View
269
Download
13
Category
Preview:
DESCRIPTION
PROGRAM SEKOLAH BERSIH
Citation preview
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP SEKOLAH RENDAH)
AMBILAN JANUARI 2013
PKE3043E
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
___________________________________________________________________________
NAMA
KAD PENGENALAN
PENSYARAH PEMBIMBING
:
:
:
RAS ANISHA BINTI RASHID
930413-12-5612
CHIN NGIEN SIONG
0
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
TARIKH MULA
TARIKH HANTAR
:
:
13 JULAI 2015
07 SEPTEMBER 2015
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Profil Pelajar 2 - 3
2.0 Penghargaaan 4 - 5
3.0 Soalan Tugasan 6
4.0 Jadual Pelaksanaan Tugasan 7 - 8
5.0 Jadual Kolaborasi 9 - 11
6.0 Hasil Tugasan
6.1 Pengenalan
6.2 Kertas Kerja
6.3 Risalah Program
6.4 Laporan Program
6.5 Rumusan
12
13
14 – 23
24
25 – 33
34
8.0 Refleksi 35
9.0 Bibliografi 36 - 37
10. Senarai Rujukan 38
1
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
11. Lampiran 39
2
1.0 PROFIL PELAJAR
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Profil Pelajar
PISMP PJ1113
Nama : Ras Anisha Binti Rashid
No kad pengenalan : 930413-12-5612
Bangsa : Bugis
Agama : Islam
No telefon : 014-8601446
Hobi : Mendengar muzik dan Melancong
3
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Moto : Usaha Teras Kejayaan
4
2.0 PENGHARGAAN
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah,
syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga kami dapat
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya pada waktu yang ditetapkan.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Chin Ngie Siong selaku
pensyarah pembimbing bagi kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE3043E) di atas
segala bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang kami
menyempurnakan tugasan ini. Tanpa bimbingan dan bantuan daripada beliau, saya
tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa dan keluarga
saya yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada saya. Dorongan
serta sokongan daripada mereka telah menjadi inspirasi kepada saya untuk
meneruskan pengajian di sini. Dorongan daripada mereka termasuklah sumber
kewangan yang amat saya perlukan dalam melaksanakan kerja kursus ini.
Ribuan terima kasih juga buat rakan-rakan sekelas dan juga kepada orang
perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam
5
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
menjayakan tugasan ini.Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi,
agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Sekian,terima kasih.
6
3.0
SOALAN TUGASAN
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
7
4.0
JADUAL PELAKSANAAN
TUGASAN
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN
Tarikh Pelaksanaan Tugasan
13/07/2015 Menerima kertas tugasan.
15/07/2015 Mencari sumber maklumat.
24/07/2015 Mula membuat rangka tugasan.(Kertas Kerja)
28/07/2015 Berkolaborasi antara rakan sekelas dan pensyarah tentang
tugasan yang diberikan.
12/08/2015 Mula Membuat Tugasan
19/08/2015 Melaksanakan program Sekolah Bersih
28/08/2015 Berkolaborasi dengan pensyarah berkaitan dengan tugasan
yang telah dibuat.
04/09/2015 Menunjukkan hasil kepada pensyarah pembimbing
05/09/2015 Melakukan pembetulan, penambahbaikan terhadap tugasan,
Penyemakan terakhir dan mula mencetak tugasan
07/09/2015 Penghantaran tugasan kepada pensyarah subjek.
8
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
9
5.0
JADUAL KOLABORASI
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
JADUAL KOLABORASI
Nama: Ras Anisha Binti Rashid
Bil Tarikh Perkara Catatan Nama &
tandatangan
1 13/07/20
15
Menerima kertas
tugasan.
Mengikuti taklimat tentang
kerja kursus.
Pendedahan tentang
arahan tugasan
En Chin Ngien
Siong
( )
2 15/07/20
14
Mula mencari
maklumat.
Mencari sumber
maklumat
tambahan.
Bersama-sama rakan
mencari bahan di
perpustakaan, dan laman
sesawang berkaitan
dengan program yang
sesuai dilaksanakan
Ras anisha Bt Rashid( )Mohd Hamdan Bin Pallao ( )Herna Julian ( )
3 24/07/20
15
Mula membuat
rangka tugasan
Mula membuat rangka
kertas kerja bagi program
sekolah bersih
Ras anisha Bt
Rashid
( )
En Chin Ngien
10
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
4 28/07/20
15
Berkolaborasi
antara rakan
sekelas dan
pensyarah
tentang tugasan
yang diberikan
Bertanya tentang kertas
kerja program sekolah
bersih
Bertanya tentang isi
program yang akan
dilakukan
Siong
( )
Ras Anisha Bt Rashid
( )
5 12/08/2015
Mula Membuat
kertas kerja
lengkap dan
risalah program
Kertas kerja program bersih
Dan risalah program
Ras Anisha Bt Rashid
( )
6 19/08/20
15
Melaksanakan
program sekolah
bersih
Program berjalan seperti yang telah dirancang
Ras Anisha Bt Rashid
( )
7 28/08/2015
Berkolaborasi
antara pensyarah
tentang tugasan
yang diberikan
Bertanya tentang program
yang telah berjaya
dilaksanakan.
Bertanya tentang laporan
program.
En Chin Ngien Siong
( )
Ras Anisha Bt Rashid
( )
8 04/09/20
15
Melakukan
pembetulan,
penambahbaikan
Menambahbaik laporan
program
Ras Anisha Bt
Rashid
11
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
terhadap tugasan
Penyemakan
terakhir dan muka
mencetak
tugasan.
Mengenalpasti kesalahan-
kesalahan ejaan dan
perbetulkan.
( )
9 07/09/20
15
Penghantaran
tugasan kepada
pensyarah.
. En Chin Ngien
Siong
( )
12
6.0 HASIL TUGASAN
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
6.1 PENGENALAN
Pendidikan Kesihatan adalah sebarang pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi
memudahkan adaptasi dan tingkahlaku yang kondusif untuk kesihatan (Green, 1980).
Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yg menyediakan dimensi kesihatan
fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran
berkenaan kesihatan.(Marx & Wooley, 1998). Malahan merupakan proses utk mengembang
dan membekalkan pengalaman pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi
maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkahlaku.(Anspaugh & Enzell, 1995).
Melalui program kesihatan sekolah yang telah dilakukan menggalakkan dan
memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat
sepanjang hayat. Program kesihatan sekolah bukan semata-mata untuk menyembuh,
mengurang atau mencegah penyakit, malah utk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial
yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti. Program kesihatan sekolah adalah salah
satu pendidikan untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan.
Program pendidikan kesihatan yang dilaksanakan disekolah seperti program sekolah
bersih meliputi semua aspek kesihatan manusia, termasuklah kualiti hidup yang mana yang
ditentukan oleh faktor-faktor kimia, biologi, sosial dan psikososial dalam persekitaran (WHO,
1993). Kesihatan persekitaran adalah satu cabang kesihatan umum yang mengambil kira
penilaian dan pengawalan impak manusia terhadap persekitaran mereka (Moeller, 1992)
13
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Oleh itu, seseorang individu perlulah faham dan menghayati pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman pendidikan kesihatan agar dapat amalkan gaya hidup sihat dan
menjadikannya sebagai budaya masyarakat. Malah Individu perlu bersedia menyesuaikan diri
dengan cabaran perubahan persekitaran dan sosial yang mana sangat penting dalam menjalin
hubungan antara masyarakat.
6.2 KERTAS KERJA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP SEKOLAH RENDAH)
AMBILAN JANUARI 2013
KERTAS CADANGAN
PROGRAM SEKOLAH BERSIH
14
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
ANJURAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2013 (PISMPJ 1113 & ELEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN)
TEMPAT AKTIVITI : SK ASAJAYA ULU, ASAJAYA
TARIKH : 26 OGOS 2015
MASA AKTIVITI : 8AM – 12PM
1.0 PENDAHULUAN
Kebersihan merupakan asas kepada kehidupan kita, justeru Program Sekolah
Bersih ini dilakukan untuk menerapkan amalan kebersihan bagi memastikan
persekitaran sekolah selamat, bersih dan ceria. Program sekolah bersih merupakan
gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu
Sekolah Sihat (PBSS). Malah Sekolah Selamat merupakan salah satu program
Kementerian Pelajaran yang mula dilaksanakan pada tahun 2002. Ia bermaksud
mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram
kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif dan
sesuai dengan tuntutan ilmu serta kehendak proses pengajaran dan pembelajaran..
Oleh itu, Program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan
keceriaan kawasan sekolah. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih
yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat
sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.
2.0 RASIONAL
Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi
meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
emosi, rohani dan intelek. Malahan program ini dapat membantu guru-guru dan
15
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
kakitangan sekolah serta memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan
suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.
3.0 MATLAMAT
Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,
ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk sesi pembelajaran
supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Disamping itu juga kawasan sekolah yang bersih dan ceria akan melahirkan rasa
tanggungjawab dan kerjasama untuk menjaga kebersihan di antara warga sekolah.
4.0 OBJEKTIF
1. Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid SK Asajaya Ulu
2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria, harmonis dan kondusif.
3. Meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kebersihan di kawasan
sekolah.
4. Memupukkan sikap bertanggung jawab terhadap sekolah.
5. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar dapat
menjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.
6. Menjadikan kawasan sekolah selesa dan mendorong pembelajaran murid.
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : 26 ogos 2015
Hari : Rabu
16
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Masa : 7.40 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Muafakat PIBG SK Asajaya Ulu
6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua Murid-murid Tahap Dua
7.0 CADANGAN CARTA ORGANISASI
AJK INDUK PROGRAM SEKOLAH BERSIH
17
PENASIHATEN. SAHAT BIN YAKUP
GURU BESAR SK ASAJAYA ULU
BENDAHARIPN MISSIAH BINTI FAUZI
SETIAUSAHA PANITIA PJK
PENGERUSIEN. JEMHARI BIN SEMAN GURU
PENOLONG KANAN HEM
TIMBALAN PENGERUSIEN MAHIDEN BIN KAWI GURU
PENOLONG KANAN 1
SETIAUSAHAEN SALIHEN TINGGALKETUA PANITIA PJK
AJK
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
8.0 CADANGAN AJK PELAKSANA PROGRAM
AJK PELAKSANA PROGRAM SEKOLAH BERSIH
PENASIHATEn. Sahat Bin Yakup
Guru Besar SK Asajaya Ulu
PENGERUSIEncik Jemhari Bin Seman
Pen.Kanan HEM
TIMBALAN PENGERUSIEncik Mahiden Bin Kawi
Pen.Kanan Satu
SETIAUSAHAEn Salihen TinggalKetua Panitia PJK
BENDAHARIPuan Missiah Binti Fauzi Setiausaha Panitia Pjk
AHLI JAWATANKUASA
SAMBUTAN
En. Sahat Bin Yakup (Guru Besar SKAU)
URUSETIA
Puan Suria Sapuan (K)
18
EN JJEMHARI BIN SEMAN
EN MAHIDEN BIN KAWI
EN ISSNU BIN DOLLAH
EN TARMIZI BIN KAREM
PUAN MISSIAH BINTI FAUZI
EN SALIHEN TINGGAL
EN SULAIMAN BIN SUIB (YDP PIBG SK Asajaya Ulu)
EN DAHLAN BIN MAN (Penghulu Kampung Asajaya Ulu)
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Semua PK
Encik Sulaiman Bin Suib –YDP PIBG
Puan Missiah Fauzi
Puan Faridah Madian
Puan Catherine Karim
HADIAH DAN CENDERAHATI
Puan Dayang Sabarina Awg Talip (K)
Puan Anna Omar
Puan Fatimah Hamid
Puan Siti Zuria Sariee
DOKUMENTASI
Puan Lizawati Abang Monir
Encik Graty Majeng
PERSIAPAN PENTAS
Puan Siti Zuria Sariee
Puan Fatimah Hamid
PERALATAN
Encik Bujang Abu Bakar
Puan Fatimah Hamid
JAMUAN
Puan Hamizon Buang (K)
Puan Rajaah Udai
Encik Shalihen Tinggal
KAWALAN DISIPLIN
Puan Faridah Madian
Puan Catherine Karim
Puan Lizawati Abang Monir
Encik Graty Majeng
BUKU PROGRAM
Puan Dayang Zanariah
Puan Maduyah Latep
PERTANDINGAN
Puan Siti Zuria Sariee
Puan Aminah Tambi
SIARAYA
Encik Majari Bin Leman
Encik Jasdi Pawi
JURU ACARA
Encik Yassin Edit
Puan Suria Sapuan
19
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
BACAAN DOA
Encik Khalismady Simin
HAKIM PERTANDINGAN
Encik Abdullah Mohd Yusuf (K)
Encik Arbi Mustafa
Encik Jasdi Pawi
Encik Majari Leman
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Cenderahati : RM 20.00
Hadiah untuk pemenang : RM 15.00 x 5 = RM 75.00
Jamuan Ringan : RM 3.00 x 12 = RM 36.00
Peralatan lain : RM 100
JUMLAH : RM 231.00
10.0 SUMBER KEWANGAN
PIBG SK ASAJAYA ULU
11. 0 CADANGAN PROGRAM
20
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Program Sekolah Bersih diadakan selama 1 hari bermula dari jam 7.30am sehingga
12.20pm. Berikut merupakan cadangan program yang akan dilakukan.
Bil Aktiviti yang dirancang AJK Pelaksana
1. Gotong royong membersihkan
kawasan sekolah
Semua AJK Program
2. Gotong royong membersihkan dan
menceriakan kawasan kelas
Semua AJK Program
3. Pertandingan Rekacipta Bahan
Terbuang
Semua AJK Program
12.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI SASARAN TINDAKAN TEMPAT
ISNIN
0740-0810
Perhimpunan
Perasmian Program
Sekolah Bersih
Murid
Tahap 2
Guru Besar
GPK HEM
Guru B&K
Dewan SK
Asajaya Ulu
0830-0930
Gotong royong
membersihkan
kawasan sekolah
Murid
Tahap 2
Ketua Aliran
Guru Tahap 2
Kawasan
sekolah
0930-1000
Membersihkan dan
menceriakan kelas
Murid
Tahap 2
GPK HEM
Guru B&K
Kelas
1000-1020 Rehat Murid
Tahap 2
Makanan RMT Kantin
1030-11.30 Pertandingan
rekacipta bahan
terbuang
Murid
Tahap 2
Hakim
pertandingan
Guru
Dewan SK
Asajaya Ulu
1140-1220 Majlis penutupan Murid Guru Besar Dewan SK
21
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
dan penyampaian
hadiah
Tahap 2 GPK HEM
Guru B&K
Asajaya Ulu
13.0 JADUAL PERASMIAN PENUTUP KEMPEN SEKOLAH BERSIH
Tarikh : 26 OGOS 2015
0735 am : Murid mengambil tempat masing-masing
0800 am : Ketibaan Yang Dipertua PIBG SK Asajaya Ulu
0815 am : Ucapan Guru Besar SK Asajaya
0820 am : Ucapan Perasmian Program Sekolah Bersih
0830 am : Gotong Royong membersihkan kawasan sekolah
0930 am : Membersihkan dan menceriakan kelas
1000 am : Rehat
1030 am : Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang
01150 am : Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Pertandingan
1200 pm : Penyampaian Cenderahati
1220 pm : Majlis bersurai dan rehat
22
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
14.0 Penutup
Semoga program yang dijalankan selama satu hari ini akan dapat memberi
kesedaran kepada para pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan.
Malahan program ini perlu dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai
pihak terutama dari murid-murid dan guru-guru SK Asajaya Ulu. Semoga rancangan ini
dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku".
Disediakan Oleh,
………………………………….(RAS ANISHA BINTI RASHID) Setiausaha Program Sekolah Bersih
Disahkan oleh,
………………………………..(SAHAT BIN YAKUP) Guru Besar SK Asajaya Ulu
23
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
6.3 RISALAH
PROGRAM24
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
6.4 LAPORAN PROGRAM
NAMA : RAS ANISHA BINTI RASHID
NO.KAD PENGENALAN : 930413-12-5612
Pada 26 ogos 2015, Program Sekolah Bersih telah dilaksanakan dengan jayanya di
Sekolah Kebangsaan Asajaya Ulu, Asajaya. Program Sekolah Bersih ini dilaksanakan adalah
untuk memenuhi proforma kursus PKE3043E iaitu Program Kesihatan Sekolah bagi Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah (PISMP) semester 6 tahun 2015.
Kumpulan sasaran bagi program ini iaitu semua murid – murid tahap dua, tetapi disebabkan
terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan pada hari tersebut, saya hanya mengambil
seramai 20 orang murid tahun 5 untuk menjayakan Program Sekolah Bersih ini.
Program ini dijalankan selama setengah hari iaitu pada 26 ogos 2015, pada hari Rabu.
Program bermula pada jam 7.40 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Muafakat
PIBG SK Asajaya Ulu. Antara aktiviti yang telah dijalankan iaitu Gotong royong membersihkan
kawasan sekolah, Gotong royong membersihkan dan menceriakan kawasan kelas dan
Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang. Melalui pemerhatian saya, semua murid melibatkan
diri secara aktif melalui aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan. Pertubuhan ahlijawatan kuasa
25
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
program dan bajet perbelanjaan juga telah dipersetujui oleh semua guru – guru di sekolah ini
khasnya guru besar sekolah ini iaitu En Sahat Bin Yakup.
Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai
persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk
sesi pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Disamping itu juga kawasan sekolah yang bersih dan ceria akan melahirkan
rasa tanggungjawab dan kerjasama untuk menjaga kebersihan di antara warga sekolah.
Laporan Program Sekolah Bersih ini meliputi sebelum, semasa dan selepas program tersebut
dijalankan.
i. SEBELUM
Sebelum program sekolah bersih ini dijalankan, saya telah membuat kertas kerja
dan berbincang dengan guru pembimbing mengenai aktiviti – aktiviti yang sesuai untuk
dijalankan. Melalui perbincangan yang telah dilakukan saya telah memilih beberapa
aktiviti yang sesuai dengan program ini antaranya iaitu gotong – royong membersihkan
kawasan sekolah, gotong – royong membersihkan dan menceriakan kelas dan
pertandingan rekacipta barang terbuang. Melalui aktiviti yang telah dirancang saya
dapat membuat jadual perlaksanaan program yang bermula dari perasmian program
sekolah bersih, ketibaan Yang Dipertua PIBG SK Asajaya Ulu, Gotong Royong
membersihkan kawasan sekolah, Membersihkan dan menceriakan kelas, Rehat,
Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang, Penyampaian Hadiah kepada para
pemenang pertandingan, Penyampaian Cenderahati dan Majlis bersurai. (Rujuk Jadual
Pelaksanaan Program).
Selain itu, saya telah membuat bajet kewangan yang diperlukan untuk
melaksanakan program tersebut dan mendapat persetujuan sumber kewangan
ditanggung sepenuhnya oleh PIBG sekolah ini. Melalui kertas kerja yang telah dibuat,
saya telah meminta pengesahan guru besar dan semua guru – guru untuk menjayakan
26
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
program sekolah bersih ini. Di samping itu, saya juga telah menyediakan beberapa
peralatan yang diperlukan untuk menjayakan program ini antaranya iaitu plastik sampah,
cenderahati untuk VVIP yang datang dan hadiah untuk para pemenang pertandingan
rekacipta barang terbuang.
Malahan, saya juga telah menenalpasti tempat yang sesuai untuk program ini
dijalankan iaitu di Dewan Muafakat PIBG SK Asajaya Ulu dan segala persiapan telah
saya laksanakan sebelum program ini dijalankan.
Persiapan dewan
27
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Menyediakan peralatan yang diperlukan
ii. SEMASA
Program ini telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan walaupun
terdapat beberapa kekangan semasa aktiiviti dijalankan. Seramai 20 orang murid tahun
5 berkumpul di dewan SK Asajaya ulu dan pada mulanya terdapat Perasmian Program
Sekolah Bersih, tetapi memandangkan Guru besar hanya dapat menghadirikan diri pada
sesi penutupan, perasmian program dipindahkan sekali dengan penutupan serta
penyampaian hadiah pada akhir sesi program ini dijalankan.
Semua murid berkumpul dan terdapat beberapa penerangan daripada saya
selaku pelaksana program sekolah bersih ini. Saya telah memberikan sedikit taklimat
berkaitan dengan perjalanan program dan telah menerangkan tentang aktiviti yang akan
28
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
dilaksanakan. Malahan saya juga memberi penerangan berkaitan dengan matlamat dan
objektif program ini dijalankan.
Aktiviti pertama iaitu gotong – royong membersihkan kawasan sekolah. Saya
telah memberikan penerangan berkaitan dengan tempat – tempat yang perlu
dibersihkan, seperti kawasan dewan, kawasan kantin, kawasan tempat parking kereta
dan kawasan perjalanan menuju ke kelas. Saya telah membahagikan kepada beberapa
kumpulan dan akan bergerak secara serentak dan mengarahkan mereka balik semula
ke dewan apabila lonceng dibunyikan. Hal ini bagi memudahkan mereka mengetahui
masa yang diambil untuk melaksanakan aktiviti ini. Saya juga telah memberikan plastik
sampah kepada setiap orang murid dan memastikan setiap plastik sampah yang
diberikan di isi dengan sampah dan tidak ada yang kosong, perkara ini bagi memastikan
setiap murid menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Murid berkumpul di dewan SK Asajaya Ulu
Sesi taklimat bersama penyelaras program
29
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Memberikan plastik sampah kepada setiap murid
Aktiviti 1 : Gotong Royong membersihkan (kawasan perjalanan menuju ke kelas)
Aktiviti 1 : Gotong Royong membersihkan (kawasan kantin)
Aktiviti 1 : Gotong Royong membersihkan (Kawasan tempat letak kereta)
30
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Seterusnya, aktiviti yang kedua iaitu gotong royong membersihkan dan
menceriakan kelas. Semua murid dikehendaki balik ke kelas masing – masing dan
diarahkan untuk membersihkan dan menceriakan kelas masing – masing. Terdapat
beberapa orang guru yang memantau perjalanan aktiviti tersebut. Oleh kerana, hari
kebangsaan akan berlangsung tidak lama lagi mereka mula menghias kelas dengan
bendera dan bertemakan hari kebangsaan. Aktiviti kelas tercantik dan terbersih
merupakan program sekolah. Oleh Sebab itu, saya tidak memasukkan aktiviti tersebut
ke dalam Program Sekolah Bersih ini.
Aktiviti 2 : Gotong Royong membersihkan dan menceriakan kelas
Seterusnya iaitu aktiviti Pertandingan Rekacipta Bahan Terbuang. Pertandingan ini
dijalankan selama 1 jam dan diadakan di dewan SK Asajaya Ulu. Hasil daripada sampah atau
botol yang mereka kutip dari aktiviti pertama, murid akan mencipta satu barangan kreatif dan
menarik yang mana bahan tersebut berasal daripada bahan terbuang. Penyelaras program
memberi sedikit taklimat berkaitan dengan pertandingan yang akan diadakan. Guru – guru yang
telah ditugaskan menjadi hakim akan memilih 5 orang murid yang telah berjaya merekacipta
bahan terbuang menjadi suatu barang yang boleh digunakan semula. Bahan seperti selotep
dan gam telah disediakan oleh guru. Murid yang berjaya akan mendapat hadiah pada sesi
penutupan program sekolah bersih tersebut.
31
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
S
Aktiviti 3 : Sesi taklimat berkaitan dengan pertandingan rekacipta bahan terbuang
Aktiviti 3 : Antara hasil ciptaan murid dari bahan terbuang
Sesi penutupan dilakukan secara kecil kecilan kerana guru besar tidak dapat
menghadirkan diri dan guru lain mengikuti kursus pada hari tersebut. Saya selaku
penyelaras program sekolah bersih mengucapkan terima kasih kepada semua murid
yang melibatkan diri dan mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya memenangi
pertandingan mereka cipta hasil daripada bahan terbuang. Penyampaian cendramata
kepada guru yang terlibat dan hadiah kepada pemenang.
32
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Majlis penutupan Program Sekolah Bersih dan penyampaian hadiah kepada para
pemenang.
iii. SELEPAS
Selepas tamatnya program ini, saya telah mengemas dan mengembalikan semula peralatan
yang telah digunakan. Malahan berjumpa dengan guru pembimbing untuk sesi refleksi dan
mengucapkan terima kasih kepada semua guru – guru yang terlibat bagi menjayakan program
ini. Malahan saya juga telah mengira semula jumlah duit yang digunakan semasa
berlangsungnya program ini. Selepas itu, saya juga membuat pemeriksaan terakhir bagi keluar
33
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
masuk duit serta mencatat segala perbelanjaan yang telah dilakukan hal ini kerana guru yang
memegang jawatan bendahari tidak dapat menguruskan perbelanjaan disebabkan hal lain.
Saya sebagai wakil beliau telah mengumpul resit bagi setiap barang-barang yang dibeli
sebagai bukti pembeliaan barang tersebut. Selepas mendapat tahu jumlah keseluruhan duit
yang tinggal, saya dengan kadar segera memaklumkan jumlah duit dan menyerahkan baki duit
tersebut kepada guru pembimbing selepas program ini berakhir. Seterusnya telah menyediakan
laporan dan melengkapkan kerja kursus Program Kesihatan Sekolah.
DISEDIAKAN OLEH,
______________________
(RAS ANISHA BINTI RASHID)
6.5 RUMUSAN
Kesimpulannya, melalui Program Sekolah Bersih ini dapat merapatkan
hubungan silaturrahim diantara guru dan murid SK Asajaya Ulu, malah dapat
mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih ceria, harmonis dan kondusif. Program
yang dijalankan ini juga mampu mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan
34
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
kawasan sekolah. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika
berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai
dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar. Malahan dapat memupuk sikap
bertanggungjawab dan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kebersihan kawasan
sekolah.
Melalui tugasan ini, saya merasa amat beruntung kerana mendapat pelbagai
pengajaran dan ilmu. Tugasan ini banyak memberikan saya ilmu baharu yang dapat
saya aplikasikan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila saya
menjadi seorang cikgu kelak. Saya juga sedar tentang pentingnya perancangan yang
teliti dan kepentingan masa dalam menjayakan sesuatu program. Kanak-kanak perlu
diajar memelihara dan meningkatkan tahap kesihatan diri dan tanggungjawab ini perlu
disemai dari kecil. Kanak-kanak punya banyak tugas dan perkara yang perlu dilakukan
dan akan menghadapi cabaran hari muka. Kegagalan pendidikan hari ini akan
mendatangkan masalah di masa hadapan. Secara tidak langsung, perkara-perkara ini
diharap akan dapat membantu saya di dalam kerjaya seorang guru kelak malahan
membuatkan saya lebih mencintai profesion perguruan.
Sesungguhnya, program ini sangat bermakna dan memberikan saya banyak
pengalaman dan input baru berkaitan dengan program – program yang akan
dilaksanakan di sekolah kelak. Panduan dan cabaran ini mematangkan diri saya untuk
menggalaskan amanah sebagai seorang yang bakal bergelar guru di profesion
perguruan ini suatu hari nanti.
7.0 REFLEKSI
o RAS ANISHA BINTI RASHID
o 930413-12-5612
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah mengizinkan saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini yang mana merupakan kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE3043)
bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah (PISMP) semester 6
35
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
tahun 2015. Saya Ras Anisha Binti Rashid ingin mengucapkan terima kasih kepada En
Chin Ngien sebagai pensyarah pembimbing kerana banyak membantu dan memberi
tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin berterima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu dan memberikan dorongan secara
langsung atau tidak sepanjang tempoh tugasan ini diberikan.
Saya beranggapan bahawa kerja kursus ini sebagai cabaran kepada diri saya
untuk terus berusaha serta saya dapat mempelajari sesuatu yang baharu yang boleh
saya terapkan dalam diri saya. Melalui kerja kursus ini, saya dapat merancang satu
kertas kerja bagi melaksanakan salah satu program kesihatan sekolah. Melalui kertas
kerja yang telah dirancang saya dapat memilih aktiviti yang bersesuaian dengan fizikal,
social dan budaya di sesebuah sekolah. Malahan saya juga dapat menyediakan risalah
berkaitan dengan program sekolah bersih dan telah mengedarkan kepada semua guru
agar program ini dapat diketahui dan dapat menarik minat semua warga sekolah untuk
menyertai program tersebut.
Program yang telah saya lakukan iaitu program sekolah bersih. Program ini
dijalankan selama setengah hari bermula dari jam 7.30 pagi sehingga 12.20pm waktu
persekolahan. Antara aktiviti yang telah saya rancang iaitu aktiviti gotong royong
membersihkan kawasan sekolah, gootong royong membersihkan dan menceriakan
kelas dan pertandingan rekacipta bahan terbuang. Seramai 20 orang murid tahun 5
telah menyertai program sekolah bersih ini.
Pengalaman sebelum melaksanakan tugasan ini, saya banyak berkolaborasi
dengan rakan serta pensyarah subjek mengenai cara untuk membuat tugasan ini
dengan mengikut kehendak sooalan yang diberikan dan bagaimana untuk
melaksanakan sesuatu program di sekolah. Melalui penerangan yang telah diberikan
oleh pensyarah subjek semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
didalam kelas membolehkan saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
36
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Seterusnya dalam proses pengumpulan maklumat, saya dan rakan telah bersama-
sama mencari maklumat di laman sesawang dan buku-buku di pusat sumber bagi
menambahkan lagi sumber maklumat. Saya juga banyak mencari maklumat berkaitan
dengan cara penghasilan risalah program dan kertas kerja di media massa. Malah kami
juga telah membincangkan program – program yang sesuai untuk dilakukan semasa
sesi PnP dijalankan di dalam kelas. Sumber-sumber maklumat yang saya perolehi
memudahkan saya melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.
Melalui proses menyiapkan kerja kursus yang telah saya laksanakan bersama-
sama rakan saya telah membuatkan hubungan silaturrahim kami bertambah erat
antara satu sama lain. Sikap bekerjasama dan tolong menolong dapat dilihat terutama
semasa program sekolah bersih dijalankan. Sikap toleransi, kerjasama dan tolong
menolong antara satu sama lain dapat diwujudkan. Sikap toleransi dan keterbukaan
dalam menerima cadangan dan idea dari rakan sekelas juga saya terapkan dalam diri
saya. Saya juga dapat mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran
pensyarah dalam subjek ini. Selain itu, semasa menjalankan tugasan ini saya banyak
bertanya dan menunjukkan hasil kerja dengan rakan dan pensyarah subjek agar kerja
yang dilakukan mengikut soalan yang diberikan.
Sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini terdapat kekangan yang telah
saya hadapi terutamanya pada aspek melaksanakan program sekolah bersih. Pada
mulanya, guru besar dan guru – guru akan hadir untuk merasmikan program tersebut,
tetapi disebabkan mesyuarat dilakukan pada hari tersebut, mereka tidak dapat
menghadirkan diri untuk majlis perasmian dan penutupan tersebut dan saya dengan
rakan yang lain membuat majlis penutupan secara kecil – kecilan.
Seterusnya, bagi aspek pemilihan tarikh untuk melaksanakan program sekolah
bersih. Saya telah berbincang dengan guru pembimbing dan telah menentukan tarikh
perlaksanaan program tersebut, tetapi pada masa yang sama sekolah tersebut
menjalankan program yang lain. Jadi saya terpaksa memilih lagi tarikh yang sesuai dan
telah menetapkan pada 26 ogos bersamaan dengan hari rabu. Bagi aspek pengurusan
masa, bagi saya tiada masalah kerana tugasan ini mengambil masa yang lama dan
37
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
mencukupi untuk dilaksanakan walaupun terdapat tugasan bagi subjek lain dan harus
dihantar pada tarikh yang hampir sama dan ada juga yang lebih awal. Walaupun tarikh
hantar tugasan ini sama dengan tarikh kami perkhemahan, pensyarah pembimbing
memberikan kami masa tambahan untuk kami mnyiapkannya dan menghantar pada
tarikh yang telah ditetapkan. Saya cuba untuk meyelesaikan dengan membahagikan
dan menyusun atur masa saya dengan sebaiknya.
Kesimpulannya, berkat usaha dan kesabaran, saya telah berjaya menyiapkan
kerja kursus ini dalam tempoh yang telah diberikan. Tugasan ini banyak memberikan
saya ilmu baharu yang dapat saya aplikasikan terutama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran apabila saya menjadi seorang cikgu kelak. Saya juga sedar tentang
pentingnya perancangan yang teliti dan kepentingan masa dalam menjayakan sesuatu
program. Secara tidak langsung, perkara-perkara ini diharap akan dapat membantu
saya di dalam kerjaya seorang guru kelak malahan membuatkan saya lebih mencintai
profesion perguruan. Tugasan ini juga membuatkan saya lebih mencintai profesion
perguruan serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti tinggi bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi rohani, emosi,
jasmani, dan intelek (JERIS).
Disediakan oleh,
___________________________
(RAS ANISHA BINTI RASHID)
38
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
39
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
BIBLIOGRAFI
40
8.0 BIBLIOGRAFI
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
1. Prof. Dr Ansary Ahmed 2007, Pedagogi pendidikan kesihatan, Meteor Sdn
Bhd, Selangor Darul Ehsan.
2. Z.L Abdullah & A.L Ahmad 2007, pengenalan pendidikan kesihatan, seri
kembangan, Meteor Sdn Bhd, Selangor Darul Ehsan.
3. D.A Kassim 2007, Kuntum, Tanam Perasaan Cintakan Kebersihan Sejak
Kecil Lagi, Star Publcation Sdn Bhd Selangor Darul Ehsan.
4. D.A Kassim 2007, Kuntum, Pentingnya menjaga Kebersihan Diri, Star
Publcation Sdn Bhd Selangor Darul Ehsan
41
9.0 SENARAI RUJUKAN
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
SENARAI RUJUKAN
BUKU
1. Pedagogi pendidikan kesihatan
2. pengenalan pendidikan kesihatan
3. Kuntum, Tanam Perasaan Cintakan Kebersihan Sejak Kecil Lagi
4. Kuntum, Pentingnya menjaga Kebersihan Diri
1. Kebersihan Sekolah
2. Amalan Keberihan sekolah
3. Cara untuk menjaga kebersihan seklah
SURAT
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1997 Amalan Kebersihan Di Sekolah
42
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
LAMAN SESAWANG
1. www.ksekolah.blogspot.my/p/pentingnya-kebersihan-sekolah.html
2. www.media-online.id/2014/09/menjaga-kebersihan
3. www.rohimudinkasep.blogspot.my/cara-menjaga-kebersihan-lingkungan-
sekolah.html
4. www.sdintegral.sch.id/2011/12/program-sekolah-bersih-dan-hijau
5. www.masrani.spd.blogspot.my/2014/sekolah-dasar-bersih-dan-sihat
43
10. LAMPIRAN
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Gotong royong membersihkan kawasan sekolah dan menceriakan kelas
44
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
Hasil Cipta barang dari bahan terbuang
45
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
46
PKE3043E PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH 2015
47
Recommended