Upload
meor-zabidin
View
1.061
Download
17
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS KERJA
____________________________________________________
KEJOHANAN FUTSAL PADANG TERBUKA 5 SEBELAH
MSSD DAERAH KINTA UTARA 2015
______________________________________________________________
TARIKH :
14 NOVEMBER 2015
TEMPAT :
PADANG BOLA SEPAK SK TASEK DERMAWAN
ANJURAN :
KELAB BOLA SEPAK
SK TASEK DERMAWAN
DENGAN KERJASAMA :
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
DAN
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA UTARA
PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SK
Tasek Dermawan dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG )
Kelab Bola Sepak SK Tasek Dermawan akan menganjurkan pertandingan futsal
padang 5 sebelah terbuka bawah 11 tahun di daerah kinta utara . Program ini di
harap dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk dijadikan sebagai pasukan pelapis
pada masa akan datang. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi
peluang kepada pelajar melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan selaras
dengan Program “1 Murid 1 Sukan” yang dilancarkan oleh kerajaan.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utama program adalah untuk menarik minat pelajar untuk melibatkan
diri secara aktif dalam kegiatan sukan dan permainan. Di samping itu program ini
dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar
boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti pasukan
SK Tasek Dermawan mampu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di
peringkat Zon dan Negeri.
Sehubungan dengan itu, Kelab Bola Sepak SK Tasek Dermawan tidak mahu
membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing
dan menggerakkan pelajar agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan
menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai
sesebuah pertandingan.
3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri
dalam sesebuah kumpulan.
3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab
dalam sesebuah pasukan.
3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang ialah 14 November 2015 iaitu pada hari Sabtu pagi
sehingga tamat .
4.2 Dilaksanakan selama 1 hari
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi sehingga petang.
4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1
5.0 TEMPAT
5.1 Padang SK Tasek Dermawan Kampung Tersusun Tasek Bercham
6.0 PERASMIAN
Program Kejohanan Futsal Padang 5 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Guru
Besar SK Tasek Dermawan Pn. Hjh Norihani Bt Abdullah . Ia akan berlangsung di
Padang Bolasepak SK Tasek Dermawan. Guru Besar akan memberi ucapan ringkas
sekaligus merasmikan program ini.
7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN
7.1 Jumlah pasukan : 16 pasukan
7.2 Jumlah AJK pertandingan: 15 orang
8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat : Pn Hjh Norihani Bt Abdullah
JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi Program : En Badrol Hasni B Abdullah Sani
Naib Pengerusi : Pn Hjh Shamshul Mardziyah Bt Ramli
Setiausaha : En Meor Zulkernaen B Zabidin
Bendahari : En Muhammad Wira B Mohd Rodzi
Pengerusi Majlis : En Ahmad Fadzli B Abdul Aziz
AHLI JAWATANKUASA
AJK Minuman : En Mohd Dzulkifly B Musanif
AJK Piala & Medal : En Mohd Ikhmal B Mukhtar
AJK Pertandingan : En Hasrunnaim B Ahmad
AJK Keselamatan & Disiplin : En Mohamad Azahar B Adnan
AJK Kebajikan : En Ahmad Khusyairi B Shuib
AJK Pengurusan Padang : En Nor Azlan Shah B Mohd Redhun
AJK Promosi : En Basri B Abdullah
9.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Lampiran A
10.0 FORMAT PERTANDINGAN
Lampiran B
11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Futsal Padang 5 Sebelah
Bawah 11 tahun SK Tasek Dermawan
JAWATANKUASA Kelab Bolasepak SK Tasek Dermawan
TAJUK PROGRAM Kejohanan Futsal Padang 5 Sebelah Bawah 11 Tahun SK Tasek
Dermawan
JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )
MATLAMAT ATAU
PENCAPAIAN
PROGRAM
Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam
menyertai sesebuah pertandingan.
Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu
menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.
Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi,
bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai
aktiviti ini.
Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-
strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam
kumpulan.
Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis
sikap mementingkan diri sendiri.
Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi
dan sosial.
ANJURAN Kelab Bola Sepak SK Tasek Dermawan
TARIKH 14 NOVEMBER 2015 ( SABTU )
TEMPAT Padang Bola Sepak SK Tasek Dermawan
BIL. PASUKAN 16 pasukan
ANGGARAN KOS RM 960.00
12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN
ULASAN PENASIHAT :
TANDATANGAN & COP : _________________________
TARIKH : ______________________
13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)
14.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini tercapai.
Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. Sekian, Terima
kasih.
LAMPIRAN A
ANGGARAN BELANJAWAN
ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 960.00
Jumlah Permohonan RM 960.00
ANGGARAN PERBELANJAAN:
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH
Promosi
- Banner 1 unit RM 100.00 RM 100.00
Hadiah ( Medal )
Sijil
- Penghargaan
- Penyertaan
40 buah
40 keping
120 keping
RM 5.00
RM 0.50
RM 0.50
RM 200.00
RM 20.00
RM 60.00
Pengadil
- Pengadil 1hari x 4orang RM 50.00 RM 200.00
Makanan
- Jamuan Mesyuarat
Penyelarasan
- Tong Air
20 orang
2 Tong
RM 4.00
RM 10.00
RM 80.00
RM 20.00
PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH
Hadiah
Tempat pertama
- Wang tunai
Tempat kedua
- Wang tunai
Tempat ketiga
- Wang tunai
RM 100.00
RM 80.00
RM 50.00
First Aids 1 kotak RM 50.00 RM 50.00
Kos Luar Jangka
JUMLAH KESELURUHAN RM 960.00
Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
MEOR ZULKERNAEN B ZABIDIN
Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
BADROL HASNI B ABDULLAH SANI
Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
PN HJH NORIHANI BT ABDULLAH
Permohonan diluluskan oleh :
.........................................................
PENAUNG
EN SHAMSUL KAMAR B HAMID
LAMPIRAN A
BORANG PENDAFTARAN
KEJOHANAN FUTSAL PADANG TERBUKA
ANJURAN KELAB BOLA SEPAK SK TASEK DERMAWAN
Nama Sekolah : ____________________________________
Nama Pengurus : ____________________________________
No. Telefon Bimbit : ____________________________________
Nama Jurulatih : ____________________________________
BIL NAMA PEMAIN NO SIJIL LAHIR NO JERSEY
1
2
3
4
5
6
7
8
Saya/Kami ingin meyertai kejohanan seperti yang dinyatakan dan menyerahkan yuran penyertaan bernilai RM 60.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja).
** Nota : * Borang ini hendaklah dilengkapkan dan diserahkan pada hari pertandingan .
* Kepilkan bersama Salinan Sijil Lahir
LAMPIRAN B
SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL PADANG5 SEBELAH DAERAH KINTA UTARA 2015
1. PENGENALAN
Kejohanan ini dikenali sebagai Pertandingan Futsal Padang 5 sebelah daerah kinta utara
Keseluruhan pertandingan akan diadili oleh pengadil bertauliah yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.
2. PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :
o Semua kejadian perkara – perkara bukan teknikal akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM KEJOHANAN .
o Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Futsal Padang 5 Sebelah Daerah Kinta Utara berasaskan kepada peraturan-peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Bolasepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamad.
Selain dari peraturan di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah BERHAK MEMINDA PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN, selaras dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.
3. TARIKH
14 November 2015 ( Sabtu )
4. TEMPAT
Padang Sekolah Kebangsaan Tasek Dermawan Bercham ( SKTD )
5. PENYERTAAN
Penyertaan untuk 16 pasukan terawal sahaja.
6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI
Setiap pasukan mestilah terdiri daripada : o Seorang Pengurus pasukano Seorang Jurulatiho Minimum 5 pemain, 3 pemain simpanan
Semua pemain dikehendaki membawa salinan kad pengenalan atau Surat Lahir pada hari pertandingan.
Pemain yang didaftarkan namanya di dalam borang pendaftaran sahaja yang dibenarkan mengambil bahagian.
Senarai pemain yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad. Pemain yang didaftarkan untuk kejohanan ini hanya layak bermain untuk satu (1) pasukan sahaja. Jika pemain tersebut mewakili pasukan lain dan didapati bersalah, maka pasukan yang diwakili pemain tersebut akan disingkirkan terus daripada kejohanan.
7. FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN
o 16 Pasukan akan diundi ke dalam enam (4) kumpulan dengan maksimum empat (4) pasukan dalam setiap kumpulan.
o Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara liga satu pusingan.o Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan layak ke peringkat kalah keluar
(knock-out stage) sehingga ke peringkat perlawanan akhir.
8. PERATURAN PERTANDINGAN
Memulakan Perlawanan o Setiap pasukan mestilah mempunyai lima (5) pemain termasuk seorang
Penjaga Gol. Sekiranya kurang dari lima (5) pemain bagi salah satu pasukan berada di gelanggang apabila pengadil memerintahkan perlawanan dimulakan pada masa yang dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai lima (5) pemain yang berada di dalam gelanggang akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 dan diberikan tiga (3) mata.
Waktu Bermula Sesuatu Perlawanano Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam
jadual pertandingan rasmi.
Penggantian Pemaino Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution).
Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.
o Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa bola dalam permainan :
Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon penggantian.
Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendaklah keluar telah melintasi garisan tepi.
Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.
Tempoh Masa Perlawanan o Masa perlawanan adalah 5 minit x 1 minit x 5 minit (Running Time)
Kelewatan
o Sekiranya mana-mana Pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain selepas 5 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover).
o Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga (3) mata dan jaringan tiga (3) – kosong (0).
PAKAIAN, WARNA DAN NOMBOR JERSI o Semua pasukan wajib mendaftar sekurang- kurangnya dua (2) set jersi
yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi yang wajib dipakai semasa menjadi Pasukan Tuan Rumah. Pasukan Tuan Rumah adalah nama pasukan yang disebut dahulu didalam jadual pertandingan.Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada warna jersi Pasukan Tuan Rumah.
o Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Tuan Rumah tidak memakai warna jersi yang diisytiharkan, maka Pasukan Tuan Rumah Wajib menukar warna jersinya. Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Pelawat memakai warna jersi yang sama dengan Pasukan Tuan Rumah, maka Pasukan Pelawat yang wajib menukarkan warna jersinya.
o Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor tetap sepanjang kejohanan, seluar yang sesuai, stoking panjang dan wajib memakai shin guard.
o Hanya kasut futsal dan bersesuaian sahaja dibenarkan .
9. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN
Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar gelanggang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar.
Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang kerana pergaduhan akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini.
Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk dua (2) perlawanan seterusnya. Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang sama dan seterusnya mendapat kad merah, tidak boleh bermain untuk satu (1) satu perlawanan seterusnya.
Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berlainan tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya.
Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan gelanggang boleh digantikan dengan pemain lain setelah tamat tempoh dua (2) minit permainan dijalankan.
Pengurus/Jurulatih bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatanpasukan masing-masing.
10. PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS
Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri dan tiada (0) mata bagi pasukan yang kalah.
Dalam pertandingan liga satu pusingan atau peringkat kumpulan, penentuan pasukan teratas atau pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan hirarki seperti berikut :-
o Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
o Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
o Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama :
o Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira sebagai pemenang, jika seri :
o Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang secara SUDDEN DEATH secara bergilir-gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.
Dalam perlawanan kalah mati atau perlawanan akhir atau, penentu pemenang adalah mengikut hirarki seperti berikut :
o Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa permainan, jika seri :
o Jika kedudukan masih seri sehingga tamat perlawanan sepenuh masa, tiga (3) sepakan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
o Jika masih seri, satu sepakan penaltisecara SUDDEN DEATH akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
11. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI MENYERAH KALAH /MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA
Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh memberikan kemenangan percuma kepada pihak lawannya untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung.
Setiap pasukan dimestikan meneruskan permainan dalam semua perlawanan walau pun telah layak untuk ke pusingan kalah mati.
Perlawanan yang ditunda atau dihentikan : o Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan atau
ditangguhkan kerana sebab-sebab luar jangka atau bencana alam, kekurangan kawalan keselamatan perlawanan atau sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Pertandingan hendaklah membuat keputusan yang mana keputusannya adalah muktamad.
o Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.
menarik diri / memberi kemenagan percuma : o Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal
menurunkan minimum lima (5) orang pemain pada masa permulaan perlawanan atau;
o Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang sebelum tamatnya perlawanan, atau;
o Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau;o Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam
pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa Pengelola, Pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan semua keputusan mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira.
12. RAYUAN DAN BANTAHAN
Rujuk Peraturan Umum.
13. LAIN-LAIN HAL
Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.
Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana-mana undang-undang atau syarat atau peraturan penyertaan dan pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk kepada keputusan pihak Jawatankuasa Pengelola.
Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah mana-mana jadual, peraturan, syarat, dan undang-undang perlawanan secara serta merta.
14. TARIKH TUTUP PENYERTAAN
. Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 14
November 2015
. Tarikh pengundian akan diadakan pada 4 November 2015 di Bilik Mesyuarat
Sekolah Tasek Dermawan
LAMPIRAN C
SK TASEK DERMAWAN KAMPUNG TERSUSUN TASEK
31400 BERCHAM IPOH PERAK DARUL RIDZUAN
..........................................................SK Tasek Dermawan Ruj Kami :31400 Bercham Ipoh Tarikh :Perak
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN FUTSAL PADANG 5 SEBELAH SK TASEK DERMAWAN
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh : 4 November 2015
Masa : 2.30 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tasek Dermawan .
Pengerusi : Guru Besar SK Tasek Dermawan
3. Agenda Mesyuarat:
3.1 Ucapan Pengerusi.3.2 Ucapan Pengerusi Teknik Bolasepak Kinta 3.3 Maklumat Pertandingan3.4 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.3.5 Kewangan.3.6 Hal-hal lain.
4. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
.......................................................