View
225
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
8/11/2019 kontrak_sosial
1/8
Bincangkan Perlembagaan Persekutuan dalam konteks kontrak sosial dan hak-hak
keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Pendahuluan
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dan menjadi asas kepada
pembentukan pelbagai undang-undang lain di Malaysia. Perlembagaan terbentuk
berdasarkan manifestasi kesedaran penduduk pelbagai kaum di Malaysia yang
sama-sama mengikat jalinan kerjasama dan permuafakatan untuk membentuk
Malaysia yang merdeka. Peruntukan beberapa perkara dalam perlembagaan
menguntungkan penduduk asal Negara ini tetapi dalam masa yang sama wujud
perkara-perkara yang diperuntukan dalam perlembagaan untuk mengimbangi hak
kaum bumiputera yang lain. Secara umumnya perlembagaan adalah asas kepada
pembentukan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
yang harus sentiasa dipertahankan dan dipelihara.
Kontrak Sosial
Istilah kontrak sosial dalam konteks perlembagaan persekutuan merujuk kepada
permuafakatan sebelum merdeka antara para pemimpin Parti Perikatan iaitu UMNO,
MCA dan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu iaitu, orang
Melayu, Cina dan India dalam rundingan kemerdekaan dan proses untuk menggubal
perlembagaan.
Ia wujud ekoran daripada bantahan yang kuat di kalangan pemimpin kaum Melayu
terhadap Perlembagaan Malayan Union yang cuba menggugat hak keistimewaan
orang Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu pada tahun 1946.
Peruntukan yang terkandung di dalam Kontrak Sosial menjamin ketuanan Melayu
dalam proses politik Negara tidak diabaikan. Tidak dinafikan juga hak kedudukan
bukan Melayu seperti Cina dan India dalam Negara yang bakal merdeka daripada
Inggeris dipelihara.
8/11/2019 kontrak_sosial
2/8
Kontrak sosial ini juga sebenarnya ialah satu proses tawar menawar antara Melayu
dan bukan Melayu di mana-mana kedua pihak saling mendapat keuntungan dan
keistimewaan tersendiri.
Lanjutan daripada isu ini ia menjadi asas kepada penubuhan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan agama Islam menjadi agama rasmi bagi bagi
Negara Malaysia di mana Sultan menjadi Ketua di dalam majlis agama bagi setiap
negeri. Bagi negeri yang tidak mempunyai sultan, Yang Di Pertuan Agong
merupakan kuasa paling tinggi di dalam adat istiadat dan undang-undang Islam di
negeri tersebut.
Kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu juga telah diangkat semula dan tiada
mana-mana pihak boleh mempersoalkannya. Keistimewaan orang Melayu terus
dipelihara bagi mengutuhkan dominasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
Bahasa Melayu pula dijadikan bahasa kebangsaan di mana dalam pentadbiran dan
urusan kerajaan menggunakan bahasa Melayu. Bagi kaum bukan Melayu, hak
kewarganegaraan diberikan kepada mereka berdasarkan prinsip Jus Soli.
Semua kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang
sangat penting demi mewujudkan sebuah Negara yang berdaulat dan stabil.
Perlembagaan Malaya telah diistiharkan pada 31 Ogos 1957 setelah semuanya
mencapai kata sepakat. Ianya diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak
bergabung membentuk Malaysia pada tanggal 16 September 1963.
Orang Melayu mendapat keistimewaan di manai agama Islam dijadikan sebagai
agama rasmi Negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedudukan
istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan.
Antara isu hubungan etnik dalam perlembagaan adalah seperti berikut:-
i) Perkara 13Islam adalah agama Persekutuan
- mempunyai fasal imbangan berkaitan dengan kebebasan beragama
ii) Perkara 8Kesamarataan & Hak Sama Rata
8/11/2019 kontrak_sosial
3/8
- pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa
orang Melayu dan seumpamanya.
iii) Perkara 10(4)batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh
kedudukan Raja-raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan &
seumpamanya.
iv) Perkara 11Kebebasan beragama; kebebasan mengamalkan ajaran
agama lain dalam mana-mana bahagian Persekutuan serta beberapa
peruntukan pencegahan yang berkaitan.
v) Perkara 14Peruntukan mengenai kewarganegaraan yang boleh
diperoleh melalui beberapa cara serta peruntukan berkaitan perlucutan
kewarganegaraan.
vi) Perkara 38Kuasa Majlis Raja-raja menghalang parlimen membuat
undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-raja Melayu, orang
Melayu, Islam dan bahasa Melayu
vii) Perkara 89Peruntukan berkaitan Tanah Rezab Melayu
- Melindungi tanah rezab orang Melayu daripada diambil alih atau dijual
kepada bukan Melayu
viii) Perkara 121(1)(a)Kedudukan Mahkamah Syariah
- Mahkamah bidang kuasa sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam
bidang kuasa Mahkamah Syariah
ix) Perkara 150(6)(a)Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan
bumiputera Sabah Sarawak, kewarganegaraan; meskipun dalam keadaan
darurat.
x) Perkara 152keduduan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- Tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
8/11/2019 kontrak_sosial
4/8
xi) Perkara 153kedudukan istimewa orang-orang Melayu
- Tanpa menafikan kedudukan yang sah bagi kaum lain.
Rasional Perkara 89
Tanah rezab Melayu ialah tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang
Melayu atau bumiputera bagi Negeri di mana tanah itu terletak.
Tindakan ini menyekat tanah kerajaan dalam kawasan Rizab Melayu dilupuskan
dengan apa cara sekalipun kepada orang bukan Melayu.
Ia juga menyekat Tanah Rizab Melayu daripada dibuat urusniaga persendirian
(private dealings) di antara Melayu dengan bukan Melayu.
Tanah yang boleh diisyiharkant sebagai Rizab Melayu ialah:-
a) Tanah Kerajaan (di Wilayah Persekutuan sebagai Tanah Persekutuan)
b) Tanah Hutan Simpan
c) Tanah Rizab Awam
d) Tanah Milik Persendirian
Rasional Perkara 3
Walaupun Islam adalah agama persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin
dalam perlembagaan. Islam diterima sebagai agama negeri-negeri Melayu sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan Inggeris.
Penggunaan undang-undang telah diiktiraf di negeri-negeri Melayu sebelum
penjajahan Inggeris. Semasa penjajahan Inggeris, kedudukan agama Islam
langsung tidak diganggu dan Inggeris menyerahkan urusan agama Islam kepada
Raja-raja Melayu.
Sesuai dengan takrif Melayu; Perkara 160 mendefinasikan Melayu sebagai seorang
yang beragama Islam, lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan
adat istiadat Melayu.
8/11/2019 kontrak_sosial
5/8
Perkara 11
Prinsip Kebebasan Beragama
Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
persekutuan. Setiap orang berhak untuk menganut dan mengamalkan agama
masing-masing tanpa sekatan tertakluk kepada Perkara 11(4).
Peruntukan Perlembagaan berkaitan kebebasan agama
a) Perkara 11(4)undang-undang negeri dan wilayah boleh menyekat atau
mengawal pengembangan agama-agama lain kepada penganut Islam.
b) Perkara 12(3)Larangan memaksa penganut menerima ajaran dan upacara
sembahyang bukan agamanya.
c) Perkara 12(4)Penetapan agama bagi individu yang berumur bawah 18
tahun
d) Perkara 11(3)Menyatakan tiap-tiap kumpulan agama berhak:-
i) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
ii) Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau
khairat
iii) Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-undang yang sah
Rasional Perkara 152
Oleh kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, perlunya bahasa kebangsaan
bagi menyatukan rakyat yang berbilang kaum di Negara ini.
Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana bahasa Melayu
telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya. Selain daripada itu
bahasa Melayu lebih mudah dipelajari dan bersifat lebih tekal dari segi istilah dan
sebutan. Bahasa Melayu juga telah digunakan secara meluas sebelum Perang dunia
bagi tujuan rasmi di pejabat-pejabat kerajaan.
8/11/2019 kontrak_sosial
6/8
Perkara 153
Lebih menceritakan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera
Sabah Sarawak.
Yang Dipertuan Agong diberi kuasa untuk melaksanakan dasar bagi melindungi
keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengikut fasa ini
orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak diberi keistimewaan dari segi
jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan
kemudahan khas yang lain.
Walaubagaimanapun tanggungjawab ini dilaksanakan dengan berhati-hati untuk
memastikan tiada sesiapa merasakan kehilangan hak yang dinikmati mereka selamaini akibatdari perlaksanaan dasar tersebut. Perkara ini juga melindungi kaum-kaum
lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi
hak-hak mereka yang sah melalui peruntukan lain.
Rasional Perkara 153
Boleh dilihat dari dua sudut iaitu ekonomi dan pendidikan. Jika dilihat dari sudut
ekonomi, orang Melayu jauh ketinggalan dimana tahap kemiskinannya berada pada
kadar 64.8% (1970) yang menunjukkan jurang pendapatan yang agak melebar
antara etnik. Negeri majoriti Melayu miskin paling ketara khususnya negeri di pantai
timur. Agak malang sekali pemilikan kekayaan Negara bagi orang Melayu hanya
pada kadar 2.4% pada tahun 1970. Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan
yang tidak sama rata merupakan faktor terkuat mempengaruhi peristiwa berdarah
13 Mei. Orang Melayu kurang pengalaman dan pengetahuan dalam bidang
perniagaan dan perlu dibantu dan dibimbing oleh kerajaan.
Jika dilihat di sudut pendidikan pula, bilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam
bidang sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan Melayu.
Peratusan golongan profesional di kalangan bumiputera hanya pada kadar 4.9%
berbanding bukan bumiputera 84.3% berdasarkan kajian pada tahun 1970.
Di samping itu, faktor pengekalan sekolah jenis kebangsaan yang seolah-olahbercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12
8/11/2019 kontrak_sosial
7/8
iaitu tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan
budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-
ansur.
Perkara 160
Dalam Perlembagaan Malaysia, Melayu itu ditakrifkan sebagai:-
a) Lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu
b) Menganut agama Islam
c) Mengamalkan adat istiadat Melayu
Manakala takrifan bumiputera:-
a) Sarawakterdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh,
Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang,
Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit
atau berketurunan campuran dari kaum tersebut.
b) Sabahanak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia
telah dilahirkan di Sabah.
8/11/2019 kontrak_sosial
8/8
Rumusan
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia
Bermula dengan kesedaran penduduk untuk memperjuangkan kemerdekaan
sehingga wujudnya kerjasama antara kaum atau pakatan murni yang akhirnya
berjaya dilaksanakan bersesuaian dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
1957 dan Malaysia 1963.Perlembagaan merupakan kontrak sosial hasil daripada
perjanjian antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sebelum merdeka.
Ciri-ciri perlembagaan Malaysia harus difahami dan dijadikan sebagai asas kepada
perpaduan antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.Stuktur perlembagaan
Malaysia yang meliputi 183 perkara, 15 bahagian dan 13 jadual menyentuh seluruhaspek perhubungan masyarakat sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Memahami perlembagaan bermakna kita memahami dan menghormati
kepelbagaian yang wujud di kalangan kita sebagai rakyat Malaysia.
Peranan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi Negara harus terus
dipelihara demi memastikan keadaan harmoni yang wujud pada hari ini akan
dikekalkan disamping mengharapkan situasi yang lebih baik pada masa hadapan.
Recommended