3

Click here to load reader

Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?

  • Upload
    sskmssu

  • View
    312

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?

sabahsarawakmerdeka.com http://www.sabahsarawakmerdeka.com/2015/04/siapakah-doris-jones-dan-apakah-arah.html

Siapakah Doris Jones dan apakah arah tuju perjuangannya?

Disini, pihak SSKM-SSU(UK) ingin berkongsikan satu artikel yang pentingkepada anda semua, Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawakagar anda semua mampu mengenali beliau dengan lebih dekat dan padamasa yang sama anda akan mempunyai keyakinan yang lebih kepadakemampuannya dalam membawa suara Borneo ini kepada perhatianantarabangsa.

Doris Jones merupakan anak kelahiran Negara Sabah dan mempunyaicampuran KadazanDusun dan Cina. Dalam erti kata lain, beliau adalah Sino-KadazanDusun. Beliau mempunyai sijil kelahiran anak Negeri (Negara)Sabah.

Media massa yang dikuasai oleh malaya sebelum ini telah membuat tuduhan palsu setelah mendapat kenyataanrasmi daripada pihak pesuruhjaya polis negeri (Negara) Sabah, ketua polis persekutuan malaysia (malaya),menteri dalam negeri iaitu zahid hamidi dan beberapa pemimpin-pemimpin tempatan yang pro malaya ataudalam erti kata lain barua malaya seperi madius tangau, wan junaidi, rahman dahlan dan gerombolan mereka.Tuduhan palsu yang mendakwa bahawa beliau (Doris Jones) telah lari ke UK adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana, beliau sudah berada di UK dan bekerja hampir 20 tahun. Jadi, dimanakah logik yang mendakwabeliau lari ke UK? Pengajaran yang boleh diperolehi daripada dakwaan mereka ialah walaupun mereka yangmengeluarkan kenyataan itu daripada pihak polis yang berpangkat tinggi mahupun menteri, ia tidak semestinyabenar kerana setiap kata-kata mereka penuh dengan penipuan yang mempunyai niat untuk "menghasut" orangramai agar mempercayai kata-kata mereka untuk sesuatu perkara. Dalam hal ini, niat mereka adalah untukmenghasut, menaburkan kebencian dengan mencalarkan imej perjuangan Doris Jones kononnya telah takut danmelarikan diri.

Seperti yang telah dimaklumkan kepada umum melalui kenyataan rasmi pihak SSKM-SSU(UK), Doris Jonestelah meminta kerajaan menyamar ini untuk datang ke UK dan menyaman beliau jikalau apa yang diperkatakanolehnya itu tidak benar. Sebarang pendakwaan terhadap beliau mestilah dilakukan di UK kerana perjuanganbeliau digerakkan oleh NGO Sabah Sarawak Union-UK (SSU-UK) yang telah berdaftar dibawah bidang kuasaPerundangan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland .

Kerajaan persekutuan tanah melayu yang telah menyamar menjadi kerajaan persekutuan malaysia ini telahmembuat pendakwaan terhadap perjuangan ini atas nama SSKM. Mereka mendakwa bahawa SSKM telahmemungut petisyen di tamu dan sebagainya. Disini, pihak kami ingin tegaskan bahawa sebarang pendakwaanterhadap SSKM adalah tidak sah kerana pihak kerajaan tidak mempunyai locus standi untuk mendakwakumpulan sosial yang hanya beroperasi didalam Facebook. Kumpulan Facebook SSKM juga tidak berdaftardengan pertubuhan pendaftar NGO iaitu ROS. Atas sebab itulah sehingga sekarang, pendakwaan tidak mampudikenakan terhadap para sukarelawan SSKM. Mereka hanya mampu mengenakan dibawah akta hasutan namunmasih belum mampu membuat penangkapan yang boleh mengakibatkan penjara.

Sebarang pendakwaan, untuk lebih berkesan, ia perlulah didakwa atas nama Sabah Sarawak Union-UK (SSU-UK). Ini kerana, pungutan tandatangan dan segala pergerakkan aktiviti sosial bagi tujuan penyebaran kesedaransejarah dan hak ini telah dilakukan diatas nama SSU-UK. Maka, pihak kerajaan menyamar ini mestilahmengemukakan pendakawaan mereka di UK kerana ia melibatkan Kerajaan British secara langsung keranaNGO ini telah didaftarkan dibawah bidang kuasa Kerajaan British. Pihak kerajaan menyamar ini perlumengemukakan bukti bahawa SSU-UK ini telah membuat kesalahan jenayah yang boleh mengakibatkanpenangkapan dan pemenjaraan kepada pemimpinnya. Sehinggalah perkara ini dilakukan, maka sebarang

Page 2: Siapakah Doris Jones dan Apakah Arah Tuju Perjuangannya?

penangkapan dan pendakawaan terhadap para sukarelawaan perjuangan ini atas nama SSKM adalah tidak sahdisisi undang-undang mahupun perlembagaan.Selain menjadi pemimpin dalam NGO Sabah Sarawak Union - UK (SSU-UK), DorisJones juga sebenarnya adalah seorang ahli Politik di UK. Parti politik yang disertainyaialah National Liberal Party (NLP) yang menyokong gerakan Kemerdekaandiperingkat antarabangsa termasuk Sabah dan Sarawak. Parti politik ini masih barunamun telah mencatat rekod prestasi yang memberangsangkan keranapencapaiannya adalah diluar jangkaan walaupun baru hampir dua tahun ditubuhkan.NLP telah mewujudkan NGO sendiri dengan nama Nations without States (NwS)yang telah berjuang untuk membawa suara-suara antarabangsa yang inginkanKemerdekaan bagi negara mereka. Dan untuk pengetahuan anda, SSU-UKmempunyai jalinan kerjasama yang utuh dengan NGO NwS secara langsung.

Beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi didalam parti NationalLiberal Party (NLP) dan untuk NGO NwS adalah sebagai ahli Committee. NLP telahmelakar sejarah pertama dengan menyertai Pilihanraya Parlimen Eropah pada tahun2013 dan telah memenangi satu kerusi. Beliau juga adalah antara calon yang turutbertanding dibawah parti NLP. Kini, untuk pilihanraya UK, mereka telahmemperuntukkan dua kerusi untuk bertanding.

Dalam perkongsian artikel ini, ia adalah untuk memberitahu anda bahawa usaha yangtelah dilakukan oleh beliau adalah sesuatu yang luar biasa. Apabila pihak kami mendakwa bahawa suaramenuntut Kemerdekaan ini telah didedahkan kepada masyarakat antarabangsa, ia sememangnya benar. Pada10 tahun lalu, sebuah parti politik UK semasa diperingkat awal selepas penubuhannya iaitu United KingdomIndependence Party (UKIP) hanya mampu meraih lebih kurang 4 ribu lebih undi sahaja ketika bertanding padapilihanraya parlimen Eropah tetapi National Liberal Party (NLP) yang baru sahaja 2 tahun usianya ditubuhkantelah mampu meraih undi hampir 7 ribu. Kini, UKIP merupakan salah satu parti politik yang berpengaruh di UK.Dalam erti kata lain, NLP juga perlukan masa untuk mempromosikan dasar perjuangannya untuk beberapa tahundari sekarang untuk muncul sebagai salah satu parti politik yang berpengaruh di UK.

NLP merupakan parti politik yang akan membawa suara-suara Kemerdekaan antarabangsa dan menyokongKemerdekaan kepada mana-mana bangsa yang inginkan Kemerdekaan pada tanah airnya. Dalam konteks ini,NLP secara langsung menyokong tuntutan Kemerdekaan Negara Sabah dan Negara Sarawak.

Kini, adakah anda sudah faham arah perjuangan SSKM-SSU(UK)?

Sementara menunggu waktu itu tiba, pihak kami akan mengumpul tandatangan diseluruh Negara Sabah danNegara Sarawak sebagai bukti yang menyatakan bahawa rakyat Bangsa Borneo daripada Negara Sabah danNegara Sarawak dengan JELAS dan SERIUS mahukan Kemerdekaan SEBENAR dan bebas daripada ikatanhubungan politik dengan malaya didalam persekutuan malaysia ini.

Saatnya telah tiba untuk Bangsa Borneo untuk benar-benar menuntut HAK MUTLAKNYA dan membelabangsanya sendiri dengan kepimpinan Generasi Muda yang terdiri daripada golongan Nasionalis sejati Borneo.

Jikalau anda sudah faham akan arah perjuangan SSKM-SSU(UK) dan yakin dengan kemampuan pihak kami, silasebarkan mesej ini kepada rakan-rakan anda, masyarakat setempat anda dan orang ramai agar mereka jugamampu memahami arah perjuangan ini dan seterusnya memberikan sokongan penuh tanpa berbelah bahagi.

Jikalau ada pihak mengatakan bahawa SSKM-SSU(UK) telah menggunakan pengaruh luar untuk perjuangan ini,katakan kepada mereka bahawa terjadinya persekutuan malaysia ini juga adalah daripada bantuan pengaruhluar iaitu daripada tuan penjajah, British. Dan untuk makluman anda juga, Negara Sabah dan Negara Sarawaksememangnya adalah dibawah tanggungjawab British kerana Negara ini dahulunya merupakan bekas wilayahjajahan British dan rakyat di wilayah ini suatu ketika dahulu merupakan rakyat British. Perjanjian malaysia adalahdibawah saksi dan persetujuan British. Demikian juga apabila ia melibatkan kepada tuntutan Kemerdekaan, ia