View
331
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
1/15
1
MOHD FAZARI BIN MOHD SALLEH
PENGARAH BHG. PERANCANGAN &
PEMBANGUNAN
NORBAYA BINTI ARIFFIN
PENGARAH BHG. PENYELARASAN
HAL EHWAL ANTARABANGSA &
KEURUSETIAAN
KHAIRUL ANWAR BIN BACHOK
BHG JABATAN KHIDMAT
PENGURUSAN
DR. ZAITOL BINTI SALLEH
PENGARAH BHG. PERUNDANGAN
& ADVOKASI
BHG. KAUNSELING &
PSIKOLOGI
ARFAN BIN SULAIMAN
PENGARAH BHG. KANAK-KANAK
ADNAN BIN ABU BAKAR
PENGARAH JABATAN
PEMBANGUNAN ORANG KURANG
UPAYA
ROSLAN BIN BABA
PENGARAH BHG WARGA TUA &
KELUARGA
WAN NORAIDA BINTI WAN
MOHD.
PENGARAH BHG PEMBANGUNAN
KOMUNITI
ROSMAHWATI BINTI ISHAK
PENGARAH BHG SOSIO EKONOMI
& BANTUAN
CHE NGAH BIN ISMAIL
PENGARAH BHG PERINTAH
KHIDMAT MASYARAKAT
NORAINI BINTI HJ. MOHD HASHIMKETUA PENGARAH KEBAJIKAN
MASYARAKAT
GRED UTAMA B
SHARUDIN BIN SHAR KASHIM
TIMBALAN KETUA PENGARAH
(PERANCANGAN)
GRED UTAMA C
TIMBALAN KETUA PENGARAH
(OPERASI)
GRED UTAMA C
JABATAN KEBAJIKAN
MASYARAKAT NEGERI
CARTA ORGANISASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
2/15
2
CARTA ORGANISASI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT
NEGERI S54
NOORMAH BT DATO ABDUL RAUF
PT (KES) N27
FARHATULAINI BINTI MOHD YUSOP
TIMBALAN PENGARAH I S52
ROSMAN BIN ZAINAL ABIDIN KHAN
TIMBALAN PENGARAH II S48
JABAR BIN PUTEH MAHADI
KETUA BAHAGIAN
SOSIOEKONOMI &
BANTUANS44
ABD RAZAK BIN
CHE IMBI
KETUA BAHAGIAN
KANAK-KANAK S44
MUJJAH BIN HAMAT
PEGAWAI
KEBAJIKAN
MASYARAKAT
JKM CAW.
PUTRAJAYA S41
MOHAMAD FAZLI
BIN ABDUL
RAHMAN
KETUA BAHAGIAN
WARGA TUA &KELUARGA S41
TARMIZI BIN ALI RAZAK
KETUA BAHAGIAN
PEMBANGUNAN
ORANG KURANG
UPAYA S41
KAMSIAH BINTI
HUSSAIN
KETUA
BAHAGIAN
KHIDMAT
PENGURUSAN
PTD M41
NALINI A/P
MOORTY
KETUA
BAHAGIAN
KAUNSELING
S44
RAYMOND N.C
JAGAN
KETUA
BAHAGIAN
PEMBANGUNANKOMUNITI S41
MARIAMMAL
A/P
SUBRAMANIAM
KETUA BAHAGIAN
PERINTAH
KHIDMAT
MASYARAKAT S41
HASLINA BT MOHD
ROSLI
KETUA BAHAGIAN
PENGUATKUASAA
N S41
MOHAMAD AZIZ
BIN ABDUL KAPI
PENGETUA
SEKOLAH BAKTI
SG BESI S44
MOHAMAD
FAIZAL BIN
PENGETUA
RUMAH KANAK-
KANAK TG.
BUDRIAH S41
ZUBAIDAH BT
MUHAMAD
PEJABAT
AKHLAK
JALAN DUTA
WADEN ASRAMA
SENTOSA S32
SHAHRUM BIN
MOHD
PENGUASA
RUMAH
PERLINDUNGAN
KANAK-KANAK
BUKIT LEDANG
PENGURUS PUSA
HARIAN BUKIT
TUNKU S27
ZOR BAHRIN BIN
AHMAD
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
3/15
3
Untuk memberi jagaan, pemulihan dan bimbingan kepada kanak-kanak dalam tahanansama ada Cubaan Akhlak, Tahanan Sementara dan pemindahan ke Sekolah Tunas Bakti.
Perkhdimatanyang
disediakan diRumahSentosa
Jagaan (tempattinggal, makanan,pakaian, rawatan
perubatan,keperluan lain)Memberi
Jagaan
Kaunseling
danbimbingan
(Individu dankumpulan)
PendidikanAkademik
LatihanVokasional
PendidikanAgama dan
Moral
Cuti danwang saku
Sukan danRiadah
Penubuhan Rumah Sentosa ini bertujuan untuk mengubah sikap dan akhlak kanak-kanak yang bermasalah ke arah yang lebih positif dan tidak melanggar norma-norma
masyarakat di luar sana. Objektif Asrama Sentosa Kuala Lumpur adalah :
Melalui perkhidmatan yang disediakan di Rumah Sentosa, penghuni dapat
menambahkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang membolehkan merekamenyesuaikan diri ke dalam masyarakat apabila dibebaskan kelak. Antara perkhidmatan yang
disediakan di institusi ini adalah :
Asrama Sentosa telahdiwartakan pada 07 Disember1972 di bawah Seksyen 4 Akta
Kawasan Larangan danTempat Larangan 1959, yangdinamakan Perintah Kawasan
Larangan 1990 (p.u. (A)193122.2.90
Asrama pemulihan akhlak bagi*kanak-kanak yang terlibat
dengan jenayah dan juga bagikanak-kanak yang tidak
terkawal atas permohonan
keluarga
Asrama Sentosa terletak diatas Lot 176 Seksyen 79, Jalan
Sentul, Kuala Lumpur.
Bangunan Asrama Sentosatelah dinaiktaraf dan
dirasmikan oleh Y.B. Dato Dr.Siti Zaharah Sulaiman, Menteri
Perpaduan Negara danPembangunan Masyarakat
pada 12 Jun 2001
Sehingga kini, Asrama Sentosamenempatkan seramai 16
orang kanak-kanak di manakapasiti maksima adalah 50
orang.
RUMAH SENTOSA, KUALA LUMPUR
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
4/15
4
Kemasukan bagi tahanan sementara, kanak-kanaktidak terkawal adalah melalui Perintah Mahkamahmengikut Seksyen 46(1)(c) Akta Kanak-Kanak2001.
Kemasukan
Cubaan Akhlaktidak melebihi 12 bulan.
Tahan Sementarasehingga mahkamahmengeluarkan perintah
Dalam Pemindahan Ke Sekolah Tunas Baktitidakmelebihi 2 minggu
Tempoh pemulihan
Di samping itu, kemasukan dan tempoh pemulihan bagi kanak-kanak adalah dikawal
dan berada dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
En. Wan Shamsudin bnWan Daud
(Warden S32)
En. Abdul Hamid bHussain
(Timbalan Warden S22)
Pn. Norliza bt Zakaria(Pembantu Tadbir N17)
En Yusnadee b Ahmad(Pem. Hal Ehwal Islam
S17)
En. Mohamad Razak bAhmad
(Pembantu KebajikanMasyarakat S17)
En. Razzat Petra b. AbuBakar
(Pem. KebajikanMasayarakat S17)
En. Mohd Azrul b. Yusoff(Pem. Kebajikan
Masayarakat S17)
En. Khairi Anuar b. ZainalAbidin
(Pem. KebajikanMasyarakat S17)
En. Ahmad Muhaimin b.Abdullah
(Pem. Kebajikan
Masayarakat S17)
En. Muhammad ZikrilMuhaimin b. Mohd Azmi
(Pem. KebajikanMasayarakat S17)
En. Mohd Nizam Safwanb. Idris
(Pem. KebajikanMasayarakat S17)
PENTADBIRAN RUMAH SENTOSA
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
5/15
5
1.0 Pengenalan
Pada era pasca globalisasi ini, pembangunan negara kita semakin pesat dan anjakan
paradigma dari segi ekonomi dan sosial semakin giat dalam mengekalkan kesejahteraan sosial.
Dalam arus modenisasi ini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan kanak-kanak dan
orang muda semakin membimbangkan semua pihak. Kanak-kanak merupakan permata negara
yang perlu dijaga dengan sebaiknya dan perlu dibaja dengan nilai-nilai mulia. Menurut laman
web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kanak-kanak
didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam
Akta Kanak-Kanak 2001.
Amalan salah laku dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia semakin meruncingkan.
Lebih mengejutkan, ada kanak-kanak yang terjebak dalam jenayah seawal usia tujuh tahun. Hal
ini dibuktikan dengan statistik yang dikeluarkan dari Bukit Aman iaitu kanak-kanak dan pelajarserta remaja yang tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun dalam 18 kes bunuh, 19
(rompakan), 28 (ragut), 382 kes kecurian dan sebagainya. Secara keseluruhannya, mereka
yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya
adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343
kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu (Berita Harian,
29.06.2010). Menurut Robert Merton (1938) dalam Rohana Yusof (1996), perlakuan devian
ialah kelakuan yang menyimpang secara signifikan daripada norma-norma yang dianggap oleh
masyarakat sebagai munasabah dan morally bindingbagi orang-orang yang menduduki statusberlainan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya
merupakan suatu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan
pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan.
Justeru itu, langkah pencegahan adalah penting supaya dapat menghindarkan kegiatan devian
ini di samping menggalakkan penghayatan nilai-nilai mulia.
Usaha kerajaan bagi membendung masalah ini adalah dengan menubuhkan beberapa
pusat pemulihan akhlak di negara kita. Pihak yang bertanggungjawab adalah Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang menangani permasalahan remaja dan memberi perlindungan dan
pemulihan kepada remaja yang terlibat dengan kes juvana ini. Dengan usaha sama daripada
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Keluarga dan Jabatan
Kebajikan Masyarakat ini, program pemulihan yang dijalankan di institusi pemulihan ini dapat
mengubah sikap dan nilai penghuninya agar lebih positif dan dilahirkan melalui perubahan
KAJIAN KES
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
6/15
6
tingkah lakunya. Di samping itu, mereka diberi latihan kemahiran yang sesuai agar mereka
dapat menyesuaikan diri semula ke dalam masyarakat setelah dibebaskan kelak.
Terdapat pelbagai faktor yang yang mendorong remaja melibatkan diri dalam gejala
negatif ini. Antaranya adalah berpunca daripada kepincangan institusi kekeluargaan, rakan
sebaya, media massa, proses urbanisasi, kurang didikan agama dan sebagainya. Ibu bapa
diibaratkan seperti nakhoda kapal yang menjaga anak-anak kapalnya daripada karam dilautan.
Oleh itu, sebagai insan yang paling hampir dengan anak-anak, mereka perlu memainkan
peranan penting dalam memastikan anak-anak sentiasa melalui jalan yang betul dan tidak
tersasar dalam gejala negatif ini. Selain itu, menurut Gottfredson (1991) dalam Sabitha Marican
(2001) kegiatan devians dan keruntuhan moral dalam kalangan remaja juga berpunca daripada
proses urbanisasi dan industrilisasi yang kita alami kini. Hal ini kerana kedua-dua proses itu
mengendurkan kawalan sosial yang biasanya wujud dalam masyarakat tradisi kita.
Bagi mengkaji dan menyelidik tentang latar belakang masalah dan punca kanak-kanak
melakukan kesalahan juvana ini, kami sebagai guru pelatih telah mengadakan suatu kajian kes
dan terhadap penghuni di Rumah Sentosa, Sentul. Sebagai seorang guru yang juga hampir
dengan kanak-kanak, kami perlu mendekati mereka dan merasai bebanan dan keperitan yang
mereka tanggung supaya mereka akan rasa dihargai dan tanggapan negatif mereka terhadap
masyarakat yang mendiskriminasikan mereka dapat dihapuskan.
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
7/15
7
2.0 Laporan Temubual
Penggunaan pendekatan kualitatif melalui temubual merupakan metod kajian kes yang
dijalankan di Rumah Sentosa ini. Para guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2011, opsyen
Pengajian Sosial telah mengadakan satu sesi temubual bersama seorang penghuni di Rumah
Sentosa yang mempunyai masalah devian. Tujuan temubual ini dijalankan adalah untuk
memperoleh maklumat tentang latar belakang masalah dan punca salah laku penghuni di
Rumah Sentosa. Para responden yang kami temubual ini merupakan penghuni pada peringkat
percubaan akhlak yang terdiri daripada 10 orang responden. Selain itu, kesemua guru pelatih
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan sesi temubual. Saya
bersama ahli kumpulan saya iaitu Nur Ain Bahrim, Raihana Rahman dan Siti Nur Habibah Mohd
Rashid telah menemubual salah seorang penghuni di rumah Sentosa. Berikut merupakan latar
belakang responden kami :
Melalui temubual yang dijalankan, Tengku mempunyai 5 orang adik beradik lelaki
kesemuanya dan dia merupakan anak yang ke 3. Abang sulungnya berusia 18 tahun. Apabila
ditanya pekerjaan bapanya, dia menyatakan dia tidak ingat. Manakala, Ibunya pula seorang suri
rumah. Selain itu, Tengku menetap di Pandan Prima K, Ampang, Selangor. Tengku telah
menceritakan kehidupannya sebelum menjadi penghuni di Rumah Sentosa. Ibu bapanya telah
bercerai ketika dia berumur 12 tahun. Tengku dan adik beradiknya yang lain berada di bawah
jagaan ayahnya. Menurutnya, ayahnya telah berkahwin dengan wanita lain selepas bercerai
dengan ibunya. Di samping itu, Tengku juga meluahkan rasa kesedihannya kerana terpaksa
berpisah dengan ibu kandungnya dan ayahnya pula tidak membenarkannya tinggal bersama
ibunya. Tambahan pula, Ibu tirinya menganggap dia seperti orang luar.
Akibat daripada tekanan yang dihadapi, Tengku telah melarikan diri daripada rumah
dalam tempoh hampir setahun tanpa pengetahuan ayahnya. Dia mengambil keputusan untuk
Nama panggilan : Tengku
Umur ` :14 Tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Hobi ` : bermain bola sepak
Cita-cita ` : Tentera darat
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
8/15
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
9/15
9
melakukan kes samun tersebut. Pesalah itu, memiliki wajah yang serupa dengan Tengku yang
berbezanya hanyalah ketinggian mereka.
Kemudian ketika berumur 13 tahun, Tengku telah bersekolah di Sekolah Menengah
Pandan Indah dan tidak sampai setahun ibunya menyuruhnya berhenti sekolah. Tengku telah
bekerja semula dengan Abang Man di kedai runcit. Selepas itu, ibunya menyuruh Tengku
bersekolah semula di sekolah Menengah Pandan Jaya. Pada masa ini, ayahnya telah
mengetahui lokasi Tengku kerana rakannya memberitahu kepada ayahnya. Tambahan pula,
Tengku tidak mengetahui bahawa rumah ayahnya berdekatan dengan sekolahnya. Pada suatu
hari, ketika pulang daripada sekolah, ayahnya telah mengambil dia terlebih dahulu tanpa
pengetahuan ibunya. Nasib tidak menyebelahi Tengku, apabila dia mengatakan bahawa
ayahnya telah menderanya dan dia telah dikurung dalam bilik hampir 2 bulan. Selepas itu,
Tengku menyatakan kepada ayahnya bahawa dia ingin bersekolah dan berjanji tidak akan lari
daripada rumah lagi.
Tengku telah menetap di Rumah Sentosa hampir 3 bulan dan tempoh tahanannya
adalah selama setahun. Ayahnya yang telah menghantarnya ke Rumah Sentosa dengan
harapan menginginkan Tengku berubah menjadi orang yang berguna. Pada mulanya, dia tidak
dapat menerima hakikat bahawa ayahnya menghantar dia ke situ dan Tengku berasa sedih dan
ingin segera balik ke rumahnya. Tetapi, lama kelamaan dia boleh mengadaptasikan keadaan di
sana. Tengku juga mempunyai ramai kawan di Rumah Sentosa dan rakan karibnya bernama Q.
Kami juga ada menanyakan soalan kepada Tengku iaitu adakah ibu bapa Tengku memberikan
didikan agama. Dia menjawab bahawa ibu bapanya tidak menghantar dia ke sekolah agama
dan belajar mengaji. Tetapi, ibu bapanya pernah mengingatkan Tengku untuk solat, namun
Tengku tidak melaksanakannya.
Di akhir temubual kami, Tengku juga meluahkan bahawa dia berasa menyesal kerana
ponteng sekolah dan apabila keluar kelak dia ingin tinggal bersama ibunya. kami ada
menanyakan apakah harapan Tengku. Dia telah mengatakan bahawa dia ingin bersekolah
seperti biasa sama dengan remaja diluar. Selain itu, dia ingin menjaga ibunya dan Tengku juga
risau sekiranya masyarakat tidak boleh menerimanya kerana dia telah melakukan kes juvana
ini. Di kesempatan ini, kami berpeluang memberi nasihat yang bermanfaat kepada Tengku
untuk terus bersemangat dan berjuang memperbaiki diri. Tidak semestinya orang pernah
melakukan kesalahan tidak boleh berjaya dalam hidup. Di samping itu, kami mengingatkan
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
10/15
10
Tengku supaya kuat dari segi dalaman dan luaran dan mengisi dalaman kita dengan ilmu
agama supaya kita sentiasa dilindungi dan diredhai oleh Allah Taala.
3.0 Refleksi
"Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang
berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Inilah mutiara kata yang sesuai dengan lumrah
kehidupan manusia yang tidak lekang daripada melakukan dosa. Sebagai manusia, kita
dilahirkan dengan serba kekurangan dan yang melengkapi kesempurnaan dalam kehidupan ini
adalah diri kita sendiri. Bagaimana kita berjuang untuk menempuh segala cabaran dan
rintangan hidup dan berusaha menjadi manusia yang berguna. Dalam hal ini, saya cuba
meletakkan diri saya sebagai Tengku yang telah diuji dengan pelbagai ujian dan disebalik
wajahnya yang tenang siapa sangka rupanya dia menyimpan seribu satu kisah hitam yang
hampir menjatuhkannya.
Sepanjang menjalankan sesi temubual, saya dapat melihat keikhlasan dan kejujuran
Tengku menceritakan segala keperitan yang ditanggung olehnya. Ternyata remaja berusia 14
tahun ini merupakan seorang yang sabar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan
yang penuh dengan rintangan. Sebelum memulakan temubual, saya menyuruh Tengku
menganggap kami semua sebagai kakaknya yang setia mendengar luahan hati Tengku,
tambahan pula Tengku tidak mempunyai kakak dalam adik beradiknya. Pada pendapat saya,
Tengku sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya. Saya percaya dia
juga ingin memiliki kehidupan seperti orang lain yang hidup bahagia bersama keluarga
tersayang, yang memiliki ayah yang penyayang dan bertanggungjawab dan ahli keluarga yang
sentiasa bersatu.
Memang tidak dinafikan bahawa, faktor penolak yang menyebabkan Tengku terlibat
dalam kancah negatif ini adalah berpunca daripada kepincangan institusi kekeluargaan yang
merupakan unsur yang kuat mempengaruhi jiwa muda mudi. Ibu bapanya telah bercerai
sehingga menyebabkan Tengku terpaksa berpisah dengan ibu kandungnya sehingga dia
sanggup melarikan diri daripada rumah selama setahun. Hal ini merupakan titik permulaan yang
menyebabkan Tengku hidup dalam keadaan terumbang ambing dan tanpa hala tuju. Menurut
Sabitha Marican (2001), kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN) mendapati bahawa kerengangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama
remaja terjebak ke kancah maksiat. Pada pandangan saya, ayah Tengku perlu bersikap lebih
profesional dalam mendidik anak-anak. Perbuatannya iaitu mendera dan menghukum anaknya
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
11/15
11
adalah suatu yang tidak wajar selain daripada memisahkan ikatan hubungan antara anak
dengan ibunya. Sebenarnya bapalah merupakan watak penting yang perlu bertanggungjawab
terhadap ibu dan anak. Jika peranan itu berjalan dengan baik dan saksama, ibu menjadi
manusia yang paling gembira dan anak menjadi anggota keluarga yang amat berbahagia.
Selain itu, Kedua ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama sebagai
penguat dan pendorong untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Memetik kata-kata pakar
motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Iskandar iaitu seribu mancis tidak dapat menerangi engkau
dalam kegelapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan
kebahagiaan (DR. HM Tuah Iskandar al-Haj, 2004). Justeru itu, pada pendapat saya, langkah
awal yang wajar diambil oleh ibu bapa untuk merealisasikan hasrat murni tersebut iaitu dengan
cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Selain itu,mengikut Kajian
Michelle, Thomas, Sinyangwe (1989) dalam Sabitha Marican ( 2001), mendapati ajaran agama
boleh menjadi sebagai pelita atau satu regangan moral dalam diri remaja agar mereka dapat
berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Bagi saya, pegangan agama yang
kukuh dapat mengawal diri kita daripada melakukan perkara yang negatif dan seterusnya
mengelakkan diri daripada hidup dalam belenggu kejahatan dan kemaksiatan.
Secara peribadi, saya berasa amat bersimpati dengan nasib yang menimpa Tengku
kerana dia telah dituduh melakukan kes samun kedai emas sehingga dia terpaksa menerima
hukuman yang setimpal. Saya juga amat mengagumi sikapnya yang cekal, sabar dan tabah
dalam mengharungi ujian yang amat perit untuk dilalui ini. Menurut Drs Hj Hanafi Mohamed,
2012), sabar merupakan benteng yang kuat untuk membangun kembali kekuatan diri. Tanpa
kesabaran saat ini bererti kita tidak punya harapan untuk meraih hasil yang ada di depan. Saya
amat bersetuju dengan kata-kata ini kerana Tengku perlu sentiasa bersabar dalam apa jua
keadaan yang dihadapi dan dia perlu menyakini bahawa pasti ada hikmah disebalik apa yang
direncanakan oleh Allah Taala. Di samping itu, saya juga merasakan bahawa faktor rakan
sebaya merupakan salah satu punca Tengku melibatkan diri dalam kancah negatif ini. Jiwa
remajanya yang sentiasa menginginkan keseronokkan, tambahan pula dia ingin menghilangkan
rasa kesedihan dan kesunyian yang dialami dengan cara berhibur dan lepak bersama rakan-
rakan di pusat permainan dan cybercafe. Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu sebab
utama yang membuat pelajar bertingkah laku negatif seperti bersikap kurang ajar, nakal dan
jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah
kemerosotan disiplin. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu
kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
12/15
12
sejajar dengan nilai yang dianutinya (Theressa Ong, 2007). Oleh yang demikian, saya
berpendapat bahawa Tengku perlu mengelakkan pengaruh rakan sebaya yang boleh
merosakkan moralnya dan dia perlu mendekati rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif,
rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya.
Seterusnya, melalui tindakan ayahnya yang suka mendera dan pernah mengurung
Tengku di dalam rumah hampir 2 bulan, saya tertanya-tanya apakah peranan masyarakat
sekeliling terutama saudara mara yang terdekat dan jiran dalam membendung masalah
penderaan ini. Menurut Sabitha Marican (2001), antara nilai yang kita lihat dalam persekitaran
proses urbanisasi dan industrilisasi ialah nilai individualistik dan materialistik yang
menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri masing-masing dan tiada masa untuk
mengambil tahu hal orang lain. Justeru itu, pada pandangan saya, masyarakat sekeliling perlu
memainkan peranan mereka dalam mengukuhkan kawalan sosial dan bertindak sewajarnya
apabila berhadapan dengan situasi berkenaan seperti dengan memberi nasihat, melaporkan
kepada pihak berkuasa dan sebagainya.
Setelah mendengar luahan hati Tengku ini, saya merasakan bahawa Tengku
merupakan seorang yang baik hati, berdikari, sabar dan tabah. saya ada menasihatkan Tengku
supaya jangan berputus asa, belajar bersungguh-sungguh dan selalu mendoakan
kesejahteraan kedua ibu bapanya. Tengku juga telah memberitahu kami bahawa dia bimbang
dan risau dengan penerimaan masyarakat apabila dia keluar daripada Rumah Sentosa ini.
Pada pendapat saya, Tengku perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berhadapan
dengan dunia luar kelak di samping menguatkan kerohanian diri. Tambahan pula, Tengku tidak
boleh terlalu memikirkan apakah tanggapan masyarakat apabila dia keluar kelak, tetapi jadikan
semua ini sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri dan membuktikan kepada masyarakat
di luar sana bahawa dia mampu berubah dan berjaya dalam hidup. Berbekalkan ilmu agama di
dada, saya percaya bahawa Tengku boleh menjadi seorang yang sentiasa bersikap positif dan
tahu menilai apa yang baik dan buruk. Tengku juga perlu sentiasa bermuhasabah diri dan
bersangka baik dengan pencipta kita. Tiada manusia yang terlalu sempurna di dalam dunia ini.
Setiap insan pernah melakukan kesilapan dalam kehidupannya. Benarlah kata-kata daripada
Albert Einstein ini iaitu jika seseorang merasa bahawa mereka tidak pernah melakukan
kesalahan selama hidupnya, maka sebenarnya mereka tidak pernah mencuba hal-hal baru
dalam hidupnya. Oleh yang demikian, kita perlu belajar daripada kesilapan yang pernah kita
lakukan dan sentiasa memotivasikan diri kearah pembentukan sahsiah yang positif.
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
13/15
13
4.0 Rumusan
Tugasan Nilai dan Etika Dalam Pengajian Sosial ini membolehkan guru pelatih
menghuraikan konsep nilai, moral dan etika yang menjadi amalan kehidupan masyarakat.
Melalui kajian kes ini, guru pelatih dapat mengkaji tentang individu yang melakukan kesalahan
juvana dan latar belakang masalah serta punca penglibatan negatif kanak-kanak. Pendekatan
kualitatif yang digunakan dalam tugasan ini iaitu temubual membolehkan kami membuat
penyelidikan secara holistik untuk mengetahui ciri-ciri dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan
sebenar. Sepanjang menjalankan kajian ini, semua pihak memainkan peranan dalam
memastikan segala perancangan aktiviti dan program berjalan dengan lancar. Walaupun
terdapat kekangannya iaitu jumlah responden adalah tidak mencukupi. Tetapi sesi temubual
dapat berjalan dengan baik dan lancar. Selain itu, para responden iaitu penghuni Rumah
Sentosa ini juga telah memberikan kerjasama yang baik dan ternyata mereka merupakan
individu yang mudah didekati.
Berdasarkan tugasan ini, saya berasa bahawa saya telah melaksanakan sebahagian
tanggungjawab sebagai anggota masyarakat. Dengan cara mengadakan program dan aktiviti
sahsiah yang menarik dan kreatif, saya percaya ia sedikit sebanyak dapat meninggalkan impak
yang positif dalam diri mereka. Secara tidak langsung, penghuni Rumah Sentosa ini dapat
meningkatkan motivasi diri dan menghayati nilai-nilai positif dalam kehidupan mereka. Selain
itu, berdasarkan temubual yang dijalankan ke atas responden membolehkan guru pelatih
memainkan peranan sebagai individu yang boleh dipercayai dan memberikan nasihat dan
semangat supaya berusaha menjadi seorang yang lebih baik, mempunyai cita-cita dan sahsiah
yang positif serta berwawasan. Memang tidak dinafikan bahawa, tugasan ini memberi banyak
manfaat kepada kami. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengetahui psikologi kanak-
kanak dan bagaimana berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah disiplin ini. Justeru
itu, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar ini dapat dibendung dengan adanya
kerjasama daripada semua pihak bukan sahaja keluarga, rakan sebaya tetapi guru dan peranan
sekolah juga memainkan peranan penting. Guru perlu menerapkan nilai-nilai murni dan moral
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping mendidik mereka dengan penuh kasih
sayang dan ikhlas.
8/13/2019 Kajian Kes Juvana
14/15
14
5.0 Bibliografi
Berita Harian. Kadar jenayah babit pelajar, kanak-kanak meningkat.Capaian pada 20 Julai 2013
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj (2004). Membina Jati Diri Gemilang. Karangkraf Alaf21.
Selangor.
Drs Hj Hanafi Mohamed (2012). Mencari keberkatan dalam Perjalanan. Karangkraf Alaf21.
Selangor.
http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/181726/definisiPKK.pdf.Capaian pada 20 Julai
2013.
http://www.jkm.gov.my/ .Capaian pada 10 Julai 2013.
Rohana Yusof (1996). Jurnal Devian : Sebab Berlaku dan Kawalan Sosial Ke atasnya.
Penerbitan Universiti Utara Malaysia.
Sabitha Marican dan Mahmood Nazar Mohamed (2001). Jurnal Pencemaran Budaya Remaja:
Siapakah yang Bertanggungjawab. Penerbit universiti Utara Malaysia.
Theressa Ong (2007). Sahabat. karangkraf:Alaf21. Selangor
http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/181726/definisiPKK.pdfhttp://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/181726/definisiPKK.pdfhttp://www.jkm.gov.my/http://www.jkm.gov.my/http://www.jkm.gov.my/http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/181726/definisiPKK.pdf8/13/2019 Kajian Kes Juvana
15/15
15
6.0 Lampiran
Sesi temubual bersama Tengku, penghuni Rumah Sentosa.
Recommended