View
9.619
Download
6
Category
Preview:
DESCRIPTION
menceritakan tentang sumbangan tamadun islam kepada tamadun barat, melayu, china dan india
Citation preview
PENDAHULUAN
Sesungguhnya pelbagai pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu telah berjaya dicapai
oleh manusia hingga ke hari ini. Pencapaian dalam pelbagai bidang ilmu termasuklah ilmu-
ilmu berkaitan perubatan, matematik, sains, fizik, astonomi, seni bina, penulisan dan pelbagai
lagi. Sesungguhnya kejayaan dalam bidang-bidang yang dikecapi pada hari ini sangat berkait
rapat dengan Islam.
Dari sudut perkembangan tamadun-tamadun manusia seperti tamadun barat, Melayu,
Cina dan India, sumbangan dalam bidang ilmu oleh para ilmuan islam adalah amat penting
dalam proses menjadikan tamadun-tamadun ini merupakan salah sebuah tamadun yang
terulung di dunia. Sumbangan dalam pelbagai bidang ilmu telah disalurkan oleh para Ilmuan
Islam dalam bidang masing-masing untuk proses perkembangan dan pembangunan tamadun-
tamadun ini.
Kesan daripada ilmu-ilmu yang disumbangkan, tamadun-tamadun ini telah berjaya
bertapak dan kekal hingga ke hari ini. Pelbagai bidang ilmu ini juga telah berjaya
memberikan kesan positif dalam pemikiran manusia. Masyarakat juga telah berjaya
melahirkan genius-genius dan pemikir yang hebat dalam pelbagai bidang. Kewujudan Taj
Mahal di India juga merupakan antara kesan daripada ilmu-ilmu yang disumbangkan oleh
para ilmuan islam terhadap tamadun dunia.
Hingga ke hari ini ilmu-ilmu yang disalurkan oleh para ilmuan Islam seperti Ibnu
Sina, Ibnu Batutta, Al-Biruni, Al-Khawarizmi masih lagi digunakan. Ilmu-Ilmu seperti
matematik dan sains bukan sahaja digunakan untuk kemajuan sesebuah negara malahan ia
juga digunakan sebagai suatu medium pelajaran untuk para pelajar mempelajarinya.
1
1. TAMADUN BARAT
1.1 Pengenalan
Kewujudan kuasa-kuasa Islam di tengah-tengah kuasa Eropah telah menyebabkan
wujudnye interaksi tamadun antara dunia Islam dan Eropah. Hasilnya, pada abad ke-13M,
kira-kira selepas 300 tahun menguasai Andalus (sebuah pusat tamadun Islam yang istimewa
yang terletak di luar Semenanjung Arab), tamadun Islam telah mencapai kegemilangan.
Perkembangan ilmu dalam bidang sains dan falsafah berlaku dengan pesat dan teleah
melonjakkan dunia islam di mata dunia. Kegiatan terjemahan menjadi faktor utama kepada
perkembangan tamadun di Andalus. Kegiatan ini menjadi alasan kuat kepada pengaliran
tamadun Islam ke Eropah. Kegemilangan tamadun Islam telah menyebabkan pelajar dari
pelbagai pelosok rantau di Eropah datang menimba ilmu. Rentetan kedatangan mereka itu
telah mencetuskan minat di kalangan mereka untuk mendalami ilmu melalui kegiatan
terjemahan. Proses penterjemahan dilakukan dalam bahasa Latin kerana bahasa ini
merupakan bahasa perantaraan utama di Eropah ketika itu.
1.2 Pembentukan Tamadun Barat
Kemunculan para penterjemah memberi pengaruh besar dalam memastikan ilmu-
ilmu yang dicipta ilmuan Islam ke Eropah. Abad ke-12M menyaksikan kegiatan
penterjemahan mula berkembang dengan pesat. Kemunculan tokoh-tokoh penterjemah
seperti Adelard of Bath, Plato of Tivoli, Robert of Chester, John of Sivelle, Hermann the
Dalmation dan ramai lagi telah membuktikann aktiviti penterjemahan yang berlaku telah
memberi impak yang besar kepada pembentukan Tamadun Barat. Aktiviti ini telah berjaya
menggerakkan masyarakat Eropah untuk bangkit membina ketamadunan mereka sendiri
sehingga dapat mencapai apa yang dinamakan sebagai zaman Renaissance (zaman
2
Kebangkitan) selepas Kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5 telah membawa Eropah
kepada Zaman Gelap atau dikenali sebagai Zaman Pertengahan. Zaman ini berlangsung
selama 1000 tahun. Pada awal Zaman Gelap ini berlaku perpecahan politik, kemerosotan
ekonomi dan kongkongan agama Kristian ke atas masyarakat Eropah.
1.3 Penterjemah Barat
1. Adelard of Bath
Beliau dikenali sebagai Alard atau Aderlardus Bathoniensis, dilahirakan di Bath,
England. Beliau telah mengembara sambil belajar ke Perancis, selatan Itali, Sicily dan Timur
Tengah. Beliau merupakan seorang ahli falsafah, matematik, saintis terkenal berketurunan
Inggeris, serta tokoh pelopor utama terjemahan dari bahasa Arab ke bahasa Latin. Adelard
adalah individu yang berperanan penting dalam sejarah perkembangan intelektual pada
zaman pertengahan. Antara penulisan yang diterjemah oleh beliau ialah:
Jadual astronomi karya Maslamah b. Ahmad al-Majriti. Huraian matematik tulisan al-Khawarizmi di bawah tajuk Liber ysagogarum
Alchorismi. Huraian tentang ilmu burung (Falconry).
2. John of Sivelle
Beliau dikenali sebagai John of Spain, John of Toledo dan Joannes Hispalensis. Pada
mulanya beliau adalah seorang penganut Yahudi dan kemudiannya telah memeluk agama
Kristian. John telah banyak menterjemahkan karya Arab berkaitan bidang arithmetic,
astronomi, perubatan dan falsafah. Antaranya:
Liber alghoarismi de practica arismetrice hasil huraian penulis-penulis Islam yang dikumpul oleh beliau.
Karya al-Farghani yang bertajuk Kitab fi Harakat al-Samawiyyah wa Jawami’ ‘Ilm al-Nujum. Diterjemah sekitar 1134-1135M.
Karya Abu Ma’shar yang bertajuk Kitab al-madkhal ila ‘Ilm ahkam al-nujum.
3
Karya al-Battani dan dalam bahasa Latin dikenali dengan tajuk Centiloqiuum atau Liber de consuetudidibus in judiciis astrorum.
Karya al-Kindi dan dalam bahasa Latin dikenali dengan De intellectu.
3. Hermann the Dalmation
Beliau juga dikenali sebagai nama Hermann the Slav dan Hermann the Carinthian.
Seorang ahli falsafah dan astronomi di samping tugas sebagai penterjemah. Hermann
dikatakan telah biasa dengan bahasa Arab kerana telah menghasilkan terjemahan daripada
huraian astronomi yang dihasilkan oleh seorang Yahudi bernama Sahl ibn Bishr di bawah
tajuk Zaelis Fatidica atau Pronostica atau Liber Sextus Astronomie. Peranan beliau sebagai
penterjemah semakin berkembang dengan banyak lagi karya terjemahan yang dapat
dihasilkan. Antaranya ialah:
Terjemahan jadual astronomi yang pernah dihasilkan oleh al-Khawarizmi. Terjemahan karya Abu Ma’shar yang bertajuk Kitab al-Madkhal ila ‘Ilm ahkam al-
nujum. Terjemahan dari bahasa Arab karya Ptolemy yang bertajuk Planisphaerium yang
dibuat oleh Maslamah b. Ahmad al-Majriti.
4. Robert de Chester
Beliau dikenali juga sebagai Robertus Castrensis, Cestrensis, Retinensis, Ketenensis,
Ostiensis, Astensis, Anglicus, Robert the Englishman dan Robert de Retines. Seorang
Inggeris yang mahir dalam bidang matematik, astronomi dan alkemi. Karya-karya terjemahan
beliau ialah:
Karya al-Kindi yang kemudiannya diberi tajuk Judicia. Terjemahan al-Quran pertama dalam bahasa Latin. Karya tentang algebra oleh al-Khawarizmi. Huraian tentang bidang alkemi yang ditulis oleh Khalid b. Yhazid.
5. Plato of Tivoli
4
Dikenali sebagai nama Plato Tiburtinus. Seorang ahli matematik, astronomi, astrologi,
dan penterjemah berketurunan Itali. Beliau bertanggungjawab menterjemah karya dari bahasa
Arab ke Hebrew ke bahasa Latin. Karya-karya terjemahan beliau ialah seperti berikut:
Karya al-‘Imrani yang kemudiannya diberi tajuk De Electionibus Horarum yang disiapkan sekitar tahun 1133-1134M.
Karya al-Battani dan telah diterjemahkan di bawah tajuk De motu Stellarum. Karya Abu Bakr al-Hassan b. al-Khasib di bawah tajuk De Revolutionibus Navitatum.
6. Domingo Gundisalvo
7. Hugh of Santalla
8. Rudolf of Bruges
9. Gerard of Cremona
10. Marc of Toledo
1.4 Iktibar
Pihak Barat berusaha menafikan sumbangan Islam kepada tamadun dunia apa lagi
memberi sumbangan terhadap tamadun mereka. Alasan yang diberikan bahawa bangsa
mereka mencipta kegemilangan tamadun sejak awal iaitu sebelum kegemilangan tamadun
Islam. Justeru itu, daripada penelitian yang dibincangkan di atas jelas menunjukkan bahawa
pihak Barat memperoleh maklumat tentang tamadun melalui orang Islam. Kedatangan
mereka ke Andalus dan melakukan pencernaan ilmu melalui kegiatan terjemahan, jelas
bahawa tamadun Islam menjadi saluran penting kepada perkembangan tamadun Barat. Cuma
persoalan sekarang adalah apakah orang Islam mampu mencerna dan menterjemahkan
tamadun yang ada pada Barat hari in ke pangkuan Islam?
2. TAMADUN MELAYU
5
2.1 Pengenalan
Tamadun melayu merupakan sebuah tamadun yang terbentuk daripada sekolompok
manusia yang secara meluas digolongkan sebagai kumpulan orang-orang melayu dan
tertumpu kepada pentempatan di sesuatu wilayah yang dikenali dengan pelbagai nama iaitu
gugusan Kepulauan Melayu(Malay Archipelago), Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,
Alam Melayu dan Tanah Jawi. Selain itu, tamadun melayu mengandungi dua perkara utama
yang menjadi asas kepada tamadun wilayah ini ialah bahasa melayu yang menjadi bahasa
perhubungan yang luas (linguan franca) di seluruh kawasan alam melayu dan agama islam
sebagai asas pembentukan tamadun melayu. Seterusnya,melayu boleh diistilahkan kepada 3
pengertian iaitu ras(gentetik atau biologi), kebudayaan, bahasa.
2.2 Sumbangan ilmuan Islam
1. IBNU BATUTA
Nama sebenar beliau Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim Al
Lawati Al Tanjin. Beliau juga dikenali dengan name Syamsuddin di Negeri-negeri timur.
Beliau dilahirkan di Tangier Maghribi 24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah. Beliau
juga terkenal dengan penjelajahan dan pengembaraan diserata dunia dan Berjaya merentasi
benua Afrika dan Asia.Sumbangan beliau terhadap tamadun Melayu ialah Bahasa dan sastera
dengan penghasilan satu-satunya karya pengembaraan arab di Asia Tenggara yang terbukti
kesahihannya. Karya tersebut dikenali sebagai Rihlah ibn Batuta,di dalam karya tersebut
menceritakan tentang budaya adab resam serta keadaan masyarakat dunia.
2. AL GHAZALI
6
Nama beliau Abu Hamid Ibnu Muhammad al Tusi al ghazali dilahirkan di Tus,Parsi pada
tahun 450 Hijrah.Beliau juga dikenali sebagai ulama tasawwuf dan akidah dan merupakan
seorang ahli sufi yang digelar sebagai Hujjatul Islam.Sumbangan beliau terhadap bidang
falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak dapat dinafikan lagi.Beliau juga dianggarkan telah
menghasilkan 300 buah buku dalam bidang pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumu
quran dan falsafah. Selain itu,menurut beliau ilmu pengetahuan boleh di dipecahkan kepada 6
perkara iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik, etika.Seterusya, sumbangan al
Ghazali kepada tamadun melayu iaitu Pendidikan dan ilmu syariah dengan menghasilkan
kitab ihya ulumuddin sebagai pegangan orang islam di Tanah Melayu.Banyak sarjana di
dunia menjadikan karya-karya beliau sebagai rujukan termasuk sarjana daripada barat dan
juga sarjana dari nusantara.
3. IBNU SINA
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al huseyn Bin Abdullah Bin Hassan Ali Bin Sina.
Masyarakat barat mengenali beliau dengan nama Avecenna. Beliau merupakan salah seorang
daripada sarjana islam.Beliau banyak menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan antaranya
ialah ilmu perubatan. Banyak karya yang Berjaya dihasilkan oleh beliau.Antara karya beliau
yang terkenal ialah Al qanun yang dijadikan sebagai rujukan di barat hingga akhir kurun ke
21. Oleh itu banyak tiori beliau telah diguna pakai hingga hari ini.Ini secara tidak langsung
pandangan beliau telah digunakan oleh sarjana dan ahli perubatan nusantara (Melayu). Ini
kerana banyak daripada sarjana dan ahli perubatan tempatan telah melanjutkan pelajaran ke
barat. Walaupun mereka tidak belajar secara langsung menggunakan buku-buku karangan
Ibnu Sina tetapi mereka secara tidak langsung telah mempelajari teori daripada Ibnu sina
kerana kebanyakkan daripada buku yang mereka guna pakai telah dikarang daripada penulis
yang menjadikan buku ibnu sina sebagai rujukan.
7
2.3 Iktibar
Sumbangan ilmuan islam dalam tamadun melayu banyak memberi impak dalam
kesedaran dalam aspek pendidikan dan ilmu pengatahuan melayu, bahasa dan sastera alam
melayu. Seterusnya sumbangan berikut boleh dijadikan pemangkin utama kepada
perkembangan tamadun melayu.
Antara sumbangan yang boleh dijadikan iktibar pada pembangunan tamadun melayu
daripada sumbangan tentang kesedaran ilmu pengetahuan. Keilmuan islam telah memberi
kesan yang amat besar kepada tamadun melayu iaitu melahirkan semangat keilmuan
dikalangan penduduk alam melayu. Contohnya semua golongan yang tinggal di alam melayu
tidak mengira golongan atasan atau golongan bawahan supaya mencari mempelajari ilmu
pengatahuan. Selain itu, sumbangan yang boleh juga dijadikan ikhtibar didalam aspek ilmu
pengatahuan iaitu menurut Al-Ghazali ilmu pengetahuan boleh dibahagi kepada 6 perkara
seperti matematik, logik, fizik, metafizik, politik dan etika. Beliau juga telah menghasilkan
300 buah buku yang merangkumi pelbagai antaranya mantik, akhlak, tafsir, ulumu quran dan
falsafah. Seterusnya, beliau telah mengutarakan kaedah falsafah dengan menghuraikan
tentang persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan dan fizikal. Sumbangan ini boleh
dijadikan iktibar dengan tercetusnya perubahan kepada alam melayu yang dahulunya
mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan, terkesan daripada sumbangan
ilmuan perubahan alam melayu mula mementingkan sesuatu yang mengunakan akal,
pemahaman ilmu metafizikal serta pandangan hidup yang bersesuaian pada akal fikiran.
Selain itu, ikthibar dari sumbangan ilmuan islam telah melahirkan banyak tokoh
ilmuan didalam alam melayu. Antara tokoh-tokoh di alam melayu iaitu Nuruddin Al-Raniri,
Shamsuddin Al-sumaterani, Abdul Rauf Singkil, Hazah Al-Fasuri dan Bukhari Al-Jauhari.
Tokoh-tokoh ini, telah menjadikan tamadun melayu muncul sebangai pusat keilmuan.
8
Seterusnya, sumbangan ilmuan islam yang dapat dijadikan iktibar kepada alam
melayu iaitu dalam Bahasa dan sastera melalui ibnu Batuta yang telah menghasilkan karya
yang dikenali sebagai Rihlah Ibnu batuta yang mengutarakan tentang budaya adat resam serta
keadaan masyarakat dunia.sumbangan berikut menjadi perintis kepada alam melayu yang
kuat berpegang teguh kepada adat resam dan adat istidat yang diwarisi.Antara adat yang
masih boleh di terima pakai dalam masyarakat melayu iaitu adat istiadat menyambut
kelahiran, perkahwinan dan kematian.
3. TAMADUN CINA
3.1 Pengenalan
9
Tamadun China dipercayai wujud pada millennium ke-6 sebelum masihi dan
merupakan antara tamadun yang tertua selain Tamadun Mesir,Mesopotamia,Indus,dan
Tamadun Yunani.Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dan berhubung dengan tamadun-
tamadun lain membuatkan tamadun ini intergratif,efektif dan komprehensif serta lebih kukuh
sebagai sebuah tamadun yang universal.Berkaitan dengan itu,tamadun ini menjadi lebih bebih
berkesinambungan dalam menepati piawaian yang dikehendaki ketika itu.Secara
asasnya,bahagian timur China menghadap lautan bahagain barat-laut direntangi oleh gurun
yang luas dan bahagian barat-daya adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas
di dunia dengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata. Keadaan ini menyebabkan
kebanyakan sungai mengalir ke arah kawasan Selatan atau Timur dan seterusnya
menggalakkan pergerakkan penduduk, terutamanya para petani untuk menetap di bahagian
Selatan China.
Hasil dari pola pergerakan ini, perkembangan kebudayaan juga turut beralih ke
Selatan China.Secara geografinya,bentuk mukabumi yang mempunyai tanah subur dan lautan
telah memudahkan proses perhubungan antara tamadun berlaku.Interaksi antara Negara Arab
dan China telah pun berlaku seawal 3 Masihi.Hal ini kerana wujudnya 2 laluan iaitu laluan
darat yang merentasi Khurasan,Samarqand,Xinjiang ke Peking dan juga jalan laut yang
merentasi Lautan Arab dan benua kecil,kepulauan Melayu hingga Canton,China, telah
membolehkan proses perdagangan berlaku.
3.2 Kemasukan Islam di China
10
Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal China telah pun berlabuh di teluk Parsi
dan berdagang di Pelabuhan Sirah pada 5 Masihi. Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika
di zaman khalifah AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang bertanggungjawab
menyebarkan Islam ke Timur hingga ke sempadan negara China adalah Qutaibah bin
Muslim. Akibat daripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera China di sungai
Talas maka ini telah menghalang kerajaan China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada
mengekalkan kuasa di Asia Tengah.Orang islam yang pertama tiba di arab ialah utusan
Khalifah Uthman ibn Affan. baginda telah menghantar Saad bin Abi Waqqas melawat negeri
China pada tahun 651 M (29Hijrah) untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China.
Hasil daripada lawatan tersebut, maharaja China telah mengarahkan pembinaan
Masjid yang besar dan indah di Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou.
(Abdur- Rauf, 1994).. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah menghantar
utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk menghantar pendakwah ke negara tersebut.
Nabi telah menyambut baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua daripada
pendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh, dan hanya seorang sahaja
yang selamat sampai ke China. Maharaja tersebut telah membina sebuah masjid untuknya.
Bermula dari itu beliau mula menyebarkan Islam di negeri China. (Jameel Abdullah, present
Islamic world, part 2, p.in Saudi Arabia, page. 495, in Arabic) .
Pada zaman maharaja Hsu Tang telah berlaku satu pemberontakan untuk
menjatuhkannya.Jadi,beliau meminta pertolongan dari Khalifah Abassiah untuk mengatasi
masalah tersebut.Sehubungan itu,Khalifah Abassiah,Khalifah Al-Mansour telah menghantar
4000 orang untuk menjalankan misi tersebut dan Berjaya.Namun,tentera-tentera tersebut
diminta untuk tinggal disitu dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Hasilnya,berlakulah
islamisasi di kawasan tersebut(Islam in China,China and The Arabs,From the Rise of the
Abbaside Caliphate,Chapter 2,page 25)
11
3.3 Pertembungan Tamadun Islam dan China
1. Pendidikan
Dinasti Tang, Dinasti Sung dan terutamanya Dinasti Yuan melahirkan ramai tokoh Islam
terkenal yang mengamalkan budaya China dan kesetiaan terhadap negeri China tanpa
berbelah bahagi. Salah satunya ialah Muhammad Pao Shao Yi.Hasil Islamisasi di
China,wujud pengajian agama di masjid dan sekolah bagi menyebarkan lagi dakwah islam
disitu.
2. Falsafah
Pada Dinasti Manchou,lahirnya ramai falsafah islam dari China yang terkenal.Antaranya
ialaah Ma Ming Loong,Sheikh Wang Tai Yu dan P’u Sung Ling. P’u Sung Ling menulis
cerita ‘Liao Ch’ai’ yang bermaksud ‘rumah yang tidak dikehendaki’ atau ‘rumah perbualan’.
Cerita ‘Liao Ch’ai’ dianggap setaraf dengan cerita Arab; Seribu Satu Malam. P’u Sung Ling
dianggap sebagai salah seorang penulis besar China. Syed Omar Shamsuddin, putera Hsien
Yang dinasti Yuan merupakan orang yang membuat lukisan Yin dan Yang.
3. Negarawan dan Ketenteraan.
Telah lahir juga ramai tokoh-tokoh Negara dan ketenteraan islam ketika ini. Antaranya:
Takutur Khan – Merupakan cucu kepada Jeneral Jengis Khan.
Laksamana Cheng Ho – Nama sebenarnya ialah Muhammad Ma Ho yang
berasal dari Yunan.
Jeneral Omar Pai Chung - Merupakan Marshal tentera 4 bintang.
Laksaman Cheng Hoo
Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Cheng Ho yang nama aslinya adalah Ma
He – dalam Bahasa Arab adalah Muhammad Siddiq. Beliau dilahirkan dalam sebuah
12
keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan
bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara
dan suka menjelajah.
Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja
lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja.
Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng
Ho oleh maharaja.
Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk
menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia
dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu.
Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran kapal "Baochuan" yang digunakan
dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang
kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat
lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.Armada
Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah
keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu
orang.Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan
pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu
juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China
dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal
separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.
Misi pelayaran Laksamana Cheng Ho ialah : -
(1) Mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara Cina dengan Negara-negara
di Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur.
13
(2) Menunjukkan kekuatan Negara Cina serta mewujudkan pendamaian antara satu sama
lain.
(3) Memajukan perdagangan antarabangsa.
(4) Memperkenalkan hasil pengeluaran tempatan.
(5) Menjamin keselamatan pedagang Maritim.
Disamping itu Laksamana Cheng Ho juga menjalankan kegiatan dakwahnya dengan
menyebarkan Agama Islam di Nusantara seperti Empayar Serivijaya, Majapahit, Melaka,
Terengganu, Fo-Lo-Ann, Kedah dan lain-lain, dimana sebelum ini dipengaruhi oleh agama
Hindu/Buddha.Raja Parameswara dari Melaka adalah raja Melaka pertama yang memeluk
agama Islam atas ajakan Laksamana Cheng Ho. Sejak itu Parameswara mengganti namanya
menjadi Sultan Iskandar Syah dan mengubah Melaka dari kerajaan Hindu menjadi kesultanan
Islam.
Cheng Ho juga dikenal sangat peduli dengan kemakmuran masjid. Tahun 1413, dia
merenovasi Masjid Qinging (timur laut Kabupaten Xian). Tahun 1430, ia membaiki Masjid
San San di Nanjing yang rosak kerana terbakar. Pembaikan masjid mendapat bantuan
langsung dari kaisar. Pada ekspedisi terakhir (1431-1433), ia sempat menunaikan ibadah haji
sebagai pelengkap menjadi seorang Muslim sejati. Sebagai seorang Muslim, ia juga selalu
mengandalikan diplomasi damai dalam setiap pelayarannya. Cheng Ho wafat di Lautan
Hindia di selatan Pulau Sri Lanka pada tahun 1432. Sebelum wafat dia berpesan, agar kalau
dia mati, jenazahnya harus ditenggelamkan ke dasar laut sebelum matahari terbenam.
Kerana sakit Cheng Ho akhirnya wafat dengan tasbih yang jatuh dari tangannya
dengan mengucapkan kata La Ilaha illallah. Semua orang menangisi kepergiannya. Hidupnya
bagai sebuah legenda. Namun menurut sejarawan China, tak ada anak buah Cheng Ho yang
berani membenamkan jenazahnya ke dasar laut seperti permintaannya. Jenazahnya dibawa
14
pulang ke Nanjing dan dia dimakamkan di depan sebuah masjid dengan sebuah upacara
kebesaran militer yang dihadiri oleh Kaisar Ming yang baru yang menggantikan Kaisar Yong
Le.
3.4 Iktibar
Kesimpulannya, sumbangan ilmuan islam dalam tamadun cina yelah memberi
iktibar yang banyak dan meluas. Sebagai contoh, kesan daripada kedatangan Laksamana
Cheng Ho sebagai penganut agama islam dan telah memberi pengaruh yang kuat dalam
agama Islam di tamadun Cina. Dalam zaman Dinasti Yuan, pendatang-pendatang Islam
kebanyakannya menggunakan nama keluarga orang-orang Han yang bukan Islam seperti
Chau, Chien, Sun, Lee dan sebahagiannya menggunakan nama asal mereka. Ramai
negarawan Cina dan tentera Cina adalah beragama Islam dan ini merupakan contoh terbaik
bagi membuktikan kesan daripada pengislaman panglima-panglima perang kerajaan pada
zaman tamadun cina.
Antara sumbangan yang boleh dijadikan iktibar kepada tamadun cina ialah melalui
pelayaran. Contohnya, ramai anak kapal Laksamana Cheng ho telah memeluk agama Islam
dan mereka dapat mendalami agama islam dengan sebaiknya. Selain itu, pedagang asing telah
menyebabkan ajaran agama islam tersebar luas dengan ramai pendakwah ke China melalui
laut dan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai, Guangzhou, dan
sebagainya.
Seterusnya, maharaja dapat menerima kebaikan agama islam dan tertarik
kedatangan pendakwah islam yang menyebarkan agama Islam di tamadun Cina. Ini akan
memberi kesan kepada penduduk tamadun cina kerana penduduk akan patuh dan mencontohi
perbuataan tentang ajaran Islam.
15
4. TAMADUN INDIA
4.1 Pengenalan
16
Tamadun India merupakan salah sebuah tamadun yang terawal wujud di dunia.
Sesungguhnya tamadun ini seringkali dikaitkan dengan tamadun yang pada awalnya berpusat
di lembah Sungai Indus. Proses perkembangan tamadun ini dalam pelbagai aspek seperti
falsafah, seni, budaya, ekonomi dan sebagainya. Pada keseluruhannya tamadun India ini
merupakan tamadun yang dianggap sesuai untuk masyarakat dunia walaupun ia merupakan
tamadun yang tertua.
Sekarang, India merupakan negara kedua terbesar komuniti Islam selepas Indonesia.
Islam telah sampai ke India sebenarnya awal iaitu selepas kewafatan Nabi Muhammad
S.A.W.. Apakah kesan daripada pengaruh Islam ke atas hidup dan budaya Tamadun India?
Ramai pakar-pakar sejarah dan pemikir-pemikir sosial dan agama berpendapat bahawa
Agama Islam meninggalkan kesan yang sangat luar biasa ke atas tamadun ini. Agama Islam
telah memepelbagaikan budaya dalam pelbagai aspek dan juga telah telah membawa satu
institusi yang baru.Islam bukan sahaja telah diperluaskan melalui dari bahagian utara, tetapi
Islam juga diperluaskan melalui perdagangan dari bahagian Pinggir Laut Kerala. Ramai
bijak-pandai dan ulama sufi telah datang ke India kerana mereka amat tertarik dengan apa
yang mereka nampak dan apa yang dipelajari di India.
4.2 Sumbangan Ilmuan Islam
Islam memainkan peranan penting dalam pembinaan dan perkembangan Tamadun
India semenjak abad ke-7 masihi lagi. Dalam proses perkembangan tamadun India ini,
pelbagai aspek perlu dititikberatkan agar ia menjadi salah sebuah tamadun yang berjaya dan
dapat membina empayar terulung dalam masyarakat dunia. Walaupun tamadun India sering
dikaitkan dengan budaya dan Agama Hindu, namun sumbangan dari bentuk kepakaran dalam
pelbagai ilmu oleh para ilmuan Islam tidak dapat dinafikan lagi dan masih digunakan
sehingga sekarang sebagai rujukan walaupun berlainan agama.
17
Zaman Kegemilangan Islam dalam tamadun ini adalah sekitar 750 – 1250 masihi.
Dalam tempoh ini pelbagai sumbangan telah diberikan para ilmuan Islam dalam bidang
Kesenian, Falsafah, Sains, Perubatan, Perdagangan dan Seni Bina. Kepakaran dalam pelbagai
ilmu ini memberi impak besar dalam pembangunan tamadun ini. Berikut merupakan antara
para ilmuan yang telah menyumbang dalam proses perkembangan tamadun India :
1. AL-BIRUNI
Nama beliau ialah Abu Rayyan Muhammad bin Ahmad Biruni dan beliau lebih
dikenali sebagai Al-Biruni. Beliau dilahirkan di Khwarazm, Samanid Persia. Al-Biruni
merupakan seorang cendekiawan Islam pertama yang menuntut ilmu di India dan juga
merupakan seorang ilmuan Islam yang pertama yang belajar tradisi Brahminical. Al-biruni
juga telah menggunakan sumber asal India sebagai untuk kerja beliau. Sebagai contoh, beliau
amat dikenali oleh penganut Agama India di zaman itu kerana beliau telah mempelajari
Bahasa Sanskrit dan amat mahir bahasa tersebut, kerana beliau ingin memamahi manuskrip
Agama India seperti Ramayana dan Mahabrata.
Selain itu, beliau telah menyumbangkan kepakaran dalam bidang falsafah seperti
penulisan buku Kitab Al-Hind yang belaiu pelajari tentang latar belakang agama India, beliau
juga merupakan seorang yang mengagumi tentang cara hidup masyarak Tamadun India. Di
dalam penulisan beliau ini, beliau banyak menggunakan sumber asal dari tamadun ini. Antara
bidang lain yang beliau terokai ialah bidang sains seperti perubatan, teologi, matematik,
geografi dan lain-lain bidang. Pada keseluruhannya ilmu-ilmu yang telah disumbangkan oleh
beliau amat bermanfaat dan masih digunakan sehingga ke hari ini.
2. AL-JAHIZ
18
Nama sebenar beliau ialah Abu Uthman Amr ibn Bahr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri.
Beliau telah lahir pada tahun 781 masihi di Basra. Al-Jahiz merupakan seorang tokoh ilmuan
Islam dalam bidang biologi, tatabahasa, dan sejarah. Al-Jahiz juga telah menyumbangkan
kepakaran beliau dalam bidang penulisan melalui cara memperkenalkan tamadun India
kepada masyarakat dunia melalui esei karangan beliau yang menyatakan perasaan kagum
beliau terhadap tamadun India. Antara tulisan karangan beliau yang memuji tamadun tertua
di dunia ini ialah :
“Penduduk India patut dipuji setinggi-tingginya. Mereka mempunyai skrip yang unik dalam
bidang perubatan. Mereka juga mempunyai wawasan yang tinggi”
3. IBNU BATUTTA
Abu Abdullah bin Abdullah Al Lawati Al- Tanji ibn Batutta atau lebih dikenali
sebagai Ibnu Batutta telah lahir di Tangier, Morocco. Beliau telah lahir pada Februari 1304
masihi. Ibnu Batutta juga merupakan salah seorang daripada ilmuan Islam yang telah
membawa impak yang besar dalam perkembangan tamadun India dan juga tamadun-
tamadun yang terdapat di dunia. Ibnu Batutta merupakan antara pengembara ilmuan Islam
yang terhebat. Beliau telah memperkenalkan panduan mengemabara untuk para pengembara.
Beliau juga telah memperbaiki infrastruktur akademik yang terdapat pada tamadun ini. Salah
satu situasi yang dapat dilihat di dalam Tamadun ini ialah sistem politik.
Beliau banyak berhubung dengan kerajaan dan memberikan maklumat kepada
pedagang-pedagang ke India, status sosial, tabiat moral dan sumber bahan yang terdapat di
situ. Semua maklumat berhubung tentang sejarah India dapat diterjemahkan oleh Ibnu Batutta
melalui penulisan-penulisan beliau. Antaranya, salah satu penulisan beliau menggambarkan
Zaman pertengahan Tamadun India yang ketika itu pesat membangunkan dan menekankan
tentang struktur sosial seperti sistem politik serta hubungan dengan kerajaan-kerajaan lain.
19
4.3 Iktibar
Perkara utama yang dapat dilihat melalui sumbangan-sumbangan ilmuan Islam di
dalam Tamadun India ialah dari segi perkembangan ilmu yang amat pesat. Sesungguhnya
pelbagai sumbangan dalam bentuk kepakaran ilmu telah disumbangkan oleh ilmuan Islam.
Kepakaran yang disumbangkan oleh para ilmuan meliputi pelbagai bidang iaitu Sains dan
Teknologi, Matematik, Astronomi, Falsafah, Perubatan, Linguistik dan Seni Bina. Kesemua
bidang ini telah mengukuhkan lagi kedudukan tamadun India. Tambahan pula, agama Islam
dapat dikembangkan lagi ke seluruh kawasan di sekitar tamadun ini. Sebagai contoh, Ibnu
Sina dengan kepakaran pelayaran yang dijadikan sumber ilmu bagi tokoh-tokoh tempatan
ketika itu dan masih menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Manakala Al-Biruni dengan seni
kesusasteraannya yang terkenal seperti Kitab Al-Hind .
Dengan keberadaan kepakaran dalam bidang-bidang ini, kemajuan dalam bidang
penciptaan alatan dan reka bentuk bangunan dapat dihasilkan. Sebagai contoh hasil daripada
seni bina, Taj Mahal berjaya dicipta oleh masyarakat tamadun ini yang menyelitkan unsur-
unsur kesenian Islam yang bentuknya menyerupai sebuah masjid , selain itu seni bina Kota
Agra dan Qutb-minar juga mempunyai nilai-nilai seni bina Islam. Islam telah mula diterima
dan dianuti oleh sebahagian daripada masyarakat tamadun ini. Selain itu, kepelbagaian dalam
pelbagai bidang ini telah melahirkan masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Kewujudan Ilmu-ilmu ini bukan sahaja telah memberi impak terhadap tamadun India
sahaja, malahan ia telah memberikan kesan terhadap pembangunan tamadun-tamadun lain.
Walaupun Tamadun India merupakan tamadun yang lebih menjurus kepada agama hindu,
namun penguasaan Islam melalui ilmu-ilmu dan cara hidup masyarakat tamadun ini adalah
sangat besar. Kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang ilmu telah menyebabkan
20
masyarakat tamadun ini tertarik dan mengaplikasinya dalam proses pembangunan tamadun.
Kesimpulannya, tamadun India bukan sahaja telah berkembang pesat melalui masyarakat
mereka, malahan para Ilmuan Islam telah memberikan impak yang besar dalam
pembangunannya.
Selepas agama Islam pesat berkembang , Islam memainkan peranan penting yang
meliputi seluruh aspek kehidupan masyarakat India termasuk kerohanian dan kebendaan.
Antara sumbangan tersebut ialah menyatukan pemerintahan di bawah satu kuasa yang
berpusat di Delhi ( kesultanan Delhi abad ke-12 masihi ), melahirkan Bahasa Urdu , seni
bina dan pusat-pusat pengajian yang penting dan terkenal sehingga kini.Islam juga
memperkenalkan sistem kemasyarakatan tanpa kasta dan memartabatkan kedudkan wanita
dengan menghapuskan dowri dan amalan sati.
PENUTUP
Secara kesuluruhannya , ilmuan Islam banyak memberikan sumbangan yang besar di
dalam pembangunan tamadun. Bukan sahaja dalam pembangunan Tamadun Islam, malah
turut memberi impak yang besar dalam pembangunan dan pengembangnan tamadun-tamadun
21
lain seperti Tamadun Barat, Melayu, Cina dan India. Terutamanya di dalam sistem
perkembangan ilmu yang banyak memberi inspirasi kepada tokoh-tokoh tempatan sebagai
rujukan.
Selaras dengan itu , terlahirnya tokoh-tokoh tempatan dalam kalangan islam yang
cekap dan berjaya membawa peranan masing-masing seperti Cheng Ho dari Tamadun Cina ,
Nuruddin Ar-Raniri dari Tamadun Melayu , Shah Jahan dari Tamadun India.Selain itu,
wilayah dan pengaruh agama Islam dapat dikembangkan ke serata dunia.Hal dapat dilihat
melalui tamadun China islam lebih tersebar luas ke AsiaTenggara apabila penguasaan
Dinasti berada di bawah naungan islam.
Bibliografi
1-M Natsir Arsyad . 1989 . Ilmuan Islam sepanjang zaman .Khazanah Ilmu-ilmu
Islam.p.159,147
22
2-Saifullah Mohd sawi dan Samsu Adabi Mamat . 2009 . Sejarah dan Tamadun Islam di Asia
Tenggara . Keisma Publication .
3-Mohd Taib Osman , 2000 . Islamic civilization in the world . Dewan Bahasa dan Pustaka.
4-Marshall Broomhall , 1996 . Islam in China : A neglected problem . Paragon Book Reprint
Corp New York.
5-Asghar Ali Enineer , 2002 . Islam in India : The impact of civilizations . Indian Council for
Cultural Relations, New Delhi.
6-Aurel Bin Hj Abdullah, 2001 . Islam dan perdagangan dalam sejarah awal Melayu. Penerbit
: Darl Fikir Sdn Bhd
7-Ghazali Darusalam , Sumbangan sarjana dalam Tamadun Islam . Penerbit : Utusan
ublication dan Distribution Sdn Bhd.
8-Mohamad Khadafi Hj Rujie, 2009 . Tamadun Islam : Prinsip dan sumbangan terhadap
peradaban dunia.
9-H. Ibrahim Tien Ying, 1979 . Perkembangan Islam di Tiongkok . Penerbit : Penerbit Bulan
Bintang Jakarta.
10-Prof. S.I Poeradisastra , 1981 . Sumbangan Islam kepada ilmu dan kebdayaan
moden :Pengaruh sastera Islam atas Barat.
LAMPIRAN
23
24
25
26
Recommended