Upload
rezani-mohd
View
239
Download
14
Embed Size (px)
Citation preview
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN FUTSAL
PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT
TAHUN 2012
1. Pengenalan
Pertandingan Futsal Pendidikan Khas ini diadakan bagi merealisasikan hasrat dan
menyahut Moto Perdidikan Khas iaitu “Kecermelangan Insan Istimewa Kegemilangan
Bersama ”. Tuntutan untuk menyediakan kesamaratan juga menjadi tanggungjawab
dalam memastikan murid-murid istimewa diseluruh negara mencapai tahap yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
2. Rasional
Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Daerah Segamat diadakan kerana aktiviti ko-
kurikulum iaitu satu murid satu sukan dan merupakan satu landasan ke arah
kecemerlangan kurikulum, ianya juga memberi peluang kepada murid-murid istimewa
daripada pelbagai kategori mempertingkatkan potensi diri serta bakat dan memupuk
minat murid terhadap aktiviti sukan dan permainan. Melalui pertandingan ini pelajar
akan dapat turut serta di dalam pertandingan sama seperti pelajar-pelajar normal.
3. Matlamat
Pertandingan ini dianjurkan sebagai satu usaha dalam mempertingkatkan lagi kejayaan
aktiviti-aktiviti Pendidikan Khas disamping menambahbaik prestasi dan mencungkil
potensi diri murid-murid berkeperluan khas serta mendedahkan pelajar kepada aktiviti
sukan dan permainan.
4. Objektif
3.1 Mencungkil bakat pelajar khas di dalam aktiviti sukan bola jaring.
3.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk turut serta dalam aktiviti ko-
kurikulum.
3.3 Memberi kemahiran dan pengalaman bermain bola jaring kepada pelajar
pendidikan khas.
3.4 Membina semangat kesukanan yang positif kepada pelajar pendidikan
khas.
3.5 Meningkatkan hubungan silaturahim pelajar-pelajar dan guru-guru daerah
Segamat.
5. Tarikh / Masa
10 April 2012 (Selasa)
7.30 pagi
6. Tempat
Gelanggang Futsal UITM Segamat.
7. Sasaran
Pelajar Pendidikan Khas lelaki bermasalah pembelajaran dan pendengaran dari
sekolah rendah dan menengah daerah Segamat.
8. Kewangan sumber dan perbelanjaan
Sumber kewangan daripada Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah
Segamat, Johor.
Anggaran Perbelanjaan
Bil Perkara Jumlah ( RM )
1. Fotostat RM 30.00
2. Hadiah RM 300.00
3. Air mineral RM 20.00
5. Ink / toner RM 15.00
6. Runcit RM 50.00
7. Sijil RM 100.00
8. Sewa Khemah/ gelanggang RM 250.00
JUMLAH RM 765.00
Anggaran perbelanjaan ini bergantung kepada mesyuarat dan keperluan semasa.
9. Jawatankuasa Pertandingan Bola Jaring Suaian Pendidikan Khas Peringkat
Daerah Segamat 2012
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : En. Yasiran Bin Maskom Pegawai Pelajaran Daerah Segamat
Penasihat : En. Masnawi Bin ShamsuddinPPPD Pendidikan Khas Daerah Segamat
Pengerusi : En. Zulkfelee Bin Esa Guru Besar, SK Batu Anam
Timbalan Pengerusi : En. Zurayushazman Bin IsmailGPK KO-K0 SK Batu Anam
Setiausaha : En. Mohd Faizal Bin Mohd IsaGuru Pendidikan Khas, SK Batu Anam
Naib Setiusaha : Pn. Nor Hayati Binti AhmadPenyelaras Pendidikan Khas, SK Batu Anam
Bendahari : En. Hasemaruddin bin AbdullahGuru Pendidikan khas, SK Batu Anam
JAWATANKUASA KERJA
Jawatankuasa Pendaftaran/Urusetia : SK BATU ANAM
Jawatankuasa Buku Program : SK HWA NAN
Jawatankuasa Dokumentasi : SMK PALONG TIMUR
Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan : SK BANDAR PUTRA
Jawatankuasa Teknik Alatan dan Pensiapan Tempat.: SK BATU ANAM
Jawatankuasa Makanan/Tempahan Makanan : SMK PADUKA TUAN
Jawatankuasa Siaraya : SK BULOH KASAP
Jawatankuasa Sijil dan Hadiah : SK DATUK WAN IDRIS
Jawatankuasa Kecemasan : SK JEMENTAH
Jawatankuasa Alatan AM : SMK JEMENTAH
Jawatankuasa Kebersihan : SK LKTP PALONG TIMUR
Jawatankuasa Pemilihan : SJKC JEMANTAH
Jawatankuasa Penutup : SK LKTP MEDOI
Jawatankuasa Pengadil Pertandingan : SK TAR
BIDANG TUGAS (rujuklampiran3 )
10. Syarat-syarat Am Pertandingan
9.1 Terbuka kepada murid pendidikan khas lelaki bermasalah
pembelajaran dan pendengaran
9.2 Kategori
9.2.1 JUNIOR - 14 tahun kebawah
9.2.2 SENOR - 15 – 19 tahun
11. Peraturan Kejohanan
11.1 undang-undang permainan
11.1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Futsal sepertimana yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semasa.Segala perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini akan diputuskan mengikut Peraturan Am Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.
11.2 Jenis Pertandingan
11.2.1 Pertandingan secara berpasukan ( 7 orang sepasukan)
11.3 Sistem pertandingan
11.3.1 Pertandingan liga
11.3.1 Separuh akhir / akhir pertandingan kalah mati.
11.4 Masa permainan
11.4.1 Masa bermain ialah 14 minit rehat 2 minit.
Sukuan 1 Rehat Sukuan 2
7 minit 2 minit 7 minit
11.4.1 Sekiranya terdapat seri pada perlawanan kalah mati tendangan
panalti akan dijalankan ( 3 orang pemain).
11.5 Cara menentukan keputusan
11.5.1 Cara memberi mata
- Menang - 3
- Seri - 1
- Kalah - 0
11.5.2 Sekiranya menang tanpa bertanding mata 3 dengan jaringan 3-0.
11.6 Pakaian
11.6.1 Setiap pasukan mesti mempunyai 2 set pakaian serangam (jersi).
11.6.2 Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, pasukan
yang tercatat dahulu dalam jadual pertandingan hendaklah
menukar warna bajunya bagi permainan itu.
11.7 Kelewatan
11.7.1 Hanya 15 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat
dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemengan percuma
dengan 3 mata dengan bilangan gol ialah 2-0
11.8 Bantahan
11.8.1 Sekiranya selepas tamat perlawanan pasukan itu ingin membuat
bantahan, sertakan bathan bertulis yang ditandatangani oleh
Pengurus Pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha
Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada 10 minit selepas
perlawanan dengan bayaran RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu
Ratus Sahaja). Wang itu tidak akan dikembalikan jika didapati
bantahan itu tidak berjaya.
12. Tentatif Pertandingan
7.30 pagi : Pendaftaran para peserta
8.00 pagi : Taklimat Pertandingan pengadil dan peserta
8.30 pagi : Permainan peringkat liga
11.00 pagi : Keputusan peringkat liga
11.15 pagi : Permainan peringkat suku akhir/seperuh akhir
12.15 pagi : Permainan peringkat akhir
1.00 tengahari : Penyampaian hadiah /sijil
13. Penutup
Secara keseluruhannya,diharap pertandingan futsal pendidikan khas daerah Segamat
tahun 2012 ini akan berlangsung dengan meriah, bersemangat kesukanan dan dengan
jayanya. Pertandingan ini juga sekali gus berjaya memilih peserta yang akan mewakili
Segamat ke peringkat Negeri Johor seterusnya mewakili negeri untuk pertandingan
peringkat Kebangsaan tahun 2012.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
............................................ ..........................................
(Mohd Faizal Bin Isa) ( Zurayushazman Bin Ismail ) GPK KOKO
SK Batu Anam, Segamat
Diluluskan oleh,
................................................( En Zulkfelee Bin Esa )
Guru BesarSK Batu Anam Segamat
BORANG PENDAFTARAN
PERTANDINGAN FUTSALPENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT
2012
NAMA SEKOLAH :
NAMA PENGURUS PASUKAN : TEL:
NAMA GURU PENGIRING : TEL:
Bil Nama MuridNo.
JersiNo. OKU No. SB/ KP
1.
2
3.
4
5
6.
7.
Saya akui segala maklumat yang diberikan adalah benar dan pihak kami berjanji akan mematuhi segala syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
---------------------------------- -----------------------------------( ) ( )
Tarikh: Tarikh:
No perlawanan :
PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DEARAH SEGAMAT 2012FUTSAL
BORANG PERTANDINGAN
SEKOLAH : ______________________________________KATEGORI : __________________PENGURUS : ______________________________________wARNA JERSI : 1. ________________JURULATIH : ______________________________________
PEMAIN UTAMABIL NAMA NO JERSI POSISI KAD OKU
12345
PEMAIN SIMPANANBIL NAMA NO JERSI POSISI KAD OKU
12
TandatanganPengurus :
________________________________( )