91
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kemahiran menulis merupakan satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kemahiran menulis adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas lain seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 4 (2003), kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Penekanan yang perlu diberikan dalam kemahiran menulis ialah penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1997: 2), menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri. Isahak Haron (1978) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Ke Arah Pembinaan Satu Conseptual Framework 1

Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran menulis merupakan satu daripada empat kemahiran bahasa yang

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kemahiran menulis adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas lain

seperti kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca.

Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR) Tahun 4 (2003), kemahiran menulis merujuk kepada

keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui

pelbagai jenis penulisan yang berkaitan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Penekanan yang perlu diberikan dalam kemahiran menulis ialah penggunaan

ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang

jelas, cantik dan kemas.

Menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1997: 2),

menulis merupakan satu proses merakam atau menghasilkan bahan yang

berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulisan

untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

Isahak Haron (1978) dalam kertas kerjanya yang bertajuk Ke Arah

Pembinaan Satu “Conseptual Framework” dalam Menulis dan Mengarang

dalam Pengajaran di Sekolah menyatakan kemahiran menulis dan mengarang

1

Page 2: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

merupakan sebahagian daripada kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap

murid dan kegiatan latih tubi dalam bilik darjah perlulah menekankan aktiviti-

aktiviti menulis dan mengarang sebagai kaedah menyampaikan maklumat,

idea, perasaan dan pendapat.

Don Bryne (1979) pula menyatakan bahawa “ When we write, we use

graphic symbol, that is letter or combination of letter which relate to the

sounds we make when we speak”.

Kenyataan di atas bermaksud menulis ialah satu aktiviti yang

melibatkan penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan

dengan lambang bunyi sewaktu kita bercakap ke dalam bentuk simbol grafik.

Kemahiran menulis sememangnya merupakan kemahiran yang penting

dan perlu dikuasai oleh murid. Ini dibuktikan melalui objektif kemahiran

menulis dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR iaitu :

“Membolehkan murid-murid menulis karangan yang

tepat dengan maksud dan tajuk serta mampu

mengisi borang-borang yang sesuai untuk

keperluan harian”

(Kementerian Pelajaran Malaysia : 2003)

2

Page 3: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Penekanan terhadap penguasaan aspek kemahiran menulis seperti yang

diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

bagaimanapun tidak menjamin murid benar-benar menguasai aspek penulisan

bahasa Melayu. Ini kerana menurut Mohd. Nashuha Jamidin (1995),

penguasaan murid-murid dalam penulisan sebenarnya dipengaruhi oleh cara

bagaimana mereka berfikir.

Oleh yang demikian, kelemahan penguasaan kemahiran menulis

karangan secara khususnya dalam kalangan murid perlu ditangani segera demi

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan

warganegara yang berkualiti demi memenuhi aspirasi negara menjelang tahun

2020.

Penguasaan terhadap kemahiran menulis sama ada dalam bentuk

penulisan karangan atau bukan karangan adalah amat perlu bukan sahaja

dalam aspek pembelajaran bahasa malahan dalam mata pelajaran lain juga.

Menjadi tanggungjawab seorang guru untuk memastikan murid dapat

menguasai kemahiran menulis dengan baik. Kepentingan untuk menguasai

kemahiran menulis karangan terutamanya surat kiriman tidak rasmi (SKTR)

adalah bertepatan dengan perkara yang terdapat dalam Huraian Hasil

Pembelajaran 8.6 Aras 1 (ii) iaitu menulis sebuah karangan yang lengkap

3

Page 4: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

bersesuaian dengan format. Sememangnya, aras 1 merupakan tahap yang perlu

dicapai oleh semua murid sebelum beralih ke aras yang lebih tinggi. Oleh itu,

kepentingan menguasai kemahiran menulis terutamanya karangan surat

kiriman tidak rasmi tidak seharusnya dipandang mudah dan sepi.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan

penguasaan murid dalam karangan SKTR dengan menggunakan formula

ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model. Formula ASIDIBAMBI ini

merupakan formula yang terbentuk hasil daripada singkatan perkataan apa,

siapa, di mana, bagaimana, mengapa dan bila. Formula ini dibentuk untuk

membantu murid mengingat format dan pada masa yang sama dapat

membantu murid membina karangan dengan baik dari aspek bahasa.

Pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dalam penulisan SKTR dapat dilihat

dengan merujuk lampiran K.

Rajah 1 : Pecahan akronim ASIDIBAMBI

4

IASIDIBAMBI

ApaSiapa

Di mana

Bila

Mengapa

Bagaimana

Page 5: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Objektif kajian ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan

khusus. Objektif umum kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan

tahap penguasaan kemahiran menulis karangan surat kiriman tidak rasmi

dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan Bahagian B. Terdapat dua

objektif khusus kajian iaitu pertama, murid dapat mengingati format penulisan

karangan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI.

Objektif kedua ialah meningkatkan prestasi murid dalam penulisan

karangan surat kiriman tidak rasmi bahasa Melayu dengan menggunakan

formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model.

Terdapat dua persoalan kajian yang dikemukakan iaitu dapatkah

penggunaan formula ASIDIBAMBI membantu murid mengingati dan menulis

surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang betul? Dan

dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak

rasmi membantu murid meningkatkan pencapaian dalam karangan surat

kiriman tidak rasmi?

Persoalan kajian ini menjadi panduan kepada saya untuk melihat

sejauh mana keberkesanan strategi dan kaedah yang digunakan mampu

meningkatkan tahap pencapaian murid dalam penulisan surat kiriman tidak

rasmi.

5

Page 6: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Saya telah memulakan sesi praktikum Fasa 3 selama tiga bulan

bermula pada tanggal 30 Januari 2012 yang lalu di sebuah sekolah yang

terletak di daerah Hulu Selangor, Selangor. Saya telah diberikan

tanggungjawab dan amanah untuk mengajar di kelas Tahun 4 Pintar. Hanya

terdapat sebuah kelas sahaja bagi setiap tahun mengikut tahap di sekolah ini.

Ini berikutan bilangan murid di sekolah ini yang sedikit iaitu seramai 206

orang murid sahaja.

Pada minggu pertama tiada masalah mahupun halangan dikenal pasti

berikutan saya masih belum memulakan interaksi dan melaksanakan sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebaliknya, saya cuma

melaksanakan pemantauan dan pemerhatian terhadap tingkah laku bermasalah

dan hasil kerja murid sewaktu mengikuti sesi pengajaran guru pembimbing.

Selama seminggu sesi tinjauan dan pemerhatian dijalankan, saya cuba

mendapatkan maklumat daripada guru pembimbing berkaitan pencapaian

murid dalam ujian dan latihan yang dijalankan.

6

Page 7: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan analisis dokumen pencapaian murid dalam Ujian Bulan

Mac, terdapat 7 orang murid yang mendapat gred E, 13 orang mendapat gred

D manakala 5 orang murid mendapat gred C dalam Bahasa Melayu penulisan.

Perkara ini menunjukkan 28 % murid dalam kategori gagal manakala 72 %

dalam kategori lemah.

Semasa sesi pengajaran berlangsung, apabila saya memberikan latihan

karangan, seringkali murid-murid merungut ish ish.. susahnya cikgu,

bagaimana nak buat.? Saya tak tahulah cikgu.. Acap kali ungkapan-

ungkapan sebegini saya dengari sewaktu menjalankan sesi pengajaran dalam

kelas terutama ketika saya memberikan latihan menulis karangan surat

kiriman tidak rasmi. Murid-murid kelihatan termenung dan ada juga yang

menggaru-garu kepala sebagai tanda tidak faham.

Hasil analisis daripada latihan yang diberikan mendapati seramai 15

orang murid mendapat markah minimum dan 10 orang murid dengan markah

memuaskan. Hasil analisis ini membuktikan kepada pengkaji bahawa murid-

murid masih lagi tidak menguasai kemahiran menulis SKTR dengan baik.

Frasa tidak menguasai mengikut konteks saya sebagai pengkaji adalah murid

tidak dapat menulis SKTR dengan format yang betul, penggunaan kosa kata

yang tepat, aspek kesantunan bahasa dalam penulisan dan penggunaan kata

sapaan mahupun penghadap dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi.

7

Page 8: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Seterusnya saya meneruskan tinjauan masalah dengan melaksanakan

sesi temu bual dan soal selidik terhadap murid. Borang soal selidik ini

diedarkan kepada murid untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan murid

terhadap format surat kiriman tidak rasmi.

Kesimpulan yang dapat saya buat berdasarkan tinjauan awal ini ialah

murid-murid kelas Tahun 4 Pintar tidak dapat menulis karangan surat kiriman

tidak rasmi dengan betul disebabkan tidak mengetahui format dan tidak dapat

menghuraikan maklumat dengan baik berdasarkan kehendak soalan di

samping lemah dalam penggunaan aspek bahasa.

8

Page 9: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan merupakan satu bidang yang penting dan merupakan

tunjang kemajuan sesebuah negara. Pendidikan yang diterapkan di Malaysia

menekankan perkembangan pembentukan individu secara menyeluruh.

Perkara ini dijelaskan dalam petikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menyatakan bahawa :

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah

mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari

segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.”

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab seorang guru

untuk meningkatkan perkembangan potensi murid secara menyeluruh. Hal ini

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru berikut :

9

Page 10: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan

kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan

memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,

progresif dan berdisiplin.”

Tanggungjawab yang akan dijalankan oleh seseorang guru selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran ialah membuat refleksi. Masalah yang dikenal

pasti berdasarkan refleksi akan diselesaikan dengan menggunakan kaedah

yang sesuai. Proses ini merupakan proses penyelidikan tindakan. Penyelidikan

tindakan merupakan satu wadah transformasi yang perlu dipraktikkan dan

diamalkan oleh semua pendidik untuk meningkatkan mutu profesionalisme

sebagai seorang guru.

Nilai pendidikan yang menjadi pegangan saya adalah untuk

meningkatkan potensi individu secara menyeluruh. Hal ini selaras dengan

matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah memperkembang potensi

individu secara menyeluruh. Perkara ini jelas membuktikan kepentingan

tanggungjawab seorang guru untuk menjalankan penyelidikan tindakan bagi

mengenal pasti masalah dan mengapilkasikan kaedah atau cara baharu yang

dikenal pasti untuk membantu meningkatkan potensi individu secara

menyeluruh.

10

Page 11: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Selain itu, tindakan yang diambil oleh seorang guru untuk

mengaplikasikan cara atau teknik baharu dapat membantu meningkatkan

potensi murid selari dengan masalah yang dihadapi. Pemilihan strategi, kaedah

dan pemilihan bahan yang tepat dan sesuai dapat membantu menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh murid seterusnya dapat meningkatkan prestasi

dalam sesuatu tajuk atau masalah. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan berformat surat

kiriman tidak rasmi ialah dengan mengaplikasikan formula ASIDIBAMBI dan

latih tubi model.

Menurut F.L Thorndike (1874-1949, seperti yang dinyatakan oleh Ee

Ah Meng, 2003), pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah

kukuh jika latihan dilakukan. Pembelajaran hendaklah disusuli dengan latihan

dan ulangan. Hukum latihan Thorndike menegaskan bahawa semakin kerap

sesuatu ransangan dan gerak balas diulangi, semakin kuat pertalian yang

wujud antara ransangan dan gerka balas. Perkara ini menyokong

pengaplikasian latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan.

Kemahiran menulis dapat dikuasai melalui peniruan dengan

menggunakan bahan sebagai model. Hal ini berdasarkan pendapat Steve

Krashen dan Frank Smith (1981-1983, seperti dinyatakan oleh Kamarudin Hj.

Husin et al, 1997) yang mengaskan kepentingan model dalam pengajaran

11

Page 12: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

kemahiran menulis. Model surat kiriman tidak rasmi yang digunakan

bertujuan untuk melatih murid menulis surat kiriman tidak rasmi dengan

menggunakan format yang betul. Model karangan surat kiriman tidak rasmi

yang dipilih bersesuaian dengan format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR)

Kesimpulannya, nilai pendidikan yang menjadi pegangan adalah untuk

meningkatkan potensi individu secara menyeluruh bertepatan dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan disokong dengan pemilihan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai iaitu pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan

latih tubi model surat kiriman tidak rasmi.

12

Page 13: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Bahagian ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu isu kajian dan

tinjauan literatur. Bahagian isu kajian ini melibatkan bahagian tinjauan

masalah dan analisis masalah manakala tinjauan literatur ditulis berkaitan isu

kajian.

2.1 Isu Kajian

Bahagian ini menerangkan cara mengenal pasti masalah dan cara

pengumpulan data sebelum dianalisis dan dibuktikan secara saintifik.

2.1.1 Tinjauan Masalah

Surat kiriman tidak rasmi merupakan satu daripada karangan pilihan

Bahagian B penulisan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR). Bahagian B ini memberi wajaran 30 markah atau 50 peratus dalam

bahasa Melayu penulisan. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan

bahagian ini ialah 40 minit.

Kajian ini dirancang untuk meningkatkan penguasaan murid dalam

karangan surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan formula

ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Berdasarkan refleksi yang telah dibuat

selepas proses pengajaran dan pembelajaran, tinjauan awal telah dijalankan

dengan menggunakan beberapa instrumen. Tujuan proses tinjauan awal ini

13

Page 14: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan

murid dan seterusnya merancang tindakan untuk menangani masalah tersebut.

Antara beberapa instrumen yang digunakan dalam proses tinjauan masalah ini

ialah analisis dokumen, soal selidik dan temu bual.

Analisis dokumen merupakan satu daripada alat kajian yang

digunakan. Dalam kajian ini, beberapa dokumen bertulis digunakan iaitu

melalui markah Ujian Bulan Mac dan latihan menulis karangan surat kiriman

tidak rasmi. Pengumpulan data berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan

memberi gambaran secara jelas masalah yang dihadapi oleh murid. Contoh

soalan latihan karangan surat kiriman tidak rasmi boleh dirujuk pada lampiran

A. Skema pemarkahan pula boleh dirujuk dalam lampiran E.

Instrumen kedua yang digunakan untuk mengenal pasti masalah ialah

soal selidik. Item soalan soal selidik disediakan berkaitan fokus kajian dan

keberkesanan kaedah yang digunakan. Borang soal selidik diberikan kepada

murid sebelum dan selepas kajian dijalankan.

Terdapat dua borang soal selidik yang diberikan kepada murid. Borang

soal selidik yang pertama berkaitan maklumat demografi dan pengetahuan

serta pengalaman murid dalam penulisan surat kiriman ridak rasmi. Borang

soal selidik ini diberikan semasa tinjauan awal manakala borang soal selidik

yang kedua akan diberikan selepas pelaksanaan kajian.

14

Page 15: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Jumlah soalan yang terdapat dalam borang soal selidik yang pertama

ialah lima soalan berkaitan pengetahuan dan pengalaman murid dalam

penulisan surat kiriman tidak rasmi dan empat maklumat demografi. Bentuk

soalan yang digunakan ialah soalan tertutup yang mempunyai beberapa pilihan

jawapan yang disediakan murid perlu memilih jawapan yang paling sesuai

bagi setiap item yang berkaitan.

Skala pengukuran yang digunakan untuk soalan ini ialah skala likert.

Skala likert lima poin digunakan iaitu skala 5 untuk sangat setuju, skala 4

untuk setuju, skala 3 tidak pasti, skala 2 untuk tidak setuju dan skala 1 untuk

sangat tidak setuju. Data hasil daripada borang soal selidik akan dianalisis

secara manual dengan menggunakan jadual kekerapan dan min. Setiap item

soalan akan dianalisis berdasarkan jawapan murid. Contoh borang soal selidik

sebelum tindakan boleh rujuk Lampiran B.

2.1.2 Analisis Masalah

Terdapat tiga instrumen yang digunakan semasa tinjauan masalah iaitu

analisis dokumen, soal selidik dan temu bual.Hasil analisis dokumen Ujian

Bulan Mac menunjukkan seramai 5 orang mendapat gred C, 13 orang

mendapat Gred D manakala 7 orang mendapat gred E. Keputusan boleh

dirujuk dalam jadual 2 di bawah.

15

Page 16: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Jadual 1 : Pencapaian Murid Dalam Ujian Penulisan Bulan Mac

Gred A B C D E

Bilangan

Murid5 13 7

Rajah 2 : Markah Penulisan Ujian Bulan Mac

16

Page 17: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan keputusan ujian ini, jelas membuktikan murid Tahun 4 ini

mengalami masalah dalam menulis karangan surat kiriman tidak rasmi. Tiada

murid yang berjaya mendapat gred A dan B sebaliknya sebanyak 28% murid

mengalami kegagalan. Hasil dapatan ini menyokong dan membantu saya

untuk mengenal pasti masalah. Masalah kemhiran menulis begitu ketara dalam

kalangan murid Tahun 4 kelas ini.

Analisis dokumen kedua yang turut digunakan ialah latihan penulisan

SKTR. Hasil daripada analisis dokumen latihan penulisan SKTR, saya

mendapati seramai 14 orang mendapat pencapaian tahap minimum, 8 orang

murid pencapaian memuaskan dan 3 orang murid memperoleh pencapaian

tahap baik. Analisis Latihan Penulisan SKTR boleh dirujuk dalam Rajah 2.

Rajah 3 : Analisis Latihan Penulisan SKTR

17

Page 18: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Rajah 4 : Analisis Latihan Penulisan SKTR

Berdasarkan analisis dalam Rajah 3, sebanyak 56 peratus murid

mendapat pencapaian tahap minimum manakala cuma 12 peratus murid

sahaja yang mendapat pencapaian tahap baik. Perkara ini menunjukkan

bahawa murid tidak boleh menulis SKTR dengan baik. Pencapaian murid

kurang memberangsangkan dan perlu dibantu. Ini kerana SKTR merupakan

komponen penulisan Bahagian B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR).

18

Page 19: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Instrumen yang kedua yang digunakan ialah borang soal selidik.

Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu soal selidik maklumat

berkaitan demografi, item soal selidik sebelum tindakan dan item soal selidik

selepas tindakan. Borang soal selidik ini diedarkan kepada 25 orang murid

yang bertindak sebagai responden. Analisis setiap item soalan dapat dilihat

dengan merujuk Jadual 3.

Jadual 2 : Analisis Item Demografi Murid

Bil Maklumat Demografi Pilihan

Jawapan

Kekerapan Peratus

(%)

1. Jantina Lelaki 12 48

Perempuan 13 52

2. Keturunan Melayu 22 88

Orang Asli 3 12

3. Bahasa pertuturan

harian

Bahasa

Melayu

22 88

Asli 3 12

4. Tempat tinggal anda

di

Pekan 10 40

Kampung 15 60

19

Page 20: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Hasil analisis item demografi, murid yang terlibat terdiri daripada 12

orang murid lelaki dan 13 orang murid perempuan. Selain itu, 22 orang murid

merupakan bangsa Melayu dan 3 orang murid merupakan kaum orang Asli.

Bahasa pertuturan mereka majoritinya adalah Bahasa Melayu manakala 3

orang murid menggunakan bahasa Asli. Murid yang tinggal di kampung

melebihi bilangan yang tinggal di pekan dengan 15 orang murid tinggal di

kampung dan selebihnya iaitu 10 orang murid tinggal di kawasan pekan.

Soal selidik sebelum tindakan merangkumi empat soalan yang

melibatkan tahap pengetahuan murid berkaitan surat kiriman tidak rasmi,

karangan berformat dan penulisan sesebuah karangan. 25 orang murid terlibat

dalam mengisi borang soal selidik ini. Skala likert lima poin digunakan iaitu

sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.

Analisis soal selidik sebelum tindakan seperti dalam jadual 3.

20

Page 21: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Jadual 3 : Analisis Item Soal Aeldidik Sebelum Tindakan

Item Soalan Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju Sangat Setuju Kekerapan, Jumlah

Skor & Min(1) (2) (3) (4) (5)

Saya tahu jenis

karangan berformat

dan tidak berformat

5

(5x1)=(5)

(5/25) x 100

[20%]

10

(10x2)=(20)

(10/25) x 100

[40%]

10

(10x3)=(30)

(10/25) x 100

[40%]

(25)

(55)

[100%]

(20+40+40)

(55/25)

Min = 2.2

Saya tahu format

penulisan surat

kiriman tidak rasmi

12

(12x1)=(12)

(12/25) x 100

[48%]

8

(8x2)=(16)

(8/25) x 100

[32%]

5

(5x3)=(9)

(5/25) x

100

[20%]

(25)

(37)

[100%]

(48+32+20)

(37/25)

Min = 1.48

Saya suka menulis

karangan surat

kiriman tidak rasmi

5

(5x1)=(5)

(5/25) x 100

[20%]

8

(8x2)=(16)

(8/25) x 100

[32%]

12

(12x3)=(36)

(12/25) x 100

[48%]

(25)

(57)

[100%]

(20+32+48)

(57/25)

Min = 2.28

Saya dapat menulis

karangan bahagian

pendahuluan, isi

penting, huraian dan

contoh dengan baik

13

(13x1)=(13)

(13/25) x 100

[52%]

9

(9x1)=(9)

(9/25) x 100

[36%]

3

(3x3)=(9)

(3/25) x 100

[12%]

(25)

(31)

[100%]

(52+40+8)

(31/25)

Min = 1.24

21

Page 22: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Jumlah 35 61 84 180

22

Page 23: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Jadual 4 : Item 1 Soal Selidik Sebelum Tindakan

Item Soalan Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju Sangat

Setuju

Kekerapan,

Jumlah

Skor & Min

(1) (2) (3) (4) (5)

Saya tahu jenis

karangan

berformat dan

tidak berformat

5

(5x1)=(5)

(5/25) x

100

[20%]

10

(10x2)=(20)

(10/25) x

100

[40%]

10

(10x3)=(30)

(10/25) x 100

[40%]

(25)

(55)

[100%]

(20+40+40)

(55/25)

Min = 2.2

Rajah 5 : Analisis Item 1 Soal Selidik Sebelum Tindakan

23

Page 24: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Item soalan yang pertama berkaitan tahap pengetahuan murid tentang

karangan berformat. Hasil analisis menunjukkan 5 orang murid iaitu 20

peratus menjawab sangat tidak setuju, 10 orang murid iaitu 40 peratus

menjawab tidak setuju dan 10 orang murid lagi iaitu 40 peratus menjawab

kurang setuju. Min untuk item soal selidik yang pertama ialah 2.2. Perkara ini

menunjukkan murid tidak mengetahui jenis karangan berformat dan tidak

berformat dengan baik.

Jadual 5 : Analisis Item 2 Soal Selidik Sebelum Tindakan

Item Soalan Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju Sangat

Setuju

Kekerapan,

Jumlah

Skor & Min

(1) (2) (3) (4) (5)

Saya tahu format

penulisan surat

kiriman tidak

rasmi

12

(12x1)=(12)

(12/25) x

100

[48%]

8

(8x2)=(16)

(8/25) x 100

[32%]

5

(5x3)=(9)

(5/25) x

100

[20%]

(25)

(37)

[100%]

(48+32+20)

(37/25)

Min = 1.48

24

Page 25: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Rajah 6 : Analisis Item 2 Soal Selidik Sebelum Tindakan

Item soalan kedua berkaitan pengetahuan murid tentang format surat

kiriman tidak rasmi. Berdasarkan analisis item kedua soal selidik, terdapat 12

orang murid iaitu 48 peratus menjawab sangat tidak setuju, 8 orang murid iaitu

32 peratus menjawab tidak setuju dan 5 orang murid iaitu 20 peratus menjawab

kurang setuju. Min untuk item soal selidik kedua ialah 1.48. Bilangan murid seramai

12 orang yang menjawab sangat tidak setuju menunjukkan bahawa murid-murid

tidak mengetahui format surat kiriman tidak rasmi.

Item Soalan Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju Sangat

Setuju

Kekerapan,

Jumlah

Skor & Min

25

Page 26: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

(1) (2) (3) (4) (5)

Saya suka

menulis karangan

surat kiriman

tidak rasmi

5

(5x1)=(5)

(5/25) x

100

[20%]

8

(8x2)=(16)

(8/25) x 100

[32%]

12

(12x3)=(36)

(12/25) x 100

[48%]

(25)

(57)

[100%]

(20+32+48)

(57/25)

Min = 2.28

Jadual 6: Analisis Item 3 Soal Selidik Sebelum Tindakan

Rajah 7 : Analisis Item 3 Soal Selidik Sebelum Tindakan

Item soalan ketiga berkaitan pengetahuan murid tentang format surat

kriman tidak rasmi. Berdasarkan analisis item soalan ketiga soal selidik, terdapat 5

orang murid iaitu 20 peratus yang menjawab sangat tidak setuju, 8 orang murid

iaitu 32 peratus menjawab tidak setuju dan 12 orang murid iaitu 48 peratus

menjawab kurang setuju.

Item Soalan Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju Sangat Setuju

Kekerapan, Jumlah

Skor & Min

(1) (2) (3) (4) (5)

Saya dapat

menulis karangan

bahagian

pendahuluan, isi

13

(13x1)=(13)

(13/25) x

100

9

(9x1)=(9)

(9/25) x 100

3

(3x3)=(9)

(3/25) x 100

(25)

(31)

[100%]

(52+40+8)

26

Page 27: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

penting, huraian

dan contoh

dengan baik

[52%] [36%] [12%] (31/25)

Min = 1.24

Min untuk item soal selidik ketiga ialah 2.28. Bilangan murid yang

menjawab tidak setuju adalah seramai 5 orang. Ini menunjukkan bahawa

murid tersebut tidak suka menulis surat kiriman tidak rasmi. Faktor ini

menyebabkan murid tidak tahu dan tidak berminat untuk menulis surat

kiriman tidak rasmi dengan format yang betul.

Jadual 7: Analisis Item 4 Soal Selidik Sebelum Tindakan

Rajah 8: Analisis Item 4 Soal Selidik Sebelum Tindakan

Item soal selidik keempat berkaitan kemahiran menulis bahagian

pendahuluan, isi penting, huraian dan contoh. Berdasarkan analisis item

27

Page 28: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

keempat soal selidik, terdapat 13 orang murid (52 peratus) sangat tidak setuju,

9 orang murid (36 peratus) tidak setuju dan 3 orang murid (12 peratus) kurang

setuju. Min untuk item soal selidik keempat ialah 1.24. Bilangan murid yang

menjawab tidak setuju adalah seramai 13 orang. Perkara ini menunjukkan

bahawa murid tidak dapat menguasai penulisan bahagian pendahuluan, isi

penting, huraian dan contoh dengan baik.

Berdasarkan analisis yang dijalankan dengan menggunakan instrumen

analisis dokumen dan soal selidik, masalah yang dihadapi oleh murid ialah

tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan format yang betul.

2.2 Tinjauan Literatur

Kajian ini adalah mengenai peningkatan penguasaan murid dalam

penulisan karangan SKTR dengan menggunakan rumus atau formula

ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Dalam bahagian ini, saya akan

membincangkan mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan kajian

yang saya jalankan seperti teori-teori dan kajian terdahulu berdasarkan

tinjauan literatur yang telah saya jalankan melibatkan pembacaan buku-buku,

jurnal, kertas kerja, artikel serta bahan-bahan bacaan lain yang bersifat

akademik.

28

Page 29: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Kemahiran menulis berkait rapat dengan kemahiran lisan dan

membaca. Menurut Kamaruddin Haji Hussin (1994), kemahiran menulis

merupakan aktiviti yang terakhir dalam proses penguasaan bahasa. Juriah

Long dan rakan-rakan (1990) pula menyatakan menulis merupakan satu proses

untuk menyampaikan buah fikiran, idea ataupun pendapat dengan tepat dan

berkesan kepada khalayak ataupun pembaca.

Asmah Haji Omar (1983) menyatakan surat kiriman tidak rasmi

merupakan surat yang menyentuh soal-soal berhubungan dengan peribadi

yang ditulis secara bersahaja dan berlawanan dengan surat rasmi yang ditulis

secara formal. Jenis-jenis SKTR menurut Asmah Haji Omar antaranya ialah

surat kepada kawan, keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

Juriah Long, Raminah Haji Sabran dan Safiah Hamid (1990)

menjelaskan latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang

bertujuan untuk membentuk kelaziman yang betul bagi mengukuhkan

struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada murid.

Latihan yang bertujuan membentuk kelaziman dapat meningkatkan

penguasaan sesuatu kemahiran atau konsep yang dipelajari.

Menurut Khalid Mohamed Nor (1993), lebih kerap pengulangan maka

akan lebih kuat ingatan. Ingatan memerlukan pengulangan kerana manusia

29

Page 30: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

sentiasa lupa dengan masa. Pengulangan pembelajaran akan membantu

meningkatkan daya ingatan.

Kamarudin Hj Husin (1979:149) menyatakan proses pengulangan akan

meningkatkan tahap ingatan dengan lebih baik. Oleh itu, pemilihan kaedah

latih tubi untuk meningkatkan tahap ingatan murid berkaitan format penulisan

surat kiriman tidak rasmi dilihat begitu tepat. Kaedah ini dilaksanakan dengan

melibatkan penggunaan model surat kiriman tidak rasmi yang berbeza.

Raja Mukhtarudin (1977) pula berpendapat latih tubi menulis karangan

dapat membantu murid-murid mengembangkan idea di samping dapat

memantapkan penguasaan sistem bahasa, format dan struktur ayat yang

akhirnya membolehkan murid menulis karangan dengan baik.

Menurut F. L Thorndike seperti yang dinyatakan oleh Ee Ah Meng

(2003), pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika

latihan diadakan. Pembelajaran hendaklah disusuli dengan latihan dan

ulangan. Hukum latihan Thorndike menegaskan bahawa semakin kerap

sesuatu ransangan dan gerak balas diulangi, semakin kuat pertalian yang

wujud antara ransangan dan gerak balas. Perkara ini menyokong

pengaplikasian latih tubi model surat kiriman tidak rasmi yang dijalankan

30

Page 31: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Latih tubi merupakan satu teknik mengajar dengan mengulang-ulang

fakta atau sesuatu kemahiran yang diajar. Cara ini merupakan sebahagian

daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu terutamanya format dengan

penggunaan formula. Tujuan latih tubi ini adalah untuk menjadikan apa sahaja

yang dipelajari kekal dalam ingatan. (Hanidah Ahmad, 2009)

Seri Ayu Bt Idris (2002) dalam kajiannya yang bertajuk analisis

kesalahan dalam penulisan surat kiriman menyatakan kemahiran menulis

terutamanya dalam surat-menyurat adalah amat penting. Ini kerana penulisan

surat kiriman merupakan salah satu saluran penting yang digunakan dalam

membuat perhubungan dan sesuatu perhubungan yang dibuat itu sudah

semestinya mempunyai sebab dan tujuan yang tertentu.

Jamisah Bt Ali (2001) dalam kajiannya iaitu analisis kesalahan dalam

penulisan surat kiriman dalam kalangan murid di sebuah sekolah mendapati

bahawa hampir keseluruhan murid menghadapi masalah dalam mengingat

format surat kiriman. Hasil kajian ini mendapati pengaplikasian formula atau

singkatan perkataan dapat membantu murid mengingat format.

31

Page 32: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Kajian Noor Kamila (1999) satu analisis kesilapan bahasa dan format

dalam penulisan karangan di kalangan murid tahun empat sekolah rendah

mendapati kesilapan yang kerap kali dilakukan oleh murid ialah kesalahan dari

segi bahasa dan format. Maka, melalui kajian ini satu cadangan mengatasi

kesalahan tersebut adalah dengan melakukan latih tubi. Ini kerana latih tubi

menulis karangan dapat memantapkan penguasaan sistem bahasa, format dan

struktur ayat serta pada masa sama dapat memastikan murid menulis karangan

dengan baik dan betul.

Kajian Rafeah Ahmad (2003), mengatasi masalah memahami format

surat kiriman rasmi dan tidak rasmi dalam karangan bahasa Melayu dengan

pendekatan latih tubi. Hasil kajian ini menunjukkan kaedah latih tubi

membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan format surat kiriman.

Kajian berkenaan ASIDIBAMBI oleh Mashudi Bahari

32

Page 33: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran

menulis surat kiriman tidak rasmi dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan

Bahagian B.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid dapat mengingati format penulisan karangan

surat kiriman tidak rasmi dengan formula

ASIDIBAMBI.

3.2.2 Meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan

surat kiriman tidak rasmi bahasa Melayu dengan

menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi

model.

33

Page 34: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

3.3 Soalan Kajian

3.3.1 Dapatkah penggunaan formula ASIDIBAMBI membantu

murid mengingati dan menulis surat kiriman tidak rasmi

dengan menggunakan format yang betul?

3.3.2 Dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model

surat kiriman tidak rasmi membantu murid

meningkatkan pencapaian dalam karangan surat kiriman

tidak rasmi?

34

Page 35: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini hanya melibatkan seramai 25 orang murid Tahun 4

di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, Selangor sebagai sampel kajian.

Sampel kajian ini terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 13 orang murid

perempuan. Daripada sampel kajian ini, 22 orang murid berbangsa Melayu

manakala selebihnya iaitu 3 orang merupakan murid dari kaum Orang Asli.

Pencapaian akademik murid di kelas ini berada pada tahap sederhana

dalam subjek bahasa Melayu. Seramai 7 orang murid mendapat gred E, 13

orang mendapat gred D dan 5 orang murid mendapat gred C bagi penulisan

dalam Ujian bahasa Melayu Bulan Mac yang telah dijalankan.

35

Page 36: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

Pelaksanaan kajian tindakan ini berpandukan kepada konsep model

Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992).

Rajah 9: Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw

(1992).

36

Mengenal pasti amalan

Refleksi Pengajaran dan pembelajaranTinjauan Awal

Merancang

Teknik dan kaedah yang digunakan

Refleksi

Proses refleksi berlaku selepas pengajaran dan pembelajaran, selepas

tindakan dan sepanjang kajian dijalankan

Melihat kesan tindakanHasil analisis ujian awal dan akhirHasil analisis dapatan soal selidik

Tindakan

Memperkenalkan formula ASIDIBAMBILatihan selepas formula ASIDIBAMBILatih tubi model surat kiriman tidak rasmiLatihan karangan selepas latih tubi model

Kitaran 1

Kitaran 2

Page 37: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Kajian tindakan akan dijalankan berdasarkan Model Penyelidikan

Tindakan Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Terdapat lima peringkat

dalam satu kitaran iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang, tindakan,

melihat kesan tindakan dan refleksi. Selepas itu, proses yang sama akan

berlaku untuk kitaran yang kedua dan seterusnya.

Pada peringkat pertama iaitu mengenal pasti aspek amalan, refleksi

selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi panduan kepada pengkaji

untuk mengenal pasti kelemahan yang dihadapi oleh murid. Kelemahan atau

masalah ini kemudiannya disahkan melalui tinjauan tindakan yang dijalankan.

Pada peringkat tinjauan tindakan ini, beberapa instrumen diguna pakai seperti

analisis dokumen, ujian, soal selidik dan temu bual. Penggunaan instrumen ini

menjadi asas untuk menyokong masalah yang telah dikenal pasti.

Peringkat kedua iaitu merancang, melibatkan pemilihan teknik dan

kaedah yang sesuai sebagai cara intervensi untuk masalah yang dikesan.

Peringkat ketiga berdasarkan model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992)

ialah peringkat tindakan. Pada peringkat ini, pengkaji akan melaksnakan 4

langkah dalam tempoh empat minggu sesi pengajaran dan pembelajaran.

37

Page 38: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Pada peringkat keempat ialah proses melihat kesan tindakan. Pada

peringkat ini guru akan menganalisis setiap data yang telah dikumpul

berdasarkan instrumen. yang telah digunakan. Data-data yang telah dianalisis

kemudian akan diterjemahkan ke dalam bentuk graf, carta pai dan jadual.

Proses refleksi juga berlangsung sepanjang kajian ini dilaksanakan.

Proses refleksi pada peringkat ini akan dapat membantu guru untuk melihat

sama ada langkah dan perancangan yang dilakukan betul dan selain itu turut

membantu guru untuk mengenal pasti masalah dan merancang kitaran kedua

kajian.

Peringkat yang terakhir ialah refleksi. Proses refleksi akan

berlangsung sepanjang kajian ini dilaksanakan. Refleksi akan membantu

pengkaji untuk peka terhadap sebarang perubahan proses kajian yang

dijalankan.

38

Page 39: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

5.2 Prosedur Tindakan

Terdapat empat langkah yang akan dilaksanakan untuk kajian tindakan

ini. Langkah-langkah tindakan yang akan dijalankan ditunjukkan dalam jadual

seperti di bawah.

Jadual 8 : Prosedur Tindakan

Bil. Langkah Tindakan

1. Langkah 1 Memperkenalkan formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat

kiriman tidak rasmi

2. Langkah 2 Latihan selepas formula ASIDIBAMBI dalam penulisan surat

Kiriman tidak rasmi

3. Langkah 3 Aktiviti latih tubi model karangan surat kiriman tidak rasmi

4. Langkah 4 Latihan selepas latih tubi model karangan surat kiriman tidak

rasmi

39

Page 40: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

5.2.1 Formula ASIDIBAMBI Surat Kiriman Tidak Rasmi

- Guru akan memperkenalkan formula ASIDIBAMBI kepada murid

dengan tujuan untuk membantu murid mengingat format penulisan

surat kiriman tidak rasmi dan menulis karangan dengan baik.

Murid kemudian akan diberi masa untuk mengingat format

berdasarkan formula ini. Satu latihan mengingat format dengan

teknik ini akan dijalankan. Kata kunci seperti alamat, tarikh, kata

penghadap, kata panggilan, isi, penutup akan turut diperkenalkan

kepada murid. Sila rujuk lampiran K.

5.2.2 Latihan Selepas Formula ASIDIBAMBI Surat Kiriman Tidak

Rasmi

- Selepas pengajaran formula ASIDIBAMBI, satu latihan akan

dijalankan. Murid akan diberikan lembaran soalan karangan. Murid

diminta untuk mengaplikasikan formula yang telah diajar dalam

menjawab soalan karangan surat kiriman tidak rasmi ini nanti.

40

Page 41: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

5.2.3 Latih Tubi Model Surat Kiriman Tidak Rasmi

- Kaedah latih tubi ini diajar kepada murid-murid. Setiap murid akan

diberikan dua model karangan surat kiriman tidak rasmi. Murid-

murid akan diminta untuk menyalin semula model surat kiriman

tersebut ke dalam lembaran kerja kosong yang akan diberikan.

Aktiviti latih tubi ini akan dijalankan pada waktu yang berbeza.

5.2.4 Latihan Selepas Latih Tubi Model Surat Kiriman Tidak Rasmi

- Latihan ini dilaksanakan selepas murid menyalin kedua-dua model

karangan. Namun begitu, bagi latihan yang dijalankan selepas

menyalin model karangan ini, murid-murid tidak akan dibenarkan

untuk merujuk model karangan yang telah diberikan.

Penandaan latihan surat kiriman ini berdasarkan skema

pemarkahan UPSR yang sebenar. Standard pemarkahan selaras dengan

sistem pemarkahan sebenar. Masa yang diberikan kepada setiap murid

sama seperti masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan

karangan Bahagian B iaitu 40 minit.

41

Page 42: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

Proses yang penting dalam sesuatu kajian tindakan ialah cara

pengumpulan data. Cara pengumpulan data dalam kajian ini menggunakan

instrumen analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan ujian. Pengumpulan

data ini dijalankan sebelum, semasa dan selepas kajian dijalankan.

6.1 Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan satu daripada cara pengumpulan

data yang dipilih. Dokumen dapat memberikan maklumat

yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji serta sumber

paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan

telah sedia ada. Dokumen yang dianalisis ialah kertas Ujian

Bulan Mac 2012, latihan karangan, latihan selepas pengajaran

formula ASIDIBAMBI dan latihan selepas latih tubi model

karangan surat kiriman tidak rasmi. Skema pemarkahan untuk

penulisan surat kiriman tidak rasmi boleh dirujuk dalam

lampiran E. Skema pemarkahan ini juga turut digunakan untuk

penyemakan semua latihan karangan dan ujian.

42

Page 43: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

6.2 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu daripada instrumen yang

digunakan untuk mengumpul data. Soalan soal selidik

disediakan berkaitan fokus kajian dan keberkesanan kaedah

yang digunakan. Borang soal selidik diberikan kepada

responden sebelum dan selepas kajian dijalankan. Terdapat

dua borang soal selidik yang diberikan kepada murid. Borang

soal selidik yang pertama berkaitan maklumat demografi dan

pengetahuan dan pengalaman murid dalam penulisan surat

kiriman tidak rasmi. Borang soal selidik yang kedua berkaitan

pandangan murid terhadap pengaplikasian formula

ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak rasmi.

Skala pengukuran yang digunakan untuk item soalan borang

soal selidik ialah skala likert. Skala likert 5 poin digunakan

dengan skala 5 ialah sangat setuju, skala 4 setuju, skala 3 tidak

pasti, skala 2 tidak setuju dan skala 1 sangat tidak setuju. Data

hasil daripada soal selidik ini akan dianalisis dengan

menggunakan jadual, kekerapan dan min. Contoh borang soal

selidik boleh dilihat dengan merujuk kepada lampiran G.

43

Page 44: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

6.3 Temu bual

Temu bual merupakan perbualan dua hala yang bertujuan

untuk mengumpul maklumat kajian. Temu bual merupakan

interaksi bersemuka antara penemu bual dan responden.

Penyelidik telah memilih temu bual secara bersemuka dengan

menggunakan teknik temu bual berstruktur. Temu bual

berstruktur merupakan temu bual yang dijalankan secara

formal, dirancang secara teliti dan dilaksanakan mengikut satu

senarai soalan yang perlu dijawab ( Chua Yan Piaw, 2006).

Aktiviti temu bual ini dilaksanakan selepas ujian surat kiriman

tidak rasmi awal dan akhir untuk mengetahui punca masalah

yang dihadapi oleh responden. Temu bual ini juga dibuat

untuk menyokong dapatan data ujian surat kiriman tidak rasmi

awal dan akhir.

44

Page 45: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

6.4 Ujian

Ujian merupakan instrumen yang digunakan untuk mengutip

data bagi menilai dan mengesan pemahaman murid terhadap

sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Bagi tujuan kajian ini,

terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Surat

Kiriman Tidak Rasmi Awal dan Ujian Surat Kiriman Tidak

Rasmi Akhir. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk melihat

keberkesanan kaedah yang telah digunakan dan membuat

perbandingan sebelum dan selepas sesuatu intervensi

dijalankan. Jika keputusan ujian surat kiriman tidak rasmi

akhir menunjukkan peningkatan berbanding ujian surat

kiriman tidak rasmi akhir, maka objektif kajian tercapai.

Skema pemarkahan yang digunakan sama seperti untuk analisis

dokumen. Markah akan diberi dalam bentuk peratus dan gred dan keputusan

akan dipersembahkan dalam bentuk graf bar. Perbandingan markah ujian

awal dan ujian akhir akan dipersembahkan dalam bentuk jadual.

45

Page 46: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

6.4.1 Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi

Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dijalankan

untuk menguji murid tentang masalah yang dihadapi oleh

mereka. Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Awal dijalankan

sebelum murid dirawat dengan menggunakan formula

ASIDIBAMBI dan latih tubi model. Tujuan ujian awal ini

dijalankan adalah untuk melihat sama ada terdapat perbezaan

yang ketara ataupun tidak sekiranya keputusan Ujian Surat

Kiriman Tidak Rasmi Awal dibandingkan dengan Ujian Surat

Kiriman Tidak Rasmi Akhir.

6.4.2 Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi

Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir dijalankan

setelah semua murid diajarkan formula ASIDIBAMBI dan latih

tubi model. Ujian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan

pengajaran formula ASIDIBAMBI dan dan latih tubi model

terhadap murid. Keputusan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi

Awal dan Ujian Surat Kiriman Tidak Rasmi Akhir akan

dibandingkan untuk melihat perubahan pencapaian dan

prestasi murid. Sekiranya wujud perubahan yang ketara dalam

46

Page 47: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

peningkatan kemahiran murid, formula ASIDIBAMBI dan latih

tubi model ini dianggap berjaya membantu murid menguasai

aspek bahasa dan format dalam penulisan surat kiriman tidak

rasmi.

47

Page 48: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

7.0 ANALISIS DATA

Bahagian ini membincangkan hasil dapatan berdasarkan instrumen

kajian yang digunakan. Analisis data setiap instrumen dijalankan untuk

menjawab setiap soalan kajian.

7.1 Analisis Dokumen

Analisis dokumen merupakan salah satu instrumen yang digunakan

untuk mengumpul data. Dokumen yang dianalisis ialah latihan karangan surat

kiriman tidak rasmi, latihan selepas pengenalan formula ASIDIBAMBI dan

latihan selepas latih tubi model surat kiriman tidak rasmi.

Instrumen ini melibatkan murid seramai 25 orang yang berperanan

sebagai responden. Instrumen ini digunakan untuk menjawab soalan kajian

yang pertama dan kedua. Analisis dokumen yang pertama ialah latihan

karangan surat kirman tidak rasmi. Skor markah murid dalam bentuk skor

pencapaian cemerlang, baik, memeuaskan dan pencapaian tahap minimum.

48

Page 49: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Jadual 9 : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Markah

Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Kekerapan Peratus

(24-30)

Cemerlang 0 0%

(17-23)

Baik 3 12%

(11-16)

Memuaskan 8 32%

(0-10)

Pencapaian Tahap

Minimum

14 56%

Berdasarkan jadual 9 di atas, tiada murid yang berjaya mendapat

markah cemerlang. Seramai 3 orang murid mendapat markah baik diikuti 8

orang murid mendapat markah memuaskan. Jadual di atas juga menunjukkan

bahawa seramai 14 orang murid memperoleh markah pencapaian tahap

minimum. Data yang diperoleh ini kemudian dipersembahkan dalam bentuk

graf dan carta pai seperti di bawah.

49

Page 50: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Rajah 10 : Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Rajah 11 : Peratus Skor Pencapaian Murid Dalam Latihan SKTR

50

Page 51: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan rajah analisis latihan surat kiriman tidak rasmi di atas,

didapati sebanyak 12 peratus murid berjaya memperoleh skor baik manakala

sebanyak 32 peratus murid mendapat skor memuaskan. Sebanyak 56 peratus

murid pula mendapat skor pencapaian tahap minimum. Latihan ini dijalankan

kepada murid sebelum tindakan intervensi dengan penggunaan formula

ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model.

Dokumen kedua yang digunakan ialah latihan karangan surat kiriman

tidak rasmi selepas diperkenalkan formula ASIDIBAMBI. Latihan ini

diberikan untuk melihat tahap pencapaian dan keberkesanan penggunaan

formula ASIDIBAMBI.

Jadual 10 : Analisis Markah Latihan SKTR Selepas FormulaASIDIBAMBI

Markah

Latihan SKTR Selepas Formula ASIDIBAMBI

Kekerapan Peratus

(24-30)Cemerlang 0 0%

(17-23)Baik 5 20%

(11-16)Memuaskan 11 44%

(0-10)Pencapaian Tahap

Minimum9 36%

51

Page 52: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan jadual di atas terdapat 5orang murid mendapat skor baik,

11 orang murid mendapat skor markah memuaskan dan 3 orang murid

mendapat markah pencapaian tahap minimum. Data ini juga dipersembahkan

dalam bentuk graf dan carta pai.

Rajah 12 : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Selepas Formula ASIDIBAMBI

52

Page 53: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Rajah 13: Carta Pai Analisis Latihan SKTR Selepas Formula

ASIDIBAMBI

Berdasarkan carta pai analisis latihan surat kiriman tidak rasmi selepas

formula ASIDIBAMBI di atas menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian

dalam kalangan murid apabila 20 peratus murid mendapat skor baik dalam

latihan yang diberikan manakala sebanyak 44 peratus mendapat skor

memuaskan. Berlaku penurunan dalam peratusan skor pencapaian minimum

apabila sebanyak 44 peratus sahaja murid mendapat skor minimum

berbanding 56 peratus sebelum ini.

53

Page 54: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Latihan ini merupakan latihan yang pertama dijalankan dengan

melibatkan pengenalan dan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dalam

penulisan surat kiriman tidak rasmi. Skema pemarkahan latihan karangan surat

kiriman tidak rasmi boleh dirujuk dalam lampiran E.

Dokumen ketiga ialah latihan surat kiriman tidak rasmi selepas latih

tubi model. Latihan ini diberikan kepada murid selepas latih tubi model surat

kiriman tidak rasmi yang dijalankan sebanyak dua kali dengan menggunakan

model karangan surat kiriman tidak rasmi yang berbeza. Latihan ini

dilaksanakan untuk melihat keberkesanan latih tubi yang dijalankan dan

membuat perbandingan dengan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI.

Jadual : Analisis Markah Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih

Tubi Model.

Jadual 11: Analisis Markah Latihan SKTR Selepas Latih Tubi Model

MarkahLatihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih

Tubi ModelKekerapan Peratus

(24-30)Cemerlang 3 12%

(17-23)Baik 10 40%

(11-16)Memuaskan 12 48%

(0-10)Pencapaian Tahap

Minimum0 0%

54

Page 55: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan jadual di atas terdapat 3 orang murid mendapat skor

cemerlang, 10 orang murid mendapat skor baik dan 12 orang mendapat skor

memuaskan. Berlaku peningkatan apabila tiada murid yang mendapat skor

pencapaian tahap minimum. Data-data dari jadual di atas dipersembahkan

dalam bentuk graf dan carta pai.

Rajah 14 : Graf Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas

Latih Tubi Model

55

Page 56: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Carta pai di atas menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 12 peratus

murid mendapat skor cemerlang, 40 peratus skor baik dan sebanyak 48 peratus

skor memuaskan. Peningkatan berlaku apabila tiada murid yang mendapat

skor pencapaian tahap minimum. Skema pemarkahan boleh dirujuk dalam

lampiran XX.Rajah di bawah ini pula menunjukkan perbandingan pencapaian

mengikut jenis latihan surat kiriman tidak rasmi yang telah dijalankan.

56

Rajah 15 : Carta Pai Analisis Latihan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selepas Latih Tubi Model

Rajah 16 : Graf Analisis Perbandingan Pencapaian Latihan SKTR

Page 57: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan graf perbandingan di atas, terdapat peningkatan yang

dapat dilihat selepas setiap intervensi dijalankan. Kekerapan murid yang

mendapat pencapaian tahap minimum dapat dikurangkan selepas

pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan tiada murid mendapat pencapaian

tahap minimum selepas latih tubi model dijalankan.

Latihan awal yang dijalankan menunjukkan tiada murid yang

mendapat skor pencapaian cemerlang. Latihan yang dijalankan selepas

pengaplikasian formula ASIDIBAMBI menunjukkan bahawa terdapat

peningkatan dalam bilangan murid yang mendapat skor baik dan memuaskan.

Peningkatan terus ditunjukkan selepas latih tubi model apabila seramai tiga

orang murid berjaya mendapat skor cemerlang dan sepuluh orang murid

mendapat skor baik. Bilangan murid mendapat skor memuaskan bertambah

berbanding sebelumnya menjadi dua belas orang dan menunjukkan satu

kejayaan apabila tiada murid yang memperoleh skor pencapaian tahap

minimum.

7.2 Soal Selidik

57

Page 58: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Soal selidik ini melibatkan tiga bahagian iaitu berkaitan maklumat

demografi, soalan sebelum tindakan dan soalan selepas tindakan. Hasil

maklumat demografi boleh dirujuk dalam jadual 2 dan hasil analisis soal

selidik sebelum tindakan boleh dirujuk dalam jadual 3. Analisis item soal

selidik selepas tindakan adalah seperti dalam jadual 12.

Jadual 12: Analisis Item Soalan Selepas Tindakan

Item Soalan Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju Sangat Setuju

Kekerapan, JumlahSkor &

Min

(1) (2) (3) (4) (5)

Penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam SKTR mudah difahami

2

(2x3)=(6)

(2/25) x

100

[8%]

6

(6x4)=(24)

(6/25) x

100

[24%]

17

(17x5)=(85)

(17/25) x

100

[68%]

(25)

(115)

[100%]

(8+24+68)

(115/25)

Min = 4.6

Formula ASIDIBAMBI membantu saya mengingat format tersebut

1

(1x2)=(2)

(1/25) x

100

[4%]

3

(3x3)=(9)

(3/25) x

100

[12%]

2

(2x4)=(8)

(2/25) x

100

[8%]

19

(19x5)=(95)

(19/25)x 100

[76%]

(25)

(114)

[100%]

(4+12+8)

(114/25)

Min = 4.6

Saya dapat menulis SKTR dengan format yang

6

(6x3)=(18)

(6/25) x

2

(2x4)=(8)

(2/25) x

17

(17x5)=(85)

(17/25)x 100

(25)

(111)

[100%]

58

Page 59: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

betul 100

[24%]

100

[8%]

[68%] (8+24+68)

(111/25)

Min = 4.4

Formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model melatih saya menulis SKTR dengan menggunakan format yang betul

2

(2x3)=(6)

(2/25) x

100

[8%]

3

(3x4)=(12)

(3/25) x

100

[12%]

20

(20x5)=(100)

(20/25) x

100

[80%]

(25)

(118)

[100%]

(8+12+80)

(118/25)

Min = 4.7

Jumlah 2 39 52 365 458

Hasil dapatan soal selidik ini menunjukkan maklum balas daripada

murid mengenai keberkesanan dan kesusaian tindakan yang dijalankan.

Perkara ini dapat membantu untuk meningkatkan kesahan dan

kebolehpercayaan data. Penjelasan bagi setiap item soalan soal selidik adalah

seperti berikut

Jadual 13 : Analisis Item 1 Soal Selidik Selepas Tindakan

Item Soalan Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju Sangat Setuju Kekerapan,

Jumlah

59

Page 60: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Skor & Min

(1) (2) (3) (4) (5)

Penggunaan

formula

ASIDIBAMBI

dalam SKTR

mudah

difahami

2

(2x3)=(6)

(2/25) x

100

[8%]

6

(6x4)=(24)

(6/25) x

100

[24%]

17

(17x5)=(85)

(17/25) x

100

[68%]

(25)

(115)

[100%]

(8+24+68)

(115/25)

Min = 4.6

Rajah 17 : Analisis Item 1 Soal Selidik Selepas Tindakan

60

Page 61: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Item soalan pertama berkaitan Formula ASIDIBAMBI dalam SKTR

mudah difahami. Berdasarkan analisis item pertama soal selidik, terdapat 2

orang murid ( 8 peartus) yang kurang setuju, 6 orang murid (24 peratus) setuju

dan seramai 17 orang (68 peratus) setuju.

Perkara ini menunjukkan bahawa formula ASIDIBAMBI mudah

difahami. Min bagi item soalan yang pertama ialah 4.6. Item soalan pertama

ini berkait rapat dengan masa yang diberikan kepada setiap murid untuk

mengingati dan memahami penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam SKTR.

Jadual 14 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan

Item Soalan Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju Sangat Setuju

Kekerapan, JumlahSkor &

Min

(1) (2) (3) (4) (5)

61

Page 62: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Formula ASIDIBAMBI membantu saya mengingat format tersebut

1

(1x2)=(2)

(1/25) x

100

[4%]

3

(3x3)=(9)

(3/25) x

100

[12%]

2

(2x4)=(8)

(2/25) x

100

[8%]

19

(19x5)=(95)

(19/25)x

100

[76%]

(25)

(114)

[100%]

(4+12+8)

(114/25)

Min = 4.6

Rajah

18 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan

Item soalan kedua berkaitan penggunaan formula ASIDIBAMBI dapat

membantu murid mengingat format. Berdasarkan analisis item kedua soal

selidik, terdapat seorang murid (4 peratus) yang tidak setuju, 3 orang murid

(12 peratus) kurang setuju dan 2 orang murid (8 peratus) yang setuju manakala

seramai 19 orang murid ( 76 peratus ) sangat setuju bahawa formula

62

Page 63: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

ASIDIBAMBI membantu mereka mengingat format SKTR. Ini membuktikan

penggunaan formula ASIDIBAMBI berkesan dan berjaya.

Jadual 15 : Analisis Item 2 Soal Selidik Selepas Tindakan

Item Soalan

Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju Sangat Setuju

Kekerapan, Jumlah

Skor & Min

(1) (2) (3) (4) (5)

Saya dapat menulis SKTR dengan format yang betul

6

(6x3)=(18)

(6/25) x 100

[24%]

2

(2x4)=(8)

(2/25) x

100

[8%]

17

(17x5)=(85)

(17/25)x 100

[68%]

(25)

(111)

[100%]

(8+24+68)

(111/25)

Min = 4.4

63

Page 64: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Rajah 19 : Analisis Item 3 Soal Selidik Selepas Tindakan

Item soalan ketiga berkaitan kemahiran menulis bahagian alamat,

tarikh, kata penghadap, kata panggilan, isis dan penutup serta tandatangan

penulis SKTR. Berdasarkan analisis item ketiga soal selidik, terdapat seramai

6 orang murid ( 24 peratus) yang kurang setuju, 2 orang murid (8 peratus)

yang setuju dan seramai 17 orang (68 peratus) murid yang sangat setuju

bahawa mereka dapat menulis dengan format yang betul selepas melakukan

beberapa intervensi iaitu latihan ASIDIBAMBI dan latih tubi model.

Jadual 16 : Analisis Item 4 Soal Selidik Selepas Tindakan

Item Soalan Sangat

Tidak

Setuju

Tidak

Setuju

Kurang

Setuju

Setuju Sangat

Setuju

Kekerapan,

Jumlah

Skor &

Min

(1) (2) (3) (4) (5)

Formula

ASIDIBAMBI

dan latih tubi

2

(2x3)=(6)

(2/25) x

3

(3x4)=(12)

(3/25) x

20

(20x5)=(100)

(20/25) x

(25)

(118)

[100%]

64

Page 65: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

model melatih

saya menulis

SKTR dengan

menggunakan

format yang

betul

100

[8%]

100

[12%]

100

[80%]

(8+12+80)

(118/25)

Min = 4.7

Rajah 20: Analisis Item 4 Soal Selidik Selepas Tindakan

Item soalan keempat ialah Formula ASIDIBAMBI dan Latih Tubi

Model dapat melatih murid menulis SKTR dengan format yang betul.

65

Page 66: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan analisis item soal selidik keempat seramai 2 orang murid (8

peratus) kurang bersetuju manakala 3 orang murid ( 12 peratus) setuju.

Seramai 20 orang murid ( 80 peratus) pula menjawab sangat setuju. Perkara

ini menunjukkan bahawa formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model

berkesan dan berjaya melatih murid menulis SKTR dengan format yang betul

dan baik.

7.3 Temu Bual

Terdapat tiga soalan temu bual selepas tindakan. Analisis dapatan temu

bual seperti dalam jadual 17, Jadual 18 dan Jadual 19. Transkripsi temu bual

boleh dirujuk dalam Lampiran J.

Jadual 17 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Pertama

Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus

(%)

1. Adakah formula

ASIDIBAMBI

membantu anda

mengingat format

SKTR?

Ya 15 64

Sedikit 7 28

Tidak 3 8

66

Page 67: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan pertama, terdapat 15

orang murid mengatakan ya, 7 orang murid mengatakan sedikit dan 3 orang

murid mengatakan tidak. Perkara ini merujuk kepada penggunaan formula

ASIDIBAMBI dalam membantu murid mengingat format surat kiriman tidak

rasmi.

Jadual 18 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Kedua

Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus

(%)

2. Adakah masa yang

diberikan untuk

mengingat format

SKTR mencukupi?

Mencukupi

15 60

Kurang

Mencukupi 5 20

Tidak

Mencukupi 5 20

Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan kedua, terdapat 15

orang murid mengatakan mencukupi, 5 orang murid mengatakan kurang

67

Page 68: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

mencukupi dan 5 orang murid mengatakan tidak mencukupi. Perkara ini

merujuk kepada masa yang diberikan untuk mengingati format SKTR. Hasil

temu bual ini jelas menunjukkan bahawa masa tidak mencukupi bagi murid

mengingat format menggunakan formula ASIDIBAMBI. Ini menyebabkan

pencapaian murid dalam latihan selepas ASIDIBAMBI yang dijalankan

kurang memberansangkan.

Jadual 19 : Analisis Dapatan Temu Bual Soalan Ketiga

Bil Soalan Temu Bual Kod Tema Kekerapan Peratus

(%)

3.

Adakah latih tubi

model SKTR dapat

membantu murid

meningkatkan tahap

penulisan?

Boleh 20 80

Sedikit 5 20

68

Page 69: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan analisis dapatan temu bual soalan ketiga, terdapat 20

orang murid mengatakan boleh dan seramai 5 orang murid mengatakan

sedikit. Perkara ini merujuk kepada penggunaan formula ASIDIBAMBI dalam

membantu murid mengingat format SKTR.

69

Page 70: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

7.4 Ujian

Ujian merupakan instrumen yang digunakan untuk mengumpul data.

Terdapat dua ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak

Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Analisis dokumen ini

melibatkan 25 orang murid yang telah dipilih sebagai subjek kajian. Instrumen

ini digunakan untuk menjawab soalan kajian yang pertama dan kedua.

Analisis ujian ini menggunakan skor markah murid dalam bentuk skor

pencapaian cemerlang, baik, memuaskan dan pencapaian tahap minimum.

Jadual 20 : Analisis Markah Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi.

MarkahUjian Awal SKTR

Kekerapan Peratus(24-30)

Cemerlang 0 0%(17-23)

Baik 0 0%(11-16)

Memuaskan 18 72%(0-10)

Pencapaian Tahap Minimum

7 28%

70

Page 71: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan jadual di atas, terdapat seramai 18 orang murid yang

mendapat skor memuaskan dan seramai 7 orang murid mendapat skor

pencapain tahap minimum. Tiada murid yang mendapat skor baik mahupun

cemerlang. Perkara ini menunjukkan tahap penulisan surat kiriman tidak

rasmi yang lemah. Data di atas dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta

pai.

Rajah 21: Graf Analisis Ujian Awal SKTR

71

Page 72: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Rajah 22: Carta Pai Analisis Ujian Awal SKTR

Berdasarkan carta pai di atas, analisis ujian awal SKTR menunjukkan terdapat

72 peratus murid mendapat skor memuaskan dan 28 peratus murid mendapat

skor pencapaian tahap minimum.

Jadual 21: Analisis Markah Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi

MarkahUjian Akhir SKTR

Kekerapan Peratus(24-30)

Cemerlang 4 16%(17-23)

Baik 7 28%(11-16)

Memuaskan 14 56%(0-10)

Pencapaian Tahap Minimum

0 0%

72

Page 73: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Berdasarkan jadual di atas, terdapat seramai empat orang murid

mendapat skor cemerlang dalam ujian akhir yang dijalankan manakala seramai

tujuh orang murid mendapat skor baik. Bilangan murid yang mendapat skor

memuaskan pula adalah seramai empat belas orang murid. Data di atas

dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta pai.

Rajah 23 : Analisis Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi

73

Page 74: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Rajah 24: Carta Pai Analisis Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi

Berdasarkan rajah di atas, analisis ujian akhir SKTR menunjukkan 16

peratus murid mendapat skor cemerlang diikuti 28 peratus untuk skor baik.

Sebanyak 56 peratus murid pula memperoleh skor memuaskan.

74

Rajah 25 : Analisis Dapatan Ujian

Page 75: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat

Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Skema

penandaan berdasarkan Manual Garis Panduan Memeriksa Kertas 012 Format

Baharu Penulisan UPSR. Ujian Awal SKTR menunjukkan seramai 18 orang

murid mendapat skor memuaskan dan 7 orang murid mencapai skor

pencapaian tahap minimum. Berdasarkan graf analisis dapatan kajian ini

berlaku peningkatan dalam Ujian Akhir SKTR apabila terdapat 4 orang murid

mencapai skor cemerlang, 7 orang tahap baik dan 14 orang tahap memuaskan.

Melalui graf analisis ini jelas menunjukkan wujudnya peningkatan pencapaian

dalam kalangan murid apabila 4 orang murid mencapai tahap cemerlang dan 7

orang tahap baik. Ujian Akhir SKTR juga menunjukkan tiada murid mendapat

pencapaian tahap minimum seperti ujian awal.

Kesimpulannya, hasil analisis data setiap instrumen membuktikan

penggunaan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu

murid menulis surat kiriman tidak rasmi dengan menggunakan format yang

betul dan membantu murid menghuraikan setiap perenggan karangan dengan

baik.

75

Page 76: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

8.0 RUMUSAN SELEPAS DAPATAN

Bahagian ini membincangkan ringkasan, keputusan, perbincangan dapatan

kajiandan rumusan keseluruhan kajian.

8.1 Ringkasan Kajian

Tajuk kajian penyelidikan tindakan yang dijalankan ialah peningkatan

penguasaan penulisan surat kiriman tidak rasmi dengan formula ASIDIBAMBI

dan latih tubi model. Kajian ini dijalankan terhadap murid Tahun 4 di sebuah

sekolah di daerah Hulu Selangor. Kajian yang dijalankan ini memfokuskan

kepada kemahiran menulis karangan berformat surat kiriman tidak rasmi.

Karangan jenis surat kiriman rasmi merupakan satu daripada karangan

pilihan Bahagian B Penulisan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR). Bahagian B ini memberi wajaran 30 markah atau 50 peratus

dalam Bahasa Melayu penulisan. Masa yang diberikan untuk menjawab soalan

bahagian ini ialah 40 minit.

Berdasarkan refleksi pengajaran yang lalu, isu kajian yang dikenal

pasti ialah murid tidak dapat menulis karangan kerana tidak dapat mengingat

format. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengingat

76

Page 77: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

format surat kiriman tidak rasmi dan pada masa yang sama dapat

meningkatkan pencapaian mereka dalam penulisan surat kiriman.

Teknik yang diguna pakai ialah pengaplikasian formula ASIDIBAMBI

dan latih tubi model dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi. Objektif kajian

ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. Objektif

umum kajian adalah bertujuan meningkatkan tahap penguasaan kemahiran

menulis surat kiriman tidak rasmi dalam peperiksaan bahasa Melayu penulisan

Bahagian B.

Terdapat dua objektif khusus dalam kajian ini. Objektif yang pertama

ialah murid dapat mengingati format penulisan karangan surat kiriman tidak

rasmi dengan formula ASIDIBAMBI. Objektif khusus yang kedua ialah

meningkatkan prestasi murid dalam penulisan karangan surat kiriman tidak

rasmi bahasa Melayu dengan menggunakan formula ASIDIBAMBI dan latih

tubi model.

Prosedur tindakan melibatkan empat langkah yang utama iaitu

memperkenalkan formula ASIDIBAMBI, latihan selepas formula

ASIDIBAMBI dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, aktiviti latih tubi

model karangan surat kiriman tidak rasmi dan latihan selepas latih tubi model

karangan surat kiriman tidak rasmi. Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi

77

Page 78: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

dijalankan sebelum intervensi dijalankan dan Ujian Akhir Surat Kiriman

Rasmi dijalankan selepas intervensi.

Instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini

ialah analisis dokumen, temu bual, soal selidik dan ujian. Instrumen yang

digunakan ini dapat membantu untuk menjawab soalan kajian dan seterusnya

melihat keberkesanan formula dan kaedah yang telah dipilih. Terdapat dua

ujian iaitu Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat

Kiriman Rasmi. Soal selidik diberikan kepada murid sebelum dan selepas

intervensi dijalankan. Manakala temu bual dijalankan selepas tindakan.

78

Page 79: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

8.2 Keputusan dan Perbincangan Dapatan Kajian

Soalan pertama kajian ialah dapatkah penggunaan formula

ASIDIBAMBI membantu murid mengingati dan menulis surat kiriman tidak

rasmi dengan menggunakan format yang betul? Terdapat dua instrumen yang

digunakan untuk menjawab soalan ini iaitu analisis dokumen dan soal selidik

Berdasarkan hasil analisis latihan menunjukkan terdapat 14 orang

murid memperoleh pencapaian tahap minimum, 8 orang murid mendapat

pencapaian tahap memuaskan dan 3 orang murid mendapat pencapaian tahap

baik. Hasil analisis latihan yang dijalankan selepas pengaplikasian formula

ASIDIBAMBI menunjukkan peningkatan. Terdapat 9 orang murid mencapai

tahap pencapaian minimum, 11 orang murid mencapai tahap memuaskan dan

seramai 5 orang murid mendapat pencapaian tahap baik. Seterusnya, hasil

analisis latihan surat kiriman tidak rasmi selepas latih tubi model dijalankan

menunjukkan peningkatan dengan seramai 3 orang murid memperoleh

pencapaian tahap cemerlang, 10 orang murid tahap baik dan 12 orang murid

tahap memuaskan. Tiada murid yang memperoleh pencapaian tahap minimum.

Hasil analisis dokumen latihan selepas pengaplikasian formula

ASIDIBAMBI ini menjawab soalan kajian yang pertama. Walaupun

peningkatan tidak begitu ketara, murid yang mendapat pencapaian tahap

minimum berjaya dikurangkan iaitu 14 orang ke 9 orang murid sahaja.

79

Page 80: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Peningkatan ini bersesuaian dengan masa yang diberikan untuk

mengingat formula ASIDIBAMBI. Batasan masa yang singkat serta tanpa

penggunaan bahan multimedia seperti powerpoint, grafik, audia dan video

membataskan ruang untuk murid mengingat dengan lebih baik. Perkara ini

disokong dengan dapatan temu bual iaitu seramai 10 orang murid (50 peratus)

kurang bersetuju dengan penggunaan formula ASIDIBAMBI kerana ruang

masa yang diberikan untuk mengingat format SKTR berdasarkan formula

tersebut tidak mencukupi.

Soalan kedua kajian ialah dapatkah formula ASIDIBAMBI dan latih

tubi model surat kiriman tidak rasmi membantu murid meningkatkan

pencapaian dalam karangan surat kiriman tidak rasmi? Instrumen yang

digunakan untuk menjawab soalan kajian ini ialah ujian dan temu bual.

Terdapat dua jenis ujian yang dijalankan iaitu Ujian Awal Surat

Kiriman Tidak Rasmi dan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi. Skema

penandaan berdasarkan Panduan Pemarkahan Bengkel Penandaan Penulisan

UPSR 2011. Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi menunjukkan 18 orang

murid memperoleh pencapain tahap memuaskan dan 7 orang murid

pencapaian tahap minimum.

80

Page 81: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Dapatan kajian selepas pelaksanaan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak

Rasmi pula menunjukkan seramai 4 orang murid mendapat pencapaian tahap

cemerlang, 7 orang murid mendapat pencapaian tahap baik dan 14 orang

murid memperoleh pencapaian tahap minimum.

Hasil dapatan ujian ini menjawab soalan kedua kajian berkaitan

penggunaan formula ASIDIBAMBI dan latih tubi model surat kiriman tidak

rasmi yang dijalankan dalam meningkatkan pencapaian murid. Dapatan kajian

ini juga disokong oleh hasil analisis temu bual yang telah dijalankan ke atas

responden. Terdapat seramai 20 orang murid (80 peratus) mengatakan formula

ASIDIBAMBI dan latih tubi model dapat membantu meningkatkan

pencapaian penulisan surat kiriman tidak rasmi.

81

Page 82: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

8.3 Rumusan

Kajian ini mendapati bahawa pengaplikasian formula ASIDIBAMBI

dan latih tubi model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan

SKTR. Dapatan kajian menunjukkan pengaplikasian formula ASIDIBAMBI

dan teknik latih tubi model dapat meningkatkan pencapaian murid dalam

penulisan surat kiriman tidak rasmi.

Hasil dapatan ini selaras dengan kajian yang telah dijalankan Rafeah

Ahmad (2003), Mengatasi Masalah Kurang Memahami Format Surat Kiriman

Rasmi dan Tidak Rasmi dalam Karangan Bahasa Melayu Tahun 5 dengan

Pendekatan Latih Tubi. Hasil kajian ini menunjukkan teknik latih tubi

membantu meningkatkan kefahaman murid berkaitan format surat kiriman.

82

Page 83: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Bahagian ini menerangkan cadangan kajian tindakan yang boleh

dijalankan. Berdasarkan analisis pencapaian murid, prestasi murid dalam

Ujian Awal Surat Kiriman Tidak Rasmi mendapati terdapat 18 orang murid

yang mendapat pencapaian memuaskan dan 5 orang murid mendapat markah

pencapaian tahap minimum. Pencapaian murid dapat ditingkatkan berdasarkan

keputusan Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi apabila terdapat seramai 4

orang murid yang mendapat pencapaian cemerlang, 7 orang murid mendapat

pencapaian baik dan 14 orang murid mendapat markah pencapaian

memuaskan. Berdasarkan analisis ujian, tiada murid yang mendapat

pencapaian tahap minimum dalam Ujian Akhir Surat Kiriman Tidak Rasmi.

Kitaran kedua dirancang untuk meningkatkan tahap pencapaian murid.

Analisis dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan masalah utama

murid dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi ialah tidak dapat mengingat

format dan tidak dapat menulis surat kiriman tidak rasmi dengan format yang

betul. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memperkenalkan

formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model kepada murid-murid.

83

Page 84: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Penambahbaikan yang boleh dirancang untuk kitaran kedua kajian

ialah memberikan masa tambahan kepada murid untuk mengingat format surat

kiriman tidak rasmi menerusi penggunaan formula ASIDIBAMBI iaitu ‘Apa’

mewakili alamat, ‘Siapa’ dan ‘Di mana’ mewakili nama penerima dan lokasi,

‘Bagaimana’ mewakili pertanyaan khabar, ‘Mengapa’ merujuk kepada tujuan

penulis menulis surat dan ‘Bila’ mewakili harapan penulis untuk bertemu

penerima surat dan kedudukan tandatangan penulis.

Selain itu, pengulangan atau kekerapan penggunaan formula ini dapat

membantu murid untuk mengingat format surat kiriman tidak rasmi dan pada

masa yang sama membantu murid untuk menghurai setiap perenggan dalam

karangan dengan baik.

Penggunaan media teknologi seperti komputer yang melibatkan

penggunaan persembahan multimedia melalui perisian mahupun powerpoint

juga akan dapat menarik perhatian murid. Penggabungjalinan unsur audio,

video, grafik dan animasi dalam proses mengajar formula ASIDIBAMBI ini

akan dapat membantu murid mengingat pengaplikasiannya dalam SKTR

dengan lebih cepat.

Teknik latih tubi model surat kiriman tidak rasmi merupakan teknik

yang dipilih dalam meningkatkan tahap pencapaian murid. Tempoh

pelaksanaan ditambah kepada lima kali berbanding dua kali mengikut tahap

84

Page 85: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

pencapaian murid dalam surat kiriman tidak rasmi. Murid yang lemah perlu

diberi latih tubi model secara berterusan untuk memastikan peningkatan

pencapaian yang lebih baik. Latihan yang berterusan ini dapat mengukuhkan

tahap kefahaman murid tersebut berkaitan format surat kiriman tidak rasmi.

Setelah intervensi latih tubi model surat kiriman tidak rasmi

dijalankan, latihan surat kiriman tidak rasmi perlu dijalankan. Latihan ini

dijalankan bertujuan memantau peningkatan pencapaian murid dalam

penulisan surat kiriman tidak rasmi. Sekiranya murid telah mahir teknik latih

tubi ini tidak perlu diteruskan dan boleh digantikan dengan latihan surat

kiriman yang berterusan.

Selain itu, penggunaan formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi

model ini juga boleh diaplikasikan dalam penulisan karangan berformat yang

lain.

85

Page 86: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

10.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, proses penyelidikan tindakan yang dijalankan

dapat meningkatkan keyakinan diri seorang guru itu dalam menyelesaikan

masalah yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Perkara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan amalan

profesional guru. Guru juga dapat melatih diri membuat refleksi untuk

mengenal pasti masalah yang berlaku sama ada daripada aspek pengajaran

guru, penggunaan bahan, pemilihan strategi pengajaran dan sebagainya.

Tambahan lagi berdasarkan kajian yang telah dijalankan,

pengaplikasian formula ASIDIBAMBI dan kaedah latih tubi model surat

kiriman tidak rasmi ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran

menulis karangan berformat surat kiriman tidak rasmi. Kaedah latih tubi yang

dijalankan perlu diteruskan untuk mendapatkan hasil pencapaian yang lebih

baik. Oleh itu, kaedah ini boleh diaplikasikan dalam pengajaran karangan

berformat yang lain.

86

Page 87: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Selain itu, kajian tindakan ini memberi pendedahan kepada guru untuk

membuat pemilihan bahan, kaedah, strategi pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas. Pemilihan bahan dan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menyediakan proses

pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik seterusnya meningkatkan

pencapaian murid. Akhirnya, perkara ini menjadi amalan guru dan

menyumbang kepada peningkatan tahap profesionalisme seorang guru dan

profesion seterusnya memartabatkan bidang pendidikan.

87

Page 88: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

SENARAI RUJUKAN

BukuAbdul Rahman Abdul Majid Khan. (2009). Guru Sebagai Penyelidik.

Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (1985). Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi :

Bahasa Dalam Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman. (1986). Mengarang Sebagai Satu Kemahiran. Kuala Lumpur : Penerbitan Saujana Sdn. Bhd.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan –Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw Hill.(Malaysia) Sdn. Bhd.

Don Bryne. (1979). Teaching Writing Skills.London : Longman

Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan- Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Juriah Long dan Rakan-rakan. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamarudin Haji Husin, Siti Hajar Haji Abdul Aziz. (1997). Penguasaan Kemahiran Menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan ; Edisi Ketiga. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM.

Khalid Mohamed Nor.(1993). Belajar Teknik Belajar.Selangor : PTS Mellenie Sdn. Bhd.

Md. Ramli Sabran.(2011). Strategi Penulisan.Petaling Jaya : Mega Setia Emas Sdn. Bhd.

Mohd. Nashuha Jamidin. (1996). Kemahiran Berfikir dan Belajar.Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd.

Noriati A. Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Raminah Haji Sabran dan Rahiim Syam. (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan.Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

88

Page 89: Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi

Kertas KerjaIsahak Haron.(1978). ‘Ke Arah Pembinaan Satu “ Conseptual Framework”

dalam Menulis dan Mengarang Sebagai Panduan Pengajaran dalam Pengajaran di Sekolah dalam Kertas Kerja: Bengkel Pengajaran Bahasa Malaysia Semasa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

TesisHairudin Bin Mohd. Isa. (1999). Satu Analisis Kesilapan Penguasaan

Bahasa dalam Penulisan Karangan di Kalangan Murid-murid Tahun 6. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jamisah Bt Ali. (2001) Analisis Kesalahan dalam Penulisan Surat Kiriman di Kalangan Murid Tingkatan 4. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noor Kamila Bt Abdullah. (1999). Satu Analisis Kesilapan Bahasa dan Format dalam Penulisan Karangan di Kalangan Murid-murid Tahun 4 Sekolah Rendah. Tesis B. Ed Bahasa Melayu. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Raja Mukhtarudin Raja Md.Daim. (1979). Mengajar Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua. Latihan Ilmiah M. A, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Seri Ayu Bt Idris. (2002). Analisis Kesalahan dalam Penulisan Surat Kiriman. Latihan Ilmiah. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Laman SesawangHalimatun Hilmi. (2010). Surat Kiriman Tidak Rasmi. Diperoleh daripada

http://cikguhalimatun.blogspot.com/2010/01/surat-kiriman-tidak-rasmi.html

Artikel Azmi Misron. (11 April 2006). Surat Kiriman Tidak Rasmi. Minda Pelajar.

(BIL 622)

89