28
SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA PENGAJIAN MALAYSIA

SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

S E J A R A H P E R J U A N G A N D A N P E M B E N T U K A N M A L AY S I A

PENGAJIAN MALAYSIA

Page 2: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PENGENALAN. . .

• Negara Malaysia ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semanagat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki Negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu,semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga Berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.

Page 3: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

2.1 PERJUANGAN KEMEDEKAAN

• Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayumalahjuga di Sabah dan Sarawak.Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan. seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagordan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, TokJanggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, TokMoris, TunkuKudindanTunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, RoslieDhobydan Sharif Mashor di Sarawak Mat Salleh, Antanum, Pak Musa danSyarip Usman di Sabah. Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.

Page 4: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERJUANGAN KEMERDEKAAN•   Perjuangan kemerdekaan di Negara ini berkembang secara menyelurh

mulai awal abad ke-20,ekoran kebangkitan nasionalisme dalam kalangan rakyat yang bersandarkan aspek-aspek keagamaan, sosial, ekonomi dan politik.Semangat nasionalisme dan perjuangan mereka ditunjukkan melalu iakhbar-akhbar tempatan dan penubuhan persatuan.Perjuangan menuntut kemerdekaan diperteguhkan dengan permuafakatan melalui PERIKATAN di antara orang-orang Melayu, Cinadan India di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Paduan tenaga setiap golongan masyarakat dalam ruang lingkup yang tersendiri seperti guru, wartawan dan penulis, ahli-ahli politik dan juga pihak istana semakin membakar semangat dan memperteguhkan lagi tekad untuk segera mendapatkan kemerdekaan bagi Negara ini.Berbekalkan perpaduan suara rakyat dan desakan-desakan para pejuang maka pada awal tahun 1956, rombongan merdeka yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah berangkat ke London bagi mengadakan rundingan dengan pihak British. Rundingan ini membawa kepada termeterainya perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Februari 1956.Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Bandar Hilir, Melaka menjadi saksi pada 20 Februari 1956 apabila Tunku mengisytiharkan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Page 5: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Tarikh 31 Ogos 1957 amat bermakna dan memberikan banyak kesan yang amat mendalam kepada pembangunan setiap sudut (ekonomi,politikdansosial) Negara ini.Pada waktu tersebut Negara hanya terdiri dari pada persekutuan tanah melayu.Negara berdaulat yang lahir pada tarikh tersebut tidaklah sama dengan negara yang wujud pada hari ini. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan.Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati semua pihak.Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai reaksi.Sebahagian besar rakyat Negara asal berminat, tetapi darjah minat itu berubah-ubah dari semasa ke semasa.Ini terjadi akibat perkembangan politik tempatan dan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individutertentu yang menentangatausamasekalitidakmenyetujuiusulitu. Antara proses – proses pembentukan Malaysia ialahJawatnkuasaPerundinganPerpaduanMalaysia(JPPM ), SuruhanjayaCobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ), Referendum Singapura danPengisytiharan Malaysia.

Page 6: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA ( JPPM )

~ JPPM ditubuhkan pada 23 julaipadatahun1961 ~ iadipengerusioleh Donald Stephen (anggotaMajlisUndangan Sabah ).~ Antara anggotanyaialahTunku Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah ) , TemenggungJugahAnakBerieng ( Sarawak ) danDato’ SetiaPangeran Ali ( Brunei ).

Page 7: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

SURUHANJAYA COBBOLD

• SuruhanjayaCobboldditubuhanpadaJanuari 1962.Iadipengerusikanoleh Lord Cobbold (bekasGabenor Bank of England). Ahli – ahlinyaterdiridaripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherstoniaitu wakil British dan Muhammad GhazalieShafiedanDato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. SuruhanjayainiditubuhkanhasilrundinganTunkuke London padaOktober 1961.Rundiganiniberlansungdari 21 – 23 november1961.

Page 8: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

MATLAMAT PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLDINIA

• Menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini• membuat syor-syornya setelah menimbangkan

fikiran itu.

Page 9: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN( JAK )

• JAK ditubuhkan padaOgos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul RazakHussiensebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.

Page 10: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

TUJUAN JPPM

• Antara tujuan JPPM ditubuhkan ialah: • Memberitahu orang ramai mengenai konsep

Malaysia kepada orang ramai( Sabah, dan Sarawak ). • Mengumpulkan sambutan mereka terhadap

Malaysia.• Menyediakan memorandum mengenai cara

pembentukan Malaysia.

Page 11: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN MEMORANDUM• Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadiasasperlembagaan

Malaysia.• Kerajaan Persekutuan berkuasadalamhubunganluar,

pertahanandankeselamatan. • Islam – agama rasmitetapirakyatbebasberagama. • Bahasa Melayu – bahasakebangsaantetapibahasa lain

masihbolehdigunakan. • Hakistimewaseperti orang Melayudiberikepadarakyatpribumi Sabah

dan Sarawak.• Sabah, Sarawak berhakmengawalimigrasennyasendiri. • PerwakilanParlimenberasaskanjumlahpendudukdanjumlahluaskawasan

.

• Memorandum inidisokongolehrakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu

Page 12: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

LAPORAN MENJAMIN

• Peningkatan tarafekonomi, sosial dan politik rakyat Sabah dan Sarawak.• Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.• Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang

kekuasaan penjajah

Page 13: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

REFERENDUM SINGAPURA• Singapura turut membua tsatu pungutan suara yang dipanggil

Referendum Singapura.Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhbung penubuhan Malaysia.Secara keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujuan bukan bertujuan membenarkan rakyat singapura menolak penubuhan Malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu. Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962 . Barisan Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.

Page 14: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PENDUDUK KOLONIAL

• SEMANGAT KEBANGSAAN DAN PERJUANGAN RAKYAT MENJADI LEBIH KETARA APABILA PERJUANGAN INI DISALURKAN MELALUI PERSATUAN-PERSATUAN MEREKA SERTAI. PERJUANGAN MEREKA LEBIH BERSISTEM KERANA DISALURKAN MELALUI ORGANISASI

Page 15: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERSATUAN ATAU PERTUBUHAN DI TANAH MELAYU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA• PERSATUAN MELAYU PERAK(PMPK) DITUBUHKAN

PADA 18 SEPT 1937. DIANGGOTAI OLEH KAKITANGAN KERAJAAN IAITU WAN MOHD NUR BIN WAN NASIR DAN S.KASSIM. TUJUANNYA ADALAH UTK MELAKSANAKAN DASAR BEKERJASAMA DGN KERAJAAN BRITISH ATAS TUJUAN MENJAGA KEPENTINGAN ORG MELAYU. TARAF PENDIDIKAN DAN EKONOMI ORANG MELAYU BOLEH DIPERBAIKI

Page 16: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERSATUAN MELAYU SELANGOR DITUBUHKAN PADA JUN 1937.

• DIANGGOTAI OLEH TENGKU ISMAIL B.TENGKU MOHD YASIN,RAJA BOT B. RAJA YAHYA DAN RAJA YAACOB B.RAJA ALANG. MATLAMATNYA IALAH PERJUANGAN PERSATUAN INI BOLEH DIKATAKAN BERSIFAT SEPARUH POLITIK. PERSATUAN INI BANYAK MEMPERJUANGKAN PELUANG ORANG MELAYU UTK BERKHIDMAT DALAM SEKTOR-SEKTOR KERAJAAN, MEMPERJUANGKAN PENDIDIKAN MELAYU DAN MEMPERJUANGKAN PEMELIHARAAN KEDUDUKAN ORANG MELAYU DALAM PERSAINGAN DENGAN BANGSA PENDATANG.

Page 17: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERSATUAN MELAYU PAHANG DITUBUHKAN PADA MAC 1938.

• DIANGGOTAI OLEH TENGKU MUHAMMAD B. SULTAN AHMAD DAN DATUK HUSSEIN B. MOHD TALIB. MATLAMATNYA IALAH UTK MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.

Page 18: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN DITUBUHKAN PADA 9 SEPT 1938.

• TOKOH TOKOHNYA IALAH TENGKU MOHAMAD NASIR DAN RAJA NORDIN MOHD TAHIR. TUJUANNYA IALAH MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.

Page 19: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERSATUAN MELAYU KELANTAN DITUBUHKAN PADA 20 APRIL 1939.

• KEANGGOTAANNYA LEBIH KPD GOLONGAN ATAS DAN AHLINYA IALAH NIK MUHAMMAD SALEH OMAR, NIK YAHYA NIK DAUD DAN HJ. OTHMAN TAHIR. TUJUANNYA IALAH MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN ORG MELAYU DAN MENYELESAIKAN MASALAH MEREKA.

Page 20: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

KONGRES MELAYU SELURUH TANAH MELAYU 1939 DAN 1940.

• KEANGGOTAANNYA IALAH GABUNGAN PERSATUAN-PERSATUAN MELAYU SELURUH TANAH MELAYU. TUJUANNYA IALAH MEMBINCANGKAN PERKARA-PERKARA SEPERTI UTK MMAJUKAN PERSATUAN-PERSATUAN YG TERBABIT ITU SENDIRI, MEMBELA NASIB NEGERI-NEGERI MELAYU, MEMPERJUANGKAN PELUANG ORG MELAYU DLM PERKHIDMATAN AWAM DAN MEMPERJUANGKAN

Page 21: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

KESATUAN MELAYU MUDA(KMM) DITUBUHKAN PADA 1938.

• DIANGGOI OLEH GOLONGAN BERPENDIDIKAN MELAYU YANG BERIDEOLOGI RADIKAL IAITU IBRAHIM HAJI YAAKOB, ISHAK HAJI MUHAMMAD, ABDUL KARIM RASHID DAN ISA MOHAMMAD AHMAD BOESTAMAM. TUJUANNYA IALAH MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU DAN MEWUJUDKAN MELAYU RAYA(INDONESIA RAYA) DAN MELAKSANAKAN DASAR ANTI-BRITISH.PARTI-PARTI LAIN YANG BOLEH DIANGGAP SEIRINGAN PERJUANGAN DENGAN KMM, PKMM,AWAS DAN PETA.

Page 22: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PARTI KOMUNIS MALAYA(PKM) DITUBUHKAN PADA APRIL 1930.

• DIANGGOTAI OLEH SEBAHAGIAN BESARNYA ADALAH ORANG CINA. BERMATLAMAT MENUBUHKAN SEBUAH REPUBLIK YANG BERFAHAMAN KOMUNIS DENGAN MENGGULINGKAN KERAJAAN BRITISH.TENTERA ANTI-JEPUN PENDUDUK TANAH MELAYU (MPAJA) TELAH DITUBUHKAN TETAPI BEKERJASAMA DENGAN BRITISH. KEMUDIAN MEMERINTAH TANAH MELAYU SELAMA DUA MINGGU SELEPAS JEPUN BERUNDUR. NAMUN KEMBALINYA BRITISH, PKM BERANSUR-ANSUR HILANG SOKONGAN.

Page 23: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

KESATUAN MALAYA (MALAYAN UNION)

• British kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu ekoran kekalahan dalam Perang Dunia Kedua. Satusistem pentadbiran baharu yang dikenali sebagai Kesatuan Malaya atau Malayan Union.• Sistem itu telah diluluskan olehParlimen British

pada 10 Oktober1945. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan daripada 9 orang raja – rajaMelayu dan telah diluluskansecara rasmi pada bulan Januari1946.

Page 24: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

TUJUAN BRITISH MEMPERKENALKAN MALAYAN UNION

• a)Perasan anti-Melayu - orangMelayu bekerjasama denganJepun sebelum ini. PenubuhanMalayan Union , British dapatmengurangkan dan mengawalkuasa orang Melayu.• b)Percubaan British ke arahpemerintahan sendiri

olehmasyarakat tempatan tetapimengikut ciri politik British

Page 25: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

SYARAT-SYARAT UTAMA MALAYAN UNION

• a)Semua negeri Melayu disatukandibawah pemerintahanGabenor British dan merekadibantu oleh MajlisMesyuarat Persekutuan danMajlis UndanganPersekutuan.

• b)Singapura dikeluarkan daripadapersekutuan dan dijadikanTanah Jajahan MahkotaBritish di bawah GabenorBritish yang berasingan

• c)Kedaulatan raja-raja Melayudihapuskan. Sultan hanyasebagai satu gelaran danmereka hanya boleh bersuaradalam hal-hal mengenaitentang agama Islam danAdat resam Melayu.

• d)Hak kerakyatan yang sama bagisemua orang tanpamengambil kira bangsa danketurunan. Prinsip jus solidipraktikkan dalam soalkewarganegaraan.

• e)Seorang Pesuruhjaya Negeridilantik di setiap negerisebagai ketua pentadbirdengan dibantu oleh MajlisMesyuarat Negeri yanganggotanya terdiri daripadapegawai-pegawai British.

Page 26: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION

• Malayan Union mendapattentangan yang hebat,terutamanya daripadaorang Melayu. Keranabeberapa perkara, Iaitu :

• a)Kehilangan kedaulatan raja-Pada masyarakat Melayu, raja atau sultanmerupakan lambangkuasa dan kedaulatanorang Melayu.

• b)Pemberian kerakyatansecara jus soli –mengurangkan majoritiorang Melayu.Kedudukan ekonomi danpolitik turut terjejas.Fenomena ini akan turutmenjejaskan hakkeistimewaan orangMelayu terancam.

• c)Malayan Union digubaltanpa mendapatkanpandangan daripadaorang Melayu.

• d)Kaedah Harold Mac Michael mendapatkantandatangan raja-rajaMelayu dan beliau tidakdisukai oleh raja-rajaMelayu keranamenggunakan kekerasandan paksaan supayasemua sultan menerimapelaksanaan Malayan Union.

Page 27: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU(UMNO)

• Pertubuhan KebangsaanMelayu Bersatu(UMNO) ditubuhkansecara rasmi, iaitupada 11 Mei 1946berserta perlantikanDato’ Onn Jaafarsebagai Presiden.Tokoh- tokoh wanitaturut munculmempamerkanbantahan mereka.

• Malayan Union jugamenghadapitentangan daripadasebahagian kecilpertubuhan Malayan Union Democratic Union(MDU).Bantahan berlakukerana mereka berasatidak mendapat apa-apa kelebihan yangistimewa daripadaMalayan Union.

• Walaupun banyaktentangan, Malayan Union tetapdilancarkan olehBritish. Pada 1 April 1946, Malayan Uniondirasmikan dengan Siredward Gent sebagaigabenor pertama.

• Sir Edward Gentterpaksa membuatrundingan denganraja0raja Melayudan Dato’ OnnJaafar. MlayanUnion dibatalkandan diganti denganpemerintahan baruyang dikenalisebagaiPersekutuan TanahMelayu.

• Akhirnya, kegagalanMalayan Unionboleh dilihatberpunca daripadafaktor tentanganyang hebatdaripada orangMelayu dankebangkitansemangatnasionalisme orangMelayu.

Page 28: SEJARAH PERJUANGAN DAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

KESIMPULAN• Pembentukan Persekutuan Malaysia telah menunjukkan pandangan jauh

Tunku Abdul Rahman iaitu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu . Jadi tidak hairanlah beliau telahdigelar sebagai“ Bapa Kemerdekaan Malaysia ’’ . Hal ini kerana kejayaannya memerdekaan bukan sahaja persekutuaan Tanah Melayu tetapij uga Sarawak , Sabah dan Singapura . Semanga tkerjasama ,setiakawan dan sikap toleransi antara pemimpindengan rakyat pula telah membawa kepada satu penggabunggan Persekutuan Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak dalam sebuah Pembentukan Malaysia . Inilah satu keunikan dan kebanggaan negara kita yang perlu dipelihara dan dipertahankan agar semangat penubuhan Persekutuan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan politik ,kemakmuran ekonomi dan kejasama dalam sosial akan terus berkekalan sampai bila – bila . Selain itu ,Tunku Abdul Rahman sekarang ini masih diingati oleh semuarakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan yang cemerlang bagi seluruh rakyat Malaysia kerana telah berjaya memerdekakan Tanah Melayu ini daripada penjajah asing . Pembentukan Malaysia ini telah melahirkan sebuah negara yang disegani dan disanjungi oleh negara lain iaitu Negara Malaysia .