View
214
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
4. 13 Penerangan Distractor
Soalan 4, 6, 10, 12, 15,16,17,18,19 merupakan soalan yang terbaik di kalangan
20 soalan yang telah disediakan dan diboleh digunakan terus kerana ia adalah efektif
untuk membezakan murid yang pandai dan lemah. Soalan 1, 13 dan 20 boleh diterima
sebagai soalan dalam ujian tetapi harus diubahsuai jika ingin meningkatkan kualitinya.
Soalan 3, 7, 8 dan 11 pula perlu ditulis semula kerana soalan tersebut terlalu mudah
dijawab. Soalan 2, 5, 9 dan 14 pula perlu dibuang kerana ia adalah terlalu sukar dan
tidak sesuai untuk menguji tahap murid tahun 3.
Berdasarkan hasil daripada pengiraan indeks diskriminasi, terdapat 9 soalan
yang mana indeks diskriminasinya melebihi 0.40 (I.D.>0.40) bermakna soalan tersebut
adalah baik kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan
pelajar yang berpencapaian lemah. Manakala terdapat 3 soalan yang mempunyai
indeks diskriminasi positif sederhana (0.2 < I.D. < 0.4) di mana soalan–soalan ini perlu
diubahsuai. Seterusnya terdapat 4 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif
yang rendah (0 < I.D. < 0.2) yang dikatakan tidak baik kerana ia tidak berupaya
membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Soalan-soalan ini perlu
diubahsuaikan atau ditulis semula.
Bagi soalan 2, 5, 9 dan 14 pula wajib ditukar soalannya kerana indeks
diskriminasi negatif (I.D. < 0) telah muncul. Soalan sebegini tidak mempunyai nilai untuk
terus dikekalkan dalam kertas ujian ini kerana ia langsung tidak dapat menilaikan tahap
pencapaian dan pemahaman murid-murid.
4.14 Laporan Keputusan Analisis Item Untuk Setiap Item MCQ
Di sini kita boleh menyimpulkan bahawa kebanyakan soalan yang dibina dalam
ujian ini mendiskriminasi secara positif iaitu soalan-soalan ini adalah bersetuju dengan
ujian tersebut. Antaranya 9 soalan mempunyai mempunyai diskriminasi positif yang
tinggi, 3 soalan mempunyai diskriminasi positif yang sederhana dan 4 soalan yang
dikategori sebagai soalan yang mempunyai nilai diskrisminasi positif yang rendah. Ini
bermaksud 16 soalan daripada 20 soalan yang dibina (bersamaan dengan 80 peratus)
adalah logik untuk digunakan.
Walaupun 12 soalan dalam kategori yang sesuai untuk diterima (diskriminasi
positif yang tinggi dan sederhana), akan tetapi yang 4 soalan soalan yang dikategori
sebagai soalan yang mempunyai nilai diskrisminasi positif yang rendah juga logik
diterima. Kadangkala, dalam sesuatu kajian, adalah wajar jika sesetengah soalan yang
mudah diguna untuk memberi peluang kejayaan kepada pelajar yang lemah.
Contohnya, soalan 7 dan 8 mempunyai yang amat mudah diberikan tetapi masih
mempunyai indeks diskriminasi iaitu 0.13 . Ini bermakna soalan ini walaaupun senang
tetapi ia masih boleh diterima.
Dalam sesuatu ujian, adalah wajib mempunyai soalan yang amat mudah atau
sebaliknya. Hal ini bertujuan memberi peluang kepada murid yang lemah dan mencipta
keadaan yang mencabar bagi murid yang handal. Jika kita meneliti soalan 10 dan 16,
indeks diskriminasinya telah mencecah 0.75. Hal ini bererti soalan ini juga agak sukar
bagi kumpulan tinggi. Walau bagaimanapun, kita boleh menyimpulkan bahawa soalan
tersebut tidaklah lemah tetapi cuma agak sukar dijawab.
Jika kita ingin membincang tentang kesederhanaan, maka kita dapat melihat
banyak soalan yang boleh dikategori sebagai soalan yang bertahap sederhana. Soalan
1, 13 dan 20 mempunyai indeks diskriminasi antara 0.25 ke 0.38. Hal ini menunjukkan
soalan-soalan sebegini tidaklah agak mudah untuk kumpulan tinggi dan juga tidak boleh
dianggap sangat sukar untuk murid yang kumpulan rendah. Dengan itu, ia adalah
sesuai untuk digunakan bagi menguji semua murid.
Indeks diskriminasi negatif merupakan perkara yang wajib dielakkan dalam
sesuatu ujian yang ditadbirkan. Oleh itu, 4 soalan yang mempunyai indeks diskriminasi
negatif ini telah terus diiktirafkan statusnya sebagai soalan buangan yang perlu
disingkirkan. Soalan 2, 5, 9 dan 14 merupakan soalan yang agak unik sebab murid
yang dikategorikan sebagai kumpulan rendah mempunyai skor yang lebih tinggi
daripada murid yang digolongkan sebagai kumpulan atas. Keadaan sebegini
seharusnya tidak boleh berlaku dalam ujian. Keadaan ini bermuncul kerana soalan
tersebut terlalu sukar dijawab dan murid terpaksa memilih jawapan secara rawak.
Penentuan markah untuk soalaan sebegini bukanlah tahap pemahamaan murid lagi
tetapi ialah nasib masing-masing. Oleh itu, soalan-soalan ini harus dibuang dan diganti
dengan soalan lain yang lebih munasabah.
Konklusinya, sesuatu soalan yang sangat sukar atau sangat mudah tidak harus
muncul dalam sesuatu ujian yang bermatlamat menguji tahap pemahaman para murid.
Oleh itu, soalan indeks diskriminasi negatif perlu dielakkan sepenuh-penuhnya. Soalan
yang berindeks diskriminasi positif yang tinggi pula wajib dikekalkan manakala soalan
yang berindeks diskriminasi positif yang serdehana atau rendah pula boleh diubahsuai
mengikut budi bicara pengelola.
Recommended