Upload
awatif-atif
View
24.177
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Zaman remaja merupakan suatu tempoh peralihan yang penuh dengan perubahan dan
cabaran yang ada kalanya menimbulkan pelbagai perasaan negatif. Ahli psikologi
mengatakan bahawa ‘no man is an island’ yang membawa maksud remaja sentiasa dikelilingi
keluarga dan masyarakat untuk membimbingnya ke arah hidup yang sejahtera. Namun
begitu, pada abad yang ke-21 ini ketika kanak-kanak dan remaja melalui pengalaman zaman
persekolahan sudah terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh mereka terutama dari segi
kelakuan tingkah laku. Pengaruh-pengaruh negatif yang terkesan dalam diri kanak-kanak dan
remaja ini sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor pemakanan, persekitaran, keluarga
dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan ketara pada institusi kekeluargaan
apabila ibu bapa yang bekerja hanya menumpukan perhatian pada kerjaya sehingga
mengabaikan anak-anak mereka.
Era globalisasi ini menunjukkan institusi keibubapaan dan masyarakat amnya mengambil
sikap sambil lewa dan leka dari menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga sehinggakan
ia menjadi salah satu penyebab kepada masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) bagi
kanak-kanak. Kanak-kanak dan remaja dikelilingi keluarga, guru dan rakan sebaya yang
sejak kecil dididik bermula dari perkembangan mereka melalui cabaran-cabaran dalam
kehidupan. Jika disingkap dengan lebih mendalam, anak-anak yang mengalami masalah
hiperaktif ini tidak dapat memberi tumpuan dan sering terganggu oleh keadaan persekitaran.
Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan tingkah laku mereka
(Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai dalam mengaitkan isu pelajar yang
hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan pendekatan konstruktivisme sosial. Faktor pelajar
bermasalah hiperaktif dapat dikenalpasti seperti faktor neurologik, faktor genetik, faktor
keluarga dan sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi masalah kepada pelajar-pelajar
lain, guru-guru bahkan dirinya sendiri.
1
2.0 KONSEP DAN DEFINISI HIPERAKTIF
Secara amnya, masalah kanak-kanak yang hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik-klinik
seluruh negara termasuklah negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Walau
bagaimanapun, ia dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di
kalangan kanak-kanak.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak-kanak yang
terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal.
Kanak-kanak mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan,
pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak
mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti manakala pergerakan
adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Keseimbangan pula
merujuk kepada kemahiran kanak-kanak berhubung dengan obejk persekiatarannya ( Scrib,
2010 ). Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang
menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya
mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat
memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif.
Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri,
sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya
sendiri yang disebut sebagai ADHD ( Attention Deficit Hyperactive Disorders ). Hiperaktif
juga merupakan suatu kepayahan dalam mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan
perkara yang diluar kemampuan. Sebagai contoh, mereka tidak pernah memikirkan sesuatu
perkara dari sudut positif dan negatif sebaliknya hanya melakukan sesuatu perkara
berdasarkan kehendak sendiri.
2
3.0 CIRI-CIRI PELAJAR HIPERAKTIF
Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif boleh dikategorikan dalam tiga aspek. Seorang
guru yang mengajar anak muridnya dapat mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi anak
muridnya dan masalah hiperaktif seorang murid juga dapat dikenalpasti melalui tingkah lakunya.
Pertama ialah masalah hiperaktif. Kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak
akan dapat berduduk diam. Mereka akan kelihatan gelisah tampak pada tangan dan kaki serta
akan mengeliat dalam tempat duduk. .Kanak-kanak ini tidak akan duduk di kerusi mereka
sewaktu di kelas walaupun mereka sepatutnya duduk di situ dan ada guru yang sedang mengajar
ketika itu.
Selain itu,mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan daripada
kanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Malahan masalah ini menyebabkan kanak-kanak
hiperaktif menjadi lebih cergas dalam bidang sukan dan permainan berbanding murid yang lain.
Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk belajar
secara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang hiperaktif ini lebih gemar bergerak
cergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan
Aspek kedua dalam masalah hiperaktif ini ialah kanak-kanak yang mengalami masalah ini
akan mempunyai masalah kurang tumpuan. Sewaktu di dalam kelas mereka tidak akan memberi
perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengan mereka walaupun itu merupakan guru
mereka. Kanak-kanak ini akan melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah mereka dan
akan mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti seharian mereka. Tambahan lagi, menurut
para penyelidik dan para guru, murid ini mudah hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa.
Di samping itu, aspek terakhir yang akan dibincangkan ialah aspek menurut kata hati
(Impulsivit). Kanak-kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu dengan spontan sebelum soalan
yang diajukan belum habis. Mereka juga akan tidak sabar menunggu giliran serta sering
menggangu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. Gejala hiperaktif ini boleh dikesan
sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun. Perubahan yang berlaku pada kanak-kanak ini berlaku
dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah atau tempat awam. Walaubagaimanapun,
perubahan perlakuan ini memberikan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah dengan rakan-
rakan dan kehidupan sehariannya.
3
4.0 TEORI DAN PENDEKATAN YANG SESUAI
4.1 Pendekatan Konstruktivisme Sosial
Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu
dalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang
dapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan
antara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina
hubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu
dalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai
peluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding
pembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan
mewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan
kadar kurang tumpuan mereka dalam kelas.
Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah
seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang
memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan
memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain itu
juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaan
idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkan
kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapat
mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini.
Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar
dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh
sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara
langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat
mereka untuk belajar. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran
tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses
pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut.
4
4 . 2 Teori Kognitif Piaget
Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi telah berpendapat
bahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta
membezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa,
oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk
memberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain itu, Piaget turut
menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi. Pelajar
juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan mereka belajar
melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi dan akomodasi. Berdasarkan
teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga mengalami satu
perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain.
Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui
pengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar
mereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa
memikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka
perolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piaget
menekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal
mereka. Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka
mengenai perkaitan sebab dan kesannya.
Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan
akomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang
selaras dengan skema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suai
pengetahuan mereka hasil peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu,
pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang
mereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat
pengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognitif
yang seimbang dalam kehidupan mereka.
5
5.0 FAKTOR-FAKTOR PELAJAR HIPERAKTIF
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di kalangan
pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.
5.1 Faktor Genetik
Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat besar
dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita lihat pada faktor genetik, sudah tentu ia
mempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara
mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia
kecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah
hiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini
kepada anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih
cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan
(Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akan
menghadapi masalah hiperkatif.
5. 2 Faktor Neurologik
Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil.
Dalam hal ini, ibu hamil yangmengalami pelbagai masalah seperti gangguan otak akibat sulit
saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung turut
menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak yang lahir apabila
mencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi
besar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti
lamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan
persalinan yang normal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi
yang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan
meminum alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami
masalah hiperaktif (Norman Supadma, 2009).
6
Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibu
semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko
hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di
pejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah
dengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan
terlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif.
Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu
semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.
5. 3 Faktor Kultural dan Psikologi
Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul dan faktor psikologi
iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan.
a) Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yang
memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya.
Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang
tua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam
mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak sering
melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlalu
dimanjakan oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya
segala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka.
Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan
bertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi
kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa oleh
mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan
merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah
terbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh
ibu bapa.
7
b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah
hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-
kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-
kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah
menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akan
menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpa
dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas di
dalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika
mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah.
Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan
sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyai
sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa
yang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang
tidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam
hampir di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya serta tidak
boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid BinArshat, 2010).
c) Orientasikan kesenangan
Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-ciri
hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan dan
menyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering
menginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanak-
kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akan
mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap diluar
kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka.
8
5. 4 Pengaruh Sekolah
Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapi
oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalam
kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosan
di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikut
kehendak hati mereka. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakan
belajar, membuat bising, tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di
dalam kelas, mereka merasa sulit untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan
perhatian itu singkat sekali, sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di
kelas waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan di
dalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara
yang tidak dapat dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)
6.0 KESAN PELAJAR YANG MENGALAMI GANGGUAN HIPERAKTIF
9
7.0 PENDEKATAN BAGI MENGATASI MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF
Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari pihak
ibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka ini dapat diatasi dengan sebaikanya.
Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentuk
kelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang hendak
disampaikan oleh para guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar lain yang berada di
dalam bilik darjah tersebut.
Pendekatan pertama yang boleh diambil adalah menggunakan pendekatan yang dipanggil
sebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis memerlukan seseorang guru itu
mengenalpasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa dengan membuat pemerhatian
serta mendapatkan laporan tingkah laku pelajar sama ada di rumah iaitu melalui pihak ibu bapa
dan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah seperti guru kelas. Dalam membuat diagnosis
yang lengkap, ia memerlukan penilaian daripada seorang pakar kerana terdapat punca lain yang
menyebabkan seseorang pelajar hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga tidak dapat
menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam pendekatan
diagnosis, terdapat tiga pecahan lain yang boleh dijalankan oleh guru dalam mengenalpasti
tingkah laku pelajar yang mengalami masalah hiperaktif.
Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajar
hiperaktif. Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru semasa di dalam bilik darjah.
Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini berdekatan dengan meja guru iaitu
sebaiknya di barisan hadapan kelas serta di kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah ini
membolehkan guru untuk memerhati dan mengawasi pelajar berkenaan walaupun pada masa
yang sama guru tersebut sedang mengajar pelajar yang lain. Melalui pemerhatian dan
pengawasan ini membolehkan guru tersebut melihat pelajar hiperaktif ini dengan lebih jelas dan
dapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke atas pelajar itu dan membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar di dalam bilik darjah.
10
Selain itu, pendekatan seterusnya masih lagi berkisar tentang kedudukan pelajar
hiperaktif di dalam bilik darjah. Bagi pelajar hiperaktif, guru perlu mengelakkan dari meletakkan
tempat duduk pelajar ini bersebelahan atau berhampiran dengan tingkap atau pintu dan lukisan
yang berwarna. Ini akan mengundang beberapa akibat iaitu memudahkan pelajar ini menyelinap
keluar tanpa disedari oleh guru, akan menyebabkan diri mereka tercedera jika duduk berdekatan
dengan cermin tingkap serta menganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana , sifat
semulajadi pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin
mencubanya sangat menebal (Jas Laile Jaafar, 1996). Keadaan ini akan merangsang pergerakan
mereka untuk mendekati sesuatu yang berada di sekitarnya sekaligus akan menyebabkan
pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.
Dalam pendekatan diagnosis, terdapat satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam
membantu pelajar hiperaktif. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah
memastikan bahawa hanya peralatan yang diperlukan sahaja berada di atas meja pelajar terbabit.
Peralatan-peralatan lain yang tidak diperlukan perlu disimpan bagi memastikan objek-objek yang
tidak diperlukan ini akan menganggu pembelajaran mereka. Guru juga digalakkan untuk
memberi pujian terutamanya apabila pelajar ini mampu mengawal diri mereka menjadi lebih
tenang dan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2008). Pujian yang diberikan guru ini adalah penting supaya mereka akan mengekalkan sikap
yang positif ini sekaligus akan meningkatkan semangat mereka untuk berubah.
Pendekatan multidisiplin pula memerlukan ibu bapa membawa anal-anak mereka
berjumpa dengan pakar untuk merawat anak-anak mereka dengan menggunakan cara perubatan,
psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang minda mereka dalam bentuk yang normal.
Pendekatan ini memerlukan bantuan pakar terutamanya pakar kanak-kanak supaya anak-anak
mereka akan mendapat pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan sebarang risiko yang
bertambah buruk. Menurut Jas Laile Jaafar (1996), ibu bapa harus sedar jika mereka melakukan
hukuman yang terlalu berat ia mungkin akan meninggalkan kesan-kesan hitam dalam hidup anak
mereka. Jadi, bagi mengelakkan sesuatu pekara negatif terjadi akibat kesalahan ibu bapa dalam
menghukum, membawa anak mereka berjumpa pakar adalah jalan terbaik. Ini kerana semasa
dalam perhatian pakar, anak-anak yang bermasalah hiperaktif akan diajar bagaimana untuk
menjalinkan hubungan sosial dengan keluarga, rakan dan masyarakat.
11
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif adalah ibu bapa
perlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan perkembangan yang optimum. Di
masa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluan
pemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalam
banyak cara seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan penyakit
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku hiperaktif ini, ibu
bapa perlu perlu membekalkan segala keperluan pemakanan yang seimbang dalam hidangan
anak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B membantu membuka tenaga dalam
glukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu pembelajaran dengan menyebabkan
perubahan perwatakan termasuk bersifat agresif, permusuhan dan kemurungan. Tiada sumber
makanan yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan, oleh itu, kepalbagaian adalah penting
(Kementerian Kesihatan Malaysia,2008).
Langkah seterusnya yang boleh diambil adalah melalui rawatan. Berdasarkan kepada
cadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-ubatan boleh menurunkan kadar
hiperaktiviti dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk mengawal
masalah ini digunakan untuk jangka masa panjang dan selamat untuk digunakan. Ia disarankan
untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat yang biasa digunakan adalah
jenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat ini mempunyai kesan sampingan yang biasa
berlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur. Sebelum mengambil
ubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor dan kesan sampingannya perlu sentiasa
dipantau.
12
8.0 KESIMPULAN
Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan memberi
perhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang sabar, tidak mudah
mengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksi
dengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagi
anak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya apabila kanak-
kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-teman
yang lain.
Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan.
Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Dunia
kehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita dapat
memberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu guru
supaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan masyarakat.
Ahli sosiologi dan psikologi berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukan
bimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.
13
9.0 BIBLIOGRAFI
Gangguan hiperaktif dalam kelas (2010). Diperoleh pada November 8, 2011 daripada
http://www.scribd.com/doc/39106800/ganguan-hiperaktif-dalam-kelas
Hamid BinArshat, 2010. Kanak-kanak yang hiperaktif. Diperoleh pada 6 November 2011.
(http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-166/184-kanak-
kanak-yang-hiperaktif.html)
Hiperaktif: Masalah kanak-kanak ADHD dan kepentingan permakanan (2008). Diperoleh pada
November 9, 2011 daripada http://pkbp.smkintan.edu.my/index2.php?
option=com_content&do_pdf=1&id=111
Huffman, Karen (2002). P sychology in Action. USA: John Wiley & Sons.
Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kecelaruan gaya pemakanan. Diperoleh pada
November 11, 2011 daripada
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Kecelaruangayapemakanan.php
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan
(ADHD) . Diperoleh pada November 10, 2011 daripada
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanakkanak/KecelaruanHiperaktifkanak_kanak.p
hp
Mohd Faldz Ibrahim, 2007. Membimbing anak hiperaktif. Diperoleh pada 4 November 2011.
(http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing- Anak-Hiperaktif)
Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). P sikologi P ersonaliti. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
14
Norman Supadma, 2009. Hiperaktif P ada Anak. Diperoleh Pada 30 Ogos 2010,
daripada http://bali.forumotion.net/kesehatan-f48/hiperaktif-pada-anak-
t1540.htm
Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). P sikologi P endidikan
Untuk P erguruan. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd
Raihanah Abdullah, 2004. Anak hiperaktif berkurang apabila Umur Meningkat.
Diperoleh pada 6 November 2011.
(http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid48
Scrib (2010). Kanak-Kanak & Perm ainan. Diperoleh pada 14 Ogos 2010,
daripada http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-atau-
kurang-tumpuan
Zuhayati yazid, 2009. Menangani Anak-anak hiperaktif. Utusan Malaysia. Diperoleh pada 4
November 2011. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm
15