg lebih

baik untuk kepentingan diri. satu tahap di mana murid berkeyakinan yang gelagat mereka dikawal

oleh kuasa dalaman atau luaran. kepercayaan yang seterusnya adalah mereka tidak mampu mengawal

terhadap apa yang berlaku pada dirinya. Menolah untuk bertanggungjawab terhadap kemerosotan

pelajaran atau kemajuan yang dialami. Bertindak seolah2 mereka tidak mampu bertindak untuk

mengubahnya. Misalnya, “ saya sudah mengulangkaji tetapi masih gagal. Itulah seperti yang saya

katakana, tidak beza dengan saya ulangkaji atau tidak, tetap saya akan gagal” , ini menunjukkan

tanggapan negative seseorang yang percaya pada nasib, secara tidak sedar mempercayai bahawa

usahanya tidak berguna untuk membawa apa2 perubahan bagi dirinya.

Kanak-kanak tersebut lebih menyalahkan pihak lain seperti guru di sekolah, ibubapa, rakan,

masyarakat keatas kegagalannya atau keadaannya. Mereka percaya kegagalan puncanya pihak lain.

Kejayaanya bergantug pada guru, ataupun nasib pada satu2 waktu. Oleh itu, mereka beranggapan,

tidak ada apa2 perbezaan dengan ambil perhatian, buat k/rumah, ulangkaji atau tidak kerana tindakan2

tersebut jarang membawa apa2 perubahan. Orang yang kurang lokus kawalan juga mempunyai

anxiety, kerisauan, takut, suka ikut gerak hati, marah, asingkan diri dry g lain.

c. Perfectionism

sering dikaitkan dengan satu tanggapan negative di mana ia mendatangkan kesan sampingan seperti

kekecewaan yang melampau dan sifat ini berbeza antara setiap orang. Ia bergantung kepada

Page 7: Mobiliti sosial

bagaimana pelajar dapat mengawal atau mengendalikan sifat tersebut. Bagi perspektif pelajar,

perfectionalism ini tidak berbahaya dan tidak mampu membunuh masa depan mereka. Oleh itu,

golongan pelajar ini percaya hanya ada dua pilihan iaitu perfect atau kegagalan. Ada yang mempunyai

sifat perfectionism yang melampau

perfectionism bermaksud inginkan kesempurnaan atau dalam erti lain satu kecenderungan untuk

merasa tidak senang dengan perkara yang tidak sempurna atau tidak mencapai standard yg diinginkan.

beranggapan hanya ada dua pilihan dalam kehidupan iaitu sama ada menjadi sempurna atau terus

gagal. Antara kepercayaan samaada ibubapa memuaskan kehendaknya atau menghalang daripada,

guru membantu atau tidak membantu, rakan sebata menyokong atau menikam dari belakang.

Mengapa mereka mempunyai pandangan yang sangat ekstrem tentang dunia atau persekitarannya.

pengalaman dari awal menjadi punca bagi dirinya mempunyai sifat rendah diri, oleh itu untuk

mempertahankan perasaan 2 yang menyakitkan ini di amembina prinsip2 kesempurnaan pada dirinya.