Click here to load reader
Upload
siti-yaakob
View
7.413
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Idola kami
Citation preview
RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W
Dilahirkan pada malam Isnin 12 Rabuilawal ,Tahun Gajah bersamaan 20April 570 masihi, di Kota Mekah. Berketurunan bangsawan Arab Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib telah meninggal dunia di Syam, semasa baginda berusia 2 bulan dlm kandungan ibunya .
TUJUAN BAGINDA DIBESARKAN DIKAWASAN PENDALAMAN/DESA
Udara desa yang nyamandan bersih sesuai untuk kesihatan , pembesaran mental dan fizikal kanak-kanak.
Suasana desa tidak tercemar dengan unsur-unsur yang tidak baik. Supaya dapat diajar bahasa Arab baku (Arab Fusha) Mendidiknya dengan kesusahan supaya tabah menghadapi cabaran hidup. Di desa nabi Muhammad membantu keluarga angkatnya mengembala kambing.
HIKMAH PERKERJAAN SEBAGAI PENGEMBALA :
Pekerjaan ini telah mendidik jiwa baginda bersifat sabar, tabah, rendah diri,berkasih sayang sesama makhluk, suka tolong menolong dll.
ZAMAN KEHIDUPAN
Sewaktu Bayi - 7 hari setelah ibunya Aminah binti Abdul Wahab melahirkannya, datuknya Abdul Mutalib membawa baginda ke kaabah dan tawaf sebagai tanda kesyukuran dan menamakannya Muhammad yang bererti "orang yang terpuji". Sewaktu bayinya, Nabi Muhammad s.a.w telah dihantar ke sebuah desa yang jauh dari kota untuk disusukan oleh Halimatun Saadiah dan dipelihara oleh ibu susunya itu sehingga 5 tahun.
Ketika berusia 6 tahun - ibunya meninggal dunia di Madinah semasa menziarah makam suaminya. Bagindadipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib.
Ketika berusia 8 tahun - datuknya pula meninggal dunia.baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda mengembala kambing untuk membantu meringankan beban bapa saudaranya itu yang miskin dan mempunyai 10 orang anak. Ketika usianya 12 tahun, baginda mengikut bapa saudaranya berniaga ke Syam.
Zaman Remaja - Ketika berusia 25 tahun, baginda bekerja dengan Khadijah binti Khuwailid. Kemuliaan peribadi, kejujuran, kebijaksanaan dan keikhlasannya menguruskan perniagaan telah menarik hati saidatina Khadijah dan berkahwin. Baginda dikurniakan 6 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan saidatina Khadijah.
Ketika Berusia 40 Tahun- Baginda dilantik menjadi rasul. Baginda menerima wahyu pertama di Gua Hirak iaitu Surah Al Alaq ayat 1 – 5
Ketika Berusia 63 tahun - Baginda wafat ketika usianya 63 tahun. setelah 23 tahun menyebarkan Islam (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah)
KHADIJAH BINTI KHUWAILID Namanya – Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai. Dari berketurunan
Quraisy daripada Bani Naufal
Seorang tokoh perniagaan yang kaya raya- Khadijah terpikat dgn kejujuran & sifat amanah yg dimiliki oleh baginda semasa menjalankan perniagaannya & melamar Muhammad menjadi suaminya.
Berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia 40 tahun
Merupakan isteri pertama Rasulullah
Wanita pertama menganut Islam-Wafat pada tahun ke sepuluh kerasulan Rasulullah
( 3 tahun sebelum hijrah)
SIFAT PERIBADI
Memiliki peribadi mulia
Taat kepada perintah Allah
Seorang yang dermawan
Sabar, tabah , cekal , penyayang dan berfikirankreatif
Seorang isteri solehah yang setia dan jujur
SUMBANGAN SAYIDATINA KHADIJAH
Sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap perjuangan Rasulullah2. Banyak memberikan sokongan fikiran dan untuk perjuangan Rasulullah
Mententeramkan baginda s.a.w ketika menerima wahyu pertama
Sentiasa memahami tanggungjawab suaminya dan memberi keyakinan untuk meneruskan perjuangannya
BUKTI SAYIDINA KHADIJAH ISTERI YANG PALING DISAYANGI
Rasulullah SAW sentiasa menyebut nama beliau walaupun telah lama meninggal dunia Rasulullah SAW amat berdukacita dengan kematiannya.
TELADAN DARIPADA SIFAT KHADIJAH
Bersifat penyayang dan penyabar
Menjadi isteri yang baik dan patuh kepada suami
Sanggup bekorban untuk kesejahteraan keluarga
Memiliki sifat keibuan - Tabah menghadapi cabaran hidup
SAIDINA ABU BAKAR ASSIDIQDiberi gelaran 'As- Siddiq' kerana sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
KEPERIBADIAN SAIDINA ABU BAKAR
Sentiasa bersopan santun
Pengasih dan amat penyayang
Bersifat lemah lembut
Ikhlas dalam perjuangan
Bercakap benar
Tabah menghadapi dugaan
SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SEBELUM MENJADI KHALIFAH
Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk.
Membebaskan penganut Islam yang disiksa dengan membayar tebusan
Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan
Sanggup mengorbankan nyawanya utk menyelamatkanRasulullah
Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah keMadinah
JASANYA KETIKA MENJADI KHALIFAH
Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu
Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom
Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah
Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran
SEBAB SAIDINA ABU BAKAR DIPILIH SEBAGAI KHALIFAH
Abu Bakar sentiasa di sisi Rasulullah & Merupakan sahabat baik baginda
Beliau yg diminta oleh Rasulullah utk mengantikan baginda menjadi imam sewaktu baginda sakit
Rasulullah telah memilih beliau utk mengetuai rombongan haji pertama umat Islam
WANITA AHLI SHURGA - SUMAIYAHNama sebenarnya : Sumaiyah binti Khabbat. Hamba kepada pembesar Quraisy bernama Abu Huzaifah bin al-Mughirah. Berkahwin dengan Yasir bin Ammar seorang pengembala dan mendapat seorang anak bernama Ammar. Memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui tuannya. Disiksa oleh tuannya bila mengetahui pengislamannya
Wanita pertama Syahid dalam Islam, ditikam dengan lembing oleh Abu Jahal kerana mempertahankan akidahya
PERIBADI SUMAIYYAH
Teguh iman
Sabar dan tabah
Tetap pendirian
Taat kepada Allah
BENTUK-BENTUK SEKSAAN KE ATAS SUMAIYAH DAN KELUARGANYA
Diheret & Dijemur ditengah padang pasir
Dipaksa berjalan kaki dengan tangan berikat rantai besi
Dicucuk dengan besi panas
Dicungkil biji mata
Ditikam dengan lembing
SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SUMAIYAH
Berani menyatakan yang hak walaupun disiksa.
Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian aqidah.
Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam mempertahankan agama Islam
IKTIBAR DARIPADA PERISTIWA KELUARGA SUMAIYAH
Kesucian aqidah wajib dipertahanan walau dalam apa keadaan sekalipun
Hendaklah tabah menghadapi ujian hidup
Setiap pengorbanan yang ikhlas pasti mendapat ganjaran dari Allah
Usaha menegakkan Islam memerlukan pengorbanan yang tinggi
KALIMAH SYAHADAH
Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar.
Lafaz syahadah ialah :
Ertinya :Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan
aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati.
RUKUN SYAHADAH
Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu :
Menetapkan zat Allah. Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak
sama dengan perbuatan makhluk. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja
yang benar.
SYARAT SYAHADAH
Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ).
Hendaklah meyakini dalam hati maksud syahadah iaitu meyakini hak-hak Allah dan Rasul.
Jangan ada di dalamnya syak ( 70 – percaya, 30 – tidak percaya ) Jangan ada di dalamnya zan ( 50 - percaya dan 50 tidak percaya ) Jangan ada waham ( 30 – percaya dan 70 lagi tidak percaya ). Beramal dengan apa yang diyakini, dan menolak segala sesuatu yang
merosakkan syahadah.