35
1 LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN DAN JUSTIFIKASI CoRT 1 Nama Ahli Kumpulan: Bil Nama No. Matrik 1 (K) Ang You Koon DB100502 2 Cho Siow Yeng DB100551 3 Hong Sur Chang BD100677 4 Kong Woon Siew DB100555 5 Lim Siew Hui BD100488 TUGASAN KUMPULAN: Kumpulan 10 NAMA PENSYARAH: Dr TAN KING HYIANG

Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Rph dan justifikation sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains UTHM CoRt 1 1. Ang You Koon 2. Cho Siow Yeng 3. Hong Sur Chang 4. Kong Woon Siew 5. Lim Siew Hui

Citation preview

Page 1: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

1

LAPORAN RANCANGAN PELAJARAN

HARIAN DAN JUSTIFIKASI

CoRT 1 Nama Ahli Kumpulan:

Bil Nama No. Matrik

1 (K) Ang You Koon DB100502

2 Cho Siow Yeng DB100551

3 Hong Sur Chang BD100677

4 Kong Woon Siew DB100555

5 Lim Siew Hui BD100488

TUGASAN KUMPULAN: Kumpulan 10

NAMA PENSYARAH: Dr TAN KING HYIANG

Page 2: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

2

Isi kandungan

Perkara Muka Surat

Penghargaan 1

Pengenalan CoRT 1 2 - 5

7 Teknik CoRT 1 6 - 7

Rancangan Mengajar Harian 8 - 18

Laporan CoRT 1 19 – 23

Kesimpulan 24 – 25

Lampiran 1 26

Lampiran 2 27

Lampiran 3 28

Lampiran 4 29

Manual Penggunaan BBM 30 – 45

Refleksi 46- 47

Rujukan 48

Page 3: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

3

Kami bersyukur dapatlah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang telah

diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr. Tan King Hyiang kerana telah banyak

memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan kepada kumpulan kami

sepanjang menjalankan tugasan.

Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada

pustakawan UTHM dan pembantu-pembantu lain yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam membantu kami menjalankan tugasan.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung

dalam membuat tugasan dan laporan di UTHM.

Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada

masa hadapan dan kami amat menghargainya. Pengalaman ini merupakan satu

pengalaman baru dan cukup menarik bagi kumpulan kami yang tidak akan kami

lupakan.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

4

Pengenalan CoRT 1

Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono.

Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau

berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti

Cambridge.

Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6

bahagian CoRT, iaitu;

1. CoRT 1 : keluasan persepsi.

2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.

3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.

4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.

5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.

6. CoRT 6 : tindakan.

Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan

alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh

teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1.

Marcapada ini, Alat-alat berfikir merupakan alat yang dapat membantu manusia

menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat-alat ini menjadikan

pemikiran manusia lebih tersusun, luas, jelas dan kita tidak berburu-buru melakukan

sesuatu. Ketrampilan berfikir secara kritis dan kreatif dapat diwujudkan dengan bantuan

alat-alat berfikirini.

Alat-alat berfikir membolehkan manusia melihat sesuatu fakta,idea,isi dan konsep

secara visual dan holistik. Manusia juga dapat meninjau hubungan di antaranya di dalam

satu rangka teratur. Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara

pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan

Page 5: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

5

guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat Berfikir ialah instrument yang

membantu manusia berfikir dan mengurus proses pemikiran secara visual dan terkawal.

Antara alat berfikir termasuklah Soalan dan penyoalan,Peta minda,Pengurusan

Grafik dan CoRT Alat-alat ini digunakan oleh manusia untuk membolehkan berfikir

secaramendalam dan berkesan mengenai sesuatu kemahiran berfikir. Alat ini tidak

berfungsi tanpa kemahiran berfikir yang releven. Di samping itu, alat-alat ini terdiri

daripada pelbagai corak atau jenis, dan juga soalan-soalan. Kebiasannya,

Soalan bergantung kepada situasi , konteks, isi kandungan. Ia juga boleh digelar sebagai

Pengurusan Lisan.

Definisi CoRT

CoRT adalah singkatan bagi perkataan “Cognitive Research Trust”. CoRT menggalakkan

individu untuk berfikir secara meluas.

Alat Berfikir : Cognitive Research Trust 1 ( CoRT 1 )

Dalam bahagian pelajaran berfikir CoRT 1 ini terdapat tujuh alat berfikir yang boleh kita

gunakan dalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan

atau untuk menyelesaikan masalah. Alat-alat tersebut ialah:

1. Baik. Buruk dan menarik [Plus Minus Interesting (PMI)]

B – BAIK (Plus) : Perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea.

B – BURUK (Minus) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea.

M – MENARIK (Interesting): Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi

menarik tentang sesuatu idea.

Alat-alat ini boleh digunakan dalam sesi sumbangsaran, perbincangan atau apabila kita

berfikir tentang sesuatu idea. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sebaiknya kita harus

menggunakan alat ini bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Page 6: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

6

2. Ambil kira dalam semua faktor [Consider All Factors (CAF)]

Dalam kehidupan, kita sering menemui keadaan yang memerlukan kita membuat pilihan,

keputusan atau rancangan untuk menjayakan cita-cita kita. Untuk tujuan ini alat berfikir

CAF boleh digunakan bagi membantu kita membuat keputusan yang sesuai untuk masa

kini dan masa akan datang. Apabila menggunakan CAF, kita akan menyenaraikan semua

faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih mana-mana yang sangat berkaitan

dan penting sahaja.

3. Kesan Mengikut Jangka Masa [Consequence and Sequel (C&S)]

Kita sering membuat inovasi dalam kehidupan seharian sama ada dengan mencipta,

mengubahsuai atau melaksanakan sesuatu pendapat dan cara hidup. Begitu juga dalam

mencipta peraturan atau alatan, yang semuanya menuju kepada memajukan diri kita dari

semasa ke semasa. Apa sahaja yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar

ia sesuai dengan kehendak semasa. Untuk tujuan ini alat berfikir C&S sesuai digunakan.

Kita juga perlu memikirkan kesan-kesan lain akibat rancangan kita itu, iaitu kesan kepada

orang lain, masyarakat dan juga alam sekitar.

4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]

Setiap apa yang kita lakukan sudah tentu ada alasan dan sebabnya. Mungkin kerana ia

hobi kita atau kita membuat kerana terpengaruh dengan orang lain atau untuk mendapat

pujian dari orang ramai. Ada kalanya kita melakukan sesuatu kerana ada tujuan tertentu

ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Sekiranya kita tahu apa

sebenarnya matlamat kita dalam melakukan sesuatu, ini memudahkan kita untuk

mencapainya.

5. Kepentingan Utama Didahulukan [First Important Priority (FIP)]

Setelah kita menggunakan alat-alat berfikir PMI, CAF, C&S, dan juga AGO, timbul

masalah untuk membuat pemilihan di antara banyak faktor, objektif dan kesan-kesan

yang telah kita senaraikan bagi sesuatu perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk

Page 7: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

7

tujuan pemilihan ini kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan

sebahagian yang lain kerana tidak mungkin kita dapat lakukan semua itu secara serentak.

6. Aternatif, Kemungkinan dan Pilihan [ Alternatives, Possibilities and choices

(APC)]

Apabila kita perlu mengambil sesuatu tindakan terhadap sesuatu perkara ataupun

membuat sesuatu, kita rasa seperti tidak ada banyak pilihan. Alat berfikir (APC) ini

mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai pilihan dan kemungkinan

supaya kita dapat melihat idea atau perkara. Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea

atau isu tersebut dengan pandangan yang luas dan dari beberapa sudut pandangan.

Daripada banyak pilihan dan kemungkinan yang disenaraikan barulah kita pilih untuk

menggunakan alat FIP yang telah dibincangkan sebelum ini.

7. Pandangan Orang Lain [Other People’s View (OPV)]

Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa

pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama yang

berkaitan dengan orang lain. Alat OPV ini perlu digunakan oleh semua orang terutama

pemimpin di semua peringkat sama ada Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai

pelajar sebagai orang yang dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandangan orang lain

dalam sesuatu hal yang kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan

kerjasama semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan juga akan difikirkan

oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza.

Page 8: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

8

Cort 1 ada 7 teknik

Bil Teknik Cort Langkah Perlaksanaan Contoh

Perlaksanaan

1

PMI (Plus Minus Interesting)

disebut PMI (Baik Buruk

Menarik)

Luas fikiran tentang

cadangan, idea dengan :-

senaraikan semua

yang baik,

buruk,menarik

membuat keputusan

berdasarkan penilaian

di atas

Jangkamasa

sekolah dilanjut

kepada pukul 5

petang

2

CAF (Consider All Factors) ambil

kira semua faktor sebelum buat

keputusan

senaraikan semua

faktor

membuat

pertimbangan setiap

faktor (serentak –

baik/buruk)

menentukan

keputusan

Semua pelajar

Universiti

memakai uniform

3

C & S (Consequence and Sequel)

Kesan dan akibat

meneliti kesan jangka

panjang dan pendek

yang akan berlaku utk

tindakan yg diambil.

kesan ikut jangka

masa

a) j/masa terdekat = 5

tahun

b) j/masa panjang > 5

tahun

Komputer

menggantikan guru

4

AGO (Anis, goals,objective)

Tujuan,matlamat, objektif

mesti jelas elak terpesong

sentiasa fokus dan

menumpukan

perhatian kepada

Rancangan Hari

Kantin.

Apakah AGOnya?

Page 9: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

9

bersifat khusus(spesifik)

bersifat realistic dan boleh

diukur (guna kata kerja)

**AGO yang baik – terdapat pkr

tindakan yang komprehensif

(jelas)

***digunakan bersama CAF dan

C&S

tujuan asal dengan

bertanya apa AGO

rancangan kita?

(senaraikan seberapa

banyak yang boleh rancang

dan menilai semua idea dari

pelbagai sudut dan

perspektif ).

5

FIP (First,Important,Priorities)

Utama, Penting, Prioriti

mengenalpasti dan

menentukan yang

terpenting yang

perlukan tindakan

(keutamaan).

Merancang

perbelanjaan

bulanan

6

APC (Alternative,

Possibilities,Choices)

Alternatif,Kemungkinan,Pilihan

Memikirkan beberapa

kemungkinan serentak

dalam menyelesaikan

masalah.

Kemerosotan

pencapaian pelajar

– cari

penyelesaiannya

7

OPV (Other People’s View)

Pandangan orang lain – setiap

orang ada pandangan berbeza

Mengambilkira

pandangan orang lain

semasa membuat

keputusan.Bagaimana

keputusan ini akan

mempengaruhi orang

lain.

Umur bersara

dinaikkan kpd 65

tahun

Page 10: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

10

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN

Mata Pelajaran : Sains Tarikh : 03-11-13

Tingkatan/Kelas : 5 A Bil. Pelajar : 58 orang

Tempat : BlockG E1 Masa : 11:00a.m-12:00p.m

TAJUK : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah

OBJEKTIF :

Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat:

1) Melakarkan bayang-bayang pada kertas graf dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan .

2) Mengira luas permukaan bayang-bayang dengan tepat berdasarkan eksperimen yang dijalankan.

3) Menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah dengan betul.

4) Menjawab soalan lembaran kerja dengan betul.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid-murid pernah melihat bayang sendiri.

ALAT BERFIKIR: AGO, C&S ,CAF,dan APC

Page 11: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

11

ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) “Magic Light Kit” , lembaran kerja, kertas graf, lampu suluh, anak patung, power point, komputer riba. PENGURUSAN KELAS/LANGKAH KESELAMATAN

1. Keadaan kerusi meja yang teratur dan sistematik. 2. Memastikan suis elektrik berfungsi dengan baik.

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

1. Berjimat cermat. 2. Bekerjasama. 3. Hormat-menghormati. 4. Menjaga keselamatan diri. 5. Berterima kasih.

SESI PENGAJARAN

Masa Isi Pelajaran

Hasil Pembelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

5 minit Pengenalan/Pra Pengajaran :

Apa khabar, murid?

Murid-murid mengemaskan meja mereka masing-masing.

-Murid-murid dapat membalas

salam dan menyiapkan diri

supaya fokus untuk

pembelajaran berikutnya.

1. Guru memberi salam

kepada murid dan

murid-murid

membalas salam.

2. Guru menyuruh

murid-murid supaya

duduk di tempat

masing-masing dan

Nilai murni:

Menghormati Guru.

Page 12: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

12

mengemaskan meja

mereka untuk

persiapan memulakan

pembelajaran.

5 minit Set Induksi: - Guru menyiarkan lagu”Kungfu

Fighting ”. - Guru memegang anak patung

untuk membuat persembahan tarian.

- Guru mengarahkan murid-murid menyatakan apa yang telah diperhatikan pada skrin.

Murid-murid dapat

memerhatikan dan

menyatakan perubahan saiz

bayang pada skrin dengan

tepat.

1. Guru

memperkenalkan

kawan yang baru

bernama “ Adik

Comel”.

2. Guru memancarkan

sumber cahaya pada

anak patung yang

menari untuk

membentuk bayang-

bayang di atas skrin

dengan iringan muzik.

3. Guru mengarah

murid-murid

memerhatikan saiz

ABBM:

1. Anak patung.

2. Lampu suluh.

3. Komputer

riba

Page 13: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

13

bayang yang terbentuk

pada skrin.

4. Guru meminta murid-

murid menyatakan

perubahan bayang

yang berlaku pada

anak patung tersebut.

5. Guru menyatakan

tajuk pembelajaran

hari ini.

Masa

10 minit

Penyampaian isi : “Apakah faktor yang

menyebabkan saiz bayang

menjadi besar?”

“Apakah faktor yang

menyebabkan saiz bayang

menjadi kecil?”

-Murid dapat menjawab

soalan dengan tepat.

-Murid-murid dapat

menyebut faktor yang

menyebabkan saiz bayang

pada skrin berubah dengan

tepat.

1. Guru memberikan

peluang kepada

murid-murid untuk

menyatakan faktor

yang menyebabkan

saiz bayang-bayang

berubah.

ABBM:

1. Komputer riba

2. Power point

Slide power point

merujuk kepada

lampiran 1 “Faktor

yang menyebabkan

saiz bayang

Page 14: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

14

Slide power point

berubah”.

Teknik CoRT1:

CAF (Consider All

Factor)

- Ambil kira

semua faktor

Masa

20 minit

Penyampaian isi :

“Apakah kesan bayang akan

berlaku jika kamu meletakan

gambar rama-rama jauh dari

sumber cahaya?”

“Apakah kesan bayang akan

berlaku jika kamu meletakan

gambar rama-rama dekat dari

sumber cahaya?”

- Memberikan peluang

kepada murid-murid untuk

meramalkan lalu

menyatakan kesan saiz

bayang yang akan terbentuk

sebelum menjalankan

eksperimen.

1. Guru membahagikan

murid-murid kepada

empat kumpulan.

2. Guru menjelaskan

langkah-langkah

eksperimen.

3. Guru memberikan

peluang kepada

murid-murid untuk

meramalkan dan

menyatakan kesan saiz

bayang yang akan

ABBM:

1. Lembaran kerja

merujuk kepada

lampiran 2

“melakarkan

saiz bayang yang

terbentuk dan

mengira luas

permukaan

bayang-bayang”.

2. “Magic Light

Kit”.

Page 15: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

15

-Merujuk kepada lampiran 2

“melakarkan saiz bayang yang

terbentuk”.

- Murid-murid dapat

menyatakan nilai murni

berhati-hati dan berjimat-

cermat dengan tepatnya.

terbentuk.

2. Guru mengedarkan

kertas graf dan

lembaran kerja

kepada setiap

kumpulan.

3. Guru meminta murid-

murid menampilkan

diri ke hadapan

berkumpulan secara

bergilir-gilir untuk

membuat eksperimen.

4. Guru membimbing

murid-murid supaya

menyatakan

kepentingan

keselamatan diri

sendiri sebelum

menggunakan bekalan

elektrik dan berjimat-

3. Kertas graf.

Teknik CoRT1:

C&S (Consequence

and sequel)

- Kesan dan akibat

Nilai murni:

Berhati-hati.

Berjimat-cermat

Page 16: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

16

“Apakah tujuan untuk

meletakkan gambar rama-rama

dekat dari sumber cahaya?”

-Murid-murid dapat

melakarkan bayang-bayang

yang terbentuk berdasarkan

eksperimen dengan betul.

-Murid-murid dapat mengira

luas permukaan bayang

berdasarkan eksperimen

dengan betul.

-Guru meminta murid-murid

menyatakan tujuan

menjalankan eksperimen ini.

cermat semasa

menggunakan bekalan

elektrik.

5. Guru membimbing

murid-murid

menyatakan nilai

murni (bekerjasama)

yang telah diamalkan

dalam kalangan murid

semasa aktiviti

kumpulan dijalankan.

6. Guru mengarah

murid-murid

menjalankan tugasan

masing-masing.

7. Guru meminta setiap

kumpulan untuk

membentangkan hasil

eksperimen.

8. Guru dan murid-

Nilai murni:

Bekerjasama.

Teknik CoRT1:

AGO (Aim, Goals,

Objectives)

- Tujuan,

matlamat dan

objektif

Page 17: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

17

“Apakah tujuan untuk

meletakkan gambar rama-rama

jauh dari sumber cahaya?”

“Apakah tujuan menjalankan

eksperimen tadi?”

-Murid-murid dapat

menyatakan kesimpulan

dengan tepat.

murid berbincang

tentang hasil

eksperimen.

9. Guru meminta murid

untuk membuat

kesimpulan

berdasarkan

eksperimen yang telah

dijalankan.

10 minit -Mengemukakan soalan tentang

faktor menyebabkan saiz bayang

berubah dengan power point.

-Murid-murid menyatakan

faktor yang menyebabkan

saiz bayang berubah dengan

tepat.

1. Guru mempamerkan

power point dan

mengadakan sesi soal

jawab sebagai latihan

pengukuhan.

2. Murid-murid

menjawab soalan yang

dikemukakan oleh

guru.

ABBM:

1. Komputer riba

2. power point

Slide power point

merujuk lampiran

3“ soal jawab”).

Teknik CoRT1:

APC(Alternatives,

Possibilities,

Page 18: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

18

Choices)

- Alternatif,

Kemungkinan,

Pilihan

5 minit Penutup:

-Sekarang cikgu minta kamu

semua balik rumah menyiapkan

buku kerja muka surat 30 dan

hantar pada hari esok.

-Selain itu, cikgu juga pesan

kamu semua membuat ulangkaji

dan membuat persediaan untuk

topik yang akan disampaikan

pada pembelajaran yang akan

datang.

-Murid-murid menjawab

soalan dengan betul.

-Murid-murid dapat

menyatakan kesimpulan

dengan tepat.

-Murid-murid dapat

menyatakan nilai murni

Penutup:

1. Guru mengedarkan

lembaran kerja

kepada setiap murid

sebagai latihan

pengukuhan.

2. Guru membincangkan

jawapan lembaran

kerja bersama murid.

3. Guru meminta murid-

murid menyatakan isi

kandungan tajuk

pembelajaran hari ini.

4. Guru membimbing

murid-murid supaya

Lembaran kerja

( rujuk lampiran 4).

Teknik CoRT1:

APC(Alternatives,Po

ssibilities, Choices)

- Alternatif,

Kemungkinan,

Pilihan

Page 19: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

19

berterima kasih dengan

tepatnya

sentiasa berterima

kasih kepada anak

patung beruang yang

menemani mereka

belajar.

5. Guru mengarah

murid-murid supaya

menyiapkan tugasan

masing-masing dan

hantar pada hari

keesokkan.

6. Guru menyuruh

murid-murid

membuat ulang kaji

dan membuat

persediaan topik pada

pengajaran yang akan

datang.

Nilai murni:

Berterima kasih

Buku kerja(muka

surat 30-32).

Page 20: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

20

TUGASAN

1. Membekalkan tugasan dalam buku kerja dari muka surat 30 ke 32.

2. Meminta murid-murid menghantar buku kerja pada tarikh 04 November 2013 pada jam 1.30 petang.

3. Meminta murid-murid membuat persediaan pada tajuk yang akan datang.

CATATAN PENYELIA / PEMBIMBING

__________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Penyelia / Pembimbing : _______________________

Nama :

Page 21: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

21

Laporan CoRT 1

Kumpulan kami telah memilih Alat CoRT 1 dalam tajuk “Faktor yang

menyebabkan saiz bayang-bayang berubah ” bagi murid tahun 5 sebagai tugasan

kumpulan kami. CoRT 1 ini adalah alat berfikir yang boleh kita gunakan dalam proses

berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan atau untuk

menyelesaikan masalah bagi tajuk “ Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang

berubah”.

Berikut adalah teknik-teknik CoRT 1 yang digunakan oleh kumpulan kami :

Langkah 1 :

Teknik CoRT1:

CAF (Consider All Faktor)

- Ambil kira semua faktor

Miskonsepsi akan berlaku apabila guru menerangkan:

Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah menjadi kecil?

Apakah faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah menjadi besar?

Pada langkah 1 kumpulan kami telah menggunakan Teknik CoRT1: CAF (Consider All

Faktor) sebelum membuat keputusan sama ada saiz bayang berubah menjadi kecil atau

besar.

Mengapakah bayang-bayang terbentuk?

1. Salah satu sifat cahaya ialah cahaya bergerak lurus.

2. Sifat cahaya yang bergerak lurus menyebabkan bayang-bayang terbentuk apabila sinar

cahaya dihalang oleh objek yang legap.

3. Bayang-bayang terbentuk pada kawasan yang bertentang dengan sumber cahaya.

4. Bahan yang lutsinar dan lutcahaya tidak mempunyai bayang-bayang kerana bahan-bahan

ini membenarkan sinar cahaya melaluinya.

Page 22: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

22

Dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang berubah ialah:

i. Jarak objek dengan sumber cahaya.

- semakin dekat objek itu dengan sumber cahaya, semakin besar bayang-bayangnya dan

sebaliknya.

- Oleh sebab, objek yang legap dekat dengan sumber cahaya menghalang lebih banyak

cahaya daripada bergerak lurus ke skrin.

ii. Jarak objek dengan skrin.

- Semakin dekat objek dengan skrin semakin kecil bayang-bayang objek itu dan

sebaliknya.

- Oleh sebab, objek yang legap dekat dengan skrin kurang menghalang cahaya daripada

bergerak lurus ke skrin.

CAF atau mengambil kira semua faktor, adalah satu alat untuk melatih kita

berfikir cara melihat atau mengambil semua faktor untuk memperluaskan sudut

pandangan kita. CAF membantu kita mengarahkan minda ke semua arah yang

penting, mengelakkan kita terlupa untuk memikirkan semua perkara yang penting.

Galakkan pelajar membuat CAF dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Di

dalam pelajaran ini pelajar-pelajar dikehendaki supaya menerokai dahulu setiap

aspek pada mana-mana situasi sebelum menerbitkan idea.

Tujuan latihan ini ialah supaya pelajar membuat tinjauan yang lengkap dan

menyeluruh apabila memikirkan faktor-faktor berkenaan sesuatu situasi. CAF

membuat kita luas pandangan. Biasanya apabila kita berfikir, otak kita menonong

menuju ke depan. Kita tidak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. Dalam

konteks kehidupan sehari-harian, semua faktor mesti kita cari sebelum membuat

sesuatu keputusan atau menyelesaikan masalah.

Page 23: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

23

Langkah 2

Teknik CoRT1:

C&S (Consequence and sequel)

- Kesan dan akibat

Pada langkah 2, guru akan menjalankan satu eksperimen. Guru telah memberikan

peluang kepada murid-murid untuk meramalkan kesan dan akibat yang akan berlaku jika

meletakkan gambar rama-rama jauh dari sumber cahaya dan meletakkan gambar rama-

rama dekat dari sumber cahaya.

Kemahiran ini menghendaki pelajar supaya memikirkan apa yang dijangka akan

berlaku selepas sesuatu keputusan yang diambil. Kesan-kesan dan akibat-akibat

keputusan tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka

sederhana dan jangka panjang. Barangkali, dalam kehidupan sehari-hari, C & S ialah alat

berfikir yang paling berguna. Selalunya, setelah kita habis berfikir, kita akan membuat

keputusan, pilihan, rancangan dan tindakan. Ia membantu kita untuk berfikir jauh ke

depan sebelum membuat sebarang keputusan.

Kita tidak mungkin dapat meramalkan masa depan dengan tepat. Kita tidak ada

maklumat sama sekali tentang masa depan. Maklumat hanya ada apabila telah berlaku.

Maka itulah sebabnya sangat penting supaya kita fikirkan masa depan bagi setiap

keputusan yang kita buat sekarang. Apabila kita sudah membuat pilihan, mari kita cuba

ramalkan apa akan jadi kalau kita teruskan rancangan kita itu. Apakah kesan-kesan

utama dan kesan-kesan sampingan yang akan kita hadapi dan apa yang akan terjadi

selanjutnya nanti. Murid-murid perlu ditekankan juga, sebelum kita membuat sebarang

pilihan dan keputusan, gunakan C & S ini untuk mendapat pilihan yang tepat. Begitu

juga ke atas semua alternatif yang ada di depan kita.

Page 24: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

24

Teknik CoRT1:

AGO (Aim, Goals, Objectives)

- Tujuan, matlamat dan objektif

Pada langkah 2 juga, guru meminta murid-murid menyatakan tujuan menjalankan

eksperimen. Seterusnya, guru meminta murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan

eksperimen yang telah dijalankan.

Sebelum eksperimen dijalankan, guru telah mengeluarkan beberapa soalan untuk

membimbing murid-muridnya menjawab soalan dan supaya mereka akan meneliti apa

yang berlaku semasa eksperimen dijalankan. Misalnya, soalan pertama, “Apakah tujuan

untuk meletakkan gambar rama-rama dekat dari sumber cahaya?” dan soalan keduanya,

“Apakah tujuan untuk meletakkan gambar rama-rama jauh dari sumber cahaya?” dan

soalan ketiganya, “Apakah tujuan menjalankan eksperimen tadi?”.

Latihan berfikir mengikut kaedah bertujuan (Aims), bermatlamat (Goals) dan

objektif (Objectives) atau ia dikenali sebagai AGO telah kumpulan kami aplikasikan

dalam langkah ini. Ini dapat memperluaskan sudut pandangan murid-murid dan

menolong mereka membuat fokos yang betul semasa berfikir serta menolong murid-

murid sentiasa ingat tujuan asal mereka berfikir supaya mereka tidak lari daripada

matlamat yang hendak dicapai.

AGO menekankan pentingnya matlamat. Pelajar dikehendaki menyorot aspek-

aspek “oleh sebab” dan “supaya” untuk menjuruskan mereka berfikir cara memfokuskan

persoalan yang hendak diselesaikan. AGO mengelakkan murid-murid daripada

memikirkan perkara-perkara yang tidak berkenaan. Mereka mesti ada fokus apabila

berfikir. Otak murid-murid jangan merewang-rewang, otak mereka sentiasa ingat pada

objektif mereka berfikir, fikir akan hasilnya yang hendak dicapai. Sebelum pelajar-pelajar

hendak membuat sesuatu perbincangan, berbincanglah dulu berkenaan AGO perbincangn

itu. Jadikan AGO itu fokus perbincangan, jangan lari atau menyeleweng daripada tajuk

perbincangan.

Page 25: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

25

Langkah 3 dan Penutup:

Teknik CoRT1:

APC(Alternatives,Possibilities, Choices)

- Alternatif, Kemungkinan, Pilihan

Pada langkah 3 guru mempamerkan power point dan mengadakan sesi soal jawab

sebagai latihan pengukuhan. Guru akan mengemukakan soalan tentang faktor

menyebabkan saiz bayang berubah dengan power point pada langkah 3, maka murid-

murid perlu menyatakan faktor yang menyebabkan saiz bayang berubah dengan tepat.

Pada penutup pula, guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid

sebagai latihan pengukuhan, maka murid-murid menjawab soalan lembaran kerja dengan

betul dan dapat menyatakan kesimpulan dengan tepat.

APC(Alternatives,Possibilities, Choices) - Alternatif, Kemungkinan, Pilihan telah

digunakan oleh kumpulan kami dalam kedua-dua langkah ini. Kaedah yang disarankan

oleh Dr. Edward de Bono ialah satu alat kemahiran berfikir cara APC atau menggunakan

kaedah alternatif (alternatives), kemungkinan (Possibilities), piihan (Choices).

Alat ini digunakan supaya pelajar-pelajar dapat berfikir secara selari. Biasanya

kita berfikir mara ke depan. APC menghendaki kita memikirkan beberapa perkara

serentak. Alat ini melatih para pelajar menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang

terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku

dan reaksi emosional. APC juga digunakan untuk mencipta pelbagai penjelasan dan

persepsi. Apabila berfikir, otak selalu mahu cepat-cepat maju ke depan. “Nanti dulu”,

Fikirkan juga kemungkinan-kemungkinan lain. APC ialah alat yang memaksa kita

berhenti seketika sebelum otak maju ke depan.

Lembaran kerja memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar untuk

melakukan kaedah kemahiran berfikir APC, disamping kemahiran-kemahiran lain yang

lebih awal. Di sini pelajar akan memahami kaedah itu bagi menjuruskan pemikiran

mereka untuk menyelesaikan masalah, menjawab soalan lembaran kerja dengan betul dan

membuat kesimpulan dengan tepat.

Page 26: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

26

Kesimpulan :

Pada masa kini, peranan guru telah bertukar bukan lagi menumpukan tugas

mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi berusaha mengembangkan potensi murid secara

menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi insan yang berilmu

pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta

menjadi insan yang berguna untuk pembangunan Negara.

Untuk menghadapi cabaran-cabaran dan melaksanakan tugas-tugas secara

profesional serta dengan penuh keyakinan, adalah perlu bagi guru berinovatif dengan

menghayati ciri kemahiran berfikir dan memasukkan unsur-unsur penyebatian pemikiran

dalam pengajaran serta berusaha menguasainya dengan baik terutamanya dalam membuat

sebarang keputusan.

Sebagai penutup, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat 7 alat yang terdapat

dalam CoRT dan setiap alat mempunayi kelebihan untuk mengurangkan kesilapan

berfikir yang manusia biasa lakukan serta memilih alat CoRT yang sesuai mengikut

fungsinya.

Bidang kemahiran berfikir ini merupakan satu daripada elemen utama dalam mata

pelajaran Kemahiran Generik. Bidang kemahiran berfikir dirancang untuk

menghasilkan pelajar yang dapat menguasai kecekapan dan keupayaan minda untuk

berfikir secara kritis dan kreatif.

Tugasan ini akan menekankan teori dan aplikasi kemahiran berfikir dalam

pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mempunyai matlamat

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Adalah diharapkan penguasaan kemahiran berfikir dapat membantu pelajar untuk

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam menangani tugas-tugas dan

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang hayat kerjaya mereka. Antara

Page 27: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

27

cabaran-cabaran ini termasuklah perkembangan ilmu dalam pelbagai bidang dan

perubahan persekitaran yang pesat. Keadaaan ini perlu dihadapi dengan sikap yang

positif dan pemikiran yang kritis dan kreatif. Sikap dan pemikiran begini akan dapat

mencetuskan budaya ilmu yang kukuh.

Tambahan pula, pelajar-pelajar ini dapat menyebatikan kemahiran berfikir dalam

pengajaran dan pembelajaran nanti supaya murid-murid juga dapat didedahkan

kepada KBKK demi menyahut kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan

2020. Penguasaan kemahiran berfikir juga akan memenuhi Falsafah Pendidikan Guru

Page 28: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

28

Lampiran 1

Faktor yang menyebabkan saiz

bayang-bayang berubah

Sila lihat Video 1

Kesimpulan:Apabila objek dekatdengan sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah besar.

Sila lihat Video 2

Kesimpulan:

Apabila objek jauh dari sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah kecil.

Page 29: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

29

Lampiran 2

Nama : ________________ Tarikh:_______________

Kelas : 5 ( )

Tema 2 : Menyiasat Daya Dan Tenaga

Topik 3 : Cahaya

Tajuk : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah

1. Jalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang.

Sediakan radas kemudian letakkan objek pada jarak yang ditetapkan dari sumber

cahaya mengikut kumpulan masing-masing. Lukis bayang-bayang pada sekeping kertas

graf dan tampalkan kertas graf pada papan putih .

2. Seterusnya, murid-murid mencatatkan hasil eksperimen

3. Dalam eksperimen itu, apa yang perlu diubah ? Letakkan (/) dalam kotak.

a) Luas permukaan bayang-bayang

b) Jarak antara objek dengan sumber cahay

Jarak (cm) 10 cm 20 cm 30 cm 40 cm

Luas permukaan bayang-bayang ( )

Kumpulan 1 : 10 cm

Kumpulan 2 : 20 cm

Kumpulan 3 : 30 cm

Kumpulan 4 : 40 cm

Page 30: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

30

Lampiran 3

2.Apabila objek dekat

dengan sumber cahaya,

saiz bayang-bayang adalah

A. Kecil

B. Besar

C. Sederhana

3.Apabila jarak di antara

objek dengan sumber

cahaya berkurang, saiz

bayang-bayang

A. Berkurang

B. Tidak berubah

C. Bertambah

1.Apabila jarak di antara

objek dengan sumber

cahaya bertambah, saiz

bayang-bayang

A.Berkurang

B.Bertambah

C.Tidak berubah

4. Apabila objek jauh dari

sumber cahaya,

saiz bayang-bayang

adalah

A. Kecil

B. Besar

C. Sederhana

5.Dalam eksperimen ini,

nyatakan apakah yang

diubah dan apakah yang

diperhatikan?

Jarak antara objek

dengan sumber

cahaya(cm)

Tinggi bayang-

bayang(cm)

10 20

15 15

20 10

25 5

BETUL

Cuba lagi

Page 31: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

31

Lampiran 4 Lembaran Kerja

Nama : ________________________ Kelas :5( )

Tarikh:_______________

Tajuk : Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah

Isi tempat kosong

1. Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya berkurang, saiz

bayang-bayang ___________________.

2. Apabila objek dekat dengan sumber cahaya, saiz bayang-bayang

adalah ___________________.

3. Apabila jarak di antara objek dengan sumber cahaya bertambah, saiz

bayang-bayang ____________________.

4. Apabila objek jauh dari sumber cahaya, saiz bayang-bayang adalah

____________________.

Jawab semua soalan

Jarak antara objek dengan sumber

cahaya (cm)

Tinggi bayang-bayang (cm)

10 20

15 15

20 10

25 5

1. Dalam eksperimen ini, nyatakan…..

a) Apakah yang ditetapkan:_____________________________________________

b) Apakah yang diubah:_________________________________________________

c) Apakah yang diperhatikan:____________________________________________

2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada penyiasatan ini?

_____________________________________________________________________________

Page 32: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

32

Refleksi

Kami amat bersyukur kerana dapat peluang ini untuk mengenali lebih mendalam tentang

pengetahuan dan kemahiran tumpuan dalam bidang sains yang telah lama ditinggalkan

oleh kami sejak ketinggalan dari sekolah menengah.

Di sepanjang kuliah ini, kami telah berkenalan dengan pensyarah kami iaitu Encik

Tan King Hyiang yang mengajar kami di sepanjang semester ini dalam subjek Kemahiran

Tumpuan Dalam Sains. Encik Tan telah memberikan tugasan dan kami diberi pilihan

untuk mencari ahli kumpulan masing-masing untuk menyelesaikan tugasan yang

diberikan. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 5 orang iaitu Ang You Koon sebagai

ketua kumpulan, manakala ahli kumpulan iaitu Cho Siow Yeng, Hong Sur Chang, Kong

Woon Siew dan juga Lim Siew Hui.

Setelah tugasan diberikan, kami telah mengadakan satu perjumpaan dan

perbincangan mengenai tugasan yang diberikan. Setiap ahli kumpulan kami saling

bekerjasama dalam melakukan tugasan dengan baik sekali. Bukan itu sahaja, kami juga

dapat berkomunikasi dengan baik dan bersefahaman diantara semua ahli kumpulan.

Tambahan pula, semua ahli kumpulan dapat memberikan idea-idea yang bernas dan

bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugasan.

Selepas mengikuti kuliah ini, kami dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami

dalam bidang sains ini. Ini adalah amat penting dan berguna untuk seorang guru sains.

Walaupun kami hanya seorang guru sains di sekolah rendah, tetapi ilmu-ilmu ini dapat

dijadikan sebagai rujukan dan panduan semasa kami menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Pengetahuan-pengetahuan yang telah kami dapati di sepanjang kuliah ini adalah

seperti alat berfikir Cort 1 dan model sistem 4Mat. Alat berfikir Cort adalah

diperkenalkan oleh Edward de Bono pada tahun 1970-an dan beliau telah

memperkenalkan 6 cort. Cort adalah bermaksud Cognitive Research Trust. Cort 1

bertujuan untuk meluaskan persepsi atau pandangan seseorang tentang sesuatu idea dan

dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Model sistem

4Mat pula dicipta oleh Dr. Bernice McCarthy, terdapat empat jenis pelajar berikut iaitu

pelajar imaginatif, pelajar analitik, pelajar praktik dan pelajar dinamik.

Kami juga diberi peluang untuk merancangkan satu rancangan mengajar yang

berkaitan dengan bidang sains dan perlulah masukan salah satu jenis alat berfikir dalam

Page 33: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

33

rancangan mengajar harian tersebut. Kumpulan kami telah menyediakan rancangan

mengajar harian dengan tajuk “Faktor yang menyebabkan saiz bayang-bayang berubah”

dengan alat berfikir Cort 1. Objektif kami adalah pada akhir pembelajaran dan pengajaran

murid-murid dapat melakarkan bayang-bayang pada kertas graf dengan tepat berdasarkan

eksperimen yang dijalankan; mengira luas permukaan bayang-bayang dengan tepat

berdasarkan eksperimen yang dijalankan dan menyatakan faktor yang menyebabkan saiz

bayang-bayabg berubah dengan betul .

Untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran, kumpulan kami telah

menyediakan satu alat bahan bantu mengajar iaitu “magic light kit”. “Magic light kit” ini

adalah reka cipta ahli kumpulan kami. Kit ini direka untuk meningkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran, menarik minat murid-murid dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat membantu mencapaikan objektif

pembelajaran dan pengajaran yang telah ditetapkan dalam rancangan mengajar harian

dengan berkesan. Bentuk “Magic light kit” yang direka oleh kami adalah bentuk kotak

yang ringan, ini adalah senang diangkat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan kit

ini amat mudah digunakan. Kit ini juga boleh diguna pakai dalam topik cahaya; buruj;

serta topik bumi, bulan dan matahari.

Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah kami, Encik Tan. Cara-cara penyampaian yang beliau gunakan semasa

kuliah amat menarik dan senang difahami. Encik Tan telah menyediakan slaid power

point yang ringkas dan tepat serta gambar-gambar yang berkaitan semasa kuliah. Ini telah

banyak membantu kami dalam memahami dan mengingati nota-nota yang disampaikan

oleh beliau. Beliau juga mengemukakan pelbagai-bagai jenis soalan untuk dijawab oleh

kami supaya dapat memahami dengan lebih mendalam. Selain itu, Encik Tan juga

mengajar kami cara-cara menghasilkan slaid power point yang berkualiti tinggi dan amat

berguna untuk kami semua bukan sahaja dalam bidang sains tetapi sesuai digunakan

untuk bidang yang lain.

Akhir sekali, kami berasa gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang amat

berguna untuk kami di sepanjang kuliah ini. Kami berjanji kami akan menggunakan ilmu

yang kami belajari ini untuk mendidik anak murid kita dengan penuh semangat.

Page 34: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

34

Rujukan

Abdul Rahman Aroth dan Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan . Shah

Alam: Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd.

Abu Zahari Abu Bakar (1992) Psikologi Pendidikan Untuk Guru , Petaling Jaya: Delta.

Ainon dan Abdullah Hassan (1995 ). Kursus Berfikir Peringkat Tinggi . Kuala Lumpur :

Utusan Pub.

Ainon dan Abdullah Hassan (1995). Teknik Berfikir: Konsep dan Proses . Kuala Lumpur :

Utusan Pub.

Bloom, B. S. Et. (1956). Taxonomi of Educational Objectives : 1 st Cognitive Domain .

London : Longman.

DeBono, E. (1981 ). Cort Thinking : Cort I-VI. Oxford : Pergamon Press.

Hazil Abd. Hamid dan Kamaruddin. (1991). Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Hewit, J.S. & Whittier, K. S. (1997). Teaching Methods for Today's School :

Collaboration and Inclusion . Boston : Allyn & Bacon.

Mohamed Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan , Skudai: Penerbit UTM.

Mohd Nashuha Jamidin dan Rakan (1995). Kemahiran Berfikir dan Belajar . Shah Alam:

Fajar Bakti.

Philips, J. A. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir : Teori dan Amalan . Kuala

Lumpur : Utusan Pub.

Som Hj. Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kritis

dan Kreatif (KBKK) . Kuala Lumpur : Longman.

Page 35: Rph dan justifikasi sains t5 kemahiran tumpuan dalam sains

35