View
221
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
Maklumat untuk anggota kesihatan bagi
mendidik masyarakat mengenai
Pandemik Influenza
PRAKATA
Dalam konteks kehidupan globalisasi hari ini, tiada negara atau individu yang terlindung
daripada ancaman wabak penyakit berbahaya seperti Pandemik Influenza. Malaysia
juga seperti negara-negara lain terdedah kepada ancaman penyakit ini.
okisir naanekreb narama nakraulegnem halet ainudeS natahiseK nahubutreP
berlakunya Pandemik Influenza dalam beberapa tahun akan datang. Kejadian penyakit
Avian Influenza sejak beberapa tahun yang lalu adalah petanda dan juga peringatan
bahawa malapetaka boleh melanda pada bila - bila masa. Ini boleh menyebabkan
kehilangan nyawa dan kemusnahan harta-benda yang dahsyat.
Menyedari ancaman ini, kita perlu mensiapsiagakan rakyat dari segi pengetahuan dan
kemahiran supaya mereka dapat mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi
melindungi diri mereka dan orang yang mereka sayangi.
takaraysam kididnem igab natahisek atoggna kutnu nakujur iagabes naktibretid ini ukuB
ke arah ini. Ia merupakan sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan Kementerian
.azneuflnI kimednaP namacna ipadahgnem malad nasuretreb gnay natahiseK
Buku ini merangkumi teks bergambar yang mudah difahami. Ia menggariskan
langkah-langkah asas pencegahan jangkitan penyakit yang boleh diambil oleh orang
awam. Pengetahuan dan kemahiran pencegahan jangkitan penyakit yang terdapat
dalam buku ini tidak sukar untuk diamalkan. Anggota kesihatan perlulah komited
untuk memanfaatkan maklumat dalam buku ini dengan sebaik mungkin untuk
mendidik masyarakat sekeliling.
Masyarakat yang mempunyai maklumat yang lengkap dan betul mengenai Pandemik
Influenza akan bertindak dengan lebih bijak dalam menangani ancaman penyakit dan
secara tidak langsung membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan Pandemik
Influenza.
PengarahBahagian Pendidikan KesihatanKementerian Kesihatan Malaysia
1
2
3
5
6
7
8
9
10
11
12
* Sila rujuk Lampiran 1
13
14
15
16
17
18
Lampiran 1
PANDUAN MENGGUNAKAN PENUTUP MULUT DAN HIDUNG (MASK)
SEMASA PANDEMIK INFLUENZA (PI)
1. Pengenalan
Terdapat 3 jenis mask yang digunakan semasa wabak PI.
A. Jenis 1: N100 Respirator (Penutup mulut dan hidung N100)
Ciri-ciri khas :
Mask ini mampu memberi perlindungan daripada kontaminasi pada tahap
99.7%. Mask ini digunakan untuk memberi perlindungan yang tinggi kepada
mereka yang berisiko tinggi mendapat jangkitan daripada bahan - bahan
yang tercemar
Kegunaan :
• Semua pekerja yang bertugas di Makmal Kajikuman Tahap 3
• Mereka yang berisiko tinggi terdedah kepada inokulasi virus,
contohnya semasa menjalankan kajian ke atas virus. Perlindungan
tambahan seperti sarung tangan, (goggles atau visors) dan gaun
pelindung adalah diwajibkan
B. Jenis 2 : N95 Respirator (Penutup mulut dan hidung N95)
Ciri-ciri khas :
Mask ini mampu memberi perlindungan daripada kontaminasi pada tahap
95%. Mask ini digunakan untuk memberi perlindungan kepada mereka
yang berisiko tinggi mendapat jangkitan daripada pesakit PI
Kegunaan :
• Anggota kesihatan dan perubatan yang menjalankan prosedur -
prosedur tertentu yang mungkin mendedahkan mereka kepada
percikan atau tumpahan cecair mulut dan hidung pesakit
Influenza. Selain memakai mask, pelindung muka (goggles atau visors)
perlu digunakan
19
C. Jenis 3 : Surgical facemask (Penutup mulut dan hidung pembedahan)
Kebaikan surgical facemask (3 Ply):
• Ia membantu mengurangkan sebaran titisan cecair mulut dan
hidung pesakit yang telah mendapat jangkitan Influenza dan boleh
memberi perlindungan kepada mereka yang terdedah kepada sesiapa
yang mempunyai tanda dan gejala penyakit sistem pernafasan
Kegunaan :
1. Semua anggota kesihatan dan kakitangan hospital yang berisiko
tinggi untuk berhubung dengan pesakit yang disyaki atau
berkemungkinan mengidap Influenza. Ini termasuklah doktor,
jururawat, anggota kesihatan yang lain termasuk pekerja - pekerja
di unit triage (saringan) sehinggalah ke wad isolasi
2. Anggota kesihatan yang memindahkan pesakit yang disyaki ke hospital
yang telah ditetapkan ataupun menghantar pesakit yang disyaki pulang
ke rumah
3. Ibu bapa yang menemani anak-anak mereka yang telah dimasukkan
ke wad kerana PI
4. Semua anggota yang terlibat dalam triage pesakit atau
pengembara/pelancong di pintu-pintu masuk utama
5. Semua anggota kesihatan yang bekerja di pintu masuk dan tidak
terlibat secara langsung dalam triage
6. Mereka yang mempunyai tanda dan gejala penyakit sistem
pernafasan
7. Pesakit yang disyaki atau berkemungkinan mendapat jangkitan
PI yang dipindahkan daripada triage ke wad isolasi
20
2. Panduan menggunakan penutup mulut dan hidung N95 atau N100
2.1 Basuh tangan sebelum memakai mask dan selepas menanggalkannya
2.2 Pastikan mask dipakai dengan betul. Untuk memastikan pemakaian
yang betul, tutup hadapan mask dengan kedua - dua belah tapak
tangan, berhati- hati dan tanpa mengubah kedudukan mask , sedut
nafas sekuatnya. Tekanan negatif boleh dirasakan dalam mask (tiada
udara dari luar dirasakan masuk ke dalam mask)
2.3 Mask perlu menutup hidung, mulut dan juga dagu. Pastikan tali
pengikat telah diikat dengan ketat
2.4 Kepingan logam pada mask perlu dibentukkan mengikut bentuk
hidung bagi mengelakkan udara masuk
2.5 Tukar mask sebaik sahaja ia basah atau tercemar dengan tumpahan
atau percikan cecair tubuh pesakit atau sekiranya ia rosak
2.6 Buang mask ke dalam tong sampah klinikal (tong sampah kuning)
yang disediakan setiap kali selesai menggunakannya
2.7 Jangan membawa mask balik ke rumah
2.8 Jangan kongsi mask dengan orang lain
2.9 Setiap mask hanya boleh digunakan untuk satu shift sahaja. (TIDAK
LEBIH dari 8 jam)
21
3. Panduan menggunakan surgical mask (3 Ply)
3.1 Sekiranya anda mengalami tanda dan gejala selesema (flu-like
symptoms) anda dinasihatkan berada di rumah. Jika perlu keluar ,
pastikan anda memakai surgical mask
3.2 Elakkan kawasan sesak. Pakai surgical mask jika anda berada
di kawasan sedemikian
3.3 Basuh tangan sebelum memakai surgical mask dan selepas
mengunakannya
3.4 Apabila memakai surgical mask, perkara-perkara berikut perlu
dipatuhi:
3.4.1 Bahagian yang berwarna sepatutnya berada di sebelah luar
3.4.2 Ikat tali mask agar mask berada di kedudukan yang betul
3.4.3 Mask mestilah menutup hidung, mulut dan dagu dengan kemas
3.4.4 Kepingan logam pada mask perlu dibentukkan mengikut bentuk
hidung bagi mengelakkan udara masuk
3.4.5 Mask tidak boleh digunakan melebihi satu hari tetapi sekiranya
basah, rosak atau tercemar oleh lelehan atau cecair badan pada
bila-bila masa, tukar mask segera
3.4.6 Buang mask yang telah digunakan ke dalam beg plastik yang perlu
diikat dengan ketat sebelum di buang ke dalam tong sampah
22
4. Nasihat umum kepada orang awam
Orang awam dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan berikut bagi
mengelakkan jangkitan salur pernafasan :
4.1 Mengamalkan kebersihan diri sepanjang masa
4.2 Basuh tangan dengan cecair sabun terutama selepas bersin, batuk, atau
membersihkan hidung , selepas menggunakan tandas atau sebelum
makan dan menyediakan makanan
4.3 Tingkatkan daya ketahanan badan dengan mengamalkan cara hidup yang
sihat seperti makan secara sihat, rehat secukupnya, selalu bersenam dan
tidak merokok
4.4 Tutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin
4.5 Elakkan meludah di tempat awam
4.6 Elakkan berada di tempat yang sesak dan tidak mempunyai sistem
pengudaraan yang baik. Sekiranya berada di tempat sedemikian seperti
di kompleks membeli belah, atau panggung wayang, pakai surgical mask
sekiranya seseorang berdekatan mula batuk atau bersin
4.7 Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai tanda-tanda demam
atau gejala penyakit sistem pernafasan dalam tempoh 10 hari selepas
pulang dari negara yang mengalami wabak penyakit ini, ahli keluarga
yang lain perlu memakai surgical mask sebagai langkah pencegahan
4.8 Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami demam atau
sebarang gejala penyakit sistem pernafasan
Recommended