View
221
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
1
BIL.9/DISEMBER 2009 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394
erpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya menempa kejayaan tiga tahun
berturut-turut dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat
UPSI. Kemenangan kali ketiga telah berlangsung di Auditorium Utama, UPSI pada 5
November 2009 yang lalu dan sebanyak lapan buah kumpulan telah mengambil
bahagian. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Hijrah dari Jabatan Bendahari dan
ketiga oleh Kumpulan Senggara dari Jabatan dan Pengurusan Harta Benda, manakala
persembahan terbaik diraih oleh Kumpulan Vios dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni. Projek yang dibentangkan oleh Kumpulan Oasis berjudul “kelewatan
memproses buku yang dipulangkan melalui kotak pemulangan buku manual
(bookdrop)”. Syabas kepada kumpulan Oasis dan semua kumpulan lain yang
bertanding kerana menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Kepada kumpulan
Oasis dan kumpulan-kumpulan yang akan mewakili UPSI ke peringkat IPTA kelak,
teruskan kecemerlangan untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang.
Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi
Email : razalli@upsi.edu.my
Pendaftar UPSI, Y. Bhg. Dato’ Rusley Taib mengucapkan tahniah kepada ketua
kumpulan Oasis
2
3
Penasihat
Zahariah Mohamed Shaharoon
Ketua Pengarang
Rusliza Yaacob
Pen. Ketua Pengarang
Muliati Abdul samad
Pengarang
Azura Adnan
Chin Fei Sing
Anizah Tumin
Noriha Muhammad
Mohamad Zaid Mohamed Idris
Mohd Razalli Ahmad Termizi
Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Penyunting
Abdul Halim Ali
Penerbitan dan Edaran
Raja Radiah Raja Ahmad
Ahmad Fazli Ahmad Rasmi
Pereka Web
Rozman Che Ross
Sekapur Sirih
Dari Meja Penasihat
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya bersama kenangan pahit dan manis yang menjadi memori buat Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan seluruh warganya. Kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTB yang telah berjaya meraih
tempat pertama dalam pertandingan KIK peringkat UPSI melengkapkan kebanggaan PTB pada tahun 2009. Kini, tahun 2010 membuka tirai baru dengan satu lembaran masa hadapan buat PTB dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan dan
maklumat yang lebih cemerlang dan efisyen.
Edisi kali ini telah merakamkan beberapa aktiviti dan program yang telah dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan mengarang esei, aktiviti bersama pusat sumber sekolah angkat dan
sebagainya.
Akhir sekali, saya berharap terbitan Info@Pustaka kali ini akan terus mendapat tempat di hati pembaca sekaligus memberi
informasi berguna kepada semua yang membacanya.
Zahariah Mohamed Shaharoon
Penasihat
Dari Meja Ketua Pengarang
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli Sidang Redaksi yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyediakan informasi untuk tatapan semua pembaca. Artikel serta sumbangan idea amat diharapkan bagi memastikan buletin Info@Pustaka terus menjanjikan sesuatu yang
menarik untuk dibaca oleh semua.
Pada keluaran kali ini, pelbagai artikel telah dikongsi untuk tatapan para pembaca. Artikel yang dimuatkan bukan hanya berkisar kepada aktiviti perpustakaan, malah turut berkongsi informasi berkaitan sejarah, personaliti diri dan pelbagai lagi topik istimewa. Keluaran kali ini turut menyingkap kejayaan serta peristiwa yang
berlaku sepanjang bulan September sehingga Disember 2009.
Semoga keluaran kali ini dapat mengimbas kembali setiap peristiwa yang telah berlaku dan seterusnya menjadi panduan kepada warga PTB untuk lebih maju serta memantapkan kualiti kerja masing-
masing. Selamat melangkah ke tahun 2010.
Rusliza Yaacob
Ketua Pengarang
Juara KIK tiga tahun berturut-
turut
1
Carta organisasi PTB 2
Aluan penasihat Info@Pustaka 3
1Malaysia teras perpaduan 4
Santai di ruang sumber media 5
Sekilas pandang kempen
galakan membaca
6-7
Membaca bersama keluarga 8
Kenali peta minda 9
Warna cerminan personaliti 10
Za’ba satu-satunya Pendeta dan
Ketua Penterjemah
11-12
Lawatan organisasi luar ke PTB 13
Aktiviti kelab dan Rakan
Pustaka
14
Berita kakitangan 15
Ulasan buku 16
4
“1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”
Apakah itu 1Malaysia? Sejauh manakah pemahaman rakyat
dalam konsep tersebut? Adakah konsep 1Malaysia sama
seperti Malaysian Malaysia? Persoalan-persoalan ini kerap
kali timbul apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam
bercakap mengenainya. Bagaikan suatu kebetulan, Dato’ Seri
Mohd Najib bin Tun Abd Razak dilantik menjadi perdana
menteri ketika negara berada dalam kemelut dan gelombang
politik yang turut menguji ayahandanya yang memegang
jawatan sebagai Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul
Razak Hussein. Tun Abdul Razak dilantik pada September
1970 ketika negara masih dibayangi peristiwa berdarah 13
Mei 1969. Sentimen perkauman yang dibesar-besarkan isunya
dan diapi-apikan oleh segelintir pihak menyebabkan suatu
konflik berdarah dan menjadi sejarah hitam dalam perpaduan
negara sehingga kini.
Pada masa sekarang, isu-isu seperti hak dan kepentingan
bumiputera, ketuanan orang Melayu, penggunaan bahasa
kebangsaan dan perkataan Allah oleh orang bukan Islam mula
dipersoalkan dan seperti sengaja ditolak ke tengah gelanggang
politik untuk diperdebatkan. Oleh itu, ramai yang masih
meragui erti sebenar gagasan 1Malaysia. Tun Abdul Razak
berjaya menjernihkan perhubungan kaum di Malaysia semasa
era kepimpinannya. Maka begitulah yang diharapkan juga
kepada Dato’ Seri Mohd Najib apabila beliau mengambil alih
kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kesungguhan beliau dapat dilihat dalam perutusannya ketika
beliau mengangkat sumpah pada 3 April 2009 yang lalu
sebagai Perdana Menteri yang baru. Beliau mengajak seluruh
rakyat melaksanakan satu transformasi besar-besaran atas
semangat “1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan”. Jelaslah di sini bahawa 1Malaysia yang
diletakkan paling hadapan merupakan fokus utama dan
penyatuan rakyat daripada pelbagai kaum menjadi tunjang
dalam membentuk bangsa Malaysia.
Konsep 1Malaysia ini bertujuan mengukuhkan hubungan dan
kerjasama antara pelbagai kaum sebagai senjata utama dalam
menghadapi ancaman dan cabaran dari pihak luar yang
sentiasa cuba untuk mengugat kesejahteraan negara.
Perpaduan yang kukuh dapat mendorong rakyat dalam
meningkatkan produktiviti negara sekaligus membantu dalam
pembangunan negara. Sebalinya, tanpa keteguhan perpaduan
antara kaum di Malaysia, kerajaan tidak akan dapat membantu
rakyatnya di segenap pelusuk tempat sama ada di bandar, luar
bandar mahupun di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah
dan Sarawak. Agenda penyampaian kebajikan kepada rakyat
akan terbantut dan tidak akan dapat merancakkan proses
urbanisasi serta pembangunann negara akan terjejas.
Oleh itu, kekukuhan perpaduan rakyat di negara ini amatlah
penting dalam menjamin keselamatan sosial, politik dan
ekonomi.
Dalam perutusannya juga, Dato’ Seri Mohd Najib ada
menyebut, “kita berdikari, berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia”. Bangsa Malaysia merujuk kepada semua
rakyatnya tidak kira daripada kaum atau kelompok mana
sekalipun. Hal ini menunjukkan perpaduan amat penting
dalam membentuk sebuah negara yang aman,selesa dan
masalah perpaduan tersebut juga merupakan antara sembilan
cabaran utama dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh itu,
sebagai rakyat yang sudah lama menjalani kehidupan bersama
sebelum merdeka lagi, haruslah berfikir di luar sempadan
kaum masing-masing dan masing-masing perlu bertindak
tanpa mengambil kira tentang kepentingan kaum atau agama
sendiri. Rakyat Malaysia seharusnya berganding bahu dalam
mewujudkan perpaduan yang kukuh dan para pemimpin perlu
bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa
perasaan pilih kasih mahupun atas kepentingan politik masing
-masing.
Dalam masyarakat Malaysia, wujud persoalan di mana rakyat
berpendapat konsep 1Malaysia adalah sama seperti konsep
Malaysian Malaysia. Sebenarnya, kedua-dua konsep tersebut
adalah berbeza. Konsep 1Malaysia adalah langkah-langkah
untuk mengharmonikan rakyat daripada pelbagai kaum
membentuk rakyat yang bersatu padu. Walhal, Malaysian
Malaysia adalah satu usaha untuk menggagalkan terus asas
binaan kemasyarakatan yang wujud sebelum ini. Apabila di
bandingkan, konsep 1Malaysia lebih ke arah menyatupadukan
rakyat dan bersifat nasionalisme serta mempunyai ideologi
kenegaraan. Malaysian Malaysia bersifat politik dan lebih
kepada kepentingan politik segelintir pemimpin negara. Oleh
itu, konsep 1Malaysia adalah lebih sesuai untuk rakyat.
Buktinya, konsep tersebut dijadikan tema pada kemerdekaan
negara yang ke-52 tahun.
Kesimpulannya, penerimaan terhadap konsep ini dengan
pemikiran yang terbuka dan memberi masa kepada Perdana
Menteri yang baru untuk menjalankan tugas dan memainkan
peranan sebagai pemimpin negara. Konsep 1Malaysia ini
bakal menentukan kelangsungan tamadun di Malaysia untuk
generasi akan datang. Gagasan 1Malaysia diharapkan mampu
untuk menyatupadukan rakyat dalam usaha negara
mengukuhkan jati diri kenegaraan dan membentuk bangsa
Malaysia yang berjaya. Oleh itu, marilah semua rakyat sama-
sama menyahut saranan Dato’ Seri Mohd Najib dalam
membentuk perpaduan negara kerana 1Malaysia, Teras
Perpaduan.
Oleh: Noor Shuhana Ishak (johan pertandingan mengarang esei) bertemakan
“1Malaysia teras perpaduan” yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku
Bainun sempena Kempen Galakan Membaca.
5
Unit Sumber Media menawarkan perkhidmatan
rujukan serta pinjaman pelbagai bahan koleksi
sumber media yang terdiri daripada DVD, VCD,
pita video, kaset, disket, kit dan bahan
CD-ROM. Sehingga bulan Disember 2009,
koleksi sumber media berjumlah 7,566 judul /
11,055 naskhah. Bahan ini boleh diperolehi
menerusi kaunter sumber media yang terletak
di aras 4 Perpustakaan Tuanku Bainun di mana
waktu perkhidmatan bermula pada jam 9.00 pagi
hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan
kaunter ini ditutup pada waktu rehat.
Untuk kemudahan pelanggan, peralatan yang
lengkap turut disediakan bagi memudahkan
rujukan kepada bahan-bahan sumber media.
Pelanggan juga boleh meminjam dua naskhah
bahan sumber media untuk tempoh tiga hari.
Unit Sumber Media bukan hanya menawarkan
bahan sumber media berkaitan dengan program
pengajian, malah untuk merehatkan minda dan
mengurangkan tekanan dalam kalangan
pelanggan, Unit Sumber Media turut menawarkan
koleksi lagu-lagu dan filem-filem terbaik untuk
ditonton. Di samping itu,
unit ini turut menyediakan
peralatan radio set dengan
saluran yang boleh dipilih
oleh pelanggan sendiri.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
6
Pesta buku UPSI telah dijalankan bermula 27-31 Julai 2009 yang bertujuan memperkenalkan kepada warga UPSI bahan bacaan yang pelbagai dan terkini.
Pertandingan mengarang esei bertemakan “1Malaysia teras perpaduan” telah diadakan pada 3 Oktober 2009 untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat penulisan dalam kalangan peserta.
Jualan buku terpakai pada 5-7 Oktober 2009 bertujuan untuk memberi peluang kepada warga UPSI membeli buku pada harga terendah.
Persembahan nyanyian oleh pelajar Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak, UPSI pada 6 Oktober 2009.
Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pro Canselor UPSI merasmikan Kempen Galakan Membaca Dan Hari ICT pada 6 Oktober 2009.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
7
Ceramah Seni Warisan Islam: Jawi Dan Khat pada 16 Sept. 2009 bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan perkembangan tulisan jawi dan seni khat di Malaysia.
Bengkel Mind Mapping pada 10 Oktober 2009 bertujuan untuk menggalakkan perkembangan minda lebih kreatif dalam kalangan pelajar.
Wacana buku “Tunggu teduh dulu” karya Faisal Tehrani yang dianjurkan bersama dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada 14 Ogos 2009.
Pameran bahan seni khat dan jawi milik Profesor Dr. Muhammad Bukhari Lubis bagi menambahkan minat pengunjung terhadap penulisan jawi dan khat.
Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama pertandingan mengarang esei bertemakan “1Malaysia teras perpaduan” Noor Shuhana Ishak.
Wacana buku “Dare to fail” karya Billi Lim yang dianjurkan bersama dengan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) pada 19 Ogos 2009 di mana objektif wacana buku diadakan adalah untuk menggalakkan perbincangan dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar dan pensyarah fakulti melalui bahan bacaan yang disediakan.
8
Menerapkan amalan membaca bersama keluarga. Melahirkan masyarakat Malaysia yang menjadikan membaca sebagai gaya hidup. Menggalakkan aktiviti pembacaan di rumah. Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dalam kalangan ahli keluarga. Menggalakkan penyertaan semua ah l i ke luarga da lam akt iv i t i membaca. Ahli keluarga berkongsi segala ilmu dan maklumat daripada bahan bacaan yang dibaca. Mewujudkan sikap gemar membaca dalam kalangan ahli keluarga.
Peruntukkan masa membaca bersama keluarga. Jadikan sesi bercerita sebagai amalan sekeluarga. Wujudkan sudut bacaan di rumah. Kunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Hadiahkan buku atau bahan bacaan sempena hari -hari istimewa. Ibu bapa sebagai individu contoh mengamalkan amalan / hobi membaca kepada anak-anak. Adakan aktiviti-aktiviti sampingan berkaitan pembacaan.
Sumber : Panduan membudayakan membaca bersama keluarga : mutiara kata
membaca. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2006.
9
Peta minda merupakan cara atau kaedah mengingat dan mencatat nota yang berke-san kepada sesiapa yang mengguna-kannya atau cara yang kreatif dan logikal untuk membuat nota dengan menyalurkan idea-idea daripada minda.
Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang, hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar. Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting, pendahuluan, subtajuk, kesimpulan, soalan / latihan, gambar. Rajah dan carta yang berkaitan. Baca dengan kadar sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting. Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda. Bina peta minda.
Mula membuat peta minda pada bahagian tengah kertas.
Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan
berbeza supaya lebih menarik.
Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah.
Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk
utama tersebut.
Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya.
Gunakan anak panah atau warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-
cabang.
Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah. Kembangkannya
dengan cara melebar ke tepi.
Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut. Gunakan
simbol yang bersesuaian. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.
Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kita masukkan sebagai fakta
tambahan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan untuk mengingat.
Oleh : Noriha Muhammad (dirumus berdasarkan nota bengkel mind mapping)
Email : noriha@upsi.edu.my
10
Warna merah menggambarkan diri anda yang sukakan kebebasan, cabaran dan mahu menjana
kejayaan dalam hidup. Anda sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran
dan aktiviti. Anda juga mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun anda memiliki
sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang anda tidak setuju. Selain itu, anda juga
optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.
Sekiranya anda menyukai jingga, ia menggambarkan anda seorang yang bagus dalam hal kerja,
sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif.
Walaubagaimanapun, anda juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila melalui tekanan.
Warna kuning menggambarkan diri anda yang berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya
imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. Anda juga
sensitif dan penyayang, ini menjadikan anda sedia membantu orang lain sekiranya perlu. Anda
juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.
Sekiranya anda menyukai hijau, ia menggambarkan anda seorang yang mementingkan
kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Anda mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu
membina perhubungan dengan ramai orang. Anda mahukan dorongan dan sukakan penyokong
yang dapat memahami anda serta menolak anda maju ke hadapan. Institusi keluarga dan
mayarakat adalah sesuatu yang anda suka untuk fikir dan bicarakan.
Warna biru menggambarkan diri anda yang mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu
ikatan atau perhubungan. Anda memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi
menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri. Anda juga peka pada perasaan
orang lain dan dapat menghayatinya. Anda senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina
kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. Anda
juga bijak menilai serta pandai mentafsirkan penilaian anda. Kedamaian dan keharmonian
hidup merupakan impian yang perlu anda terus cari dan nikmati.
Sekiranya anda menyukai indigo, ia menggambarkan anda seorang yang memilih untuk berfikir
dari terlalu banyak berkata-kata. Anda memiliki ciri kepimpinan yang berpandangan jauh,
menggunakan kepekaan dan pemikiran yang seimbang dalam menilai sesuatu. Anda
mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan. Keunikan anda menjadi daya
penarik dan anda kreatif bagi menggayakannya melalui cara yang tersendiri. Semangat anda
juga tinggi, namun anda tidak suka menonjolkan diri secara berlebihan. Institusi kerohanian
dan seni adalah sesuatu yang anda minat dan cenderung bagi menghayatinya.
Warna violet menggambarkan diri anda yang memiliki kejernihan dan keaktifan minda yang
tinggi. Daya penilaian anda juga tinggi dan berpandangan jauh, ini menjadikan anda dapat
melihat perkara yang orang lain belum lihat. Anda sukakan dan mahukan sokongan serta
keceriaan dalam hidup, namun anda terlalu mengharapkannya daripada orang di sekeliling.
Ada kalanya sikap orang lain mengecewakan anda kerana anda bercita rasa tinggi. Anda juga
kreatif dan seni, kehalusan jiwa dan minda anda menjadikan anda suka pada keindahan
kejadian alam dan muzik. Anda juga berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang
baik.
Sumber :
Mir Hazil Azran Ramli. Aura personaliti warna. Kuala Lumpur: PTS
Millennia Sdn Bhd, 2008.
MERAH
KUNING
JINGGA
HIJAU
BIRU
INDIGO
VIOLET
11
Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad
(Za’ba) dilahirkan pada 16 September 1895 di
Kampung Bukit Kerdas, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Linggi pada tahun 1907 hingga 1909. Kemudiannya beliau menerima pendidikan Inggeris di St. Pauls’ Institution
Seremban dari tahun 1910 hingga 1915 dan lulus Senior Cambridge. Za’ba mula bertugas sebagai guru bahasa Melayu pada Jun 1916 di Bukit Zaharah Government
English School, sebulan kemudian beliau mula mengajar di Johor Government English College. Dua tahun kemudian iaitu pada 1 Oktober 1918, beliau telah berkhidmat sebagai guru bahasa Melayu di Maktab
Melayu Kuala Kangsar. Pada masa yang sama beliau memasuki kelas Senior Normal Education selama dua tahun di Taiping. Setelah lulus peperiksaan pada
September 1921, beliau telah melayakkan diri sebagai guru terlatih Gred I.
Dalam kesibukan beliau menabur bakti kepada anak watan sebagai guru bahasa Melayu, beliau juga giat menjalankan aktiviti penterjemahan. Za’ba banyak menyumbang rencana di dalam majalah Pedoman Belia
yang kemudiannya menjadi majalah Pengasuh yang diterbitkan pada tahun 1923. R.O. Winstedt yang sudah
lama memerhati
perkembangan penulisan Za’ba telah mencadangkan beliau
menulis dalam Journal of Straits Branch of
Royal Asiatic Society. Pada tahun 1923,
beliau berkhidmat di Pejabat Penolong Pengarah Pelajaran
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat sebagai
penterjemah. Ketika ini juga Za’ba telah berusaha menubuhkan
Persatuan Penulis Melayu Kuala Lumpur yang kemudiannya
dikenali sebagai The Malay Literary Society Kuala Lumpur pada tahun 1924.
Pada 1 April 1924, Za’ba mula berkhidmat di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjong Malim. Semasa bertugas, Za'ba diberikan sebuah rumah dalam kawasan maktab, dan sehingga kini rumah tersebut masih
terpelihara dan dikenali sebagai Rumah Za’ba. Beliau bertugas di Pejabat Penterjemah yang akhirnya ditukar nama kepada Pejabat Karang Mengarang SITC oleh R.O.
Winstedt, Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat.
Penubuhan Pejabat Karang Mengarang sangat kena pada tempatnya kerana pada masa itu pusat pelajaran Melayu
ialah di SITC Tanjong Malim. Pejabat Karang Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda. Dewan Bahasa dan Pustaka yang ada sekarang ini hanya ditubuhkan setelah
terbubarnya Pejabat Karang Mengarang SITC.
Di Pejabat Karang Mengarang, R.O. Winstedt bertindak sebagai pengarang am, O.T. Dussek sebagai pengarang dan Za’ba sebagai ketua penterjemah. Dalam keadaan
ini, Za'ba bolehlah dianggap sebagai ketua jabatan,
kerana kedua-dua orang pegawai British tersebut lebih merupakan penasihat kepada beliau. Pada tahun 1930, Pejabat Karang Mengarang menambah tiga orang lagi
penterjemah pelatih iaitu Yazid bin Ahmad, Abdul Kudus bin Muhammad dan Ahmad Murad Nasaruddin.
Tugas Za’ba di Pejabat Karang Mengarang SITC ini adalah untuk menterjemahkan dokumen-dokumen penting kerajaan dan juga menerbitkan buku-buku teks The
Malay School Series untuk kegunaan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan di Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1929, Za’ba ditugaskan mengendali penerbitan buku-buku The Malay Home
Library Series pula. Jabatan Karang Mengarang boleh dikatakan berfungsi secara sendirian dan terasing daripada SITC, tetapi disebabkan ketuanya sama, iaitu
O.T. Dussek, maka terjalin kerjasama yang erat antara kakitangan kedua-dua institusi itu. Oleh itu, kakitangan
Jabatan Karang-Mengarang juga adakalanya terlibat
sama dalam kerja-kerja mengajar dan juga ada dalam pelbagai kegiatan luar yang dijalankan di maktab tersebut.
Pada November 1924, Za'ba dilantik sebagai Pengerusi Majlis Bahasa SITC. Jawatan ini sebenarnya bukanlah sekadar mempengerusikan majlis perbahasan yang
diadakan, tetapi lebih merupakan sebagai Pengerusi Persatuan Bahas dan Syarahan SITC. Tugas Za'ba termasuklah melatih pelajar-pelajar berbahas dan
bersyarah serta menganjurkan majlis perbahasan dan syarahan pada tiap-tiap malam Khamis di maktab itu. Jawatan itu mungkin disandang oleh Za'ba sepanjang masa beliau berada di SITC. Di samping itu, Za’ba turut
terlibat dalam mengadakan sukan tahunan SITC.
Bermula pada 1929, Za'ba ditugaskan untuk mengetuai
Bahagian Pelajaran Bahasa Melayu SITC. Tugas Za'ba termasuklah menyediakan kurikulum dan mengajarkannya kepada pelajar-pelajar tahun satu
hingga tahun tiga. Masa yang diperuntukkan kepada Za'ba ialah enam waktu seminggu, iaitu selama 45 minit bagi setiap waktu. Pada tahun itu juga, Za'ba mengajar bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda
SITC.
12
Ketika berada di SITC inilah, beliau telah menulis dua buah buku tatabahasa yang menjadi
pegangan dan kajian para pengkaji bahasa sehingga ke hari ini, iaitu buku Pelita Bahasa Melayu I & II (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu
(1934). Selain itu, beliau turut mengarang buku Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929 dan Daftar Ejaan Melayu: Rumi-Jawi (1938).
Seterusnya pada tahun 1939, Za’ba dipindahkan
ke Singapura dan berkhidmat di Jabatan Penyiaran sebagai Juruhebah Perang di Radio Malaya Singapura. Semasa pendudukan Jepun di
Singapura Za’ba kekal berkhidmat di bahagian penyiaran sebagai Ketua Penerangan Berita Radio. Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Za’ba kembali bertugas di Kuala Lumpur sebagai
penterjemah bahasa Melayu. Kerja-kerja
penterjemahan ini terus dilaksanakannya sehinggalah beliau dilantik sebagai Penterjemah
Kanan Bahasa Melayu pada tahun 1946. Pada tahun 1953, Za’ba seterusnya dilantik
menjadi Pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, Unversity of London. Pada tahun 1956, Za’ba dianugerahi gelaran Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu III di Johor Bahru. Tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1959, Za’ba dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Kesusasteraan Melayu oleh
Universiti Malaya. Pada tahun 1962, beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (P.M.N.) bergelar Datuk (kemudiannya Tan Sri)
dan pada Jun 1973, dianugerahi pula Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Melayu oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia
pada 23 Oktober 1973 setelah menaburkan jasa
yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara.
Za’ba duduk berkot hitam bergambar di tepi rumah kediamannya di SITC, Tanjong Malim pada Ogos
1929. Berdiri di belakang dari kiri; Yazid Ahmad, Abdul Kudus Muhammad dan Ahmad Murad
Nasaruddin, pelatih penterjemah.
Rumah Za’ba masih terpelihara di bawah seliaan Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.
Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan
Email : shalaby@upsi.edu.my
Antara koleksi Za’ba yang terdapat di
Perpustakaan Tuanku Bainun
13
Perpustakaan Tuanku Bainun mempunyai
daya tarikan tersendiri dan menjadi destinasi
lawatan oleh agensi-agensi luar ke UPSI.
Seni bina yang menarik, susunan perabot
yang kemas dan teratur serta layanan mesra
kakitangannya menjadi contoh kepada
organisasi luar untuk melihatnya dengan
lebih dekat.
Antara lawatan yang diterima daripada
organisasi luar sepanjang bulan September-
Disember 2009 adalah seperti yang berikut:-
(1) Universiti Teknologi MARA
(UiTM) cawangan Jengka,Pahang.
(2) Perpustakaan, Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM), Kuala
Lumpur.
(3) Institut Perguruan Tun Hussein
Onn, Batu Pahat, Johor.
(4) Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
14
Oleh : Afzanizam Dullah Hashim
Email : afzanizam@upsi.edu.my
Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi
Email : razalli@upsi.edu.my
15
Seramai empat orang kakitangan
perpustakaan telah menerima anugerah
perkhidmatan cemerlang pada Majlis
Penyampaian Anugerah Kualiti yang
telah diadakan pada 6 November 2009.
Kakitangan tersebut ialah Pn. Rusliza
bt. Yaacob, Pn. Muliati bt. Abdul
Samad, En. Mohd Hizam b. Samin dan
Pn. Nor Haslina bt. Khalid.
Nurfaizah bt. Kamarudin yang merupakan pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan telah mula berkhidmat di
Perpustakaan Tuanku Bainun pada 2 Januari 2008. Peribadi beliau yang peramah serta mudah mesra menjadikan beliau
disenangi rakan-rakan setugas. Nurfaizah atau lebih dikenali sebagai Faez telah dilahirkan pada 5 April 1984 di Seremban,
Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. Pendidikan awal beliau bermula di
Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar Baginda, Bangi dan seterusnya berpindah ke Sekolah Rendah Dengkil, Selangor.
Setelah tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), beliau telah menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Sungai
Merab, Kajang, Selangor. Hasil daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang, beliau telah ditawarkan mengikuti
program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara pada Jun 2002.
Setelah menjawat jawatan pustakawan selama 1 tahun 10 bulan, beliau telah ditawarkan biasiswa tenaga pengajar muda
UiTM. Selamat maju jaya diucapkan, jasa serta sumbangan beliau terhadap pihak Perpustakaan Tuanku Bainun tidak akan
dilupakan dan akan dikenang sehingga akhir hayat.
Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2008, bergambar bersama
Y. Bhg. Dato’ Rusley b. Taib, Pendaftar UPSI.
Oleh : Muliati Abdul Samad
Email : muliati@upsi.edu.my
16
Merancang dan menjalankan sesuatu projek penyelidikan boleh
menjadi satu pengalaman yang manis ataupun pahit. Peluang untuk
meneroka sesuatu topik penyelidikan dan keghairahan meraih
sesuatu penemuan yang baru bakal mendatangkan sesuatu
kepuasan yang tidak terhingga. Hal ini hanya akan terhasil dengan
membangunkan satu cadangan penyelidikan (research proposal) yang
efektif. Cadangan penyelidikan ini boleh dijadikan sebagai medium
yang menjelaskan perancangan sesuatu penyelidikan dan sebagai
panduan untuk menghasilkan projek penyelidikan yang
bermanfaat. Justeru itu, buku ini berperanan untuk membantu
pelajar atau penyelidik dengan pendekatan yang mudah, dan ia
dapat dijadikan sebagai rujukan dalam penulisan cadangan
penyelidikan (research proposal). Buku ini dimulai dengan bab
meneroka dalam mengenal pasti permasalahan penyelidikan
(research problem). Penulis juga teliti dalam menerangkan tujuan
ulasan penulisan (literature review) dan juga pelbagai panduan untuk
membantu pelajar atau penyelidik mengelakkan kesilapan dalam
penulisan cadangan penyelidikan (research proposal). Sasaran buku ini
diakui oleh penulis ditujukan kepada pelajar atau penyelidik dalam
bidang Sains Sosial. Namun, panduan dan gambar rajah di
dalamnya mampu membimbing pelajar atau penyelidik dalam
bidang lain. Akhir sekali, penulis menekankan panduan daripada
buku ini beserta dengan bimbingan penyelaras penyelidikan
(supervisor) mampu menghasilkan rancangan penyelidikan dan
seterusnya satu projek penyelidikan yang jitu.
Sebuah buku yang pernah saya baca dan agak menarik
kandungannya ialah The Da Vinci Code. Sebuah novel
Inggeris yang pernah mencetuskan kontroversi dalam
fahaman agama Kristian dan dikatakan satu pembohongan
dan penyimpangan fakta. Buku ini merupakan sebuah kisah
misteri fiksyen berbentuk penyiasatan oleh watak utamanya
Robert Langdon, seorang professor „Symbologist‟ di
Universiti Harvard. Beliau menyiasat kematian seorang
kurator Muzium Paris Louvre yang terkemuka Jacques
Sauniere. Siasatan beliau membawa kepada penemuan
konspirasi sebuah badan rahsia “Priory of Sion” dan “Opus
Dei” mengenai kemungkinan Jesus Christ berkahwin
dengan Mary Magdalene dan melahirkan seorang anak.
Cucu perempuan Sauniere, Sophie Neveu turut datang ke
tempat kejadian dan cuba mencari bukti terhadap
pembunuhan datuknya. Pencarian mereka menemukan
sebatang kunci untuk membuka peti simpanan di Swiss
Bank, yang menyimpan rahsia dalam bentuk „cryptex‟.
Penyiasatan mereka akhirnya membongkar siapa sebenarnya
pembunuh Jacques Sauniere dan dari petunjuk yang ditemui
membawa mereka ke sebuah gereja lama di Scotland. Di
sana mereka bertemu semula dengan nenek dan adik lelaki
Sophie Neveu yang dikatakan telah meninggal dunia.
Sophie Neveu sendiri sebenarnya daripada darah keturunan
Jesus Christ, dan datuknya sendiri adalah ketua “Priory of
Sion” yang menyimpan rahsia tersebut. Keluarga ini
terpaksa dipisahkan demi mempertahankan identiti mereka
yang sebenarnya.
A Comprehensive Guide to Writing a Research Proposal oleh Parmjit Singh, Chan Yuen Fook dan Gurnam Kaur. Kuala Lumpur: Venton Publishing, 2009
The Da Vinci Code oleh Dan Brown. London: Corgi, 2003.
Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi & Najah Saghirah
Haroman.
Email : razalli@upsi.edu.my / najah@upsi.edu.my
Recommended