Upload
labuan-international-school
View
111
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
TAKLIMAT PERPUSTAKAAN DATU PADUKA MAT SALLEH (PDPMS)
TARIKH: 14 FEBRUARI 2015
SELAMAT DATANG KE UiTM SABAH
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN (PDPMS)
PERKHIDMATAN PEMINJAMAN BUKU
Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman buku. Peminjaman buku boleh dibuat di kaunter perkhidmatan pelanggan
perpustakaan. Pelanggan hendaklah menggunakan kad pelajar UiTM masing-masing
semasa melakukan transaksi pinjaman tersebut. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku-buku yang
dipinjam. Buku yang dipinjam oleh pelanggan mesti dikembalikan mengikut
tarikh pemulangan yang telah ditetapkan. Pelanggan perlu membuat laporan segera di perpustakaan jika buku
hilang atau rosak. Kecuaian berbuat demikian boleh menyebabkan denda lewat pemulangan buku dikenakan.
PERKHIDMATAN PEMULANGAN BUKU
Pemulangan buku boleh dibuat di kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Buku yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah
ditetapkan. Denda sebanyak RM0.20 sehari akan dikenakan kepada pelanggan (kategori pelajar) yang lewat memulangkan buku.
Pelanggan hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah di batalkan sebelum meninggalkan kaunter Perkhidmatan Pelanggan.
Email peringatan akan dikeluarkan tiga hari (3 hari) sebelum tarikh pemulangan bagi membolehkan pelanggan membuat pembaharuan atau memulangkan bahan pinjaman.
Pihak perpustakaan berhak untuk menahan perkhidmatan pinjaman dan lain-lain perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya bahan masih belum dipulangkan selepas notis peringatan dikeluarkan.
Pihak perpustakaan mempunyai hak untuk memanggil balik (recall item) bahan yang dipinjam dari pelanggan jika memerlukan bahan tersebut.
Denda lewat pemulangan bahan yang hilang juga akan dikenakan dan akan dikira dari tarikh bahan itu sepatutnya dipulangkan sehingga bahan tersebut dilaporkan hilang oleh pelanggan.
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN (PDPMS)
KADAR KELAYAKAN DAN TEMPOH PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN
Orientasi Perpustakaan (Taklimat dan Pandu Arah) Kelas Kemahiran Maklumat (Strategi Pencarian
Maklumat)Sudut ICT (35 buah komputer disediakan beserta
“Internet”Perkhidmatan Wi-FiPerkhidmatan “Photocopy” dan “Printing”
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN (PDPMS)
KEMUDAHAN RUANG DAN BILIK
Makmal Kemahiran Maklumat , Aras Bawah : 50 komputer
Bilik Perbincangan 1, Aras 1 : 8 orangBilik Perbincangan 2, Aras 1 : 12 orangBilik Perbincangan 3, Aras 2 : 8 orangBilik Tayangan, Aras 3 : 120 orang
PERKHIDMATAN PEMBAHARUAN BUKU
Pembaharuan tarikh pinjaman (renewal) boleh dibuat melalui kaunter Perkhidmatan Pelanggan Perpustakaan atau secara atas talian mengikut tempoh kelayakan yang dibenarkan.
Pembaharuan buku ini hanya dibenarkan tiga kali sahaja bagi pengguna (pelajar) perpustakaan.
Pembaharuan buku tidak dibenarkan sekiranya buku telah ditempah (reserved) oleh pelanggan lain.
Perkhidmatan ini tidak dibenarkan sekiranya denda lewat pemulangan buku tersebut belum dijelaskan atau buku yang telah melebihi tempoh pinjaman (overdue) belum dipulangkan ke perpustakaan.
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN (PDPMS)
PERPUSTAKAAN DATUK PADUKA MAT SALLEHKAEDAH MEMBAHARUI BAHAN MELALUI ATAS TALIAN (ONLINE)• Pembaharuan dalam talian adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh
perpustakaan untuk setiap pengguna. Pelanggan boleh memperbaharui buku dalam talian menggunakan WebOPAC. Untuk mengelakkan sebarang denda, pembaharuan mesti dilakukan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan.
(Langkah 1) Taip: http://lib.sabah.uitm.edu.my atau http://lib.sabah.uitm.edu.my/webopac20/MyResearch/UserLogin(Langkah 2) Klik Login
(Langkah 3) Masukkan No Staf/ No Pelajar. Contoh : Staf (00123457), Pelajar (2011221547)(Langkah 4) Masukkan No. Kad Pengenalan (Tanpa“-“) Contoh : Staf/Pelajar (771201125887)
(Step 5) Klik Renewal
KAEDAH MEMBAHARUI BAHAN MELALUI ATAS TALIAN (ONLINE)
(Langkah 3) Masukkan No Staf/ No Pelajar. Contoh : Staf (00123457), Pelajar (2011221547)(Langkah 4) Masukkan No. Kad Pengenalan (Tanpa“-“) Contoh : Staf/Pelajar (771201125887)
(Langkah 8) Tarikh akhir pemulangan buku sebelum diperbaharui
(Langkah 9) Senarai buku dalam pinjaman
(Langkah 10) Klik pada kotak kecil bagi buku yang hendak diperbaharui pinjaman(Langkah 11) Klik butang Renew
KAEDAH MEMBAHARUI BAHAN MELALUI ATAS TALIAN (ONLINE)
(Langkah 13) Sistem akan memaparkan status bahan yang telah di perbaharui
(Langkah 12) Tarikh akhir pemulangan yang baharu selepas bahan di perbaharui
(Langkah 14) Klik butang Home
KAEDAH MEMBAHARUI BAHAN MELALUI ATAS TALIAN (ONLINE)
(Langkah 18) Klik butang Log Out
PERHATIAN!
Pembaharuan bahan tidak boleh dilakukan jika: Bahan telah lewat. Bahan telah ditempah
oleh pengguna lain.
KAEDAH MEMBAHARUI BAHAN MELALUI ATAS TALIAN (ONLINE)
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Perkhidmatan ini adalah kemudahan dimana pengguna boleh membuat pinjaman bahan dari perpustakaan lain.
Ini boleh dibuat dengan mengisi borang pinjaman bahan dan diserahkan kepada pihak perpustakaan. Pinjaman bahan akan dibuat sejurus borang pinjaman diterima. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma melainkan bahan yang memerlukan salinan fotostat dari Perpustakaan lain.
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN (PDPMS)
WEBOPAC 2.0Laman Utama WebOPAC 2.0
WebOPAC 2.0
Akronim : Online Public Access Catalogue
Pangkalan data yang digunakan untuk mencari bahan bacaan.
WEBOPAC 2.0
Buku bacaan boleh di khususkan
KAEDAH 1
E-book adalah singkatan dari Electronic Book atau buku elektronik. E-book tidak lain adalah sebuah bentuk buku yang dapat dibuka secara elektronik melalui komputer.
PDPMS mempunyai koleksi buku digital hampir 21k.
AKSES E-BOOKS MENGGUNAKAN WEBOPAC 2.0
Taipkan judul bahan
AKSES E-BOOKS MENGGUNAKAN WEBOPAC 2.0
Klik Google Preview – eBook dari Enjin Carian Google (preview)
Klik Get full text (eBook) – langganan UiTM (save, print)
KAEDAH 2
AKSES E-BOOKS MENGGUNAKAN e-Book Repository
Klik eBook Repository
AKSES E-BOOKS MENGGUNAKAN e-Book Repository
Bilangan koleksi eBook
Klik Google Preview – eBook dari Enjin Carian Google (preview)
Klik Get full text (eBook) – langganan UiTM (save, print)
EBOOK LANGGANAN UiTM
Klik View eBook
EBOOK LANGGANAN UiTM
Paparan teks penuh dalam PDF
Pengguna boleh menyimpan eBook dalam PDF format
ENJIN CARIAN GOOGLE (GOOGLE PREVIEW)
Paparan teks penuh dalam PDF koleksi Google Books
Tidak boleh save dalam format PDF, hanya untuk preview sahaja
AKSES NEW ITEM DALAM WEBOPAC 2.0
Klik New Items
Pilih Range
AKSES NEW ITEM DALAM WEBOPAC 2.0
Paparan New Item
Jumlah New Item
Pecahan Lokasi
Jenis Bahan
AKSES NEW ITEM DALAM WEBOPAC 2.0
UiTM LIBRARY EZACCESS
(Langkah 1) Taip http://ezaccess.library.uitm.edu.my/login (Langkah 2) Masukkan No Staf/ No Pelajar. Contoh : Staf (00123457), Pelajar (2011221547)(Langkah 3) Masukkan No. Kad Pengenalan (Tanpa“-“) Contoh : Staf/Pelajar (771201125887)
UiTM LIBRARY EZACCESS
Bagi pelajar yang berada di luar kampus, pihak perpustakaan UiTM menyediakan perkhidmatan EZAccess dalam membantu pencarian bahan-bahan bacaan serta rujukan.
SUMMON 2.0
Pihak perpustakaan UiTM juga menyediakan perkhidmatan Summon 2.0 di mana pelajar boleh mencari sesuatu bahan itu dengan pantas dan mudah.
Summon 2.0 akan mempamerkan semua pencarian di dalam semua pangkalan data.
SUMMON 2.0
Pelajar boleh “Refine Search”, Select “Content Type”, Select range “Publication Date”, Select “Related Topics” dan dimaklumkan juga pangkalan data yang sesuai bagi subjek tersebut.
KAUNTER PELANGGAN (hal-hal yang berkaitan pemulangan, peminjaman, pembaharuan bahan-bahan bacaan) – 088513604, 0885133616
KAUNTER ICT (hal-hal yang berkaitan photocopy, printing, internet and Wi-Fi) – 088513609
KAUNTER PERKHIDMATAN MAKLUMAT (hal-hal yang berkaitan kelas kemahiran maklumat, pencarian maklumat di WebOPAC 2.0) -088513601
HUBUNGI KAMI