27
PENGENALAN Setelah meneliti tentang sejarah, teori dan pendekatan dalam penterjemahan, anda akan mempelajari pula apa yang dikatakan sebagai proses menterjemah dan kaedah yang digunakan. Pemahaman tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan akan membantu anda menterjemah dengan baik. Seseorang penterjemah pada kebiasaannya akan mula menterjemah dengan pendekatan lama dan kemudian beransur-ansur ke arah pendekatan baharu bergantung kepada jenis teks yang akan diterjemahkan. Namun demikian, faktor yang paling penting ialah penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran perlulah baik bagi seorang penterjemah. Keupayaan memahami teks asal dan kemahiran menulis semula dalam bahasa sasaran menuntut iltizam yang tinggi daripada seorang penterjemah. T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Perterjemahan Bahasa Melayu: Sejarah, Teori, dan Pendekatan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti kaedah penterjemahan; 2. Menghuraikan proses terjemahan; 3. Membincangkan penterjemahan deskriptif dan kreatif; dan 4. Mengaplikasikan kaedah dalam terjemahan amali.

Modul bmm3112-topik-10-iankaka

Embed Size (px)

Citation preview

PENGENALAN

Setelah meneliti tentang sejarah, teori dan pendekatan dalam penterjemahan, anda akan mempelajari pula apa yang dikatakan sebagai proses menterjemah dan kaedah yang digunakan. Pemahaman tentang teori dan pendekatan dalam penterjemahan akan membantu anda menterjemah dengan baik. Seseorang penterjemah pada kebiasaannya akan mula menterjemah dengan pendekatan lama dan kemudian beransur-ansur ke arah pendekatan baharu bergantung kepada jenis teks yang akan diterjemahkan. Namun demikian, faktor yang paling penting ialah penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran perlulah baik bagi seorang penterjemah. Keupayaan memahami teks asal dan kemahiran menulis semula dalam bahasa sasaran menuntut iltizam yang tinggi daripada seorang penterjemah.

TTooppiikk

1100PerterjemahanBahasa Melayu: Sejarah, Teori, dan Pendekatan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti kaedah penterjemahan;

2. Menghuraikan proses terjemahan;

3. Membincangkan penterjemahan deskriptif dan kreatif; dan

4. Mengaplikasikan kaedah dalam terjemahan amali.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 212

KAEDAH TERJEMAHAN FORMAL

Mengikut kaedah penterjemahan lama, penterjemah menumpukan perhatian terhadap bentuk teks yang diterjemahkan. Penterjemah cuba mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima, rentak, bunga bahasa dan ciri nahu yang tertentu supaya bahan terjemahan itu menyerupai bentuk teks sumber. Terjemahan baharu pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca. Sambutan pembaca teks terjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca teks sumber, begitu juga dengan emosi yang dialaminya. Sebenarnya terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam penterjemahan. Ini dapat dikategorikan kepada kkaedah terjemahan formal dan kaedah terjemahan dinamik.

Kaedah terjemahan formal pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:

(a) Pinjaman

(b) Peniruan

(c) Penggantian

10.1.1 Pinjaman

Mengapakah pinjaman berlaku dalam bahasa? Peminjaman kata berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontak antara dua bahasa yang berbeza misalnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang bertembung akibat penjajahan. Peminjaman antara dua bahasa ini tidak dapat dielakkan kerana keperluan komunikasi. Dalam hal ini, bahasa penjajah tentulah lebih dominan daripada bahasa yang dijajah. Kemasukan penjajah juga membawa konsep baharu yang tidak wujud dalam bahasa kedua, misalnya teknik, konsep, istilah, dan seumpamanya. Untuk mengisi kekosongan, maka kaedah pinjaman diamalkan. Kaedah ini juga diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus dalam sesebuah teks. Kata ini dipinjam secara ÂtotoÊ dan ditulis miring dalam teks, misalnya, ad valorem, tort, ad hoc, alibi, dan sebagainya. Kata pinjaman ini diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi. Beberapa kata pinjaman sudah lama dimasukkan atau diserapkan ke dalam leksikon bahasa Melayu sebagai kata pinjaman, iaitu basikal (Inggeris), senapang (Belanda), pisau (Cina), cahaya (Sanskrit), kedai (Tamil), dakwah (Arab), cukai (Jawa), pamer (Jawa), sekolah (Portugis) dan lain-lain. Kata pinjaman ini dikatakan kata pinjaman tulen asimilasi lengkap kerana berlakunya penyesuaian ortografi dan telah lama diasimilasikan ke dalam budaya Melayu hingga tidak terasa keasingannya dengan lidah Melayu. Pengekalan kata ini perlu untuk keperluan sosiobudaya masyarakat pengguna bahasa Melayu. Bloomfield (1933:44), membahagikan peminjaman kata kepada peminjaman budaya, peminjaman

10.1

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

213

intimate, dan peminjaman dialek. Peminjaman budaya berlaku apabila sempadan setiap komuniti bahasa berhubungan dengan sempadan geografi dan politik. Peminjaman dianggap intimate apabila kedua-dua bahasa yang terlibat digunakan dalam domain politik yang sama. Peminjaman dialek pula lebih umum sifatnya kerana anggota-anggota daripada masyarakat yang berbeza berhubungan antara satu sama lain.

Rajah 10.1: Novel ‰Kenang-Kenangan Seorang Geisha‰ yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Dipetik pada 10 Disember 2007.

Sumber : http://www.altavista.com/image/

Peminjaman berlaku dalam istilah budaya yang merangkumi organisasi sosial yang berbeza pada tahap dunia misalnya budaya dunia Barat dan dunia Timur (budaya Amerika dengan budaya Jepun), misalnya karya ‰Kenang-Kenangan Seorang Geisha‰ yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu (lihat Rajah 10.1). Penterjemah mengandaikan unsur dalam satu budaya atau bahasa itu sendiri boleh dikomunikasikan secara "borne across," dan dihasilkan semula dalam satu budaya atau bahasa yang lain. Dalam hal ini kadangkala yang dipentingkan ialah kesesuaian (appropriateness) bukan ketepatan (accuracy) menjadi pilihan penterjemah. Namun demikian penterjemah pada hakikatnya, perlu setia kepada teks asal; malah, penterjemah tidak mempunyai autoriti untuk menggantikan sesuatu unsur budaya itu dengan budayanya sendiri. Mounin (1963) telah menggariskan kepentingan signifikasi sesuatu item leksikal dengan menegaskan bahawa sekiranya tanggapan kata

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 214

tersebut difahami dengan jelas baharulah item tersebut dapat diterjemahkan secara tepat. Sebagai contoh terdapat istilah pakaian, iaitu ‰kimono‰ yang tidak terdapat dalam budaya Melayu, lalu terpaksa dipinjam terus perkataan tersebut dalam bahasa Melayu. Begitu juga halnya dengan perkataan ‰sakeÊ, iaitu sejenis minuman tradisi Jepun, yang dari segi konsepnya tidak sama dengan perkataan ‰tuak‰ dalam bahasa Melayu, lalu terpaksa dipinjam perkataan tersebut dalam bahasa Jepun. Hal ini banyak sekali terdapat dalam karya terjemahan ‰Kenang-Kenangan Seorang Geisha‰ yang diterjemahkan oleh Abdul Latif Budin.

„⁄a special kind of sake called amakuchi⁄‰ (MOG:79)

„⁄sejenis sake istimewa yang dipanggil amakuchi‰ (KKSG:120)

10.1.2 Peniruan

Selanjutnya kita lihat pula kaedah peniruan. Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja yang diterjemahkan. Terdapat dua jenis peniruan, iaitu pertama, peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran (buffet servis servis buffet, green house rumah hijau, social science sains sosial , honey moon bulan madu, yellowculture budaya kuning, cold war perang dingin, skyscrapper pencakar langit, letter head kepala surat, underground bawah tanah, over due lebih masa, work load - beban kerja). Kedua, peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran misalnya primeminister perdana menteri, dan mini bus bas mini. Kata pinjaman peniruan ini digolongkan sebagai kata majmuk yang dipinjam dan disesuaikan dengan pola sintaktik dalam bahasa Melayu. Dalam teks terjemahan ‰Kenang-Kenangan Seorang GeishaÊ, unsur ini juga ditemui apabila penterjemah menterjemahkan jenis makanan tradisi dalam masyarakat Jepun, iaitu miso soup kepada sup miso.

„⁄when she stir her miso soup⁄‰ (MOG:45)

„⁄dia mengacau sup miso⁄‰ (KKSG:67)

Rajah : 10.2 Adaptasi „Kenang-Kenangan Seorang Geisha‰ ke dalam filem. Dipetik pada 10 Disember 2007. Sumber:http://www.altavista.com/image

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

215

10.1.3 Penggantian

Penggantian merupakan satu lagi kaedah dalam penterjemahan. Anda akan dapati bahawa dalam penggantian berlaku pemindahan warta daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Dalam penggantian, persamaan pada peringkat leksikal dan peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan. Hal ini bermakna setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan persamaannya dalam bahasa sasaran dan pada masa yang sama struktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar. Kaedah ini kerap diamalkan bagi sesebuah teks berbentuk risalah (informative) yang ditulis dalam bahasa sumber yang ringkas, iaitu tidak kompleks. Bagi teks yang berunsur sains, kita lazim menggunakan istilah yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi diubahsuaikan mengikut ejaan Melayu cara ini juga dikatakan penggantian.

Contoh:

I go to market = Saya pergi ke pasar.

More than half the human body is muscle. = Lebih daripada separuh badan manusia terdiri daripada otot.

There are over six hundred muscles in the muscular system. = Ada lebih daripada enam ratus otot dalam sistem otot.

Kaedah ini ditemui dalam karya terjemahan „Kenang-kenangan Seorang Geisha‰ yang memerihalkan tentang beras sebagai makanan ruji yang sama dengan juga dengan makanan ruji masyarakat Melayu. Dalam teks ini terdapat makanan yang menggunakan konsep budaya Inggeris, iaitu kek bagi istilah „sweet rice cake‰ diterjemahkan sebagai „lempeng pulut manis‰ bukan „kek pulut manis‰. Contoh-contoh lain yang diperlihatkan di bawah:

„⁄to fetch the rice crackers Auntie was so fond of⁄‰(MOG:52)

„⁄untuk membeli keropok beras kesukaan Mak Cik...‰ (KKSG:78)

Ternyata bahawa dalam terjemahan tersebut konsep dalam budaya Inggeris disesuaikan daripada budaya Jepun kemudian disesuaikan pula dengan budaya Melayu. Dalam teks tersebut, kita dapati berlaku penggantian daripada rice crackers kepada keropok beras . Hal ini memperlihatkan satu unsur komunikasi silang budaya berlaku apabila terdapat satu ciri yang unik yakni dalam persamaan konsep sesuatu budaya, terdapat juga perbezaan ciri walaupun kecil telah memberikan istilah yang berbeza. Peminjaman konsep berlaku tetapi digantikan dengan istilah bahasa Melayu.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 216

Hakikatnya kita perlu akui bahawa tidak terdapat dua bahasa yang sama di dunia ini. Terdapat banyak persamaan dan perbezaan walau pun kedua-dua bahasa berasal daripada rumpun yang sama. Contohnya kata bicara dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia membawa pengertian yang berbeza. Bicaradalam bahasa Indonesia bermaksud cakap tetapi dalam di Malaysia, pengertian bicara lebih kepada percakapan di mahkamah sahaja. Penterjemah juga perlu memilih antara makna kamus dengan makna dinamik.

Contoh:

She held back the truth. (menyembunyikan)

He wanted them to join the others but they held back. (mengasingkan diri)

His supply of food held out for ten days. (cukup)

He held out although the pain was terrible. (menahan)

She held up the picture so that he could see it. (mengangkat dengan tinggi)

A signal fault held up the train for an hour. (menangguhkan atau melambatkan)

KAEDAH TERJEMAHAN DINAMIK

Perkataan dinamik itu sendiri menjelaskan lagi kaedah ini yang memperlihatkan satu kaedah baharu yang melibatkan banyak unsur ke arah memudahkan kerja terjemahan. Terdapat eempat kategori dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu:

(a) Transposisi

(b) Modulasi

(c) Persamaan

(d) Penyesuaian

10.2.1 Transposisi

Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan. Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkan

10.2

Huraikan unsur-unsur kaedah penterjemahan formal yang telah digunakan oleh penterjemah dalam teks terjemahan „Kenang-Kenangan Seorang Geisha‰.

AKTIVITI 10.1

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

217

kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Hal ini penting kerana dalam penterjemahan, maksud karya asal perlu dipertahankan walaupun kita melakukan pembaharuan dalam kaedah. Ada beberapa sebab kaedah transposisi perlu digunakan, iaitu untuk menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara yang paling bersahaja dan untuk menjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleh mengelirukan. Terdapat ddua jenis transposisi, iaitu pertama, ttransposisi wajib cara terjemahannya merupakan yang lazim dan paling bersahaja dalam bahasa sasaran.

Contoh:

We thank you for your cooperation.

Atas/kerana kerjasama tuan itu, kami ucapkan terima kasih.

After he returns.

Selepas dia pulang,

Selepas kepulangannya,

Sekembalinya,

Rajah 10.3 : „Harry Potter dan Banduan Azkaban‰ karya J.K. Rowling yang diterjemahkan ke dalam banyak bahasa termasuklah bahasa Melayu.

Sumber: Dipetik pada 10 Disember 2007. http://www.altavista.com/image/results?

Kedua, ttransposisi pilihan - terdapat beberapa cara menterjemahnya dan tetap diterima (rajah 10.3). („Harry Potter dan Banduan Azkaban‰hlm. 7).

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 218

Non-magic people (more commonly known as Muggles) (1)

manusia biasa atau yang bukan ahli sihir (lebih dikenali sebagai Muggle) (2)

were particularly afraid of (2) sangat takut akan ilmu sihir (3)

Magic in medieval times, (3) pada zaman pertengahan, (1)

but not very good at recognising it.(4)

tetapi tidak tahu-menahu langsung tentang ilmu itu. (4)

1 2

2 3

3 1

4 Transposisi 4

Jelasnya, dalam kaedah transposisi penterjemah dapat memanipulasi keupayaan bahasa sasaran dengan baik tanpa menjejaskan maksud ayat yang diterjemahkan. Kebolehan ini memerlukan kemahiran bahasa sasaran yang cukup tinggi dan keupayaan memahami maksud dalam bahasa sumber agar maksud teks asal tidak disalah terjemahkan. Unsur dinamik ini membolehkan penterjemah mendapat ruang yang lebih besar bagi menyampaikan maksud penulis teks asal.

10.2.2 Modulasi

Selanjutnya kita melihat pula kaedah modulasi. Sebenarnya kaedah modulasi juga digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi, iaitu untuk menyampaikan warta dengan gaya bahasa sasaran yang lebih bersahaja dan mudah difahami. Namun begitu dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah. Begitu juga penyampaian boleh ÂnegatifÊ dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan makna.

Contoh:

Saturday night.

Malam minggu/Ahad.

In either case, the energy that we obtain ultimately originates from starch.

Dalam kedua-dua hal, tenaga yang kita peroleh pada peringkat akhir berasal dari kanji.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

219

Dalam karya teks terjemahan ‰Harry Potter dan Bilik Rahsia‰, kaedah ini digunakan bagi menterjemah budaya kebendaan, misalnya perkataan ‰sorting hat‰ diterjemahkan kepada ‰topi pengisih‰. Perubahan makna tidak begitu ketara tetapi perkataan Êsorting‰ digantikan dengan ‰mengisih‰ dalam konteks penceritaan tidak memberikan kesan yang besar (Gambar 10.3).

Rajah 10.4 : Imej topi yang digambarkan dalam filem siri Harry Potter. Sumber: Dipetik pada 10 Disember 2007. http://www.altavista.com/image/

10.2.3 Persamaan

Sebagaimana telah diperkatakan pada peringkat awal tadi, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa tidak ada dua bahasa yang serupa. Oleh itu, untuk mencari persamaan dalam penterjemahan memanglah sesuatu yang amat rumit. Persamaan yang dimaksudkan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi (bersahaja). Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya, tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat. Kita menterjemah dengan menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya.

Persamaan Terdekatrace(sociology) rasnational nasional, negara, kebangsaan

Persamaan Sejadi/BersahajaRace bangsa, puak, orang, kaum, keturunanbig and small kecil besar

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 220

Perbezaan BudayaOuch! Aduh!Go to hell Persetankan! Pergi jahaman!

Idiom dan PeribahasaLive from hand to mouth Hidup kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang To kill two birds with one stone Sambil menyelam minum air

Tokoh dalam bidang penterjemahan, iaitu Nida (1964) telah mengenal pasti dua jenis persamaan, iaitu formal dan dinamik. Beliau mengatakan bahawa persamaan formal menumpukan perhatian kepada mesej itu sendiri dalam bentuk dan kandungan. Dalam terjemahan begini, seseorang penterjemah menumpukan kepada puisi, ayat demi ayat dan konsep demi konsep. Nida menamakannya terjemahan glos yang bertujuan untuk membenarkan atau memberikan ruang kepada pembaca supaya memahami sebanyak mungkin konteks dalam bahasa sumber. Persamaan dinamik berasaskan prinsip kesan persamaan, yakni hubungan antara penerima dan mesej bahasa sasaran seharusnya juga sama dengan hubungan antara penerima dan mesej bahasa sumber. Dalam karya terjemahan teks ‰Harry Potter dan Banduan dari AzkabanÊ, kita temui kaedah ini digunakan, misalnya:

‰Barely alive, Voldemort had fled....‰ (hlm.11)

„Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Voldemort melarikan diri⁄‰ (hlm.6)

Dalam teks di atas, perkataan „barely‰ diterjemahkan ke dalam idiom bahasa Melayu, iaitu ‰nyawa-nyawa ikan‰ yang membawa maksud keadaan yang sudah nazak atau hampir mati. Walaupun dalam teks sasarannya tidak sedikit pun menyebut tentang ikan atau kiasan yang sedemikian namun dari segi maksud, terjemahan yang menggunakan kaedah tersebut telah menyampaikan mesej kepada pembaca. Menurut Susan Bassnett, persamaan dalam terjemahan tidak seharusnya mengambil pendekatan pencarian persamaan semata-mata kerana persamaan tidak mungkin wujud antara dua versi bahasa sumber bagi teks yang sama, apa tah lagi antara versi bahasa sumber dan bahasa sasaran. Contoh lain dapat dilihat di bawah:

„Aunt Petunia, who was bony and horse faced, whipped around and peered intently out of the kitchen window‰ (hlm 19)

„Makcik Petunia yang kurus kering, dan berwajah cengkung, berpusing pantas dan meninjau-ninjau dari tingkap dapur‰ (hlm. 23)

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

221

Berdasarkan terjemahan di atas, kita dapati bahawa perkataan horse faced tidak semestinya diterjemahkan sebagai Âberwajah kudaÊ tetapi mengambil maksud sebaliknya, iaitu berwajah cengkung. Inilah kelebihan menggunakan kaedah ini agar pembaca tidak merasa janggal apabila membaca terjemahan sedemikian. Kita perlu melihat dua segi, iaitu siapa yang akan membaca karya terjemahan tersebut dan apakah yang akan dirasai oleh pembaca itu apabila dia membaca karya tersebut. Kita mengukur keupayaan pembaca dari segi sejauh mana dia mengalami kesan yang sama dengan kesan yang dialami oleh pembaca teks asalnya. Penekanan ini perlu bagai karya terjemahan agar pembacaan tidak terganggu dan pembaca seolah-olah membaca teks karya penulis asalnya.

10.2.4 Penyesuaian

Kaedah seterusnya ialah penyesuaian yang merupakan kaedah yang menggabungkan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi, dan persamaan.

Transposisi Kata sifar (Ungkapan)

Modulasi Perhatian (Arahan)

Persamaan Struktur berbeza

Terima kasih Thank you

How goes you? Apa khabar?

How are you?

Kaedah ini paling banyak digunakan oleh penterjemah kerana kebebasan menentukan gaya yang tersendiri bagi seorang penterjemah. Sebenarnya, pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan banyak bergantung kepada berbagai-bagai faktor, iaitu ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi teks (risalah, am atau teknikal), bidang teks (sastera, agama, sains atau teknikal), dan peringkat teks (untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah atau pengajian tinggi). Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka dalam memilih kaedah yang sesuai. Ada kalanya kaedah-kaedah tersebut boleh digabungkan dan ada kalanya terpisah.

Huraikan unsur-unsur kaedah penterjemahan dinamik yang telah digunakan oleh penterjemah dalam teks terjemahan „Harry Potter dan Bilik Rahsia‰.

AKTIVITI 10.2

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 222

(a) Jelaskan tiga unsur dalam kaedah terjemahan formal dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian.

(b) Huraikan empat kaedah terjemahan dinamik dan berikan contoh-contoh yang bersesuaian.

PROSES DALAM PENTERJEMAHAN

Setelah anda mengetahui teori, pendekatan dan kaedah dalam penterjemahan, maka sewajarnyalah anda boleh melakukan kerja terjemahan. Kerja terjemahan melibatkan prosedur tertentu. Bagi seorang penterjemah, terdapat lima prosedur yang boleh diikuti, iaitu:

Baca seluruh teks yang hendak diterjemahkan.

Kemudian selidik subjek yang akan diterjemahkan dari segi penggunaan terminologi.

Terjemahkan dalam bentuk draf terlebih dahulu.

Asingkan draf tersebut selama 48 jam.

Akhirnya baca sekali lagi terjemahan tersebut dan semak, susun semula dan sunting bahagian yang perlu sahaja.

Ketika menterjemah, seorang penterjemah melakukan tiga proses, iaitu mmentafsir dan menganalisis teks sumber; mmemindahkan warta; dan mmenstruktur semula teks asaran mengikut gaya bahasa sasaran itu. Nida menggambarkan proses itu berdasarkan rajah 10.5 yang berikut:

10.3

SEMAK KENDIRI 10.1

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

223

Rajah 10.5 : Proses Menterjemah

10.3.1 Analisis Teks

Apabila kita menganalisis teks bermakna teks asal dikaji dari dua sudut, iaitu hubungan-hubungan gramatis kata-kata yang membawa mesej itu dan kedua, makna-makna perkataan atau kombinasi perkataan tertentu seperti kiasan (killing two birds with one stone sambil menyelam minum air), ungkapan stereotaip (yours sincerely) yang boleh dikatakan norma sesuatu bahasa itu; untuk memastikan makna linguistik, makna rujukan dan makna emosi dalam teks asal. Menurut Nida dan Taber ,

„Analysis begins with a set of procedures which are employed in Âdiscovering the kernels underlying the source texts and the clearest understanding of the meaning, in preparation for the transfer‰. (1969:197).

Sebagai seorang penterjemah, apabila anda menghadapi sesuatu teks, anda perlulah membaca dan memahami kandungannya. Anda perlu juga menguasai bahasa sumber dengan baik supaya pemahaman tentang teks tidak menyeleweng. Dalam proses menganalisis terdapat tiga aspek, iaitu :

(a) Menentukan makna, hubungan makna dengan perkataan dan golongan perkataan;

(b) Mengkaji makna rujukan sesuatu perkataan atau golongan perkataan seperti peribahasa;

(c) Menganalisis makna emosi perkataan yakni mengkaji apakah reaksi pembaca sama ada positif atau negatif.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 224

Sebenarnya pemahaman merupakan satu proses mental, iaitu semasa anda membaca, anda sebenarnya mentafsir apa yang dimaksudkan oleh penulis teks itu. Pencarian maksud ini merupakan dialog antara pembaca dengan teks. Dalam mentafsir sesuatu teks, mula-mula makna setiap perkataan perlu dicari. Pengetahuan leksikon sesuatu bahasa membolehkan penterjemah mencari dalam ingatannya makna tiap-tiap perkataan yang dibacanya atau anda boleh mendapat bantuan daripada kamus ekabahasa. Untuk memahami sesuatu teks, kita bukan sahaja mencari makna setiap perkataan secara berasingan tetapi mengaitkannya dengan perkataan-perkataan lain untuk mendapatkan makna keseluruhan ayat. Seterusnya makna boleh pula ditentukan mengikut tempat ayat itu wujud.

Masalah pertama yang akan anda hadapi ialah pemahaman teks bahasa sumber. Apabila anda telah dapat mengatasi masalah ini, halangan berikutnya merupakan ialah semantik dan budaya teks sumber. Kualiti karya terjemahan bergantung kepada kualiti penterjemah itu sendiri yakni kemahiran, pengetahuan, latihan, latar budaya, kecekapan dan juga emosinya. Newmark (1981) dalam Approaches to Translation menghuraikan beberapa beberapa perkara yang penting yang perlu ada bagi seorang penterjemah yang baik ialah pemahaman dalam bahasa sumber, pengetahuan mendalam tentang subjek, kepekaan kepada bahasa teks dan bahasa sasaran, dan kemahiran menulis dalam bahasa sasaran dengan lancar, jelas dan tepat.

Sains kognitif menyediakan idea yang bernas bagi pembelajaran yang lebih bermakna yakni pendekatan positif yang saling berkait dengan hubungan antara pengetahuan lama dan pengetahuan baru. Pendekatan kognitif dapat diterapkan dalam pemindahan idea daripada satu bahasa ke bahasa yang lain kerana penterjemah akan lebih peka, mudah bertolak ansur, tahu menghormati budaya orang lain, dan boleh mengkritik diri sendiri. Pendekatan ini juga boleh diterapkan dalam menterjemah kata atau frasa yang mendokong konsep emosi dalam sesebuah karya terjemahan.

Contoh:Naturally

(a) Naturally he did it.

(b) He did it naturally.

Maksud dalam ayat (a) ialah sudah tentu, manakala dalam ayat (b) bermaksud dengan selamba. Adakalanya ayat teks sumber agak samar maksudnya:

(a) The soldiers took the port at night.

(b) Port di sini bermaksud pelabuhan atau sejenis minuman keras.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

225

(c) He hit the man/ with the stick.

(d) He hit/ the man with the stick.

Ayat pertama memukul lelaki dengan kayu manakala ayat kedua memukul lelaki yang memegang kayu.

(a) The fat/ MajorÊs wife.

(b) The fat MajorÊs/ wife

Yang gemuk itu isteri Major dan yang kedua ialah isteri Major yang gemuk.

Ayat-ayat seperti di atas boleh menimbulkan lebih daripada satu tafsiran dan akan diterjemahkan mengikut tafsiran penterjemah yang berkenaan. Oleh itu kita dapati ciri-ciri seperti idiom dan peribahasa mempunyai makna yang tersirat yang jauh bezanya dengan makna rujukan. Makna ini telah menjadi norma bahasa berkenaan, iaitu maknanya tidak berubah.

(a) The chip of the old block bapa borek anak rintik

(b) In the eyes of the law di sisi undang-undang

(c) He pulled my leg dia bergurau

(d) He is a self-made kejayaanya adalah hasil usahanya sendiri

Kadangkala penterjemah mendapati sukar untuk menganalisis sesuatu ayat yang panjang. Bagi menyelesaikan masalah ini ayat tersebut boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa unit ayat. Jika jenis frasa yang hendak diterjemahkan dapat dikesan pada awalnya maka mudahlah penterjemah itu membayangkan persamaan/padanan yang tepat dan sejadi/natural bagi sesuatu kata atau frasa bahasa sumber itu.

Sekiranya anda mendapat teks informatif yang ditulis dalam bahasa sumber yang ringkas mungkin boleh diterjemahkan secara literal sahaja kerana dalam teks yang demikian apa yang lebih penting ialah persamaan dari segi kandungannya bukannya gaya bahasa. Tetapi ada kalanya teks informatif perlu diterjemahkan secara dinamik sekiranya ditulis dengan menggunakan ayat-ayat yang kompleks dalam bahasa sumber. Oleh itu, beberapa penyesuaian perlu dibuat. Misalnya, teks agama dan undang-undang, perlu dilakukan terjemahan secara literal kerana persamaan struktur dan persamaan makna harus dipelihara sebaik-baiknya. Ini dilakukan untuk mengelakkan penyelewengan maksud asal yang terdapat dalam bahasa sumber.

Cara penterjemahan yang sesuai bagi sebuah novel ialah menggunakan persamaan dinamik, yakni maksud teks asal dipindahkan ke dalam bahasa

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 226

sasaran mengikut gaya bahasa sasaran, supaya bunyinya yang idiomatik dapat pula memberikan kesan emosi sama seperti pembaca dalam teks asal. Satu lagi maklumat penting dalam analisis teks ialah penentuan pembaca sasaran sesebuah teks itu. Dengan maklumat ini, penterjemah dapat menentukan gaya bahasa yang perlu digunakan semasa menterjemah sama ada tadika, universiti, sekolah rendah dan lain-lain.

10.3.2 Pemindahan

Setelah anda menganalisis teks, anda akan melakukan pula pemindahan maklumat. Pemindahan berlaku dalam fikiran penterjemah. Seringkali masalah besar yang mungkin timbul ialah diri penterjemah itu sendiri yakni sikap tidak objektif dan mudah salah faham. Pemindahan di sini tidak membawa maksud pertukaran atau penggantian. Sebagai seorang penterjemah, anda memindahkan sesuatu teks daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Dalam hal ini, segala ciri yang terdapat dalam teks asal itu haruslah terdapat dalam teks yang diterjemahkan. Jelasnya, warta yang ditafsirkan melalui proses analisis tadi dipindahkan ke bahasa sasaran. Sebagai penterjemah, hanya anda sahajalah yang mengetahui bagaimana warta yang ditafsirkan itu hendak dipindahkan ke bahasa sasaran mengikut bentuk bahasa itu. Umpamanya, sekiranya terdapat ciri-ciri kelucuan atau sedih dalam teks sumber, maka dalam terjemahan harus ada ciri kelucuan dan kesedihan itu. Namun begitu anda perlu menyedari bahawa dalam pemindahan, anda perlu membuat penyesuaian semantik dan struktur mengikut kelaziman yang terdapat dalam bahasa sasaran.

Beberapa masalah salah tafsir mungkin berlaku semasa pemindahan disebabkan faktor-faktor berikut:

(a) Seseorang itu mempunyai pengetahuan yang terlalu tinggi tentang subjek yang hendak diterjemahkan akan menyebabkan penterjemah secara tidak disedarinya menghasilkan terjemahan terlalu tinggi bagi pembacanya. Ini mengakibatkan hasil terjemahan mungkin tidak boleh difahami oleh pembaca sasaran terjemahan itu. Sebagai penterjemah anda faham apa yang ditulis, dan anda membuat anggapan bahawa pembaca pun faham maksudnya.

(b) Seseorang itu juga mungkin mempunyai pengetahuan yang kurang dalam bahasanya sendiri. Hal ini berlaku sekiranya anda dipengaruhi pendidikan bahasa asing dan ini menyebabkan wujud sikap membelakangkan kekayaan perbendaharaan kata yang ada dalam bahasa penerima.

(c) Seseorang itu mungkin mempunyai sikap tidak yakin dengan kemampuan bahasa sendiri. Sekiranya sebagai penterjemah, anda prejudis terhadap bahasa ibunda dan menganggap bahasa asing lebih baik dan meniru bulat-

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

227

bulat unsur asing kerana memikirkan bahasa sumber itu lebih tinggi martabatnya daripada bahasa sendiri, hal ini boleh menjejaskan mesej yang ingin disampaikan.

(d) Seseorang itu kurang pengetahuan tentang penterjemahan. Sebagai penterjemah, anda perlu mengetahui tujuan sebenar penterjemahan. Andaian yang dibuat oleh kebanyakan kita bahawa bahasa itu terdiri daripada perkataan-perkataan dan terjemahan hanyalah menggantikan perkataan-perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran. Ini tidak seharusnya berlaku. Sebagai penterjemah, anda perlu mengambil berat tentang hal-hal yang berkaitan dengan hubungan waktu (temporal), hubungan jarak (spatial) dan hubungan sebab akibat (logikal) perlulah diambil kira. Penterjemahan sebaik-baiknya dilakukan setelah seluruh perenggan dianalisis dan difahami dan ada kalanya seluruh jalan cerita dan mesej difahami.

Apabila anda memindahkan sesuatu teks daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, anda haruslah mengambil kira isi dan makna, stail atau gaya, dan bahasa. Penterjemah perlu memastikan bahawa makna atau semantik dipindahkan keseluruhannya ke dalam bahasa sasaran. Asas bagi penyesuaian ialah kebolehan untuk membezakan antara bentuk dengan isi. Isi ialah konsep atau nilai yang cuba disampaikan oleh teks sumber manakala bentuk hanyalah sifat luaran yang digunakan dalam teks untuk menyampaikan warta. Penyesuaian semantik berlaku apabila dalam memindahkan mesej dari satu bahasa ke bahasa yang lain, yang penting ialah isi bukan bentuk. Apa yang perlu anda fahami ialah yang diterjemah ialah makna bukannya kata.

Teori terjemahan menghujahkan bahawa apa yang dipentingkan ialah isi bukannya bentuk. Namun demikian sebagai penterjemah, anda antara dua pilihan sama ada hendak mengekalkan isi atau bentuk. Ada kalanya isi boleh disampaikan dalam bahasa sasaran dalam bentuk yang hampir sama dengan teks sumber. Tetapi ada kalanya pula bentuk terpaksa diubah untuk mengekalkan isi. Seperkara yang perlu anda sedari ialah dalam penterjemahan sedikit sebanyak kandungan semantik akan hilang. Walau bagaimanapun, seboleh-bolehnya penterjemah harus memastikan supaya kehilangan itu hanya berlaku pada tahap yang minimum sahaja. Masalah sering berlaku dalam membuat penyesuaian semantik, peribahasa, makna figuratif, perubahan tumpuan makna, makna am dan makna khusus, penyebaran semula komponen semantik, peruntukan pada tanda-tanda konteks dan formula istimewa.

Apakah yang perlu dilakukan dari segi penyesuaian struktur? Sebagai penterjemah, seboleh-bolehnya anda akan cuba mengekalkan struktur bahasa sumber dalam teks sasaran. Namun begitu hal ini sukar dilakukan kerana setiap bahasa mempunyai cara tersendiri untuk menstruktur semula ayat. Ini kerana

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 228

pengekalan struktur melibatkan seluruh struktur linguistik, iaitu wacana, ayat, perkataan, hinggalah ke bunyi. Anda perlu melihat wacana dilihat sebagai keseluruhan teks dan masalah yang timbul ialah penyesuaian struktur sama ada wacana itu menggunakan struktur langsung atau tidak langsung. Penterjemah boleh membuat mana-mana penyesuaian yang kebanyakan bukan hanya melibatkan satu ayat tetapi banyak ayat.

10.3.3 Menstruktur Semula

Proses ketiga dalam penterjemahan ialah menstruktur semula. Dalam proses ini anda perlu menstruktur semula tiga perkara yang dianggap penting, iaitu:

(a) Kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai

(b) Ciri-ciri utama yang terdapat dalam gaya bahasa tersebut

(c) Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa tersebut

Setelah anda membuat analisis dan penyesuaian dalam proses pemindahan, maka warta yang hendak disampaikan itu distruktur semula dalam bahasa sasaran. Dalam hal ini, gaya bahasa memainkan peranan yang penting. Faktor-faktor yang perlu anda berikan perhatian ialah perbezaan antara bahasa lisan dan bahasa tulisan, kepelbagaian aspek sosial, gaya bahasa yang melibatkan keadaan pemakaian dan hubungan antara penutur dan pendengar, dan loghat tempatan.

Ciri-ciri yang berbeza pula ialah ciri-ciri yang memudahkan kefahaman dan ciri-ciri yang digunakan untuk tujuan tertentu seperti menarik minat, menambahkan kesan atau memberatkan bahasa. Penstrukturan semula bergantung kepada kepelbagaian gaya bahasa yang dianggap sesuai, ciri-ciri utama yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa itu dan kaedah yang digunakan untuk menghasilkan gaya bahasa yang dikehendaki.

Dari segi gaya bahasa pula, anda hendaklah menggunakan gaya yang memudahkan pembaca memahami terjemahan. Hal ini bermaksud struktur ayat hendaklah ringkas dan mudah, supaya jalan cerita cepat difahami dan tidak membosankan. Ayat yang anda gunakan hendaklah jelas dan tanda baca yang betul untuk memudahkan pembaca berhenti di tempat-tempat tertentu serta memudahkan kefahaman. Kelemahan dalam terjemahan sering berlaku dalam menstruktur semula.

Selesai menjalani ketiga-tiga proses di atas bukanlah bermakna terjemahan itulah yang terbaik. Langkah selanjutnya yang perlu anda ambil ialah menyemak semula terjemahan itu berdasarkan tiga unsur, iaitu:

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

229

(a) Apakah anda telah berjaya mentafsir teks sumber dengan betul?

(b) Adakah terjemahan anda boleh difahami?

(c) Apakah terdapat persamaan gaya antara kedua-dua teks sumber dengan terjemahan anda?

(d) Apakah anda berjaya menimbulkan reaksi yang sama dalam kalangan pembaca seperti yang ditimbulkan oleh teks sumber. Katakanlah teks itu suatu arahan yang keras, adakah kesan kerasnya sama dengan teks sumber atau sekiranya cerita asal teks boleh menyebabkan pembaca mengalirkan air mata apabila membacanya dapat meninggalkan kesan yang serupa dalam teks terjemahan.

Menurut Koh Boh Boon (1987), proses penterjemahan boleh dilihat dari empat sudut, iaitu:

(a) Persediaan awal, bacaan pertama sepintas lalu untuk menanggapkan tema buku dan merasai gaya bahasa pengarang, menyediakan istilah termasuk buku istilah, kamus dan ensiklopedia, bacaan kedua secara teliti dan perinci untuk menghayati isi dan bahasa buku itu serta menaksirkan sejauh mana mudah atau sukar setiap bahagian;

(b) Penterjemahan benar, menterjemah secara sistematik untuk mendapat draf pertama, menyemak atau memeriksa semula draf pertama untuk mengesan kekurangannya, dan memperbaiki draf pertama untuk menghasilkan manuskrip;

(c) Manuskrip dinilaikan mutunya oleh seorang penilai yang berkelayakan, komen dan cadangan penilai dipertimbangkan oleh penterjemah; dan

(d) Penterjemah menulis semula manuksrip dengan membaiki semula bahagian yang perlu.

AKTIVITI 10.3

Perihalkan proses yang perlu anda perlu lalui sebagai seorang penterjemah sekiranya menterjemah sebuah iklan. Berikan contoh yang bersesuaian.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 230

PENTERJEMAHAN DESKRIPTIF

Apakah yang dimaksudkan dengan penterjemahan deskriptif? PPenterjemahan deskriptif ialah kegiatan terjemahan yang bersifat teknikal, menggunakan istilah dan kosa kata yang agak khusus, gaya bahasa yang padat, ringkas, dan tepat. Bidang deskriptif merangkumi bidang sains dan teknologi, telekomunikasi, kewartawanan, penyiaran dan sebagainya. Bentuk bahasa teknikal sukar difahami sekiranya bukan benar-benar pakar menterjemahnya misalnya iklan atau brosur. Iklan ialah pernyataan tentang sesuatu yang bertujuan untuk memberi maklumat, sama ada untuk semata-mata menyebarkan maklumat atau dengan tujuan menjual sesuatu barang atau perkhidmatan.

Masalah yang sering dihadapi oleh seorang penterjemah ialah kurang kemahiran dalam bahasa yang diterjemahkan dan juga bahasa ibunda. Sebagai penterjemah, anda perlu berupaya memahami secara mendalam tatabahasa, gaya bahasa, bunga-bunga bahasa dan struktur ayat sama ada struktur luaran (surface structure) mahupun struktur dalaman (deep structure). Ini tidak bererti anda mestilah seorang pakar bahasa tetapi memadailah jika anda boleh memahami teks dalam bahasa sumber dan berupaya memindahkannya ke dalam bahasa sasaran. Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang lazim digunakan oleh komuniti yang ditujukan. Kekurangan keupayaan dalam bahasa sasaran pula akan membuatkan anda tidak mampu menyampaikan maksud teks sebenar (under translation) atau menggunakan bahasa yang keterlaluan (overtranslation) untuk menyampaikan sesuatu maksud daripada bahasa sumber.

Menurut Nik Safiah (1987), yang berbeza ialah dari segi format. Iklan dewasa ini dipengaruhi oleh format dari luar, iaitu bukan sahaja dari segi bentuk atau strukturnya tetapi juga dari segi salurannya. Terjemahan literal bagi iklan Kentucky Fried Chicken : „finger-licking good‰ diterjemahkan sebagai „sehingga menjilat jari‰ diterjemahkan secara literal. Bentuk ini dikatakan merosakkan bahasa. Teoh Boon Seong (1994: 151) mengkaji penterjemahan brosur bank mendapati bahawa masalah ketidaktepatan dari segi tatabahasa merupakan masalah yang paling ketara. Penterjemah sering terperangkap dalam penggunaan kata pemeri adalah kerana keghairahan menggunakan terjemahan literal. Kata pemeri ini tidak perlu ada sebelum frasa kerja.

Contoh:

And thatÊs because⁄

Ini adalah kerana⁄ (Formal)

Hal ini demikian kerana (Dinamik)

10.4

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

231

Contoh di atas menunjukkan terjemahan kata demi kata menghasilkan terjemahan literal. Dalam ayat pasif bahasa Inggeris, verb to be „isÊ mesti digunakan tetapi dalam bahasa Melayu, terjemahannya yakni ÂadalahÊ tidak perlu. Terdapat juga masalah dalam kata hubung where, whose, whom, dan which. Kata tersebut digantikan dengan Âdi manaÊ sahaja.

Contoh:

...submit it to the bank Bumiputera branch where you have your account. (BBMB)

⁄hantarkannya kepada cawangan Bank Bumiputra di mana anda memiliki akaun. (BBMB) (Formal)

⁄hantarkan kad itu kepada cawangan Bank Bumiputera tempat akaun anda dibuka. (Dinamik)

Dalam bahasa Inggeris, kata hubung where, whose, whom, dan whichkadangkala dapat digantikan dengan perkataan ÂyangÊ atau ÂtempatÊ, dan kadangkala digugurkan sahaja. Walau bagaimanapun, Âdi manaÊ tidak boleh digunakan kerana kata tersebut merupakan kata tanya. Kata tanya tidak boleh digunakan di tengah-tengah ayat penyata.

Dalam penterjemahan deskriptif, hasil terjemahan cenderung mementingkan bentuk asal karangan. Sekiranya anda menggunakan kaedah menterjemah secara harfiah yang menganggap seolah-olah semua bahasa di dunia sama sahaja dari bentuk dan pola dan hanya berbeza dari segi pilihan perkataan, anda akan menghadapi masalah mencari padanan satu lawan satu. Terjemahan perkataan demi perkataan atau klausa demi klausa amat sulit kerana tidak ada satu bahasa pun yang sama dari segi susunan kata atau struktur ayat. Malah bagi seorang penterjemah, mencari penyamaan leksikal tidaklah begitu mudah seperti yang dijangkakan. Kadangkala penyamaan perkataan didapati tidak dapat menepati maksud yang diperlukan oleh teks asal. Lebih-lebih lagi apabila bahasa yang digunakan berbentuk idiomatik.

Terjemahan di atas mementingkan bentuk atau gaya formal. Akibatnya, mesej yang hendak disampaikan tidak difahami oleh pembaca kerana rangkai kata bahasa Melayu yang digunakan tidak mempunyai apa-apa makna. Apa yang perlu dilakukan ialah:

(a) Menganalisis teks asal

(b) Memindahkan idea teks asal

(c) Menstruktur semula idea ke dalam bahasa Melayu

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 232

Apabila penterjemah menganalisis teks bahasa sumber, dia seharusnya sudah dapat membayangkan dalam pemikirannya tahap bahasa yang hendak digunakan dalam bahasa sasaran. Soalan yang perlu dijawab ialah siapakah khalayak anda? Kemudian penterjemah harus memikirkan bahasa sasaran yang akan digunakan apabila memindahkan maksud teks asal. Struktur ayat yang baik setidak-tidaknya hendaklah dapat menyaingi struktur ayat dalam bahasa sumber dari segi pembentukan kata, keindahan bahasa, dan stail penulisannya. Kemudian penterjemah akan menstuktur semula idea ke dalam bahasa Melayu. Penterjemah hendaklah memikirkan kesan yang diperoleh hasil terjemahan mestilah positif.

PENTERJEMAHAN KREATIF

Apakah yang dimaksudkan pula dengan terjemahan kreatif? Dalam penterjemahan kreatif, anda sebenarnya terlibat dengan teks yang mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi seperti novel, cerpen, prosa, puisi dan seumpamanya. Seorang tokoh yang terkenal, iaitu William Faulkner (1955:274)) telah memberikan empat garis panduan dalam penterjemahan karya kreatif, iaitu:

(a) Sesuatu teks terjemahan itu mestilah menyampaikan maksud teks asal

(b) Sesuatu teks terjemahan mestilah mencerminkan gaya penulis asal

(c) Sesuatu terjemahan karya sastera seperti pantun mestilah mengekalkan bentuk asalnya

(d) Penterjemah dibenarkan untuk menokok tambah sekiranya perlu

Beliau berpandangan bahawa kualiti sesuatu terjemahan sebenarnya bergantung kepada maksud yang hendak disampaikan. Kesulitan yang timbul dalam karya kreatif ialah gaya bahasa. Kegiatan terjemahan bukanlah sekadar mencari satu perkataan demi satu perkataan dalam ayat tetapi lebih daripada itu. Tiap-tiap sistem linguistik mengandungi satu analisis dunia luar yang peribadi dan berlainan daripada analisis bahasa-bahasa lain. Bahasa merupakan penglihatan dunia dan kita melihat dunia melalui bahasa kita; jikalau sesuatu bahasa itu berbeza, pandangan dunia juga berbeza. Dalam hal ini, terjemahan bukan sahaja perkataan demi perkataan tetapi terjemahan merupakan satu pengenalan fikiran-fikiran baru atau satu penglihatan dunia yang baru. Maklumat yang tepat mesti disampaikan supaya kesan yang diperoleh daripada teks sumber sama dengan teks terjemahan.

Sekiranya anda menggunakan pendekatan terjemahan harfiah dalam karya kreatif pula, hal ini akan menampilkan kelemahan dari sudut penyampaian maklumat yang tepat, sesuai, dan sejadi dari segi makna kepada pembaca. Unsur

10.5

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

233

yang paling dirungsingkan dalam penterjemahan budaya ialah ketidakterjemahan yang menjadi faktor utama kesilapan dalam terjemahan berbentuk harfiah. Terjemahan sajak pula sememangnya tidak boleh dibuat oleh sebab sajak merupakan bidang yang paling sukar diterjemahkan atau dipindahkan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Jikalau anda mendengar sajak dalam satu bahasa asing, anda merasai satu perasaan ganjil, mungkin anda tertarik dengan irama sajak tersebut tetapi anda tidak memahaminya. Sekiranya terjemahan dilakukan, hasilnya belum tentu mempunyai irama sama seperti teks asal. Apabila anda menterjemahkan sajak, anda tidak semestinya menterjemahkan struktur sajak itu tetapi kesan yang dihasilkan oleh sajak itu dalam bahasa sumber. Anda tidak semestinya mengimport sajak dalam kebudayaan sasaran pembaca tetapi anda mengeksport kepada pembaca kebudayaan sumber daripada sajak itu. Satu cara untuk mengatasi beberapa kesulitan terjemahan sajak ialah penerbitan sajak dalam dwibahasa. Pembaca boleh mengikuti karya asal jikalau dia mengetahui bahasanya, dan dia juga memberi satu terjemahan yang baru. Penulis agung Jerman, Geothe, pernah mengatakan jikalau satu sajak tidak boleh diterjemahkan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain, mutunya tidak berapa tinggi.

Penulisan kreatif amat mementingkan gaya bahasa. Seseorang penulis akan mengeksploitasikan bahasa dengan gaya bahasa yang tersendiri dan berbeza dengan penulis lain. Oleh itu, sebagai penterjemah, anda perlulah memahami gaya teks kreatif tersebut. Misalnya penulis seperti John Steinbeck menggunakan ayat yang panjang dan gaya bercerita. Teknik bercerita menjadi kekuatan karya beliau. Gaya penulisan beliau menggunakan bahasa lisan dalam tulisan tanpa melanggari hukum tatabahasa. Beliau menulis apa yang dilihat, dirasa, didengar dan difikirkan. Oleh itu, gaya penulisan teks perlu dikaji supaya objektif, mesej, makna maklumat dan kesan dapat diketahui dan difahami (Hajah Shamsiah Mohd. Diah,1999).

Seterusnya dalam penulisan prosa fiksyen merupakan cerita yang dihasilkan dan secara literalnya tidak semestinya benar-benar berlaku. Bahasa yang digunakan tidak mempunyai pembahagian rima dan pola tertentu. Prosa fiksyen pada kebiasaannya ditulis untuk dibaca bukan dipersembahkan untuk pertunjukan (kecuali diadaptasikan semula ke dalam teater atau filem). Penterjemahan fiksyen lebih rumit daripada penterjemahan genre lain. Terjemahan ini berhubung rapat bukan sahaja dengan persoalan pemindahan dwibahasa tetapi juga pemindahan dwibudaya dan dwisosial termasuklah yang merangkumi keseluruhan kompleks emosi, asosiasi dan idea yang mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan perbezaan bahasa, tradisi dan gaya hidup sesuatu bangsa. Penterjemahan fiksyen melibatkan pertukaran pengalaman individu dalam dunia fiksyen dengan pembaca daripada budaya dan masyarakat yang

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 234

berbeza. Kedua-dua faktor sosial dan faktor penulis ditekankan dalam proses menterjemah fiksyen.

Umumnya, kebanyakan pengkaji menerima bahawa menterjemah fiksyen merupakan proses yang kompleks bergantung kepada beberapa faktor variabel sama ada terjemahan harus berorientasikan bahasa sumber atau berorientasikan bahasa sasaran atau mungkin juga teks asal itu diadaptasikan untuk tujuan tertentu pragmatik. Fiksyen Melayu dan Inggeris bukan sahaja ditulis dalam bahasa yang berbeza tetapi juga memperlihatkan perbezaan budaya, istilah linguistik, konvensyen penulisan dan sosiobudaya. Perkembangan dalam teori penterjemahan banyak memperkatakan kaedah menterjemah yang sesuai bagi sesuatu bidang khusus termasuklah karya fiksyen. Kesulitan yang timbul dalam karya fiksyen ialah gaya bahasa. Penghasilan semula gaya (penulis dan teks) dikatakan teras utama dalam penterjemahan fiksyen.

Kaedah terjemahan formal pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:

Pinjaman

Peniruan

Penggantian

Peminjaman kata berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontak antara dua bahasa yang berbeza misalnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang bertembung akibat penjajahan.

Peminjaman berlaku secara keseluruhan atau in toto misalnya ad valorem, tort, alibi, dan ad hoc.

Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman tetapi istilahnya sahaja yang diterjemahkan.

Terdapat dua jenis peniruan, iaitu pertama, peniruan penyampaian yang tidak mengubah struktur bahasa sasaran dan peniruan struktur yang memasukkan lantas mewujudkan struktur baru dalam bahasa sasaran misalnya prime minister perdana menteri dan mini bus bas mini.

Penggantian berlaku apabila pemindahan warta daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Dalam penggantian, persamaan pada peringkat leksikal dan peringkat sintaksis sedapat mungkin dikekalkan misalnya I go to market = Saya pergi ke pasar.

Terdapat empat kategori dalam kaedah terjemahan dinamik, iaitu:

Transposisi

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

235

Modulasi

Persamaan

Penyesuaian

Transposisi bermakna berlaku perubahan dalam struktur ayat dalam karya terjemahan. Dalam kaedah ini, kita perlu mengubah atau menukarkan kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat.

Dalam modulasi, terdapat perubahan dari segi semantik (makna) pada peringkat leksikal tetapi wartanya tetap tidak berubah. Begitu juga penyampaian boleh ÂnegatifÊ dalam bahasa sasaran tanpa menjejaskan makna.

Persamaan ialah persamaan terdekat atau persamaan sejadi/bersahaja. Persamaan sedemikian bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Umumnya, tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dalam dua bahasa yang berlainan. Oleh itu kita tidak menterjemah dengan menggunakan persamaan tepat.

Penyesuaian yang merupakan kaedah yang menggabungkan beberapa kaedah seperti modulasi, transposisi, dan persamaan.

Transposisi Kata sifar (Ungkapan)

Modulasi Perhatian (Arahan)

Persamaan Struktur berbeza

Seorang penterjemah melakukan tiga proses, iaitu mentafsir dan menganalisis teks sumber; memindahkan warta; dan menstruktur semula teks asaran mengikut gaya bahasa sasaran itu.

Penterjemahan deskriptif ialah kegiatan terjemahan yang bersifat teknikal, menggunakan istilah dan kosa kata yang agak khusus, gaya bahasa yang padat, ringkas, dan tepat. Bidang deskriptif merangkumi bidang sains dan teknologi, telekomunikasi, kewartawanan, penyiaran dan sebagainya.

Penterjemahan kreatif melibatkan teks yang mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi seperti novel, cerpen, prosa, puisi dan seumpamanya.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN 236

Deskriptif

Dinamik

Formal

Kreatif

Modulasi

Penggantian

Peniruan

Pinjaman

Penyesuaian

Persamaan

Transposisi

Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. (2000). Teknik dan teori terjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Ainon Muhamad (1980). Pengantar terjemahan. Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi.

Arthur Golden. (1997). Memoirs of a geisha New York : Random House Inc.(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu Abdul Latif Budin 2006 Kenang-Kenangan Seorang Geisha Malaysia : Marshall Cavendish Sdn. Bhd. )

Hajah Samsiah Haji Mohd. Diah. (1995). Karya kreatif steinbeck: Satu penilaian berdasarkan model penulisan karya kreatif. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.

Koh Boh Boon (1987). ‰Satu analisa tentang kesalahan-kesalahan terjemahan dalam buku-buku yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia‰. Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia Abdullah Hasan, Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Mokhtar Ahmad dan Basil Wijasuriya. (1987). ‰Masalah dan Kesalahan Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia Abdullah Hasan, Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mounin, G. (1963). Problems in translation theory. Editions Gallimard: Perancis. Diterjemahkan Masalah Teori Terjemahan 1991 oleh Azizah Haji Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

TOPIK 10 PERTERJEMAHAN BAHASA MELAYU: SEJARAH, TEORI, DAN PENDEKATAN

237

Newmark, Peter (1981). Approaches to translation. Oxford: Pergamon.

Nida, E.A. & C.R. Taber, (1974). The theory and practice of translation.Leiden: E.J. Brill.

Nik Safiah Karim (1987). ‰Kesalahan bahasa dalam konteks pemakaian kebudayaan dan sosial: Beberapa aspek penggunaan bahasa laras iklanÊ. Kesalahan bahasa dalam Bahasa Malaysia Abdullah Hasan, Mashudi Kader dan Hasnah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2007). Pengantar penterjemahan Bahasa Melayu. Puchong: Scholar Press Sddn. Bhd.

Rowling, J.K. (2005). Harry Potter dengan Batu Hikmat. Kuala Lumpur: Pelangi Sdn. Bhd.

Rowling, J.K. (1998). Harry Potter and The Chamber of Secrets London: Bloomsbury Publishing Plc. (Terjemahan bahasa Melayu: Harry Potter dan Bilik Rahsia 2002). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Rowling, J.K. (1999). Harry Potter and The Prisoner of Azkaban London: Bloomsbury Publishing Plc. (Terjemahan bahasa Melayu: Harry Potter dengan Banduan Azkaban Hikmat 2004). Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Sharifah Haji Malek (1996). Usaha-usaha penterjemahan di Malaysia.Universiti Malaya: Latihan Ilmiah.

Susan Bassnett (1980). Translation studies. England: Routledge.

Teoh Boon Seong & Ng Beng Lean, (1994). ‰Masalah Terjemahan Brosur Bank‰. Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 38, Bil 2 Februari 1994 hlm. 150 -161.

William, F. (1955). History of literary translation. England: University Press of America, Inc.