8
AMALI 2 TAJUK : Penghabluran semula sebagai satu proses penulenan TUJUAN : Untuk menulenkan dua jenis hablur garam iaitu kuprum (II) sulfat, CuSO 4 dan zink nitrat, Zn(NO 3 ) 2 . BAHAN : Kuprum (II) sulfat, CuSO 4 , zink nitrat, Zn(NO 3 ) 2 dan air suling. ALAT RADAS : Bikar 100cm 3 , mangkuk penyejat, rod kaca, spatula, kasa dawai, tungku kaki tiga, penunu Bunsen, corong turas, kertas turas dan kelalang kon PROSEDUR : 1) Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO 4 dimasukkan ke dalam bikar. 2) Air suling ditambah sehingga semua hablur ditenggelami air. 3) Campuran itu dipanaskan sambil dikacau dengan rod kaca. 4) Air suling ditambah sedikit demi sedikit setakat dapat melarutkan semua hablur kuprum (II) sulfat. 5) Larutan panas itu kemudiannya dituraskan dengan menggunakan corong turas dan kertas turas yang telah dibasahi dengan air panas. 6) Hasil turasan ini dipindahkan ke dalam sebuah mangkuk penyejat dan dipanaskan semula sehingga

SCE1014 Amali 2 - Penghabluran Semula

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SCE1014 Amali 2 - Penghabluran Semula

AMALI 2

TAJUK : Penghabluran semula sebagai satu proses penulenan

TUJUAN : Untuk menulenkan dua jenis hablur garam iaitu kuprum (II) sulfat,

CuSO4 dan zink nitrat, Zn(NO3)2.

BAHAN : Kuprum (II) sulfat, CuSO4, zink nitrat, Zn(NO3)2 dan air suling.

ALAT RADAS : Bikar 100cm3, mangkuk penyejat, rod kaca, spatula, kasa dawai,

tungku kaki tiga, penunu Bunsen, corong turas, kertas turas dan

kelalang kon

PROSEDUR : 1) Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 dimasukkan ke dalam bikar.

2) Air suling ditambah sehingga semua hablur ditenggelami air.

3) Campuran itu dipanaskan sambil dikacau dengan rod kaca.

4) Air suling ditambah sedikit demi sedikit setakat dapat melarutkan

semua hablur kuprum (II) sulfat.

5) Larutan panas itu kemudiannya dituraskan dengan menggunakan

corong turas dan kertas turas yang telah dibasahi dengan air panas.

6) Hasil turasan ini dipindahkan ke dalam sebuah mangkuk penyejat

dan dipanaskan semula sehingga isipadu larutan menjadi separuh

daripada isipadu asal.

7) Larutan yang sangat pekat ini kemudian dibiarkan menyejuk pada

suhu bilik.

8) Hablur-hablur biru kuprum (II) sulfat yang tulen terbentuk di dalam

larutan.

9) Kandungan itu kemudiannya dituraskan untuk mendapatkan

hablur. Hablur biru dibilas dengan sedikit air suling.

10) Hablur kuprum (II) sulfat dikeringkan dengan kertas turas.

Page 2: SCE1014 Amali 2 - Penghabluran Semula

11) Dengan demikian, hablur kuprum (II) sulfat yang tulen telah

diperoleh.

12) Eksperimen diulang dengan menggantikan hablur kuprum (II)

sulfat, CuSO4 dengan hablur zink nitrat, Zn(NO3)2 pula.

PEMERHATIAN :

Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 berwarna biru terang telah berjaya didapati

daripada proses penghabluran semula.

Hablur zink nitrat, Zn(NO3)2 berwarna putih telah berjaya didapati daripada proses

penghabluran semula.

Page 3: SCE1014 Amali 2 - Penghabluran Semula

PERBINCANGAN : 1) Penghabluran adalah kaedah penulenan untuk mendapatkan

hablur tulen daripada suatu larutan tepu bahan tersebut.

Contohnya, penulenan garam daripada larutan tepu garam.

2) Hablur atau kristal merupakan bahan pepejal yang terdiri

daripada gugusan atom, molekul atau ion yang tersusun dalam

ragam tertib yang menjangkau ketiga-tiga dimensi ruang.

3) Hablur yang terbentuk mempunyai sisi tajuk, permukaan yang

rata, bentuk dan struktur yang rata.

4) Proses penyulingan dan penghabluran sering digunakan

untuk memperoleh bahan-bahan tulen.

5) Penghabluran semula ke atas suatu garam dapat diulang

banyak kali untuk memastikan garam yang diperoleh pada

peringkat akhir adalah 100% tulen.

6) Kesan penghabluran semula boleh mengurangkan kekuatan,

meningkatkan kemuluran dan mengurangkan ketumpatan.

7) Semasa eksperimen dijalankan, kertas turas perlulah

dibasahkan dengan air suling terlebih dahulu supaya tidak

koyak apabila larutan garam yang telah dipanaskan dituang

melalui corong turas.

8) Penurasan dilakukan semasa larutan masih panas bagi

mengelakkan garam menjadi hablur.

9) Warna garam yang telah ditulenkan lebih terang, bersinar dan

berbentuk geometri.

KESIMPULAN : Garam kuprum (II) sulfat, CuSO4 dan garam zink nitrat, Zn(NO3)2

yang tidak tulen dapat ditulenkan melalui kaedah penghabluran

semula.

Page 4: SCE1014 Amali 2 - Penghabluran Semula

RUJUKAN

One Learning Solution. (2015). Proses Penghabluran. Diperoleh dari

http://onelearningsolution.blogspot.com/2015/06/aktiviti-makmal-472-proses-

penghabluran.html

Tan, Y. T., Loh, W. L., Tan, O. T. (2013). Success Chemistry SPM. Selangor,

Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Helmenstine, A. M. (n.d.). Types of Crystals. Diperoleh dari

http://chemistry.about.com/cs/growingcrystals/a/aa011104a.htm

Page 5: SCE1014 Amali 2 - Penghabluran Semula

Soalan : Melukis, menama dan menyenaraikan sifat fizik jenis-jenis

hablur garam selain daripada hablur garam yang disediakan.

Sistem Hablur Model Contoh Sifat-sifat fizik

Kiub Natrium Klorida Takat didih tinggi

Takat lebur tinggi

Larut dalam air

Dapat mengalirkan

arus elektrik

Tetragon Stanum Putih Mulur

Ketumpatan tinggi

Mudah tertempa

Ortorombus Sulfur Rombus Takat didih rendah

Takat lebur rendah

Rapuh

Mudah pecah

Ketumpatan rendah

Monoklinik Sulfur Monoklinik Takat didih rendah

Takat lebur rendah

Rapuh

Mudah pecah

Ketumpatan rendah

Page 6: SCE1014 Amali 2 - Penghabluran Semula

MENJAWAB SOALAN