View
270
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
1/76
Menjawab Putar Belit Syiah
1
Menjawab
Putar Belit Syiah
Abdullah bin Din
019-8813100
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
2/76
Menjawab Putar Belit Syiah
2
Menjawab Putar Belit Syiah
Disusun oleh
Abdullah bin Din
Persatuan Ulama Kedah (PUK)
Cetakan Pertama
Mei 2012
Font : Cambria (Headings)
Saiz: 12
Penerbit
Persatuan Ulama Kedah (PUK)
No ISBN:
Hak Cipta TerpeliharaDibenarkan menggunakan isi kandungan buku ini untuk tujuan kemaslahatan Islam dan bukan untuk
tujuan komersil atau mendapat keuntungan.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
3/76
Menjawab Putar Belit Syiah
3
Isi Kandungan
Mukadimah
Bab 1 Siapa Syiah?Sunnah Dan Syiah
Jarh Wat Tadil Di Sisi Syiah
Bab 2 Menjawab Putar Belit Syiah
Hadis Tsaqalain
Hadis Ghadir Khum
Hadis ( ) Tidak Sahih Bagaimana AhliSunnah Berpegang Kepada Sunnah Dan Enggan
Berpegang Kepada Itrah?
Hadis 12 Orang Khalifah
Hadis Haud
Benarkah Umar RA Menuduh Nabi SAW Nyanyuk?
Benarkah Umar Menghalang Nabi Menulis Wasiat Ali
Sebagai Khalifah Selepasnya?
Hadis Nabi Menyamakan Saidina Ali Dengan Nabi
Harun as
Ayat TATHIR ( ) , Hadis Kisa Dan Ahlul Bait
Ayat Wilayah
Benarkah Hadis Ali Sebaik-baik Makhluk?
Penutup
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
4/76
Menjawab Putar Belit Syiah
4
Mukadimah
Sabda Rasulullah SAW:
{ }
Maksudnya : Daripada Abd Rahman bin Amru dan Hajar bin Hajar , mereka berkata,
kami menemui Irbadh bin Sariah yang merupakan orang yang diturunkan ayat,
m
l:
Kami memberi salam dan kami berkata, Kami datang untuk menziarahi tuan dan untuk
mengambil ilmu dari tuan. Lalu Irbadh bercerita: Pada suatu hari Rasulullah SAW solat
dengan kami dan setelah selesai solat baginda menghadap kepada kami lantas
menyampaikan tazkirah kepada kami dengan sepenuh hati sehingga kami menangis dan
jiwa kami rasa takut. Seorang daripada kami berkata, Seolah-olah tazkirah tuan ini
adalah tazkirah yang terakhir, apa yang tuan ingin berpesan kepada kami?. Lalu
baginda bersabda, Aku berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah swt ,
hendaklah kamu dengar dan taat sekalipun kepada hamba habsyi, sesungguhnya sesiapa
yang akan hidup lagi selepasku dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka
hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafak Ar Rasyidin,
berpeganglah dengannya dan gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah dari
perkara-perkara baharu, sesungguhnya setiap yang baharu itu adalah bidah dan setiap
bidah itu sesat
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
5/76
Menjawab Putar Belit Syiah
5
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Benarlah sabdaan Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu
Daud dan Tirmizi di atas. Barangkali kita, umat Islam yang hidup pada hari inilah yang
telah melihat dan akan terus melihat perbezaan, perselisihan yang sangat banyakberlaku di persada kehidupan umat Islam dari sehari ke sehari.
Syiah, satu ajaran yang dimulakan oleh Yahudi, semakin berkembang di sana sini di
bumi tercinta ini. Modus operandi yang diguna pakai oleh Abdullah bin Saba tidak ubah
atau saling tidak tumpah seperti modus operandi yang diguna pakai oleh Paulus yang
menyesatkan sejumlah umat Nabi Isa as.
Salah satu metod yang digunakan oleh syiah untuk memerangkap umat Islam di negara
kita ialah dengan menggunakan kitab kita, kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak sunni,
sedangkan mereka mempunyai rujukan-rujukan tersendiri. Oleh sebab kedangkalanilmu-ilmu asas Islam ramai juga umat Islam terjebak dengan perangkap syiah ini.
Golongan pelajar, mahasiswa dan mahasiswi yang melanjutkan pelajaran di universiti-
universiti , kolej-kolej kerajaan dan swasta dipengaruhi oleh rakan-rakan dan juga
pensyarah-pensyarah syiah. Seorang rakan yang pernah belajar di Universiti Malaya
bercerita Pensyarah kami cabar kami, kalau kamu boleh buktikan hadis Kitaballah wa
Sunnati tu sahih dan hadis Kitaballah Wa Itrati tu daif baru saya percaya mazhab Ahli
sunnah tu betul. Tapi kalau sebaliknya berlaku you all kena masuk syiah. Dulu saya
macam you all juga , tapi bila saya buat MA di Iran kemudian sambung PHD lagi, saya
akhirnya sedar dan insaf bahawa saya tidak ada pilihan selain syiah.
Saya rasa kalau tidak semua terpengaruh, sebahagian daripada mahasiswa akan
terperangkap dan akhirnya menjadi syiah atau paling kurang pun akan jadi Syiah Jadian
dengan erti kata lain memberi simpati yang tinggi kepada syiah.
Ramai juga kalangan ilmuan Islam yang saya temui berkata, Susah juga kita nak hadapi
syiah ni, hujah mereka kuat, kalau takat macam kita ni tentu tak boleh lawan punya,
Macam mana nak lawan depa, depa guna Bukhari, Muslim nak hujah kita dan macam-
macam lagi. Seolah-olah syiah berada di pihak yang benar dan kita Ahli Sunnah berada
dalam keadaan salah.
Sebenarnya saya amat tidak setuju jika ada yang mengatakan hujah syiah kuat
kerana bagi saya hujah syiah sebenarnya terlalu lemah. Kenapa mereka tidak
menggunakan hadis-hadis dari kitab mereka sendiri? Sebabnya mudah, iaitu hadis-
hadis mereka terlalu lemah dan amat jelas pembohongannya. Oleh sebab itulah mereka
lebih cenderung menggunakan hadis-hadis dan rujukan kita dengan cara memutar belit
maksud sebenar hadis atau kata-kata ulamak sunni. Persoalan-persoalan yang diputar
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
6/76
Menjawab Putar Belit Syiah
belit oleh syiah sebenarnya telah lama dijawab oleh para ulamak Islam. Malangnya tidak
dimanfaatkan oleh umat Islam hari ini.
Pihak berwajib pula seolah-olah berpeluk tubuh, membiarkan isu syiah ini berleluasa.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Islam pula tidak diberikan pendedahan yang
sewajarnya berkaitan isu ini. Jabatan Agama Islam negeri seolah-olah tidak ada
connection dengan Jabatan Pelajaran Negeri dalam menangani isu ini. Sebagai contoh,
apabila Jabatan Mufti di sebuah negeri menganjurkan program penerangan kesesatan
syiah, guru-guru agama di sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia tidak dijemput
mengikuti program yang amat baik tersebut. Walhal pelajar-pelajar yang berada di
sekolah-sekolah itulah nanti yang akan menjadi pengikut tegar syiah apabila mereka
melanjutkan pelajaran di universiti kelak.
Seperkara lagi ialah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sedar bahawa guru
pendidikan Islam di sekolah, hanya belajar satu opsyen sahaja semasa mereka belajar di
universiti. Guru yang belajar Usuluddin tidak akan mendalami Syariah, guru yang
belajar bahasa Arab tidak akan belajar langsung subjek-subjek Syariah mahu pun
Usuluddin di sesetengah universiti. Akan tetapi apabila mereka ditempatkan ke mana-
mana sekolah mereka akan mengajar semua bidang ilmu agama. Guru tersebut akan
mengajar tafsir, hadis, akidah, ibadah, muamalat, munakahat dan lain-lain. Kesannya
guru tersebut tidak menguasai tajuk yang diajar yang akhirnya akan menyebabkan
kegagalan pelajar. Sudah berapa lama pelajar mempelajari topik Insuran dan Takaful?
Tetapi masih ramai umat Islam yang tidak faham perbezaan Takaful dan Insuran
Konvensional. Berapa ramai lagi pelajar yang menjadi ejen-ejen kad kredit
konvensional? Begitulah juga dengan permasalahan syiah di Malaysia. Saya pernah
bertanya secara spontan pelajar-pelajar di fakulti pengajian Islam di sebuah universiti,
mampukah anda mengajar dan menerangkan tajuk syiah kepada pelajar apabila
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
7/76
Menjawab Putar Belit Syiah
7
anda menjadi guru nanti?. Rata-rata menjawab tidak pasti dan ramai yang
menggelengkan kepala.
Oleh yang demikian saya ingin menyeru pihak-pihak yang ada kaitan dalam isu ini
untuk melakukan sesuatu bagi menyekat perkembangan agama-agama dan ajaran-ajaran yang sesat dan menyesatkan. Jangan nanti apabila sampai ke peringkat tidak
dapat dikawal ibarat nasi sudah menjadi bubur barulah ada pihak yang mengeluh tak
boleh buat apa dah.
Justeru saya rasa terpanggil untuk menghasilkan buku kecil ini yang bertujuan memberi
pendedahan ringkas tentang hujah-hujah yang selalu digunakan oleh syiah untuk
menjerat umat Islam khususnya golongan pelajar. Jawapan yang disediakan melalui
buku kecil ini ringkas dan padat dan tidak terlalu akademik. Jawapan-jawapan yang
disediakan kebanyakannya dipetik daripada Muhadoroh Dr Usman Khamis bersama
pelajarnya yang boleh dimuat turun di Youtube dalam bahasa Arab. Apa yang sayalakukan hanyalah menterjemah semula muhadoroh tersebut ke bahasa Malaysia agar
dapat dimanfaatkan oleh umat Islam yang tidak mampu memahami bahasa Arab. Saya
juga merujuk beberapa kitab yang dikarang oleh para ulamak yang prihatin tentang
masalah ini, antaranya ialah kitab Faslul Khitab Fi Mawaqif As Sahabah karya Syeikh
Muhammad Saleh Ahmad Al Gharsi, yang saya rasakan sangat baik dan ringkas. Kitab-
kitab lain yang saya rujuk ialah:
1. Maal Ithnai Asyariyah Fil Usul Wal Furukarya Dr Ali Ahmad Salus.2. Usul Mazhabis Syiah Ithnai Asyariah karya Dr Nasir bin Abdullah bin Ali Al Qafari
3. Al Awasim Min Al Qawasim karya Ibnu Arabi Al Maliki4. Tafsir Al Quran Al Azim karya Ibnu Kathir5. Fathul Bari karya Imam Ibnu Hajar
Dalam buku kecil ini saya hanya menyentuh 12 isu sahaja iaitu:
1. Hadis Tsaqalain2. Hadis Ghadir Khum3. Hadis Kitabullah Wa Sunnati4. Hadis 12 orang khalifah
5. Hadis Haud6. Hadis Ali sama dengan Nabi Harun7. Hadis Umar menghalang Nabi dari menulis wasiat8. Ayat Tathir9. Ayat Wilayah10.Hadis Ali sebaik-baik makhluk.11.Kisah kezaliman terhadap Fatimah12.Buku Dialog Sunnah Syiah: Dialog Ilmiah atau Karut?
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
8/76
Menjawab Putar Belit Syiah
8
Tajuk-tajuk yang lain akan cuba ditambah dalam edisi seterusnya insyaAllah. Teguran
dan kritikan membina daripada rakan-rakan Asatizah dan para alim ulamak amat saya
harapkan demi melihat akidah umat Islam di negara ini terpelihara.
Abdullah bin Din
11.55 pm
16hb Mei 2012
Batu 11, Jalan Sungai Petani,
Kota Sarang Semut, Kedah Darulaman.
Hp: 019-8813100
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
9/76
Menjawab Putar Belit Syiah
9
IsuIsuIsuIsu----IsuIsuIsuIsu YangYangYangYang Selalu Diputar Belit Oleh SyiahSelalu Diputar Belit Oleh SyiahSelalu Diputar Belit Oleh SyiahSelalu Diputar Belit Oleh Syiah
Dan JawapannyaDan JawapannyaDan JawapannyaDan Jawapannya
Siapa Syiah?
Siapa syiah? Tajuk ini telah diperincikan dalam buku Siapa Syiah Sebenarnya yang
saya tulis bersama Al Fadhil Ustaz Azfar Abdullah. Walau bagaimanapun sebelum
memulakan perbincangan tentang isu-isu yang selalu diputar belit oleh syiah , pembaca
seharusnya mengetahui secara ringkas tentang akidah-akidah asas penganut fahaman
syiah.
Syiah secara umumnya ialah penyokong Saidina Ali. Mereka adalah kelompok manusiayang mendakwa menyayangi dan mencintai Saidina Ali ra dan Ahlul Bait. Bagi mereka
Saidina Ali ra adalah khalifah yang telah diwasiatkan oleh Nabi SAW, tetapi telah
dizalimi oleh para sahabat. Jawatan khalifah dan imam yang telah dinaskan oleh Allah
swt ini telah dirampas oleh Abu Bakar ra, Umar ra dan Usman ra. Para sahabat lain yang
mengetahui hak Saidina Ali dan keluarganya telah bersekongkol dengan khalifah-
khalifah Ar Rasyidin menzalimi Ahlul Bait. Oleh yang demikian para sahabat juga telah
kufur kerana melanggar arahan dan perintah Nabi SAW. Tidak ada manusia yang lebih
jelik daripada generasi sahabat pada pandangan syiah. Ahlul Bait khususnya Imam 12
yang dipercayai oleh Syiah Imamiyah Ithna Asyariah adalah maksum dari segala dosa
kecil dan besar, terlalai dan terlupa juga tersilap sejak dari kecil hinggalah mati.Walaupun perkataan Ahlul Bait secara terang dan jelas merujuk kepada isteri-isteri
nabi, Ummahatul Mukminun, syiah mengeluarkan mereka dari darjat dan kedudukan
yang mulia. Bagi syiah, Ahlul Bait yang maksum di sisi mereka ini hanyalah Saidina Ali
ra, Fatimah ra, Hasan ra , Husin, ra dan 9 orang imam yang terdiri daripada keturunan
Saidina Husin ra sehinggalah Imam Mahdi iaitu Imam Muhammad bin Hasan Al Askari.
Bagi syiah juga, paksi kehidupan umat Islam mestilah berpegang kepada Al Quran dan
Ahlul Bait. Oleh itu mereka cuba mengelirukan umat Islam dengan mengkritik hadis
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu
berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan sunnah nabinya.
Buku ini akan cuba menjelaskan kekeliruan yang berlaku ketika memahami teks ayat-
ayat Al Quran dan hadis yang cuba diselewengkan pengertian sebenarnya oleh syiah
sehingga ada umat Islam yang terpengaruh dengan dakyah syiah ini.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
10/76
Menjawab Putar Belit Syiah
Kisah Seorang Paderi Kristian
Mr James ialah seorang paderi Kristian. Beliau berasal dari Scotland. Sejak beberapa
tahun lalu Mr James mengambil keputusan untuk menetap di salah sebuah
perkampungan orang Islam di pedalaman Sabah. Sejak tinggal di sana, Mr James banyak
melakukan kerja-kerja amal di kampung tersebut. Setiap pagi Mr James mengusahakan
lading sayur di hadapan rumahnya. Hasil tanaman sayurnya bukan untuk dijual,
sebaliknya dihadiahkan kepada jiran-jiran yang tinggal berhampiran dengan rumahnya.
Setiap hari minggu Mr James akan melakukan ziarah ke hospital yang terletak tidak jauh
dari kampung tempat Mr James tinggal. Beliau dengan senyuman menyapa setiap
pesakit tidak kira apa bangsa atau agama mereka. Beliau akan mendoakan pesakit agar
cepat sembuh dan setiap kali menziarahi mereka , Mr James tidak pernah lupa
menghadiahkan sesuatu kepada mereka. Tahun lalu Mr James telah berjaya membuka
sebuah sekolah rendah yang telah lama diidam-idamkan oleh penduduk kampung
tersebut. Ramai anak-anak penduduk kampung tersebut mendapat manfaat dengan
pembukaan sekolah tersebut. Sikap dan usaha Mr James diperhatikan oleh seorang anak
muda, bernama Muhammad. Beliau kagum dengan peribadi dan usaha murni yang
dilakukan oleh Mr James. Muhammad membuat kesimpulan berikut:
Apa pendapat anda terhadap kesimpulan yang dibuat oleh pemuda ini? Patutkah umat
Islam di Malaysia menilai kebenaran Syiah dengan kekaguman mereka terhadap Iran
dan Khomeini? Atau mereka perlu menyelidik apa yang terkandung di dalam kitab-kitab
rujukan utama Syiah?
Sunnah dan SyiahPenganut syiah mendakwa bahawa mereka memperjuangkan Al Quran dan As Sunnah.
Sejauh mana benarnya dakwaan mereka tersebut? Adakah benar seperti yang didakwa,
atau hanya omongan kosong dan tuduhan semata-mata?
Untuk menjawab persoalan ini kita perlu melihat definisi sunnah yang difahami oleh
para ulamak syiah. Dr Ali Ahmad Salus menjelaskan perkara ini dalam bukunya Maal
Ithnai Asyariah Fil Usul Wal Furu:
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
11/76
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
12/76
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
13/76
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
14/76
Menjawab Putar Belit Syiah
nescaya mereka tidak mampu menghitung kebaikan dan fadilatnya (Saidina Ali
ra).
2 - Muhammad bin Abi Bakar bin Abi Quhafah.
Beliau mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi, juga merupakan orang yang
hampir dengan Saidina Ali dan hawarinya. Kebijaksanaannya datang dari sebelah
ibunya Asma bt Umais bukan dari sebelah bapanya. Seorang yang paling bijaksana.
Datang dari keluarga yang jahat. Beliau telah membaiah Amirul Mukminin dengan
membuat penyaksian berlepas diri dari kejahatan ayahnya (Abu Bakar) dan Khalifah
yang kedua (Umar). Beliau berkata kepada Saidina Ali: Aku bersaksi bahawa engkau
Amirul Mukminin, imam yang wajib ditaati dan sesungguhnya ayahku berada
dalam neraka...
3- Abdullah bin Amru bin Al As
Beliau sama seperti bapanya pada menyatakan pendapatnya, pada kemunafikannya dan
pada pendustaannya terhadap Allah swt dan rasulnya. Beliau menyertai Muawiyah
dalam Perang Siffin, cukuplah penyertaannya dalam Perang Siffin itu sebagai tanda
kejahatannya.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
15/76
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
16/76
Menjawab Putar Belit Syiah
16
dalam ayat ini? Bukankah mereka ialah para sahabat seumpama Abu Bakar ra, Umar ra,
Abdullah bin Amru, Khalid bin Al Walid? Siapakah yang mampu merampas darjat dan
kurniaan Allah swt yang dianugerahkanNya kepada generasi unggul yang bersama-
sama memperjuangkan agama Allah swt 1400 tahun yang lalu? Tidak ada golongan
yang lebih kufur seumpama syiah dan penulis kitab-kitab ini kerana membutakan matadan memekakkan telinga mereka terhadap ayat-ayat Allah swt seperti ini.
Apa Salahnya Menganggap Mazhab Syiah Sama Seperti Mazhab Hanafi?
Pengikut Syiah berkata, Apa salahnya jika anda menganggap mazbah syiah sama
seperti mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali? , Perbezaan kita hanyalah pada masalah furu
dan cabang sahaja.. Mazhab kami ialah Mazhab Jaafari, kenapa jika anda boleh
menerima mazhab yang disandarkan kepada Imam Syafie atau Imam Malik, mazhab
kami disandarkan kepada Imam Jaafar As Sadiq, cicit kepada Nabi Muhammad SAW.Pihak syiah menyeru kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah gar kita bersatu padu dan
meninggalkan perbalahan sesama umat Islam. Kata mereka lagi, musuh utama kita
ialah Amerika dan zionis, jika kita sunnah dan syiah berbalah ianya tentu merugikan
kita semua.
Sekali pandang, benar juga kata mereka, tetapi jika diamat-amati sebenarnya kata-kata
manis seumpama itu hanyalah jerat untuk memerangkap kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah
agar kita juga menjadi syiah seperti mereka. Cuba fikirkan baik-baik, perbezaan antara
kita umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya bermazhab Syafie dengan umat Islam
yang bermazhab Hanafi, Hanbali atau Maliki di negara-negara umat Islam yang laintidak membawa pertikaian sesama kita. Tidak pernah ada usaha untuk menarik umat
Islam yang bermazhab Hanafi kepada Syafie atau orang yang bermazhab Maliki
melakukan sesuatu untuk mengubah mazhab Syafie di Malaysia kepada mazhab Maliki.
Berbeza dengan syiah, mereka mendakwa mereka sama dengan kita, Ahlus Sunnah Wal
Jamaah, tetapi pada masa yang sama mereka bermati-matian mengajak kita umat Islam
bermazhab Syafie agar tukar mazhab kepada syiah dan mendakwa bahawa mazhab
Syafie tidak betul, Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah sesat daripada kebenaran dan
sebagainya.
Mereka ajak kita bersatu padu, mereka ajak kita supaya tidak bermusuh sesama kita.Saidina Ali RA pernah mengungkapkan :
Maksudnya: Perkataan yang benar tetapi maksud sebenarnya adalah kebatilan.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
17/76
Menjawab Putar Belit Syiah
Pada masa mereka mengajak agar kita bersatu padu, mereka memaki hamun atau
dengan bahasa mereka mengkritik Abu Bakar RA, Umar RA, Aisyah RA dan sahabat-
sahabat yang lain. Bayangkan jika ada jiran tetangga anda mengajak anda untuk
berbaik-baik. Jiran anda tersebut berkata, marilah kita lupakan permusuhan antara
kita, marilah kita bersatu padu mewujudkan keharmonian sesama kita. Beberapa hariselepas itu, jiran anda menulis dan mengirim sebuah buku yang penuh tohmahan dan
kata nista terhadap ibu anda. Tidak cukup dengan itu, jiran anda tersebut dengan penuh
semangat berkata, ayah awak memang jahat dan bodoh di kampung ini.
Inilah hakikat yang sedang berlaku antara Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara kita.
Mereka mengajak kita bersatu padu, tetapi sebenarnya mereka berniat mengajak kita
meninggalkan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengajak kita turut mengeji dan
mencela para sahabat Rasulullah dan Ummahatul Mukminin. Lihatlah ungkapan dalam
buku-buku yang dihantar oleh mereka:
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
18/76
Menjawab Putar Belit Syiah
Tulisan seumpama ini bolehkah dianggap sebagai usaha ke arah perpaduan antara
Sunni dan Syiah di Malaysia? Mereka melihat setiap tidakan dan perlakuan para sahabat
dari aspek negatif yang membayangkan busuknya hati para pengikut syiah.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
19/76
Menjawab Putar Belit Syiah
Berikut ialah salinan mesej daripada seorang pengikut syiah di Kedah yang dihantar
kepada Pejabat Mufti Negeri Kedah.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
20/76
Menjawab Putar Belit Syiah
20
1-Hadis ( ) Tidak Sahih Bagaimana Ahli SunnahBerpegang Kepada Sunnah Dan Enggan Berpegang Kepada
Itrah?
: " "
Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda, Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,
kamu tidak akan sesat selagi mana berpegang dengan kedua-duanya: Kitab Allah dan
sunnah nabinya.
Syiah berkata hadis ini tidak diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Ini menunjukkan
kedaifan hadis ini. Hadis ini yang menjadi pegangan utama mazhab sunni tidak juga
diriwayatkan oleh semua pemilik Kutubus Sittah (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi,
Nasaie dan Ibnu Majah). Imam Ahmad yang menulis kitab Musnad yang mengandungi
40 ribu hadis juga tidak meriwayatkan hadis ini. Hadis ini hanya diriwayatkan oleh
Imam Malik dalam Muwatta secara Mursal. Hadis Mursal adalah Daif dan tidak boleh
dijadikan hujah. Hal ini menunjukkan bahawa pegangan mereka salah dan mereka
sengaja menolak Ahlul Bait bahkan membenci dan menzalimi hak mereka.
Kata mereka lagi, hadis yang sahih ialah perintah supaya berpegang dengan Itrah atau
Ahlul Bait sepertimana yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim. Kenapa kita
meninggalkan hadis yang sahih dan sengaja menerima hadis yang telah terbukti
kelemahannya?
Ulasan
1. Apa tujuan mereka mempertikai kesahihan hadis ini? Hal ini adalah untukmenolak pegangan Ahli Sunnah terhadap sunnah atau hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh sahabat-sahabat nabi yang dibenci oleh mereka.
2. Ahli Sunnah berpegang terhadap sunnah bukan semata-mata kerana hadis ini. AlQuran secara jelas memerintahkan umat Islam berpegang kepada sunnah
melalui ayat-ayat Al Quran yang banyak. Antaranya firman Allah swt :
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
21/76
Menjawab Putar Belit Syiah
21
m
l:
Maksudnya:Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan
ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-
benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu)
dan lebih baik akibatnya.
mmlkjihgfedcba`
onl:
Maksudnya: Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum
yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang
munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.
ml:
Maksudnya :Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang
dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah sangat keras hukuman-Nya.
3. Berkaitan Hadis Mursal para ulamak tidak sepakat menolaknya. Jumhur ulamakmenolak berhujah dengan Hadis Mursal, walaupun begitu ada dalam kalangan
ulamak yang menerima Hadis Mursal khususnya Mursal Kibar At tabiin seperti
Said bin Musayyab dan Imam Malik.
4. Ibnu Abd Bar dan Imam Suyuti menyatakan bahawa semua Hadis Mursal yangterdapat dalam kitab Muwattok Malik adalah sahih.
5. Tidaklah menjadi persoalan besar, sama ada bagi yang mendaifkan hadis inikerana arahan berpegang terhadap sunnah nabi bukan bergantung kepada
sahihnya hadis ini atau bagi yang menyatakan hadis ini sahih kerana ia adalah
ijtihad para ulamak hadis. Bukan hadis ini sahaja yang menjadi perselisihan
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
22/76
Menjawab Putar Belit Syiah
22
antara ulamak tentang sahih atau tidak, bahkan banyak lagi hadis-hadis lain yang
sama kedudukannya dengan hadis ini. Namun hal ini tidak menjadi punca
pergaduhan antara umat Islam.
6. Arahan berpegang terhadap sunnah sebenarnya terdapat dalam hadis Irbadh binSariah berikut:
{ }
Maksudnya : Daripada Abd Rahman bin Amru dan Hajar bin Hajar , mereka
berkata, kami menemui Irbadh bin Sariah yang merupakan orang yang
diturunkan ayat,
m
l:Kami memberi salam dan kami berkata, Kami datang untuk menziarahi tuan dan untuk
mengambil ilmu dari tuan. Lalu Irbadh bercerita: Pada suatu hari Rasulullah SAW solat
dengan kami dan setelah selesai solat baginda menghadap kepada kami lantas
menyampaikan tazkirah kepada kami dengan sepenuh hati sehingga kami menangis dan
jiwa kami rasa takut. Seorang daripada kami berkata, Seolah-olah tazkirah tuan ini
adalah tazkirah yang terakhir, apa yang tuan ingin berpesan kepada kami?. Lalu
baginda bersabda, Aku berpesan kepada kamu agar bertakwa kepada Allah swt ,
hendaklah kamu dengar dan taat sekalipun kepada hamba habsyi, sesungguhnya sesiapa
yang akan hidup lagi selepasku dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka
hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafak Ar Rasyidin,
berpeganglah dengannya dan gigitlah dengan gigi gerahammu dan jauhilah dari
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
23/76
Menjawab Putar Belit Syiah
23
perkara-perkara baru, sesungguhnya setiap yang baru itu adalah bidah dan setiap bidah
itu sesat.
Hasan Sahih Riwayat Tirmizi 2
2Hadis ini diterima sebagai sahih oleh para muhaddisin antaranya Imam Tirmizi, Abu Daud, Imam Ibnu Abd Bar, Imam
Hakim, Imam Ibnu Hibban, Imam Baghawi, Imam Munziri, Ibnu Taimiyah dan Abdullah bin Baz.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
24/76
Menjawab Putar Belit Syiah
24
2-Hadis TsaqalainHadis Tsaqalain ialah hadis yang berbunyi
Maksudnya : Daripada Zaid bin Arqam RA, Rasulullah SAW bersabda, Aku tinggalkan
kepada kamu, jika kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat selepasku, salah
satunya lebih besar dari yang satu lagi, Kitab Allah (Al Quran) yang merupakan tali yang
dilepaskan dari langit ke bumi dan ITRAHku , Ahli Baitku dan kedua-duanya tidak akan
berpisah sehingga mereka datang ke telagaku. Perhatikanlah bagaimana kamu beramal
dan berpegang dengan kedua-duanya selepas ketiadaanku nanti
Kata Imam Tirmizi Hadis ini Hasan Gharib
Riwayat Tirmizi
Hadis ini juga turut diriwayatkan oleh Tabrani dan Imam Ahmad bin Hanbal. Albani
menganggap hadis ini sebagai sahih.
Hadis ini seringkali dijadikan hujah oleh pihak syiah untuk menyatakan kebenaran
pegangan mereka. Menurut mereka lagi, melalui hadis ini jelas bahawa Rasulullah SAW
memerintahkan kita mengikut Mazhab Ahlul Bait sahaja kerana dengan mengikut
mereka umat Islam tidak akan sesat. Jika umat mengikut mazhab-mazhab selain
Mazhab Ahlul Bait seperti mengikut Mazhab Syafie atau Mazhab Hanbali mereka akan
terjerumus ke lembah kesesatan.
Penulis buku Meniti Titian Kebenaran telah terpengaruh dengan ajaran syiah kerana
tidak memahami maksud sebenar hadis ini. Baca pengakuan beliau dalam petikan di
bawah:
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
25/76
Menjawab Putar Belit Syiah
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
26/76
Menjawab Putar Belit Syiah
26
Ulasan
1. Hadis ini ditashihkan oleh para ulamak seperti Syeikh Albani kerana disokong olehbeberapa hadis lain khususnya hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim.
Perhatikan lafaz yang digunakan oleh Imam Muslim dalam hadis berikut:
::
Maksudnya : Daripada Zaid bin Arqam, Rasulullah SAW berkhutbah di satu tempat
yang mempunyai mata air yang dipanggil Khum (Ghadir Khum) terletak di antara
Mekah dan Madinah. Rasulullah SAW memulakan khutbahnya dengan bertahmiddan
memuji Allah swt seterusnya baginda member peringatan dan tazkirah kemudia
baginda berkata: Amma Baad, Wahai sekalian manusia! Aku ini hanyalah manusia
biasa , telah hampir datang kepadaku utusan (malaikat) tuhanku dan aku akan
menerima kedatangannya (maksud Rasul baginda akan wafat), Aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara yang berat (tsaqalain) Yang pertamanya ialah Kitab Allah,
di dalamnya ada petunjuk dan cahaya, ambillah Kitab Allah dan berpegang teguhlah
kalian dengannya. Lalu Rasulullah terus memberi galakan agar berpegang teguh
dengannya. Kemudian baginda bersabda, dan Ahli Baitku, aku mengingatkan kamu
dengan Allah terhadap Ahli Baitku, aku mengingatkan kamu dengan Allah terhadap
Ahli Baitku, aku mengingatkan kamu dengan Allah terhadap Ahli Baitku.Perawi
bertanya kepada Zaid, siapa Ahlul Baitnya wahai Zaid? Bukankah isterinya termasuk
dalam kalangan Ahlul Baitnya? Jawab Zaid: Ya, isterinya termasuk dalam kalangan
Ahlul Baitnya tetapi yang dimaksudkan di sini ialah Ahlul Bait yang diharamkan
sedekah zakat untuk mereka selepasnya. Siapa mereka? Kata Zaid: Mereka ialah
keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Abbas. Perawi bertanya
lagi: Semua mereka diharamkan sedekah? Jawab Zaid: Ya.
Riwayat Muslim
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
27/76
Menjawab Putar Belit Syiah
27
Asas untuk memahami hadis Tsaqalain ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim kerana kedudukan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Muslim lebih tinggi
darjatnya daripada hadis-hadis yang lain. Perlu diketahui hadis yang diriwayatkan oleh
Tirmizi di atas sekiranya tidak disokong oleh hadis-hadis lain darjatnya tidak akan
mencapai darjat sahih kerana menurut ulamak hadis, seorang perawi hadis ini yang
bernama Zaid bin Hasan Al Anmati Al Kufi yang dianggap sebagai perawi hadis yang
lemah.
3/560 :1/223
Maksudnya: Abu Hatim Ar Razi berkata Zaid bin Hasan Munkarul Hadis (Kitab Al Jarh
Wat Takdil Juz 3 ms 560, Hafiz ibnu Hajar menyatakan beliau adalah perawi yang lemah
(Kitab At Taqrib Jld 1 ms 223), Ibnu Hibban menyatakan beliau adalah perawi yang
tsiqah (dipercayai) (kitab As Tsiqat).
Menurut ulamak ilmu Al Jarh Wat Takdil, perakuan Ibnu Hibban bersendirian (bahkan
bercanggah dengan pendapat ulamak lain) tidak diterima kerana Ibnu Hibban terkenal
sebagai seorang ulamak yang mudah mentautsiq (menghukum tsiqah) terhadap ramai
perawi.
Oleh yang demikian, untuk memahami maksud Hadis Tsaqalain perlulah merujuk
kepada asas hadis ini iaitu hadis Tsaqalain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Perhatikan! Hadis Imam Muslim berbeza dengan hadis Tsaqalain yang seringkali
digunakan oleh pihak syiah untuk memperdaya umat Islam yang tidak tahu persoalan
ini. Sebahagian umat Islam menganggap semua hadis Tsaqalain sama, sedangkan
hakikat sebenarnya bukan begitu. Hadis Tsaqalain yang diriwayatkan oleh Imam
Muslim tidak mengandungi arahan berpegang kepada Itrah dan Ahlul Bait. Sebaliknya
hanya memerintahkan umat Islam berpegang dengan Al Quran dan memerintahkan
mereka menjaga hak-hak Ahlul Bait serta larangan menzalimi mereka setelah ketiadaan
Nabi SAW.
Taqiuddin ibnu Taimiah berkata:
[ ] [ [ :"
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
28/76
Menjawab Putar Belit Syiah
28
Maksudnya: Tidak pada hadis ini melainkan pesanan supaya mengikuti Al Quran dan
baginda Nabi SAW tidak memerintahkan supaya mengikut Itrah, Baginda cuma berkata
Aku memperingatkan kamu dengan nama Allah Ahlul Baitku.
Arahan yang ada pada hadis Tsaqalain hanyalah untuk umat Islam memelihara hak-hak
Ahlul Bait dan tidak menzalimi mereka.
Sekiranya kita menerima maksud hadis ini sebagai arahan untuk mengikuti Ahlul Bait,
ianya bukan bermakna mengikuti Saidina Ali RA dan Imam 12 sepertimana yang
difahami oleh syiah kerana pengertian Ahlul Bait yang sebenarnya bukanlah terbatas
kepada Saidina Ali RA, Saidina Hasan RA, Saidina Husin RA dan Saidatina Fatimah RA
sahaja, jauh sekali untuk memasukkan Imam 12 syiah ke dalam maksud hadis ini.
Maksud hadis ini dijelaskan oleh Mulla Ali Al Qari seperti berikut:
: 10/196-
Maksudnya : Mulla Ali Ali Al Qari berkata Maksud berpegang dengannya ialah
mengasihi dan menjaga hak kehormatan mereka, juga beramal dengan riwayat dan
berpegang kepada kata-kata mereka. (Tuhfatul Ahwazi)
Ahli Sunnah bukan sahaja berpegang dengan sunnah-sunnah yang diriwayatkan oleh
sahabat lain bahkan Ahli Sunnah juga berpegang dan tidak menolak hadis-hadis yang
diriwayatkan oleh Ahlul Bait seperti Saidina Ali, Ibnu Abbas, Saidina Hasan dan Hussain,
Aisyah dan semua isteri-isteri nabi setelah ditentukan bahawa riwayat itu sahih.
Manakala hadis-hadis yang didakwa oleh syiah sebagai riwayat Ahlul Bait tetapi
sebenarnya adalah hadis yang palsu dan karut tidak diterima bahkan ditolak oleh
semua para ulamak Islam. Sebagai contoh lihatlah Hadis Kisa versi syiah3 yang terlalu
karut. Adakah masuk akal Jibril pun memohon kepada nabi untuk berada dalam kain
selimut nabi bersama-sama Saidina Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka?
2. Makna Itrah dan Ahlul Bait dalam hadis Tsaqalain juga bukan seperti yang difahamioleh syiah.
3Lihat muka surat 28-30
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
29/76
Menjawab Putar Belit Syiah
29
Perhatikan teks hadis Tsaqalain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Sahabat yang
meriwayatkan hadis ini iaitu Zaid bin Arqam menjelaskan maksud Itrah ialah Ahlul Bait.
Adakah Ahlul Bait yang dimaksudkan Saidina Ali RA dan beberapa orang yang
dimaksudkan oleh syiah? Tidak!!!. Ahlul Bait yang dimaksudkan di sini ialah seluruh
keluarga nabi SAW yang diharamkan menerima harta zakat iaitu keluarga Saidina AliRA, keluarga Aqil RA, keluarga Jaafar RA dan keluarga Abbas RA. Oleh yang demikian,
dari mana datangnya pengkhususan makna Ahlul Bait seperti yang syiah kehendaki?
Tidak lain dan tidak bukan, ianya adalah usaha syiah memaksa maksud hadis ini agar
selari dengan kesesatan mereka.
3. Adakah benar umat Islam wajib menyertai Mazhab Ahlul Bait atau dengan lebihtepat lagi menganut fahaman syiah kerana merekalah Mazhab Ahlul Bait?
Kami Ahli Sunnah Wal Jamaah ingin bertanya Mazhab Syiah mana yang paling betul dan
tidak sesat? Ini kerana mazhab yang mendakwa sebagai Mazhab Ahlul Bait bukan hanya
Mazhab Syiah Imamiah Ithna Asyariah sahaja. Terdapat ratusan mazhab syiah yang
masing-masing mendakwa mereka adalah mazhab Ahlul Bait, bahkan saling
mengkafirkan antara satu sama lain. Syiah Zaidiah mendakwa merekalah Mazhab Ahlul
Bait, Syiah Ismailiah juga mendakwa merekalah Mazhab Ahlul Bait, begitu juga Syiah
Imamiah Ithna Asyariah. Adakah benar semua mereka tidak akan terpisah daripada Al
Quran sehingga bertemu dengan Nabi di kolamnya?
4. Kesimpulannya, oleh kerana itulah para ulamak hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah yangmeriwayatkan hadis ini seperti Imam Muslim, Imam Tirmizi dan Imam Ahmad tidak
menjadi pengikut syiah.
Bahkan sebahagian daripada mereka seperti Imam Ahmad secara terang dan jelas
mengkafirkan syiah. Wahai pengikut syiah, kefahaman yang sebenar bukan seperti yang
anda faham!!!
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
30/76
Menjawab Putar Belit Syiah
30
3-Hadis Ghadir KhumHadis Ghadir ialah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad
yang terdapat dalam pelbagai lafaz antaranya :
.
Maksudnya : Sesiapa yang aku MAULANYA maka Ali adalah MAULANYA.
Syiah mendakwa perkataan MAULA bermaksud pemimpin. Oleh itu maksud hadis ini
pada mereka ialah:
Sesiapa yang aku ini pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya.
Bagi mereka Rasulullah SAW telah melantik Saidina Ali sebagai khalifah selepas
kewafatannya melalui hadis ini di satu tempat yang bernama Ghadir Khum. Ghadir
Khum ialah satu tempat yang berada yang terletak di antara Mekah dan Madinah serta
tidak jauh dari Rabigh. Jarak antara Ghadir Khum dan Mekah lebih kurang 260km.
Hadis ini diucapkan oleh Nabi SAW ketika pulang daripada mengerjakan haji dari
Mekah ke Madinah pada 18 Zulhijjah tahun yang ke-11 hijrah.
Hadis ini turut diriwayatkan oleh muhaddisin yang lain dengan tambahan
Maksudnya : Ya Allah kasihilah sesiapa yang mengasihinya dan musuhilah sesiapa yang
memusuhinya.
Imam Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis lagi :
Maksudnya : Sesungguhnya Ali sebahagian daripadaku dan aku sebahagian
daripadanya, dia adalah wali setiap orang mukmin selepasku.
Ulasan
1. Hadis yang pertama tidak disepakati para ulamak tentang kesahihannya.Sebahagian ulamak menyatakan bahawa hadis ini sahih seperti Syeikh Albani
dan sebahagian ulamak menyatakan bahawa hadis ini daif seperti Ibnu Taimiyah
dalam Minhaj Sunnah.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
31/76
Menjawab Putar Belit Syiah
31
1/189 " " :
... .: 7/319 ) :
.1750 Maksudnya : Az Zailai di dalam kitab Takhriz Hidayah berkata : Berapa banyak
hadis yang banyak perawi dan jalannya tetapi hadis itu daif seperti hadis Sesiapa
yang aku menjadi walinya maka Ali adalah walinya. Ibnu Taimiyah berkata Adapun
hadis hadis Sesiapa yang aku menjadi walinya maka Ali adalah walinya , hadis ini
tidak terdapat di dalam kitab sihah (kitab yang sahih Bukhari dan Muslim), tetapiadalah hadis yang diriwayatkan oleh para ulamak dan mereka berselisih pendapat
pada kesahihannya. Dinukilkan daripada Bukhari, Ibrahim Al Harbi dan sebahagian
ulamak mereka menyatakan hadis ini daif. Manakala tambahan Ya Allah kasihilah
sesiapa yang mengasihinya dan musuhilah sesiapa yang memusuhinya tidak diragui
lagi bahawa itu adalah dusta. Imam Zahabi berkata : Adapun hadis Sesiapa yang aku
menjadi walinya maka Ali adalah walinya, hadis ini mempunyai jalan-jalan (sanad)
yang baik. Sementara Albani mensahihkan hadis ini dan beliau mempertikai
pendapat ulamak yang mendaifkan hadis ini.
2. Sekiranya benar dakwaan syiah bahawa Rasulullah SAW ingin mengisytiharkanSaidina Ali sebagai pengganti selepas kewafatannya, Rasulullah SAW sepatutnya
telah mengisytiharkankan perlantikan tersebut ketika di Arafah iaitu pada
tanggal 9 Zulhijjah bukannya pada 18 Zulhijjah di Ghadir Khum yang terletak
jauh dari Mekah lebih kurang 260km. Ini kerana ramai jemaah haji yang
menyertai haji wadak telah pulang ke negara masing-masing. Penduduk Mekah
sudah tentu tidak ada bersama-sama Rasulullah SAW di Ghadir Khum. Begitu
juga jemaah haji yang datang dari Taif dan Yaman, sudah tentu mereka pulang
ke negara masing-masing. Apa logiknya Rasulullah SAW menunggu setelah jauh
meninggalkan Mekah dan yang tinggal hanya jemaah haji yang datang dari arah
Madinah, baru baginda mengisytiharkan perlantikan yang didakwa oleh syiah?
Perhatikan peta kawasan Ghadir dari Mekah:
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
32/76
Menjawab Putar Belit Syiah
Kenapa Nabi SAW menunggu sehingga begitu jauh perjalanannya bersama sahabat, jikabenar baginda ingin mengisytiharkan perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah? Cuba
fikirkan!!!
3. Hadis ini sebenarnya mempunyai sebab wurud tersendiri dan bukannyaRasulullah SAW mengisytiharkan kekhalifahan Saidina Ali sebagaimana didakwa
oleh syiah. Sekiranya Rasulullah memanggil orang ramai dan mengisytiharkan
ucapannya yang dikatakan membawa makna perlantikan Saidina Ali bolehlah
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
33/76
Menjawab Putar Belit Syiah
33
diterima dakwaan tersebut. Kisah ini disebut oleh Al Baihaki sebagaimana yang
diceritakan oleh Ibnu Kathir di dalam Al Bidayah Wan Nihayah4. Ringkasannya,
Rasulullah SAW menghantar dua angkatan tentera yang diketuai oleh Khalid bin
Al Walid dan satu lagi Saidina Ali. Ketika membahagikan harta rampasan perang,
seorang wanita yang cantik bernama Wasifah telah diambil oleh Saidina Alisebagai Sabyi (tawanan) yang dimilikinya. Perkara ini menimbulkan
kecemburuan sebahagian tentera yang menyebabkan mereka mengadu rasa
tidak puas hati mereka kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW memperbetul
salah tanggapan mereka dengan menyatakan bahawa Saidina Ali mempunyai
hak terhadap perkara tersebut dan pembahagian yang dilakukan oleh Saidina
Ali RA perlu diterima oleh para sahabat kerana perlantikannya sebagai
pemimpin yang diarahkan oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana mereka menerima
Rasulullah sebagai pemimpin maka mereka semestinya menerima keputusan
yang dibuat oleh Saidina Ali yang dilantik oleh baginda dan apa yang dilakukan
oleh Saidina Ali tidak bercanggah dengan ajaran Allah SWT.
4. Para ulamak meriwayatkan sebab-sebab lain sehingga akhirnya Rasulullah SAWmengungkapkan ucapan yang tersebut di dalam hadis ini. Antaranya ialah,
keengganan Saidina Ali menunaikan permintaan para sahabat di Yaman. Mereka
meminta Saidina Ali mengizinkan mereka menunggang unta zakat yang dikutip
oleh mereka. Seterusnya Saidina Ali juga enggan membenarkan mereka memakai
pakaian baru hasil rampasan perang. Peristiwa-peristiwa ini menyebabkan
timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan tentera di Yaman terhadap Saidina
Ali. Sebelum meninggalkan Yaman, Saidina Ali telah melantik seorang lelaki
sebagai penggantinya di sana. Saidina Ali telah bergegas ke Mekah untukmenyertai ibadat haji bersama Rasulullah SAW. Semasa ketiadaan Saidina Ali,
lelaki yang dilantik olehnya telah membenarkan tentera memakai pakaian dan
menunggang unta zakat tanpa pengetahuannya. Setelah selesai mengerjakan
haji, Saidina Ali menemui tentera yang datang dari Yaman di tengah jalan
menuju ke Madinah. Apabila beliau melihat mereka menunggang unta zakat dan
memakai pakaian tersebut, beliau memarahi mereka dan memerintahkan
mereka turun dari unta zakat yang ditunggangi dan menanggalkan pakaian yang
mereka pakai. Rasa tidak puas hati dan marah terhadap tindakan Saidina Ali
semakin memuncak di hati tentera-tentera sehingga mereka menemui
Rasulullah SAW mengadu sikap Saidina Ali terhadap mereka. Antara sahabatyang mengadu rasa tidak puas hati terhadap Saidina Ali ialah Buraidah Al Aslami.
:
4Al Bidayah Wan Nihayah Jilid 3 ms 82-83
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
34/76
Menjawab Putar Belit Syiah
34
: " ! " : " :" .
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas RA daripada Buraidah Al Aslami RA beliau
berkata: Aku keluar bersama Ali ke Yaman. Aku mendapati cara pergaulan Ali agak
keras dan kasar. Lalu aku menemui Nabi SAW dan menceritakan kepada baginda
rasa tidak puas hatiku terhadap Ali. Wajah Rasulullah SAW berubah (menunjukkan
baginda tidak menyetujui tindakan Buraidah). Baginda bersabda, Wahai Buraidah!,
Bukankah aku aku lebih patut dikasihi oleh orang mukmin melebihi diri mereka
sendiri? Jawabku: Ya, wahai rasulullah. Lalu baginda bersabda lagi, Barangsiapa
yang aku ini maulanya (yang dikasihinya) maka Ali adalah orang yang mesti
dikasihinya.
Riwayat An Nasaie
5. Oleh kerana itulah Nabi Muhammad SAW mengucapkan perkataan tersebutuntuk memperbetulkan sikap mereka terhadap Saidina Ali ra. dan bukannya
melantik beliau sebagai khalifah selepasnya. Ibnu Kathir berkata:
.
5.
Maksudnya: Apabila banyak rungutan terhadap Saidina Ali RA daripada
angkatan tentera kerana keengganannya membenarkan mereka menggunakanunta zakat dan perintah yang dikeluarkan olehnya meminta mereka
menanggalkan pakaian yang diberikan oleh penggantinya sedangkan Saidina
Ali mempunyai alasan yang munasabah terhadap apa yang dilakukannya
sehinggakan banyak rungutan terhadap tindakan Saidina Ali. Oleh kerana itulah,
apabila Rasulullah SAW pulang daripada mengerjakan ibadat haji dan selesai
5Al Bidayah Wan Nihayah Jilid 3 ms 83
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
35/76
Menjawab Putar Belit Syiah
35
melaksanakan ibadatnya dan pulang ke Madinah ketika melalui tempat yang
bernama Ghadir Khum baginda berkhutbah membersihkan nama baik Saidina
Ali RA, memujinya dan menarik perhatian mereka terhadap kelebihannya demi
untuk menghilangkan sangka buruk yang ada pada orang ramai terhadap Saidina
Ali RA.
6. Hadis ini tidak boleh dijadikan hujah kekhalifahan Saidina Ali setelah kewafatanRasulullah SAW walaupun jika diterima hadis ini sebagai sahih. Hal ini demikian
kerana perkataan MAULA dan WALI yang digunakan dalam hadis-hadis ini tidak
semestinya membawa makna Pemimpin atau Khalifah sebagaimana yang
didakwa syiah. Perkataan MAULA di dalam hadis ini sepatutnya diterjemahkan
sebagai orang yang dikasihi kerana terdapat petunjuk dalam sambungan
hadis yang berbunyi Ya Allah kasihilah sesiapa yang mengasihinya dan
musuhilah sesiapa yang memusuhinya . Perhatikan MUSUHILAH SESIAPAYANG MEMUSUHINYA. Sudah tentu makna lawan kepada MUSUHI ialah KASIHI.
7. Perkataan MAULA yang terdapat dalam hadis mempunyai lebih daripada 15makna. Dari mana syiah menterjemahkan perkataan tersebut kepada
PEMIMPIN? Mungkin mereka akan merujuk pula kepada hadis terakhir yang
bermaksud Sesungguhnya Ali sebahagian daripadaku dan aku sebahagian
daripadanya, dia adalah wali (pemimpin) setiap orang mukmin selepasku.
Perkataan SELEPASKU telah ditolak oleh ramai ulamak. Kata mereka, perkataan
itu adalah tambahan yang disengajakan oleh perawi syiah.
6Maksdunya: Nyatalah melalui penjelasan ini bahawa tambahan lafaz
selepasku dalam hadis ini tidak terpelihara bahkan tertolak. Penggunaan syiah
terhadap lafaz ini untuk membuktikan Saidina Ali RA sebagai khalifah selepas
Rasulullah SAW tanpa sebarang perincian adalah batil.
6Tuhfatul Ahwazi Jilid 10 ms 47 Sesiapa yang ingin membaca ulasan lebih lanjut tentang perkara ini sila rujuk.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
36/76
Menjawab Putar Belit Syiah
36
4-Hadis 12 Orang Khalifah
: : . : : .
:/ )7222/ ) (1821.(
Maksudnya :Daripada Jabir bin Samurah katanya Aku bersama ayahku masuk bertemu
Nabi SAW , aku dengar baginda bersabda : Sesungguhnya urusan ini (agama ini) tidak
akan berlalu sehinggalah berlalunya 12 orang khalifah. Kemudian berkata sesuatu
secara perlahan, Aku bertanya ayahku: Apa yang dikatakan olehnya? Kata ayahku
Semua mereka daripada Quraisy.
: :
: - -
Dalam lafaz yang lain :
Maksudnya : Islam akan terus mulia (kukuh) sehinggalah 12 orang khalifah.
Dalam lafaz yang lain:
Agama ini akan senantiasa mulia dan terpelihara sehingga 12 orang khalifah.
Dalam lafaz Bukhari :Akan ada 12 orang Amir lalu baginda berkata sesuatu secara
perlahan ayahku berkata: Semua mereka daripada Quraisy.
Hadis ini juga selalu digunakan syiah untuk membenarkan dakwaan mereka bahawa
syiah Imamiah Imam 12 adalah ajaran yang benar.
Ulasan
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
37/76
Menjawab Putar Belit Syiah
37
1. Perkataan yang disebut di dalam hadis ialah KHALIFAH dan AMIR dan bukannyaIMAM seperti yang didakwa oleh syiah. IMAM seperti yang dimaksudkan oleh
syiah bukan sekadar KHALIFAH atau pemerintah bahkan mempunyai sifat
maksum, mengetahui perkara ghaib dan pelbagai sifat yang hampir membawa
kepada syirik. Perkataan KHALIFAH atau AMIR hanya membawa maknapemerintah yang menguasai sesebuah negara.
2. Nabi SAW menjelaskan bahawa Semua mereka daripada keturunan Quraisy.Sekiranya yang dimaksudkan itu daripada keturunan Bani Hasyim atau Ahlul
Bait sudah tentu nabi SAW akan menjelaskannya dengan terang dalam hadis-
hadis di atas kerana Nabi SAW seorang yang FASIH dan BALIGH tutur katanya.
Adalah tidak adil jika seorang pengetua di sebuah sekolah membuat
pengumuman Semua pelajar tingkatan 3 hendaklah berkumpul di hadapan
pejabat untuk menerima sejumlah wang, tetapi apabila semua pelajar tingkatan
3 berkumpul , pengetua berkata saya tidak bermaksud semua pelajar tingkatan3 tetapi yang saya maksudkan ialah pelajar 3A sahaja.
3. Hadis di atas dengan jelas mengatakan bahawa Islam pada zaman 12 orangkhalifah ini berada dalam keadaan mulia dan kuat. Pernyataan hadis ini tidak
sama seperti keadaan kehidupan 12 orang Imam yang didakwa syiah. Mereka
sendiri pun hidup dalam keadaan tertindas, bahkan Imam Mahdi mereka7 pun
terpaksa bersembunyi kerana takut.
4. Jika benar maksud hadis ini sepertimana yang didakwa oleh syiah, sudah tentuIslam sehingga kini mulia dan terpelihara kerana Nabi SAW menjanjikan Islam
akan terus hebat hingga berakhirnya pemerintahan imam ke-12. Sebaliknya apa
yang kita lihat pada hari ini ialah Islam diinjak dan dihina sejak kejatuhan
kerajaan Umayyah dan Abbasiah hinggalah saat ini.
5. Perkataan KHALIFAH atau AMIR yang disebut oleh Nabi SAW membawa maksudmereka adalah ketua negara. Siapa di antara 12 imam yang didakwa oleh syiah
benar-benar menjadi khalifah? Hanya Saidina Ali dan Saidina Hasan yang
dilantik untuk menjawat jawatan tersebut. Saidina Hasan pun hanyamemerintah dalam tempoh masa yang singkat kerana beliau menyerahkan
jawatannya kepada Muawiyah pada tahun perdamaian. Manakala imam-imam
lain tidak memegang tampuk pemerintahan pun.
7Syiah percaya Muhammad bin Hasan Al Askari, Imam yang ke-12 adalah Imam Mahdi yang sedang
bersembunyi di dalam sebuah lubang di Samarra.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
38/76
Menjawab Putar Belit Syiah
38
Seperkara lagi, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa persamaan 12 orang imam
syiah dengan 12 orang khalifah yang disebutkan oleh Nabi SAW? Adakah persamaan itu
hanya kebetulan? Jawapannya ialah syiahlah yang menggenapkan jumlah imam mereka
menjadi 12 dengan tujuan untuk membenarkan dakwaan mereka. Syiah yang terdahulu
tidak tahu pun akan kewujudan 12 orang imam seperti yang di dakwa Syiah Imam 12.Bukankah ada syiah yang hanya menganggap Ali sahaja sebagai imam iaitu Syiah
Sabaiah, ada yang menganggap imam hanya 5,6 dll.
Oleh yang demikian siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di
atas?
Kita perlu mengetahui bahawa tidaklah menjadi kewajipan kepada kita untuk
mengetahui siapa mereka keranahal ini temasuk dalam perkara ghaib yang tidak
diketahui oleh sesiapa.
Para ulamak berbeza pendapat dalam menghuraikan maksud hadis ini. Al Hafiz IbnuKathir berkata :
" :
.
. "
" ")3/65(
Maksudnya: Maksud hadis ini ialah membawa berita gembira tentang dua belas orang
khalifah yang soleh, mereka menegakkan kebenaran dan menegakkan keadilan. Perkara
ini akan berlaku tidak semestinya secara berturut-turut dan berterusan bahkan
mungkin empat orang secara berturut-turut seperti Khalifah yang empat iaitu Abu
Bakar ra, Umar ra, Usman ra dan Ali ra. Termasuk di kalangan mereka ialah Umar bin
Abd Aziz tanpa sebarang keraguan di kalangan para ulamak dan sebahagian lagi di
kalangan Bani Abbas. Tidak akan berlaku kiamat sehingga pemerintahan mereka akan
terjadi dan zahirnya Imam Mahdi yang dijanjikan dalam hadis salah seorang daripada
mereka.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
39/76
Menjawab Putar Belit Syiah
39
Ibnu Taimiyah pula berpendapat:
" .
: .
.
. "
) " "8/170(
Ertinya : Begitulah, Khulafak tersebut ialah Abu Bakar ra, Umar ra, Usman ra dan Ali ra.
Kemudian, orang-orang yang diterima dan disepakati kekhlifahannya oleh orang ramai
dan Islam menjadi mulia/kuat serta terpelihara. Mereka itu ialah Muawiyah, Yazid bin
Muawiyah, Abd Malik dan empat orang anaknya dan dalam kalangan mereka juga ialah
Umar bin Abd Aziz.
Setelah itu berlakulah kemerosotan dalam negara Islam hingga hari ini. Bani Umaiyah
telah menguasai semua tanah jajahan Islam sehingga negara pada zaman pemerintahan
mereka mulia dan perkasa. Khalifah dipanggil dengan nama mereka seperti Abd Malik
dan Sulaiman, mereka tidak dikenali dengan nama gelaran seperti
Ibnu Kathir berpendapat bahawa khalifah-khalifah yang
dijanjikan oleh Rasulullah SAW ini tidak semestinya
berturut-turut dari zaman Rasulullah SAW hingga cukup dua
belas orang khalifah tersebut. Bahkan menurutnya mereka
datang secara terpisah hingga digenapkan bilangannya
menjadi dua belas oleh Imam Mahdi yang akan datang di
akhir zaman.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
40/76
Menjawab Putar Belit Syiah
40
Mereka menjadi imam memimpin solat berjamaah lima waktu, di masjid-masjid panji-
panji dikibarkan, melantik gabenor. Mereka tinggal di rumah-rumah mereka sendiri,
mereka tidak tinggal di kota-kota dan mereka tidak susah untuk ditemui rakyat jelata.
Pendapat ini dianggap sebagai pendapat yang terkuat oleh Al Hafiz Ibnu Hajar
pengarang Fathul Bari.
Pendapat ini disokong oleh hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang berbunyi:
:
Ertinya : Daripada Jabir bin Samurah : Agama ini akan sentiasa utuh sehingga dua belas
orang khalifah,semua mereka diterima dan disepakati kepimpinannya oleh ummah.8
Fikirkan!
Akidah Imamah ini sangat penting dalam agama syiah. Syiah menganggap Imamah lebihpenting daripada semua rukun Islam. Yang peliknya, perkara ini tidak disebut di dalam
Al Quran yang ada sekarang secara jelas dan terang. Sedangkan solat, zakat dsb yang
dikatakan kurang penting berbanding Imamah disebut berkali-kali di dalam Al Quran!!!
8Perbincangan lanjut tentang hadis ini akan diteruskan di akhir buku ini.
Ibnu Taimiyah berpendapat 12 orang khalifah itu
bermula daripada Abu Bakar ra, Umar ra, Usman ra, Ali
ra. Seterusnya bilangan itu dicukupkan dengan 8 orang
khalifah dalam Kerajaan Umaiyah yang disempurnakan
bilangannya dengan Umar bin Abd Aziz. Asas pendapat
beliau ialah kekhalifahan mereka diterima oleh umumpada ketika itu dan Islam pada masa pemerintahan
mereka mulia, kuat dan terpelihara.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
41/76
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
42/76
Menjawab Putar Belit Syiah
42
5-Hadis HaudHadis Haud ialah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dll.
)(
( ) ) .. )
Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
Sesungguhnya kamu akan dikumpulkan (mahsyar) dalam keadaan tidak berkasut,
bertelanjang dan tidak dikhatan, kemudian baginda membaca ayat Orang yang
pertama akan dipakaikan pakaian hari kiamat ialah Nabi Ibrahim dan beberapa orang
sahabatku akan dibawa ke pihak kiri lalu aku berkata Itu sahabatku, itu sahabatku. Lalu
dikatakan kepadaku: Mereka itu terus menjadi murtad sejak engkau berpisah dengan
mereka (sejak engkau wafat). Lalu aku berkata sebagai mana yang diucapkan oleh
hamba yang soleh
( ) ) )
.
Maksudnya : Akan melalui telagaku beberapa orang dari kalangan sahabatku
sehinggalah aku melihat dan mengenali mereka tiba-tiba mereka dibawa melepasiku,
lalu aku pun berkata: Wahai tuhanku, mereka itu sahabatku, mereka itu sahabatku.
Lalu dikatakan, Sesungguhnya engkau tidak tahu apa yang mereka lakukan selepas
engkau wafat (melakukan benda baharu ).
Syiah menggunakan hadis ini untuk menyatakan bahawa ramai sahabat nabi yang
murtad selepas kewafatannya.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
43/76
Menjawab Putar Belit Syiah
43
Ulasan
1. Hadis ini ditujukan kepada golongan munafiqin yang tidak diketahui oleh nabiSAW dan baginda menyangka mereka adalah sahabat-sahabatnya. Buktinya
Allah swt berfirman :
m kjihgfedcba`_^]\
vutsrqponmll:At Taubah 101
Maksudnya: Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada
orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka
keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui
mereka, (tetapi) Kami-lah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami
seksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.
Golongan munafiqin terbahagi kepada dua bahagian. Sebahagiannya diketahui
oleh nabi SAW dan sebahagian yang lain hanya diketahui oleh Allah swt seperti
yang dijelaskan oleh ayat di atas.
2. Hadis ini mungkin juga ditujukan kepada golongan murtad yang meninggalkan
Islam sebaik kewafatan baginda yang diperangi oleh Saidina Abu Bakar.Golongan ini sudah tentu tidak dikenali oleh Nabi SAW kerana sebahagian
mereka memeluk Islam di tangan sahabat-sahabat dan bukan semuanya berada
di Madinah.
3. Perkataan SAHABAT yang terdapat dalam hadis di atas tidak boleh diertikandengan sahabat yang diistilahkan oleh para muhaddisin kerana istilah tersebut
hanya muncul kemudian bukan semasa hayat baginda. Maksud Nabi SAW ialah
sahabat secara lughawi (bahasa). Perkara ini boleh difahami melalui sebuah
hadis riwayat Tirmizi yang menceritakan kisah Abdullah bin Ubai yang berkata:
m ~ }|{zl
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
44/76
Menjawab Putar Belit Syiah
44
Maksudnya: Mereka berkata: "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah,
benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah
daripadanya".
Al Munafiqun : 8
Saidina Umar marah terhadap ucapan tersebut lalu meminta izin daripada
Rasulullah SAW untuk membunuhnya.
Maksudnya : Umar ra berkata: Wahai Rasulullah! Biar aku penggal kepala munafik ini.
Nabi SAW bersabda: Biarkan dia, nanti orang ramai akan berkata Muhammad telah
membunuh sahabat-sahabatnya. Berkata salah seorang rawi iaitu Amru bin Dinar,
anaknya Abdullah bin Abdullah bin Ubai telah berkata kepada ayahnya, Jangan kamu
berganjak sehinggalah kamu mengaku bahawa engkaulah yang hina dan Rasulullah
SAW itu mulia, lalu dia melakukan arahan anaknya.
Hadis riwayat Tirmizi.
Kata Abu Isa hadis ini hasan sahih.
Perkataan sahabat dalam hadis ini turut memasukkan Abdullah bin Ubai, ketua orang
munafaik sebagai sahabat.
4. Perlu diketahui syiah memang mengkafirkan para sahabat.
Bagi mereka para sahabat berpaling tadah sebaik kewafatan Rasulullah SAW. Bukankah
Rasulullah SAW seorang pendakwah yang terhebat jika dibandingkan dengan mana-
mana pendakwah di dunia ini? Bukankah baginda adalah seorang murabbi dan muallimterbaik di dunia? Jika itulah gambaran yang diberikan oleh syiah terhadap para sahabat
dan terhadap isteri-isteri nabi, di mana letaknya kehebatan Rasulullah SAW, jika
baginda gagal mendidik sahabat terhampir dengannya seumpama Abu Bakar dan
Umar? Bahkan gagal mendidik para sahabat-sahabat lain sepanjang tempoh 23 tahun?
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
45/76
Menjawab Putar Belit Syiah
45
6-Benarkah Umar RA Menuduh Nabi SAW Nyanyuk?Benarkah Umar Menghalang Nabi Menulis Wasiat Ali Sebagai
Khalifah Selepasnya?Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
.
. .
.
. .
. . . .
.
.Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas ra katanya: Apabila Rasulullah SAW nazak , ketika
itu beberapa orang berada di dalam rumah termasuk Saidina Umar. Nabi SAW bersabda :
Bawakan kepadaku sebuah kitab, aku hendak menulis kepada kamu sesuatu agar kamu
tidak sesat selepasnya. Umar ra berkata: Rasulullah nampaknya sakit tenat sedangkan
di sisi kita ada Al Quran, cukuplah dengan Kitab Allah . Ahlul Bait berbeza pendapat,
sebahagiannya berkata, Bawakan kepada nabi kitab untuk baginda menulis sedangkan
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
46/76
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
47/76
Menjawab Putar Belit Syiah
47
seorang utusan Allah SWT. Begitulah ketika berada di Madinah selama 10 tahun,
Nabi Muhammad SAW telah melaksanakan tugasnya sebagai utusan Allah SWT
dengan cemerlang walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan dan
rintangan.
2. Dari sumber mana syiah tahu bahawa Rasulullah SAW akan mewasiatkankhilafah kepada Ali bin Abi Talib? Sesiapa juga boleh mendakwa Rasulullah akan
mewasiatkan khilafah kepada Abu Bakar atau sahabat-sahabat yang lain. Atau
mungkin ada yang mengatakan bahawa Rasulullah ingin berpesan jangan
melantik Ali sebagai khalifah. Oleh itu tidak ada dalil menyokong pendapat syiah.
3. Tidak ada dalil bahawa Umar yang mengucapkan perkataan tersebut. Apa yangada ialah Umar menyatakan bahawa Rasulullah SAW sakit tenat.
4. Katakan kepada syiah: Bukankah wasiat tentang kekhalifahan Ali telahditerangkan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis seperti yang didakwa oleh
puak syiah antaranya:
- Ali setaraf dengan Harun- Ali wasiku- Hadis Ghadir- Ayat Tabligh- Ayat Maula
Apa perlunya Rasulullah menulis wasiat yang telah jelas dan diketahui oleh
semua orang termasuk Abu Bakar dan Umar?
5. Peristiwa ini berlaku pada hari Khamis dan Rasulullah SAW wafat pada hariIsnin. Jika perkara yang hendak diwasiatkan oleh Rasulullah itu sesuatu perkara
yang wajib dan menjadi kemestian kepada Rasulullah SAW, apakah yang
menghalang baginda untuk menulisnya semasa ketiadaan Umar pada hari
Jumaat, Sabtu, Ahad atau pada pagi Isnin sebelum kewafatan baginda. Ini
menunjukkan bahawa pendapat Umar adalah benar.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
48/76
Menjawab Putar Belit Syiah
48
7-Hadis Nabi Menyamakan Saidina Ali Dengan Nabi Harun asDalam Perang Tabuk Nabi SAW bersabda kepada Saidina Ali:
.
Maksudnya : Wahai Ali apakah kamu tidak reda mempunyai kedudukan di sisiku sama
seperti kedudukan Harun di sisi Musa, cuma tidak ada nabi lagi selepasku.
Riwayat Bukhari
Syiah berhujah bahawa Nabi SAW mengisyaratkan di dalam kata-katanya ini bahawa Ali
adalah khalifah selepas kewafatannya sama seperti Nabi Musa as melantik Nabi Harun
ketika baginda bermunajat kepada Allah swt di gunung Tursina.
Ulasan
1. Kita perlu mengetahui kisah dan apa peristiwa yang berlaku sehingga Nabi SAWmengucapkan kata-kata ini kepada Saidina Ali. Ucapan ini disabdakan oleh Nabi
SAW dalam peristiwa peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9
Hijrah. Nabi SAW telah mengarahkan semua umat Islam keluar menuju ke Tabuk
tanpa kecuali. Saidina Ali ra ditinggalkan oleh Nabi SAW di Madinah untuk
menguruskan ahli keluarganya. Muhammad bin Maslamah dilantik oleh Nabi
SAW sebagai orang yang bertanggungjawab mentadbir Madinah. Akibatnya
orang-orang munafik menuduh Saidina Ali sebagai pengecut dan penakut. Lalu
Saidina Ali mengejar rombongan tentera Tabuk dan berkata:
Maksudnya : Adakah engkau meninggalkan aku bersama kanak-kanak dan
wanita? Lalu Nabi SAW berkata kepadanya untuk mententeramkan Saidina Ali
akibat dari tuduhan jahat yang dilemparkan oleh golongan munafik. Apa yang
diucapkan oleh Nabi SAW?
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
49/76
Menjawab Putar Belit Syiah
49
Maksudnya :Wahai Ali apakah kamu tidak reda mempunyai kedudukan di sisiku
sama seperti kedudukan Harun di sisi Musa, cuma tidak ada nabi lagi selepasku. Riwayat Bukhari
2. Hadis ini sedikit pun tidak mengandungi makna khilafah seperti didakwa olehsyiah. Kata-kata Nabi SAW ini diucapkan oleh baginda kerana sebab tertentu
(iaitu untuk mententeramkan Saidina Ali yang dituduh pengecut dsb) dan
bukannya hendak mengisytiharkan Saidina Ali sebagai khalifah. Bukankah jika
Saidina Ali tidak keluar mendapatkan Rasulullah SAW nescaya baginda tidak
mengucapkan ucapan ini?
3. Kalau kita teliti kedudukan Nabi Harun di sisi Nabi Musa, kita akan dapatibahawa Nabi Harun tidak menggantikan Nabi Musa kerana Nabi Harunsebenarnya telah wafat setahun sebelum Nabi Musa wafat. Oleh itu tertolaklah
hujah syiah yang mendakwa bahawa Nabi SAW melantik Saidina Ali sebagai
penggantinya selepas kewafatannya. Ya, barangkali kita boleh menerima bahawa
Nabi SAW melantik pengganti-penggantinya setiap kali baginda meninggalkan
Madinah untuk memangku urusan pentadbiran di Madinah. Pelantikan ini hanya
bersifat sementara. Antara sahabat yang pernah dilantik oleh Nabi SAW ialah
Abdullah ibnu Ummi Maktum, Muhammad bin Maslamah dll. Oleh itu tidak ada
sebarang keistimewaan bagi Saidina Ali dalam hal pelantikan sebagai pengganti
nabi ketika ketiadaan Nabi SAW kerana sahabat lain pun dilantik oleh baginda.
Bahkan dalam Perang Tabuk sebenarnya yang dilantik oleh Nabi SAW sebagai
penggantinya ialah Muhammad bin Maslamah dan bukannya Saidina Ali. Saidina
Ali hanya dilantik untuk menguruskan hal ehwal ahli keluarganya. Apa yang
berlaku juga bukanlah penghinaan kepada Saidina Ali, kerana Saidina Usman
pun pernah ditinggalkan Nabi SAW dalam perang yang lebih besar iaitu Perang
Badar Al Kubra.
4. Mungkin syiah mendakwa Saidina Ali mempunyai kedudukan yang tinggi yangmelayakkannya dilantik menjadi khalifah berdasarkan hadis ini kerana Nabi
SAW menyamakannya dengan Nabi Harun. Katakan kepada mereka bahawa Nabi
SAW juga pernah menyamakan Saidina Abu Bakar dengan Nabi Ibrahim dan
Nabi Isa dan baginda juga pernah menyamakan Saidina Umar dengan Nabi Musa
dan Nabi Nuh. Bukankah Nabi Ibrahim, Nabi Isa, Nabi Nuh dan Nabi Musa lebih
afdal daripada Nabi Harun?
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
50/76
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
51/76
Menjawab Putar Belit Syiah
51
Maksudnya : Diriwayatkan dari Umar bin Abu Salamah yang berkata, Apabila ayat ini
turun kepada Nabi Muhammad SAW, (Sesungguhnya Allah bermaksud hendak
menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya.(QS
Al Ahzab 33) di rumah Ummu Salamah , Nabi Muhammad SAW memanggil Siti Fatimah,
Hasan dan Husain, lalu Rasulullah SAW menutupi mereka dengan selimut sedang Ali binAbi Thalib ada di belakang Nabi SAW. Nabi SAW pun menutupinya dengan selimut.
Kemudian baginda bersabda Allahumma( ya Allah ) mereka itu Ahlul BaitKu maka
hilangkanlah dosa dari mereka dan sucikanlah mereka sesuci-sucinya. Ummu Salamah
berkata, Dan apakah aku beserta mereka wahai Rasulullah SAW? . Beliau bersabda
Tetaplah kamu di tempat engkau dan engkau berada dalam kebaikan.
Riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini gharib
" :
: )33(
" 2424"
Maksudnya : Daripada Aisyah ra, beliau berkata : Satu pagi, Rasulullah SAW keluar,
padanya terdapat sehelai kain yang diperbuat daripada bulu yang berwarna hitam, lalu
Hasan bin Ali datang. Rasulullah SAW memasukkannya ke dalam kain tersebut kemudian
datang pula Hussein lalu masuk ke dalamnya, kemudian Fatimah ra datang , Rasulullah
SAW memasukkannya ke dalamnya, kemudian datang pula Saidina Ali, lalu Rasulullah
SAW memasukkannya seraya membaca ayat : Hanya sanya Allah swt hendak
menghapuskan dosa kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya.
Riwayat Muslim
Syiah menggunakan ayat ini untuk membuktikan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib,
Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Hussin dan para imam mereka sebagai
maksum dari sebarang dosa dan kesalahan bahkan dari tersalah, tersilap atau terlupa.
Hadis Kisa ( ) adalah bukti benarnya dakwaan mereka dan pada mereka isteri-isteri
nabi tidak termasuk dalam pengertian ayat ini. Hal ini kerana perubahan ganti nama
( ) dalam ayat di atas daripada kepada menunjukkan bahawa isteri-isterinabi terkeluar dari maksud TATHIR yang dikehendaki Allah swt dalam ayat ini.
Penggunaan ( ) menguatkan lagi hujah mereka bahawa isteri-isteri nabi SAW
tidak termasuk dalam AHLUL BAIT yang dimaksudkan dalam AYAT TATHIR.
Ulama Ahlus Sunnah antaranya Ibnu Katsir menjelaskan bahawa maksud sebenar ayat
ini ditujukan secara khusus kepada isteri-isteri nabi. Saidina Ali, Saidatina Fatimah ,
Hasan dan Husin juga termasuk dalam pengertian ayat ini dengan pengertian Hadis
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
52/76
Menjawab Putar Belit Syiah
52
Kisa, bukan seperti pendapat syiah yang mengeluarkan isteri-isteri nabi dan
menggantikannya dengan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin.
Ulasan
1. AHLUL BAIT pada pandangan majoriti ulamak Ahli Sunnah ialah mereka yangdiharamkan menerima sedekah dan zakat. Mereka ialah keturunan Bani Hasyim
dan Bani Mutalib. Ibnul Arabi berpendapat AHLUL BAIT ialah keturunan Nabi
SAW dan para isterinya. Sebahagian ulamak tidak memasukkan isteri-isteri nabi
SAW dalam kalangan AHLUL BAIT. Imam Nawawi dan Imam Mardawi, seorang
ulamak dalam mazhab Hanbali berpendapat AHLUL BAIT ialah semua pengikut
Nabi Muhammad SAW sehingga hari kiamat. Ada juga ulamak yang berpendapat
AHLUL BAIT ialah semua umat Nabi Muhammad SAW yang bertakwa. Pendapat
yang paling kuat ialah pendapat majoriti ulamak ialaitu AHLUL BAIT ialah
mereka yang diharamkan menerima sedekah.10
2. Umat Islam jangan keliru persoalan definisi AHLUL BAIT dan maksud ayat 33surah Al Ahzab. Persoalan di sini ialah perkataan AHLAL BAIT di dalam ayat
merangkumi isteri-isteri nabi SAW atau tidak, bukannya persoalan definisi
AHLUL BAIT yang dijelaskan di atas. Hal ini kerana AHLUL BAIT mempunyai
makna lain selain makna secara istilah. AHLUL BAIT juga membawa makna
orang yang tinggal dalam rumah seseorang. Isteri adalah orang yang tinggal
bersama-sama seseorang di dalam rumahnya.
3. Syiah sebenarnya tidak adil dalam menentukan siapa Ahlul Bait sebagaimana
yang telah dijelaskan. Mereka bukan hanya mengeluarkan isteri-isteri nabi tetapimengeluarkan keluarga Aqil, keluarga Abbas dan keturunan Bani Hasyim dan
Bani Muttalib yang lain tanpa dalil tetapi semata-mata taksub terhadap pendapat
mereka yang batil.
4. Ayat TATHIR sebenarnya bukan satu ayat yang lengkap tetapi sebahagian ataulebih tepat lagi ialah pelengkap ayat 33 Surah Al Ahzab.
5. Para ulamak Ahlus Sunnah menyatakan bahawa konteks ayat ( ) tidak boleh
diabaikan untuk memahami ayat ini bahkan konteks ayat inilah yangmenjelaskan maksud sebenar kepada siapa ayat ini ditujukan. Perhatikan ayat 28
34 Surah Al Ahzab.
10Alul Bait dan Hak Mereka Menurut Syarak, Syeikh Saleh bin Abdullah Darwisy ms 1
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
53/76
Menjawab Putar Belit Syiah
53
m
AFEDCB
SRQPONMLKJIHG
VUTWdcba`_^]\[ZYX
mlkjihgfenqpo
utsrv~}|{zyxw
l: -
Maksudnya : Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian
mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, Maka marilah supaya kuberikan
kepadamu mut'ah dan Aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu
sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di
negeri akhirat, Maka Sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat
baik diantaramu pahala yang besar. Hai isteri-isteri nabi, siapa-siapa di antaramu
yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan di lipat gandakan
siksaan kepada mereka dua kali lipat. dan adalah yang demikian itu mudah bagi
Allah. Dan barang siapa diantara kamu sekalian (isteri-isteri Nabi) tetap taat
kepada Allah dan rasul-Nya dan mengerjakan amal yang saleh, niscaya kami
memberikan kepadanya pahala dua kali lipat dan kami sediakan baginya rezki
yang mulia. Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain,
jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga
berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah
perkataan yang baik, Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah
kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
54/76
Menjawab Putar Belit Syiah
54
Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya.
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai
ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa
yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu).
Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.
Semua perbincangan ayat ini merujuk kepada isteri nabi, maka mustahillah isteri
nabi terkeluar daripada pengertian ayat-ayat ini. Peralihan ganti nama bukan
kunci mutlak membenarkan pendapat syiah. Perhatikan ayat 71-73 Surah Hud di
bawah :
mBA
RQPONMLKJIHGFEDC_^]\[ZYXWVUTSl
:-
Maksudnya : Dan isterinya berdiri (dibalik tirai) lalu dia tersenyum, Maka kami
sampaikan kepadanya berita gembira tentang (kelahiran) Ishak dan dari Ishak
(akan lahir puteranya) Ya'qub. Isterinya berkata: "Sungguh mengherankan,
apakah Aku akan melahirkan anak padahal Aku adalah seorang perempuan tua,
dan Ini suamikupun dalam keadaan yang sudah tua pula?. Sesungguhnya Ini
benar-benar suatu yang sangat aneh."
Para malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah?
(Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, Hai
ahlulbait!Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah."
Perkataan Ahlul Bait di sini merujuk kepada keluarga Nabi Ibrahim secarakhusus iaitu Sarah, isteri Nabi Ibrahim as.
Bahkan ayat sebelum dan juga selepasnya juga masih merujuk kepada isteri-
isteri nabi.
6. Dr Wahbah Zuhaili menukilkan pendapat para ulamak Ahli Sunnah tentangperkataan AHLUL BAIT di dalam ayat ini:
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
55/76
Menjawab Putar Belit Syiah
55
: : :
. .
: . :
Maksudnya: AHLUL BAIT NABI ialah isteri-isterinya dan kaum kerabatnya.
Antara mereka ialah keluarga Abbas dan bapa-bapa saudaranya yang lain, begitu
juga sepupu-sepupunya. Imam Ar Razi berkata: Lebih utama dikatakan, mereka
ialah anak-anaknya dan isteri-isterinya. Hasan, Husin dan Ali adalah sebahagian
daripada mereka kerana dia sebahagian daripada ahli keluarganya. Ini
disebabkan pergaulannya sebagai suami Fatimah anak perempuan Nabi SAW
dan beliau selalu bersama Nabi SAW dalam kehidupannya.
Hal ini jelas dari lafaz dan konteks ayat tersebut. Ayat ini ditujukan kepada isteri-
isteri nabi SAW dari permulaan hingga akhir ayat.
Imam Qurtubi berkata: Yang jelasnya ayat ini merangkumi semua AHLUL BAIT
sama ada isteri dan lain-lain. Perkataan digunakan kerana RasulullahSAW, Saidina Ali, Saidina Hasan dan Saidina Husin berada bersama-sama mereka.
Apabila berhimpun MUZAKKAR 11 dan MUANNAS , dilebihkan penggunaan
MUZAKKAR. Ayat ini menunjukkan isteri-isteri nabi SAW sebahagian daripada
AHLUL BAIT kerana ayat ini diturunkan untuk mereka, ditujukan untuk mereka.
Dan konteks ayat menjelaskan perkara ini 12
7. Bukti bahawa ayat ini tidak ditujukan kepada Ashab Kisa (Saidina Ali, Fatimah,Hasan dan Hussain) bahkan sebaliknya ditujukan khusus kepada isteri-isteri
nabi SAW ialah intipati Hadis Kisa itu sendiri. Bukankah Nabi SAW memanggil
mereka dan berdoa kepada Allah swt Ya Allah mereka ini adalah Ahli Baitku, Ya
11Ganti diri MUZAKKAR ialah ganti diri untuk lelaki dan MUANNAS ialah ganti diri untuk perempuan.
12Tafsir Al Munir, ayat 33 Surah Al Ahzab.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
56/76
Menjawab Putar Belit Syiah
56
Allah hilangkanlah daripada mereka kekotoran (dosa)? Sekiranya ayat ini
ditujukan kepada mereka, apa perlunya Nabi SAW berdoa sedemikian rupa?
Padahal Allah swt telah memberitahu bahawa mereka telah disucikan daripada
kekotoran (dosa). Yang sebenarnya perbuatan Nabi SAW adalah kerana ayat ini
ditujukan kepada isteri-isterinya dan Nabi SAW ingin memasukkan Saidina Ali,Fatimah, Hasan dan Hussain juga dalam kalangan mereka yang disucikan Allah
swt. sepertimana yang difahami oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
: :
. Maksudnya: Imam Baidawi berkata : Pendapat syiah yang mengkhususkan
perkataan AHLUL BAIT hanya kepada Fatimah, Ali dan kedua-dua anak mereka
adalah pendapat yang lemah. Begitu juga berhujah bahawa mereka maksum dan
hujah bahawa IJMAK mereka adalah hujah adalah pendapat yang lemah. Hal ini
kerana pengkhususan terhadap mereka tidak sesuai dengan konteks ayat sebelum
dan selepasnya. Hadis Abaah (Hadis Kisa) yang mana Nabi SAW telah
memasukkan Fatimah, Ali dan kedua-dua anaknya ke dalam kainnya hanya
menunjukkan mereka adalah termasuk dalam kalangan AHLUL BAIT dan
bukannya bermaksud orang lain bukan daripada AHLUL BAIT.13
8. Hadis Kisa seperti yang dijelaskan telah diriwayatkan oleh Aisyah RA dandirekodkan oleh Muslim. Pelik tetapi benar!!! Walaupun syiah mencela dan
menghina Aisyah tetapi mereka terpaksa menggunakan hadis yang diriwayatkan
oleh Aisyah As Siddiqah untuk membenarkan ketaksuban mereka.
9. Seperkara lagi yang pelik dan ajaib ialah kenapa syiah beriya-iya menggunakanHadis Kisa yang diriwayatkan oleh ulamak Ahlus Sunnah sedangkan mereka pun
mempunyai Hadis Kisa tersendiri yang tidak masuk akal dan meloyakan bagi
sesiapa yang membacanya. Hadis tersebut sangat panjang dan sesiapa pun pastidapat mencium kepalsuannya. Hadis tersebut berbunyi:
( ) ( : ( ( ):
13
Tafsir Al Munir Tafsir ayat 33 Surah Ahzab.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
57/76
Menjawab Putar Belit Syiah
57
( : : ( : : :
. : : :
: ( ( : :
.
) ) : : :
) : ( ( : (
: : :
. : : :
. :
:
:
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
58/76
Menjawab Putar Belit Syiah
58
. :
: : :
:. : :
:
: ..:
: :) ) :
) ) : . : ( (
(
: ( " "
Ringkasannya : Rasulullah SAW datang ke rumah Fatimah mengadu rasa lemah dan
meminta Fatimah menyelimutnya dengan kain Kisa Yamani. Kemudian Saidina Hasan
datang meminta izin untuk berada bersama-sama di bawah kisa tersebut lalu diizinkan
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
59/76
Menjawab Putar Belit Syiah
59
oleh Rasulullah SAW. Kemudian datang Saidina Husin, kemudian Saidina Ali. Seterusnya
Fatimah pula meminta izin dan diizinkan oleh baginda. Lalu Rasulullah membaca ayat
Tathir. Seterusnya Allah swt membuat pengumuman kepada seluruh malaikat di langit
bahawa Allah swt tidak mencipta alam ini melainkan kerana kasih sayangnya kepada 5
orang yang berada di bawah Kisa Nabi. Jibril yang teruja dengan firman Allah swtmeminta izin kepada Allah swt untuk turun ke bumi dan berada di bawah kisa bersama
dengan nabi dan ahli baitnya lalu diizinkan oleh Allah swt. Jibril pun turun dan meminta
izin daripada Rasulullah SAW lalu diizinkan oleh baginda. Maka Jibril pun masuk ke
bawah kain kisa bersama-sama Rasulullah, Fatimah, Ali, Hasan dan Husin. Di akhir
kisah panjang ini, Rasulullah menerangkan fadilat menceritakan kisah ini. Orang yang
menyebutkan kisah ini di mana-mana tempat akan dilepaskan dari kesulitan dan
kesusahan dan akan tertunai hajatnya. Saidina Ali menyahut Kalau begitu kita telah
berjaya dan berbahagia begitu juga syiah kita, mereka juga berjaya dan berbahagia di
dunia dan akhirat.
Hadis ini diriwayatkan dengan sanad yang sahih dalam kitab Awalim Al ulum.14
Nilailah sendiri hadis ini dengan akal yang waras. Wahai syiah gunalah Hadis Kisa
kamu sendiri dan tak perlulah sibuk-sibuk menggunakan Hadis Kisa yang diriwayatkan
oleh ulamak sunni?!!! Bukankah kamu menolak Bukhari, Muslim dan semua hadis-hadis
yang diriwayatkan oleh ulamak sunni?
10.Ayat Tathir juga dijadikan hujah untuk menyatakan kemaksuman Saidina Ali, Fatimah,Hasan, Husin dan imam-imam berikut sehingga yang ke 12. Hujah mereka ialah teks
ayat:
$y)!$#|=96t}_h9$#r&Mt79$#/.tdsu#Zs?
(Allah hendak menghilangkan daripada kamu Ar Rijs wahai Ahlul Bait dan
mensucikan kamu sesuci-sucinya)
Kata mereka ayat ini dengan jelas menunjukan Allah mensucikan mereka, maka
selayaknya mereka menjadi maksum dengan penegasan ayat dan Hadis Kisa.
Sekiranya benar dakwaan syiah, sudah tentulah yang menjadi maksum bukan hanya
Saidina Ali, Saidatina Fatimah, Hasan dan Husin bahkan semua isteri nabi juga akan
turut menjadi maksum kerana ayat ini diturunkan untuk mereka. Perkara yang paling
aneh ialah bagaimana Imam 12 bermula daripada Imam yang ke 4 hingga ke 12 boleh
termasuk dalam ayat ini, sedangkan mereka bermati-matian berhujah dengan
penggunaan ( ) untuk mengeluarkan isteri-isteri nabi SAW? Bagaimana pula
14Fikirkan! Hadis yang palsu seumpama ini pun dikatakan sahih sanadnya.
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
60/76
Menjawab Putar Belit Syiah
60
secara tiba-tiba 9 orang imam yang tidak disebutkan di dalam ayat boleh termasuk
dalam kalangan mereka yang maksum?
9-Ayat Wilayahml
:
Maksudnya : Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka
tunduk (kepada Allah).
Syiah menterjemahkan ayat ini dengan sedikit kelainan.
Maksudnya : Sesungguhnya pemimpin kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-
orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat ketika mereka
sedang rukuk.
Surah Al Maidah : 55
Ibnu Kathir menukilkan beberapa hadis berkenaan kisah Saidina Ali mengeluarkan
zakat ketika sedang rukuk antaranya:
--:
" " : . : " " :6: ( " : : " " : . (
} : : ."{
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
61/76
Menjawab Putar Belit Syiah
61
Maksudnya : Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada sumber Muhammad bin Saib Al
Kalbi daripada Abi Saleh daripada Ibnu Abbas katanya : Rasulullah keluar ke masjid.
Ketika itu orang ramai sedang solat, ada yang sedang rukuk, sujud, berdiri dan duduk.
Tiba-tiba datang seorang miskin meminta sedekah. Rasulullah masuk ke masjid pada
ketika itu lalu berkata : Ada sesiapa yang memberi sesuatu kepada engkau? Jawab lelakiitu, Ya, Nabi bertanya, siapa?, lelaki yang sedang berdiri itu. Rasulullah bertanya ,
Dalam keadaan apa dia memberikan kepada kamu? Dalam keadaan rukuk. Kata
Rasulullah, Itulah Ali bin Abi Talib, Lalu Rasulullah bertakbir dan membaca ayat di atas.
Syiah menganggap ayat ini sebagai dalil naqli pelantikan Saidina Ali sebagai khalifah
selepas kewafatan Rasulullah SAW. Hal ini kerana penurunan ayat ini berkaitan dengan
Saidina Ali yang memberikan zakat ketika rukuk dalam solat kepada seorang yang
meminta sedekah semasa beliau sedang solat.
Ulasan
1. Ayat ini tidak menyebut nama Saidina Ali langsung. Oleh itu syiah sebenarnyatidak mempunyai dalil pelantikan Saidina Ali melalui ayat ini tetapi mereka
menggunakan hadis yang diriwayatkan ketika mentafsirkan ayat ini.
2. Kisah ini sebenarnya tidak benar dan bertentangan dengan logik akal yangsempurna. Ibnu Kathir berkata:
Maksudnya : Tidak sahih satu pun hadis-hadis berkaitan perkara ini, kerana
sanad-sanadnya lemah dan perawi-perawinya tidak dikenali.
3. Saidina Ali ra sebenarnya seorang yang miskin semasa hayat Nabi SAW danseorang yang miskin tidak diwajibkan zakat. Kisah ini bertentangan dengan
keadaan sebenar hidup Saidina Ali ra.
4. Yang mana lebih baik, orang yang hendak membayar zakat mencari penerimazakat atau menunggu orang miskin datang meminta zakat? Kisah ini tidak
menggambarkan kebaikan Saidina Ali sebaliknya menggambarkan kekuranganbeliau kerana menunggu hingga orang miskin datang kepadanya.
5. Kalaulah benar kisah ini, sepatutnya orang miskin itu menunggu orang yangsedang solat selesai barulah menyatakan hajatnya dan bukannya meminta
sesuatu kepada orang yang sedang solat. Tidakkah pelik orang miskin itu berkata
7/22/2019 Menjawab Putar Belit Syiah
62/76
Menjawab Putar Belit Syiah
62
kepada Saidina Ali yang sedang solat, Wahai Ali aku ini orang susah berilah
sedekah kepada aku fikirkanlah!
6. Tidak ada mana-mana ulamak yang menyatakan bahawa sunat hukumnya
Recommended