Upload
clarence-anthonius
View
39
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Sabah merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan kebudayaan yang pelbagai.
Sabah yang juga dikenali sebagai negeri di Bawah Bayu atau Land belw the wind”
mempunyai keluasan 73.711 kilometer persegi terletak di Utara Pulau Borneo
( Ismail Bungsu,1988). Sabah mempunyai lebih kurang 30 kumpulan etnik dengan
tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih 30 daripada
bahasa itu dimiliki oleh kaum bumiputera seperti Murut, Bajau, Rungus lotud dan
Sungai.
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar
di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-
masingnya bermaksud "orang 0kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat
27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun
Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun
Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus[1],Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo,
dan sebagainya.
Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama
Kadazan[2], mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku
kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih
besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi
lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu
pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti
Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di
lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang
menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta
menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan
lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal
(mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang
di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah
Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun
menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka
menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan
(Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud
(Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah
terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk).
Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang
mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau
bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini.
Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan
etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah
akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun
tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah
seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.
Rujukan
Ismaily Bungsu (1988), Beberapa Muzik Sabah. Kota Kinabalu:Jabatan Cetak Kerajaan
Datuk Liew Sak Siong, Pencetak Kerajaan Negeri Sabah.