6
Page 1 PILIHAN RAYA KECIL SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM KE 13 Pilihan Raya Kecil Kuala Besut Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N1 Kuala Besut Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 24 Julai 2013. Hari pencalonan ialah 12 Julai, manakala pengundian awal dijalankan pada 20 Julai 2013. Kerusi DUN Kuala Besut menjadi kosong selepas kematian ADUNnya A. Rahman bin Mokhtar pada 26 Jun 2013 akibat barah peparu. Beliau baru sahaja mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) bagi pihak Barisan Nasional (UMNO). Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengadakan mesyuarat khasnya pada 5 Julai 2013 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut:- Tarikh Pengeluaran Writ : 5 JULAI 2013 Tarikh Notis Pilihan Raya : 6 JULAI 2013 Tarikh Penamaan Calon : 12 JULAI 2013 Tarikh Pengundian Awal : 20 JULAI 2013 Tarikh Pengundian Biasa : 24 JULAI 2013 Pilihan raya kecil ini ditandingi Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman daripada BN-UMNO dan Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long, yang mewakili PAS bagi pihak Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya merupakan muka baharu. Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama

Pilihan Raya Kecil selepas PRU13

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PRK Kuala Besut & PRK Sungai Limau

Citation preview

Page

1

PILIHAN RAYA KECIL SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM KE 13

Pilihan Raya Kecil Kuala Besut

Pilihan raya kecil Kuala Besut 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N1 Kuala Besut

Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 24 Julai 2013. Hari pencalonan ialah 12 Julai,

manakala pengundian awal dijalankan pada 20 Julai 2013. Kerusi DUN Kuala Besut menjadi

kosong selepas kematian ADUNnya A. Rahman bin Mokhtar pada 26 Jun 2013 akibat barah

peparu. Beliau baru sahaja mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia

2013 (PRU-13) bagi pihak Barisan Nasional (UMNO). Suruhanjaya Pilihan Raya yang

mengadakan mesyuarat khasnya pada 5 Julai 2013 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti

berikut:-

Tarikh Pengeluaran Writ : 5 JULAI 2013

Tarikh Notis Pilihan Raya : 6 JULAI 2013

Tarikh Penamaan Calon : 12 JULAI 2013

Tarikh Pengundian Awal : 20 JULAI 2013

Tarikh Pengundian Biasa : 24 JULAI 2013

Pilihan raya kecil ini ditandingi Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman daripada BN-UMNO

dan Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long, yang mewakili PAS bagi pihak

Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya merupakan muka baharu.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 bagi bahagian pilihan

raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama

Page

2

2012, Suku Tahun Kedua 2012, Suku Tahun Ketiga 2012, Suku Tahun Keempat 2012 dan Daftar

Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 yang telah dikemaskini sehingga 26 Jun 2013.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 17,683 pemilih berdaftar yang terdiri dari 16,534 orang

pemilih biasa, 1,134 orang tentera dan pasangan, 14 orang polis dan seorang pengundi tidak

hadir luar Negara.

Ini merupakan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU-13. Ia berkemungkinan menjadi satu

pilihan raya kritikal, kerana BN hanya mendapat kelebihan dua kerusi untuk membentuk

kerajaan negeri Terengganu 2013. Kemenangan PAS akan menyaksikan parlimen tergantung

dengan kedua-dua parti campuran memiliki 16 kerusi dan kemungkinan pilihan raya negeri

baharu.

Keputusan Pilihan Raya

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada

pilihan raya kecil DUN itu dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku

Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat

5,696 undi.

Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A

Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh majoriti 2,592

berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Page

3

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut 2013

Parti Calon Undi % ±%

Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman 8,288

Pakatan Rakyat Azlan Yusof 5,696

Undi Rosak 125

Majoriti 2,592 +158

Peratusan mengundi 13,188 79.8% -6.7%

Page

4

Pilihan Raya Kecil Sungai Limau

Pilihan raya kecil Sungai Limau 2013 diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi N20 Sungai

Limau Dewan Undangan Negeri Kedah pada 4 November 2013. Hari pencalonan ialah 23

Oktober 2013. Kerusi DUN Sungai Limau menjadi kosong selepas kematian bekas Menteri

Besar Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negerinya, Azizan Abdul Razak pada 26 September

2013 akibat komplikasi jantung dan kencing manis. Tan Sri Azizan merupakan seorang wakil

rakyat dari Parti Islam Se-Malaysia dan Menteri Besar Kedah yang pertama dari PAS.

Terdahulu, Azizan adalah wakil rakyat kawasan tersebut dan telah menang PRU-13 dengan

majoriti 2,774 undi dalam pertandingan empat penjuru. Oleh itu, bagi menggantikan tempat

beliau, pilihanraya kecil diadakan semula. Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengadakan

mesyuarat khasnya pada 3 Oktober 2013 telah menetapkan tarikh-tarikh seperti berikut :-

Tarikh Pengeluaran Writ : 3 OKTOBER 2013 (KHAMIS)

Tarikh Notis Pilihan Raya : 4 OKTOBER 2013 (JUMAAT)

Tarikh Penamaan Calon : 23 OKTOBER 2013 (RABU)

Tarikh Pengundian Biasa : 4 NOVEMBER 2013 (ISNIN)

Pada 21 Oktober, Barisan Nasional telah membuat pengumuman bahawa Dr Ahmad Sohaimi

Lazim, seorang pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dinamakan sebagai calon

Barisan Nasional manakala PAS menamakan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Abdul

Samad sebagai calon dari parti PAS. Pilihan raya ini telah melihat sebagai satu bentuk

referendum terhadap Menteri Besar Kedah terkini dari Barisan Nasional, Mukhriz Mahathir yang

baru-baru ini gagal dalam usahanya untuk dipilih sebagai naib presiden UMNO dalam pemilihan

UMNO pada 19 Oktober 2013.

Page

5

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 bagi bahagian pilihan

raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama

2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang telah dikemaskini sehingga 26 September 2013.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 27,222 pemilih berdaftar yang terdiri dari 27,220 orang

pemilih biasa dan 2 orang pengundi tidak hadir luar Negara. Untuk pilihan raya kecil N20 Sungai

Limau, Kedah, tidak ada pengundi-pengundi dalam kategori pengundi awal, iaitu anggota tentera

dan polis dalam senarai Daftar Pemilih.

Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dibuka

bermula pukul 8 pagi bagi membolehkan 27,222 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab

mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.

Keputusan Pilihan Raya

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti

Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,084 undi.  Calon Pas, Mohd.

Azam Abd. Samat yang mendapat 12,069 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr.

Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,985 undi.

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid

Othman. Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan

majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul

Aziz berjumlah 2,774 undi. Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi

berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.

Page

6

Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, mengikut pilihan raya 2013

Parti Calon Undi % ±%

Pakatan Rakyat Mohd Azam Samad 12,069 51.91 ▼2.69

Barisan Nasional Ahmad Sohaimi Lazim 10,985 47.25 ▲4.04

Undi Rosak 195 0.84

Majoriti 1,084 4.66 ▼6.73

Peratusan mengundi 23,249 85.41 ▼3.81

Pakatan Rakyat pemegang Ayunan ▼3.37