View
1.089
Download
58
Category
Preview:
Citation preview
Kaedah Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam
PENDAHULUAN
Islam tidak pernah meminggirkan teknologi dan perkembangan terkini
untuk menghasilkan kaedah pendidikan yang terbaik. Walau bagaimanapun,
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diamalkan oleh Rasulullah
SAW perlu dijadikan asas dan rujukan. Ini kerana Baginda s.a.w. merupakan
model terbaik yang mengajak umat Islam mengamalkan ajaran Islam dan akhlak
Islamiyyah.
Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan
kemahiran dan peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu
dikuasai meliputi penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set
induksi, penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK),
kemahiran menyoal dan pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.
Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan,
pemahaman, dan hafazan ayat Al-Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah,
sirah, tokoh dan tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan
aspek ini mampu membentuk pelajar menjadi insan soleh.
Pendidikan Islam adalah pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan
hadis. Oleh itu, matlamat pendidikan tersebut hendaklah disesuaikan dengan
kedua-dua sumber tersebut. Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan
syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik dan melahirkan insan
yang soleh yang tidak mengenal batas masa, negeri dan bangsa sebaliknya
menuju kepada Allah dan alam akhirat.
Matlamat pendidikan Islam juga adalah untuk melahirkan khalifatullah
yang mempunyai perkembangan yang seimbang. Keseimbangan pembangunan
manusia ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian kerana dengan
1
kerohanian manusia yang dididik tersebut akan patuh dan taat kepada hukum
yang disyariatkan oleh Allah SWT. Proses membangunkan insan perlulah secara
menyeluruh dari semua aspek kehidupan.
Imam al-Ghazali menjelaskan matlamat pendidikan sebagai: “Untuk
mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperoleh kedudukan,
bermegah-megah dan berlumba-lumba .”
Sebagai seorang ahli tasawuf, al-Ghazali menekankan matlamat
pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang segala kejahilan diri
sehingga individu tersebut dapat mengenal “pencipta” dan matlamat ilmu yang
sebenarnya yang membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah. Jika
pendidikan yang selain taqarraillallah, adalah bukan objektif pendidikan Islam.
DEFINISI
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah dan teknik
mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah
dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi,
apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat kepada misal-
misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng
(1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan
Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang
ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri
penemuan, Forebel dan sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-
tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.
Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia
merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran.
2
Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa
kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja
cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada
pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia
tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah,
Atan Long (1981) dan lain-lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik
untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan.
Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan
demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan
keadaan masa, tempat dan pelajar.
KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
BIDANG ASUHAN TILAWAH AL-QURAN
Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam
menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah
bertujuan untuk menarik minat murid serta ilmu pengetahuan yang akan
diperolehi akan terus berkekalan serta dapat diamalkan dalam kehidupan
seharian.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan
bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam
Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.
Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak
dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah
yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca,
menghafaz dan memahami al-Quran.
3
Bidang Asuhan Tilawah al-Quran sekolah rendah dapat dibahagikan
kepada 2 kemahiran utama iaitu kemahiran bacaan surah-surah tertentu dan
kemahiran menghafaz surah-surah tertentu. Antara strategi dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh
guru termasuklah Aplikasi Kaedah Talaqqi Musyafahah, Ulangan (at-Tikrar),
Tasmik, Aplikasi Kaedah Latih Tubi, (al-Mulazamah), Hafalan, Talaqqi,
Musyafahah dan Aplikasi Kaedah Bercerita (al-Qissah) Syarahan (al-
Muhadharah), dan sumbang saran.
1. Aplikasi Kaedah Talaqqi Musyafahah, Ulangan (at-Tikrar), Tasmik
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh
Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”.
Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru
bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW
terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan
kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW
kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
1.1 Kaedah Talaqqi
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara
bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan
tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan
dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan
dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.
Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang
mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat
mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-
Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat
menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.
4
1.2 Kaedah Musyafahah
Musyafahah pada bahasa: gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke
mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.
Musyafahah dari segi istilah bermaksud guru menyebut huruf dan kalimah
dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir,
pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al
Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan
pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian
mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah
atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru
membetulkan sebutan tersebut.
Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan
melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar
mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa
menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti
guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar.
Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah
Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru
berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan
bacaan ayat al-Quran sebagai bacaan contoh dan meminta
pelajarmendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah
bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya
dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar
sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan
sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.
Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali
bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang
meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.
5
Aplikasi kaedah Talaqqi dan Musyafahah bagi hasil pembelajaran aras
satu. (Ayat bacaan)
Hasil pembelajaran aras satu disasarkan kepada semua pelajar yang
terdapat dalam kelas, merangkumi semua tahap pencapaian pelajar iaitu lemah,
sederhana dan pandai. Bagi mencapai hasil pembelajaran aras satu,
menggunakan kaedah talaqqi dan musyafahah, guru memulakan pengajaran
dengan membaca ayat-ayat bacaan al-Quran.
Guru memperdengarkan bacaan al-Quran dari bacaan guru sendiri
supaya pelajar dapat memerhatikan pergerakan bibir dan sebutan guru.
Guru mempamerkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad
carta atau kad manila. Setelah mempamerkan ayat-ayat tersebut, guru
membaca ayat-ayat tersebut dan meminta pelajar mengikut bacaan guru.
Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas, kumpulan dan
individu. Semasa pelajar membaca ayat, guru perlu memerhati dan
mendengar dengan teliti sebutan pelajar untuk mengesan pelajar yang
dapat membaca dan pelajar yang masih belum boleh menguasai bacaan.
Guru mengumpulkan pelajar dalam kumpulan kecil bertujuan membimbing
mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan
tajwid. Guru membaca, pelajar diminta memerhati gerak bibir guru
kemudian mengikut bacaan guru. Guru membetulkan bacaan pelajar
sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan tajwid.
Melalui kaedah ini, hasil pembelajaran aras satu dapat dicapai oleh guru
dengan berkesan kerana pelajar dapat membaca ayat al Quran dengan betul
mengikut sebutan guru. Guru juga dapat membetulkan sebutan dan bacaan
pelajar semasa menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai
hasil pembelajaran aras satu, guru perlu memastikan semua pelajar dapat
membaca ayat yang diajar oleh guru pada hari tersebut.
6
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat
bacaan)
Bagi mencapai hasil pembelajaran aras dua, (pelajar mampu menghafaz
ayat dengan betul dan fasih) guru boleh menggunakan kaedah talaqqi
musyafahah ini dengan berpandukan kepada beberapa langkah semasa
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
Guru memaparkan ayat-ayat al Quran di carta atau di LCD, kemudian
guru membaca ayat tersebut. Guru meminta pelajar memerhati gerak bibir
guru di samping pelajar melihat ayat yang tertera di LCD.
Guru meminta pelajar membaca ayat di LCD sambil guru meneliti bacaan
pelajar dari segi sebutan atau makhraj dan tajwid.
Setelah guru berpuas hati dengan mutu bacaan pelajar guru meminta
pelajar membaca ayat-ayat tersebut di hadapan kelas.
Guru perlu memastikan pelajar dapat membaca ayat dengan betul dan
fasih.
Guru boleh menguji pelajar dengan meminta mereka membaca di
hadapan kelas atau di hadapan guru.
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat
bacaan).
Aplikasi kaedah talaqqi dan musyafahah bagi hasil pembelajaran aras tiga
(pelajar mampu membaca ayat dengan bertajwid), guru boleh menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran mengikut langkah-langkah tertentu.
Guru memperdengarkan kepada pelajar ayat bacaan atau ayat hafazan
melalui CD. Guru meminta pelajar memerhati ayat tersebut di mushaf al-
Quran serta mengikut bacaan secara perlahan.
7
Guru mengulang beberapa kali bacaan ayat tersebut sehingga pelajar
dapat menguasai ayat tersebut. Guru meminta pelajar membaca ayat
tersebut secara kumpulan dan individu.
Guru meminta pelajar yang telah betul bacaannya dari segi makhraj dan
tajwid, memperdengarkan bacaan di hadapan kelas.
1.3 Kaedah Ulangan (at-Tikrar)
Pada sudut bahasa Tikrar bermaksud ulangan berkali-kali dan pada istilah
iaitu aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan
mengingati sesuatu bacaan berulang kali.Selepas guru membaca murid-murid
ikut. Seorang murid membaca dan diikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid
membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut
kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain
mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar sahaja.
Pelaksanaan Kaedah Tikrar
Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
Memastikan tahap kebolehan murid.
Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan
teliti.
Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas
hati.
Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.
Kekuatan Kaedah Tikrar
Guru dapat mengenal pasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
8
Dapat membina kenyakinan diri murid.
Kelemahan Kaedah Tikrar
Mengambil masa yang agak panjang untuk menamatkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kurang berkesan untuk murid yang bijak dan cepat menguasai pelajaran.
Aplikasi Kaedah Tikrar dalam pengajaran dan pembelajaran
Guru membaca ayat dan murid mengulanginya selepas mendengar
supaya guru itu dapat membetulkan kesalahan muridnya.
Murid mendengar bacaan guru,jika murid belum dapat kuasai untuk
menyebut perkataan tertentu,guru perlu membaca perkataan yang susah
berulang kali.
Murid membaca dan guru mendengar sambil membetulkan bacaan yang
salah, kemudian murid menghafaz ayat yang di baca dan menyemaknya
di hadapan guru.
1.4 Kaedah Tasmik
Tasmik adalah perkataan yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud
mendengar. Kaedah ini digunakan guru dalam pengajaran Tilawah al Quran
melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Kaedah tasmik melibatkan guru
dengan pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Kaedah ini digunakan untuk menguji tahap pencapaian pelajar dalam
penguasaan bacaan dan hafazan al Quran.
Cara pelaksanaan kaedah tasmik, ialah pelajar diminta membaca ayat
yang ditentukan oleh guru dengan suara yang kuat (jahar), di hadapan guru.
Guru mendengar bacaan atau hafazan pelajar dengan teliti supaya dapat
mengesan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar dalam bacaannya. Jika
terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan kesalahan murid. Untuk
9
menentukan pelajar menguasai tajwid, guru boleh menyoal pelajar tentang
hukum bacaan atau hukum tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat
yang dibaca.
Pelaksanaan Kaedah Tasmik
Guru mendengar dan meneliti bacaan pelajar.
Kedudukan guru adalah berhampiran dengan pelajar dengan keadaan
berhadapan atau bersemuka supaya guru dapat melihat cara pelajar
menyebut kalimah atau ayat.
Pelajar dikehendaki membaca atau menghafaz dengan suara yang
nyaring supaya guru dapat mendengar dengan jelas sebutan dan bacaan
pelajar.
Pelajar membaca secara kumpulan kecil atau individu.
Kelebihan Kaedah Tasmik
Guru dapat mengesan kelemahan bacaan pelajar dalam waktu yang
cepat.
Guru dapat memperbetulkan bacaan pelajar dengan tepat.
Guru dapat mengesan dan mengenalpasti tahap kebolehan sebenar
pelajar
Guru dapat memastikan pelajar tidak melakukan kesilapan.
Guru dapat mendisiplinkan pelajar dengan cara yang berkesan.
Kaedah tasmik sangat sesuai diaplikasikan dalam bidang Asuhan Tilawah
al-Quran bahagian ayat bacaan. Melalui kaedah ini guru dapat mengesan
dengan cepat penguasaan pelajar terhadap ayat bacaan yang diajar. Bagi
mencapai hasil pembelajaran seperti yang dirancang, guru perlu melaksanakan
langkah-langkah yang sesuai mengikut aras pembelajaran.
10
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras satu.(Ayat bacaan)
Guru meminta pelajar membaca ayat yang telah dipelajari secara kelas
dan kumpulan secara kuat dan nyaring.
Guru mendengar bacaan pelajar dengan teliti supaya dapat mengesan
kesalahan dalam bacaan pelajar.
Guru meminta pelajar membaca ayat secara individu. Pelajar membaca
bergilir-gilir secara individu.
Guru meneliti bacaan pelajar dan memperbetulkan kesalahan pelajar.
Guru perlu memastikan semua pelajar dapat membaca ayat dengan betul.
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras dua (Ayat bacaan)
Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Guru mendengar
bacaan pelajar dengan teliti dan memperbetulkan bacaan murid.
Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di
hadapan guru.
Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta
kesalahan pelajar.
Guru menyoal pelajar tentang kalimah dan ayat yang mengandungi
bacaanpanjang dan pendek.
Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan
kepada pelajar sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan
tepat.
Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai bacaan dengan betul
mengikut hukum tajwid.
Aplikasi kaedah tasmik bagi hasil pembelajaran aras tiga (Ayat bacaan)
11
Guru meminta pelajar membaca ayat secara kumpulan. Pelajar
dikumpulkan mengikut tahap pencapaian. Guru mendengar bacaan
pelajar dengan teliti.
Pelajar diminta membaca ayat secara individu dengan suara kuat di
hadapan guru.
Guru meneliti bacaan pelajar dan membuat pembetulan serta merta
kesalahan pelajar.
Guru menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat
yang dibaca.
Pelajar menjawab soalan guru secara lisan. Guru memberi bimbingan
kepada murid sekiranya murid tidak menjawab soalan guru dengan tepat.
Pada aras ini, guru perlu memastikan pelajar telah dapat menguasai
bacaan dengan betul, fasih dan bertajwid
2. Aplikasi Kaedah Latih Tubi, (al-Mulazamah), Hafalan
Kaedah latih tubi adalah satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau
kecekapan yang dipelajari. Tujuan kaedah ini digunakan adalah supaya pelajar
mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin
kekekalannya dalam ingatan pelajar. Pelajar dapat menyebut dengan fasih dan
seterusnya dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran. Oleh yang
demikian kaedah latih tubi ini amat sesuai bagi mereka yang baru belajar al-
Quran, malah kaedah ini sememangnya telah dipraktikkan sejak zaman
Rasulullah SAW. Saidatina ’Aisyah RA telah meriwayatkan hadis yang
bermaksud:
“Rasulullah SAW suka mengulang-ulang suatu perkara kepada para
sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yang sebenar.”
12
Melalui kaedah ini, pelajar dapat menguasai kemahiran bacaan dan
mengingat serta menghafaz ayat al Quran yang telah dipelajari. Pengajaran dan
pembelajaran guru akan lebih berkesan sekiranya kaedah ini dilakukan secara
berturutan dan berulang kali. Kesesuaian kaedah latih tubi ini dilaksanakan
dengan ulangan sebanyak tiga kali. Saidatina ’Aisyah RA meriwayatkan sebuah
hadis lagi yang bermaksud:
“Rasulullah SAW mengucapkan tiga kali apabila bertutur dengan satu-
satu ayat dan kadangkala satu masalah diterangkan oleh Rasulullah SAW
diulang sebanyak tiga kali agar para pendengar cukup jelas untuk
memahaminya.”
Kaedah latih tubi sangat sesuai digunakan oleh guru kerana melalui
kaedah ini guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap
pelajar. Kaedah ini juga sangat berkesan untuk pengajaran tilawah al-Quran
bahagian hafazan dan boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan bagi pelajar
yang tidak menguasai ayat bacaan dan hafazan. Kaedah latih tubi juga dapat
membina keyakinan pelajar untuk menguasai bacaan al-Quran dan menghafaz
ayat-ayat yang diajar guru.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras satu. (Ayat hafazan)
Guru menayangkan LCD yang mengandungi ayat-ayat al Quran yang
akan dipelajari. Guru membaca ayat tersebut tiga kali dan meminta pelajar
mendengar bacaan guru dengan teliti kemudian mengikut bacaan guru.
Guru meminta pelajar mengulangi bacaan tiga kali secara kelas dan
kumpulan. Untuk menarik minat pelajar, guru memperdengarkan bacaan
al Quran oleh qari yang terkenal dari cakera padat.
Guru menggunakan pita rakaman untuk merakam bacaan pelajar
kemudian guru memperdengarkan bacaan tersebut kepada pelajar
Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca
secara latih tubi hingga dapat menghafaz ayat dengan betul.
13
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras dua. (Ayat hafazan)
Guru meminta pelajar membaca ayat secara kelas dan kumpulan. Guru
menyoal pelajar tentang hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang
dibaca melalui LCD. Guru menerangkan hukum tajwid yang masih belum
dipelajari kepada murid dan menerangkan cara bacaan bagi hukum
tersebut.
Pelajar membaca ayat mengikut guru dengan bacaan bertajwid yang
betul. Pelajar diminta membaca ayat tersebut secara latih tubi iaitu
berulang-ulang sebanyak tiga kali.
Guru meminta pelajar menghafaz ayat secara individu. Guru perlu
memastikan pelajar dapat menghafaz ayat dengan betul dan bertajwid.
Aplikasi kaedah latih tubi bagi hasil pembelajaran aras tiga. (Ayat hafazan)
Guru meminta pelajar membaca ayat yang dipaparkan di LCD, pelajar
membaca secara kumpulan mengikut tahap pelajar.
Pelajar dalam kumpulan berlatih tubi menghafaz ayat secara berpasangan
berperingkat-peringkat bermula dengan satu ayat, sehingga dapat
menghafaz dengan betul dan fasih.
Guru meminta pelajar dari kumpulan pandai membaca ayat dengan
bertajwid dan meminta pelajar menyebut nama hukum tajwid yang
terdapat dalam ayat yang dibaca.
Guru meminta pelajar menghafaz ayat seorang demi seorang membaca di
hadapan guru. Guru perlu memastikan pelajar menghafaz ayat dengan
makhraj yang betul dan bertajwid.
3. Aplikasi Kaedah Bercerita (al-Qissah) Syarahan (al-Muhadharah), dan Sumbang Saran
14
Menurut Ahmad (1997), Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah
dakwah banyak menggunakan kaedah bercerita. Hal ini dapat dilihat dengan
jelas, kerana dalam al-Quran banyak terdapat kisah-kisah lampau seperti kisah
para anbia’ dan umat-umat yang terdahulu. Antara ayat yang menceritakan kisah
Nabi terdahulu ialah dalam firman-Nya yang bermaksud:
”Dan (Kami telah mengutuskan) Rasul-rasul yang sebahagiannya Kami
telah menceritakan tentangmu dahulu…” (an-Nisa’: 164)
Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang menarik dan digemari
oleh murid semasa menyampaikan isi pelajaran. Ini kerana banyak cerita-cerita
yang terdapat di dalam al-Quran samada ayat tersebut sememangnya kisah-
kisah dari al-Quran ataupun Kaedah bercerita merupakan satu kaedah yang
menarik dan digemari oleh murid semasa menyampaikan isi pelajaran. Ini kerana
banyak cerita-cerita yang terdapat di dalam al-Quran sama ada ayat tersebut
sememangnya kisah-kisah dari al-Quran ataupun pokok persoalan yang boleh
dikembangkan isunya. Menggunakan kaedah bercerita adalah selaras dengan
kaedah yang dianjurkan oleh al-Quran. Allah SWT mendidik para Nabi-Nya
melalui penceritaan kisah-kisah yang menarik. Misalnya kisah orang-orang soleh
seperti kelahiran nabi Isa AS, kisah Ratu Balqis, Ashabul Kahfi, kisah Nabi Nuh
AS dengan kaumnya yang degil dan engkar, kisah kaum Nabi Lut AS yang
melampaui batas dan pelbagai cerita dari al-Quran. Kisah-kisah ini sangat
memberi pengajaran dan keinsafan di kalangan murid-murid.
Sekiranya murid mula merasa bosan atau ada anak murid yang sedih dan
berdukacita kerana menghadapi masalah, kaedah bercerita dengan
mengisahkan kisah-kisah al-Quran yang menarik akan dapat menghilangkan
kebosanan dan mengembirakan atau memulihkan perasaan mereka seperti
mana yang berlaku kepada Rasulullah SAW dalam menghadapi ujian hidup
khususnya ketika menyampaikan dakwah. Maka Allah SWT menurunkan Surah
Yusuf iaitu satu-satunya surah yang lengkap dengan cerita keluarga Nabi Yusuf
AS dari mula hingga akhir, hanya untuk menghiburkan dan mengurangkan
perasaan sedih baginda SAW. Secara tidak langsung diakhir kaedah bercerita
15
ini, guru boleh berbincang atau menyatakan pengajaran yang terdapat dalam
cerita yang dikisahkan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN
Tahun Dua (25) orang murid
Masa 8:30 pagi - 9:30 pagi
Bidang / Tajuk Asuhan Tilawah Al-Quran / Surah Al-Kafirun
Alat Bantu Mengajar LCD / komputer, kad-kad kalimah, lembaran
kerja dan radio kaset
Pengetahuan Sedia Ada Murid
Murid telah mahir membaca membaca al-Quran Murid pernah mendengar bacaan dari surah ini
Kemahiran Berfikir. Banding beza.
Hasil Pembelajaran
Murid dapat: Aras 1: Menghafaz potongan ayat Surah Al-Kafirun dengan betulAras 2: Mengekalkan hafazan surah yang telah dipelajari. Aras 3: Mengamalkan surah-surah yang dihafaz ketika solat.
Penghayatan Nilai
Bersungguh-sungguh menghafaz surah-surah Al-Quran
Mengamalkan surah yang telah dihafaz dalam solat seharian
Berusaha menghafaz surah-surah yang lain Banyak menghafaz surah akan mencerdaskan
minda
LANGKAH ISIKANDUNGAN
AKTIVITIDAN
PEMBELAJARAN
BAHAN BANTU
MENGAJAR
Pendahuluan Bacaan Doa Murid-murid membaca doa
16
Belajar belajar bersama-sama dengan guru
Set InduksiSurah
Al-Kafirunayat 1-3
Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang perkataan “ KAFIR “ dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran Surah Al-Kafirun
Surah Al-Kafirun
Slaid Power Point
Langkah 1Surah
Al-Kafirun ayat 1-3
Guru mempamirkan Surah Al-Kafirun ayat 1-3
Guru memperdengarkan bacaan Surah Al-Kafirun ayat 1-6
Guru meminta murid-murid membaca bersama-sama dengan guru secara kelas, kumpulan dan individu
Surah Al-Kafirun
Slaid power point
Langkah 2Surah
Al-Kafirun ayat 1-3
Guru mengedarkan kad-kad potongan ayat surah Al-Kafirun ayat 1-3 kepada murid-murid yang membentuk beberapa kumpulan
Murid-murid diminta menyusun semula potongan kad tersebut menjadi ayat yang lengkap dalam masa yang ditentukan
Guru menilai hasil kerja murid-murid
Guru meminta setiap kumpulan membaca semula hasil kerja tersebut
Murid-murid diminta menyalin semula ayat dari surah yang telah dibacakan tersebut.
SurahAl-Kafirun
Kad-kad potongan ayat dari surah Al-kafirun
Langkah 3 Surah Guru mengumpulkan dan Surah
17
Al-Kafirun ayat 1-3
(Pemulihan)
membimbing murid-murid yang belum dapat menguasai bacaan surah dengan baik
Latih tubi secara individu dan berpasangan dilaksanakan
Al-Kafirun Kad-kad
potongan ayat dari surahAl-kafirun
Langkah 4
SurahAl-Kafirun ayat 1-3
Guru mengadakan pertandingan hafazan Surah Al-Kafirun
Guru merakam bacaan dari murid-murid tersebut
Guru memperdengarkan semula hasil bacaan murid-murid
Guru berbincang tentang hasil bacaan murid-murid tersebut
Radio Kaset
Penutup
SurahAl-Kafirun ayat 1-3
Guru meminta murid-murid melafazkan bacaan Surah Al-Kafirun secara hafazan mengikut kumpulan serta berpasangan
Guru menerangkan penggunaan bacaan Surah Al-Kafirun dalam kehidupan seharian. Contohnya: Bacaan dalam solat Bacaan ketika hendak
tidur.
PENUTUP
18
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah
bergantung kepada keupayaan dan peranan guru Pendidikan Islam di dalam bilik
darjah dalam mencapai matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Islam yang
telah digubal. Daripada beberapa kajian tentang pengajaran dan pembelajaran
kurikulum Pendidikan Islam, terutama dalam kaitannya ke arah pembinaan
negara bangsa Malaysia, aspek yang paling utama yang perlu dikaji ialah
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru
Pendidikan Islam di bilik darjah (Resolusi Wacana Pendidikan Islam, Fakulti
Pendidikan UKM 2003). Secara perbandingannya dengan guru-guru mata
pelajaran yang lain, guru-guru Pendidikan Islam dikatakan masih lagi mempunyai
beberapa kelemahan dalam menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Pembentukan kurikulum yang sepadu sama ada kurikulum umum
mahupun kurikulum pendidikan Islam tidak akan lengkap dan sempurna,
sekiranya kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak dititikberatkan.
Penguasaan ilmu dan pembentukan peribadi yang sempurna bukan sahaja
berpunca daripada ketokohan dan keperibadian guru, bahkan berpunca daripada
kurikulum yang lengkap dan disokong oleh kaedah pengajaran yang sempurna.
Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alat
penyampung atau penggerak dua hala di antara guru dan pelajar yang sentiasa
berinteraksi dan saling pengaruh-mempengaruhi. Menurut al-Syaibani (1975),
kaedah yang baik dapat membantu pelajar memperoleh ilmu pengetahuan,
kemahiran dan mengubah sikap dan tingkah laku, menanam minat dan nilai-nilai
yang diingini.
Dalam apa jua bentuk perkaedahan sekalipun, para guru perlulah
menyampaikan pelajaran menurut kecenderungan dan peringkat kematangan
pelajar berdasarkan peringkat umur dan kecerdasan otak masing-masing. Dalam
hal ini, Imam al-Ghazali (1939) telah menyarankan agar guru menyampaikan
pelajaran menurut kadar kefahaman dan peringkat pencapaian akal fikiran para
pelajar. Sesuatu pelajaran yang disampaikan tanpa mengambil kira peringkat
19
akal dan pencapaian pelajar boleh membawa kepada kerumitan dan kebosanan,
dan akhirnya membawa kepada kegagalan.
BIBLIOGRAFI
1. Al-Quran al-Karim.
20
2. Ab. Halim Tamuri. 2003. Bagaimana menjadikan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam lebih menarik. Konvensyen Penyelia
Pendidikan Islam negeri dan daerah tahun 2003, hlm: 123-149.
3. Al-Jambalati, Abu Futuh al-Tunisi. 1973. Dirasat muqaranah fi al-tarbiyyah
al-Islamiah. Mesir.
4. Al-Na’miy, Abdullah al-Amin. 1994. Kaedah dan teknik pengajaran menurut
Ibn Khaldun dan al-Qabisi. Terj. Mohd Ramzi Omar. Kuala Lumpur:
DBP.
5. Al-Qabisi, Abu Hasan. 1967. Al-Risalah al-Mufaddalah li Ahwal al-
Muta’allimin wa Ahkam al-Mu’allimin wa al-Muta’allimin. Kaherah: Darul
Ma’arif.
6. Al-Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. 2001. Nabi Muhammad: Guru dan
pendidik terulung. Terj. Shuhadak Mahmud. Negeri Sembilan: M. Khari
enterprise & al-Azhar Media Ent.
7. Gamal Zakaria. 2002. Ibnu Sahnun mutiara pendidik Muslim. Bandar Seri
Putra: KISDAR
8. Ghazali Darusalam. 2001. Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors sdn. Bhd
9. Al-Ghazali, Abu Hamid. 1939. Ihya ‘Ulum al-Din. Juz. 1. Mesir: Matba’ah
Mustafa al-Babi al-halabi.
10. Al-Syaibani, Umar Muhammad al-Taomi. 1975. Falsafah al-tarbiyyah al-
Islamiah. Tripoli.
21
Recommended