12
RABI’AH AL- ADAWIYYAH NURUL ILYANA BINTI ABDULLAH IEA130012 NUR SPILA BINTI IBRAHIM IEA130011 ANIS SOFINA BINTI SAIFUDDIN IEA 130002 ‘IZZATIL ‘ALAWIYYAH BINTI ABDUL AZIZ IEA130001

Rabiah al-Adawiyyah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Al-Akhlak wal Tassawuf

Citation preview

Page 1: Rabiah al-Adawiyyah

RABI’AH AL- ADAWIYYAH

NURUL ILYANA BINTI ABDULLAH IEA130012

NUR SPILA BINTI IBRAHIM IEA130011

ANIS SOFINA BINTI SAIFUDDINIEA 130002

‘IZZATIL ‘ALAWIYYAH BINTI ABDUL AZIZIEA130001

Page 2: Rabiah al-Adawiyyah

LATAR BELAKANG RABI’AH AL ADAWIYAH Rabi’ah binti Ismail Al-Adawiyyah dilahirkan di Basrah

sekitar tahun 95 H dan meninggal dunia pada tahun 185 H.

Rabi’ah adalah puteri keempat dari empat puteri lainnya dalam keluarga tersebut.

Ayahnya menamakan Rabi’ah, yang ertinya “empat”, tak lain kerana ia merupakan anak keempat dari keempat saudaranya itu.

Rabi’ah berasal dari keluarga miskin,bahkan ketika Rabi’ah di lahirkan,rumah tangga orang tuanya sedang mengalami krisis ekonomi sehingga minyak untuk lampu penerangan guna membantu kelahirannya pun tidak dimiliki.Bahkan kain untuk meyelimuti bayi Rabi’ah juga tidak ada.

Page 3: Rabiah al-Adawiyyah

Kemiskinan yang berpanjangan itu membuat Rabi’ah akhirnya menjadi seorang hamba sahaya.

Kemampuan Rabi’ah untuk menggunakan alat muzik dan menyanyi dimanfaatkan oleh majikannya yang rakus dengan harta dunia.

Rabi’ah sedar benar terhadap dirinya sebagai hamba sahaya dan dikeras sedemikian rupa oleh majikannya membuat ia selalu meminta petunjuk dan bimbingan kepada Tuhan.

Di pagi dan di malam hari adalah waktu untuk bermunajat kepada Tuhan.

Page 4: Rabiah al-Adawiyyah

Dalam suasana duka dan pedih dengan penderitaan dan himpitan tugas yang diberikan majikannya,ia

sering mendapat bisikan :

“Jangan engkau bersedih hati,kerana kelak dikemudian hari orang-orang yang dekat kepadaKu

akan cemburu melihat kedudukanmu..” 

“Ya Rabbi, Engkau Maha Tahu bahawa aku sangat ingin selalu bersama-Mu, hati nuraniku sangat ingin berbakti sekuat tenagaku untuk-Mu, seandainya aku yang menentukan keadaanku maka sejenak pun aku tidak ingin menghentikan baktiku pada-Mu : Tetapi

Engkau telah menempatkan aku di bawah kemurahan hati orang lain.”

Page 5: Rabiah al-Adawiyyah

Konsep hubb dan zuhud menurut rabi’ah al-adawiyyah

Perasaan cinta amat diambil bearat oleh sufi yang demikian segala gerak geri dalam kehidupan mereka kesemuanya berasaskan CINTA kepada Allah s.w.t

-cinta dan kasih sayang mereka bukan hanya lahir di mulut dengan tasbih tahmid dan takbir sahaja bahkan mereka menghayatinya dalam setiap gerak geri dalam kehidupan.

Page 6: Rabiah al-Adawiyyah

PEMBEBASAN RABI’AH

Rabi’ah bekerja dibidang muzik dengan meniup

seruling.

Bertaubat dan ber’uzlah serta

melakukan ibadat semata-

mata

Rabi’ah mula berusaha mencari rezeki daripada

sumber yang halal dengan tenaga empat keratnya

sendiri.

Page 7: Rabiah al-Adawiyyah

PERKAHWINAN

Menolak pinangan Abdul Wahid bin Zaid. seorang ulama yang terkenal di Basrah.

Abdul Wahid masuk berjumpa dengan Rabi’ah dan berkata Rabi’ah kepadanya : “ wahai lelaki yang bernafsu,carilah perempuan lain yang bernafsu seperti engkau!”

Menolak pinangan Raja Basrah,Muhammad bin Sulaiman al-Hasyimi.

Raja Basrah telah menulis surat kepada Rabi’ah. “Rabi’ah yang mulia,sesungguhnya Allah telah menganugerahi beta wang sebanyak 80,000 dirham setiap hari.Beta berjanji akan memberi anda wang sebanyak itu sekiranya anda bersetuju menjadi permaisuri beta.

Page 8: Rabiah al-Adawiyyah

Maka Rabi’ah menjawab surat Raja tersebut.

“Raja yang mulia,sesungguhnya menjauhkan diri daripada keduniaan akan dapat merehat dan menenangkan kekecewaan dan kedukaan.Oleh itu bersiap-siaplah untuk akhiratmu,jadilah penasihat kepada diri sendiri.Jangan mengambil orang lain sebagai penasihatmu kerana ia akan mengikut kehendakmu.Berpuasalah selama-lamanya dan jadikanlah masa berbuka anda ketika tiba ajal.Adapun saya sekiranya diberikan Allah kekayaan seperti yang anda miliki atau digandakan lagi ia tidak akan mengubah hatiku daripada mengingati Allah walaupun sekelip mata.wassalam.”

Page 9: Rabiah al-Adawiyyah
Page 10: Rabiah al-Adawiyyah
Page 11: Rabiah al-Adawiyyah
Page 12: Rabiah al-Adawiyyah