View
348
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
7/23/2019 kkp sintaksis
1/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
1
1.0 PENGENALAN
Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada
unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.
Binaan Ayat
Ayat mengandungi dua bahagian utama: subjek dan predikat.
Subjek Predikat
1. Encik Muhaimin Pensyarah Bahasa Melayu kami.
2. Perarakan Maulidur Rasul Sedang berlangsung di sekolah.
3. Ibu Magaret Menjual kuih.
Golongan Ayat
Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar(ayat
inti atau ayat mudah). Ayat tunggal dapat dikembangkan menjadi ayat majmuk,
dengan meluaskan unsur subjek atau unsur predikat atau kedua-duanya. Ayat 1, 2, 3,
dan 4 dapat dikembangkan menjadi ayat 1a, 2a, 3a, dan 4a.
Ayat Tunggal Ayat Majmuk
1. Saya guru. 1a. Saya guru tetapi saya tidak suka
mengajar.
2. Guru kelas sedangmengambil kehadiran.
2a. Guru kelas sedang mengambil kehadiransambil berdiri.
3. Guru sekolah ini rajin. 3a. Guru sekolah ini rajin serta
bertanggungjawab.
7/23/2019 kkp sintaksis
2/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
2
4. Kereta itu siap dibaiki. 4a. Kereta yang remuk dilanggar itu siap
dibaiki.
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola
seperti yang berikut:
Pola Jenis Pola Subjek Predikat
1. FN + FN Encik Abu pemborong kain.
2. FN + FK Dia membaca buku.
3. FN + FA Amirul sangat segak.
4. FN + FS Sekolah saya di Sibu.
Tahukah anda bahawa daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat
yang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek
atau panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
Frasa dalam Pola Ayat Dasar
Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang demikian, ayat
akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola,
yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN +
FS.
7/23/2019 kkp sintaksis
3/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
3
Pola Contoh
Subjek + Predikat Subjek + Predikat
1. Frasa Nama + Frasa Nama Ibu saya seorang doktor.
2. Frasa Nama + Frasa Kerja Ayah Diana membeli surat khabar.
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Encik Hamidon tegas orangnya.
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Saya dari Bandar Sibu.
Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah FrasaNama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah
berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).
Sebelum membincangkan binaan-binaan frasa tersebut, adalah lebih baik
sekiranya definisi dan konsep frasa dibincangkan terlebih dahulu.
7/23/2019 kkp sintaksis
4/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
4
2.0 HURAIAN BINAAN FRASA
Definisi dan Konsep Frasa
Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai, bergantung kepada apakah teori yang
dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu
bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa
memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat
beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi definisi dan tafsiran
frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya akan ditelusuri.
Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Zaba (1965) yang
menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori
tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. Ini juga pengertian frasa
dalam fahaman linguistik am. Frasa, menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi
yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan.
Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG), frasa mungkin juga
terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata
nama, kata kerja dan kata adjektif. Contoh,
1. Si Tompok yang berbulu merah itu sudah mati.
2. Tompok mati.
Subjek dalam ayat (1) mengandungi frasa nama yang terdiri daripada sekelompok
kata dengan kata Tompok sebagai kata major. Namun, dalam ayat (2) terdapat pula
frasa nama yang terdiri daripada satu kata, iaitu Tompok.
Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu
frasa.
Dalam buku-buku tatabahasa lama, ada keterangan bahawa frasa adalah suatu
bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa
7/23/2019 kkp sintaksis
5/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
5
diberikan istilah rangkai kata oleh Zaba dengan pengertian bahawa frasa merupakan
suatu rangkaian beberapa patah perkataan. Sekarang saya akan membincangkan juga
definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu yang lain.
Bagi Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu
susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu
perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Contohnya,
seorang pelajar sekolah rendah
pelajar
seorang pelajar
seorang pelajar sekolah
seorang pelajar sekolah rendah
Frasa
Frasa
Frasa
7/23/2019 kkp sintaksis
6/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
6
Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu
menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yang
lain bagi kata atau kata-kata yang membinanya.
Maka, daripada pendapat sarjana-sarjana Melayu tersebut, frasa terdiri daripada
bentuk-bentuk perkataan yang disusun menjadi rangkai kata. Tamsilnya,
3. Adik Ali sedang bermain bola.
Daripada ayat contoh yang diberi, ayat tersebut dapat dipisahkan kepada beberapa
bentuk kata iaitu adik, ali, sedang, bermain dan bola. Perkataan-perkataan ini kemudian
disusun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa, iaitu adik Ali sebagai satu frasa
yang menduduki tempat subjek, dan sedang bermain bola sebagai frasa yang lain
menduduki predikat dalam ayat.
Jadi kesimpulannya, frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang
mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang
berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan
predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu,
frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi
taburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri.
Bagi memenuhi kehendak soalan Kerja Kursus Projek BMM 3110, yang akan
dibincangkan seterusnya adalah perihal binaan frasa dalam bahasa Melayu.
Yang dimaksudkan dengan binaan frasa ialah urutan penempatan jenis kata atau
frasa dalam frasa. Dalam bahasa melayu, urutan kata sangat penting kerana perbezaan
SUBJEK PREDIKAT
Adik Ali Sedang berma
bola.
Adik Ali Sedang bermain bola
Frasa
Frasa
7/23/2019 kkp sintaksis
7/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
7
urutan kata dapat menimbulkan perbezaan makna frasa. Tamsilnya, frasa empat jam
tidak sama dengan frasajam empat.
Binaan frasa juga dikenali sebagai struktur frasa. Dalam binaan tersebut,
dimasukkan juga fungsi kata atau frasa sebagai pembentuk frasa tersebut. Misalnya,
frasa kereta itu, terdiri daripada kata kereta dan kata itu. Kata kereta merujuk kata nama
yang berfungsi sebagai inti, dan kata itu merujuk kata ganti tunjuk yang berfungsi
sebagai penerang. Oleh yang demikian, dalam frasa terdapat inti frasa dan penerang
frasa.
Inti ialah unsur wajib dalam frasa dan merupakan pusat dalam satu frasa.
Justeru, inti tidak boleh digugurkan dalam binaan frasa.
Penerang pula terdiri daripada satu perkataan atau sekumpulan perkataan yang
memberikan maklumat lanjut tentang inti. Tamsilnya, frasa anak kecil. Anak merupakan
inti frasa, manakala kecil merupakan penerang frasa.
Jenis-jenis frasa ditentukan oleh perkataan yang menjadi inti frasa. Dengan
demikian, penggolongan jenis frasa ditentukan sejalan dengan penggolongan jenis kata
kerana sifat dan perilaku frasa sama dengan sifat dan perilaku kata. Berdasarkan hal
tersebut, frasa dapat dibezakan kepada empat jenis , iaitu:
a. Frasa nama
b. Frasa kerja
c. Frasa adjektif
d. Frasa sendi nama
Keempat-empat frasa tersebut akan disentuh dari aspek binaan frasanya.
FRASA NAMA
Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen
dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua
7/23/2019 kkp sintaksis
8/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
8
konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua
konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada yang berikut:
(i) FN + FN
(ii) FN + FK
(iii) FN + FA
(iv) FN + FS
Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa
nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Lihatlah contoh-
contoh di bawah ini:
Bil Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Nama
1. Ibu guru.
2. Ibu budak itu guru.
3. Ibu budak itu guru sekolah agama.
4. Kota Bharu serambi mekah.
5. Bandar Kota Bharu serambi mekah.
Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu
perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen
predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu
konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti dalam
contoh-contoh berikut ini:
Bil SubjekPredikat Frasa Kerja
Kata Kerja Objek
6. Orang itu memanggil saya.7. Mereka semua melambaikan tangan.
8. Kanak-kanak itu menaiki bas sekolah.
9. Para siswazah memohon jawatan itu.
10. Kedamaian memerlukan kekuatan pertahanan.
7/23/2019 kkp sintaksis
9/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
9
11. Tanah air meminta pengorbanan anak watan.
12. Cahaya matahari menyinari alam semesta.
Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama
dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat
frasa sendi nama (FS) seperti dalam contoh ayat 13-18.
Bil SubjekPredikat Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
13. Mereka di Kuala Lumpur.
14. Hadiah itu daripada Nasir
15. Lukisan tersebut oleh Tuan Jamal.
16. Tabung simpanan itu untuk masjid.
17. Kereta itu ke Kuala Perlis.
18. Keluarnya dari pintu besar
Bagi binaan frasa nama pula, ia boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja
ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan, maka terdapat
dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada
satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan
atau perkataan lain merupakan penerang atau penerang-penerangnhya. Jenis yang
kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya.
Grafik dibawah adalah paparan mengenai binaan frasa nama.
7/23/2019 kkp sintaksis
10/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
10
Contoh-contoh bagi frasa nama mengandungi binaan inti + penerang adalah seperti
yang berikut :
Frasa Nama SubjekPredikat
Inti Penerang
Budak perempuan itu adik saya.
Guru bahasa melayu itu guru kelas saya.
Polis trafik itu menjaga lalu lintas.
Contoh bagi frasa nama yang mengandungi binaan inti + inti ini adalah seperti yang
berikut :
Frasa Nama SubjekPredikat
Inti Inti
Kerusi meja berselerak di dewan.
Pinggan mangkuk kotor penuh di sinki.
Suami isteri Hendaklah bertolak ansur.
7/23/2019 kkp sintaksis
11/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
11
Di bawah ini akan diterangkan satu per satu konstituen frasa nama yang
mengandungi binaan inti + penerang dan inti + inti.
Binaan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut :
1. Inti + penerang nama
2. Inti + penerang bukan nama
Bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa bentuk. Bentuk-
bentuk ini disenaraikan pada jadual di bawah.
Binaan Frasa
NamaPenerang Inti Penerang
Inti + Penerang
Nama
Penerang nama
keturunan
Askar
Suku bangsa
British.
Jawa.
Penerang nama jenis
Kucing
bunga
parsi.
mawar.
Penerang nama
kegunaan
Serbuk
Minyak
kari
pelincir
Penerang nama
penyambut
Pemutar
Penjaga
skru
pintu
Penerang nama kelaminpelakon
guru
lelaki.
wanita.
Penerang nama tempat
Pinggiran pantai
7/23/2019 kkp sintaksis
12/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
12
Bagi binaan frasa nama inti + penerang bukan nama pula, ia dibentuk oleh
perkataan yang bukan daripada kelas kata nama. Contohnya :
Binaan Frasa
Nama
Penerang
Inti
(Bilangan+penjodoh
bilangan)
Penerang
(Inti)
Inti + penerang
bukan nama
Penerang
(Penentu Hadapan)
tiga orang
lima buah
guru
kereta
tujuh dulang nasi minyak.
Penerang (Penentu
belakang)
Inti Penerang
Orang
rumah
itu
ini
Penerang kata kerja Mesin
bilik
kira
menunggu
Penerang kata
adjektif
Pengemis
kereta
muda
antik
Penerang frasa sendi
nama
Baju
banglo
di jemuran
di desa.
Penerang bilangan
ordinal
tempat
tingkat
kedua
ketiga
7/23/2019 kkp sintaksis
13/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
13
Bagi binaan frasa nama inti + inti pula, ia tidak mempunyai unsur penerang, kerana
makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kata nama inti. Terdapat dua bentuk
binaan frasa nama inti + inti, iaitu :
1. Inti + inti dengan maksud sama erti
2. Inti + inti dengan maksud lawan erti
Inti + inti
Inti + inti dengan
maksud sama erti
tubuh
bukit
badan
bukau
Inti + inti dengan
maksud berlawanan
Tuan
atas
hidup
puan
bawah
mati
Dalam pembinaan frasa nama, ada peraturan tertentu yang mengatur kedudukan
konstituen-konstituennya, iaitu apa yang boleh hadir dahulu dan apa yang kemudian.
Peraturan-peraturan ini adalah seperti :
a. Peraturan D-M (Hukum D-M)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan,
atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum
D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya -pisanggoreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-
M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang
7/23/2019 kkp sintaksis
14/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
14
mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan
ordinal.
Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:
Frasa NamaNota
Penerang Inti
Perdana Menteri Penerang nama jawatan
Tuan Ahmad Penerang gelaran/panggilan
Timbalan Menteri Pelancongan Penerang nama jawatan
Frasa Nama
NotaBilangan Penjodoh bilangan inti
Lapan bilah pedang Penerang kata bilangan
dan penjodoh bilangan
Semua - murid Penerang kata bilangan
Enam ekor buaya Kata bilangan dan
penjodoh bilangan
Selain susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang
menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dan diikuti oleh penerang lain
dan diakhiri oleh penentu belakang.
Contoh:
IntiPenerang
Adjektif
Penerang Kata Nama/Frasa
Nama
Penentu belakang
Kereta berkilat ayah Itu
Baju merah kakak ini
7/23/2019 kkp sintaksis
15/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
15
Daripada yang telah dibincangkan, bolehlah disimpulkan bahawa frasa nama
dalam bahasa melayu mempunyai binaan yang kompleks. Ia boleh dirumuskan seperti
yang berikut :
Bil Penj
Bil
Gel KNIn KNIn Pen Pen Pen Pen Pe
Setiap buah - kereta proton Malaysia
Kedua-
dua
orang Dato Pengarah Urusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Itu
Frasa Kerja
Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata
kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. Frasa kerja
terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitifdan frasa kerja tak transitif.
Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja.
Subjek Frasa Kerja Kata kerja
1. Autdrey
2. Fatimah
3. Adik
4. Ibu
membaca buku.
berlari.
tidur.
merautbuluh.
KKT
KKTT
KKTT
KKT
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Bil + Penj Bil + Gel + KNIn + Pen + Pent
7/23/2019 kkp sintaksis
16/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
16
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
( i) (kata bantu) + kata kerja + objek +(penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat
+ objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif
tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif
berpelengkap
(i) (kata bantu) + kata kerja+ (keterangan)
Tanda kurungan
menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja
+ (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan
unsur yang boleh ada atau
tiada.
( kata bantu) + kata kerja +
pelengkap + (penerang) +
keterangan
tanda kurung menunjukkan
unsur yang boleh ada atau
tiada.
Contoh 1 Binaan Frasa Kerja Transitif
Subjek Predikat
NotaFrasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Objek
Autdrey sedang memasak Ikan goreng
Maksud ayat masih
lengkap jika objekdibuang, kerana ayat
menunjukkan perlakuan
Autdrey yang memasak
Mereka hendak makan ayam goreng itu
7/23/2019 kkp sintaksis
17/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
17
Contoh 2 Binaan Frasa Kerja Transitif 2 objek
Contoh 3 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek Predikat
NotaFrasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Keterangan
Lelaki itu sedang makan di atas meja
maksud ayat lengkap jik
keterangan dibuang.
Cikgu masih menulis di papan hitam
Bayi itu sedang merangkak dengan laju
Jamal akan datang esok
Khatib sedang berkhutbah di surau
contoh 4 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek Predikat
NotaFrasa nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan
Mereka akan pulang ke rumahsecepat
mungkin
dalam
minggu ini
pelengkap frasa
sendi nama
Ahmad ingin menjadi penyanyi yang di negara ini pelengkap kata
Subjek Predikat
NotaFrasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerjaObjek
Tepat sipi
Autdrey sedang membelikan anaknya baju Objek tepat adalah
penyambut langsung
kepada kata kerja, objek
sipi pula adalah frasa
nama yang mengikuti
objek tepat.
Dia - mencarikan isterinya buah nangka
7/23/2019 kkp sintaksis
18/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
18
terkenal nama
Saya tinggal di KlangPelengkap frasa
sendi nama
FRASA ADJEKTIF
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrikberintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh
menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK,
manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
FA sebagai predikat
Contoh:
Subjek Frasa Adjektif
1. Suara penyanyi itu
2. Warna bajunya
3. Tuala itu
4. Ibu
merdu
kemerah-merahan.
hapak.
kesejukan
FA sebagai unsur keterangan (KK)
Contoh:
Mereka pulangsegera
Kereta bergerak terlalu laju
FA sebagai penerang KN dalam predikat
Contoh:
Nasi lemak masakan popular
7/23/2019 kkp sintaksis
19/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
19
Usman Awang PensyairAgung
Frasa adjektif juga mengandungi unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
Penguat Hadapan :paling, terlalu
Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalubising
Penguat Belakang : sekali, benar, nian
Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besarsekal i
Penguat Bebas : amat, sungguh
Contoh: Tentera kita sungguhberani
Tentera kita beranisungguh
Contoh 1 : Binaan frasa adjektif dengan kata penguat
Subjek
Predikat
Penguathadapan
Kata Adjektif Penguat Belakang
Ahli Gusti itu sungguh handal -
Ali sangat pandai -
Awak - hebat betul
Cikgu Bahasa Melayu - garang sungguh
Seperti yang dinyatakan inti frasa adjektif ialah kata adjektif. Bahagian inti terbahagi
kepada dua jenis binaan, iaitu binaan satu perkataan dan binaan dua perkataan.
Contoh 2 Binaan frasa adjektif satu perkataan
Subjek Frasa Adjektif
Satu Perkataan
7/23/2019 kkp sintaksis
20/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
20
5. Suara penyanyi itu
6. Warna bajunya
7. Tuala itu
8. Ibu
Merdu
kemerah-merahan.
hapak.
Kesejukan
FRASA SENDI NAMA
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi
nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.
Sekiranya subjek sesuatu ayat itu frasa nama dan predikatnya frasa sendi, maka
ayat itu mempunyai pola FN + FS. Contohnya :
Subjek
Predikat
Frasa Sendi
1. Grace
2. Bandar itu
3. Saya
4. Cerita itu
dari bandar itu.
di Sarawak.
ke Pulau Pinang.
tentang Gunung Kinabalu.
Antara binaan FS:
Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Contoh: ke sekolah rendah
daripada kayu jati
7/23/2019 kkp sintaksis
21/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
21
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Contoh: ke luar jendela
dari dalam hatinya
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan Negara
Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam
ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah
sebelum frasa nama. Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu. Oleh kerana sifatnya
eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantuKata sendi
namaKata arah Frasa nama
Faizal - dari arah utara Perlis
Rombongan
sekolahakan ke -
Auditorium
Negara
Kedai Pak Abu - di depan Masjid
7/23/2019 kkp sintaksis
22/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
22
3.0 SINTESIS PROSES PENERBITAN AYAT
Petikan Artikel : Memantau dan menegur di Segamat
Oleh Rusdi Abd. Rahman
Berdasarkan pemantauan di Bandar Segamat, kesalahan yang dapat dikesan
seperti yang terkandung dalam format dan item borang PTB antaranya termasuklah
kesalahan bahasa Melayu yang berkaitan dengan aspek penggunaan kata, imbuhan,
penggandaan, kata majmuk, ejaan, tatabahasa, tanda bacaan dan struktur ayat.
Terdapat kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan kata, ejaan dan
struktur ayat. Antara yang dikesan kesilapan ejaan termasuklah perabut (perabot),
asesori(aksesori), kerinting(keriting), lektrik(elektrik), dan kelinik(klinik). Terdapat tiga
jenis premis yang dikesan masih menggunakan ejaan kelinik, manakala kesilapan ejaan
perabutjuga ketara dikesan.
Kesalahan dan penggunaan kata yang kurang sesuai dan salah dikesan
melibatkan struktur ayat, seperti Pusat Perkhidmatan Hawa Dingin (sepatutnya Pusat
Perkhidmatan Udara/ Hawa). Selain hal itu, penggunaan bahasa asing seperti bahasa
inggeris dan bahasa secara tidak terkawal tanpa diterjemahkan ke bahasa Melayu juga
dikesan. Misalnya, papan tanda perniagaan, Kraftangan Jings yang menggunakan
bahasa cina sepenuhnya tanpa terjemahan ke bahasa Melayu. Contoh lain kecelaruan
bahasa diperlihatkan di papan tanda perniagaan Letrik Engineering (sepatutnya
Kejuruteraan Elektrik).
(161 patah perkataan)
Dipetik dari artikel Memantau dan menegur di Segamat
Oleh Rusdi Abd. Rahman, Majalah Dewan Bahasa,
Keluaran Jun 2008,Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
7/23/2019 kkp sintaksis
23/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
23
SINTESIS AYAT BAGI PETIKAN ARTIKEL MEMANTAU DAN MENEGUR DI
SEGAMAT
Ayat 1 : Berdasarkan pemantauan di Bandar Segamat, kesalahan yang dapat dikesan seperti
yang terkandung dalam format dan item borang PTB antaranya termasuklah kesalahan bahasa
Melayu yang berkaitan dengan aspek penggunaan kata, imbuhan, penggandaan, kata majmuk,
ejaan, tatabahasa, tanda bacaan dan struktur ayat.
Ayat (1) merupakan ayat majmuk campuran. Berikut adalah sintesis ayat majmukcampuran tersebut kepada ayat tunggal:
a. Pemantauan dijalankan di Bandar Segamat.
b. Kesalahan dapat dikesan.
c. Kesalahan yang dapat dikesan seperti yang terkandung dalam format borang PTB.
d. Kesalahan yang dapat dikesan seperti yang terkandung dalam item borang PTB.
e. Kesalahan yang dapat dikesan termasuklah kesalahan bahasa melayu.
f. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek penggunaan kata.
g. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek imbuhan.
h. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek penggandaan.
i. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek kata majmuk.
j. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek ejaan.
k. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek tatabahasa.
l. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek tanda bacaan.
m. Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek struktur ayat.
Bagi ayat 1(a), ia merupakan ayat pasif. Ayat susunan aktif atau biasa yang sepatutnya bagiayat 1(a):
Bandar segamat menjalankan pemantauan.
Perluasan ayat berlaku pada ayat 1(c) dan 1(d) menggunakan kata hubung gabungan dan.
7/23/2019 kkp sintaksis
24/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
24
Kesalahan yang dapat dikesan seperti yang terkandung dalam format borang PTB dan
kesalahan yang dapat dikesan seperti yang terkandung dalam item borang PTB.
Ayat 1(c) dan 1(d) turut mengalami proses pengguguran.
1(cd). Kesalahan yang dapat dikesan seperti yang terkandung dalam format dan itemborang PTB.
Frasa yang digugurkan adalah :
kesalahan yang dapat dikesan seperti yang terkandung dalam
borang PTB
Penguguran ayat juga berlaku pada ayat 1(e):
termasuklah kesalahan bahasa melayu.
Frasa yang digugurkan adalah :
kesalahan yang dapat dikesan
Perluasan ayat 1(cd) dan 1(e) telah berlaku dengan menggunakan kata sendi nama
antaranya.
1(cde). Kesalahan yang dapat dikesan seperti yang terkandung dalam format dan item borang
PTB antaranya termasuklah kesalahan bahasa melayu.
Proses pengguguran juga berlaku pada ayat 1(f) hingga ayat 1(m) :
Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek penggunaan kata, imbuhan,
penggandaan, kata majmuk, ejaan, tatabahasa, tanda bacaan, dan struktur ayat.
Frasa yang digugurkan adalah :
Kesalahan bahasa melayu yang berkaitan dengan aspek
Ayat 2 : Terdapat kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan kata, ejaan dan
struktur ayat.
Ayat (2) merupakan ayat majmuk campuran. Berikut adalah sintesis ayat majmuk campuran
7/23/2019 kkp sintaksis
25/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
25
tersebut kepada ayat tunggal :
a. Terdapat kesalahan penggunaan.
b. Terdapat kesalahan penggunaan dikesan.
c. Kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan kata.
d. Kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan ejaan.
e. Kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan struktur ayat.
Proses penyusunana semula berlaku pada ayat 2a. ayat tersebut telah disongsangkan. Susunan
asal sepatutnya:-
2a (i). Penggunaan terdapat kesalahan.
Bagi ayat 2b, telah berlaku proses penyusunan semula juga. Ayat tersebut merupakan ayat
pasif songsang. Susunan asal ayat itu sepatutnya :
2b (i). Penggunaan dikesan terdapat kesalahan.
Frasa penggunaan dikesan adalah subjek ayat, frasa terdapat kesalahan adalah predikat ayat.
Subjek ayat ini telah dikebelakangkan, manakala predikatnya di kedepankan.
Ayat 2a dan 2b telah mengalami proses perluasan menggunakan frasa relatif dengan
menggunakan kata relatif yang. Ia menerbitkan ayat baru,iaitu :Terdapat kesalahan penggunaan yang dikesan.
Berlaku proses perluasan ayat pada ayat 2b, 2c dan 2d menggunakan kata hubung gabungan
dan. Jenis perluasan ini dikenali sebagai perluasan menggunakan kata hubung.
2(bcd). Kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan kata, kesalahan
penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan ejaan dan kesalahan penggunaan yang
dikesan melibatkan penggunaan struktur ayat.
Frasa kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan digugurkan dalam ayat
2(bcd). Ayat baru yang terbina adalah:
2 bcd (i). Kesalahan penggunaan yang dikesan melibatkan penggunaan kata, ejaan
7/23/2019 kkp sintaksis
26/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
26
dan struktur ayat.
Ayat 2a dan 2bcd telah mengalami proses pengguguran untuk menerbitkan ayat baru, iaitu ayat
majmuk
Ayat 3: Antara yang dikesan kesilapan ejaan termasuklahperabut(perabot), asesori(aksesori),
kerinting(keriting), lektrik(elektrik), dan kelinik(klinik).
Ayat (3) merupakan ayat majmuk gabungan. Berikut adalah sintesis ayat majmuk campuran
tersebut kepada ayat tunggal :
a. Yang dikesan kesilapan ejaan.
b. Kesilapan ejaan yang dikesan termasuklah perabut (perabot).
c. Kesilapan ejaan yang dikesan termasuklah asesori (aksesori).
d. Kesilapan ejaan yang dikesan termasuklah kerinting (keriting).
e. Kesilapan ejaan yang dikesan termasuklah lektrik (elektrik).
f. Kesilapan ejaan yang dikesan termasuklah kelinik (klinik).
Ayat 3a telah mengalami proses penyusunan semula. Ayat ini merupakan ayat songsang,
sekiranya dalam susunan biasa, ia sepatutnya,:
Kesilapan ejaan yang dikesan.
Ayat 3b, 3c, 3d, 3e dan 3f mengalami proses perluasanayat menggunakan kata hubung dan.
3bcdef. Kesilapan ejaan yang dikesan termasuklah perabut (perabot), asesori (aksesori),
kerinting (keriting), lektrik (elektrik) dan kelinik (klinik).
Ayat 4 : Terdapat tiga jenis premis yang dikesan masih menggunakan ejaan kelinik, manakala
kesilapan ejaanperabutjuga ketara dikesan.
7/23/2019 kkp sintaksis
27/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
27
Ayat 4 merupakan ayat majmuk campuran. terdapat tiga ayat kecil dalam ayat majmuk di atas,
iaitu:
a. Terdapat tiga jenis premis dikesan.
b. Terdapat tiga jenis premis dikesan masih menggunakan ejaan kelinik.
c. Kesilapan ejaan perabut juga ketara dikesan.
Ayat 4a dipancangkan melalui proses relatif menggunakan perkataan yang ke dalam ayat 4b,
lalu digabungkan dengan kata hubung gabungan manakala pada ayat 4c.
Terdapat tiga jenis premis yang dikesan masih menggunakan ejaan kelinik, manakala
kesilapan ejaanperabutjuga ketara dikesan.
Proses penguguran frasa terdapat tiga jenis premis dikesan telah dilakukan pada ayat yang
ditanda warna.
Proses perluasanayat menggunakan kata relatif yang dan kata hubung gabungan manakala
telah berlaku pada ayat.
Ayat 5 :Kesalahan dan penggunaan kata yang kurang sesuai dan salah dikesan melibatkan
struktur ayat, seperti Pusat Perkhidmatan Hawa Dingin (sepatutnya Pusat Perkhidmatan Udara/
Hawa).
Ayat majmuk campuran di atas terdiri daripada beberapa ayat kecil seperti :
a. Kesalahan kata yang kurang sesuai dikesan melibatkan struktur ayat.
Dalam ayat 5a, terdapat dua klausa.
Kesalahan kata kurang sesuai dikesan. (klausa bawahan)
Kesalahan kata melibatkan struktur ayat. (klausa utama)
b. Kesalahan kata yang salah dikesan melibatkan struktur ayat.
Dibahagikan kepada dua klausa:
Kesalahan kata salah dikesan. (klausa bawahan)
Kesalahan kata melibatkan struktur ayat. (klausa utama)
Ayat 5a dan 5b dipancangkan menggunakan kata hubung pancangan relatif yang. Klausabawahan dipancangkan ke klausa utama.
c. Penggunaan kata yang kurang sesuai dikesan melibatkan struktur ayat.
d. Penggunaan kata yang salah dikesan melibatkan struktur ayat.
7/23/2019 kkp sintaksis
28/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
28
Bagi ayat 5a dan 5b, ia telah melalui proses pengguguran frasa kesalahan kata dan frasa
dikesan melibatkan struktur ayat. Ayat ini turut mengalami proses perluasan menggunakan
kata hubung gabungan dan. Contohnya :
5ab. Kesalahan kata yang kurang sesuai dan salah dikesan melibatkan struktur ayat.
Ayat 5c dan 5d turut mengalami proses pengguguran frasa penggunaan kata dan dikesan
melibatkan struktur ayat. Ayat ini turut mengalami proses perluasan menggunakan kata hubung
gabungan dan. Contohnya :
5cd. Penggunaan kata yang kurang sesuai dan salah dikesan melibatkan struktur kata.
Ayat 5ab dan 5cd mengalami proses perluasan sekali lagi menggunakan kata hubung gabungan
dan, di mana pengulangan frasa kata yang kurang sesuai dan salah dikesan melibatkan
struktur kata digugurkan.
kesalahan dan penggunaan kata yang kurang sesuai dan salah dikesan melibatkan struktur
kata.
Ayat 6 : Selain hal itu, penggunaan bahasa asing seperti bahasa inggeris dan bahasa secara
tidak terkawal tanpa diterjemahkan ke bahasa Melayu juga dikesan.
Ayat di atas merupakan ayat majmuk gabungan. Penggunaan kata hubung gabungan dan
mengabungkan dua ayat utama ini.
a. Penggunaan bahasa asing seperti bahasa inggeris dikesan.
b. Penggunaan bahasa secara tidak terkawal tanpa diterjemahkan ke bahasa melayu juga
dikesan.
Perluasan ayat menggunakan kata hubung :
Penggunaan bahasa asing seperti bahasa inggeris dan bahasa secara tidak terkawal tanpa
diterjemahkan ke bahasa Melayu juga dikesan.
Ayat 7 : Misalnya, papan tanda perniagaan Kraftangan Jings yang menggunakan bahasa cina
sepenuhnya tanpa terjemahan ke bahasa Melayu.
Ayat 7 merupakan ayat relatif. Ayat ini terdiri daripada dua ayat utama, iaitu :
7/23/2019 kkp sintaksis
29/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
29
a. Papan tanda perniagaan Kraftangan Jings menggunakan bahasa cina sepenuhnya.
b. Tanpa terjemahan ke bahasa melayu Papan tanda perniagaan Kraftangan Jings.
Ayat 7b merupakan ayat pasif songsang. Bagi membolehkan proses relativisasi berlaku, ayat
tersebut perlu mengalami penyusunanayat. Hal ini agar frasa subjek papan tanda perniagaan
Kraftangan Jings boleh digugurkan.
papan tanda perniagaan Kraftangan Jings tanpa terjemahan ke bahasa melayu.
Ayat 8 : Contoh lain kecelaruan bahasa diperlihatkan di papan tanda perniagaan Letrik
Engineering(sepatutnya Kejuruteraan Elektrik).
Ayat 8 merupakan susunan ayat pasif songsang. Susunan asal ayat aktif biasa sepatutnya :
Papan tanda perniagaan Lektrik Engineering (sepatutnya Kejuruteraan Elektrik)
memperlihatkan kecelaruan bahasa.
7/23/2019 kkp sintaksis
30/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
30
4.0HASIL PENULISAN SAYA
(GURU), MURID DAN BAHASAMELAYU
7/23/2019 kkp sintaksis
31/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
31
Pada 19 mac 2012 hingga 23 mac 2012, saya telah menjalani Pengalaman1
Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Bandar Baru Serting.2
Pengalaman berasaskan sekolah ini merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah3
saya yang ketiga. Tugasan yang dilaksanakan pada Pengalaman Berasaskan Sekolah4
Fasa Tiga ini banyak meninggalkan impak dalam pembangunan diri saya sebagai5
seorang guru. Bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah fasa tiga, saya dikehendaki6
melaksanakan pengajaran pemulihan bahasa Melayu. Proses pengelolaan sesi7
pemulihan bahasa Melayu ini menekankan enam langkah khusus seperti kenal pasti8
murid yang memerlukan pemulihan, analisis masalah pemulihan murid, membuat9
perancangan aktiviti pemulihan untuk atasi masalah murid, melaksanakan pengajaran10
pemulihan, seterusnya membuat penilaian akan keberkesanan pengajaran pemulihan11
dan akhir sekali membuat tindakan susulan. Sekiranya murid berjaya atasi masalah12
penguasaan pembelajaran, murid akan diberikan aktiviti pengayaan. Jika gagal, murid13
akan diberi aktiviti pemulihan yang lebih rendah arasnya. Aktivitinya lebih mudah.14
Murid-murid yang mengalami masalah pemulihan mempunyai satu karakter yang15
ketara. Mereka mempunyai masalah tingkah laku. Masalah tingkah laku inilah yang16
dipamerkan dalam bilik darjah. Murid-murid ini menunjukkan sikap tidak minat belajar.17
Mereka bersifat egosentrik. Helah bela diri adalah mekanisme utama pelarian mereka18
daripada terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus sabar.19
Kesabaran yang tinggi diperlukan bagi menangani tingkah laku murid-murid pemulihan.20
Kekasaran bukan cara yang terbaik menangani murid-murid ini. Pendekatan psikologi21
yang betul membantu berikan impak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.22
Guru berhenti mengajar seketika apabila murid-murid mula membuat bising sambil23
memandang murid dengan pandangan yang tegas, nescaya murid akan berhenti24
bercakap dengan rakan mereka. Tidak perlu herdikan menyuruh murid senyap kerana25
ia akan mengundang masalah lain. Pembawaan guru di dalam bilik darjah menunjukkan26
sejauh mana tahap krebiliti guru mengelolakan sesi pengajaran dan pembelajaran.27
Tuntasnya, semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah ini,saya berpeluang28
belajar tentang cabang pemulihan bahasa Melayu dalam dunia pendidikan.29
7/23/2019 kkp sintaksis
32/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
32
5.0 SINTSESIS HASIL PENULISANAyat yang ditanda warna dengan warna kuning merupakan ayat tunggal yang
terdapat dalam hasil tulisan saya.
Sintesis bagi ayat-ayat tunggal yang disenaraikan adalah melibatkan tiga aspek,
iaitu dari aspek subjek dan predikat ayat, susunan dan jenis ayat.
BIL. PERENGGAN
(P) & BARIS (B)AYAT TUNGGAL
P1 B3
Aktivitinya lebih mudah.
SUBJEK AYAT :Aktivitinya
PREDIKAT AYAT : lebih mudah
SUSUNAN AYAT: susunan biasa
P2 B15
Mereka mempunyai masalah tingkah laku.
SUBJEK AYAT : Mereka
PREDIKAT AYAT : masalah tingkah laku
SUSUNAN AYAT: susunan biasa
P2 B16
Murid-murid ini menunjukkan sikap tidak minat belajar.
SUBJEK AYAT : Murid-murid ini
PREDIKAT AYAT : menunjukkan sikap tidak minat belajar.
SUSUNAN AYAT: susunan biasa
P2 B16
Mereka bersifat egosentrik.
SUBJEK AYAT : Mereka
PREDIKAT AYAT : bersifat egosentrik.
SUSUNAN AYAT: Susunan biasa.
P2 B18
Guru harus sabar.
SUBJEK AYAT : guru
PREDIKAT AYAT : harus sabar.
SUSUNAN AYAT: susunan biasa
7/23/2019 kkp sintaksis
33/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
33
Ayat yang tidak ditanda warna dengan warna kuning merupakan ayat majmuk
yang terdapat dalam hasil tulisan saya.
Sintesis bagi ayat-ayat majmuk yang disenaraikan adalah melibatkan tiga aspek,
iaitu dari aspek klausa, jenis kata tugas yang digunakan, serta jenis ayat.
BIL. AYAT MAJMUK
1
Pada 19 mac 2012 hingga 23 mac 2012, saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan
Sekolah di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Bandar Baru Serting.
Klausa induk : saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah
Kebangsaan (FELDA) Bandar Baru Serting.
Klausa keterangan waktu : Pada 19 mac 2012 hingga 23 mac 2012
Kata sendi : pada
JENIS AYAT: ayat majmuk pancangan Keterangan Waktu
2
Pengalaman berasaskan sekolah ini merupakan Pengalaman Berasaskan Sekolah saya
yang ketiga.
Klausa induk: Pengalaman berasaskan sekolah ini merupakan Pengalaman Berasaskan
Sekolah saya
Klausa relatif: (pengalaman berasaskan sekolah ) yang ketiga.Kata ganti nama hubung : yang
JENIS AYAT : Ayat majmuk pancangan (klausa relatif predikat)
3
Tugasan yang dilaksanakan pada Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa Tiga ini banyak
meninggalkan impak dalam pembangunan diri saya sebagai seorang guru.
Klausa induk : tugasan yang dilaksanakan
Klausa relatif : Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa Tiga ini banyak meninggalkan
impak dalam pembangunan diri saya sebagai seorang guru.
Kata sendi : pada
JENIS AYAT : ayat majmuk pancangan keterangan waktu
4 Bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah fasa tiga, saya dikehendaki melaksanakan
7/23/2019 kkp sintaksis
34/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
34
pengajaran pemulihan bahasa Melayu.
Klausa induk : saya dikehendaki melaksanakan pengajaran pemulihan bahasa Melayu.
Klausa keterangan tujuan: Pengalaman berasaskan Sekolah fasa tiga
Kata sendi :bagi
JENIS AYAT : Ayat Majmuk pancangan keterangan tujuan
5
Proses pengelolaan sesi pemulihan bahasa Melayu ini menekankan 6 langkah khusus
seperti kenal pasti murid yang memerlukan pemulihan, analisis masalah pemulihan murid,
membuat perancangan aktiviti pemulihan untuk atasi masalah murid, melaksanakan
pengajaran pemulihan, seterusnya membuat penilaian akan keberkesanan pengajaran
pemulihan dan akhir sekali membuat tindakan susulan.
Ayat majmuk gabungan berurutan : kenal pasti murid yang memerlukan pemulihan,
analisis masalah pemulihan murid, membuat perancangan aktiviti pemulihan untuk atasi
masalah murid, melaksanakan pengajaran pemulihan, seterusnya membuat penilaian akan
keberkesanan pengajaran pemulihan dan akhir sekali membuat tindakan susulan
Kata hubung : dan
Ayat majmuk pancangan keterangan cara : proses pengelolaan sesi pemulihan bahasa
Melayu ini menekankan enam langkah khusus seperti
Kata sendi : seperti
JENIS AYAT : Ayat majmuk campuran
6
Sekiranya murid berjaya atasi masalah penguasaan pembelajaran, murid akan diberikan
aktiviti pengayaan.
Klausa induk : murid akan diberikan aktiviti penggayaan.
Klausa keterangan syarat : murid berjaya atasi masalah penguasaan pembelajaran.
Kata sendi : sekiranya
JENIS AYAT : Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Syarat
7/23/2019 kkp sintaksis
35/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
35
7
Jika gagal, murid akan diberi aktiviti pemulihan yang lebih rendah arasnya.
Klausa induk : murid akan diberi aktiviti pemulihan yang lebih rendah arasnya
Klausa keterangan syarat : gagal
Kata sendi :Jika
JENIS AYAT : Ayat majmuk pancangan keterangan syarat.
8
Murid-murid yang mengalami masalah pemulihan mempunyai satu karakter yang ketara.
Klausa induk : Murid-murid mempunyai satu karakter yang ketara
Klausa relatif:(murid-murid) yang mengalami masalah pemulihan
Kata ganti nama hubung : yang
JENIS AYAT : ayat majmuk pancangan relatif
9
Masalah tingkah laku inilah yang dipamerkan dalam bilik darjah.
Klausa induk : Masalah tingkah laku dalam bilik darjah
Klausa relatif: (masalah tingkah laku) yang dipamerkan
Kata ganti nama hubung: yang
JENIS AYAT : ayat majmuk pancangan relatif
10
Helah bela diri adalah mekanisme utama pelarian mereka daripada terlibat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Klausa induk : Helah bela diri adalah mekanisme utama pelarian mereka
Klausa relatif 1 : (Helah bela diri adalah mekanisme utama pelarian mereka ) dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Klausa relatif 2 : (Helah bela diri adalah mekanisme utama pelarian mereka ) daripada
terlibat
Kata sendi : dalam , daripada
JENIS AYAT : ayat majmuk campuran
11
Kesabaran yang tinggi diperlukan bagi menangani tingkah laku murid-murid pemulihan.Terdapat dua ayat iaitu ayat majmuk pancangan relatif dan ayat majmuk pancangan
keterangan tujuan. Sintesis bagi ayat adalah seperti yang berikut:
a. Kesabaran yang tinggi diperlukan
Klausa bebas : kesabaran diperlukan
7/23/2019 kkp sintaksis
36/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
36
Klausa pancangan relatif: (kesabaran) yang tinggi
Kata ganti nama hubung : yang
b. Kesabaran yang tinggi diperlukan bagi menangani tingkah laku murid-murid
pemulihan.
Klausa bebas 1 : kesabaran yang tinggi diperlukan
Klausa bebas 2 : tingkah laku murid-murid
Klausa pancangan keterangantujuan : bagi menangani
Kata sendi : bagi
JENIS AYAT : Ayat Majmuk Campuran
12
Kekasaran bukan cara yang terbaik menangani murid-murid ini.
Klausa induk : kekasaran bukan cara menangani murid-murid ini
Klausa relatif: (kekasaran bukan cara) yang terbaik
Kata ganti nama hubung : yang
JENIS AYAT : Ayat majmuk pancangan relatif
13
Pendekatan psikologi yang betul membantu berikan impak sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.
Klausa induk : pendekatan psikologi membantu berikan impak semasa proses pengajaran
dan pembelajaran
Klausa relatif: (pendekatan psikologi) yang betul
Kata ganti nama hubung : yang
Klausa induk : pendekatan psikologi yang betul membantu berikan impak
Klausa keterangan waktu : proses pengajaran dan pembelajaran
Kata sendi : semasa
JENIS AYAT : Ayat Majmuk Campuran
14Guru berhenti mengajar seketika apabila murid-murid mula membuat bising sambil
memandang murid dengan pandangan yang tegas, nescaya murid akan berhenti bercakap
7/23/2019 kkp sintaksis
37/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
37
dengan rakan mereka.
Ayat majmuk campuran ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk
pancangan keterangan akibat.
Ayat majmuk gabungan: Guru berhenti mengajar seketika apabila murid-murid mula
membuat bising sambil memandang murid dengan pandangan yang tegas
Kata hubung : sambil
Ayat majmuk pancangan keterangan akibat : nescaya murid akan berhenti bercakap
dengan rakan mereka.
Kata hubung : nescaya
JENIS AYAT : Ayat majmuk campuran
15
Tidak perlu herdikan menyuruh murid senyap kerana ia akan mengundang masalah lain.
Klausa induk : tidak perlu herdikan menyuruh murid senyap
Klausa keterangan musabab : ia akan mengundang masalah lain.
JENIS AYAT : Ayat majmuk keterangan musabab
16Pembawaan guru di dalam bilik darjah menunjukkan sejauh mana tahap krebiliti guru
mengelolakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Klausa 1 : Pembawaan guru di dalam bilik darjah menunjukkan sejauh mana tahap krebiliti
guru mengelolakan sesi pengajaran
Klausa 2 : Pembawaan guru di dalam bilik darjah menunjukkan sejauh mana tahap krebiliti
guru mengelolakan sesi pembelajaran
Kata hubung : dan
JENIS AYAT : Ayat Majmuk Gabungan
17
Tuntasnya, semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah ini,saya berpeluang belajar tentang
cabang pemulihan bahasa Melayu dalam dunia pendidikan.
Klausa Induk: saya berpeluang belajar tentang cabang pemulihan bahasa melayu dalam
dunia pendidikan
7/23/2019 kkp sintaksis
38/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
38
Klausa keterangan waktu : semasa pengalaman berasaskan sekolah ini
JENIS AYAT : Ayat majmuk pancangan relatif keterangan waktu
6.0 RUMUSANBidang sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan ayat. Unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa
dan frasa. Dalam bidang sintaksis, cara membentuk sesebuah ayat dengan sempurna
mudah diingat jika diteliti perbezaan pola-polanya secara berperingkat-peringkat.
Pemeringkatan pola-pola ayat itu terdiri daripada ayat dasar. Ayat dasar terbahagi
kepada empat pola iaitu, FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FS. Seterusnya,
pemeringkatan ayat tersebut akan beralih kepasa pola-pola ayat transformasi satu
dasar seperti ayat nafi, ayat tanya, ayat sonsang, ayat pasif, ayat perintah, ayat seruan
dan lain-lain lagi. Setelah itu, pemeringkatan meningkat kepada pola ayat dua dasar
dan beberapa banyak dasar dalam bentuk ayat majmuk gabungan, ayat majmuk
pancangan dan ayat majmuk campuran.
Tuntasnya, sebagai seorang guru bahasa Melayu adalah penting untuk
menguasai bidang sintaksis. Ilmu ini yang akan dipraktikkan sewaktu mengajar
tatabahasa di sekolah rendah nanti. Tambahan pula, terdapat aspek tatabahasa dalam
standard pembelajaran bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu yang
harus guru ajarkan kepada murid setiap minggu.
7/23/2019 kkp sintaksis
39/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
39
7.0 REFLEKSI KENDIRI________________________________________________________
NAMA : AUTDREY ANAK KANCHIN
NO KAD PENGENALAN : 900221137232
OPSYEN : PISMP BM 1111 AMBILAN JANUARI 2011
Syukur kepada hadrat Ilahi, atas segala kasih karunianya akhirnya Kerja Kursus
Projek BMM 3110 ini dapat saya laksanakan dengan jayanya.
Buat pensyarah pembimbing BMM 3110- Encik Muhaimi bin Suhaili,
Banyak duri perkara duri
Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang kursus
Sintaksis Bahasa Melayu.
Kepada rakan seperjuangan PISMP 1111, atas segala perkongsian idea dan
kolaborasi anda:
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh dihujung taman
7/23/2019 kkp sintaksis
40/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
40
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Istilah kerja kursus begitu sinonim sekali dengan kehidupan seseorang pelajar.
Pelbagai keluh kesah yang didengari sepanjang tempoh perlaksanaan kerja kursus.
Namun, bagi saya semua itu adalah perkara normal dan perkara wajar yang harus
dilalui oleh seseorang pelajar. Apa gunanya belajar kalau tiada kesusahan, apa
gunanya nak berjaya kalau tak nak berkorban,dan apa maknanya jika kita nak
berjaya,andai pemikiran negatif selalu sangat bersarang di minda? Dalam setiap agama
sendiri ada menekankan bahawa kesenangan itu muncul setelah kesusahan.
Pengurusan masa yang betul adalah penyelesaian yang paling dominan dan signifikan
bagi menyiapkan tugasan-tugasan dengan awal agar tiada tekanan negatif dansebarang kesulitan misalnya lewat menghantar kerja kursus.
Sepanjang tempoh perlaksanaan KKP BMM 3110 ini banyak manfaat yang saya
perolehi. Perlaksanaan KKP BMM 3110 ini membantu saya memperkukuhkan
kefahaman saya akan bidang sintaksis. Semasa di bangku sekolah dahulu, bidang
sintaksis telah diajar dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Namun, jujur saya akui
tidak banyak yang dapat saya ingati sebelum melaksanakan tugasan ini. Setelah
melaksanakan tugasan ini, saya dapati terdapat beberapa tajuk seperti binaan frasa,
jenis-jenis ayat, ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan proses
penerbitan ayat yang dapat saya fahami dengan lebih jelas. Tugasan ini juga secara
tidak langsung membantu saya mengulangkaji sub-subtajuk dalam kursus Sintaksis
Bahasa Melayu .
Sebagai seorang bakal guru, pengetahuan akan bidang-bidang di bawah tatabahasa
dapat saya aplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Misalnya, dalam aplikasikan pengetahuan perihal ayat, saya dapat membantu murid-
murid membezakan jenis ayat majmuk dengan ayat tunggal malahan saya dapat
melaksanakan aktiviti mengajar kata majmuk apabila mengajar tentang ayat majmuk
dan ayat tunggal. Aktiviti ini diibaratkan serampang dua mata kerana saya boleh
mengajar tentang kata majmuk, ayat tunggal dan ayat majmuk sekali.
7/23/2019 kkp sintaksis
41/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
41
Secara tuntasnya, perlaksanaan KKP BMM 3110 ini telah mengajar saya akan
pembahagian masa yang betul untuk menjamin KKP disiapkan sebelum tarikh
penghantaran, membantu saya mengulangkaji pelajaran dan mengukuhkan kefahaman
pedagogi tatabahasa saya untuk diaplikasikan dalam P&P kelak. Harapan saya
perlaksanaan KKP ini akan diteruskan bagi menilai kefahaman guru-guru pelatih akan
kursus yang diambil mereka.
Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI
7/23/2019 kkp sintaksis
42/42
BMM 3110 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
BUKU
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood.
(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Dr. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Dr. Seman Salleh dan Munsyi Zainal
Abidin kasim. (2008). Pembelajaran Morfsintaksis Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.
Abdullah Hassan. (2003). Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi danSintaksis. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Asraf. (2012). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi
Sdn. Bhd.
Abdul Talib Mohd. Hassan. (1995). Saga. Kuala Lumpur: Utusan Publication
and Distributors Sdn. Bhd.
LAMAN SESAWANG
http://www.tutor.com.my/tutor
http://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202 minggu o5.ppt.
http://www.tutor.com.my/tutorhttp://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202%20minggu%20o5.ppthttp://www.ideal.upmedu.my/~ideal/tugasan/bacelor/BBM3202%20minggu%20o5.ppthttp://www.tutor.com.my/tutorRecommended