Upload
guest71b30b
View
19.956
Download
18
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Nota kuliah
Citation preview
TAJUK 1
PENGENALAN KEPADA GERAK KERJA
KOKURIKULUM SEKOLAH
SUBTOPIK
Konsep, Matlamat dan Strategi Pelaksanaan Gerak Kerja Kokurikulum
Komponen/Bidang Gerak Kerja Kokurikulum
Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum
SUBTOPIK
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan Gerak kerja Kokurikulum di Sekolah
Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Rendah
Pengenalan kepada GERKO
SEKOLAH
Sebuah institusi pendidikan
Tempat murid/pelajar menerima ilmu
Menyediakan aktiviti
Menyediakan pengalaman dalam proses P&P
Pengenalan kepada GERKO
Aktiviti & Pengalaman
Bilik darjah / makmal / luar bilik darjah
Perseorangan / berkumpulan
Dilakukan sama ada secara
Di dalam
Pengenalan kepada GERKO
Dua konsep yang dikaitkan dengan
proses P&P
KURIKULUM
KOKURIKULUM
Pengenalan kepada GERKO
Aktiviti, proses & isi kandungan P&P yang dilakukan dalam bilik darjah
Kadang-kali juga dilaksanakan di luar bilik darjah (seperti m/p Sains, Geografi, Sejarah)
Menjurus kepada matapelajaran akademik
KURIKULUM
Pengenalan kepada GERKO
Aktiviti & pengalaman pendidikan yang dilakukan di luar bilik darjah
Kadang-kala ada juga yang dilaksanakan di dalam bilik darjah
Berasaskan mata pelajaran akademik dan mata pelajaran bukan akademik
KOKURIKULUM
Pengenalan kepada GERKO
Lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung @ tidak formal
Lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dsbnya
Juga dikenali sebagai kurikulum tersembunyi
KOKURIKULUM
Pengenalan kepada GERKO
Pada asanya, GERKO merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti ini
Mengikut Md. Aris Mansor (1985), GERKO merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan kepelbagaian gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan
Pengenalan kepada GERKO
Kurikulum dan Kokurikulum ini saling lengkap-melengkapi bagi menghasilkan insan yang seimbang dalam aspek JERI selaras dengan kehendak sistem pendidikan di negara kita
Pengenalan kepada GERKO
Aktiviti GERKO telah lama diperkenal dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini (sejak zaman penjajahan British lagi)
GERKO diberi penekanan oleh KPM seperti yang terkandung dalam surat
arahan School Course of Studies Regulations 1956 dan Pindaan Tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961, No. 552)
Pengenalan kepada GERKO
Pada tahun 1985, mata pelajaran kokurikulum diajar dan dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan di sekolah rendah
Konsep, Matlamat & Strategi Pelaksanaan GERKO
Subtopik 1
Konsep GERKO
Merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah
Boleh dijalankan di dalam & di luar bilik darjah (mengikut kesesuaian)
Setiap pelajar harus melibatkan diri
Asasnya
Konsep GERKO
Boleh menyediakan pengetahuan & pengalaman bagi perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani & pembentukanan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif Dengan andaian pelajar tidak akan mendapat
pengalaman tertentu jika hanya berada di dalam bilik darjah sahaja
Asasnya
Konsep GERKO Sebagai satu bidang pendidikan,
penglibatan yang aktif daripada semua pihak (pelajar, masyarakat, pendidik) adalah perlu.
Ini adalah berasaskan kepada anggapan :- Semua murid harus mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani & rohani)
Konsep GERKO Semua murid mempunyai minat dan bakat
yang boleh dimajukan. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik
diri sendiri Sekolah bertanggungjawab bagi melahirkan
murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara
Masyarakat juga bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan
Matlamat GERKO
Seorang pelajar dididik dengan pelbagai ilmu &
pengetahuan
Untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan
harmonis
Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat.
Matlamat GERKO
MATLAMAT UTAMA
Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK)
Matlamat GERKO
Memberi keseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sahsiah murid
Mengukuhkan interaksi & integrasi di kalangan murid dalam GERKO yang mereka ceburi
Memberi pengukuhan & pengayaan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta meluaskan pengetahuan & pengalaman murid dalam bidang tertentu
MATLAMAT LAIN
Matlamat GERKO
Meningkatkan minat, bakat & kemahiran murid dalam GERKO yang diceburi
Meransang pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan & kesejahteraan diri
Meningkatkan tahap disiplin murid melalui penyemaian & pemupukan nilai & sikap positif, selaras dengan hasrat Rukun Negara
MATLAMAT LAIN
Matlamat GERKO
Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik & menggembirakan murid
Meningkatkan penglibatan kerjasama & sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat
MATLAMAT LAIN
• Perseimbangan– Perkembangan mental & sahsiah
• Pengukuhan (Pengayaan)– Interaksi dan integrasi murid– Yang dipelajari dalam bilik darjah
• Peningkatan– Minat, bakat & kemahiran murid– Disiplin murid– Suasana sekolah yang lebih menarik– Penglibatan ibu bapa & masyarakat
• Pengisian– Masa lapang murid
Ringkasan Matlamat
Strategi Pelaksanaan GERKO
Apakah strategi yang anda boleh jalankan bagi mencapai matlamat GERKO ??
Strategi Pelaksanaan GERKO
Semua pihak bersetuju bahawa kokurikulum sangat penting
Sehubungan itu, pengurusan kokurikulum yang lebih cekap perlu diberi penekanan supaya kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan
Strategi Pelaksanaan GERKO
Pentadbir, pengurus dan guru sekolah perlu merancang GERKO yang dilaksanakan di sekolah
Keberkesanan pelaksanaan GERKO di sekolah bergantung kepada perancangan, strategi pelaksanaan dan penyeliaan yang teliti daripada semua pihak
Strategi Pelaksanaan GERKO
Memberi Wajaran yang sesuai kepada GERKO
seupaya kurikulum dan GERKO boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah
Penghargaan kepada murid dan pihak lain dari semasa ke semasa
Strategi Pelaksanaan GERKO
Menambahkan lagi bilangan & mempelbagaikan GERKO Dengan tujuan memberi peluang
kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai
Strategi Pelaksanaan GERKO
Melibatkan Murid dari semua kaum untuk tujuan
pemupukan perpaduan Murid dan pihak sekolah dalam gerak
kerja khidmat masyarakat JBPS, PIBG, guru-guru dan murid-
murid dalam prancangan & pelaksanaan GERKO
Strategi Pelaksanaan GERKO
Merancang dengan teliti GERKO bagi menetapkan matlamat
yang dikehendaki Merekod dan menilai
Kemajuan GERKO yang dijalankan
Strategi Pelaksanaan GERKO
Mengadakan Pertandingan dengan melibatkan
semua murid Penyeliaan dan penilaian yang
sistematik secara berterusan
Komponen/Bidang Gerko
Subtopik 2
Komponen/Bidang GERKO
Tahukah anda ada berapa kategori/komponen GERKO ??
Komponen/Bidang GERKO
Terdapat 3 komponen/Bidang GERKO, iaitu :-
Sukan (Olahraga dan Permainan) Persatuan / Kelab Unit Beruniform / Pasukan Pakaian
Seragam
Komponen/Bidang GERKO
Bidang Unit Beruniform/Pasukan Pakaian Seragam SR dan SM boleh menubuhkan unit
beruniform mengikut keperluan setempat, kemudahan peralatan, personal @ jurulatih dan kemudahan sedia ada di sekolah bagi mengendalikan dan melaksanakan aktiviti setiap unit beruniform
Komponen/Bidang GERKO
Bidang Unit Beruniform/Pasukan Pakaian Seragam Antara unit beruniform yang boleh
ditubuhkan:- Pengakap Pandu Puteri SJAM PBSM Kadet Remaja Sekolah
Komponen/Bidang GERKO
Bidang Persatuan dan Kelab Boleh dikategorikan kepada dua :-
Berasaskan mata pelajaran (akademik) Berasaskan minat, perkhidmatan,
kecenderungan dan hobi
Komponen/Bidang GERKO
Persatuan Berasaskan Mata Pelajaran (Akademik) Bertujuan menambahkan minat dan
kemahiran pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
Ditubuhkan berdasarkan keperluan sekolah dan kemudahan yang diperoleh.
Contoh: Bahasa Melayu, Geografi, Sains, Matematik, Seni Lukis dan lain-lain
Komponen/Bidang GERKO
Persatuan Berasaskan Minat, Perkhidmatan, Kecenderungan dan Hobi Bertujuan untuk menarik minat dan
memberi ilmu pengetahuan. Contoh: Perpustakaan, Koperasi
sekolah, Koir, Bimbingan dan Kaunseling Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan lain-lain
Komponen/Bidang GERKO
Bidang Sukan dan Permainan Banyak aktiviti sukan dan permainan
boleh dilaksanakan di SR dan SM Boleh berasaskan kepada dua
kategori:- Sukan dan permainan antarabangsa (bola
sepak, olahraga) Sukan dan permainan tradisional (Wau,
Gasing)
LATIHAN
Cuba anda jelaskan strategi pelaksanaan GERKO yang boleh diaplikasikan di sekolah dan huraikan juga rasionalnya strategi tersebut boleh dilaksanakan di sekolah
Cuba kenalpasti semua unit GERKO di sekolah dan senaraikannya mengikut komponen.
Pengurusan GERKO
Subtopik 3
Pengurusan dan Pelaksanaan
Beberapa perbincangan dan kajian serta tinjauan telah dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan dan masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum di sekolah
Pengurusan dan Pelaksanaan
Antara perbincangan dan kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran, 1979:-Penglibatan pelajar aktif hanya tertumpu
pada bidang tertentu sahaja (Persatuan & Kelab)
Penyertaan pelajar bergantung kepada peraturan sekolah. Kebanyakan sekolah mewajibkan setiap pelajar menyertai GERKO
Pengurusan dan Pelaksanaan Antara perbincangan dan kajian yang
telah dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran, 1979:-Kebanyakan pelajar menyatakan ibu bapa
dan penjaga menggalakkan mereka menyertai GERKO dengan alasan bahawa anak mereka dapat bergaul dengan pelajar lain dan dapat menambahkan pengetahuan serta pengalaman dan menisi masa lapang dengan berfaedah
Pengurusan dan Pelaksanaan Antara perbincangan dan kajian yang
telah dilakukan oleh Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran, 1979:-Sebahagian besar pelajar menyatakan
penyertaan mereka dalam GERKO tidak mengganggu atau menjejaskan pencapaian mereka dalam akademik.
Kebanyakan sekolah melaksanakan GERKO pada semester pertama persekolahan.
Carta Organisasi GERKO
Setiap SR dan SM perlu mewujudkan 2 buah jawatankuasa:-Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
• Fungsi – menyediakan polisi
Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum
• Fungsi – melaksanakan polisi yang telah ditetapkan.
Carta Organisasi GERKO
GERKO di sekolah diuruskan oleh satu Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Guru Besar .(PKKK adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum)
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
Pengerusi (Pengetua/Guru
Besar
Setiausaha (PKKK)
Jawatankuasa
Penyelaras Bidang Sukan &
Permainan
Penyelaras Bidang Persatuan
& Kelab
Penyelaras Bidang Unit Beruniform
Jawatankuasa Pelaksanaan Kokurikulum Penaung (Pengetua/Guru Besar)
Pengerusi (PKKK)
Setiausaha Kokurikum (Guru)
Penyelaras Bidang Sukan &
Permainan
Penyelaras Bidang
Persatuan & Kelab
Penyelaras Bidang Unit Beruniform
Jawatankuasa
Guru Penasihat/ Jurulatih
Guru Penasihat/ Jurulatih
Guru Penasihat/ Jurulatih
Pengakap Pandu Puteri Puteri Islam PBSM
KRS SJAM
Matematik Seni Foto
B&K Bahasa Melayu Muzik Alam Sekitar
Rumah Sukan Olahraga Bola Sepak Bola Jaring
Hoki Sepak Takraw
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas dan Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Subtopik 4
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Kepentingan GERKO ada termaktub dalam akta pelajaran kita, iaitu :-
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Akta Pelajaran 1961 Di bawah bahagian Kursus-kursus
Pengajian Sekolah, pihak berkenaan dikehendaki menyenaraikan aktiviti-aktiviti kokurikulum sebagai elemen kursus dalam kurikulum sekolah yang perlu dijalankan di semua sekolah. Akta ini juga mewajibkan penyertaan murid dalam kokurikulum
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Akta Pendidikan 1996
Akta ini juga mengatakan tentang kepentingan gerak kerja kokurikulum dalam membentuk insan murid yang harmonis
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Surat Pekeliling Ikhtisas
Garis panduan yang berkaitan dengan ikhtisas
Dikeluarkan oleh KPM Sila rujuk kepada contoh-contoh surat
pekeliling ikhtisas
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Peraturan-peraturan Am Berusaha untuk memahami semua
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan Am pelaksanaan GERKO di sekolah
Mesyuarat perlu diadakan untuk merancang pengagihan tugas kepada guru dan membuat penyelarasan aktiviti yang dicadangkan oleh setiap komponen GERKO
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Peraturan-peraturan Am Sumber dan peralatan bagi
melaksanakan kokurikulum disimpan dan ditadbirkan dengan sempurna
Menyediakan tempat simpanan Rekod penggunaan peralatan Membaik pulih peralatan yang rosak dll
Menyediakan jadual waktu GERKO dan memaklumkannya kepada semua guru, pelajar dan ibu bapa
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Peraturan-peraturan Am GERKO lebih berkesan apabila
dilaksanakan mengikut sistem berkelompok
Kedatangan pelajar setiap kali latihan perlu direkodkan. Kehadiran perlu diambil kira bagi memberi keutamaan pelajar untuk menghadiri kursus, perkhemahan, lawatan dsbnya
Akta, Surat Pekeliling Ikhtisas & Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan GERKO
Peraturan-peraturan Am Guru penasihat & pengerusi perlu
membuat laporan bertulis mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan setiap kali perjumpaan diadakan dalam buku khas yang disediakan oleh pihak sekolah
Pihak sekolah perlu menyediakan satu sistem penilaian dan pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum (sijil, surat akuan, anugerah)
Penilaian GERKO
Subtopik 5
Penilaian GERKO sekolah
Setiap pelajar yang menceburi dalam aktiviti GERKO perlu dicatat dan dilaporkan.
Sesetengah sekolah menggunakan buku catatan khas @ borang khusus.
Pelaporan aktiviti perlu dilaksanakan mengikut Arahan dan Pekeliling Ikhtisas 4/86, KPM.
Penilaian GERKO sekolah
Maklumat yang perlu dicatat :- Nama persatuan Nama guru-guru penasihat/jurulatih Tarikh & masa perjumpaan Kehadiran guru penasihat/jurulatih Kehadiran & jumlah kehadiran pelajar Jenis aktiviti yang diadakan Maklumat umum
Penilaian GERKO sekolah
Buku catatan @ laporan ini :- Perlu disemak oleh Penolong Kanan
Kokurikulum setiap minggu Sesuai untuk pemantauan mingguan
terhadap setiap persatuan yang ditubuhkan
Memudahkan pentadbiran sekolah membuat laporan apabila Jabatan @ Pejabat Pelajaran Daerah memohon laporan aktiviti kokurikulum
Penilaian GERKO sekolah
Setiap kehadiran pelajar perlu dicatat dalam buku khusus dan kad laporan pelajar
Guru penasihat/jurulatih perlu menandatangani buku kehadiran kokurikulum dan kad rekod pelajar
Satu format borang telah disediakan oleh Bahagian Sekolah , KPM
Penilaian GERKO sekolah
Penyertaan murid dalam aktiviti-aktiviti GERKO serta pencapaian objektif dinilai pada akhir setiap tahun berdasarkan Buku Panduan Penilaian yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, KPM
Penilaian GERKO sekolah
Objektif Penilaian Menyediakan satu kaedah penilaian
aktiviti kokurikulum yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah
Membantu Bahagian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke IPT
Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
Aspek Penilaian GERKO
ASPEK PENILAIAN % MARKAH
Kehadiran 50
Pencapaian 20
Penglibatan 20
Jawatan disandang 10
JUMLAH 100
Markah Aspek Kehadiran
Jumlah Kehadiran Pelajar
Jumlah minggu - ketidakhadiran yang diluluskan
X 50
Markah Aspek Pencapaian
Peringkat Pertandingan
MARKAH
Johan Naib Johan Ketiga
Sekolah 3 2 1
Zon/Daerah/Bahagian
5 4 3
Negeri 10 8 6
Kebangsaan 15 13 11
Antarabangsa 20 18 16
Markah Aspek Penglibatan
Peringkat Penglibatan
Markah
Sekolah 3
Zon/Daerah/Bahagian
5
Negeri 10
Kebangsaan 15
Antarabangsa 20
Markah Aspek Jawatan Yang Disandang
JAWATAN MARKAHPengakap DiRaja/PWI/Sub Inspektor/Drum Mejar/Pengerusi/Naib pengerusi dan jawatan/Pangkat-pangkat lain yang sama taraf
10
PWII/Staf Sarjan/Sarjan mejar/Ketua Trup/Setiausaha dan Jawatan/Pangkat-pangkat yang sama taraf
10
Sarjan/Penolong Trup/ Bendahari dan jawatan/pangkat-pangkat lain yang sama taraf
7
Koperal/Lans Koperal/Ketua Patrol/Penolong Ketua Patrol/AJK dan jawatan/pangkat-pangkat lain yang sama taraf
5
Konstabel/Prebet/Ahli Biasa 3
Markah Bonus
Bil. Jawatan Markah
1. Ketua Pelajar I/Ketua Pelajar II 10
2. Timbalan/Penologn Ketua Pelajar 8
3. Pengawas/Iman/Bilal 7
4. Pengawas perpustakaan 6
5. Ketua Perpustakaan Badan badan tertentu
5
6. AJK termasuk Penolong Ketua/Pengerusi, Setiausaha, Bendahari bagi badan-badan dalam perkara (5)
3
7. Ketua Bilik/ Asrama/Kelas 2
8. Penolong ketua Bilik/kelas 1
Gred Penilaian
Gred Markah
A 80% - 100%
B 60% - 79%
C 40% - 59%
D 20% - 39%
E 39% ke bawah
SEKIANSEKIANTERIMA KASIHTERIMA KASIH