Upload
eloise-looi
View
278
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
EDU
Citation preview
Strategi, Kaedah dan Teknik
Ahli Kumpulan: Lee Pei Jun Tan Zheng
Yee
1. SumbangsaranDikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh diaplikasikan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti
perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.
Matlamat Sumbangsaran
menerbitkan idea sangat bernilai tanpa batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang
dan menghiburkan.
Di samping itu juga idea-idea daripada ahli kumpulan akan dapat menyelesaikan
permasalahan yang selama ini tidak ditemui jalan penyelesaiannya.
Pekara yang paling penting dalam aktiviti sumbangsaran adalah mencari dan
membangunkan idea-idea yang berkualiti berdasarkan pada idea-idea yang diterbitkan dan
dikemukakan oleh ahli kumpulan.
Prinsip-prinsip Sumbang Saran
(a) Semua ahli yang terlibat dalam sesuatu sesi sumbangsaran itu hendaklah mengemukakan penilaian yang hendak dibuat pada suatu idea. Ini bermaksud, setiap daripada seorang ahli tidak boleh mengkritik idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli yang lain.
(b) Tujuan akhir yang hendak diperoleh dalam suatu sesi sumbangsaran itu adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kuantiti idea yang dibincangkan. Semakin banyak idea yang dihasilkan, semakin banyak pilihan idea yang boleh difikirkan oleh setiap ahli kumpulan itu. Setiap ahli kumpulan amat digalakkan memberikan idea.
(c) Setiap ahli kumpulan juga digalakkan berfikir secara bebas dengan menggunakan segala imaginasi yang ada pada diri mereka.
(d) Semua idea-idea yang dihasilkan boleh digabung, diubahsuai, dikembangkan dan dibaiki bagi mendapat satu keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik.
(e) Jangka masa yang sesuai bagi sesuatu sesi sumbangsaran yang berkesan adalah antara 15 minit hingga 30 minit.
Lebih lama masa yang digunakan untuk sesuatu sesi sumbangsaran itu, suasanan sesi berkenaan akan menjadi hambar dan ahli-ahlinya menjadi bosan serta letih.
Ini secara tidak langsung mengakibatkan sesi sumbangsaran berkenaan tidak akan mencapai objektif yang disasarkan.
(f) Aktiviti ini hendaklah dijalankan secara berkumpulan.
Untuk sesi sumbangsaran yang baik, ahli-ahli kumpulan tidak melebihi daripada lima belas orang.
Sekiranya satu sesi sumbangsaran itu mempunyai ahli yang lebih daripada lima belas orang ianya akan menjadi satu sesi yang tidak terkawal.
2. Bercerita
• Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
• Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
• Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.
•Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
• Suara memainkan peranan yang penting di mana ia harus di kawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Persediaan sebelum sesi bercerita• Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar
duduk dalam satu bulatan bersama orang yang bercerita. Perkara-perkara yang perlu diambil kira:– Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua
pelajar – Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya
bahagian muka dan tangannya – Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang
sesuai – Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar
untuk bertanya atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita
– Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.
• Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu – diberi maklumat tentang bahagian-bahagian cerita – diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau
peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal.– Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman
bercerita yang lengkap.
Semasa sesi bercerita
• Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya.
• Pastikan pelajar menumpukan perhatian.
• Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan mereka.
Selepas sesi bercerita
• Memberi peluang kepada murid-murid untuk merumuskan cerita.
• Meminta murid-murid berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.
• Guru berbincang tindakan watak bersama murid-murid.
3. Perbincangan
• Perbincangan merupakan proses aktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran (Gauthier, 2001).
• Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar.
• Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran.
Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan yang mewujudkan sesuatu kumpulan berfikiran secara berkelompok.
Setiap peserta digalakkan memberi idea dan setiap idea itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti.
Pada akhirnya, idea yang paling sesuai sahaja yang dipilih sebagai rumusan.
Sumbangsaran
Forum digunakan sekiranya kumpulan adalah besar dan
bilangan ahli juga ramai.
Suatu panel yang terdiri daripada empat hingga lapan orang pakar akan menyampaikan idea-idea
mereka.
Panel ini terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli panel yang akan menyampaikan hujah-hujah akan duduk di hadapan peserta-
peserta.
Pengerusi panel akan memulakan forum dengan memberikan sedikit penerangan tentang tajuk dalam
suasana yang tenang.
Setiap ahli panel mungkin diberi masa
4-5 minit untuk mengemukakan pendapat mereka.
Forum
Seminar
• Seminar merupakan suatu pertemuan pembentang dengan sekumpulan pelajar/peserta untuk mendengar serta berbincang tentang satu topik. Penyampaian perlu disediakan dengan baik. Pelajar-pelajar yang lain seharusnya telah pun membuat persediaan yang lengkap untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.
• Seminar lebih sesuai bagi pelajar/peserta yang dewasa serta mempunyai kematangan intelek. Kaedah ini memberi latihan kepada pelajar/peserta untuk merancang,mengelola serta mengumpul data-data untuk membuat satu-satu rumusan.
Sesi Buzz
Kumpulan buzz merupakan kumpulan yang kecil iaitu terdiri daripada 4-6 orang ahli.
Seorang ketua dan seorang pelapor atau setiausaha akan dipilih.
Selepas guru membuat sesuatu penyampaian, kumpulan-kumpulan buzz akan memulakan perbincangan.
• Ketua akan mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya, manakala pelapor akan mencatatkan idea-idea dan seterusnya membuat suatu rumusan tentang perbincangan kumpulan kecilnya.
• Pada peringkat akhir, kumpulan-kumpulan kecil itu akan berkumpul semula untuk perbincangan.
• Selepas itu, idea-idea yang dipersetujui akan disampaikan kepada guru yang akan merumuskan isi-isi penting dan dipaparkan dihadapan kelas.
Perbahasan
• Perbahasan adalah perbincangan yang formal dan ahli–ahli perbahasan telah membuat persediaan untuk menentang atau menyebelahi sesuatu isu.
• Ahli–ahli akan bercakap secara bergilir–gilir di antara pasukan dan masa yang diberikan bagi pembahas, kedua dan ketiga mungkin berbeza.
• Biasanya dua kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan.
Setiap kumpulan kecil akan
mengambil bahagian
dalam perbahasan.
Setiap kumpulan lazimnya
terdiri daripada
empat orang ahli.
Kumpulan yang dikenali sebagai pencadang akan menyokong topik
perbahasan manakala kumpulan lagi satu
dikenali sebagai pembangkang akan menentang topik
perbahasan.
Elemen-elemen teknik perbincangan:
• Matlamat dan objektif.Perbincangan secara kumpulan kecil untuk menghasilkan pembelajaran berbentuk proses dan bukan pencapaian hasil akhir. Maka pelajar perlu melibatkan diri secara aktif.
• Saiz kumpulan yang ideal
Saiz kumpulan yang sesuai dan praktikal adalah antara 6-8 orang.
• Susun atur bilikPastikan pelajar menghadap satu sama lain dan tidak diganggu dengan aktiviti lain dalam bilik darjah. Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau berbentuk “U” amat sesuai kerana memberikan kuasa/autoriti kepada guru atau ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. Guru mempunyai laluan untuk ke papan tulis serta boleh bergerak ke dalam bentuk “U” agar dapat mendekati pelajar.
• Pemilihan topik Topik boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di dalam bilik darjah, seperti tentang mana-mana topik, subjek, pelbagai tahap perkembangan dan umur pelajar. Yang penting topik yang dipilih releven dan dapat merangsang minat pelajar. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan dilema moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.
demonstrasi Demonstrasi adalah proses
pengajaran melalui contoh atau eksperimen.
ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur
Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk
menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.
boleh digunakan untuk membuktikan fakta melalui gabungan bukti visual dan pemikiran yang berkaitan.
serupa dengan cerita bertulis dan contoh-contoh yang membolehkan murid-murid sendiri mengaitkan maklumat yang dibentangkan
melibatkan menunjukkan sebab atau bukti, menjelaskan dengan menggunakan contoh atau eksperimen.
Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan atau menjalankan sesuatu aktiviti
Komponen Membuat Demonstrasi
Membuat persediaan awalTentukan konsep, prinsip, proses yang hendak diajar Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuaiJana beberapa soalan penting yang akan digunakan Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan demonstrasi berjaya Menjalankan demonstrasi
Demonstrasi guruDemonstrasi guru-pelajarDemonstrasi pelajarDemonstrasi tetamu jemputan
Kelebihan Demonstrasi• membantu meningkatkan minat murid • mengukuhkan daya ingatan murid kerana
ia menyediakan sambungan antara fakta dan aplikasi dunia sebenar.
• membantu murid menghubungkan teori dengan amalan sebenar atau apabila murid tidak dapat memahami aplikasi teori.
• membantu membangunkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar
memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan
Membolehkan pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah
Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-
langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen
Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan
sesuatu aktiviti
Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu
perlakuan dengan lebih mudah
Dapat memperkenalkan bahan pembelajaran baru
kepada pelajar melalui penglihatan dan
pendengaran
Ciri-ciri demonstrasi
Prinsip Menjalankan DemonstrasiSeboleh-bolehnya
libatkan pelajar dengan
menjalankan demonstrasi
interaktif
Tunjukkan keterujaan
supaya demonstrasi
kelihatan ‘hidup’Pastikan semua
pelajar boleh dengar dan lihat dengan
jelas
Sentiasa bertanya soalan
berorientasi inkuiri
Dengan satu siri soalan, bantu
pelajar menemui konsep yang hendak diajar
Beri pengukuhan
positif
Lakukan penilaian
demonstrasi untuk
penambahbaikan
Penyelesaian Masalah Satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukankan kepada mereka.Boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Langkah teknik penyelesaian masalah dalam P&P
mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah jelas. Mengenal pasti cabaran-
cabaran yang akan dihadapi sebelum pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Mencadangkan langkah-
langkah yang boleh diambil untuk mengatasi cabaran.
Menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut keutamaan.
Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah:
membolehkan murid bertanggungjawab ketika mengemukakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat.
membina semangat berpasukan untuk mencapai matlamat melalui motivasi kemahiran perancangan strategik yang melibatkan persetujuan ahli pasukan.
Theory of Constraints (TOC)
• merupakan satu cara pemikiran yang sistematik yang membekalkan perkakas pemikiran berlandaskan common sense.
• Perkakas pemikiran ini membekalkan manusia alatan untuk berfikir secara kreatif dan mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang kualitatif.
Matlamat
Mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang berkesan
Meningkatkan cara pembelajaran
murid-murid dan proses memperolehi
maklumat
Meningkatkan kemahiran
pemikiran dan berkomunikasi
Langkah-langkah 1. Kesedaran dan mengenal pasti
masalah # penyataan masalah # menentukan apa yang perlu diubah# menentukan objektif penyelesaian
2. Mengenalpasti cara penyelesaian # menentukan apa perubahan yang berlaku
3. Pelaksanaan cara penyelesaian masalah# mengendalikan proses perubahan
Teknik dalam TOC
Teknik Awan (The Cloud)
Teknik Sebab dan Akibat (Logic
Branch)
Teknik Penyelesaian
Masalah (Problem Solving)
Teknik Awan ( The Cloud )Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak.Konflik yang hendak diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.
Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)
Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang berentet-rentet.
Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Kelebihan TOC Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam
pengajaran dan pembelajaran, murid dan guru berupaya;
mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
menyelesaikan masalah dengan berkesan. membuat keputusan secara
bertanggungjawab dan bersama. berkomunikasi dengan baik memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.