View
300
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
1/26
1
Teknologi Dalam Bilik Darjah
1. Pengenalan
Pendidikan merupakan satu pelaburan dalam kehidupan yang utama sekaligus
merupakan isu utama bagi setiap individu, apatah lagi bagi individu atau masyarakat
yang sedang berkembang yang giat membangun negaranya. Pembangunan hanya
dapat dilakukan oleh individu dan masyarakat melalui pendidikan. Mutu pendidikan
banyak bergantung kepada mutu guru dalam membimbing proses belajar-mengajar.
Sejak berabad-abad lagi para pendidik dan pihak-pihak bertanggungjawab berusaha
mencari jalan meningkatkan mutu dan kaedah mengajar dengan mencari prinsip-
prinsip atau asas-asas dalam pengajaran dan pembelajaran.
Namun demikian dianggap masih terlalu banyak seni dan juga kemahiran
untuk diterokai oleh pendidik dalam memantapkan proses pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada bakat dan keperibadian guru itu sendiri. MenurutShahabudin Hashim et al. (2007) Sesetengah guru gagal memilih dan menggunakan
pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid
kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak
menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin.
Belajar dengan cara untuk menyenangkan dan mudah bagi pelajar dari segi
penggunaan kemudahan teknologi, kurang mendapat perhatian para pendidik.
Sebahagian besar guru mengajar dengan kaedah ceramah dan penuhkan murid
dengan silibus pelajaran untuk mengejar target kurikulum. Akibatnya hasil
pembelajaran kurang memberangsangkan dan tidak sesuai dengan kompetensi yang
diharapkan kurikulum. Sebaiknya, para tenaga pendidik perlu sedikit demi sedikit
menguasai beberapa kompetensi guru profesional sehingga dapat meningkatkan mutu
pembelajaran dan pembelajaran. Pada zaman kemajuan ilmu pengetahuan dan
teknologi sekarang ini, para ahli pemikir berusaha untuk meningkatkan mutu
mengajar dan menjadikan teknologi dalam bilik darjah suatu ilmu atau kemahiran
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
2/26
2
pedagogi yang perlu dikuasai. Dengan kaedah mengajar yang ilmiah dan pendekatan
moden, diharapkan proses belajar dan mengajar itu lebih terjamin keberhasilannya.
Perkara inilah yang sedang diusahakan dan diterapkan dalam teknologi pendidikan di
dalam bilik darjah. Sehingga ke suatu ketika nanti diharapkan aspirasi dalam
penggunaan teknologi pendidikan di bilik darjah menjadi satu kaedah mengajar atau
mendidik yang dapat dikenal dan dikuasai langkah - langkahnya .
Teknologi pendidikan untuk murid di bilik telah dikesan keberadaannya sejak
era pertengahan 1970-an lagi . Namun sekarang masih banyak tenaga pendidik yang
kurang begitu memahami apalagi memohon dalam dunia pendidikan . Walaupun tidak
dapat dinafikan , masih banyak orang yang mempunyai persepsi yang keliru terhadap
disiplin ini . Mereka beranggapan bahawa teknologi pendidikan hanya mengenai
televisyen , komputer atau penggantian peranan guru oleh satu set teknologi di kelas .
Teknologi pendidikan memberikan pendekatan yang sistematik dan kritikal tentang
proses belajar mengajar.
Menurut Abd. Rahman (2000), sejak awal tahun 50-an, pelbagai alat teknologi
pendidikan telah digunakan di dalam bilik darjah untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia. Walau bagaimanapun, penggunaannya
adalah terhad lantaran kekangan prasarana yang baik dan mencukupi. Teknologi
pendidikan memandangnya sebagai suatu masalah yang harus dihadapi secara
rasional dengan melaksanakan kaedah penyelesaian masalah . Di samping itu
perkembangan teknologi pendidikan disokong oleh perkembangan yang pesat dalam
media komunikasi seperti radio , televisyen , video , LCD , komputer , internet dan
lain - lain yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pengajaran.
Seperti yang telah dinyatakan oleh Ahmad Kailani, 2005. Tamadun manusia
yang semakin berkembang pesat dan membangun mencetus kepada penggunaan
teknologi yang serba canggih dan moden lantas mendorong kepada usaha meringkas
dan mempermudahkan alat bantu mengajar oleh guru di dalam kelas supaya murid-
murid yang baru memasuki alam persekolahan mudah memahami pengajarn guru.
Kenyataan ini turut disokong oleh Kamarul Azmi dan Abd. Halim (2007), di mana
penggunaan alat bantu mengajar guru di dalam kelas berasaskan teknologi pendidikan
boleh dipraktik bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
3/26
3
hal yang demikian, para guru amatlah perlu membekalkan diri masing-masing dengan
pengetahuan untuk mengendalikan bahan-bahan teknologi pendidikan di dalam bilik
darjah supaya penggunaanya dapat dilaksanakan semaksimun yang mungkin.
Dengan mempelajari teknologi pendidikan , guru akan memiliki pegangan
yang lebih mantap dan garis panduan yang lebih boleh dipercayai untuk memberi
pengajaran yang berkesan . Sikap saintifik terhadap proses belajar mengajar akan
memberi sikap yang lebih kritis terhadap cara mengajar dan mendorong untuk
mencari cara yang lebih menjamin kejayaan kepada objektif pengajaran dan
pembelajaran murid. Penggunaan teknologi dalam bilik darjah ini secara tidak
langsung akan akan membantu dan mendorong kepada satu anjakan paradigma dalam
proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan hal ini akan membentuk satu
persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan dan lebih baik selaras dengan
perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid dewasa ini.
Perubahan yang dimaksudkan adalah dari segi sistem pendidikan masyarakat
industri kepada masyarakat maklumat apabila pengajaran dan pembelajaran
menggunakan alatan serta kemudahan teknologi di dalam kelas diaplikasikan. Perkara
ini dapat diringkaskan seperti dalam jadual di bawah :
Jadual 1.1 : Impak penggunaan teknologi dalam bilik darjah kepada guru dan murid
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
4/26
4
.
Kesimpulannya, penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat
penting dibincangkan dalam pendidikan masa kini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih
banyak bergantung kepada bahan yang diambil daripada buku teks, akhbar, majalah,
buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk membantu mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tetapi kini teknologi telah merubah teknik pengajaran
guru di bilik darjah. Ini kerana pelajar hari ini bukan sahaja telah banyak didedahkan
dengan pelbagai kemudahan teknologi moden yang serba canggih malah banyak juga
yang begitu bergantung kepada teknologi moden tersebut dalam kehidupan harian
mereka.
Sebagai guru pendidikan literasi hari ini, kita amat beruntung kerana mendapat
banyak peluang dan pendedahan mengenai teknologi moden ini, berbanding suatu
ketika dahulu kita hanya dapat melihat penggunaan teknologi moden di dalam filem
sains fiksyen semata-mata. Penulisan ini akan mengupas tentang teknologi yang
boleh digunakan dalam membantu memudahkan serta meningkatkan mutu proses
pengajaran dan pembelajaran murid di negara kita.
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
5/26
5
2. Jenis- Jenis Teknologi Dalam Bilik Darjah
Seiring dengan perkembangan dunia teknologi yang semakin canggih. Perubahan dari
segi penggunaan teknologi dalam bilik darjah juga perlu berlaku dan selari dengan
kemajuan teknologi yang sedia ada sekarang. Oleh hal yang demikian, reka bentuk
kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada perubahan
dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah pengajaran yang lebih terkini dan
sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan pada masa
kini umumnya masih bersifat tradisional. Perkara ini mungkin berlaku atas pelbagai
faktor di mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kemahiran guru sendiri dalam
menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga,
kurikulum hari ini masih tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam
teknologi semasa. Namun begitu, secara sedikit demi sedikit, perkembangan positif
dalam penggunaan alat teknologi dalam bilik darjah telah menampakkan seiring
dengan usaha kerajaan yang sudah giat mewujudkan prasarana yang baik berkaitan
dengan alat teknologi dalam bilik darjah.
Teknologi dalam bilik darjah boleh dilihat daripada berapa sudut atau
bahagian tertentu. Teknologi ini biasanya diakaitkan dengan alat dimana alat tersebut
digunakan untuk memudahkan guru mengendalikan kelas untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan seterusnya memupuk fokus serta
minat murid untuk belajar. Teknologi dalam bilik darjah ini boleh dikelaskan kepada
dua bahagian iaitu bahan bukan media elektronik dan bahan media elektonik. Bahan-
bahan atau alat ini semakin digunakan secara meluas pada ketika ini dan sudah mula
disesuaikan dengan keperluan murid mengikut tahap-tahap tertentu. Jika dilihat sejak
dari dahulu lagi, penggunaan kadbod atau kertas mahjung yang dirapikan dengan
perkataan berwarna-warni turut merupakan salah satu teknologi dalam bilik darjah
yang digunakan oleh guru-guru selain daripada papan hitam.
Transformasi teknologi dalam bilik darjah dapat diperhatikan berkembang
dengan pesat seiring dengan kemajuan dan keperluan dunia masa kini. Suatu ketika
dahulu kertas dan juga kad-kad imbas digunakan, kemudian semakin berkembang
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
6/26
6
kepada penggunaan OHP (overhead projector), perakam video, televisyen, komputer,
LCD(liquid crystal display) dan seterusnya penggunaan ICT. Kadang-kala, guru-guru
yang kreatif akan menggabungkan penggunaan bahan media elektronik dan bahan
media bukan elektronik dalam memanfaatkan penggunaan teknologi semasa prose
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara ringkasnya contoh yang
dimaksudkan dengan bahan-bahan teknologi dalam bilik darjah dapat dilihat dalam
rajah seperti berikut :
Rajah 1.1 : Carta kategori-kategori bahan bagi teknologi dalam bilik darjah.
Berdasarkan carta yang telah diperhatikan di atas, dapat disimpulkan bahawabahan media elektronik pada masa kini lebih relevan untuk digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas oleh para guru masa kini. Hal ini adalah
selaras dengan aspirasi dalam memaksimumkan penggunaan bahan teknologi dalam
bilik darjah, kelengkapan dan kemudahan yang ada menjadi faktor utama yang
mendorong kepada penggunakan bahan teknologi dalam pembelajaran dan
pengajaran. Kerajaan sedar akan kekangan ini dan mengambil langkah untuk
mengatasinya.
Teknologi dalam bilikdarjah
Bahan MediaElektronik
-komputer
-LCD
-ICT
-radio
-OHP
Bahan Bukan MediaElektronik
-kad imbas
-kad bod
-carta-surat khabar
-kertas lembaran
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
7/26
7
Melalui Bajet 2013 ternyata peruntukan besar disediakan bagi melaksanakan
tiga aspek penting iaitu untuk peningkatan kualiti pengajaran guru, melengkapkan
infrastruktur sekolah dan memastikan keberkesanan pelaksanaan melalui pemantauan
transformasi tersebut. Sementara itu Anjakan Ketujuh dalam bajet 2013 itu iaitu
memanfaatkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat dengan
usaha meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Hal ini membawa kepada
peningkatan kadar akses internet di sekolah-sekolah terutamanya bagi sekolah di luar
Bandar dan sukar mendapat perhubungan internet.
Berdasarkan kepada bajet negara 2013 itu, perbelanjaan yang besar telah
disediakan untuk meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya.
Melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah dengan adanya
akses kepada rangkaian 4G di sekolah maka landasan untuk pelaksanaan
pembelajaran secara interaktif akan dapat dilaksanakan dengan baik. Bagi
memastikan infrastruktur sekolah dapat disempurnakan terutama sekolah di kawasan
luar bandar dan pedalaman maka kerajaan telah memberikan peruntukan tambahan
sebanyak RM1 bilion lagi. Ini bermakna bagi tujuan meningkatkan keupayaan
infrastruktur sekolah sebanyak RM2 bilion telah disediakan. Maka dengan itu
penggunaan teknologi moden dan serba canggih di dalam bilik darjah pada ketika ini
dapat berlangsung dengan sempurna.
Rajah 1.2 : aktiviti E-pembelajaran di dalam bilik darjah
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
8/26
8
3.0Teknologi Dalam Bilik Darjah, E-pembelajaran
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang
sememangnya tidak asing lagi bagi guru. Kepelbagaian dalam menggunakan alat
bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat pelajar
semakin diberi keutamaan kini. Perkembangan teknologi maklumat dan
telekomunikasi kini telah memberi cabaran baru dalam dunia pengajaran dan
pembelajaran dikalangan guru. Namun, ledakan teknologi maklumat dan
telekomunikasi ini menjadi beban kepada guru apabila mereka tidak berjaya
menguasai kemahiran menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang sememangnya penting pada abad ke-21 kini.
Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan dan bermakna di dalam bilik
darjah telah menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan
peningkatan cabaran dalam menggunakan teknologi sebagai satu alternatif
pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran
menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat memanfaatkan revolusi teknologi terkini
seiring dengan perubahan pesat teknologi agar proses pengajaran dan pembelajaran
dapat menarik minat pelajar disamping melahirkan pelajar kreatif dan inovatif sejajar
dengan kepentingan kemahiran abad ke-21.
Metiri Group (2003) menjelaskan tentang kemahiran abad ke-21 sebagai
kemahiran yang sangat penting diterapkan dalam diri pelajar di era ekonomi digital
semata-mata untuk memenuhi tuntutan perubahan pesat yang berlaku. Ia juga
menyatakan bahawa kemahiran ini sangat penting bagi melahirkan pelajar dan pekerja
yang memenuhi kehendak industri. Anjakan paradigma perlu segera dilaksanakan
dalam sistem pendidikan bagi memastikan kemahiran tersebut dikuasai oleh pendidik
agar ia boleh disampaikan dengan lebih menyeluruh dan berterusan kepada pelajar.
Oleh yang demikian, sistem pendidikan perlu memahami dan menghayati kemahiran
abad ke-21 untuk diaplikasikan ke dalam konteks akademik secara menyeluruh.
Partnership for 21st Century Skills (2007) menyatakan antara ciri-ciri pelajar abad
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
9/26
9
ke-21 ialah:
Rajah 1.3: Ciri-ciri pelajar abad ke-21 mengikut Partnership for 21st Century Skills
(2007)
Dalam konteks kajian International Society for Technology in Education
(ISTE, 2007) telah membangunkan satu piawaian iaitu National Educational
Technology Standards for Students (NETS.S) agar lebih fokus kepada kemahiran dan
kepakaran menggunakan teknologi masa kini demi memenuhi tuntutan pembelajaran
abad ke-21 yang mengharapkan pelajar menggunakan media digital untuk
berkomunikasi, berinteraksi, berkolaborasi serta berkongsi maklumat bersama rakan-
rakan dengan menggunakan pelbagai media digital. Namun, secara keseluruhannya
kemahiran abad ke-21 merangkumi kesemua kemahiran berikut seperti:
Kemahiran kehidupan dan kerjaya
Kemahiran berkolaborasi
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran berfikiran kritikal
Kemahiran dalam media, teknologi maklumat dan komunikasi
Kemahiran menguasai subjek teras di sekolah
Kemahiran belajar dan inovasi
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
10/26
10
Rajah 1.4: kemahiran abad 21 untuk pelajar mengikut International Society for
Technology in Education (ISTE, 2007)
Berdasarkan dapatan konteks kajian International Society for Technology in
Education ini, dapat dilihat disini bahawa penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat merupakan diantara kemahiran abad ke-21 perlu digarap dikalangan pelajar
demi memenuhi tuntutan masa depan. Namun, guru memainkan peranan penting
dalam menggarap kemahiran ini dalam diri pelajar. Oleh itu, guru perlu menguasai
sepenuhnya kemahiran ini terlebih dahulu sebelum pelajar.
Literasi EraDigital
KomunikasiEfektif
KemahiranInterpersonal
KemahiranAdaptasi
ProduktivitiTinggi
PemikiranBerdaya
Cipta
. KemahiranKognitif
KemahiranSikap, Nilai danAmalan Kerja
KemahiranTeras
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
11/26
11
3.1 Perkembangan Penggunaan E-pembelajaran di Dunia
Penggunaan E-pembelajaran telah pun berkembang luas sama ada dalam sektor
perindustrian mahupun pendidikan di seluruh dunia. Dalam bidang perindustrian,
penggunaan E-pembelajaran dalam latihan terus meningkat hingga ke 20% pada tahun
2007. Namun pada tahun 2008 terdapat sedikit penurunan kepada 16%. Penggunaan
kelas maya E-pembelajaran dalam latihan perindustrian menurun sekata daripada 16%
pada tahun 2005 hingga 8% pada akhir 2008.
Pasaran dunia terhadap teknologi E-Learning ini dianggarkan berjumlah 38
bilion euro walaupun di Eropah hanya 20% daripada produk E-Learning ini di
pasarkan di pasaran tempatan EC (2000). Menurut Nagy, A. (2005) The Impact of E-
Learning; isi kandungan, teknologi dan servis dikenalpasti sebagai 3 kunci utama
terhadap kejayaan E-pembeajaran ditambah dengan teknologi internet dan multimedia
yang semakin membangun sekarang menjadi asas utama terhadap berkembangnya
penggunaan E-pembelajaran di seluruh dunia.
Dalam sektor pendidikan pula, E-pembelajaran telah pun berkembang sejak
tahun 2006 dengan dianggarkan 3.5 juta pelajar mengambil bahagian dalam
pembelajaran secara online di pusat pengajian tinggi di Amerika Syarikat (Sloan
Consortium). Lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus secara
online dan program ini telah berkembang dengan begitu pesat (Hebert, D. G. 2007).
3.2 Perkembangan E-pembelajaran di Malaysia.
Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh National
IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad,
mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana
teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001).
Penubuhan Koridor Raya Multimedia, MSC adalah salah satu usaha NITC bagi
mencapai NITA. Selain itu NITC telah merancang bebrapa strategi bagi mencapai
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
12/26
12
matlamat dan garis panduan NITA. Strategi itu adalah, e-community, e-public
services, e-learning ,e-economy, dan e-sovereignty.
Tanggungjawab untuk menjayakan pelaksanaan E-pembelajaran telah
diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga sektor swasta seperti
MIMOS dan Kumpulan Utusan. Memetik ucapan YB Tan Sri Musa bin Mohamad,
Menteri Pendidikan Malaysia semasa perasmian Seminar Pembangunan Pendidikan
2001-2010 iaitu :
.kepesatan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi,
pembangunan pendidikan yang dirancangkan ini turut mengambilkira
pembudayaan dan penguasaan ICT di kalangan pelajar di negara
iniusaha ini juga untuk merapatkan jurang digital terutamanya
menyediakan kemudahan komunikasi melalui internet ke sekolah-
sekolah di kawasan luar Bandar. Ia melibatkan perubahan dasar utama
pendidikan negara bagi menjana pengeluaran sumber tenaga manusia
menjadi negara maju berasaskan sains dan teknologi tanpa
mengabaikan kepentingan pembangunan aspek rohani, jasmani damn
emosi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) untuk
melahirkan warganegara yang progresif, dinamik, patriotik dan bersatu
padu.
Aplikasi E-pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-sekolah di
Malaysia masih lagi baru berbanding dengan negara-negara barat dan Singapura. Di
mana sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia terarah kepada pembelajaran
jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya diperolehi hanya pada peringkat universiti
dan kolej swasta. Oleh kerana kaedah pembelajaran jarak jauh dan on-line ini dapat
ditawarkan hanya dengan kerjasama universiti luar negara telah menyebabkan kos
yang ditanggung oleh pelajar agak tinggi dan membebankan. Namun begitu hampir
setiap institusi pengajian tinggi di Malaysia sama ada awam mahupun swasta telah
menggunakan sistem E-pembelajaran (Wahyu Idrus dan Yahya Buntat, 2007).
E-pembelajaran juga telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di bandar dan
luar bandar selaras dengan perkembangan E-pembelajaran di Malaysia. Pihak
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
13/26
13
kementerian pendidikan juga telah menggalakkan penggunaan E-Pembelajaran.
Dengan penubuhan pasukan projek rintis Sekolah Bestari yang diketuai oleh Jaya
Kumar (2001) yang menjalankan kajian tentang Aplikasi E-pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah-sekolah Malaysia telah membuat kesimpulan
berdasarkan dapatan kajian bahawa :
Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan
Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan 'e-learning'
sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka.
Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan 'e-training'
bagi melatih pekerja mereka. Maka adalah wajar 'e-learning' diperkenalkan
kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin
supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perkembangan IT yang begitu
pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur
telekomunikasi, perkakasan dan perisian e-learning' siap sebelum ianya
diperkenalkan kepada pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) perlu diselitkan
secara bijak ke dalam bahan 'e-learning'. Walau bagaimanapun 'e-learning'
yang dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang
sedia ada di sekolah. Guru masih akan memainkan peranan penting dalam
mendidik pelajar kita.
(Jaya Kumar, 2001)
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
14/26
14
3.3 Teori Pembelajaran Berasaskan E-Pembelajaran
Pembelajaran melalui alat teknologi ialah pembelajaran secara elektronik atau
lebih dikenali sebagai E-pembelajaran. E-pembelajaran merupakan satu proses
penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcara bagi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan dengan menggunakan rangkaian elektronik seperti
LAN, WAN, atau Internet. Rangkaian elektronik yang dimaksudkan di sini ialah
seperti internet, intranet, satelit, tape audio atau video, TV interaktif dan CD-ROM.
Bahan pengajaran dan pembelajaran merangkumi teks, animasi, grafik, simulasi,
video dan audio, (Koran 2000).
Menurut Rahimi at.al (2005), E-pembelajaran merupakan kombinasi di antara
teknologi elektronik dan elemen pendidikan. Cara pembelajaran ini memudahkan
individu yang mengikuti sesi pembelajaran secara tersendiri dan bebas dengan
mengikut keinginan dan keupayaan sendiri. Melalui kaedah ini pelajar dapat
mengembangkan idea dan mengasah kreativiti mereka dalam mencari penyelesaian
terhadap aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
E-pembelajaran merangkumi apa-apa bentuk pembelajaran yang disampaikan
melalui penggunaan teknologi digital. Sistem penyampaian E-pembelajaran yang
digunakan adalah tertakluk kepada percambahan evolusi sosioteknologi zaman kini.
Pengajaran boleh disampaikan secara synchronously (pada waktu yang sama)
ataupun asynchronously (pada waktu yang berbeza). Learnframe, 2000 menyatakan
bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan media
ini mempunyai grafik, teks, simulasi, animasi, video dan audio. Disamping itu, ia juga
harus menyediakan kemudahan seperti kemudahan dalam bentuk pembelajaran secara
berkumpulan dan dibantu dengan golongan professional dalam bidang tertentu secara
dalam talian.
E-pembelajaran mempunyai perbezaan dengan pembelajaran secara
tradisional. Asep (2005) menyatakan bahawa pembelajaran secara tradisional
menjadikan guru sebagai insan yang serba tahu dan bertanggungjawab menyampaikan
ilmu pengetahuan kepada pelajar. Berbeza pula dengan E-pembelajaran yang lebih
berpusatkan pelajar. Pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran mereka
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
15/26
15
kerana persekitaran pembelajaran yang aktif memaksa pelajar membuat perancangan
dan mencari bahan pembelajaran hasil usaha dan inisiatif diri sendiri.
Menurut Wiles (2003) walaupun telah banyak kajian telah dijalankan, takrifan
mengenai E-pembelajaran masih lagi menyampaikan mesej yang sama iaitu E-
pembelajaran ditakrifkan sebagai pembelajaran yang menyediakan pengguna
peralatan elektronik bukan sahaja bagi tujuan mempertingkatkan pengalaman dalam
penyampaian ilmu pengetahuan, malah bertujuan untuk mendorong penggunaan
teknologi secara kreatif melalui pengajaran dan pembelajaran.
Oleh hal yang demikian, maka warga pendidik merupakan golongan penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan E-Pembelajaran ini. Pendidik
sering mencari alternatif yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bagi memastikan keberkesanan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
produktif. Kewujudan peningkatan rangkaian jalur lebar, kemudahan mengakses
internet, dan kemudahan peralatan dan perisian audio dan video yang mesra pengguna
telah menjadikan media tersebut sebagai satu penyelesaian yang praktikal untuk
menyampaikan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran (Martindale 2002).
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
16/26
16
3.2 Integrasi teknologi E-pembelajaran Dalam Bilik Darjah
Para guru atau pendidik yang menjadikan E-pembelajaran sebagai salah satu medium
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dan idea
baru bagi memastikan guru dan pelajar menjana kemahiran abad ke-21. Penggunaan
bahan-bahan yang melibatkan E-pembelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mempunyai kebaikan yang tersendiri dan telah dapat dibuktikan dengan
tinjauan-tinjauan serta kajian yang pernah dijalankan :
1. Menggalakkan penglibatan secara aktif, kolaboratif dan interaktif (LTSN
Generic Centre, 2003).
2. Lebih berpusatkan pelajar dimana pelajar aktif dan memainkan peranan penting
dalam pembelajaran mereka, Koran, 2002. Pelajar mampu mengawal
pembelajaran mereka dan belajar berdasarkan tahap kebolehan mereka sendiri
(LTSN Generic Center, 2003).
3.
Memudahkan guru dan pelajar mengakses, tanpa memilih masa, hala tuju serta
kandungan pembelajaran mereka secara sendiri (Rahimi, Zawawi & Wan Nordin,
2005; LTSN Generic Centre, 2003).
4. Guru dan pelajar turut memperoleh manfaat dengan mengulang semula topik
pelajaran yang kompleks agar dapat difahami (Michelich, 2002; Reed, 2003).
5. Penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara
sistematik bagi guru dan pelajar agar dapat dijadikan rujukan dimasa hadapan
kelak (LTSN Generic Center, 2003).
6. Guru dapat menghasilkan dan merancang bahan pengajaran dan pembelajaran
secara profesional dengan menyelitkan ciri-ciri multimedia seiring dengan zaman
teknologi masa kini agar dapat melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan dan menarik (Garrison, 2001; LTSN Generic Centre, 2003).
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
17/26
17
7. Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terus dan dapat
dilihat dengan jelas melalui tayangan (Schmerbeck, 2000; Weiser, 2002).
8. Mengurangkan bebanan guru dengan penjimatan masa dan tenaga dalam
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran dengan cepat kerana bahan
boleh didapati secara atas talian (Rahimi, Zawawi & Wan Nordin, 2005).
9. Menarik perhatian pelajar kerana memaparkan isi kandungan pelajaran yang
mudah difahami dan diserap oleh pelajar (Hartsell, T. & Yuen, S., 2006).
10.
Boleh melatih, memotivasi dan memberi arahan yang wajar kepada pengguna
bagi tujuan kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu perkara.
Melihat kepada kajian-kajian yang telah dijalankan, jelas menunjukkan
bahawa penggunaan teknologi E-Pembelajaran dalam bilik darjah banyak
memberi impak positif dalam membantu meningkatkan keberkesanan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, masih terdapat kekangan
dimana proses pelaksanaanya kadang kala akan mengalami masalah lantaran
teknologi-teknologi ini adalah bersumberkan kepada alatan elektronik dan
memerlukan sumber tenaga yang bukan sahaja bergantung kepada tenaga manusia
yang mengendalikannya semata-mata.
Menurut Burnett et al. (2002) kekurangan kemahiran, latihan dan sokongan
teknikal membawa kepada kekangan E-pembelajaran untuk dijalankan dengan
lancar dan mencapai objektif pembelajaran yang disampaikan. Hal ini sangat
berkait dengan pernyataan Carabaneanu, L. et al. (2006) dalam kajiannya yang
berpendapat bahawa Hanya terdapat segelintir golongan yang memberikan
sokongan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran secara E-Pembelajaran
kerana tidak bersedia dengan teknologi baru dan tiada kemahiran.
Selain itu juga, kekangan dalam melaksanakan E-pembelajaran menurut
Schmerbeck (2000) adalah berkaitan dengan jurang penggunaan ICT yang besar
diantara kawasan luar bandar dan bandar akibat daripada ketiadaan akses kepada
ICT dan kos akses ICT yang mahal. Perkara ini turut berkait dengan kesediaan
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
18/26
18
murid di luar bandar yang menurut kajian oleh pihak LTSN Generic Centre
(2003) iaitu kemahiran dan keyakinan pelajar dalam menggunakan ICT yang
rendah dalam kalangan pelajar-pelajar luar Bandar terutamanya kerana mereka
tidak pernah terdedah dengan penggunaan ICT di luar sekolah lantaran faktor
ekonomi keluarga dan masyarakat setempat berbanding pelajar-pelajar di bandar-
bandar besar yang mungkin acap kali melihat aplikasi-aplikasi yang melibatkan
bahan elektronik berkaitan E-pembelajaran.
Tuntasnya, walaupun masih terdapat kekangan dan cabaran yang perlu
diperbaiki dalam menggunakan E-pembelajaran, masih lagi terdapat pelbagai
kebaikan yang jelas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi moden seperti
penggunaan E-pembelajaran ini mampu melibatkan dan memberi manfaat kepada
guru dan pelajar. Cara ini seharusnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dikalangan guru bagi memastikan guru telah bersedia menghadapi
cabaran yang semakin besar di zaman yang canggih dengan teknologi kini bagi
malahirkan guru yang lengkap memiliki kemahiran abad ke-21 yang semakin
diberi kepentingan kini. Namun, sekiranya kesediaan guru dalam menggunakan
teknologi moden ini masih berada pada tahap sederhana, impian negara bagi
melahirkan generasi muda yang kreatif dan inovatif akan terkubur begitu sahaja.
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
19/26
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
20/26
20
bahawa penggunaan multimedia tambahan boleh membantu untuk membaiki dan
meningkatkan proses pembelajaran dikalangan pelajar kerana mereka melihat sesuatu
konsep menerusi tindakan atau perbuatan.
ii. Membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Penggunaan teknologi di sekolah sebenarnya boleh mendorong kepada memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran (Sandholt, J. 1997). Penggunaan E-pembelajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya memberikan manfaat kepada
guru dan pelajar. Selain daripada guru dapat mempraktikkan penggunaan teknologi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi kandungan pelajaran
juga menjadi semakin mudah dengan penggunaan video. Media seperti audio dan
video boleh membantu pelajar memahami sesuatu konsep yang kompleks. Selain itu,
tatacara yang sukar diterangkan menerusi tulisan dan grafik juga dapat diterangkan
melalui audio dan video dengan mudah.
Namun, permasalahan mulai timbul apabila guru masih lagi tidak bersedia
dalam menggunakan teknologi terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana mereka sudah terbiasa dengan pembelajaran secara tradisional. Kejadian ini
menyebabkan guru menghadapi cabaran yang besar di abad ke-21 yang sememangnya
berlandaskan teknologi maklumat.
iii.
Memberi kesan positif ke atas pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Penggunaan media seperti audio dan video yang diperoleh menerusi E-pembelajaran,
pengguna seperti pelajar juga dapat meningkatkan kefahaman tentang sesuatu perkara
yang kompleks serta melihat sendiri prosedur-prosedur yang sukar dinyatakan secara
lisan menerusi teks dan grafik. Bukan itu sahaja, malah pelajar juga boleh memproses
maklumat yang diperoleh secara cepat dan secara tidak langsung memberikan
alternatif baru kepada pelajar dalam menimba ilmu menerusi E-pembelajaran seperti
mana menurut kenyataan Michelin (2002).
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
21/26
21
Penggunaan video dalam E-pembelajaran dapat meningkatkan pengalaman
pembelajaran pelajar. Penggunaan gambar yang bergerak dapat membantu pelajar
menggambarkan sesuatu proses atau melihat bagaimana sesuatu proses kerja
dijalankan. Video boleh menyampaikan maklumat atau pengetahuan yang tersirat
yang mungkin terlalu sukar untuk diterangkan dalam teks ke dalam penerangan yang
lebih jelas menerusi penggunaan imej. Selain itu, video juga mempunyai visual yang
boleh menimbulkan reaksi emosi pelajar yang akan membantu dalam meningkatkan
motivasi pelajar.
iv. Membantu guru menyahut cabaran dengan mempertingkatkan potensi
penggunaan teknologi terkini.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di seluruh dunia telah
menyebabkan perubahan pesat berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Penggunaan komputer sebagai alat yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran telah menjadi satu keperluan di zaman kini (Kyriakidou et al. 1999). Ini
disokong dengan pernyataan Hadjithoma et al. (2007) yang menyatakan bahawa
agenda dalam pendidikan perlu diselitkan dengan teknologi baru di sekolah dan
diberikan penekanan tentang penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Adalah menjadi satu perkara penting bagi guru menggunakan teknologi
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kajian lepas menunjukkan
bahawa guru merupakan insan yang dipersalahkan akibat daripada kegagalan
transformasi ICT di sekolah (Cuban 2001, Eteokleous 2004, Angeli et al. 2005).
v. Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran melalui internet yang berdasarkan kepada E-pembelajaran dapat
membantu dalam merapatkan jurang pendidikan di antara guru dan pelajar dengan
sumber pembelajaran di seluruh dunia. Menerusi jaringan internet yang ada, guru
mampu menyediakan bahan pengajaran yang lebih meluas dengan menambah sumber
rujukan secara mengakses video di internet. Ia secara tidak langsung juga turut
menambah ilmu pengetahuan pelajar dengan adanya sumber rujukan lain yang lebih
efektif dan menarik.
Penggunaan internet memberi kelebihan istimewa kepada pengguna.
Pengguna mampu berkomunikasi di antara satu sama lain secara mel elektronik yang
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
22/26
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
23/26
23
4 . Kesimpulan
Pengintegrasian E-pembelajaran di Malaysia masih lagi berada di tahap permulaan.
Namun, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi desakan ke
atas penggunaan aplikasi ini sebagai medium pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Oleh yang demikian, golongan pendidik perlu mempertingkatkan kemahiran
dengan mengasah bakat bagi merealisasikan penggunaan E-pembelajaran dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seiring dengan zaman
digital. Menjayakannya adalah satu cabaran. Maka, semua pihak perlu bekerjasama
dalam memastikan kejayaan penggunaan E-pembelajaran secara menyeluruh di masa
akan datang.
Dalam konteks pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia,
konsep ini masih lagi baru dan memiliki banyak kekurangan bukan sahaja di kalangan
guru dan pelajar, malah di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh yang
demikian, persediaan dalam memperbaiki segala cabaran dan kelemahan perlu
dilaksanakan bagi melahirkan pakar dalam bidang pendidikan demi memenuhi
tuntutan masa depan.
Perlaksanaan penggunaan E-pembelajaran ini diharapkan dapat mempertingkatkan
lagi kesediaan guru mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, penghasilan guru sejajar dengan abad ke-
21 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pelajar juga memperoleh manfaat menerusi penggunaan E-pembelajaran
dalam pembelajaran mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah. Lantaran
penggunaan teknologi E-pembelajaran ini tidak mengira batasan masa dan tempat.
Teknologi ini turut boleh digunakan di luar bilik darjah. Pelajar mempunyai ruang,
masa dan pilihan sendiri dalam menentukan pembelajaran mereka. Kolb (1984)
berpendapat, adalah penting bagi tenaga pengajar membantu pelajar memahami
segala maklumat yang mereka peroleh dengan memberi mereka masa dan peluang
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
24/26
24
menggambarkan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh semasa proses
pembelajaran.
Perbezaan kebolehan dalam memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan
oleh guru kepada pelajar menyebabkan mereka mempunyai cara yang berbeza dalam
memahami ilmu semasa proses pembelajaran. Adalah tidak wajar sekiranya kita
menganggap kesemua pelajar akan memperoleh ilmu dalam masa yang sama melalui
cara pengajaran yang sama dengan kaedah yang sama yang digunakan beberapa tahun
lalu akan memberikan impak yang sama pada hari ini. Prensky (2001) dalam
kajiannya menyatkan, penggunaan teknologi digital sememangnya berlainan dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain. Penggunaan visual, audio, grafik dan
kepantasan teknologi simulasi telah memberi impak yang signifikan kepada pelajar.
Hasilnya, pelajar semakin memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang
interaktif kini.
Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih
besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi
seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun,
kesediaan guru dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi
berada pada tahap sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih
bagi membantu mereka merealisasikan penggunaan E-pembelajaran secara cekap dan
menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan
pelajar.
Faktor penghalang integrasi teknologi dalam pendidikan untuk bilik darjah ,
perlu diberi perhatian dalam memastikan bidang akademik tidak keciciran dari
mengikuti gelombang arus ICT. Oleh yang demikian, sebagai petanda permulaan
yang serius, guru perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan panduan
dalam penggunaan teknologi dalam bilik darjah supaya mereka berkemampuan boleh
menggunakan segala kemudahan dan bahan-bahan teknologi pendidikan terkini. Ini
membolehkan guru lebih bersedia menghadapi cabaran dan kemajuan yang pesat
dalam perkembangan teknologi hari ini.
8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
25/26
25
Rujukan
Angeli, C. & Valanides, N.2005.A Socio-Technical Analysis of Factors Affecting
the Integration of ICT in Primary and Secondary Education. [Atas Talian]
http://www.irma-international.org/viewtitle/20951/(September 20, 2011).
Asep Herman Suyanto.2005.Mengenal E-learning. [Atas Talian] www.ipi.or.id/elearn.pdf
(July 6, 2011).
Burnett, A., Maue, D., & McKaveney, E.2002.Planning and Implementing Instructional
Video. [Atas Talian]http://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-and-
implementing-instructional-video.aspx (August 9, 2011).
Carabaneanu, L., Trandafir, R. & Mazilu, M. (2006). Trends in E-learning. [Atas Talian]
http://www.codewitz.net/papers/MMT_106-111_Trends_in_E-Learning.pdf (September
9, 2011).
Cuban, L.2001. Oversold and Underused: Reforming Schools through Technology. [Atas
Talian]http://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20-%20oversold.pdf
(September 20, 2011).
Eteokleous, P. N. 2004. Computer Technology Integration in Cyprus Elementary Schools.
[Atas Talian]http://www.openthesis.org/documents/Computer-technology- integration-
in-Cyprus-43903.html (September 20, 2011).
Garrison, W. 2001. Video Streaming into the Mainstream. Journal of Audiovisual Media inMedicine. 24(4), 174-178.
Hartsell, T. & Yuen, S.2006. Video Streaming in Online Learning. Jurnal, 14(1)
International Society for Technology in Education. 2007. The ISTE NETS and Performance
Indicators for Students (NETS.S). [Atas Talian]
http://www.iste.org/Libraries/PDFs/NETS_for_Student_2007_EN.sflb.ashx
(September 23, 2011).
Jaya Kumar .2001.Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-
Sekolah Malaysia, Cadangan Pelaksanaan Pada Senario Masa Kini. KementerianPendidikan Malaysia. Putrajaya.
http://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-and-http://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-and-http://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-and-http://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20-%20oversold.pdfhttp://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20-%20oversold.pdfhttp://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20-%20oversold.pdfhttp://www.openthesis.org/documents/Computer-technology-%20%20integration-http://www.openthesis.org/documents/Computer-technology-%20%20integration-http://www.openthesis.org/documents/Computer-technology-%20%20integration-http://www.openthesis.org/documents/Computer-technology-%20%20integration-http://www.hull.ac.uk/php/edskas/Cuban%20article%20-%20oversold.pdfhttp://campustechnology.com/articles/2002/06/planning-and-8/10/2019 -Sekolah Dan Masyarakat-. Teknologi Dalam Bilik Darjah
26/26
Koran, J. K. C. 2002.Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Malaysia. [Atas Talian] www.tutor.com.my/tutuor/pix (September 5,2005).
Kolb, D. A. 1984.Experiental Learning: Experience as the Source of Learning and
Development. New Jersey: Prentice Hall.
Kyriakidou Maria, Chrisostomou Charalambos & Frank Banks. 1999.Primary Tachers
Attitude to the Use of ICT: a compative study between Cyprus and the UK. European
Conference on educational Research, Lahti, Finland. [Atas Talian]
http://www.leeds.ac.uk/educol/documents/00001300.htm (August 20, 2011).
Lambert, J. & Cuper, P .2008.Multimedia Technologies and Familiar Spaces: 21st Century
Teaching for 21st Century Learners. Contemporary Issues in Technology and Teacher
Education. 8(3), 264-276.
Wahyu Idrus dan Yahya Buntat .2007.Aplikasi E-Learning Dalam PengajaranDan
Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Isu Dan Cadangan Perlaksanaannya.
Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Recommended