View
200
Download
1
Category
Preview:
Citation preview
ALAT ARTIKULASI
BAHASA MELAYU 1 DAYANG NURSHAFIQA ABG AHMAD
PPISMP PRASEKOLAH(BM/PJ/MUZIK)IPG KAMPUS KENT TUARAN
APAKAH ITU ALAT ARTIKULASI ?
Alat atau organ yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi bahasa.
Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa.
- alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru. - aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi.
Alat artikulasi terbahagi kepada dua,iaitu : (a) Alat yang boleh digerak-gerak dengan bebas
dan boleh diletakkan pada beberapa kedudukan di dalam mulut.
(b) Daerah pengeluaran,iaitu tempat yang tetap dan terletak di bahagian sebelah atas pengeluar itu. Tempat ini boleh dicapai oleh alat-alat pengeluar itu.
(A) ALAT ATIKULASI
Alat artikulasi merupakan organ yang berfungsi dan memainkan peranan semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Senarai alat artikulasi manusia adalah seperti berikut :
Hujung Lidah Rongga TekakHadapan Lidah Rongga HidungTengah Lidah Rongga Mulut
Belakang Lidah TengkorakAkar Lidah Epiglotis
Rahang Pita SuaraAnak Tekak Paru-Paru
Anak Tekak
Terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit mulut.
Anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.
Lidah
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Terbahagi kepada lima bahagian, iaitu hujung lidah,tengah lidah,hadapan lidah,belakang lidah dan daun lidah.
Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat,dinaikkan atau diturunkan untuk membuat penyekatan terhadap udara yang keluar melalui rongga mulut.
Bahagian hadapan,tengah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu vokal hadapan,vokal tengah dan vokal belakang.
Hujung lidah pula merupakan bahagian yang paling aktif dan boleh digerak-gerakkan ke mana-mana bahagian di dalam mulut untuk menyekat perjalanan udara.
Lidah dinamakan artikulasi utama.
Ahli sains mengesan kawasan yang berbeza bagi kedudukan lidah dan bergantung pada bunyi-bunyi tertentu yang dihasilkan.
(a) Belakang Lidah – bertentangan dengan lelangit lembut.
(b) Tengah Lidah – bertentangan antara pertemuan lelangit keras dengan lelangit lembut.
(c) Hadapan Lidah – Bertentangan lelangit keras.
(d) Daun Lidah – sepanjang garisan yang menghadap gusi.
(e) Hujung Lidah – bahagian yang paling akhir.
Tiga bahagian yang awal,iaitu belakang,tengah dan hadapan lidah dikenali dorsum dalam bahasa Latin“ tulang belakang” kepada pertuturan manusia.
PITA SUARA
Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan amat penting dalam menghasilkan bunyi bahasa.
Pita suara terdiri daripada dua keping selaput yang boleh terbuka dan tertutup.
Ruang antara kedua-dua itu disebut Glotis. Pita suara berperanan penting dalam
menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara atau tidak bersuara.
RAHANG
Rahang tidak memainkan peranan yang terlalu penting semasa mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Walau bagaimanapun kedudukannya adalah penting dalam pembunyian vokal.
RONGGA
Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara yang keluar dari paru-paru.
Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga tekak, rongga mulut dan rongga hidung.
Rongga tekak bermula daripada bahagian atas selaput pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.
Rongga mulut pula bermula dari ruang di belakang lidah membawa ke bahagian bibir sebelah dalam.
Rongga hidung bermula dari bahagian belakang anak tekak menghala ke hidung.
Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka dan ditutup bergantung padda keadaan, sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau diturunkan.
(B) DAERAH ARTIKULASI
Daerah artikulasi merupakan tempat atau kedudukan organ yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Daerah artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi bahasa ialah bibir,gigi,gusi dan lelangit.
BIBIR
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang berfungsi untuk menyekat perjalanan udara.
CONTOH : a) Apabila menyebut bunyi [u], kedudukan bibir
menjadi bundar. b) Apabila menyebut bunyi [i], keadaan bibir
ialah hampar.
Hal ini kerana bibir terdiri daripada otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan.
Bibir juga berfungsi untuk menyekat udara yang keluar melalui rongga mulut.
CONTOH : a) Apabila menyebut bunyi [m], aliran udara
akan di sekat di bibir.
GIGI
Gigi memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif.
Gigi terbahagi kepada dua, iaitu gigi atas dan gigi bawah.
Fungsinya adalah untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut.
GUSI
Gusi (alveolar) ialah alat pertuturan yang letaknya antara gigi dengan lelangit keras.
Keadaannya cembung berfungsi sebagai daerah artikulasi,iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-gerakkan.
Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan.
LELANGIT
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :
a) Lelangit keras (palatal/palatum) b) Lelangit lembut (velar/velum).
Lelangit keras : - terletak di antara gusi dengan lelangit
lembut. - merupakan tulang berbentuk cembung
pada bahagian atas mulut. - berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Lelangit Lembut : - terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit
keras dan sebelum anak tekak. - merupakan tisu lembut pada bahagian
belakang lelangit keras. - boleh diturunkan dan dinaikkan. - amat penting dalam menentukan sama ada
bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal.
Apabila lelangit lembut di turunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung.
- Menyebabkan bunyi sengau terhasil, misalnya bunyi [n] dan [m].
Apabial lelangit lembut dinaikkan, rongga hidung akan tertutup dan udara dipaksa keluar melalui rongga mulut.
- Menyebabkan terhasilnya bunyi-bunyi letupan dan geseran, misalnya buny [b] dan [h].
Recommended