View
234
Download
0
Category
Preview:
DESCRIPTION
AMALI
Citation preview
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 1/11
PRAKTIKAL 1: Ekosistem Tanah ± Biota Tanah dan Siratan Makanan
Tujuan
I. Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua kawasan yang
berbeza.
II. Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di
dalam tanah.
Pengenalan
Sebuah ekosistem terbina dari tumbuhan, haiwan dan faktor abiotik yang
saling berperanan dalam mengumpul, menyimpan dan menghasilkan tenaga.
Sebagai contohnya tumbuhan (Pengeluar) mengumpul tenaga hasil dari prosesfotosintesis dan menyimpan tenaga dalam bentuk karbohidrat. Haiwan pemakan
tumbuhan ( Pengguna Primer ) pula memperolehi tenaganya dari memakan
tumbuhan dan menyimpannya dalam bentuk lemak. Haiwan pemakan daging (
Pengguna Tertier ) juga dikenali sebagai pemangsa mendapat tenaga dari
memakan pengguna primer. Aras pertukaran tenaga semakin berkurang apabila
menaiki rantaian makanan (Miller dan Spoolman, 2010).
Makrofauna ialah haiwan tanah yang agak besar seperti spesies-spesiesarthropod, cacing tanah, siput, lipas tanah yang terdapat dalam sampah sarap daun
atau tanah yang gembur (Nota Rujukan SCE 3107). Makrofauna bertindak sebagai
pengurai akan mengurai tisu tumbuhan atau haiwan yang telah mati dan
mempercepatkan proses dekomposisi bahan organik kepada cebisan-cebisan kecil
supaya mudah untuk diuraikan. Dalam pada itu, sebahagian dari tenaga tersebut
akan diserap ke dalam tanah dan akan digunakan kembali oleh tumbuhan. Selain
itu, makrofauna turut berperanan dalam meningkatkan struktur tanah serta terlibat
dalam kitaran nutrien (Biology: The Study of Life, 1993). Dalam sesebuah ekosistemtanah, perbezaan pH, kelembapan, kepadatan tanah dan jenis makanan yang
terdapat pada satu ekosistem serta struktur tanah mempengaruhi kehadiran
makrofauna.
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 2/11
Organisma makrofauna boleh diasingkan menggunakan corong Tulgren.
Sampel tanah yang digunakan, mula-mula akan diletakkan di atas jaring dawai dan
kemudian lampu akan dihidupkan selama dua hingga tiga hari. Oganisma akan
bergerak menjauhi cahaya di dalam corong Tulgren dan masuk ke dalam silinder
kon berisi formalin yang berperanan sebagai bahan pengawet. Teknik corong
Tulgren adalah berdasarkan tindak balas negatif haiwan-haiwan terhadap cahaya
yang terang, suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah. Lampu yang digunakan
adalah terang, bertujuan untuk menghalau organisma tanah ke bawah dan
seterusnya jatuh ke dalam bikar yang berisi larutan formalin (Nota Rujukan SCE
3107).
Di dalam eksperimen yang telah kami jalankan, lokasi yang kami pilih untuk
mengambil contoh sampel tanah ialah di lorong kecil berhampiran Recsam dan bloksains. Kami perlu membandingkan contoh sampel kandungan tanah yang
mengandungi biota tanah di antara dua kawasan yang berbeza. Justeru, sebanyak
250cm3 tanah telah diambil untuk diasingkan biota tanah yang terdapat di dalamnya
dengan menggunakan corong Tulgren. Selepas dua hari, kami telah memerhatikan
pelbagai jenis mesofauna yang terawet di dalam larutan formalin. Namun demikian,
semasa kami mengambil contoh sampel tanah, makrofauna yang boleh diasingkan
melalui tangan dan boleh diperhatikan dengan mata kasar. Contohnya seperti
semut, cacing dan ulat gonggok. Selepas dua hari tersebut, mesofauna tanah yang
dijumpai perlu diperhatikan di bawah kanta pembesar adalah seperti hama.
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 3/11
Keputusan
CIRI-CIRI KAWASAN Kawasan 1 Kawasan 2
Jenis tumbuh-tumbuhan Pokok bunga Rumput
Tahap keredupan Sederhana Sederhana
Kelembapan tanah Agak lembab Sederhana
pH tanah 6.3 7.4
Kepadatan tanah Sederhana Sederhana
Tekstur tanah Tanah loam dan berbatu Sederhana kasar
Suhu tanah 30 C 28 C
Habitat Lorong kecil berhampiran
Recsam dan blok Sains
Bukit berhampiran pusat
sumber
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 4/11
a) Makrofauna besar
Makrofauna Kelas Order Bilangan di
kawasan 1
Isipadu Tanah
: 250cm3
Bilangan di
kawasan 2
Isipadu Tanah
: 250cm3
Cacing tanah Clitellata Haplotaxida
5 1
Semut Insecta Hymenoptera 14 12
Anai-anai - 5
Kerengga - 2
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 5/11
Makrofauna Kawasan 1 Kawasan 2
Bubuk
8 -
Cacing tanah
20 4
Hama 16 4
Semut
56 44
Anai-anai - 20
Kerengga - 12
Kumpulan F - 32
Kumpulan G - 12
Kumpulan H - 16
Kumpulan I - 4
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 6/11
b) Makrofauna kecil
Makrofauna Kelas Order Bilangan di
kawasan 1
Isipadu tanah :
250cm3
Bilangan di
kawasan 2
Isipadu tanah :
250cm3
Ulat gonggok Arthropoda Diplopoda 2 -
Hama Arachnida Acari 4 1
Kumpulan F - 8
Kumpulan G - 3
Kumpulan H - 4
Kumpulan I - 1
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 7/11
Perbincangan
Dalam eksperimen ini, kami telah mendapati bahawa jenis makrofauna yang
berbeza terdapat di lokasi berbeza. Hal ini disebabkan oleh kandungan tanah di
kedua-dua kawasan tersebut berbeza. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, kami
mendapati bahawa bilangan makrofauna yang dijumpai di kawasan 2 lebih banyak
daripada kawasan 1. Hal ini disebabkan kerana pH kawasan 2 lebih neutral, pH 7.4
berbanding kawasan 1, pH 6.3. Justeru, kawasan 2 lebih bersesuaian bagi
kebanyakan makrofauna untuk hidup. Secara teorinya, keasidan dan kealkalian
tanah merupakan salah satu faktor yang penting yang akan mempengaruhi jenis-
jenis organisma yang hidup dalam sesuatu kawasan itu (Nota Rujukan SCE 3107).
Suhu kawasan 2 juga lebih rendah berbanding kawasan 1, serta lebih lembab
seterusnya mendorong kepada kepelbagaian spesies makrofauna di kawasan
tersebut. Antara beberapa faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kesuburan
tanah kawasan 2 ini ialah tiadanya aktiviti manusia seperti penggunaan racun
serangga dan aktiviti perkebunan. Makrofauna di kawasan ini juga mempunyai
sumber makanan yang cukup dan tidak mempunyai ancaman luar yang kuat.
Makrofauna ialah organisma bersaiz sederhana dalam lingkungan 2 mm.
Makrofauna dikenalpasti sebagai µjurutera ekosistem¶ kerana mereka mengubahsuai
struktur tanah dengan mengorek dan mencipta struktur yang lebih spesifik bagimembolehkan mereka bergerak dan melakukan aktiviti harian seperti membuat
lubang dan sebagainya supaya tanah lebih berongga (Biological Resources, 2011).
Setiap makrofauna mempunyai peranan yang tertentu dalam mengawal atur ciri
fizikal dan proses kimia dalam tanah. Sebagai contoh makrofauna yang dijumpai
dalam eksperimen yang dijalankan seperti cacing, berfungsi sebagai agen penyubur
tanah. Cacing tanah ini akan selalu bergerak dan menembusi tanah secara tidak
langsung ia memberi ruang pengudaraan yang baik kepada struktur tanah.
Di samping itu juga, cacing boleh menjadi pengurai yang baik kepada sampah
organik yang terdapat pada tanah. Seterusnya, hasil kotoran cacing tersebut
dijadikan sebagai nutrien kepada tanah. Manakala semut penting dalam tanah
kerana mereka mengubah persekitaran fizikal dan kimia serta menambahbaik
kapasiti tanah untuk menakung air. Disebabkan semut menambahkan keliangan
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 8/11
tanah, ia juga menyediakan ruang bagi akar untuk bertumbuh (Clive A. Edwards,
2011).
Tumbuhan Nematod (pemangsa)
Bahan organik Kulat
Bakteria Arthropod (pencincang-shredder)
Protozoa Arthropod (pemangsa)
Nematod (pemakan akar) Burung
Nematod (pemakan kulat dan bakteria) Haiwan (tikus)
g1
g2
h
i
a
a
f
e2
e1
e3
c
b
b
c
d
d
e1
e2
e3
f
g1
g2
h
i
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 9/11
Dalam ekosistem tanah ini, selain daripada faktor abiotik, faktor biotik juga
mempengaruhi dan saling beriteraksi untuk membentuk satu ekosistem semula jadi
yang stabil dan seimbang. Berdasarkan siratan makanan ini, terdapat 2
subkomponen faktor biotik iaitu autotrof dan heterotrof. Autotrof terdiri daripada
semua tumbuhan yang menjalankan proses fotosintesis iaitu ia bertindak sebagai
pengeluar manakala heterotrof terdiri daripada semua haiwan dan saprofit yang
tidak boleh membina makanannya sendiri tetapi bergantung kepada haiwan lain
ataupun tumbuhan dan dikenali sebagai pengguna (Biology: The Study of Life,
1993).
Merujuk kepada rajah siratan makanan ini, autotrof (rumput hijau) akan
bertindak memerangkap tenaga cahaya untuk membina makanannya sendiri melalui
proses fotosintesis. Kemudian, tenaga yang diperangkap akan dipindahkan kepada
pengguna seterusnya iaitu pengguna primer, sekunder dan tertier (heterotrof).
Lazimnya, dalam sesuatu rantai makanan, bilangan peringkat adalah terhad kerana
pemindahan tenaga akan berkurangan di setiap peringkat sehinggalah semua
tenaga habis digunakan. Salah satu contoh rantai makanan yang boleh dikenalpasti
berdasarkan siratan makanan di atas ialah:
rumput nematod (e1) arthropod (g1) arthropod (g2) burung (h)
Rumput ialah pada aras trofik pertama (pengeluar), nematod (e1) ialahpengguna primer, arthropod (g1) ialah pengguna sekunder, arthropod (g2) ialah
pengguna tertier manakala burung ialah pengguna di aras tertinggi.
Apabila organisma di puncak siratan makanan mati (burung dan tikus),
tenaga yang tersimpan dalam tubuh haiwan tersebut tidak akan hilang, sebaliknya ia
akan diuraikan oleh ulat-ulat untuk dikembalikan kepada tanah. ulat ini akan
berfungsi sebagai pengurai semulajadi. Dalam proses pemindahan tenaga ini, 90%
tenaga akan hilang kepada persekitaran sebagai tenaga haba. Justeru, tenaga yang
hilang ini harus diambil lagi daripada matahari oleh pengeluar.
Mesofauna adalah organisma bersaiz antara 0.1 mm dan 2 mm yang
bertindak sebagai penukar daun reput (litter transformer). Mesofauna ini
menguraikan bahan organik melalui penghadaman bahan daripada tumbuhan.
Mereka ini juga akan memakan kembali najis mereka dan najis organisma lain untuk
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 10/11
menggunakan nutrien dan bahan lain untuk aktiviti harian mereka. Tindakan ini
menyediakan habitat baik bagi aktiviti mikrobial, seterusnya menguraikan lagi bahan
organik untuk menghasilkan nutrien yang penting bagi organisma lain (Biological
Resources, 2011).
Mikrofauna pula adalah organisma bersaiz kurang daripada 100 mm.
Kebanyakan mikrofauna adalah protozoa dan nematod yang heterotrofik serta
memerlukan karbon organik bagi tumbesaran. Mereka berfungsi dalam penguraian
melalui memakan dan memproses partikel organik yang kecil dalam tanah yang
mendap. Mikrofauna juga mendiami usus organisma lain yang lebih besar untuk
menguraikan bahan selulos (Biological Resources, 2011).
Pengurusan tanah yang kita amalkan boleh memberi kesan kepada
kesuburan tanah. salah satunya dengan menggunakan racun organik tanpa
menggunakan racun serangga serta racun rumpai untuk menjamin kualiti pertanian.
Contoh racun organik adalah penggunaan lada hitam dan bawang putih. Kebaikan
menggunakan bahan-bahan ini ialah kita dapat menentukan keaktifannya dan
menyediakan mengikut keadaan yang diperlukan. Cara ini adalah sesuai dan amat
praktikal untuk digunapakai oleh petani-petani tempatan, tambahan pula bahan-
bahan ini adalah mudah didapati di negara kita. Bagi mengatasi masalah rumpai dan
rumput, petani-petani haruslah mencari satu jalan yang sesuai tanpa menjejaskan
hasil tanaman mereka. Sistem pintar penyemburan racun rumpai organic patut
diperkembangkan dan digunapakai. Kaedah biologi seperti membiak serangga
pemusnah juga patut dikaji dan dipraktikkan oleh para petani. Kaedah fizikal dan
pengurusan seperti penggunaan cangkul, jentera penggembur, penggunaan tangan,
membakar dan membanjir juga patut digalakkan. Walaupunpun cara ini adalah agak
lambat, membazirkan masa dan tenaga petani, tetapi adalah berkesan sekiranya
kita dapat mengekalkan keindahan alam sekitar daripada dicemari racun rumpai dan
bahan-bahan bukan organik. Selain itu, kesihatan manusia juga tidak akan terjejaskesan daripada memakan tanaman tersebut. Kita juga boleh mengamalkan teknik
penanaman bergilir. Petani-petani boleh menanam tanaman serta sayur-sayuran
secara bergilir-gilir dengan sayur-sayuran yang berlainan jenis untuk menjaga serta
mengekalkan kesuburan tanah (Allan Suman Pillai, 2009).
7/16/2019 -PRAKTIKAL-1 SCE 3107
http://slidepdf.com/reader/full/-praktikal-1-sce-3107 11/11
Biota tanah memberi manfaat kepada produktiviti tanah dan menyumbang
kepada kebolehidupan ekosistem yang lain-lain. Aktiviti biota tanah adalah penting
kerana ia meningkatkan kitaran nutrien dalam tanah secara pantas ke dalam bentuk
mineral tanah. Di samping kitaran ini, penghasilan mukus bersama rembesan air
dalam tubuh biota tanah seperti cacing juga meningkatkan aktiviti mikroorganisma
tanah yang lain. Hal ini diikuti dengan penghasilan bahan organik yang banyak.
Justeru, akan terdapat banyak nutrien seperti nitrogen, kalium, fosforus dan kalsium
yang boleh digunakan oleh pokok-pokok. Selain itu, biota tanah boleh meningkatkan
pengmineralan nitrogen melalui kesan terus atau tidak terus ke atas komuniti
mikrobioal. Biota tanah juga menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan serta
menggerakkan fosforus di dalam tanah (Tunira Bhadauria dan Krishan Gopal
Saxena, 2009).
Kesimpulan
Tanah yang subur mempunyai bilangan dan jenis makrofauna dan mikrofauna yang
lebih banyak. Tanah yang subur mempunyai faktor yang membolehkan organisma
untuk hidup dalam tanah tersebut. Justeru, didapati sampel tanah 2 mempunyai
makrofauna yang lebih banyak berbanding sampel tanah 1. Tanah 2 mempunyai
warna yang lebih gelap disebabkan kandungan bahan organiknya yang lebih
banyak.
Recommended