View
8
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah teknologi berkaitan dengan
pemprosesan maklumat, dalam kata lainnya adalah berkenaan dengan penggunaan
komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk menukar, mengawasi,
memproses, menghubung dan menghasilkan maklumat. Dalam Kamus Rujukan
2006, perkataan colonialism atau kolonialisme di definisikan sebagai dasar atau
amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara
yang lain. Salah satu jenis kolonialisme adalah elektronik kolonialisme atau ‘e-
colonialisme’. Kolonialisme juga adalah amalan perluasan kuasa dan penguasaan
negara, terutamanya dengan kawalan langsung ke atas wilayah politik atau
ekonomi negara lain. (Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C, 2006)
Pada masa kini, istilah imperialisme atau kolonialisme tidak lagi digunakan
untuk menggambarkan sebagai penaklukan secara langsung tetapi lebih dikenali
sebagai agenda tersembunyi iaitu ‘The New Demension Of Colonialisme’.
Penjajahan bentuk baru atau Neo-kolonialismepada hari ini menggantikan
kolonialisme tradisional dan berlaku melalui teknologi maklumat dan komunikasi
yang berbeza dengan bentuk penjajahan pada abad lalu yang mana ia bersifat
kekerasan dan paksaan. Penjajahan bentuk baru ini lebih kepada perubahan sikap,
tanpa ada unsur paksaan dan kekerasan. Neo-kolonialisme ini adalah berbentuk
tipu daya, perjanjian berat sebelah, tekanan ekonomi, penyaluran pengaruh fikiran,
budaya dan ideologi. Dalam erti kata sebenar sebuah negara menjadi mangsa
kepada bukan hanya sebuah negara tetapi banyak negara yang lebih berkuasa,
kaya dan berpengaruh di dalam era globalisasi kini. Neo-kolonialisme begitu
berkesan daripada penjajahan bentuk lama.
1
2.0 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Merupakan Senjata
Utama Barat Dalam Agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’
2.1 Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan
penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala
maklumat. Dalam menjalankan agenda ‘The New Demension Of Colonialism’, pihak
Barat menjadikan ICT sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala
maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita
dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada
mereka dan menindas negara-negara yang tidak bersengkongkol dengan mereka
khususnya negara-negara islam.
Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah
negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan
dominasi dunia Barat. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan
Soviet Union, Amerika Syarikat telah muncul sebagai kuasa sebuah negara kuasa
besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia
Barat dalam menjalankan agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’. Contohnya
di Iraq pada hari ini Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama
dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman
Iraq. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan
antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan
lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan
diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah
kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan
ketenteraan dan militarinya. Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya
kuasa besar dunia setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet
Union.
2
2.2 Ekonomi
Dalam konteks ekonomi, ICT dilihat kepada pembukaan pasaran dan pengaliran
modal secara meluas di dalam satu pasaran tunggal. Namun yang demikian, kajian
membuktikan tentang kewujudannya dalam era globalisasi sebagai satu peluang
yang membawa kepada kolonialisme era baru yang mampu memberi kesan kepada
ekonomi. Ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat
(knowledge-driven economy) bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan
kuat, dan dalam tata dunia yang baru New World Order di bawah pimpinan Amerika
Syarikat dan sekutu-sekutunya.
Fanomena globalisasi boleh memberi peluang kepada negara maju untuk
memperluaskan penguasaan mereka ke atas negara mundur atau sedang
membangun. Teori Modern World System yang diperkenalkan oleh Immanuel
Wallenstein pada abad ke-16 membuktikan bahawa penjajahan bentuk baru wujud
dalam era globalisasi. Syarikat multinasional (MNC), institusi kewangan
antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Tabung Kewangan
Antarabangsa dan Bank Dunia dilihat sebagai alat oleh negara yang berkuasa untuk
mengawal negara membangun. Kolonialisme era baru melalui konteks ekonomi ini
dapat diambil contoh melalui kewujudan MNCs iaitu syarikat atau perbadanan yang
beroperasi sama ada di dua ataupun lebih daripada dua buah negara asing secara
serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang dikawal
oleh satu perbadanan induk.
Kebanyakkan MNCs adalah dimiliki oleh negara maju seperti Amerika
Syarikat (US) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mana mempunyai dana yang banyak
dan kukuh dan sering mencari ruang pelaburan di negara dunia ketiga bagi
memperolehi sumber asli yang banyak dan sumber buruh yang murah bagi
meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. kebanyakkan modal dan
teknologi adalah datangnya dari MNCs telah meyebabkan negara membangun
3
bergantung kepada negara maju demi kemajuan ekonomi. Pergantungan ini
pastinya memberi impak negatif kepada negara dunia ketiga kerana segala
keputusan seperti pemilikan sepenuhnya aset, perjalanan syarikat serta
keuntungan dalam perniagaan terletak sepenuhnya kepada syarikat induk di
negara maju. Kesannya menyebabkan negara Dunia Ketiga mengikut sahaja
halatuju dan keputusan dari dari syarikat negara maju seperti Jepun dan Amerika
Syarikat. (Nurul Hasliza Mohd Razmin & et.al, 2010)
2.3 Sosial
Dari aspek sosial pula masyarakat kini terdedah kepada budaya Barat melalui ICT.
Globalisasi telah mempercepatkan hemegonisasi budaya secara global. Melalui
proses ini, masyarakat akan berpandangan bahawa budaya yang baik adalah yang
berasal dari Barat. Pelbagai program-program hiburan Barat telah menjadi ikutan
masyarakat yang menyebabkan minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan
budaya hiburan. Pihak Barat juga menggunakan ICT sebagai alat untuk
menyebarkan elemen-elemen yang boleh meruntuhkan nilai keagmaan dalam diri
individu. Barat telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama
dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha
memperbaiki, merubah dan membawa kemajuan atau tamadun.
Masyarakat yang terdedah kepada budaya Barat melalui teknologi akan
menyebabkan keruntuhan moral. Justeru, muncul gerakan-gerakan sosial yang
memperjuangkan kebebasan seks, hak pengguguran anak, kebebasan pelacur-
pelacur, perkahwinan sejenis dan hari-hari perayaan golongan “gay” yang disambut
secara besar-besaran. Secara umumnya, pihak Barat telah berjaya menjalankan
agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’ dalam demensi sosial dengan
menggunakan ICT melalui penyerapan kepada budaya masyarakat.Contoh yang
boleh dilihat melalui budaya makan iaitu pelbagai jenis makanan Barat telah dapat
dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas
seperti Coca-Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh
dunia.
Dalam budaya fesyen pula,anak-anak muda semakin ghairah mengikuti
segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levi’s
4
menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya. Budaya Hidup juga telah
dipengaruhi dengan adanyamajlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala
barat serta dunia lakonan dan pembuatan filem mengikut cara barat. Masyarakat
dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok
yang menajakan budaya hidup barat. Budaya muzik dan hiburan juga berjaya
dipengaruhi oleh Barat. Contohnya muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik
'black metal' telah mula menguasai dunia.
3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan
senjata utama Barat dalam agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’ dan
membawa implikasi kepada perkembangan kolonialisme dalam bentuk baru yang
kebanyakannya dikuasai oleh negara maju. Dalam keadaan sedemikian, organisasi
antarabangsa, MNCs dan pertubuhan perdagangan dunia adalah menjadi tunggak
kepada penjajahan dalam bentuk baru dengan menggunakan idea pembangunan
untuk menarik minat negara dunia ketiga supaya mengikut arus yang dirangka oleh
mereka. Dengan ini, negara dunia ketiga akan terus terikat dengan perjanjian yang
telah dilaksanakan dengan harapan dapat membangunkan negara mereka tetapi
hakikatnya adalah membawa kemunduran yang lebih keatas ekonomi mereka.
Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat
pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan
modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-
negara tersebut terkenal sebagai ‘developed’ (maju), ‘advanced’ (terkehadapan)
atau ‘fully industrialised countries’ (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan
perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modenisasi yang dicapai
khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan kelunturan nilai-
nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama.
Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai
elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan termasuklah
dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Justeru, masyarakat perlu menggunakan
5
kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi pada landasan yang betul untuk
mengelakkan berlakunya impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara.
RUJUKAN DAN BIBILOGRAFI
Fathi Yakan. 2002. Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21. Kuala Lumpur:
Jasmin Enterprise
Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C. 2006. International Relation (7th Ed). Landon:
Pearson Longman
John L. Esposito. 2004. Ancaman Islam Mitos atau Realiti?. Kuala Lumpur: Institiut
Terjemahan Negara Malaysia Bhd.
Kamus Rujukan 2006
Nurul Hasliza Mohd Razmin & et.al. 2010. Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme
Bentuk Baru Dan Kesan Kepada Ekonomi. Kelantan: Lecturer, Faculty of
Entrepreneurship and Business Universiti Malaysia Kelantan
Pusat Pengajian Umum UKM. 2006. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor:
FULSON TRADING CO.
YADIM Sabri Mohamad Sharif. 2009. Generasi Ulul Albab Segunung Harapan
Seteguh Gagasan. Kuala Lumpur: Karisma Publications
Internet
6
Hegemoni Barat Dan Globalisasi Realiti Dan Cabaran. http://All About History Htm.
Diakses Pada 10/11/2014.
Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan. Mendaulatkan martabat bangsa.
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-b angsa-dan-negara-malaysia-yang
berdaulat/keutuhan-budaya-dan-moral/. Diakses Pada 3/11/2014.
7
Recommended