View
337
Download
14
Category
Preview:
DESCRIPTION
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Citation preview
MORFOLOGIBandar Kuala Terengganu
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
Semenanjung Malaysia
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Disember 2009
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
i
PERKARA M/S
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kuala Terengganu
1.2 Sejarah Pembentukan Nama Kuala Terengganu
1
2
7
2.0
ZAMAN PRAPENJAJAHAN (1100-1900)
2.1 Pendahuluan
2.2 Pembentukan Awal Kuala Terengganu
2.3 Pentadbiran Terengganu Zaman Prapenjajahan
2.3.1 Zaman Pentadbiran Awal
2.3.2 Sejarah Kesultanan Kerajaan Negeri
Terengganu
2.4 Kuala Terengganu Sebagai Pusat Perdagangan
2.5 Kedatangan Islam
2.6 Kedatangan Pedagang China-Kewujudan Kampung
Cina
2.7 Struktur Awal Pusat Bandar Kuala Terengganu
2.7.1 Aspek Sosio-politik dan Ekonomi
2.7.2 Aspek fizikal
2.7.3 Reka bentuk Pusat Bandar
2.8 Rumusan
9
9
9
13
13
15
18
19
21
25
26
29
30
31
3.0 ZAMAN SEBELUM MERDEKA (1901-1956)
3.1 Pendahuluan
3.2 Penaklukan Kuasa Luar
3.2.1 Campur Tangan Pihak British (1909-1957)
3.2.2 Zaman Penaklukan Jepun (1942-1945)
3.3 Pentadbiran dan Perancangan Bandar Kuala
Terengganu
3.3.1 Dewan Undangan Negeri
3.3.2 Pentadbiran Peringkat Daerah
3.4 Perkembangan Bandar Kuala Terengganu
3.4.1 Aktiviti Perdagangan
3.4.2 Institusi Pentadbiran
3.4.3 Profil Pusat Bandar
3.4.4 Kawasan Kediaman
3.4.5 Sistem Jalan raya
3.5 Perkembangan Sosial dan Ekonomi
3.5.1 Penduduk Kuala Terengganu
3.5.2 Asas Ekonomi
3.6 Rumusan
32
32
33
33
34
35
35
36
36
37
38
41
42
44
46
46
47
49
4.0
ZAMAN SELEPAS MERDEKA (1957-2009)
4.1 Pendahuluan
4.2 Pentadbiran dan Perancangan Bandar Kuala
Terengganu
4.2.1 Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
4.2.2 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
4.2.3 Perancangan Bandar Kuala Terengganu
4.3 Perkembangan dan Aliran Pembangunan Bandar
50
50
50
50
55
56
57
I S I K A N D U N G A N
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ii
4.3.1 Perkembangan Bandar Secara Berpusat
4.3.2 Pertumbuhan Bandar
4.4 Perkembangan Guna Tanah Kuala Terengganu
4.4.1 Serakan Kawasan Tepu Bina
4.4.2 Pengurangan Kawasan Hijau
4.4.3 Perubahan Guna Tanah Utama Kuala
Terengganu
4.5 Penyediaan Kemudahan dan Infrastruktur
4.5.1 Kemudahan Pengangkutan dan Lalulintas
4.5.2 Sistem Saliran dan Pengairan
4.6 Pusat Bandar dan Pusat Petempatan
4.6.1 Guna Tanah Pusat Bandar
4.6.2 Sistem Sirkulasi Pusat Bandar
4.6.3 Profil Pusat Bandar
4.6.4 Pusat Petempatan Lain
4.7 Pentadbiran Tanah Kuala Terengganu
4.7.1 Nilai dan Pemilikan Tanah
4.8 Struktur Sosial dan Ekonomi Kuala Terengganu
4.8.1 Corak Agihan Penduduk (Taburan Penduduk)
4.8.2 Struktur Umur Penduduk
4.8.3 Asas Ekonomi
60
62
66
66
71
74
97
97
102
104
104
113
117
120
121
125
126
127
130
132
5.0 KESIMPULAN
5.1 Arah Tuju dan Perkembangan Bandar Kuala
Terengganu
5.2 Perancangan Pembangunan Kuala Terengganu
5.3 Penutup
133
133
135
137
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
iii
Jadual 1.0
Jadual 1.1
Jadual 2.0
Jadual 3.1
Jadual 3.2
Jadual 4.1
Jadual 4.2
Jadual 4.3
Jadual 4.4
Jadual 4.5
Jadual 4.6
Jadual 4.7
Jadual 4.8
Jadual 4.9
Jadual 4.10
Jadual 4.11
Jadual 4.12
Jadual 4.13
Jadual 4.14
Jadual 4.15
Jadual 4.16
Jadual 4.17
Jadual 4.18
Jadual 4.19
Jadual 4.20
Jadual 4.21
Jadual 4.22
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Daerah dalam Negeri Terengganu mengikut
Keluasan
Topografi Kuala Terengganu
Turutan Pentadbiran Kesultanan Negeri
Terengganu
Taburan dan Gaya Senibina Bangunan Rumah
Kedai Sebelum Perang di Kuala Terengganu
Jumlah Penduduk Terengganu Mengikut Kaum
Bilangan Kakitangan Penguasa Tempatan Kuala
Terengganu, 1979
Keluasan dan kepadatan penduduk Daerah
Kuala Terengganu mengikut mukim, 2007
Rancangan Pemajuan bagi Kuala Terengganu
Koridor Pembangunan, 2009
Perubahan Tepu Bina Bandar
Keluasan kawasan Tepu Bina Bandar Tahun 2009
Pecahan Guna Tanah Pembangunan Komited
Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009
Perubahan Kawasan Hijau Daerah Kuala
Terengganu
Keluasan kawasan hijau Daerah Kuala
Terengganu, 2009
Perubahan Guna Tanah Daerah Kuala
Terengganu
Pecahan Guna Tanah Semasa Daerah Kuala
Terengganu Tahun 2009
Taburan Kategori Perumahan Di Daerah Kuala
Terengganu Tahun 2007
Guna Tanah Pertanian dan Perhutanan di
Daerah Kuala Terengganu Tahun 2007
Hierarki Jalan
Hierarki Semasa Pusat Petempatan
Jadual Purata nilai tanah
Migrasi antara daerah dalam negeri mengikut
daerah pentadbiran negeri Terengganu, 1986-
1991 dan 1995-2000
Penduduk mengikut mukim
Penduduk mengikut mukim Tahun 2008
Struktur Umur Penduduk
Bilangan Penduduk Mengikut Etnik Tahun 1980-
2007 bagi Daerah Kuala Terengganu
Bilangan Penduduk Mengikut Jantina Tahun 1980-
2007 bagi Daerah Kuala Terengganu
3
7
18
41
47
51
55
57
59
66
70
71
71
72
75
76
83
87
98
121
125
127
128
129
130
131
131
S E N A R A I J A D U A L
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
iv
Rajah 1.0
Rajah 1.1
Rajah 1.2
Rajah 2.0
Rajah 2.1
Rajah 2.2
Rajah 2.3
Rajah 2.4
Rajah 2.5
Rajah 2.6
Rajah 2.7
Rajah 2.8
Rajah 2.9
Rajah 2.10
Rajah 2.11
Rajah 2.12
Rajah 2.9
Rajah 2.10
Rajah 3.1
Rajah 3.2
Rajah 3.3
Rajah 4.1
Rajah 4.2
Rajah 4.3
Rajah 4.4
Rajah 4.5
Rajah 4.6
Rajah 4.7
Rajah 4.8
Rajah 4.9
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Fasa Kronologi Kajian Morfologi Kuala Terengganu
Mukim Dalam Daerah Kuala Terengganu
Profil Umum Topografi Kuala Terengganu
Peta lama yang dilukis oleh Wu Pei Chih
Peta menunjukkan nama negeri menurut Wang
Ta-Yuan dalam tahun 1943, antaranya Ting-Chia
Lu (Terengganu)
Siri Masa pentadbian Zaman Pra Penjajahan
Terengganu salah sebuah jajahan takluk Srivijaya
Tempat bersemayam Sultan Zainal Abidin I
sebelum berpindah ke Kuala Terengganu
Bunga emas yang diberi sebagai tanda
persahabatan disalah ertikan sebagai pemberian
ufti kepada kerajaan Siam
Peta tempat terjumpanya batu bersurat
Laluan Sutera Maritim
Laluan Pelayaran Sutera Maritim yang digunakan
oleh Pedagang Cina
Petempatan Awal Orang Hokkien di Kuala
Terengganu
Arah Penghijrahan Penduduk Cina Ke Kuala
Terengganu
Lakaran Kubu Kompleks Istana Sultan Mansur II
yang dibina di atas tapak Istana Maziah pada
kurun ke-18
Pemandangan kubu Kompleks Istana Maziah
daripada Bukit Puteri menunjukkan persekitaran
kawasan istana, Masjid Abidin dan kawasan
Kampung
Interaksi di antara kawasan istana dan
komponen/gunatanah lain
Pembangunan rumah kedai di Bandar Kuala
Terengganu Sebelum Merdeka
Perkembangan Bandar Kuala Terengganu
Rangkaian jalan raya di Kuala Terengganu
Kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu,
1979
Perubahan Sempadan kawasan Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu
Corak Perkembangan Bandar Mengikut Jalan
Utama
Corak Perkembangan bandar Kuala Terengganu
secara berpusat
Corak Perkembangan Tepubina di Sepanjang
Jalanraya Utama dari Tahun 1955-2009
Zon Perancangan Am Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu 1979
Taburan Kawasan Tepubina Daerah Kuala
Terengganu dari Tahun 1955-2009
Taburan Kawasan Hijau Daerah Kuala Terengganu
dari Tahun 1955-2009
Guna Tanah Daerah Kuala Terengganu Tahun
1
4
6
10
11
13
14
16
17
20
21
22
23
24
27
30
31
37
43
45
52
54
58
60
63
65
69
73
S E N A R A I R A J A H
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
v
Rajah 4.10
Rajah 4.11
Rajah 4.12
Rajah 4.13
Rajah 4.14
Rajah 4.15
Rajah 4.16
Rajah 4.17
Rajah 4.18
Rajah 4.19
Rajah 4.20
Rajah 4.21
Rajah 4.22
Rajah 4.23
Rajah 4.24
Rajah 4.25
Rajah 4.26
Rajah 4.27
Rajah 4.28
Rajah 4.29
Rajah 4.30
Rajah 4.31
Rajah 4.32
Rajah 4.33
Rajah 4.34
Rajah 4.35
Rajah 4.36
Rajah 5.1
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
1955
Guna Tanah Daerah Kuala Terengganu Tahun
1973
Guna Tanah Daerah Kuala Terengganu Tahun
1980
Guna Tanah Daerah Kuala Terengganu Tahun
1997
Guna Tanah Daerah Kuala Terengganu Tahun
2009
Perubahan Guna Tanah Kediaman di Kuala
Terengganu (1955, 1973, 1980, 1997 dan 2003)
Pertumbuhan Bilangan Rumah di Kuala
Terengganu dari Tahun 1955-2009
Guna Tanah Kediaman di Daerah Kuala
Terengganu dari tahun 1955-2009
Perubahan Guna Tanah Pertanian di Kuala
Terengganu (1955, 1973, 1980, 1997 dan 2003)
Guna Tanah Pertanian di Daerah Kuala
Terengganu dari Tahun 1955-2009
Perubahan Guna Tanah Perdagangan di Kuala
Terengganu (1955, 1973, 1980, 1997 dan 2003)
Perubahan Guna Tanah Perniagaan di Daerah
Kuala Terengganu dari Tahun 1955-2009
Perubahan Guna Tanah Industri di Kuala
Terengganu (1955, 1973, 1980, 1997 dan 2009)
Guna Tanah Perindustrian di Daerah Kuala
Terengganu dari Tahun 1955-2009
Jaringan Jalanraya Daerah Kuala Terengganu
Tahun 2009
Perkembangan jaringan jalan di Kuala
Terengganu dari tahun 1973 sehingga tahun 2009
Sistem Saliran, Parit dan Tali Air Tahun 2009
Zon Tumpuan dalam Pusat Bandar Kuala
Terengganu Pada Tahun 2009
Perkembangan Guna Tanah Pusat Bandar Kuala
Terengganu (1955 & 1997)
Perkembangan Guna Tanah Pusat Bandar Kuala
Terengganu (1980 & 1973)
Perkembangan Guna Tanah Pusat Bandar Kuala
Terengganu (2003)
Gunatanah Pusat Bandar Kuala Terengganu
Tahun 2009
Komponen Utama Pusat Bandar Kuala
Terengganu 2009
Sirkulasi Jalan Pusat Bandar Kuala Terengganu
Pada Tahun 2009
Perkhidmatan Kemudahan Pengangkutan Awam
di daerah Kuala Terengganu Tahun 2009
Hierarki Pusat Petempatan Daerah Kuala
Terengganu Pada Tahun 1991
Hierarki Pusat Petempatan Daerah Kuala
Terengganu Pada Tahun 1997
Hierarki Pusat Petempatan Daerah Kuala
Terengganu Pada Tahun 2009
Arah Tuju Pembangunan Daerah Kuala
Terengganu
77
78
79
80
81
82
83
84
85
89
90
92
93
96
99
100
103
106
107
108
109
110
111
115
116
122
123
124
134
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
vi
Foto 1.0
Foto 1.1
Foto 2.0
Foto 2.1
Foto 2.2
Foto 2.3
Foto 2.4
Foto 2.5
Foto 3.1
Foto 3.2
Foto 3.3
Foto 3.4
Foto 3.5
Foto 3.6
Foto 3.7
Foto 3.8
Foto 3.9
Foto 3.1o
Foto 3.11
Foto 4.1
Foto 4.2
Foto 4.3
Foto 4.5
Foto 4.6
Foto 4.7
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Kedudukan Kuala Terengganu di Muara Sungai
Terengganu
Sungai Terengganu Mati yang kini sudah
ditenggelami oleh Tasik Kenyir
Pemandangan Kampung Tanjung Teluk Kuala
Terengganu di tahun 20an
Pelabuhan Terengganu terkenal dengan aktiviti
perdagangan
Penemuan batu bersurat menunjukkan bukti
penyebaran agama Islam di Terengganu
Kampong Tanjung - Muara sungai Terengganu
diawal tahun 20an
Istana Hijau yang dibina menggantikan Kompleks
Sultan Mansur II
Istana Maziah dibina pada tahun 1885 bagi
menggantikan Istana Hijau yang telah terbakar
D.Y.M.M. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
bersama pembesar tentera Jepun pada tahun
1942
Kawasan Perdagangan Jalan Paya Bunga
Sultan Sulaiman merasmikan mahkamah
Terengganu di tahun 30an
Pejabat Pos telah dibina sekitar tahun 1920-an
Pejabat Jam Besar mula digunakan pada 1925
yang menempatkan pelbagai pejabat kerajaan
Pejabat Setiausaha Kerajaan di Cerung Lanjut
yang juga merupakan Dewan Undangan Negeri
Terengganu
Perkampungan atas air (Kampung Cina) dan
perkampungan tradisional antara jenis kediaman
yang terdapat di Kuala Terengganu
Jalan denai menggunakan papan merentasi
kawasan paya sekitar awal 1910an dan jalan
tanah sebelum merdeka
Penduduk tempatan membawa hasil pertanian
dan getah untuk dijual di Kuala Terengganu
(Ogos, 1963)
Penduduk Terengganu menyertai penanaman
pokok getah seluas 2,780 ekar di bawah Skim
Pembangunan Tanah Persekutuan di Belara, Kuala
Terengganu (Mei 1964)
Penduduk Terengganu menjalankan aktiviti
menenun
Bandaraya Kuala Terengganu
Pembangunan di Bandar Kuala Terengganu
Zon 1 - Pusat bandar Kuala Terengganu sebagai
pusat perniagaan, perkhidmatan dan institusi
Keadaan Pembangunan di Zon 1 pada masa kini
Pembangunan rumah kedai di Pusat Bandar Kuala
Terengganu kini (2009)
Pembangunan yang pesat menjadi faktor kepada
pertambahan kawasan tepu bina
5
8
12
19
20
26
28
29
35
38
39
39
40
40
42
44
48
48
49
56
59
61
62
64
67
S E N A R A I F O T O
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
vii
Foto 4.8
Foto 4.9
Foto 4.10
Foto 4.11
Foto 4.12
Foto 4.13
Foto 4.14
Foto 4.15
Foto 4.16
Foto 4.17
Foto 4.19
Foto 4.20
Foto 4.21
Foto 4.22
Foto 4.23
Foto 4.24
Foto 4.25
Foto 5.1
Foto 5.2
Foto 5.3
Foto 5.4
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Pembangunan kawasan perumahan di Kuala
Terengganu
Pembangunan gunatanah untuk aktiviti
pelancongan dan perdagangan yang
menyumbang kepada peningkatan kawasan
tepubina
Gunatanah pertanian mendominasi gunatanah di
Kuala Terengganu
Gunatanah institusi
Kaedah pertanian secara tradisional sebelum
tahun 1980an
Tanaman kelapa sawit dan getah antara aktiviti
pertanian utama di Kuala Terengganu
Pembinaan bangunan komersial baru
mengantikan bangunan kedai yang telah usang
Perusahaan industri kecil sederhana oleh
penduduk Kuala Terengganu
Kilang benang bulu di Gong Badak, Kuala
Terengganu
Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Pembinaan jambatan konkrit menggantikan
perkhidmatan feri di Sungai Terengganu
Kejadian banjir di Jalan Pasar Payang pada tahun
70an
Bangunan Pentadbiran Negeri Terengganu
(Wisma Negeri)
Bangunan Wisma Darul Iman
Bangunan Istana Maziah
Senibina bangunan yang bercirikan Awal Kolonial
yang masih kekal sehingga kini
Kuala Terengganu dulu dan kini
Taman Tamadun Islam
Bazaar Warisan
Penganjuran Piala Monsun di Kuala Terengganu
Penginapan berkelas tinggi di Pulau Duyong
68
70
74
76
85
86
90
94
95
98
101
102
112
113
117
118
119
135
135
136
137
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
PENGENALAN
Morfologi bandar merupakan kajian sistematik mengenai bentuk, pelan,
struktur dan fungsi fabrik bandar serta asal usul dan cara bagaimana fabrik ini
berubah mengikut masa (Clark, 1985; Small & Witherick, 1986; Goodall, 1987).
Konsep dan penggunaan morfologi bandar sebenarnya telah mengalami
evolusinya sendiri, dari huraian secara deskriptif (Katiman, 1988) kepada
analisis yang menekankan reka bentuk bandar yang dikritik kerana
mengabaikan konteks ekonomi, politik dan budaya (Madanipour, 1996).
Kebelakangan ini, kajian morfologi dianggap berguna sekiranya dapat
menyumbang kepada pemahaman mengenai kaedah kontemporari alam
binaan terhasil, diguna dan dihargai (Healey, 1988). Walau bagaimanapun,
kajian morfologi memerlukan data yang komprehensif bagi menterjemah
perkembangan bandar yang bukan sahaja menekankan keadaan fizikal
tetapi juga harus dilihat dalam konteks ekonomi, politik dan budaya.
Bagi negara di Asia Tenggara, perbandaran masih lagi boleh dianggap
sebagai sesuatu yang baru (Katiman, 1988) berbanding Asia Timur atau
Eropah. Para pengkaji seperti McGee (1967 dan 1971), dan Breese (1969)
telah membahagikan proses perbandaran di Asia Tenggara kepada tahap
tertentu, iaitu perbandaran kaum pribumi, perbandaran pada zaman
penjajahan, perbandaran selepas perang dan perbandaran selepas 1970an.
Bagi kajian ini, maklumat yang didapati sangat berkait dengan dasar/polisi
dan pelan-pelan pembangunan yang telah dihasilkan khususnya setelah
Kuala Terengganu menerima pakai Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976.
Maklumat mengenai perkembangan bandar sebelum itu secara relatifnya
tidak banyak diperolehi justeru analisis banyak menggunakan interpolasi data
yang ada. Bagi kajian ini, morfologi bandar dijelaskan melalui 3 fasa bermula
dari sebelum abad ke 19 iaitu Zaman Prapenjajahan (1100 hingga 1900),
Zaman Pra-Merdeka (1901 sehingga 1970) dan Zaman Selepas Merdeka (1971
sehingga kini) seperti Rajah 1.0.
1.0 PENGENALAN
Fasa 1
Zaman
Prapenjajahan
Fasa 2
Zaman Pra- Merdeka
Fasa 3
Zaman Selepas Merdeka
(1100 hingga 1900) (1901 hingga 1970)
(1971 hingga kini)
Rajah 1.0 : Fasa Kronologi Morfologi Kuala Terengganu
1
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
PENGENALAN
Bagaimanapun setiap fasa tidak memberi penekanan aspek-aspek
perbandaran yang sama, sebagai contoh, perubahan guna tanah lebih fokus
dalam tahun selepas merdeka sementara perkembangan pusat bandar turut
mengambilkira tahun sebelumnya. Selain batasan maklumat, pembahagian
fasa dikenal pasti kerana sumbangan signifikan dari segi perkembangan
bandar yang berlaku dalam tempoh masa fasa tersebut.
1.1 Latar Belakang Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman ialah sebuah negeri yang luasnya lebih kurang 12,956
km persegi, terletak di antara negeri Kelantan di sebelah utara dan barat laut
dengan negeri Pahang di sebelah selatan dan barat daya. Manakala di
sebelah timur pula adalah Laut China Selatan.
Bandar Kuala Terengganu terletak di bahagian timur laut Semenanjung
Malaysia. Ianya merupakan pusat pertumbuhan utama yang kedua di Pantai
Timur selepas Bandaraya Kota Bharu. Kuala Terengganu terletak 230 km dari
Kota Bharu, 220 km dari Kuantan, 450 km dari Kuala Lumpur, 500 km dari Pulau
Pinang, 1,350 km dari Bangkok, 900 km dari Phnom Penh, 2,000 km dari Hanoi,
900 km dari Kuching, 1,200 km dari Bandar Seri Begawan dan 1,350 km dari
Kota Kinabalu.
Kuala Terengganu mudah di akses menerusi jalan darat dan udara hanya dari
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, menerusi jalan darat dari Bangkok dan Kota
Bharu (utara), Kuantan (selatan) dan Ipoh (barat).
Pada masa ini (2009) Kuala Terengganu boleh dihubungkan melalui Laluan
Persekutuan 3 dari Marang dan Laluan Persekutuan 14 dari Kuala Berang.
Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 yang menghubungkan Kuantan dan Kuala
Terengganu yang sedang di dalam peringkat pembinaan dijangka siap pada
tahun 2011. Oleh itu aksessibiliti ke Bandar Kuala Terengganu akan menjadi
lebih baik.
Tiada rangkaian rel keretapi yang menghubungkan Kuala Terengganu atau
mana-mana kawasan Negeri Terengganu dengan kawasan-kawasan lain.
Tiada penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Malaysia Timur pada
masa ini dan ke destinasi luar negara kecuali penerbangan antarabangsa ke
Mekah pada musim haji. Usaha ke arah mewujudkan penerbangan terus dari
Kuala Terengganu ke destinasi-destinasi lain perlu diteruskan disebabkan jarak
perjalanan yang agak jauh antara bandaraya ini dengan lapangan terbang
antarabangsa lain yang terdekat seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
Bangkok.
2 PENGENALAN
2
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
PENGENALAN
Sejarah menunjukkan Terengganu telah dikenali semenjak beratus-ratus tahun
dahulu lagi. Di dalam buku-buku sejarah China seperti ‘Ling-wai-Tai-ta’
karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ‘Teng-ya-nu’ dan buku ‘Cu-fan-
Cih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut ‘Teng-ya-nung’
(Muhammad Salleh (1992 : 9). Kedua-dua nama tersebut merujuk kepada
nama Terengganu yang dikatakan jajahan takluk kepada kerajaan Srivijaya
(San-fo-Cih). Pada kurun ke-2, Ptolemy seorang ahli kaji bintang dan ilmu alam
Greek telah mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung
Tanah Melayu. Pelabuhan itu ialah Primula di Kuala Sungai Terengganu dan
Kole di Kemaman. Persoalan kewujudan negeri Terengganu dijelaskan lagi
oleh tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat yang dijumpai di Kuala Berang
pada tahun 1902 oleh Syed Hussein Ghulam Al-Bukhari, yang mencatatkan
nama ‘Terenkanu’.
Kuala Terengganu merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran bagi Negeri
Terengganu. Ianya terletak di antar
terdapat 9 daerah di Negeri Terengganu iaitu Kemaman, Kemasik, Paka,
Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1985, hanya terdapat tujuh daerah sahaja
dalam Negeri Terengganu di mana Kuala Terengganu merupakan salah
sebuah daerah dengan keluasan seluas 60,654.3 hektar (Jadual 1.0).
Sumber : Laporan Rancangan Pembangunan Daerah Kuala Terengganu (JPBD & KPKT, 1995)
Daerah Kuala Terengganu bersempadan dengan Daerah Setiu di sebelah
utara, Hulu Terengganu di sebelah barat, Laut Cina Selatan di sebelah timur
dan Marang di sebelah selatan . Terdapat 23 buah mukim dalam Daerah
Kuala Terengganu termasuk Pulau Redang dan pulau-pulau yang lain di
mana keseluruhan mukim ini terletak di bawah pentadbiran Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu (Rajah 1.1).
Bil. Daerah Keluasan (Hektar)
1. Kuala Terengganu 60,528.1
2. Kemaman 253,559.9
3. Hulu Terengganu 387,463.6
4. Dungun 273,503.1
5. Besut 123,367.8
6. Marang 66,654.3
7. Setiu 130,436.3
Jumlah 1,295,639.3
Jadual 1.0 :
Daerah Dalam Negeri
Terengganu Mengikut
Keluasan
3
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
PENGENALAN
Rajah 1.1 :
Mukim Dalam Daerah Kuala Terengganu
4
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
PENGENALAN
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Bandar Kuala Terengganu terdiri daripada dataran pantai rendah Sungai
Terengganu yang mengalir masuk ke Laut Cina Selatan. Profil topografi
menunjukkan ciri-ciri yang jelas di mana timbunan pasir pantai atau
permatang pasir pantai. Ia menganjur selari dengan tepian laut. Terdapat
juga beberapa buah teluk kecil dan dataran pantai di dalam kawasan
tersebut. Profil umum topografi Kuala Terengganu adalah seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 1.2.
Topografi kawasan kajian adalah landai di bahagian timur manakala
terdapat kawasan beralun di barat menghala ke utara. Secara keseluruhan,
daerah Kuala Terengganu mempunyai 73.51 peratus tanah di bawah 20
meter dari aras laut manakala kawasan ketinggian 20-60 meter berjumlah
9,251.3 hektar dan ini merupakan 15.28 peratus dari keluasan daerah.
Kawasan ketinggian lebih dari 200 - 600 meter hanya 799.95 hektar dan
merupakan hanya 1.32 peratus dari keluasan daerah. Kawasan ketinggian
lebih dari 600 meter tidak terdapat di daerah ini (Jadual 1.1).
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia, 2007.
Foto 1.0 :
Kedudukan Kuala
Terengganu di muara
Sungai Terengganu
5
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Keratan Rentas A-A : Keratan Rentas Profil Umum Kawasan Utara Kuala Terengganu
Keratan Rentas B-B Profil Umum Kawasan Bandar
Rajah 1.3 : Profil Umum Topografi Kuala Terengganu
Sumber : Laporan Rancangan Pembangunan Daerah Kuala Terengganu (JPBD & KPKT, 1995)
Getah Jalan dan petempatan di atas timbunan mendapan
Sungai Terengganu
Kawasan tepu bina Bandar di atas tambak pasir dan
timbunan mendapan Sungai Terengganu yang telah mendap
Padi
Jalan Jalan
Jalan Jalan
Padi
Laut
Laut
Hutan Berbukit
Kawasan getah/dusun
Lekukan pasir
pendalaman (padi)
Jalanraya dan petempatan di
atas tambak pedalaman
Jalanraya dan petempatan di
atas tambak pasir
Sungai (Mengabang Telipot)
Lekukan pasir (paya)
6
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Kontor Keluasan (hektar) Peratus (%)
<20m 44,497.03 73.51
20m–60m 9,251.30 15.28
60m-200m 5,979.82 9.89
200m-300m 729.97 1.20
300m-600m 69.98 0.12
Jumlah 60,528.10 100.00
Sumber : Laporan Rancangan Pembangunan Daerah Kuala Terengganu (JPBD & KPKT, 1995)
1.2 Sejarah Pembentukan Nama Kuala Terengganu
Dari segi sejarah, terdapat pelbagai cerita yang dikaitkan dengan
kewujudan nama Terengganu. Nama Terengganu ini dikatakan berasal
daripada beberapa perkataan iaitu ‘taring anu’, ‘terang ganunya’ dan
‘terengan nu’. Perkataan ‘taring anu’ timbul apabila sekumpulan pemburu
dari Pahang terjumpa sebatang taring ketika berburu di Sungai Terengganu
Mati. Apabila ditanya `taring apakah itu?’ lalu mereka menjawab ‘taring
anu’ kerana tidak mengingati namanya. Beberapa hari kemudian, mereka
berjaya memperolehi rusa dan kayu gaharu dalam perburuan tersebut.
Apabila ditanya, mereka memberitahu bahawa hasil buruan dan kayu
gaharu itu diperolehi di tempat mereka menjumpai ‘taring anu’. Akhirnya
‘taring anu’ telah bertukar menjadi Terengganu manakala Kuala
Terengganu pula diberi nama kerana ianya terletak di muara atau di Kuala
Sungai Terengganu (Muhammad Salleh (1992 : 46).
Selain itu, nama Terengganu ialah berasal daripada perkataan ‘terang
ganunya’. Ia dikaitkan dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan
yang tiba di kuala yang kini dikenali Kuala Terengganu. Sewaktu mereka
sampai, hari sangat redup serta hujan renyai-renyai dan kebetulan
terbentuknya pelangi pada masa itu. Mereka mengatakan terang ganu di
sini dan apabila pulang ke Kelantan, mereka bercerita bahawa di negeri
jiran sungguh ‘terang ganunya’.
Terdapat juga kisah menyatakan nama Terengganu berasal daripada
perkataan ‘terengan nu’ yang merujuk kepada nama Sungai Terengan.
Dipercayai sudah ada penduduk di kawasan tersebut. Muara Sungai
Terengan berpecah dua di mana sebelah kanan mudik ke Sungai Kerbat
dan kiri ke Sungai Terengan. Jika ada di antara mereka yang bertanya
hendak ke mana? Mereka akan menjawab ‘terengan ni’ atau ‘terengan
nu’. Oleh itu lama-kelamaan terbentuklah perkataan Terengganu.
Jadual 1.1 :
Topografi Kuala
Terengganu
7
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Terdapat juga kisah menyatakan nama Terengganu berasal daripada
perkataan ‘terengan nu’ yang merujuk kepada nama Sungai Terengan.
Dipercayai sudah ada penduduk di kawasan tersebut. Muara Sungai
Terengan berpecah dua di mana sebelah kanan mudik ke Sungai Kerbat
dan kiri ke Sungai Terengan. Jika ada di antara mereka yang bertanya
hendak ke mana? Mereka akan menjawab ‘terengan ni’ atau ‘terengan
nu’. Oleh itu lama-kelamaan terbentuklah perkataan Terengganu.
Foto 1.1 : Sungai Terengganu Mati yang kini telah ditenggelami oleh Tasik Kenyir.
8
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
2.1 Pendahuluan
Sebagai permulaan kepada usaha untuk mengetahui perkembangan
bandar Kuala Terengganu, adalah penting untuk mengetahui sejarah awal
pembentukan serta peranan Kuala Terengganu pada masa silam. Bab ini
menekankan kepada perkembangan yang berlaku di Kuala Terengganu
pada Zaman Pra-penjajahan (sebelum abad ke 19) iaitu sebelum penjajah
Inggeris menguasai Negeri Terengganu. Kedatangan para pedagang
terutamanya dari China, Tanah Arab dan Gujerat juga membantu
pertumbuhan dan perkembangan bandar melalui aktiviti perdagangan,
keagamaan, kebudayaan dan sebagainya.
Pada Zaman Pra-Penjajahan kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia
mempunyai sedikit bandar yang bersaiz kecil. Walau bagaimanapun, bandar
ini mempunyai bilangan penduduk yang tinggi walaupun penduduk negeri
secara relatifnya adalah sedikit. Faktor yang menyumbang kepada keadaan
ini adalah aktiviti perdagangan, pola sosial yang memerlukan pedagang
bergantung kepada penduduk sekitar bagi tujuan keselamatan dan
keperluan untuk penduduk tinggal berdekatan antara satu sama lain bagi
mengelak ancaman daripada hidupan liar di hutan belantara (Raja Bahrin,
1998).
Seperti kebanyakan bandar utama di Semenanjung Malaysia, Pusat Bandar
Kuala Terengganu lebih menonjol berbanding pusat bandar yang lain. Pada
masa yang sama, perkembangan Daerah Kuala Terengganu secara
mendatar dan berselerak menyebabkan wujudnya beberapa pusat
petempatan yang asalnya memberi perkhidmatan tahap tempatan tetapi
sebahagian daripadanya menjadi lebih penting dari semasa ke semasa.
Bahagian ini akan melihat perkembangan Pusat Bandar Kuala Terengganu
yang menjadi penggerak utama kepada Daerah Kuala Terengganu.
2.2 Pembentukan Awal Kuala Terengganu
Terletak di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Bandar Kuala
Terengganu suatu ketika dahulu merupakan tempat persinggahan para
pedagang dari Asia Tenggara yang mempunyai perhubungan
perdagangan dengan negara China. Sejarah menunjukkan Terengganu
telah wujud dan dikenali sejak beratus tahun dahulu. Terdapat pelbagai kisah
mengenai kemunculan Terengganu diriwayatkan oleh pedagang yang
membuat catatan perjalanan mereka.
2.0 ZAMAN PRA PENJAJAHAN (1100-1900)
9
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
Menurut satu catatan yang dimasukkan dalam buku Sejarah Terengganu
(Muhamad Salleh, 1992) yang dipetik daripada buku pengembaraan Cina
iaitu Tao Chin Leo karangan pengembara Cina bernama Wang Ta-Yuan
pada tahun 1349M iaitu;
Keadaan ini menunjukkan bahawa Terengganu terletak berhampiran
sebatang sungai yang berfungsi sebagai laluan penghubung di antara
Terengganu dan kawasan sekitarnya. Keadaan muka bumi Terengganu
digambarkan berada di kawasan yang tinggi dan penduduknya
menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber makanan mereka.
Terdapat catatan sejarah yang menyatakan bahawa terdapat
pedagang Cina pada masa dulu yang memberi nama Terengganu
dengan Ting Chia Hsia Lu iaitu Teng Ka Ha Lo dalam bahasa Hokkien
(Muhammad Salleh, 1992). Wu Pei Chih telah melukis peta pada tahun
1511 dan 1601 berpandukan kepada kenyataan pelayaran Cheng Ho.
Peta tersebut menunjukkan Pulau Tinggol (di hadapan Dungun) dan
beberapa buah pulau di Terengganu dan Kelantan (Rajah 2.0).
“negeri itu (Ting-cia-lu) ialah sebuah pulau berbentuk tiga segi, tercerai daripada
daerah-daerah jirannya oleh sebatang sungai dan sungai itu penting bagi
perjalanan di air. Pulau itu (Ting-cia-lu) keadaannya tinggi dan sunyi. Tanah di situ
tidaklah begitu subur, tetapi walaupun begitu orang yang sehabis-habis miskin pun
cukup juga makanan mereka”
Rajah 2.0 :
Peta lama yang dilukis
oleh Wu Pei Chih
Sumber : Muhammad Salleh, 1992
10
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
Rajah 2.1 : Peta menunjukkan nama negeri menurut Wang Ta-Yuan dalam tahun 1943, antaranya Ting-Chia Lu (Terengganu)
Sumber : Muhammad Salleh, 1992
11
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
Selain daripada lakaran ini, tidak banyak bahan berupa peta yang boleh
diperolehi bagi menggambarkan Kuala Terengganu di peringkat awal
pembentukannya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tulisan oleh
beberapa pengembara yang menceritakan mengenai Kuala Terengganu
di peringkat awal penubuhannya.
Kapten Alexander Hamilton (1719-1720), seorang pedagang terkenal
merupakan salah seorang pelawat Inggeris yang terawal datang ke Kuala
Terengganu. Beliau berada di Kuala Terengganu sebelum pemerintahan
beraja diasaskan. Barangkali Hamilton singgah di Kuala Terengganu pada
akhir tahun 1719, sama ada dalam perjalanan menuju atau dari Siam dan
beliau telah merakamkan bahawa:
Foto 2.0 :
Pemandangan Kampung
Tanjung Teluk Kuala
Terengganu pada tahun
20an
Sumber : www.surau.ladang.net (2007)
“Trangano stands pleasantly near the sea, on the side of a river that has a shallow
bar, and many rocks scattered to and again within the river, but room enough in
many places to more small ships very securely,to keep them safe from the
dangers of the winds or floods. There may be about one thousand houses in it, not
built in regular streets, but scattered in ten or twenty in a place distant a little Way
from another's Villa of the same magnitude. The town is above half-peopled with
Chinese, who have a good trade for three of four jonks yearly, besides some that
trade to Siam, Cambodia, Tunqueen and Sambas.”
12
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
2.3 Pentadbiran Terengganu Zaman Pra penjajahan
Pentadbiran sewaktu zaman prapenjajahan terdiri daripada dua bahagian
iaitu zaman pentadbiran awal oleh kerajaan-kerajan besar pada masa itu
seperti Palembang dan Majapahit serta pentadbiran oleh Kesultanan
Terengganu yang mula wujud sekitar tahun 1700-an.
2.3.1 Zaman Pentadbiran Awal
Berdasarkan bukti arkeologi seperti kapak batu dan tembikar yang dijumpai
di Gunung Biwah, Hulu Terengganu terdapat manusia tinggal di situ sejak
4,000 tahun sebelum masihi (Muhamad Salleh, 1992). Walau bagaimanapun,
penduduk pada zaman batu ini adalah penduduk yang berpindah-randah
dan tiada sistem pentadbiran khusus oleh kerajaan tertentu.
Sejarah awal pentadbiran di Terengganu adalah tidak jelas. Sebagaimana
yang telah dinyatakan sebelum ini, Cao-Cu-Fei telah mengarang sebuah
buku bertajuk Ling-wai-Ta-ta pada tahun 1178 yang menyebut Terengganu
sebagai jajahan takluk kepada kerajaan Srivijaya (Rajah 2.4). Kerajaan
Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di
Sumatera. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, Semenanjung
Malaysia dan Filipina.
Terdapat catatan mengenai Terengganu oleh saudagar Cina, Chao Ju Kua
pada tahun 1225 yang menyebut Terengganu sebagai jajahan Palembang.
Kota Palembang adalah ibu kota provinsi Sumatera Selatan. Kota
Palembang pernah menjadi pusat kerajaan Srivijaya sebelum dihancurkan
oleh Kerajaan Chola dari India dan musnah sejak tahun 1025. Pada tahun
1088, Kerajaan Melayu Jambi, menakluk Srivijaya. Situasi jadi berbalik di
mana daerah taklukannya adalah Kerajaan Srivijaya. Sejak itu Kerajaan
Srivijaya telah musnah, dan sebutan Srivijaya tidak digunakan lagi sebaliknya
menggunakan nama Palembang.
S.M 1000 1100 1200 1300 1400 1500 1600 1700 1800
1178 - Srivijaya 1225 - Palembang 1365 - Majapahit 1708 - Bermulanya Sistem
Kesultanan Terengganu
Rajah 2.2 : Siri masa pentadbiran Zaman Pra Penjajahan
13
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
Kemudian, Palembang telah menjadi jajahan kerajaan Majapahit sejak
tahun 1293. Oleh itu, tanah jajahannya telah jatuh ke dalam tangan
kerajaan Majapahit termasuk Terengganu. Dalam Negarakartagama,
tulisan Prapanca dari Jawa pada tahun 1365, menyatakan Terengganu,
Paka dan Dungun terletak di bawah taklukan Majapahit. Pada masa itu,
Majapahit mencapai zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan
Hayam Wuruk, yang memerintah dari tahun 1350 hingga 1389.
Menurut catatan yang terdapat pada Batu Bersurat (1303), perkataan
Raja Mandalika ada ditulis pada batu tersebut. Dalam bahasa Sanskrit,
Raja Mandalika bermaksud raja yang memerintah di mana, ‘Mandalika’
berkait dengan sesuatu pemerintahan. Ia diambil daripada perkataan
‘mandalam’ iaitu sama ada mereka adalah raja tempatan yang merdeka
atau ketua-ketua daerah dalam Negeri Terengganu. Seterusnya dalam
sejarah Terengganu, terdapat pemerintah bernama Megat Panji Alam
dan juga Tun Telanai. Ini disokong oleh pengarang buku His. Tr yang
Rajah 2.3 : Terengganu salah sebuah jajahan takluk Srivijaya
Sumber : Arkib Negeri Terengganu,
2007
14
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
menyatakan bahawa raja Terengganu terdiri daripada keturunan Telanai
yang berkait dengan sejarah di zaman purbakala.
Terengganu kemudiannya disebut sebagai negeri di bawah pemerintahan
kerajaan Johor. Pada ketika itu, dua orang pembesar Johor iaitu Laksamana
dan Paduka Megat Seri Rama telah dihantar untuk memerintah
Terengganu. Seterusnya Bendahara Hasan pula dihantar mentadbir
Terengganu. Berikutnya Terengganu telah ditadbir oleh Tun Zain Indera dan
kemudiannya digantikan oleh anak-anak Tun Zain Indera iaitu Tun Yuan, Tun
Sulaiman dan Tun Ismail. Tun Sulaiman dilantik sebagai Sultan di Pantai
Layang (Balik-Balik), Tun Yuan sebagai Bendahara dan Tun Ismail sebagai
Menteri Tersat. Walau bagaimanapun, sejarah kesultanan Kerajaan
Terengganu diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin 1.
2.3.2 Sejarah Kesultanan Kerajaan Negeri Terengganu
Sejarah Negeri Terengganu mencatatkan kesultanan negeri ini diasaskan
oleh Tun Zainal Abidin. Baginda ialah putera kepada Tun Habib Abdul Majid
atau dikenali juga dengan panggilan Bendahara Padang Saujana yang
berasal dari Johor. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, Tun
Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk
atau Raja Tua di atas perintah Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber
yang lain pula menyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas takhta
Kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chau Yang, Raja Patani.
Mengikut Hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Patani
setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu
sekitar tahun 1688. Ketika berada di Patani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak
angkat oleh Raja Patani, Phra Nang Chau Yang. Tun Zainal Abidin menjadi
Sultan Terengganu pada tahun 1708 dengan gelaran Sultan Zainal Abidin I.
Ini adalah berdasarkan kepada duit kupang emas Terengganu yang
mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin I pada masa tersebut. Sultan Zainal
Abidin I bersemayam di Tanjung Baru, Kuala Berang, tidak lama kemudian
dipindahkan ke Kota Batang Mahang, Langgar dan ke Pulau Manis.
Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya
di kawasan berhampiran Bukit Keledang yang kini dikenali sebagai Kota
Lama.
15
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
Pentadbiran kesultanan Terengganu dibantu oleh para menteri, mufti, kadi,
panglima dan pengawal keamanan yang dikenali sebagai Budak Raja.
Pentadbiran jajahan pula diserahkan kepada Raja Anak Sungai yang
mempunyai tugas untuk memungut hasil atau cukai. Dalam pentadbiran
berkaitan hukum pula, sultan akan merujuk kepada mufti atau kadi
sebelum menjatuhkan hukuman.
Kegemilangan pemerintahan kerajaan Negeri Terengganu boleh dilihat
melalui hubungan dua hala dengan kerajaan Siam pada tahun 1781. Ini
adalah kerana sultan pada masa itu iaitu Sultan Mansur Shah I memberi
hadiah bunga emas dan bunga perak kepada kerajaan Siam dan dibalas
Tanjung Baru
Kampung Langgar
Pulau Manis
Cabang Tiga Bukit Puteri
Bukit
Keledang
Laut Cina Selatan
Naga Mengulung Palo
Rajah 2.4 :
Tempat bersemayam Sultan Zainal Abidin I sebelum berpindah ke Kuala Terengganu
Sumber : Nor Fazamimah, 2007
16
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
17
dengan pelbagai hadiah oleh Raja Siam. Walau bagaimanapun, kerajaan
Siam menuntut Terengganu sebagai negeri di bawah naungannya. Bunga
emas dan bunga perak yang dihantar oleh Terengganu setiap tiga tahun
sekali dijadikan bukti kuasa Siam ke atas Terengganu. Walhal bunga emas
yang dihantar adalah sebagai tanda persahabatan dan balasan hadiah
yang diberikan oleh angkatan Siam kepada Sultan Mansur Shah I, kerana
membantu angkatan Siam menyerang dan mengalahkan Legor pada tahun
1766.
Pada tahun 1826, satu perjanjian iaitu Perjanjian Burney telah ditanda
tangani antara Siam dan pihak British. Ia mengakui tuntutan Siam ke atas
empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan
memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan
Terengganu tanpa gangguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak
diwakili dalam rundingan perjanjian ini.
Oleh kerana itu, Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) menjelaskan kepada
Gabenor Sir Frederick Weld yang datang melawat Terengganu pada tahun
1886 dan 1887, bahawa bunga emas yang dihantar ke Siam hanya sebagai
tanda persahabatan dan bukannya sebagai ufti. Oleh kerana dakwaan
Inggeris yang mempunyai hak ke atas Terengganu, kerajaan Siam telah
menyerahkan Terengganu kepada Great Britain melalui Perjanjian Bangkok
1909. Namun begitu kerajaan Terengganu di bawah Sultan Zainal Abidin III
menolak perjanjian ini. Dengan itu perjanjian di antara Terengganu dengan
Great Britain ditandatangani pada tahun 1910. Di antara syarat perjanjian ini,
Terengganu menerima wakil British di negerinya.
Walaupun berlaku campur tangan daripada kuasa asing di Terengganu,
namun kedaulatan sistem kesultanan di Terengganu masih diteruskan
sehingga kini. Sultan Terengganu ke-15 iaitu Duli Yang Teramat Mulia Yang Di
Pertuan Muda Tengku Mahmud telah menduduki takhta kerajaan
Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada
1979. Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1999 di Singapura. Dengan itu,
takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Yang
DiPertuan Muda Tengku Mizan sehingga sekarang. Turutan pentadbiran
kesultanan Negeri Terengganu ditunjukkan dalam Jadual 2.0.
Sumber : Nor Fazamimah, 2007
Rajah 2.5 :
Bunga emas yang diberi
sebagai tanda
persahabatan disalah
ertikan sebagai pemberian
ufti kepada kerajaan Siam.
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
18
2.4 Kuala Terengganu Sebagai Pusat Perdagangan
Sepertimana dijelaskan sebelum ini, pada abad ke-18 dan ke-19, Kuala
Terengganu telah pun menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Kapal
pedagang Inggeris, China, Siam, Kemboja dan Sambas telah singgah di
Kuala Terengganu membawa barangan dan bertukar barang dagangan
di Kuala Terengganu. Aktiviti menangkap ikan merupakan satu pekerjaan
penting di Terengganu. Ikan yang dikeringkan akan ditukar dengan debu
emas dan lada hitam kepada pedagang asing selain beras, tembakau,
kapas dan sebagainya.
Hugh Clifford pada tahun 1895 melaporkan kemahiran penduduk
Terengganu untuk menghasilkan barang utama seperti sutera, kain, senjata
seperti pisau, badik, pedang, keris, barangan logam dan ukiran kayu.
Penduduk Melayu di Terengganu pakar dalam membina bot. Masyarakat
Terengganu telah menjalankan perdagangan antarabangsa
menggunakan perahu besar membawa barangan seperti tembaga, kain
dan rotan dari Terengganu menuju negeri Indo-China dan Indonesia.
Bandar Terengganu merupakan sebuah pelabuhan yang makmur di
bawah pemerintahan Srivijaya, malah Munshi Abdullah (1838) juga pernah
menyebut mengenai pengembaraannya di Kedai Payang (nama lama
bagi Kampung Cina) yang merupakan salah satu daripada penempatan
terawal di Bandar Kuala Terengganu. Manakala Plotemy, seorang ahli kaji
SULTAN TERENGGANU
(Tahun Pemerintahan)
1) Sultan Zainal Abidin 1 (1708 - 1733) - 25 Tahun
2) Sultan Mansur (1733 - 1794) - 61 Tahun
3) Sultan Zainal Abidin II (1794 - 1808) - 14 Tahun
4) Sultan Ahmad I (1808 - 1830) - 22 Tahun
5) Sultan Abdul Rahman (1830) - 6 Bulan
6) Sultan Daud (1830 - 1831) - 1 Tahun
7) Sultan Mansur Shah II (1831 - 1837) - 6 Tahun
8) Sultan Muhammad I (1837 - 1839) - 2 Tahun
9) Baginda Omar (1839 - 1876) - 37 Tahun
10) Sultan Ahmad II (1876 - 1881) - 5 Tahun
11) Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918) - 37 Tahun
12) Sultan Mohammad II (1918 - 1920) - 2 Tahun
13) Sultan Sulaiman (1920 - 1942) - 22 Tahun
14) Sultan Ismail Nasiruddin (1945 - 1979) - 34 Tahun
15) Sultan Mahmud (1979 - 1999) - 19 Tahun
16) Sultan Mizan Zainal Abidin (1999 – hingga sekarang)
Sumber : Pejabat Setiausaha
Kerajaan Terengganu, 1999
Jadual 2.0 :
Turutan Pentadbiran
Kesultanan Negeri
Terengganu
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
19
bintang dan ilmu alam Greek mencatatkan Primula iaitu Kuala Terengganu
sebagai salah sebuah pelabuhan yang menjadi pusat perdagangan yang
terkenal.
2.5 Kedatangan Islam
Menurut Muhammad Salleh (1992), penduduk Terengganu telah terlebih
dahulu memeluk agama Islam berbanding Melaka selama lebih dari sekurun
iaitu dari tahun 702 Hijrah (1303M). Pada ketika itu, pemerintah iaitu Seri
Paduka Tuan atau Raja Mandalika yang telah memerintahkan semua raja
untuk mengisytiharkan Islam menjadi agama rasmi di Terengganu. Walau
bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dari mana ajaran Islam
dikembangkan dan siapa yang bertanggungjawab menyebarkan agama
tersebut.
Namun begitu, penemuan batu bersurat telah membuktikan ajaran Islam
telah bertapak di tanah Melayu lebih awal berbanding negeri lain. Batu
bersurat ini telah dijumpa oleh seorang ahli perniagaan Arab bernama
Saiyed Husin bin Ghulam A-Bukhari pada tahun 1902 di Bukit Tawang, Kuala
Berang. Menurut cerita, batu bersurat ini dijumpai oleh seorang imam di
kawasan tersebut pada tahun 1887. Walau bagaimanapun, ia telah
dijadikan alas untuk membasuh kaki bagi mereka yang hendak memasuki
surau tersebut.
Foto 2.1 :
Pelabuhan Terengganu
terkenal dengan aktiviti
perdagangan
Sumber: JPBD Negeri Terengganu, 2007.
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
20
Batu bersurat bertarikh 1303M (702H) membuktikan bahawa pada
abad ke-14M, Terengganu berada di bawah pemerintahan Islam
dan agama rasminya adalah agama Islam. Ini membuktikan
pemakaian dan penguatkuasaan undang-undang Islam bagi negeri
Terengganu yang diisytiharkan oleh Raja Mandalika. Penemuan ini
juga menunjukkan bahawa masyarakat Terengganu telah
bertamadun sehingga dapat menghasilkan satu bentuk tulisan jawi
yang terawal di Tanah Melayu (Pejabat Setiusaha Kerajaan
Terengganu, 1999).
Batu bersurat ini mempunyai empat permukaan bertulis di mana isi
kandungan tulisan pada batu bersurat tersebut adalah berkaitan
dengan undang-undang Islam. Selain itu, terdapat tulisan berkaitan
kesalahan hukuman zina yang dijalankan bagi zaman pemerintahan
waktu itu menurut hukum Islam dan juga hukum-hukum berkaitan
agama Islam yang lain seperti hutang piutang. Walau
bagaimanapun, batu bersurat ini tidak dapat ditafsir sepenuhnya
kerana bahagian atas batu bersurat tersebut telah hilang.
Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan
Terengganu, 1999.
Rajah 2.6:
Peta tempat terjumpanya batu
bersurat
Sumber : Muhammad Salleh, 1992
Foto 2.2 :
Penemuan batu bersurat
menunjukkan bukti penyebaran
agama Islam di Terengganu
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
21
2.6 Kedatangan Pedagang China - Kewujudan Kampung Cina
Semenanjung Tanah Melayu terletak di kawasan pelayaran yang dikenali
sebagai Laluan Sutera Maritim di antara Negara Cina dan Timur Tengah
(Rajah 2.7). Laluan ini menjadi laluan utama kapal saudagar Cina, Arab,
Parsi, dan India. Oleh yang demikian, Terengganu merupakan sebuah negeri
yang terkenal di kalangan para pedagang terutamanya pedagang China
yang menggunakan Laluan Sutera untuk ke negara di Timur Tengah. Seorang
penulis China, Bangu telah menulis buku bertajuk Han Shu yang telah
memperkatakan tempat yang spesifik di Terengganu seperti Kua-Du-Kun
(Kuala Dungun) (Rajah 2.8). Buku ini ditulis semasa zaman pemerintahan Han
iaitu seawal tahun 206SM lagi.
Pada tahun 1413M - 1415M, satu pelayaran rombongan raksasa yang
dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho telah melalui Terengganu (Ding-Jia-Lu).
Mengikut catatan buku ‘Ying Ya Sheng Lan’ yang ditulis oleh Ma Huan dan
„Xing Cha Sheng Lan‟ oleh Fei Xin dinyatakan bahawa rombongan utusan
dari China untuk kali ke 4 ini disertai oleh seramai 27,800 orang dengan
menaiki 200 buah kapal. Misi pelayaran Laksamana Cheng Ho adalah untuk
mengukuhkan perhubungan persahabatan antara Negara Cina dengan
negara-negara di Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika
Timur serta memajukan perdagangan antarabangsa.
Sekitar tahun 1500M, anak kapal Laksamana Cheng Ho yang berasal dari
kawasan selatan Negeri Hokkien, Cina telah berhijrah ke muara Sungai
Terengganu, Sungai Telemong dan Sungai Nerus untuk menerokai bidang
Sumber : C.P.Filsqerold –“The Southern Expansion of the Chinese People–Southern Fields & Southern
Ocean”, 1974
Rajah 2.7:
Laluan Sutera Maritim
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
22
pertanian. Petempatan awal Orang Hokkien bermula dengan membuka
kawasan tanaman dan berkampung di Bukit Datu (Da-Tu), Losong (Lok-
Song), Cepoh (Kawasan Tanaman Tebu), Pulau Babi/Pulau Bahagia, Kg.
Cina Hak, Kuala Telemong, Kg. Palem, Bt. Tadok, Tirok dan Sungai Nerus
(Rajah 2.9).
Rajah 2.8:
Laluan Pelayaran Sutera
Maritim yang digunakan
oleh Pedagang Cina
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
23
Selepas kegiatan pelayaran Laksamana Cheng Ho atau nama gelarannya
Sanpokong, Orang Tionghua telah berhijrah ke Asia Tenggara. Mereka telah
mewujudkan aktiviti ekonomi seperti perusahaan perindustrian dan
pertanian. Masyarakat Cina di Negeri Terengganu melakukan aktiviti
penanaman lada dan tebu secara komersil terutamanya di Kg. Cepoh
(dekat Pulau Bahagia). Hasil tanaman lada dieksport manakala tebu diproses
menjadi gula. Masyarakat Cina juga mengusahakan kilang bata di Tepoh
dan memberi maklumat berkenaan pembinaan kapal dan rumah dengan
menggunakan rasuk. Dari aspek aktiviti perdagangan pula, masyarakat Cina
telah memperkenalkan aktiviti mengeksport hasil tempatan dan cara
menggunakan wang syiling.
Mengikut catatan Sejarah Cina Malaysia yang ditulis oleh Choo Zi Cun pada
tahun 1683M, Panglima Cheng Seng Gong yang mempertahankan kuasa
Dinasti Ming telah ditewaskan oleh askar Kerajaan Dinasti Qing. Pada ketika
itu Dinasti Qing dikuasai oleh Maharaja Sheng Tzou-Kang See telah mentadbir
selama 61 tahun semenjak 1644M sehingga 1664M. Pengikut Cheng ketika itu
seramai 3,000 orang telah meninggalkan Pulau Taiwan dan lari ke Laut Cina
Selatan menggunakan 9 buah kapal perang.
Rajah 2.9:
Petempatan Awal Orang
Hokkien di Kuala
Terengganu
Sumber : C.P.Filsqerold –“The Southern Expansion of the Chinese People–Southern Fields &
Southern Ocean”, 1974
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
24
Catatan Sejarah Cina Malaysia juga menyebut bahawa tiga buah kapal
perang ini telah sampai ke Melaka. Berdasarkan catatan berkenaan,
terdapat kemungkinan kapal Cina sampai ke Kuala Terengganu. Sumber ini
boleh dilihat dengan adanya pembinaan perahu besar di Terengganu
yang serupa dengan kapal perang/kargo Dinasti Ming. Pada ketika itu,
kegiatan pembinaan perahu telah bermula di Pulau Duyung dan Bukit
Datu. Pada tahun 1684M, Kerajaan Qing telah membatalkan sekatan untuk
menghadkan rakyat ke luar negara. Oleh itu bilangan orang Cina yang
bertempat di Semenanjung Tanah Melayu semakin bertambah. Kehadiran
pendatang Cina ke Terengganu telah membentuk petempatan di
kawasan bandar di mana terdapat satu jalan yang dikenali sebagai
Kampung Cina (Chinatown). Ia merupakan perkampungan pedagang
Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu
yang bermula semenjak awal abad ke 15. Ini terbukti dari wujudnya
keturunan keluarga Cina yang tinggal di Kampung Cina tersebut dan
bangunannya yang telah berusia ratusan tahun.
Rajah 2..10 :
Arah Penghijrahan
Penduduk Cina Ke Kuala
Terengganu
Sumber : C.P.Filsqerold –“The Southern Expansion of the Chinese People–Southern Fields &
Southern Ocean”, 1974
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
25
Menurut Kapten Alexander Hamilton, terdapat kira-kira 1,000 buah rumah di
Kuala Terengganu pada masa itu dan separuh daripada penduduknya
adalah Orang Cina. Mereka berniaga tiga atau empat kapal (jong)
komodoti setahun dengan Siam, Cambodia, Tunqueen dan Sambas. Orang
Cina menanam buah limau, lemon, mempelam, rambutan, laici, durian,
jagung dan tebu. Pengekspotan lada sulah juga merupakan aktiviti
perniagaan orang Cina pada masa itu. Keadaan ini menjadikan Kuala
Terengganu sebagai salah sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang
maju pada ketika itu.
2.7 Struktur Awal Pusat Bandar Kuala Terengganu
Bandar Kuala Terengganu merupakan salah sebuah petempatan di
Semenanjung Malaysia yang tidak mengalami pengaruh luar berbanding
bandar-bandar seperti Ipoh dan Melaka dari segi pembentukan dan
penyusunan elemen bandar. Keadaan ini telah menyumbang kepada ciri-ciri
bandar Melayu amnya dan pusat bandar secara khususnya. Mengikut Ezrin
Arbi (1986), imej fizikal bandar dalam kurun sebelum datangnya penjajah
adalah serupa perkampungan biasa tetapi mempunyai beberapa
bangunan besar seperti istana raja, masjid dan beberapa rumah pembesar
negeri. Sundra Rajoo(1999) turut menyatakan bahawa bandar Melayu awal
lazimnya berkisar di kawasan istana dan masjid yang berperanan menjadi
pusat aktiviti keagamaan dan budaya.
Penduduk Melayu tempatan lazimnya tinggal dekat dengan istana
sementara pedagang asing mendiami kawasan perdagangan berhampiran
pantai, lazimnya hampir dengan muara sungai. Secara tradisinya tidak ada
sempadan fizikal bagi kampung Melayu namun jarak dari mana azan dapat
didengar dianggap sebagai penentu jarak antara kampung. Ini selaras
dengan evolusi pusat bandar Kuala Terengganu yang dahulunya merupakan
sebuah perkampungan kecil yang terletak di pesisiran pantai Sungai
Terengganu. Ia juga selaras dengan gambaran yang ditulis pada tahun 1764
oleh Kapten Joseph Jackson dan Kapten Labe pada tahun 1769.
Dalam menjelaskan perkembangan awal pusat bandar Kuala Terengganu,
evolusi sosio-politik dan fizikal merupakan faktor penyumbang pembentukan
bandar selain faktor reka bentuk (Nor Fazamimah, 2007) sebagai aspek yang
mempengaruhi ciri awal pusat bandar.
Trangano appears to be
very healthy and pleasant,
large and very populous,
abounding in good
Provisions of all Sorts, and a
fine River with Sixteen Foot
Water over the Barr, and
within Water enough for
ships of any Burthen. The
Chinese have a large
Settlement and carry on a
considerable Trade here.
These the King said he
would put under any
Restrictions We pleased or
sent them all away if
desired.
- Kapten Joseph Jackson, 1764
The town is badly built with
rough wooden huts, some
with tiled roofs, others with
roof and house covered with
coconut leaves, they are
raised on piles 8 or 9 feet
high, there are bamboo
ladders to climb up. The
King's palace is the same
thing, there isjust one small
brick house which serves as
a powder store in the same
enclosure, the whole
enclosed by a kind of
palisade of heavy planks 20
feet high which have almost
all fallen over because of
lack of attention. There are
three bazaars, one for the
Malays, another for the
Siamese and the largest for
the Chinese: their street is a
pleasant one, their houses
better built than the others
and in the front they have
their shops where you can
find Chinese and European
goods.
- Kapten Labe, 1769
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
26
2.7.1 Aspek Sosio-politik dan Ekonomi
Pusat bandar Terengganu merupakan tempat bersemayam raja
Terengganu yang pertama iaitu Sultan Zainal Abidin I setelah berpindah
dari beberapa tempat sekitar Kuala Terengganu dan akhirnya menetap di
Istana Kota Lama, Bukit Keledang pada 1726 sehingga baginda mangkat
pada tahun 1733. Pada waktu pemerintahan Sultan Terengganu yang
ketiga iaitu Sultan Zainal Abidin II telah wujud beberapa kampung di sekitar
Kuala Terengganu antaranya ialah Kampung Masjid di mana telah dibina
sebuah masjid di kampung itu iaitu Masjid Kayu. Mengikut Buyong Adil
(1982) pembukaan bandar dan pusat pentadbiran di kawasan Bukit Puteri
pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II (1831-1837).
Pusat pentadbiran Sultan Mansur II telah dibina di lokasi kubu kompleks
Istana Maziah, bersebelahan Bukit Puteri yang ada sekarang (Rajah
2.11). Sewaktu pemerintahan Sultan Omar (1839-1876), Kuala Terengganu
dibangunkan sebagai pusat pemerintahan dan perdagangan. Banyak
bangunan baru dibina manakala bangunan-bangunan lama
diubahsuai/diganti. Istana Hijau telah dibina bagi menggantikan kubu
Kompleks Istana Sultan Mansur II di atas tapak berdekatan dengan Bukit
Puteri di samping beberapa jalan asas, istana dan kubu untuk tujuan
pentadbiran dan pertahanan.
Foto 2.3:
Kampong Tanjung - Muara
sungai Terengganu awal tahun
20an
Sumber : www.surau.ladang.net (2007)
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
27
Peranan istana diperluaskan bukan sahaja sebagai tempat bersemayam dan
beristirehat malahan menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran. Masjid
Kayu yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin II juga
telah diubahsuai dengan menggantikan binaan kayu kepada konkrit dan
masjid ini dikenali dengan nama Masjid Abidin. Justeru, istana bukan sahaja
menggambarkan kepercayaan sultan dan mencerminkan cara hidup, di
masa yang sama menggunakan bahan semula jadi sesuai dengan
persekitaran mereka (Syed Iskandar 1998). Pemerintahan sultan juga telah
membina bangunan-bangunan Pejabat Kadi, sekolah dan polis di sekitar
istana menunjukkan bahawa pembentukan struktur bandar yang tertumpu
ke kompleks istana.
Apabila istana dibina di Bukit Puteri, kegiatan perdagangan turut bertumpu
di sekitar kawasan ini iaitu di Kedai Hilir pada waktu pagi dan Kedai Payang
dan Kampung Cina pada waktu petang dan malam (Buyong Adil 1982).
Kuala Terengganu terus terkenal sebagai kawasan pelabuhan utama yang
menjadi tempat persinggahan para pedagang dari serata dunia
terutamanya daripada Cina, Arab dan Eropah. Kedudukan Kuala
Terengganu yang strategik di muara sungai dan keadaannya yang luas
memberikan kemudahan untuk kapal berlayar dan berlabuh. Petempatan
awal semakin bertambah di sekitar kawasan pusat bandar Kuala Terengganu
dengan wujudnya kampung Melayu berhampiran muara sungai.
Rajah 2.11 :
Lakaran Kubu Kompleks
Istana Sultan Mansur II
yang dibina di atas tapak
Istana Maziah pada
kurun ke-18
The King's palace is the town
fortress. It is the only house
with any appearance. It is
longer than it is wide,
surrounded by its out buildings
and an enclosure made of
wooden planks 11/2 to 2
inches thick and about 15 feet
high. This palace is situated on
the southern bank of the river
a short distance from the
other houses. Entrance to it is
forbidden when the King is
away. There is all around and
4 or 5 feet from this enclosure
a fairly thick hedge that
constitutes the total
fortifications of this citadel.
When you enter the river you
find on the right bank a
wooden square building with 3
embrasures on each side for
small cannons, a little further
up you find a similar fort: those
are all the defences of this
town. The King has a few guns
in the courtyard of his palace
but none is mounted.
- Gambaran istana oleh
Leftenan Pottier De
l’Horme.
Sumber : Nor Fazamimah, 2007
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
28
Pelabuhan/Jeti Syahbandar terletak berhadapan istana. Terdapat pondok
mata-mata ataupun kastam yang ditubuhkan bagi mengawal urusan di
pelabuhan tersebut. Pada masa itu, segala urusan pelabuhan dan
perdagangan yang melibatkan perjalanan masuk dan keluar kapal-kapal
yang berdagang adalah terletak di bawah kuasa pentadbiran sultan. Oleh
itu, lokasi pusat pemerintahan iaitu istana adalah perlu berdekatan dengan
pelabuhan untuk kemudahan sultan memantau segala urusan pelabuhan
sambil dibantu oleh Syahbandar iaitu pegawai pelabuhan yang dilantik. Ini
digambarkan oleh G.W.Earl (1833) seorang yang mempunyai banyak
kebolehan dan membuat beberapa pelayaran perdagangan ke Pantai
Timur Semenanjung.
Pada tahun 1881, berlaku kebakaran besar di Kuala Terengganu yang
memusnahkan sebahagian besar kawasan bandar. Kejadian ini dipanggil
Api Pecah Gadang. Pembangunan semula kawasan bandar Kuala
Terengganu dibuat sewaktu zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III
(1881-1918) di mana penstrukturan semula kawasan bandar dijalankan
bermula sekitar tahun 1882. Istana Maziah dibina pada tahun 1885 di atas
tapak Istana Hijau bagi menggantikan istana tersebut yang terbakar
sewaktu kejadian itu. Kawasan perdagangan seperti Kedai Payang dan
rumah kedai dibina semula di bandar Kuala Terengganu. Kawasan
petempatan sekitar bandar seperti Kampung Tiong, Kampung Banggol,
Kampung Tanjung dan Kampung Majid juga dibentuk di sekitar kawasan
bandar Kuala Terengganu.
Foto 2.4:
Istana Hijau yang dibina
menggantikan Kompleks
Sultan Mansur II
Sumber : www.surau.ladang.net (2007)
The town consists of a large
group of huts, composed of
wood and thatch, heaped
together without any order or
regularity. The part inhabited by
the few Chinese who were not
driven away by the tyranny of
the former Sultan, can boast of
some appearance of regularity,
the houses and shops forming a
small street, but the Malay
habitations are all detached
from each other. The dwellings
of the Sultan, and of two or
three of the principal pangerans
or nobles, are built of more
substantial materials that the
rest, indeed the former may be
called a fort, for it is surrounded
with a paggar, or bamboo
fence, and is defended by
several long brass lelahs
[cannon].
- G.W.Earl (1833)
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
29
Aspek ekonomi turut memberi pengaruh kepada struktur awal pusat bandar.
Secara tradisinya, sebilangan besar penduduk tempatan menjadi nelayan
dan kegiatan berkaitan dimonopoli oleh kaum Melayu sehingga 1925. Hasil
berkaitan ikan turut diniagakan kepada pedagang asing dan sebilangan
penduduk tempatan yang turut menjadi pedagang. Di samping itu, musim
angin monsun yang yang tidak membenarkan nelayan ke laut menjadikan
penduduk tempatan mahir dalam pertukangan, ukiran dan tenunan. Malah
petempatan seperti Sungai Duyong, Cabang Tiga dan Losong dikenali
dengan kemahiran sehingga kini.
2.7.2 Aspek fizikal
Faktor fizikal merupakan aspek penting dalam pembentukan Kuala
Terengganu khususnya pusat bandar. Selain lokasi, terdapat tiga elemen
fizikal semulajadi di Kuala Terengganu yang menyumbang kepada
perkembangan pusat bandarnya iaitu Bukit Puteri, muara Sungai Terengganu
dan Laut Cina Selatan. Bukit Puteri yang terletak berdekatan kawasan istana
bukan sahaja menjadi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu malah
memainkan peranan penting sebagai penunjuk arah kepada para nelayan,
kelasi kapal serta para pedagang untuk memasuki pelabuhan Kuala
Terengganu.
Pada tahun 1899, menara kawalan rumah api telah dibina di atas puncak
Bukit Puteri yang memandu para pedagang untuk berlabuh di pelabuhan
Terengganu terutamanya pada waktu malam. Selain itu, Bukit Puteri juga
berperanan sebagai benteng pertahanan bagi istana sewaktu berlaku
peperangan di antara Sultan Mansur II dengan Sultan Omar menyebabkan
Sultan Mansur membina kompleks Istana Sultan Mansur (kini Istana Maziah) di
Foto 2.5 :
Istana Maziah dibina pada
tahun 1885 untuk
menggantikan Istana Hijau
yang telah terbakar.
Sumber : www.surau.ladang.net (2007)
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
30
belakang Bukit Puteri. Bukit Puteri juga menjadi kubu pertahanan di
samping membantu para pemerintah mengesan musuh dengan lebih
mudah untuk melakukan persediaan dan melancarkan serangan dengan
lebih cepat. Di atas puncak Bukit Puteri terdapat beberapa peralatan
pertahanan seperti meriam, loceng besar dan sebagainya (Rajah 2.12).
Kedudukan Kuala Terengganu di muara Sungai Terengganu yang
bercantum dengan Laut Cina Selatan turut mempermudahkan pergerakan
barangan terutamanya barangan dari petempatan Hulu Terengganu
seperti Kuala Berang yang menjadi pusat pemerintahan Sultan Zainal
Abidin I. Menjelang kurun ke 19, Kuala Terengganu menjadi pusat
persinggahan kapal asing dalam laluan ke Indo-Cina dan Siam kerana
muaranya yang dalam dan lebar.
Kuala Terengganu mengalami kesan angin monsun barat selatan dari
Disember hingga Februari setiap tahun. Justeru bangunan istana, pasar
dan pelabuhan pada awal pembentukannya tidak dibina menghadap ke
arah laut tetapi lebih ke barat Sungai Terengganu. Kedudukan Seberang
Takir di sebelah timur Muara Sungai Terengganu berperanan juga
melindungi kawasan ini daripada angin monsun dan secara tidak langsung
melindungi kapal pada musim tersebut.
2.7.3 Reka bentuk Pusat Bandar
Faktor sosio-politik serta ekonomi di samping aspek fizikal telah
menyumbang kepada reka bentuk awal pusat bandar Kuala Terengganu.
Menurut Nor Fazamimah (2007), pembangunan yang disusun di pusat
bandar Kuala Terengganu pada masa itu ialah petempatan berpusat di
mana istana berperanan sebagai komponen utama yang menjadi pusat
pentadbiran dan pemerintahan pada masa itu. Komponen lain seperti
Rajah 2.12 :
Pemandangan kubu
Kompleks Istana Maziah
daripada Bukit Puteri
menunjukkan persekitaran
kawasan istana Masjid
Abidin dan kawasan
kampung.
Sumber : Jabatan Muzium dan Antikuiti, (2007)
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN PRA PENJAJAHAN
31
masjid (Masjid Abidin), pasar (Kedai Payang), jeti dan pelabuhan serta
kawasan-kawasan kampung merupakan elemen sokongan yang
membentuk bandar Kuala Terengganu. Terdapat interaksi di antara istana
dan komponen pembangunan ini di mana ia dibina secara berdekatan
dalam lingkungan jarak berjalan kaki (walking distance) (Rajah 2.15).
Perletakan dan susun atur komponen pusat bandar ini masih lagi dikekalkan
sehingga ke hari ini.
2.8 Rumusan
Perkembangan Bandar Kuala Terengganu pada Zaman pra-penjajahan
banyak dipengaruhi oleh institusi kesultanan di mana kawasan istana
menjadi tumpuan kepada pembangunan kawasan sekitarnya. Aktiviti
perdagangan juga menyumbang kepada faktor pembentukan Kuala
Terengganu pada abad ke 18 dan 19 melalui penyebaran agama Islam serta
pembentukan kawasan petempatan oleh pedagang Cina yang berdagang
di Kuala Terengganu.
Istana sebagai pust pentadbiran dan
keselamatan (berhampiran Bukit
Puteri)
Berdekatan pasar (Kedai
Payang)
Berdekatan pelabuhan
(Jeti Syahbandar)
Berhampiran masjid (Masjid
Abidin)
Kawasan padang
rakyat
Kawasan kampung
Kawasan kampung
Kawasan kampung
Kawasan kampung
Sumber : Nor Fazamimah (2007),
Rajah 2.15 :
Interaksi di antara
kawasan istana dan
komponen/ gunatanah
lain
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
32
3.1 Pendahuluan
Bahagian ini menekankan perkembangan bandar Kuala Terengganu pada
zaman sebelum merdeka bermula dari tahun 1901 di mana pada masa
tersebut telah wujud struktur bandar dan pentadbiran bandar yang jelas.
Perbincangan juga akan merangkumi era penjajahan kuasa luar ke atas
Terengganu. Hampir separuh abad Negeri Terengganu menerima campur
tangan kuasa luar sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957. Bagi Kuala Terengganu, kedatangan Jepun dan Inggeris tidak
banyak meninggalkan kesan yang ketara sepertimana bandar lain di
bahagian barat Semenanjung Malaysia.
Ini sepertimana juga digambarkan oleh Skinner (1884) yang mengatakan
bahawa permulaan kurun ke 19, khususnya selepas pembukaan Pulau
Pinang (1786) dan Singapura (1819) diikuti pertumbuhan perusahaan
perlombongan bijih timah menyaksikan perkembangan luar biasa negeri-
negeri Melayu di pantai barat. Dalam tempoh dua puluh (20) tahun,
bermula tahun 1860 tahap urbanisasi telah berlaku di kawasan
perlombongan di pantai barat. Walau bagaimanapun, pola
perkembangan negeri di pantai timur tidak berkembang sepertimana
negeri di pantai barat yang dinyatakan oleh Skinner melalui tulisannya
mengenai Terengganu pada tahun 1884.
...nearly the whole country is one continuous jungle, with less
development, either of its minerals or its commerce, than
perhaps any other of the Malay States. The inhabitants consist
almost entirely of Malays and some wild tribes, with a very few
Chinese, who carry on the little that is now done in the way of
trade or mining. The total population of the State was
computed at 37,500 in 1856. Of this number, the town of [Kuala]
Tringganu, ... was then estimated to contains 15,000 to 20,000
inhabitants.
Walau bagaimanapun keadaan bertambah baik selepas merdeka.
Kemudahan infrastruktur seperti jalan raya telah mula dibina untuk tujuan
memudahkan aktiviti perdagangan dan perhubungan pada masa itu.
Seperti kebanyakan bandar di Asia Tenggara yang lain, proses perbandaran
yang berlaku selepas merdeka pada umumnya tidak terancang dan
tumpuan penduduk adalah ke arah bandar besar dan meninggalkan
kawasan desa yang mundur (Katiman 1988). Pada tahun-tahun selepas
merdeka, menyaksikan perkembangan bandar saiz sederhana serta
3.0 ZAMAN SEBELUM MERDEKA (1901-1956)
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
33
pertumbuhan bandar kecil dengan kadar yang agak perlahan. Ekonomi
negara berasaskan pertanian dan perkhidmatan sebenarnya tidak
banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk. Hanya
selepas tahun 1970an program perindustrian mula diperluaskan.
Perkembangan dan pemajuan guna tanah, di Pusat Bandar Kuala
Terengganu lebih pesat berbanding kawasan lain.
3.2 Penaklukan Kuasa Luar
Sebelum merdeka, Kuala Terengganu telah dijajah oleh beberapa kuasa
luar antaranya pihak Inggeris, Siam dan Jepun. Kedatangan para
penjajah di Kuala Terengganu sememangnya memberi kesan kepada
pentadbiran dan pengurusan perancangan di daerah ini berdasarkan
kepentingan pihak penjajah yang ingin mengukuhkan kuasa mereka di
Kuala Terengganu mahupun Tanah Melayu.
3.2.1 Campur Tangan Pihak British (1909-1957)
Pada tahun 1826, telah berlaku satu perjanjian iaitu Perjanjian Burney
yang ditandatangani di antara kerajaan Siam dan pihak British.
Perjanjian Burney mengakui tuntutan Siam ke atas empat negeri Melayu
utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu (Negeri-negeri
Melayu tak Bersekutu). Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan
Pulau Pinang bagi British dan memberikan hak kepada British untuk
berdagang di Kelantan dan Terengganu tanpa ganguan Siam. Walau
bagaimanapun, keempat-empat negeri Melayu ini tidak diwakili dalam
rundingan perjanjian yang dijalankan tersebut.
Seterusnya, pada 1909, satu lagi perjanjian di antara dua kuasa tersebut
iaitu Perjanjian Bangkok atau juga dikenali sebagai Perjanjian Anglo-
Siam 1909 yang menggantikan perjanjian yang telah dibuat pada tahun
1826. Pada dasarnya negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
iaitu Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah jatuh di bawah penguasaan
British selepas termeterainya Perjanjian Bangkok ini yang dibuat pada
pada 9 Julai 1909. Melalui perjanjian ini, Kerajaan Siam telah bersetuju
menyerahkan haknya ke atas Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
kepada pihak British.
Maka, selepas termeterainya Perjanjian Bangkok 1909, pihak British telah
mula campur tangan dalam urusan pentadbiran Negeri Terengganu.
Pada tahun 1910, W.L. Conlay telah dilantik sebagai ejen British di
Terengganu. Ekoran daripada itu, Sultan Zainal Abidin lll telah membuat
Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu (Ithaqanul Muluk Bi Takdillis
Suluk) yang bertujuan melindungi Terengganu dari tekanan Inggeris
pada tahun 1911.
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
34
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah dilantik pada tahun 1917. Pada
tahun 1919, buat pertama kalinya Penasihat British telah dilantik di negeri ini.
Jawatan ini disandang oleh J.L. Humprey. Ekoran daripada itu, bermulalah
titik perubahan dalam sistem pentadbiran negeri ini. Sultan Terengganu
perlu meminta nasihat penasihat British kecuali dalam urusan pentadbiran
Agama Islam. Penasihat British juga telah mengubah sistem pentadbiran
daerah di Terengganu daripada daerah kepada jajahan diketuai oleh
Pesuruhjaya Jajahan iaitu Jajahan Timur (Kemaman, Kemasik, Kerteh, Paka
dan Dungun), Jajahan Tengah (Kuala Terengganu, Marang dan Hulu
Terengganu) dan Jajahan Barat (Besut dan Setiu). Di bawah pentadbiran
British, pelbagai peraturan baru diperkenal dan dikuatkuasakan di
antaranya mengenai pentadbiran tanah, pengawalan binatang ternakan
serta pemburuan, pentadbiran perkahwinan dan kematian.
Kuasa British di Terengganu berlanjutan sehingga tahun 1945. Walau
bagaimanapun, sejak 1930-an telah mula wujud kesedaran di kalangan
penduduk Terengganu untuk menyertai gerakan kesedaran perjuangan
kemerdekaan. Pada Mei 1937, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan
pada Ogos 1938, di bawah pimpinan Ibrahim Haji Yaacob. Walau
bagaimanapun KMM dibubarkan pada tahun 1942 apabila Jepun
menguasai Tanah Melayu.
Pemerintahan Jepun di Terengganu adalah sehingga tahun 1945 sahaja.
Selepas itu, Terengganu ditadbir semula oleh pihak British yang berusaha
untuk memansuhkan sebahagian besar kuasa Raja-raja Melayu melalui
penubuhan Malayan Union. Cadangan penubuhan Malayan Union tidak
berjaya kerana telah dipatahkan oleh pejuang-pejuang Melayu. Seterusnya
kuasa British mula dikurangkan apabila suara rakyat didengar melalui
pilihanraya 1955. British keluar daripada Tanah Melayu apabila Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
3.2.2 Zaman Penaklukan Jepun (1942-1945)
Pada tahun 1942-1945, Terengganu dijajah oleh Jepun. Dalam jangka masa
ini Terengganu ditadbirkan oleh Tentera Jepun pada tahun 1942 hingga
1943 dan menerima pentadbiran Tentera Thai pada tahun 1943 hingga
1945. Sultan Terengganu pada masa itu, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
dikekalkan di atas takhta kerajaan Terengganu. Pada 18 Mac 1942, Manabu
Kuji tiba di Kuala Terengganu untuk memegang jawatan Syuciji (Gabenor).
Dengan mengekalkan bidang kuasa Sultan dalam hal yang berkaitan
dengan agama, pentadbiran tentera Jepun membentuk pentadbiran
Terengganu berasaskan kepada empat pejabat iaitu Pejabat Cuji Keimu-bu
(Pejabat khas untuk Tuan Syuciji Terengganu), Pejabat Somu-bu (Pejabat
Am), Pejabat Zaimu-bu (Pejabat Khazanah) dan Pejabat Sangyo-bu
(pejabat perniagaan) serta Pejabat Kotsu-bu (Pejabat Pengangkutan).
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
35
Kemudiannya pada tahun 1943, pentadbiran tentera Jepun
memindahkan pentadbiran Terengganu kepada kerajaan Thai melalui
Perjanjian Thai-Nippon. Penyerahan ini dilihat sebagai memenuhi janji
dan sebagai tanda terima kasih kerajaan Jepun terhadap kerjasama
kerajaan Thailand semasa melancarkan serangan terhadap Tanah
Melayu pada tahun 1941. Oleh itu, pada 15 Oktober 1943, Gabenor dan
pegawai-pegawai Thai tiba di Terengganu untuk mengambil alih teraju
pentadbiran. Walau bagaimanapun, pentadbiran Thai di Terengganu
berakhir setelah Jepun menyerah kalah kepada pihak Berikat (British)
pada 15 Ogos 1945.
3.3 Pentadbiran dan Perancangan Bandar Kuala Terengganu
Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pemerintahan
demokrasi berjalan sepenuhnya di Terengganu. Menteri Besar dilantik
oleh Sultan setelah menerima sokongan majoriti dalam Dewan
Undangan Negeri. Pentadbiran di Terengganu terdiri daripada dua
peringkat iaitu Dewan Undangan Negeri di peringkat Negeri dan
pejabat daerah dan tanah di peringkat daerah.
3.3.1 Dewan Undangan Negeri
Berlaku perjanjian antara kerajaan Terengganu dan kerajaan British
pada 21 Januari 1948 yang membawa kepada penubuhan Majlis
Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Mesyuarat Negeri. Mesyuarat pertama
Foto 3.1 : D.Y.M.M. Sultan
Sulaiman Badrul Alam Shah
bersama pembesar tentera
Jepun pada tahun 1942
Sumber : www.surau.ladang.net (2007)
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
36
telah diadakan pada 3 Februari 1948 di Istana Maziah. Kemudian,
pilihanraya negeri telah diadakan pada 29 Oktober 1954 dan Majlis
Mesyuarat Negeri sekali lagi ditubuhkan. Parti perikatan iaitu UMNO dan
MCA telah memenangi pilihanraya ini.
Setelah mencapai kemerdekaan, sistem demokrasi secara menyeluruh
bermula. Amalan demokrasi benar-benar berlaku apabila pilihanraya umum
negeri bagi Dewan Undangan Negeri yang sepenuhnya diadakan di
Terengganu pada 20 Jun 1959. Parti Islam Se-Malaya telah memenangi
pilihanraya pada 1959 tetapi diambil alih semula oleh Parti Perikatan pada
1964 sehingga 1974. Kemudian pilihanraya 1974 menunjukkan Parti Barisan
Nasional memenangi pilihanraya dan memegang tampuk pemerintahan
hingga kini.
3.3.2 Pentadbiran Peringkat Daerah
Campur tangan Inggeris di Negeri Terengganu menyebabkan sistem
pentadbiran perancangan bandar Kuala Terengganu dijalankan seperti
mana bandar-bandar utama yang lain. Kuala Terengganu mula
diisytiharkan sebagai kawasan kerajaan tempatan pada tahun 1928
dengan terwartanya The Municipal and Health Enactment 1928. Sehingga
1931, kawasan tersebut diperbesarkan kesan dari kepesatan pertumbuhan
penduduk.
Pada tahun 1950, bandar Kuala Terengganu mula ditadbir oleh Lembaga
Majlis Bandaran yang dikenali sebagai Lembaga Majlis Bandaran Kuala
Terengganu di bawah peruntukan seksyen 51(1), The Local Authority Election
Ordinance 1950. Seperti Majlis Bandaran utama yang lain pada masa
tersebut, perancangan bandar dilaksanakan mengikut Enakmen Lembaga
Bandaran 1930. Walau bagaimanapun pelan pengezonan Lembaga Majlis
Bandaran Kuala Terengganu tidak terdapat diperolehi untuk melihat sejauh
mana langkah-langkah perancangan dijalankan sebelum rancangan
struktur pertama disediakan. Ini tidak bererti bahawa aspek-aspek
perancangan tidak diambil kira tetapi pendekatan perancangan lebih
bersifat adhoc (Kamaruddin 1993: 111).
3.4 Perkembangan Bandar Kuala Terengganu
Pembentukan awal bandar Kuala Terengganu menunjukkan aktiviti
perbandaran khususnya perdagangan tertumpu di kawasan sekitar Bukit
Puteri. Walau bagaimanapun, pertambahan penduduk dan peningkatan
peranan Kuala Terengganu sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran
telah menyebabkan kawasan perdagangan semakin berkembang.
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
37
3.4.1 Aktiviti Perdagangan
Aktiviti perdagangan pusat bandar Kuala Terengganu mula
berkembang dari satu 'core' kedai tradisional yang menghadap ke
jalan utama bandar yang dikenali dengan nama Jalan Bandar . Rumah
kedai dibina secara double frontage di sepanjang jalan tersebut.
Perkembangan satu aliran 'core' ini berlaku dalam bentuk susun atur
jalan dan kedai yang selari ke arah satu corak pembangunan
berbentuk 'grid-iron'. Pembinaan rumah kedai ini dibuat mengikut ciri
semulajadi Kuala Terengganu di mana ia dibina secara melengkung
selari dengan muara sungai. Rumah kedai ini yang lebih dikenali sebagai
kawasan Kampung Cina menggambarkan perubahan dari segi teknik
pembinaan, reka bentuk, keperluan Undang-undang Kecil Bangunan
dan halangan daripada pemilik tanah yang ramai.
Jalan Bandar merupakan
salah satu jalan utama di
mana lebih 50 peratus
penggunaan bangunan
yang terdapat di sepanjang
jalan ini digunakan untuk
tujuan aktiviti perdagangan
- Mohd. Zaki, 1978
Kampung Banggol
Kampung Tiong
Kampung Cina
A
D C
B
A
B
C
D
Rajah 3.1 : Pembangunan
rumah kedai di Bandar Kuala
Terengganu Sebelum Merdeka
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
38
Rumah kedai tradisional juga berkembang di sepanjang jalan utama seperti
Jalan Paya Bunga, Jalan Banggol, Jalan Masjid, dan Jalan Tok Lam. Pusat
perdagangan bandar Kuala Terengganu telah berkembang melalui
pembangunan berbentuk 'ribbon' di sepanjang jalan-jalan utama tersebut.
Ini adalah disebabkan halangan untuk berkembang terus ke arah sungai di
bahagian utara dan pembangunan perumahan yang padat di bahagian
selatan.
3.4.2 Institusi Pentadbiran
Bandar Kuala Terengganu berfungsi sebagai bandar pentadbiran negeri.
Corak gunatanah Kuala Terengganu pada tahun 1955 menunjukkan telah
banyak bangunan institusi dan kemudahan dibina dengan keluasan 3.02
hektar.
Pada tahun 1912, Pejabat Setiausaha Kerajaan telah disytiharkan bersama
beberapa pejabat lain yang turut dirasmikan pada tarikh tersebut iaitu
Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Pesuruhjaya Keadilan, Pejabat Agama
dan Pelajaran, Pejabat Kerja Raya, Ukur Tanah Kampung dan Pesuruhjaya
Bandaran. Pejabat-pejabat ini dibina berhampiran kawasan Istana Maziah
di mana Istana Maziah sendiri pernah menjadi tempat Mesyuarat Majlis
Negeri dan kawasan persekitarannya telah dijadikan Pusat Pentadbiran
Negeri Terengganu yang pertama. Bagi menyelaraskan Pentadbiran
Negeri, sehingga 1925 beberapa pejabat lain telah dibentuk di sekitar
kawasan ini iaitu Pejabat Menteri Besar, Pejabat Maha Tinggi, Pejabat
Audit, Pejabat Kastam, Pejabat Syahbandar dan Pejabat Mahkamah.
Foto 3.2 : Kawasan
Perdagangan JalanPaya
Bunga
Sumber : Jabatan Penerangan, Malaysia (2007).
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
39
Bangunan pejabat kerajaan yang telah lama ditubuhkan
kebanyakannya sudah uzur dan perlu diperbaiki Oleh itu, pada tahun
1925, Kerajaan Negeri telah membina kompleks bangunan kerajaan
yang lebih dikenali dengan nama Pejabat Jam Besar. Terdapat
pelbagai pejabat kerajaan disatukan di bawah satu kompleks ini
antaranya ialah Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan,
Pejabat British Adviser, Pejabat Khazanah, Pejabat Pelajaran serta
Pejabat Hal Ehwal Agama dan Keadilan.
Postal Services di Kuala Terengganu
Foto 3.3: Sultan Sulaiman
merasmikan mahkamah
Terengganu pada tahun 30an
Sumber : www.surau.ladang.net (2007)
Foto 3.4: Pekerja Pejabat Pos (Pos Telegraph Office) dan Portal Service di Kuala Terengganu pada tahun 1920-an
Sumber : www.surau.ladang.net (2007)
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
40
Kemudian, Pejabat Setiausaha Kerajaan telah berpindah ke Bukit Apil Jalan
Cerung Lanjut pada tahun 1962. Ini kerana Pejabat Jam Besar sudah tidak
mampu untuk menampung keperluan pejabat-pejabat negeri. Bangunan
Pejabat Setiausaha Kerajaan di Jalan Cerung Lanjut ini telah dirasmikan oleh
Al-Marhum D.Y.M.M Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 26 Mac
1962. Antara pejabat-pejabat yang ditempatkan di bangunan ini ialah
Pejabat Setiausaha Kerajaan, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Kemajuan
Negeri dan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri.
Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (1999).
Foto 3.5 : Pejabat Jam Besar
mula digunakan pada 1925
yang menempatkan
pelbagai pejabat kerajaan.
Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (1999).
Foto 3.6 : Pejabat Setiausaha
Kerajaan di Cerung Lanjut
yang juga merupakan
Dewan Undangan Negeri
Terengganu.
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
41
3.4.3 Profil Pusat Bandar
Terdapat sejumlah 264 buah bangunan pada zaman sebelum perang di
bandar Kuala Terengganu (Kajian Inventori Bangunan Warisan Malaysia,
1995) atau 63 peratus daripada jumlah keseluruhan bangunan yang
terdapat di seluruh negeri Terengganu. Sebahagian besar daripada
jumlah ini merupakan bangunan rumah kedai iaitu sebanyak 220 buah
manakala selebihnya adalah bangunan sesebuah atau institusi sebelum
perang yang banyak terdapat di bandar ini.
Taburan rumah kedai pada zaman sebelum perang di Bandar Kuala
Terengganu tertumpu di sepanjang Jalan Bandar. Sepanjang jalan ini
terdapat 159 buah bangunan rumah kedai yang dibina sekitar tahun
1900. Lain-lain taburan perletakan bangunan rumah kedai terletak di
beberapa jalan seperti Jadual 3.1. Sebahagian besar rekabentuk
senibina bangunan rumah kedai yang terletak di Jalan Bandar
mempunyai bentuk yang rendah pada bahagian atasnya dan
mempunyai dua tingkap.
Nama Jalan
Gaya Seni bina
Awal Rumah
Kedai
Eclectic Jumlah
Jalan Bandar
Jalan Sultan Zainal Abidin
Jalan Petani
Jalan Nesan Empat
Jalan Kota
147
26
-
18
11
12
6
23
-
-
159
32
23
18
11
Jumlah 202 41 243
Selain itu, pada zaman sebelum perang, sejumlah 30 buah bangunan
sesebuah terletak di kawasan bandar Kuala Terengganu. Bangunan ini
kebanyakannya terdiri daripada istana lama dan rumah kediaman.
Bangunan istana lama yang mempunyai seni bina yang unik dan
menarik terdapat di dalam Kompleks Istana Maziah. Manakala rumah
kediaman sesebuah yang dibina pada zaman sebelum perang dan
memiliki ciri senibina menarik kebanyakkan terletak di sepanjang Jalan
Sultan Zainal Abidin, Kampung Ladang Sekolah dan Jalan Nesan Empat.
Jadual 3.1 : Taburan dan
gaya senibina bangunan
rumah kedai sebelum
perang di Kuala Terengganu
Sumber: Kajian Inventori Warisan Senibina Malaysia, 1992/93
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
3.4.4 Kawasan Kediaman
Kawasan kediaman di dalam pusat bandar Kuala Terengganu pula terdiri
daripada rumah kampung, rumah atas air selain bangunan bertingkat.
Kebanyakan rumah kampung telah dibina sejak beratus tahun dahulu iaitu
kampung-kampung yang wujud di muara sungai sebagai penginapan
penduduk yang menjalankan kegiatan perdagangan dan menangkap
ikan. Antara kampung-kampung yang masih wujud sehingga kini adalah
Kampung Cina, Kampung Tiong, Kampung Ladang dan Kampung Tanjung.
Pola kawasan perdagangan berbentuk linear mengikut jalan menyebabkan
kawasan dalaman tidak dibangunkan. Kawasan perumahan dalaman ini
meliputi campuran pembangunan kampung/setinggan. Kawasan ini
termasuklah Kg. Tiong, Kg. Paya Keladi dan Kg. Paya Bunga. Perumahan
pada keseluruhannya adalah kira-kira 33% daripada jumlah kawasan
perdagangan sementara 16% merupakan kawasan institusi.
Foto 3.7 : Perkampungan
atas air (Kampung Cina)
dan perkampungan
tradisional antara jenis
kediaman yang terdapat di
Kuala Terengganu
42
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
Rajah 3.2 : Perkembangan Bandar Kuala
Terengganu
Pembukaan bandar Kuala Terengganu bermula
dengan perkampungan Melayu di muara sungai
dan tepi pantai secara berjajar kerana
pengangkutan air merupakan pengangkutan
utama selain untuk mendapatkan bekalan
makanan. Perkembangan awal Bandar Kuala
Terengganu berlaku secara organik menyebabkan
pertubuhan fizikal yang tidak teratur.
Sekitar tahun 1719 hingga 1850, pembukaan jalan
yang selari dengan muara sungai tidak mengubah
corak perkembangan bandar dari bentuk asalnya.
Jalan besar menjadi tulang belakang kepada
perkembangan bandar secara sejajar dan padat
sepanjang jalan.
Bermula pada 1851 hingga 1900, pembangunan
mula tertumpu di sepanjang jalan utama
menyebabkan corak perkembangan bandar
terbentuk secara berselerak dan longgar.
Bandar telah berkembang ke arah selatan dan
barat secara berjajar sekitar tahun 1900 hingga
1950. Pembangunan bertambah padat di kawasan
utara bandar. Kawasan barat daya tidak dapat
dibangunkan kerana terdapat halangan bentuk
muka bumi.
43
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
3.4.5 Sistem Jalan raya
Pembinaan sistem jalan raya utama merupakan antara faktor penting yang
mempengaruhi morfologi sesebuah bandar. Penjajaran jalan-jalan ini bukan
sahaja menentukan lokasi pertumbuhan sesuatu bandar malahan ia juga
mempengaruhi kejayaan pertumbuhan bandar tersebut. Mengikut sejarah,
Terengganu telah mula mempunyai sistem jalan raya awalnya di Kuala
Terengganu sejak dari 1911. Pada permulaannya Terengganu juga sama
dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaya yang hanya mempunyai
pergerakan darat di dalam negeri menggunakan denai-denai dan jalan
rentas menghubungi pusat-pusat kegiatan ekonomi dengan sungai. Pada
waktu tersebut tidak ada jalan raya yang menghubungkan antara
Terengganu dengan negeri lain kecuali jalan air sahaja sehingga tahun 1928.
Pembinaan jalan raya di dalam Negeri Terengganu bagi peringkat
permulaannya dilakukan di dalam bandar Kuala Terengganu sahaja. Pada
tahun 1912 terdapat kira-kira 4 1/2 batu panjang (7242 m) dan tahun 1913
meningkat kepada 9 batu panjang (14,484 m) serta terdapat satu
jambatan yang dibina di Cabang Tiga. Tujuan utama pembinaan jalan raya
tersebut ialah untuk menyenangkan urusan pentadbiran dan perhubungan
Negeri Terengganu memandangkan Kuala Terengganu merupakan ibu
negeri bagi seluruh jajahan.
Sehingga tahun 1914 kepesatan pembinaan jalan raya di dalam Negeri
Terengganu adalah begitu terhad dan segala urusan mengenai kerja-kerja
pembinaan sebelum tahun 1920 dilakukan oleh Perbendaharaan Negeri
Terengganu. Kawasan pedalaman sekitar Kuala Terengganu hanya boleh
dihubungi melalui jalan-jalan tanah tidak bertar dan jambatan yang dibina
daripada kayu balak oleh orang kampung. Pada tahun 1918 pula pihak
Kerjaraya Terengganu telah mengemukakan cadangan untuk membina
jalan tanah yang bermula dari Titian Bongkok ke Kedai Gelugur dan juga
Foto 3.8 : Jalan denai
menggunakan papan
merentasi kawasan
paya sekitar awal
1910an dan jalan
tanah sebelum
merdeka.
44
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
satu cabang lain yang menghubungkan antara Cabang Tiga ke Sungai
Besar Losong sepanjang 1980 kaki.
Pembinaan jalan tanah yang lebih baik di Kuala Terengganu mula
diusahakan selepas tahun 1918 serta bertambah aktif pada tahun
1920an. Pada tahun 1925, pihak Kerjaraya Terengganu telah
menyambung semula kerja-kerja pembinaan jalan antara Chendering-
Marang, Bukit Payong-Kuala Berang dan Chukai-Kuala Kemaman.
Pembinaan jalan Chendering-Marang dan Chendering-Bukit Payong
telah berjaya disiapkan pada tahun 1926 manakala kerja-kerja
pembinaan jalan dari Bukit Payong ke Kuala Berang masih lagi dalam
pembinaan.
Pada tahun 1926 pembinaan jalan raya menghubungkan Kelantan dan
Terengganu telah dimulakan dan merupakan jalan raya pertama di
Terengganu yang menghubungkannya dengan negeri lain.
Pembinaannya telah berjaya disiapkan pada tahun 1931 dengan
jaraknya lebih kurang 80 batu. Dengan adanya jalan raya ini,
Terengganu tidak lagi terasing dan telah dapat dihubungkan dengan
jalan keretapi Negeri Melayu Bersekutu di Kuala Krai.
Pembinaan jalan baru di Kuala Terengganu terus berkembang sejajar
dengan pertumbuhan penduduk dan gunatanah bandar. Pembukaan
jalan utama seterusnya menggalakkan lagi pembinaan jaringan jalan
tempatan untuk melicinkan lagi pergerakan bersifat tempatan yang
diperlukan oleh guna tanah komersil dan perumahan. Rajah 3.3 di
bawah menggambarkan perkembangan sistem jalan raya di Kuala
Terengganu dan sekitarnya sebelum merdeka iaitu pada tahun 1935
dan tahun 1955.
Tahun 1935 Tahun 1955
Rajah 3.3 : Rangkaian jalan
raya di Kuala Terengganu
45
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
3.5 Perkembangan Sosial dan Ekonomi
3.5.1 Penduduk Kuala Terengganu
Banci penduduk yang pertama di Negeri Terengganu telah dijalankan pada
10hb. Mac 1911. Jumlah penduduk Terengganu pada masa itu adalah
seramai 154,073 orang yang terdiri daripada 149,379 kaum Melayu
manakala selebihnya kaum lain termasuk 10 orang Inggeris. Jumlah
penduduk Kuala Terengganu, pada zaman pra merdeka turut dipengaruhi
oleh penghijrahan kaum Cina yang menjalankan aktiviti perdagangan.
Kadar pertumbuhan penduduk ialah sebanyak 2.2 peratus di antara tahun
1921 hingga 1931. Kadar tersebut telah menurun kepada 1.6 peratus dalam
tempoh masa 1931 hingga 1947 (Jadual 3.2).
Penurunan kadar pertumbuhan ini disebabkan oleh faktor kemerosotan
ekonomi pada tahun 1930an yang memaksa pendatang India dan China
dihantar pulang ke negara masing-masing dan kesulitan semasa
pemerintahan Jepun. Selepas peperangan tamat, kerajaan telah
menguatkuasakan undang-undang imigresen yang lebih ketat bagi
mengawal penghijrahan masuk pendatang luar. Negeri Terengganu
mempunyai kadar penduduk Melayu yang tinggi berbanding kaum lain,
iaitu secara puratanya sebanyak 93 peratus bagi tempoh 1947 hingga 1960.
Kadar tambahan penduduk bagi Kuala Terengganu antara tahun 1947-1957
adalah sangat kecil iaitu sekitar 1.0 peratus (JPBD, 1977) meningkat ke julat
2.5 ke 5.0 peratus bagi tahun 1957-1970. Peningkatan jumlah penduduk di
Terengganu mengikut kumpulan etnik di Terengganu bagi tahun 1911, 1921,
1931, 1947, 1951 dan 1960 ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Berdasarkan jumlah
ini, Kuala Terengganu dikira sebagai bandar bersaiz sederhana.
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk membangunkan bandar saiz
sederhana dan kecil. Berikutan itu, menjelang tahun 1970, bilangan
penduduk di Kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu meningkat 50
peratus daripada jumlah penduduk 1957 (Katiman, 1988) iaitu 134,355,
sementara bagi tahun 1980, jumlah penduduk adalah 186,608 iaitu
pertambahan penduduk seramai 52,253 bagi tempoh 10 tahun iaitu dengan
kadar pertumbuhan purata sebanyak 3.34 peratus setahun. Penduduk Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu merangkumi 77.3 peratus daripada jumlah
penduduk Daerah Kuala Terengganu dan 34.4 peratus daripada jumlah
penduduk negeri.
46
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
Jadual 3.2 : Jumlah penduduk Terengganu mengikut kaum
Tahun Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
1911 149,553 (97.0%) 4,169 (2.7%) 61 (0.0%) 370 (0.2%) 154,153
1921 145,532 (94.6%) 7,246 (4.7%) 211 (0.1%) 787 (0.5%) 153,776
1931 164,565 (91.5%) 13,254(7.4%) 1,371(0.8%) 600 (0.3%) 179,790
1947 203,848 (90.2%) 19,210(8.5%) 2,034(0.9%) 904 (0.4%) 225,996
1951 216,215 (91.5%) 15,832(6.7%) 2,363(1.0%) 1,890(0.8%) 236,300
1960 283,181 (92.3%) 19,459(6.3%) 3,480(1.1%) 822 (0.3%) 306,942
3.5.2 Asas Ekonomi
Tulisan awal mengenai aktiviti ekonomi penduduk Kuala Terengganu
bergantung sepenuhnya kepada aktiviti tradisi seperti pertanian,
perikanan dan pertukangan. Bagaimanapun, kegiatan sosio-ekonomi
Kuala Terengganu telah mengalami pelbagai perubahan dalam tahun
sebelum dan selepas merdeka. Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu
telah banyak mempengaruhi kegiatan sosio-ekonomi masyarakat
Malaysia secara amnya. Antara kegiatan sosio-ekonomi yang wujud
sebelum merdeka adalah seperti kegiatan pertanian, perlombongan
dan industri ringan secara kecil-kecilan (Jamaluddin Md Jahi, 2001).
Kedatangan kolonial British ke Semenanjung Tanah Melayu telah
membawa perubahan besar kepada alam sekitar kesatu tahap yang
belum pernah dialami oleh kawasan ini sebelumnya. Kolonialisme British
yang membawa bersamanya modal dan sistem ekonomi kapitalisme
mula meneroka alam sekitar di Tanah Melayu. Penerokaan tersebut
bertujuan untuk memperluas penanaman pertanian industri terutama
getah. Dari satu segi alam sekitar semula jadi telah berubah dan
mewujudkan satu ekosistem baru.
Selepas merdeka, kegiatan sosio-ekonomi yang sedia ada terus
berkembang manakala sektor pertanian serta perlombongan yang
telah mempunyai tapak yang kukuh dimajukan dengan lebih pesat lagi,
diikuti dengan pembangunan sektor perkhidmatan, infrastruktur dan
beberapa industri baru. Pada awal dekad 1950-an pembangunan luar
bandar dimulakan dan ianya dipertingkatkan lagi selepas merdeka
(Jamaluddin,1996). Di bawah Rancangan Malaya Pertama dan
Rancangan Malaya Kedua 1956-1965 terdapat beberapa dasar telah
dibuat demi untuk pembangunan dan memajukan sosio-ekonomi
masyarakat luar bandar (Jomo, 1988). Dasar Ekonomi Baru memberi
implikasi penting kepada pembangunan khususnya wilayah Pantai Timur
yang dari segi sejarahnya agak mundur.
Sumber: Muhammad Salleh, Sejarah Darul Iman(1992), Sejarah Terengganu (1983)
47
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
Selain itu, kegiatan menangkap ikan merupakan salah satu punca
pencarian yang penting bagi penduduk tempatan di Kuala Terengganu.
Hasil tangkapan akan dijual secara terus mahupun diproses untuk dijadikan
ikan kering, keropok, budu dan belacan. Aktiviti ini biasanya dijalankan oleh
kaum wanita manakala kaum lelaki menangkap ikan ke laut.
Ketika musim tengkujuh, para nelayan tidak dapat turun ke laut. Oleh itu,
pelbagai aktiviti lain dilakukan oleh penduduk untuk menampung keperluan
hidup antaranya membaiki rumah, membaiki jala atau jaring serta bot yang
rosak. Aktiviti membina dan membaiki bot di Kuala Terengganu banyak
dijalankan di sekitar kawasan Pulau Duyong, Cabang Tiga dan Losong.
Bagi mereka yang mempunyai kemahiran, aktiviti kraftangan seperti
menganyam tikar, membuat tembikar mahupun barang gangsa
merupakan salah satu punca pencarian pada waktu itu. Aktiviti membuat
barangan gangsa merupakan salah satu kegiatan yang telah lama
dijalankan oleh penduduk kampung iaitu semenjak zaman pemerintahan
Sultan Omar (1837-1874). Barangan gangsa yang dihasilkan termasuklah
mangkuk besi, ketul, talam serta barang-barang perhiasan daripada
gangsa dan perak.
Aktiviti menenun songket merupakan kegiatan ekonomi penduduk
tempatan yang boleh dibanggakan sejak abad ke 19. Tenunan kain ini
kebiasaannya merupakan aktiviti kaum wanita. Antara kain bermutu tinggi
yang dihasilkan adalah kain benang emas, kain limau dan kain perang
rosak. Songket Terengganu juga merupakan kain yang berkualiti tinggi
sebagaimana diperakui oleh A.H. Hill (1949).
Foto 3.9 : Penduduk Terengganu membawa hasil
pertanian (getah) untuk dijual di Kuala
Terengganu (1963).
Foto 3.9 : Penduduk Terengganu menyertai Skim
Pembangunan Tanah Persekutuan di Belara,
Kuala Terengganu seluas 2,780 ekar (1964).
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, 2007
the finest types of
finished clothes all
belong to class known
generically as kain
songket in which gold
and silver thread.
- A.H Hill, 1949
48
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SEBELUM MERDEKA
3.5 Rumusan
Pentadbiran Kuala Terengganu sebelum merdeka banyak dipengaruhi
oleh corak pemerintahan British. Walau bagaimanapun, dari segi
perancangan, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh British ke
atas bandar Kuala Terengganu kerana bandar ini masih mengekalkan
corak susun atur bandar sebagaimana yang dibentuk sewaktu
bermulanya zaman pemerintahan kesultanan Terengganu. Dari segi
petempatan penduduk pula, perletakan kawasan kediaman adalah
berbeza mengikut kaum di mana kaum Melayu tinggal berhampiran
muara sungai dan menjalankan kegiatan bercucuk tanam serta
menangkap ikan manakala kaum Cina tinggal di bandar menjalankan
kegiatan perdagangan. Secara tidak langsung ia mempengaruhi
kegiatan ekonomi penduduk pada masa itu. Namun, selepas merdeka,
melalui pembentukkan Dasar Ekonomi Baru, kegiatan ekonomi
penduduk telah disusun semula bagi meningkatkan pendapatan
penduduk Melayu agar tidak lagi terbelenggu dengan kemiskinan dan
menjalankan kegiatan ekonomi sara diri sahaja.
Foto 3.10 : Penduduk
Terengganu menjalankan
aktiviti menenun.
Sumber : www.surau.ladang.net (2007
49
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.1 Pendahuluan
Seperti kebanyakan bandar di Semenanjung Malaysia yang lain, proses
perbandaran pada tahun selepas merdeka (1957) pada umumnya
adalah lembap. Hanya selepas tahun 1970an program perindustrian mula
diperluaskan dan secara tidak langsung mempercepatkan kadar
pertumbuhan bandar. Bagi Negeri Terengganu amnya dan bandar Kuala
Terengganu khususnya, penemuan minyak di perairan Negeri
Terengganu menjelang tahun 1980 telah merancakkan lagi
pembangunan. Bahagian ini akan memberi tumpuan kepada
perkembangan pembangunan yang berlaku sehingga tahun2009,
khususnya kepada perubahan pembangunan guna tanah iaitu dari segi
tepu bina dan kawasan hijau hasil dari pelaksanaan Dasar
Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020.
4.2 Pentadbiran dan Perancangan Bandar Kuala Terengganu
4.2.1 Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (1979-2007)
Sehingga 1979, bandar Kuala Terengganu telah ditadbir oleh pihak
berkuasa tempatan yang dikenali sebagai Lembaga Majlis Bandaran
Kuala Terengganu bagi menyusun proses pembangunan yang pesat dari
segi kegiatan ekonomi, perdagangan dan institusi. Pada waktu itu,
keluasan kawasan pihak berkuasa tempatan ini hanyalah 5.4 batu
persegi (1,398.6 hektar) dan mempunyai penduduk seramai 53,346 orang.
Pada tahun 1979, Lembaga Majlis Bandaran Kuala Terengganu telah
dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu hasil daripada
pembangunan pesat yang berkembang ke luar kawasan Majlis
Bandaran sedia ada. Oleh itu pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976
mula dikuatkuasakan dan kawasan pentadbirannya meliputi kawasan
seluas 2,970 hektar dan penduduk seramai 137,034 orang.
Penukaran status Lembaga Bandaran Kuala Terengganu kepada Majlis
Perbandaran pada tahun 1979 adalah merupakan pelaksanaan dasar
bagi penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan yang dibuat
bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menerusi Majlis
Negara bagi Kerajaan Tempatan.
4.0 SELEPAS MERDEKA (1971-2009)
50
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah diwujudkan pada 18hb
Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi yang meliputi 21
mukim. Pembentukan kawasan Majlis Perbandaran adalah merupakan
hasil daripada percantuman lima Majlis Tempatan iaitu Jumaah
Bandaran, Majlis Mesyuarat Tempatan Kuala Terengganu Utara, Barat,
Tengah dan Selatan (Rajah 4.1).
Rasional pencantuman lima majlis tempatan ini adalah bagi
memudahkan proses pengurusan Kuala Terengganu dari segi kewangan
serta mengatasi masalah kekurangan kakitangan. Jika dilihat dari segi
kewangan, Jumaah Bandaran Kuala Terengganu tidak mempunyai taraf
kewangan sendiri (financially non-autonomous) di mana hasil
pendapatan telah dicantumkan kepada Perbendaharaan Negeri dan
Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan kewangan untuk
menentukan perbelanjaannya. Kedudukan kewangan bagi Majlis-majlis
Mesyuarat Tempatan dalam Negeri pula adalah lebih lemah berbanding
dengan kedudukan yang dialami oleh Jumaah Bandaran Kuala
Terengganu. Masalah kewangan ini telah menyebabkan Majlis-majlis
Mesyuarat Tempatan bukan sahaja tidak mampu memberikan
perkhidmatan kepada penduduk malahan juga tidak mampu untuk
membiayai perbelanjaan mengurus dan menjalankan pembangunan.
Dari segi penyediaan kakitangan pula, Jumaah Bandaran tidak
mempunyai kakitangan teknikal dan profesional yang penting seperti
jurutera, perancang bandar, peguam dan sebagainya menyebabkan
Jumaah Bandaran terpaksa bergantung kepada Jabatan Kerja Raya
Negeri, Jabatan Parit dan Saliran, Pejabat Kesihatan dan lain-lain jabatan
kerajaan menyebabkan tugas-tugas yang perlu disiapkan tidak dapat
diselesaikan sebagaimana sepatutnya. Bagi Majlis-majlis Mesyuarat
Tempatan pula, masalah kekurangan kakitangan merupakan isu yang
besar di mana tenaga kerja yang ada tidak mampu untuk melaksanakan
tugas bagi kawasan pentadbiran yang luas. Masalah kewangan ini telah
menyebabkan Majlis-majlis Mesyuarat Tempatan tidak dapat menambah
bilangan kakitangan yang diperlukan (Jadual 4.1).
Penguasa Tempatan Keluasan
(hek)
Bil.
Penduduk
Bil. Kakitangan
Jemaah Bandaran 1,486.2 77,000 23 ahli, 9 ex-officer, 283
buruh kasar
Majlis Mesyuarat
Tempatan
10,440.2 60,000 29 shli msjlis, 21
kakirangan
Jadual 4.1 : Bilangan kakitangan Penguasa Tempatan Kuala Terengganu, 1979
Sumber: Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, 1979
51
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.1 : Kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, 1979
52
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Berdasarkan kepada masalah yang dihadapi ini, Pihak Berkuasa Negeri
Terengganu telah mengambil langkah positif dengan menerima pakai
Akta 171 iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan menubuhkan Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu yang merangkumi Jumaah Bandaran
dan empat kawasan Majlis-majlis Mesyuarat Tempatan tersebut. Ini dapat
dilihat melalui objektif penubuhan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
iaitu:
(i) untuk menepati dasar Kerajaan berhubung dengan Kerajaan
Tempatan yang memerlukan bahawa setiap ibu Negeri di
Semenanjung Malaysia diletakkan di bawah pentadbiran Majlis
Perbandaran yang cekap bagi mengadakan:
(a) perancangan bandar yang teratur;
(b) perkhidmatan kesihatan yang lebih baik;
(c) mengadakan kemudahan awam seperti pusat rekreasi, sukan,
sivik dan sebagainya;
(d) kawalan lalulintas yang teratur;
(e) pembangunan infrastruktur (prasarana) asas seperti jalan,
longkang, lampu jalan, pasar dan sebagainya;
(f) kawalan rapi terhadap aktiviti perniagaan seperti
penjajaan dan perniagaan kecil khasnya dari segi kesihatan
dan sebagainya;
(ii) untuk menangani masalah kepadatan penduduk dan kesukaran
yang berkaitan dengannya. Kawasan kediaman perlu disusun atur
dan dilengkapi kemudahan-kemudahan agar kepadatan penduduk
yang tinggi tidak menimbulkan suasana kucar-kacir dan
memudaratkan kesihatan awam;
(iii) peluasan kawasan dengan tujuan membawa perkhidmatan Kerajaan
Tempatan kepada kawasan-kawasan yang memerlukan
perkhidmatan itu;
(iv) untuk mengukuhkan kedudukan kewangan termasuk dengan aktiviti
perniagaan;
(v) mengatasi masalah kekurangan kakitangan terutamanya kakitangan
profesional dan teknikal.
Pembentukan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu memberi tekanan
pembangunan sosio-ekonomi di Bandar Kuala Terengganu. Akta 171
membolehkan sesebuah penguasa tempatan menjalankan kerja yang
mempunyai ciri perniagaan sama ada secara bersendirian atau
usahasama dengan firma atau orang perseorangan. Akta 171
membolehkan penguasa tempatan meminjam wang serta menjadikan
pihak berkuasa tempatan sebagai pihak berkuasa perancang tempatan
(local planning authority) yang bertanggungjawab merancang dan
memajukan kawasan di bawah bidang kuasanya.
53
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Seterusnya, berlaku perubahan kawasan dalam Majlis Perbandaran
Kuala Terengganu, di mana pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong
dan Alor Limbat telah dikeluarkan daripada Majlis Perbandaran dan
dimasukkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Marang. Berdasarkan
kepada perubahan ini, kawasan baru Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu telah berubah kepada 16,806 hektar. Pada 16 Disember 1996
pula, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah
diwarta perluasan meliputi seluruh daerah Kuala Terengganu sebagai
kawasan kawalan dan operasi dengan keluasan 60,528 hektar
termasuklah sebuah pulau peranginan terkenal iaitu Pulau Redang dan
bilangan mukim bertambah menjadi 23 mukim (Rajah 4.2)
Rajah 4.2 : Perubahan sempadan Kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
60,528.60 hek (605.25 km persegi)
54
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.2.2 Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Pada 1 Januari 2008, Kuala Terengganu telah diberi pengiktirafan
sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir
Air. Pengiktirafan ini menjadikan Kuala Terengganu sebagai Majlis
Bandaraya ke-12 di Malaysia. Berdasarkan RTD Kuala Terengganu (2008-
2020), keluasan semasa Daerah Kuala Terengganu adalah 60,528.60
hektar dengan bilangan penduduk mencecah seramai 351,800 orang.
Mukim yang terdapat di bawah pentadbiran majlis bandaraya pada
tahun 2009 adalah 23 mukim seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Majlis Bandaraya pada masa kini masih melibatkan percantuman lima
Majlis Tempatan iaitu Jumaah Bandaran, Majlis Mesyuarat Tempatan
Kuala Terengganu Utara, Barat, Tengah dan Selatan. Rujuk Jadual 4.2
Bil Nama Mukim Keluasan Kepadatan
Penduduk/Hektar Hektar %
1. Atas Tol 206.70 0.34 12
2. Bandar Kuala Terengganu 239.86 0.40 62
3. Batu Burok 616.61 1.02 24
4. Batu Rakit 11,140.57 18.41 3
5. Belara 22,144.85 36.59 1
6. Bukit Besar 878.79 1.45 23
7. Chabang Tiga 455.44 0.75 39
8. Chendering 879.35 1.45 14
9. Gelugor Kedai 449.87 0.74 13
10. Gelugur Raja 223.11 0.37 8
11. Kepung 364.40 0.60 14
12. Kuala Ibai 541.03 0.89 19
13. Kuala Nerus 10,365.26 17.12 6
14. Kubang Parit 357.98 0.59 20
15. Losong 275.20 0.45 38
16. Manir 2,815.03 4.65 9
17. Paluh 407.38 0.67 24
18. Pengadang Buloh 1,846.65 3.05 7
19. Pulau Redang 2,921.28 4.83 0
20. Pulau-Pulau 606.85 1.00 5
21. Rengas 197.27 0.33 15
22. Serada 2,282.13 3.77 3
23. Tok Jamal 313.00 0.52 14
JUMLAH 60,528.60 100 -
Keseluruhan Daerah meliputi kawasan seluas 60,528.60 hektar dengan
mukim Belara mencatatkan keluasan mukim paling tinggi iaitu 22,144.85
hektar diikuti Batu Rakit (11,140.57 hektar) dan seterusnya Kuala Nerus
dengan kawasan seluas 10,365.26 hektar. Bandar Kuala Terengganu pula
berkeluasan 239.86 hektar dengan catatan kepadatan penduduk paling
tinggi berbanding mukim lain.
Jadual 4.2 : Keluasan dan kepadatan penduduk Daerah Kuala Terengganu mengikut mukim, 2007
Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu, 2008-2020
55
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Kepadatan penduduk tertinggi bagi kawasan yang terletak di bawah
pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu juga dicatatkan oleh
Bandar Kuala Terengganu sendiri dengan 62 orang penduduk per hektar.
Ini seterusnya diikuti oleh kawasan berdekatan bandar seperti Chabang
Tiga dan Losong dengan 39 penduduk dan 38 penduduk per hektar. Hal
ini berkemungkinan disebabkan oleh peluang pekerjaan di samping
pembangunan guna tanah yang semakin berkembang di kawasan
bandar yang seterusnya menjadikan kawasan terbabit sebagai zon
tumpuan penduduk bagi kawasan berhampiran.
4.2.3 Perancangan Bandar Kuala Terengganu
Sehingga tahun 2006, Kerajaan Negeri Terengganu telah menerima pakai
kesemua peruntukan dan pindaan-pindaan Akta Perancangan Bandar
dan Desa (Akta 172) iaitu pindaan 1993, 1995 dan 2001 kecuali
subseksyen 5(2), seksyen 6A, subseksyen 22(2A), 22(2b) dan subseksyen
58(1A) dan 58(1B) (JPBD Persekutuan, 2007). Walau bagaimanapun,
pada tahun 2007 Akta 172 sekali lagi telah dipinda dan dikenali dengan
Akta A1313. Akta ini dipinda dengan memasukkan peruntukan
berhubung dengan pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan
awam. Tujuan meminda Subseksyen 22(2) Akta 172 ialah untuk
membolehkan pihak berkuasa perancang tempatan mengambil kira
peruntukan Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007
[Akta 672] semasa menguruskan sesuatu permohonan untuk
mendapatkan kebenaran merancang. Akta 672 ini telah diwartakan
pada 30 Ogos 2007.
Foto 4.1 : Bandaraya Kuala Terengganu, 2009
56
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Penggunaan Akta tersebut membolehkan Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu melaksanakan perancangan dan kawalan pembangunan
mengikut apa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang tersebut.
Bagi memandu perancangan di kawasan Majlis, sehingga 2009 terdapat
beberapa rancangan pemajuan yang telah dihasilkan seperti Jadual 4.3.
Bil Rancangan Pemajuan Status Program
1. RS Kuala Terengganu Warta (No. 1060 Jil. 43 No. 23) -
8/11/1990 RMK7
2. PBPT - Kuala Terengganu Warta (No. 820 Jil. 50 No. 15) –
17/7/1997RMK6 RMK7
3. RS (P) MP Kuala
Terengganu
Warta (No. 893) - 21/12/2000
RMK7 RMK7
4. RT Kuala Terengganu Siap (publisiti) - selaras dan serap
dlm RTD Kuala Terangganu RMK7
5. RT Batu Burok -
Chendering
Warta (No. 437, MPKT/RT/3) -
21/7/2005 RMK7
6. RT Seberang Takir – Gong
Badak - Manir
Warta (No. 457, MPKT/RT/4) -
21/7/2005 RMK7
7. RT Hiliran – Padang Midin Warta (No. 438, MPKT/RT/7) -
21/7/2005 RMK7
8. RT Kuala Pinggiran Bandar
Chukai - Banggol
Warta (No. 436, MPKT/RT/2) -
21/7/2005 RMK7
9. RT Daerah Kuala
Terengganu
Dalam Penyediaan (DRT Awal) RMK9
10. RKK Tepuh – Batu Enam
2015
4.3 Perkembangan dan Aliran Pembangunan Bandar
Proses perbandaran yang berlaku di Semenanjung Malaysia hingga
tahun 1980 adalah di antara yang terpesat di Asia Tenggara. Sehingga
tahun 1980, pola perbandaran di Semenanjung Malaysia masih tidak
seimbang di mana perbandaran yang tinggi kebanyakannya terletak di
sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun,
perkembangan Bandar Kuala Terengganu, Kuantan dan Kota Bharu
lebih dipengaruhi oleh fungsi bandar tersebut sebagai ibu negeri.
Sejak tahun 1979, pusat bandar Kuala Terengganu merupakan pusat
pertumbuhan daerah yang juga berperanan sebagai pusat pentadbiran
negeri dan disokong dengan pelbagai komponen guna tanah utama
seperti perniagaan dan industri. Ia merupakan asas serta perangsang
kepada pertumbuhan pusat bandar lain yang kebanyakannya adalah
kawasan petempatan. Sistem rangkaian jalan raya memainkan peranan
terpenting dalam menentukan corak serta aliran pembangunan
tersebut. Setiap pusat ini dihubungkan di antara satu sama lain dengan
wilayahnya melalui sistem rangkaian jalan raya sedia ada, sebagaimana
ditunjukkan dalam Rajah 4.3.
Jadual 4.3 : Rancangan Pemajuan Daerah Kuala Terengganu
Sumber: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Sem. Malaysia, 2009
57
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
mencatatkan bahawa tumpuan pembangunan di Daerah Kuala
Terengganu akan terus berlaku di dalam koridor pantai khasnya di pusat
bandar Kuala Terengganu, Mukim Kuala Nerus, Batu Rakit, Bukit Besar,
Chabang Tiga dan Pengadang Buloh. Terdapat 6 koridor pembangunan
sedia ada di Kuala Terengganu seperti ditunjukkan dalam jadual di
bawah (Jadual 4.4). Tumpuan pembangunan seterusnya akan
berkembang membentuk konurbasi arah selatan sehingga ke Bandar
Marang, arah barat sehingga ke Bukit Payung dan arah utara hingga ke
Merang. Semua koridor pembangunan ini dilengkapi dengan
kemudahan pengangkutan dan jalanraya yang baik; sebagai
pemangkin perkembangan dan pembangunan bandar.
Rajah 4.3 : Corak perkembangan Bandar Mengikut Jalan Utama
1100-1993
1100-1993
1993-2009
58
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Bil Koridor pembangunan sedia ada Fungsi & tumpuan
1 Koridor Kuala Ibai-Chendering Pelancongan
2 Koridor Mengabang Panjang-Batu Rakit Industri Sederhana & Berat
3 Koridor Gong Badak-Wakaf Tengah Institusi Pendidikan
4 Koridor Gong Badak-Bukit Bayas Pembangunan bercampur
5 Koridor Batu Enam-Kuala Terengganu Petempatan
6 Koridor Chabang Tiga-Padangmidin Petempatan
GAMBAR BARU
Sumber: Rancangan Struktur Kuala Terengganu
Jadual 4.4 : Koridor pembangunan, 2009
Foto 4.2 : Pembangunan di Bandar Kuala Terengganu
59
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.3.1 Perkembangan Bandar Secara Berpusat
Selain penyediaan perkhidmatan pengangkutan, pembangunan
bandar dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu
khususnya dalam kawasan Majlis Bandaran lama sangat bergantung
kepada kebolehsampaian jalan. Menurut kajian oleh Kamaruddin Ngah
pada tahun 1993, keadaan ini telah menghasilkan perkembangan
bandar secara ribbon yang seterusnya menyebabkan kesukaran dan kos
yang tinggi untuk tujuan perkhidmatan. Secara amnya pembangunan
berkembang secara concentric melalui zon-zon yang berterusan di
mana terdapat empat zon yang boleh dikenalpasti bagi menunjukkan
aliran pembangunan bandar Kuala Terengganu pada tahun-tahun
selepas merdeka (Rajah 4.4).
Rajah 4.4 : Corak perkembangan Bandar Kuala Terengganu secara berpusat
60
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Zon 1 merupakan kawasan asal pusat bandar Kuala Terengganu yang
pada mulanya merupakan pelabuhan bagi kemudahan kapal
perdagangan keluar masuk ke Kuala Terengganu pada tahun 30-an. Di
peringkat permulaan, zon ini merupakan pusat utama perniagaan
runcit, perkhidmatan serta institusi-institusi. Ia seterusnya berkembang
menjadi pusat perniagaan yang utama bagi Kuala Terengganu. Satu
contoh yang ketara ialah perkembangan Kampung Cina di mana
pembangunan di kawasan ini berkembang sehingga ke Zon 2,
terutamanya bagi kediaman. Zon yang merangkumi kawasan seperti
Gong Kapas, Bukit Kecil dan Pulau Kambing ini lebih selesa berbanding
dengan Zon 1 dari segi kepadatan penduduk dan kesibukan lalu lintas.
Penduduk di sini terdiri daripada pekerja di pusat bandar (Zon 1) yang
terlibat dalam aktiviti perdagangan dan perindustrian serta kerja
bermajikan. Keadaan petempatan ini menjadi sesak dan seterusnya
menyebabkan penduduk berpindah ke Zon 3.
Kawasan Zon 3 yang terdiri daripada kawasan Pasir Panjang, Batu Burok
dan Cabang Tiga lebih luas berbanding Zon 1 dan 2. Dengan adanya
sistem pengangkutan, kawasan petempatan dalam zon ini terus
berkembang ke kawasan yang lebih jauh dari kawasan pusat bandar.
Zon 4 termasuk Wakaf Mempelam, Durian Burong dan Kuala Ibai,
penduduk berulang-alik ke tempat kerja di lain-lain zon terutamanya Zon
1. Pada akhir tahun 7Oan dan awal 80an, kegiatan perniagaan,
perindustrian dan petempatan telah wujud di pusat tempatan kecil
seperti Kg. Ibai dan Gong Badak dan tidak lagi terhad di pusat bandar.
Corak pembangunan kebanyakannya mengikut rangkaian jalan raya
seperti pembangunan di sepanjang jalan ke Kota Bharu dan Kuantan.
Foto 4.3 : Zon 1 - Pusat : Bandar Kuala Terengganu sebagai pusat perniagaan, perkhidmatan & institusi
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia, 2007
61
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.3.2 Pertumbuhan Bandar
Corak pembangunan bandar Kuala Terengganu terdiri dari 2 kategori
iaitu pertumbuhan secara semulajadi dan pembangunan yang
dirancang. Pertumbuhan secara semulajadi banyak tertumpu di
kawasan seperti di sepanjang Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang,
Jalan Kuala Terengganu - Chendering, Kuala Terengganu - Bukit Kecil
dan Gong Kapas dan Jalan Kota Bharu. Pola kediaman pinggiran ini
tumbuh secara sendiri dan dijangka akan terus berkembang.
Pembangunan yang dirancang pula jelas kelihatan di pusat bandar
Kuala Terengganu. Pembangunan jenis ini dirancang dalam penyediaan
rancangan pemajuan oleh pihak kerajaan. Bangunan moden bagi
tujuan perniagaan, institusi kerajaan dan badan berkanun terus tumbuh
seperti di Cabang Tiga dan di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu.
Jika dilihat dari segi corak fizikal dan perkembangan guna tanah,
bandar Kuala Terengganu berkembang di sebelah barat Sungai
Terengganu hingga ke kawasan perkampungan seperti di Losong,
Ladang dan Batu Burok. Kadar pembangunan pada tahun 60an dan
70an turut tersebar ke kawasan baru seperti Gong Kapas dan di
sepanjang jalan utama di selatan dan barat bandar Kuala Terengganu
yang berbentuk ‘ribbon’. Satu „dispersed radial’ terbentuk dari proses
pembangunan ini. Terdapat juga pembangunan bercorak „linear‟ di
mana bandar terbentuk berkelompok mengikut rangkaian jalan raya
daripada arah pusat bandar. (Rajah 4.5)
Foto 4.5: Keadaan pembangunan di Zon 1 pada masa kini (2009)
62
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.5 : Corak perkembangan tepu bina di sepanjang jalan utama di Daerah Kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
63
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pembangunan turut melibatkan perubahan guna tanah seperti contoh
kawasan tanah perkuburan dibangunkan dengan bangunan
perniagaan dan institusi kerajaan seperti mana yang wujud di Jalan
Paya Bunga dan Jalan Banggol.
Tanah pertanian turut menjadi tapak kawasan pembangunan
terutamanya perumahan. Di Kuala Terengganu, Kerajaan Negeri telah
mengambil sebilangan besar tanah padi untuk dibangunkan semula
seperti di Jalan Bukit Kecil. Pemaju-pemaju swasta turut terlibat di dalam
mengusahakan tanah-tanah pertanian menjadi kawasan perumahan
dan perniagaan, sebagaimana terdapat di sepanjang jalan Kuala
Terengganu - Kuala Berang (Laluan Persekutuan 14) dan Kuala
Terengganu - Kota Bharu (Laluan Persekutuan 3). Sehingga kini
pembangunan bandar Kuala Terengganu terus tersebar ke Utara dan
Selatan Kuala Terengganu. Pembangunan yang lebih terancang
banyak tertumpu di kawasan utara Majlis Bandaraya yang pada
asalnya merupakan kawasan luar bandar tanpa sebarang
pembangunan utama. Selari dengan pembangunan ini, perancangan
guna tanah menjadi lebih berkesan dan banyak projek. perumahan
dibangunkan, yang sudah tentunya memberikan kesan kepada
keperluan pengangkutan awam dan kemudahan awam yang lain.
Dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, zon perancangan
telah ditetapkan sebagai asas dalam merancang guna tanah. Zon
perancangan ini telah dikategorikan kepada tiga kawasan iaitu:
a) Pusat bandar;
b) Kawasan Majlis Perbandaran Lama; dan
c) Lain-lain kawasan yang dibahagikan kepada zon perancangan
utara dan zon perancangan selatan Draf Rancangan Struktur
Kuala Terengganu (1985) (Rajah 4.6).
Foto 4.6: Pembangunan rumah kedai di Pusat Bandar Kuala Terengganu kini (2009)
Jalan Banggol Jalan Sultan Ismail
64
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.6 : Zon Perancangan Am Majlis Perbandaran Daerah Kuala Terengganu, 1979
65
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.4 Perkembangan Guna Tanah Kuala Terengganu
Perancangan guna tanah memainkan peranan yang penting dalam
sesuatu kawasan bagi memacu pertumbuhan bandar yang sistematik,
komprehensif dan berkualiti selaras dengan matlamat dan objektif pihak
berkuasa dan penduduk setempat. Perkembangan guna tanah Kuala
Terengganu dilihat dalam satu bentuk siri masa bagi mengenal pasti
pertumbuhan bandar yang berlaku iaitu dari segi pertambahan
kawasan tepu bina dan pengurangan kawasan hijau. Perkembangan
guna tanah dibuat berdasarkan data guna tanah yang diperolehi bagi
tahun 1955, 1973, 1980, 1997 2003 dan 2009, dengan merujuk kepada
laporan rancangan pemajuan yang disediakan untuk kawasan Kuala
Terengganu.
4.4.1 Serakan Kawasan Tepu Bina
Perkembangan bandar sering dikaitkan dengan peningkatan
permintaan terhadap ruang bandar. Perkembangan pertumbuhan
bandar ini menyebabkan wujudnya kawasan tepu bina iaitu kawasan
yang dibangunkan seperti perumahan, perindustrian, perdagangan dan
sebagainya. Analisis perubahan litupan bandar di Kuala Terengganu
menunjukkan peningkatan kawasan tepu bina bandar bermula dari
tahun 1973 dengan purata perubahan tahunan 2.74 peratus meningkat
daripada tahun 1955 (Jadual 4.5). Secara umumnya, peningkatan
dalam peratusan tepu bina bandar direkodkan semenjak tahun 1955
hingga 2003.
Tahun Jumlah
Keluasan
Tepu Bina Purata Perubahan
Tahunan (%) Luas
(Hektar)
Peratus
(%)
1955 65,873.22 4,277.93 6.49 -
1973 65,873.22 6,387.58 9.70 2.74
1980 65,873.22 10,067.21 15.29 8.23
1997 65,873.22 29,656.74 45.02 11.45
2003 65,873.22 32,673.90 49.60 1.70
Bagi tempoh antara tahun 1973 hingga 1980, kawasan tepu bina
meliputi 15.29 peratus daripada keseluruhan kawasan Daerah Kuala
Terengganu. Dalam tempoh ini purata perubahan tahunan telah
meningkat hampir 4 kali ganda pada kadar 8.23 peratus. Pertumbuhan
kawasan tepu bina terus berlaku dengan pesat dalam jangkamasa
antara tahun 1980 hingga tahun 1997.
Sumber: Kajiian Morfologi Bandar Kuala Terengganu, 2009
Jadual 4.5 : Perubahan tepu bina bandar
66
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pada tahun 1977, kawasan tepu bina telah meliputi 45.02 peratus
daripada keluasan keseluruhan daerah dan purata perubahan tahunan
mencapai kadar 11.45 peratus yang merupakan kadar perubahan
tertinggi yang dialami daerah Kuala Terengganu. Antara tahun 1997
hingga 2003, kawasan tepu bina telah hampir meliputi 50 peratus
daripada keseluruhan daerah dengan purata perubahan tahunan 1.7
peratus.
Kadar pembangunan fizikal mula meningkat dengan lebih pesat selepas
1970an dan menjelang 1980an, kawasan tepu bina telah meningkat
kepada sekitar 15 peratus dari keseluruhan daerah Kuala Terengganu.
Sekitar 1980an kawasan tepu bina adalah tertumpu di kawasan pusat
bandar yang kebanyakannya terdiri daripada institusi kerajaan dan
perdagangan.14 peratus kawasan hijau di Kuala Terengganu terdiri
daripada tanah pertanian, tanah kosong dan kawasan rekreasi.
Di kawasan zon perancangan utara yang antaranya termasuk Kg. Jeram,
Manir dan Buloh Gading, tanah pertanian merupakan 46.6 peratus
daripada keseluruhan zon tersebut. Terdapat sekitar 14 peratus kawasan
kosong meliputi Batu Rakit, Telaga Batin dan Gong Badak. Kawasan tepu
bina masih kecil iaitu sekitar 13 peratus yang mana melibatkan guna
tanah perindustrian dan institusi yang kebanyakannya tertumpu di
kawasan Gong Badak. Zon Perancangan Selatan pula mempunyai
kawasan pertanian sebanyak 65 peratus terutamanya meliputi kawasan
Pengadang Buloh.
Foto 4.7 : Pembangunan yang pesat menjadi faktor kepada pertambahan kawasan tepu bina
67
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Serakan kawasan tepu bina bandar Kuala Terengganu ke timur dan
utara adalah terbatas disebabkan oleh Laut China Selatan dan Sungai
Terengganu. Oleh yang demikian, perkembangan tepu bina menghala
ke selatan mengarah ke Kuantan meliputi mukim Batu Buruk, Kuala Ibai
dan Chendering. Ia juga berkembang menghala ke barat mengikuti
arah jalan ke Kota Bahru dan Kuala Berang meliputi mukim Bukit Besar,
mukim Cabang Tiga, Losong, Kubang Parit, Paloh, Rengas, Tok Jamal
dan Kepong. Menjelang tahun 1980 hingga 1997, pembangunan
kawasan-kawasan perumahan dan industri menyebabkan
perkembangan kawasan tepu bina telah meliputi kawasan-kawasan
Jalan Hiliran, Ladang, Jalan Cherong Lanjut, Jalan Kamarudin, Padang
Midin, Tasek, Jalan Kuala Brang dan Jalan ke Kuantan.
Foto 4.8 : Pembangunan kawasan perumahan di Kuala Terengganu
Perumahan komited KP Perdana 1 Di Kubang Parit
Perumahan Taman Sri Kolam
68
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.7 : Taburan kawasan tepu bina di Daerah kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
69
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Seterusnya pembangunan perumahan dan industri menyumbangkan
kepada peningkatan kawasan tepu bina ke kawasan Gong Badak,
Kuala Ibai, Jalan Panji Alam-Pasir Panjang, Jalan Batu Buruk–Chendering,
dan Bukit Besar. Antara mukim yang mengalami pembangunan pesat
termasuklah mukim Batu Buruk, Kuala Ibai, Chendering, Bkt Besar,
Chabang Tiga, Losong, Kubang Parit, Kepong, Paloh, Gong Badak Tok
Jamal, Batu Rakit dan Seberang Takir
Peningkatan ketara kawasan tepubina sehingga tahun 2000 jelas
disebabkan oleh peningkatan sumber selain faktor pertumbuhan
ekonomi negara yang kukuh terutama pada awal tahun 1990an yang
mampu menampung kegiatan ekonomi dan pelaksanaan
pembangunan fizikal yang telah dirangka. Menjelang tahun 2009,
terdapat perubahan kawasan tepu bina yang ketara di mana litupan
bandar di Kuala Terengganu merangkumi 31.44 peratus daripada
keseluruhan kawasan Kuala Terengganu (Jadual 4.6).
Gunatanah
Tepu Bina 2009
Luas (Hektar) Peratus
(%)
Purata
Perubahan
Tahunan (%)
Kediaman 5,290.63 8.74 -13.8
Perniagaan dan
Perkhidmatan 364.78 0.6 32.3
Industri 322.17 0.53 2.40
Institusi & Kemudahan
Masyarakat 1609.43 2.66 -2.08
Tanah Kosong 8,673.75 14.33 -
Pengangkutan 2,258.15 3.73 -
Infrastruktur dan Utiliti 516.87 0.85 -
Jumlah 19,035.78 31.44 -
Sumber : Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
Foto 4.9 : Pembangunan gunatanah unuk aktiviti pelancongan dan perdagangan yang menyumbang kepada peningkatan kawasan tepu bina.
Jadual 4.6 : keluasan kawasan tepu bina bandar, 2009
70
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Litupan terbesar adalah tanah kosong iaitu 8,673.75 hektar dan
seterusnya guna tanah kediaman dengan 5,290.63 hektar iaitu
merupakan 8.74 peratus daripada keseluruhan kawasan tepu bina.
Sebahagian besar guna tanah kediaman merupakan aktiviti
perumahan tidak terancang yang terdiri daripada kampung-kampung
tradisi. Walau bagaimanapun, guna tanah perniagaan dan industri
yang menjadi pemangkin dan penyumbang kepada sumber ekonomi
daerah, masing-masing meliputi 0.53 peratus dan 0.6 peratus daripada
keseluruhan daerah.
Berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu,
pembangunan komited bagi keseluruhan Daerah Kuala Terengganu
dianggarkan seluas 1,544.40 hektar dengan agihan pecahan tertinggi
adalah jenis kediaman seluas 561.56 hektar (36.36%) diikuti dengan jenis
perniagaan dan perkhidmatan seluas 410.54 hektar (Jadual 4.7).
Pembangunan komited ini dijangka mampu meningkatkan tahap
ekonomi daerah dan pendapatan penduduk daerah pada masa akan
datang.
Sumber : Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
4.4.2 Pengurangan Kawasan Hijau
Kawasan hijau merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi
dengan tumbuh-tumbuhan semula jadi atau tanaman yang terdiri
daripada kawasan lapang, kawasan rekreasi, koridor infrastruktur dan
utiliti, zon penampan, rizab hutan dan kawasan pertanian.
Pengurangan kawasan hijau berlaku berkadar songsang dengan
kawasan tepubina di mana pertambahan kawasan tepu bina
menyebabkan pengurangan jumlah kawasan hijau.
Tahun Jumlah
Keluasan
Kawasan Hijau Purata Perubahan
Tahunan (%) Luas (Hektar) Peratus (%)
1955 65,873.22 61,595.29 93.51 -
1973 65,873.22 59,485.64 90.30 -0.19
1980 65,873.22 55,806.00 84.72 -0.88
1997 65,873.22 36,216.48 54.98 -2.06
2003 65,873.22 33,199.32 50.40 -1.39
Guna tanah Luas (hektar) Peratus (%)
Kediaman 561.56 36.36
Perniagaan dan Perkhidmatan 410.54 26.58
Tanah Lapang dan Rekreasi 38.74 2.51
Institusi dan kemudahan Masyarakat 101.7 6.59
Perindustrian 38.61 2.50
Pengangkutan dan Lalulintas 386.89 25.05
Infrastuktur dan Utiliti 6.37 0.41
Jumlah 1,544.40 100
Jadual 4.7 : Pecahan Guna
Tanah Pembangunan
Komited Daerah Kuala
Terengganu Tahun 2009
Sumber: Kajian Morfologi Bandar Kuala Terengganu,2009
Jadual 4.8 : Perubahan
keluasan kawasan hijau Daerah Kuala Terengganu
71
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Antara tahun 1955 hingga tahun 1973 pengurangan kawasan hijau
adalah tidak ketara dengan kadar purata perubahan tahunan hanya
0.19 peratus. Namun ia semakin meningkat dengan kadar purata
perubahan tahunan menjadi 0.88 peratus antara tahun 1973 hingga
1980. Pengurangan paling ketara ialah antara tahun 1980 hingga 1997 di
mana kadar purata tahunan adalah 2.06 peratus berikutan peningkatan
kawasan tepu bina terutamanya di kawasan bandar yang kian
membangun. Walaupun pengurangan kawasan hijau terus berlaku
antara tahun 1997 hingga 2003, namun kadar purata tahunan menurun
kepada 1.39 peratus. Ini adalah kerana, proses pembangunan semakin
perlahan berikutan bandar kian padat dengan limpahan tepu bina. Hal
ini seterusnya memberi kesan terhadap kadar pengurangan kawasan
hijau.
Menjelang tahun 2009, kawasan hijau di Daerah Kuala Terengganu
dicatatkan berkeluasan 41,492.84 hektar iaitu 68.55 peratus daripada
keseluruhan kawasan daerah. Pertanian mendominasi kawasan hijau
dengan 25,743.23 hektar atau 42.53 peratus daripada keseluruhan
kawasan hijau di daerah terbabit. Ini diikuti oleh kawasan hutan yang
meliputi 22.06 peratus kawasan hijau. Aktiviti penternakan dan akuakultur
pula hanya mencatatkan 0.41 peratus daripada keluasan kawasan
hijau.
Guna Tanah Luas (Hektar) Peratus (%)
KAWASAN HIJAU
Pertanian 25,743.23 42.53
Penternakan dan Akuakultur 249.28 0.41
Badan Air 1,442.28 2.38
Pantai 63.77 0.11
Tanah Lapang dan Rekreasi 641.61 1.06
Hutan 13,352.67 22.06
Jumlah Keseluruhan 41,492.84 68.55
Secara umumnya, kawasan hijau masih lagi mampu untuk menampung
kemampanan alam sekitar di Kuala Terengganu. Perubahan yang
berlaku di kawasan pinggir terutama di bahagian barat adalah lebih
kepada „hijau kepada hijau‟ sebagai contohnya dari guna tanah hutan
kepada pertanian. Perubahan nyata kehilangan kawasan hijau banyak
berlaku berhampiran dengan jalan-jalan utama terutama di kawasan
utara dan selatan Kuala Terengganu iaitu dengan kewujudan kawasan
pembangunan terancang terutamanya perumahan (Rajah 4.8).
Jadual 4.9 : Keluasan
kawasan hijau Daerah
Kuala Terengganu 2009
Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
72
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Rajah 4.8 : Taburan kawasan hijau di Daerah Kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
73
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.4.3 Perubahan Guna Tanah Utama Kuala Terengganu
Daerah Kuala Terengganu merupakan daerah utama di Terengganu
yang berkembang sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan
negeri. Pada tahun 1995, hampir 70.0 peratus keluasan daerah telah
didiami dan diusahakan (MPKT, 1997). Perkembangan Kuala Terengganu
dapat dilihat dengan berlakunya perubahan guna tanah yang
menunjukkan perkembangan -aktiviti ekonomi yang berlaku di daerah
ini (Jadual 4.10 dan Rajah 4.9 – Rajah 4.13). Walau bagaimanapun,
keluasan guna tanah Daerah Kuala Terengganu pada tahun 1955-2003
dan tahun 2009 adalah berbeza; di mana jumlah keluasan sebanyak
65,873.22 hektar dicatatkan pada tahun 1955-2003 dan 60,528.60 hektar
pada tahun 2009. Faktor perubahan guna tanah ini berikutan
kemasukan kawasan Bukit Payung ke dalam Daerah Marang selepas
tahun 2003. Keluasan pada tahun 1955-2003 menggunakan
sumber/pangkalan data yang diperoleh bagi Kajian Morfologi Bandar
Kuala Terengganu, 2009 manakala keluasan pada tahun 2009 adalah
berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-
2020 dan Laporan Rancangan Pembangunan Daerah Kuala
Terengganu (JPBD & KPKT, 1995).
Seawal tahun 1950an, guna tanah pertanian merupakan guna tanah
yang utama di daerah ini yang terdiri daripada dusun, padi, getah dan
kelapa sawit. Ini diikuti oleh guna tanah hutan dan petempatan serta
selebihnya terdiri daripada komponen guna tanah yang lain. Tanah
berpaya, hutan simpan, hutan belukar (termasuk padang ragut) dan
getah terdapat di bahagian barat daerah Kuala Terengganu. Ini adalah
kerana keadaan topografinya yang beralun. Di bahagian timur daerah
ini terdapat guna tanah petempatan, padi dan dusun. Ini adalah
disebabkan ketiga-tiga guna tanah tersebut ada kaitan antara satu
sama lain dan keadaan topografi yang rata dan mendatar. Perubahan
guna tanah utama termasuk kediaman, pertanian, perdagangan dan
industri akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bahagian seterusnya.
Foto 4.10: Gunatanah pertanian mendominasi keseluruhan gunatanah di Daerah Kuala Terengganu
74
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Jadual 4.10: Perubahan Guna Tanah Daerah Kuala Terengganu
Guna Tanah
1955 1973 1980 1997 2003 2009
Luas
(Hektar)
% Luas
(Hektar)
% Luas
(Hektar)
% Luas
(Hektar)
% Luas
(Hektar)
% Luas (Hektar) %
Tepu Bina
Kediaman 4,268.38 6.48 6,367.46 9.67 9,284.38 14.09 27,422.76 41.63 30,428.71 46.19 5,290.63 8.74
Perdagangan 9.55 0.01 20.12 0.03 116.94 0.18 113.93 0.17 124.21 0.19 364.78 0.60
Perindustrian 0.00 0.00 0.00 0.00 135.20 0.21 274.91 0.42 281.66 0.43 322.17 0.53
Kemudahan
Awam 0.00 0.00 0.00 0.00 530.69 0.81 1,845.14 2.80 1,839.32 2.79 1,609.43 2.66
Tanah kosong - - - - - - - - - - 8,673.75 14.33
Pengangkutan - - - - - - - - - - 2,258.15 3.73
Infrastruktur &
Utiliti - - - - - - - - - - 516.87 0.85
Jumlah 4,277.93 6.49 6,387.58 9.70 10,067.21 15.29 29,656.74 45.02 32,673.90 49.6 19,035.78 31.44
Kawasan Hijau
Pertanian &
Penternakan 29,666.85 45.04 30,374.98 46.11 46,404.90 70.45 33,273.05 50.51 30,655.22 46.54 25,992.51 42.94
Hutan 31,928.44 48.47 29,110.52 44.19 9,381.32 14.24 2,207.85 3.35 2,024.57 3.07 13,352.67 22.06
Kawasan
Lapang &
Rekreasi
0.00 0.00 0.14 0.00 19.78 0.04 735.58 1.12 519.53 0.79 641.61 1.06
Badan Air &
Pantai - - - - - - - - - - 1,506.05 2.49
Jumlah 61,595.29 93.51 59,485.64 90.3 55,806.00 84.73 36,216.48 54.98 33,199.32 50.4 41,492.84 68.55
Jumlah 65,873.22 100.00 65,873.22 100.00 65,873.21 100.00 65,873.22 100.00 65,873.22 100.00 60,528.60 100.00
Sumber : Kajian Morfologi Bandar Kuala Terengganu, 2009 Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu, 2008-2020
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
75
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Jadual 4.11 : Pecahan Guna Tanah Daerah Kuala Terengganu, 2009
Guna Tanah Luas (Hektar) Peratus (%)
Perumahan 5,290.63 8.74
Perniagaan dan Perkhidmatan 368.78 0.60
Perindustrian 322.17 0.53
Institusi & Kemudahan Masyarakat 1,609.43 2.66
Tanah Lapang dan Rekreasi 641.61 1.06
Tanah Kosong 8,973.75 14.33
Pengangkutan 2,258.15 3.73
Infrastruktur dan Utiliti 516.87 0.85
Pertanian 25,743.23 42.53
Badan Air 1,442.28 2.38
Hutan 13,352.67 22.06
Jumlah Keseluruhan 60,528.60 100
Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu
2008-2020, pecahan guna tanah pada tahun 2009 secara umumnya
masih didominasi oleh guna tanah pertanian iaitu seluas 25,743.23 hektar
yang merangkumi 42.53 peratus daripada keluasan Daerah Kuala
Terengganu diikuti oleh kawasan perhutanan dengan 13,352.67 hektar
dan badan air (1,442.28 hektar). Guna tanah perniagaan dan
perkhidmatan serta perindustrian yang menjadi penyumbang utama
kepada sektor ekonomi daerah pula merangkumi 3.19 peratus daripada
pecahan guna tanah Daerah Kuala Terengganu. Walau bagaimanapun,
peratus ini dijangka akan terus meningkat seiring dengan pembangunan
Daerah Kuala Terengganu (Rujuk Jadual 4.11 dan Rajah 4.13).
Foto 4.11: Gunatanah Institusi
76
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
.
Rajah 4.9 : Gunatanah Daerah Kuala Terengganu Tahun 1955
77
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.10 : Gunatanah Daerah Kuala Terengganu Tahun 1973
78
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.11: Gunatanah Daerah Kuala Terengganu Tahun 1980
79
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.12: Gunatanah Daerah Kuala Terengganu Tahun 1997
80
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.13: Gunatanah Daerah Kuala Terengganu Tahun 2009
81
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
a) Perubahan Guna Tanah Kediaman
Penyediaan perumahan yang mencukupi dan mampu memenuhi
keperluan masyarakat adalah penting untuk menjamin kualiti hidup yang
lebih baik. Kepentingan guna tanah ini boleh dilihat dari segi perubahan
guna tanah kediaman atau perumahan itu sendiri.
Pada tahun 1955 kawasan kediaman meliputi 4,268.38 hektar iaitu
merangkumi 6.48 peratus daripada keluasan Kuala Terengganu (Rajah
4.14). Keluasan ini kemudiannya meningkat kepada 6,367.46 hektar
menjelang tahun 1973 iaitu 9.67 peratus daripada jumlah luas daerah
Kuala Terengganu. Keluasan guna tanah kediaman meningkat sebanyak
45.81 peratus pada tahun 1980. Keluasan kediaman ini meningkat lagi
kepada 30,600 hektar pada tahun 1997 iaitu hampir dua kali ganda
daripada keluasan tahun 1980. Peningkatan ini menjadikan keluasan
guna tanah kediaman merangkumi lebih 19 peratus daripada keluasan
Kuala Terengganu.
Kawasan kediaman tertumpu di Losong, Bukit Besar dan Batu Buruk di
samping industri, perdagangan dan institusi. Kawasan kediaman juga
tertumpu di kawasan Paluh, Kubang Parit, Rengas, Tok Jamal, Gelugur
Raja, Gelugur Kedai dan Atas Tol. Di Kuala Nerus dan Batu Rakit,
kawasan tepu bina tertumpu di kawasan tepi pantai selain kawasan
kediaman, industri dan institusi serta kemudahan awam. Menjelang 2003,
intensiti tepu bina semakin pesat dengan pola taburan yang serupa.
Kawasan di Cabang Tiga, Kuala Nerus, Tok Jamal dan Bukit Besar terus
menempatkan kawasan kediaman selain pusat-pusat petempatan kecil
yang terus membangun dengan lebih pesat (Rajah 4.16).
0
10
20
30
40
50
Pera
tus (
%)
Tahun
Perubahan Guna Tanah Kediaman
Kediaman 6.48 9.67 14.09 41.63 46.19
1955 1973 1980 1997 2003
Peratus
Rajah 4.14 : Perubahan guna tanah kediaman Daerah kuala Terengganu (1955, 1973, 1980, 1997, 2009)
82
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Kesan sampingan daripada industri petroleum dan disokong oleh
keadaan ekonomi yang kukuh pada tahun 1990an meningkatkan
permintaan terhadap perumahan yang lebih terancang dan tersusun. Di
samping itu pihak berkuasa juga telah membangunkan pelbagai
kemudahan awam sampingan bagi memenuhi keperluan rakyat
bersesuaian dengan pertambahan penduduk dan kawasan perumahan.
Pada tahun 2007, guna tanah kediaman di Kuala Terengganu
merangkumi keluasan 5,290.63 hektar iaitu 8.74 peratus daripada
keseluruhan kawasan. Guna tanah ini dibahagikan kepada 2 jenis iaitu
perumahan jenis terancang yang mendominasi dengan 60 peratus dan
perumahan tidak terancang dengan 40 peratus.
GUNA TANAH KEDIAMAN
5,290.63 hektar (8.74%)
Jenis Perumahan Unit Peratus (%)
1. Perumahan Terancang 67,114 60 %
2. Perumahan Tidak Terancang 44,742 40%
Jumlah Keseluruhan 111,856 100.00 Sumber : Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Terengganu (Profil Jawatankuasa Keselamatan
Dan Kemajuan Kampung)
Sejak dari tahun 1980 hingga 2007, bilangan kediaman mencatatkan
peningkatan. Rajah 4.14 menunjukkan dengan jelas peningkatan yang
berlaku dari tahun 1980 hingga 1991 yang melibatkan peningkatan
sebanyak 4,661 unit rumah. Berdasarkan kepada stok jumlah perumahan
Daerah Kuala Terengganu pada tahun 2000 dan tahun 2007, jumlah
perumahan Daerah Kuala Terengganu telah mengalami pertambahan
hampir dua kali ganda. Pada tahun 2000, jumlah perumahan di Kuala
Terengganu ialah sebanyak 66,395 unit dan pada tahun 2007 jumlah
perumahan adalah sebanyak 111,856 unit iaitu dengan pertambahan
sebanyak 45,461 unit (Rajah 4.15). Penambahan unit rumah adalah
memberangsangkan iaitu sebanyak 40.64 peratus dalam tempoh 7
tahun.
50,05954,729
66,395
111,856
0
20,000
40,000
60,000
80,000
100,000
120,000
1980 1991 2000 2007
Tahun
Jadual 4.12 : Taburan kategori perumahan di Daerah Kuala Terengganu, 2007
Rajah 4.15 : Pertumbuhan Bilangan rumah di Daerah kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
83
83
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
PETUNJUK
Rajah 4.16: Gunatanah Kediaman Daerah kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
84
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
45.04 46.11
70.45
50.5146.54
42.94
0
10
20
30
40
50
60
70
80
1955 1973 1980 1997 2003 2009
Tahun
%
b) Perubahan Guna Tanah Pertanian
Terengganu merupakan sebuah negeri berasaskan pertanian. Semenjak
sebelum merdeka hingga tahun 1970-an, separuh daripada guna tenaga
terlibat dalam sektor pertanian. Sebahagian besar penduduk di daerah
ini masih bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan.
Rajah 4.16 menunjukkan peningkatan kawasan pertanian yang berlaku
awal tahun 1970 hingga 1980 bersesuaian dengan penumpuan dasar
kerajaan terhadap pembukaan tanah-tanah baru bagi pembangunan
sektor pertanian semasa era tersebut. Pembukaan tanah pertanian juga
telah menyebabkan wujudnya industri hiliran berasaskan pertanian
terutamanya dalam era pasca 1980an di mana kemajuan yang penting
telah dicapai dalam usaha memajukan pertanian di Kuala Terengganu.
Foto 4.12 : Kaedah pertanian secara tradisional sebelum tahun 1980an
Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, 1999.
Rajah 4.17 : Perubahan
guna tanah pertanian
Kuala Terengganu (1955,
1973, 1980, 1997, 2003,
2009)
85
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Foto 4.13: Tanaman kelapa sawit dan getah antara aktiviti pertanian utama di Kuala Terengganu
Perubahan radikal berlaku pada akhir tahun 1970an dan awal 1980an
apabila Kerajaan Negeri dan Persekutuan menambah peruntukan
dalam bidang pertanian. Dalam tempoh 1970 hingga 1980, sejumlah
$293 juta dibelanjakan untuk kemajuan kawasan pertanian di Negeri
Terengganu di mana $210 juta telah dibelanjakan untuk pembinaan
parit dan tali air, tanaman semula serta ternakan dan perikanan
dengan tujuan untuk meningkatkan daya pengeluaran pertanian.
Dengan perubahan dasar terhadap pembangunan industri terutama
petroleum di Terengganu, kemerosotan kawasan pertanian jelas
berlaku antara tahun 1980an sehingga akhir tahun 1990an.
Kemerosotan guna tanah pertanian ini adalah ekoran perkembangan
pesat sektor pembangunan lain seperti guna tanah kediaman dan
perindustrian. Dalam jangka waktu tersebut keluasan guna tanah
pertanian telah merosot 70.45 peratus kepada 50.51 peratus. Guna
tanah pertanian telah berkurangan sebanyak 13,131.85 hektar dalam
tempoh 17 tahun.
Pada tahun 2003, hanya 46.19 peratus guna tanah digunakan untuk
aktiviti pertanian. Ini adalah kerana terdapat tanah pertanian telah
ditebus guna untuk kediaman. Satu penelitian pada guna tanah 1992
menunjukkan, penumpuan tanaman padi terletak 10 km jejari dari
pusat bandar Kuala Terengganu. Perkembangan ini juga
memperlihatkan tanah ini secara perlahan telah ditebusguna untuk
dijadikan tanah kediaman dan petempatan. Perbandingan dengan
guna tanah 1980 hingga 1997 juga menunjukkan kawasan padi
merupakan tanaman utama yang terjejas kesan daripada arus
pembangunan di mana sebahagian besarnya diganti dengan
petempatan, perindustrian atau institusi.
86
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Walaupun gunatanah pertanian semakin berkurangan, namun
pendapatan yang diperolehi melalui sektor ini semakin bertambah
dengan adanya kemudahan infrastruktur yang disediakan untuk
membantu para petani menjalankan kerja-kerja pertanian. Selain itu dasar
bagi meningkatkan sektor pertanian negeri seperti Dasar Pertanian Negeri.
Dasar Pertanian Negeri pada tahun 1984 telah digubal semula dan pada
1992 hingga 2010, Kerajaan Negeri menumpukan program berasaskan
kepada dasar baru yang memberi penekanan membentuk masyarakat
usahawan dan peniaga di kalangan petani, penternak dan nelayan yang
lebih berdaya maju dan berdaya saing.
Dasar ini menumpukan kepada peningkatan pengeluaran pertanian dan
makanan berasaskan pertanian bagi memenuhi keperluan dalam negeri.
Penglibatan sektor swasta terus digalak dan dipertingkatkan. Pada tahun
1997, sektor pertanian merangkumi kawasan seluas 29,005.56 hektar dan
menyumbang 10 peratus daripada jumlah pekerjaan di daerah Kuala
Terengganu. Kegiatan aktiviti pertanian menyumbang 50 peratus
daripada jumlah guna tenaga, diikuti oleh aktiviti perikanan menyumbang
36 peratus dan penternakan serta perhutanan menyumbang 14 peratus.
Guna tanah pertanian adalah dominan di Mukim Batu Rakit (35 peratus),
Kuala Nerus (20 peratus) dan Batu Burok (11 peratus).
Menjelang tahun 2007, guna tanah pertanian sekali lagi mencatatkan
kemerosotan dari 46.54 peratus pada tahun 2003 kepada 42.94 peratus.
Luas kawasan pertanian berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah
Kuala Terengganu 2008-2020 adalah sebanyak 25,992.50 hektar. Aktiviti
tanaman merupakan aktiviti pertanian utama dengan 86.18% manakala
selebihnya merupakan aktiviti penternakan, perikanan dan tanah terbiar.
(Jadual 4.13).
Perkara Keluasan (hektar) Peratus (%)
Pertanian 25,992.50 42.94
i. Tanaman Industri 22,399.59 86.18
a. Kelapa Sawit 5,929.63
b. Getah 8,465.02
c. Kelapa 240.591
d. Padi 1,451.71
e. Buah-buahan 2,737.58
f. Sayur-sayuran 58.48
g. Tanaman Campur 3,516.59
ii. Penternakan Haiwan 244.47 0.94
iii. Perikanan 4.81 0.02
a. Zon Industri Akuakultur 4.81
b. Lain-lain -
iv. Tanah Terbiar 3,343.64 12.86
Sumber: Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu 2007
. Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah Kuala Terengganu 2007
Pejabat Perikanan Daerah Kuala Terengganu 2007
Pejabat Hutan Daerah Kuala Terengganu 2007
Jadual 4.13 : Guna tanah
pertanian dan perhutanan
di Daerah Kuala
Terengganu tahun 2007
87
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada RTD Kuala
Terengganu 2008-2020, sektor pertanian menunjukkan pertumbuhan
yang kurang memberansangkan tetapi dengan adanya dasar-dasar
kerajaan untuk membangunkan sektor pertanian ke suatu misi iaitu
“pertanian adalah sebuah perniagaan”, sektor ini dijangka akan
memberikan pertumbuhan yang positif di masa akan datang. Dan
seterusnya mampu untuk memberi sumbangan sebagai pembekal
bahan mentah kepada industri berasaskan sumber dan peningkatan
sekuriti sumber makanan seperti yang diimpikan.
88
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Rajah 4.18: Gunatanah Pertanian Daerah Kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
89
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
0.01 0.03
0.18 0.17 0.19
0.6
0
0.1
0.2
0.3
0.4
0.5
0.6
0.7
1955 1973 1980 1997 2003 2009
Tahun
%
c) Perubahan guna tanah perdagangan
Bandar Kuala Terengganu merupakan pusat perdagangan yang paling
penting di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Bandar
ini terletak di kawasan kecil yang bertanah datar di bahagian Selatan
Sungai Terengganu. Kebanyakan aktiviti perdagangan tertumpu di pusat
bandar tersebut seperti di sepanjang Jalan Paya Bunga dan Jalan
Banggol. Pembangunan semakin pesat di sepanjang jalan Paya Bunga
dengan terbinanya bangunan kedai bertingkat. Pembangunan di lain-
lain kawasan dalam bandar adalah berskala kecil di mana rumah kedai
teres dua tingkat telah dibina bagi menggantikan rumah lama.
Penjelasan mengenai guna tanah pusat bandar dan pusat petempatan
kecil yang lain akan dijelaskan kemudian.
Foto 4.14 : Pembinaan
bangunan komersial baru
mengantikan bangunan
kedai yang telah usang
Rajah 4.19 : Perubahan
gunatanah perdagangan
di Kuala Terengganu
(1955, 1973, 1980, 1997,
2003)
90
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Perubahan ketara dalam tempoh 1970an dan 1980an disebabkan faktor
wujudnya sektor perniagaan yang menyokong aktiviti pembukaan tanah
pertanian. Pada pertengahan tahun 1980an, negara telah mengalami
kemerosotan ekonomi menyebabkan aktiviti ekonomi berkurangan
sementara kegiatan industri asas petroleum juga hampir tamat.
Keadaan ini berubah dalam era 1990an di mana pada tahun 1990,
dianggarkan terdapat sejumlah 1,226 pertubuhan perdagangan di
Daerah Kuala Terengganu yang sebahagian besarnya terletak di pusat-
pusat pertumbuhan utama. Sebanyak 62.2 peratus pertubuhan
perdagangan ini terletak di Bandar Kuala Terengganu. Daripada jumlah
tersebut, 50.2 peratus menjalankan aktiviti perkhidmatan, 44.6 peratus
perniagaan borong dan 5.2 peratus meliputi jumlah pertubuhan
perniagaan yang lain. Walau bagaimanapun, sektor perdagangan masa
kini semakin berkembang seiring dengan peningkatan ekonomi
penduduk di Negeri Terengganu amnya dan Kuala Terengganu khasnya.
Menjelang tahun 2003, guna tanah perdagangan mencatatkan
peningkatan sebanyak 0.01 peratus. Guna tanah ini semakin
berkembang pada tahun 2009 di mana guna tanah ini meliputi 0.6
peratus keluasan Daerah Kuala Terengganu iaitu seluas 364.78 hektar
(Rajah 4.19).
Laporan Stok Harta Perniagaan yang disediakan oleh Jabatan Penilaian
dan Perkhidmatan Harta pula melaporkan bahawa terdapat sejumlah
1,243 unit rumah kedai, 7 unit kompleks perniagaan dan 36 unit pejabat
binaan khas di seluruh Daerah Kuala Terengganu pada tahun 2000 (RSN
Terengganu). Berdasarkan RTD Kuala Terengganu 2008-2020 pula,
sejumlah 9,258 premis perniagaan dilaporkan di Kuala Terengganu.
Daripada jumlah ini, 1,618 unit digunakan untuk tujuan kediaman, 7 unit
premis telah ditutup, 1,098 premis adalah kosong dan 165 unit adalah
sedang dalam pembinaan. Oleh itu, secara ringkasnya, terdapat kira-kira
6,370 pertubuhan perniagaan yang sedang beroperasi di seluruh
kawasan kajian ini. Peningkatan ini adalah yang paling ketara jika
dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Hal ini berkemungkinan
kerana daerah ini semakin membangun dengan matlamat untuk
menjadikan Kuala Terengganu sebagai “Halal Hub” dan “Regional
Corporation Centre”.
91
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
LAUT CHINA
SELATAN
TAHUN 1955
LAUT CHINA
SELATAN
TAHUN 1973
LAUT CHINA
SELATAN
TAHUN 1980
LAUT CHINA
SELATAN
TAHUN 1997
LAUT CHINA
SELATAN
TAHUN 2003
Petunjuk :
Perdagangan
Laut
Sempadan
Data
Tahun
1973
Data Tahun 1955
Tidak Ada Perubahan
Perubahan Tidak Munasabah
Perubahan Munasabah
Rajah 4.20: Gunatanah Perdagangan Daerah Kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
92
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
0 0
0.21
0.42 0.43
0.53
0
0.1
0.2
0.3
0.4
0.5
0.6
1955 1973 1980 1997 2003 2009
Tahun
%
d) Perubahan Guna Tanah Industri
Industri barangan berasaskan logam, kimia dan gas asli merupakan
sektor perindustrian terpenting di negeri Terengganu dalam tempoh
1987 – 1996. Walau bagaimanapun, industri berkenaan tertumpu di
kawasan-kawasan seperti Kertih dan Kemaman. Aktiviti perindustrian di
daerah Kuala Terengganu, lebih tertumpu kepada bidang
pembuatan. Berlaku peningkatan terhadap guna tanah industri di
mana pada tahun 1980 kawasan perindustrian di Kuala Terengganu
seluas 128.54 hektar telah meningkat sehingga 264.11 hektar pada
1997. Ini adalah disebabkan oleh penyediaan infrastruktur serta
kemudahan di samping polisi kerajaan yang menyokong ke arah
peningkatan ekonomi menerusi aktiviti perindustrian.
Sejak tahun 1970-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi
telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk
menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri yang
berasaskan eksport dan mengunakan ramai tenaga buruh. Sekitar
tahun 1980-an, pertumbuhan pembangunan perusahaan yang
lembap di Terengganu adalah disebabkan oleh faktor geografi
dimana pusat pembangunan di pantai barat menyediakan segala
kemudahan yang diperlukan oleh sektor pembuatan.
Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk
Perindustrian (PIP) telah dilancarkan pada 1983 untuk mengenal pasti
kelemahan ciri-ciri struktur perindustrian dan cara-cara untuk
mengatasinya. Sektor pembuatan di Kuala Terengganu dan
Rajah 4.21 : Perubahan
gunatanah Industri di
Kuala Terengganu (1955,
1973, 1980, 1997, 2003)
93
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Sektor pembuatan di Kuala Terengganu dan negeri Terengganu amnya
dibahagikan kepada dua sektor kecil iaitu pembuatan am dan
pemprosesan utama. Perusahaan pembuatan am ialah perusahaan
yang mengeluarkan barangan pengguna dan perantaraan untuk
kegunaan tempatan. Perusahaan ini biasanya berskala kecil atau jenis
perusahaan rumah yang terletak di luar kawasan perusahaan. Sektor
kedua yang paling penting ialah sektor pemerosesan utama iaitu
termasuklah kilang papan, kilang-kilang minyak kelapa sawit dan
memproses hasil pertanian.
Di Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, industri pembuatan am
biasanya berskala kecil kebanyakannya terletak di kawasan
petempatan penduduk. Kajian Rancangan Struktur Kuala Terengganu
(1988) menganggarkan lebih daripada 600 pertubuhan pembuatan jenis
tersebut beroperasi di luar estet perindustrian, tetapi masih di dalam
Majlis Perbandaran Kuala Terengganu.
Terdapat dua kawasan estet perindustrian yang telah dimajukan oleh
Perbadanan Memajukan lktisad Negeri Terengganu iaitu di Chendering
(59 hektar) dan Gong Badak (117 hektar). Kawasan perindustrian di
kawasan Chendering terdiri daripada bengkel kenderaan (mengecat
dan membaiki kenderaan) dan batik. Terdapat beberapa kawasan
Foto 4.15 : Perusahaan industri kecil sederhana oleh penduduk Kuala Terengganu
94
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
perindustrian seluas 1.2 hektar yang belum diberi hakmilik atau dijual
kepada orang awam. Kawasan ini juga mempunyai kawasan yang
kosong (tidak apa-apa kemajuan di atasnya) walaupun di atas kertas
ianya telah dimiliki. Daripada kedua-dua kawasan perindustrian ini
usaha-usaha perlu dibuat di dalam mengambil tindakan terhadap
pengusaha yang tidak beroperasi lagi serta memasarkan kawasan ini
sebagai industri yang berteknologi tinggi dan bersih dari segi alam
sekitar. Kawasan ini perlu dilanskapkan sebagai taman perindustrian
yang cantik, selesa, selamat dan kondusif.
Pada tahun 2009, guna tanah industri meningkat meliputi kawasan
seluas 322.17 hektar iaitu 0.53 peratus daripada keseluruhan Daerah
Kuala Terengganu. Dua kawasan yang mempunyai pertumbuhan
industri yang tertinggi adalah kawasan perindustrian Gong Badak dan
Chendering di bahagian selatan. Premis-premis industri adalah
bertaburan dengan kebanyakannya terletak di sepanjang laluan
utama. Industri perkilangan seperti kilang-kilang papan dan batu bata
banyak terdapat di kawasan yang lebih jauh dari pusat bandar
terutamanya di kawasan di Belara. Aktiviti kuari juga dijalankan di
kawasan ini (RTDKT 2008-2020).
Guna tanah perindustrian dijangka akan terus berkembang dari
semasa ke semasa bagi mencapai misi menjadikan Kuala Terengganu
sebagai pusat industri di samping menggapai matlamat sebagai
„Regional Corporation Centre‟.
Foto 4.16: Kilang benang
bulu di Gong Badak, Kuala
Terengganu
Sumber : Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, 1999.
95
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Industri
Laut
Sempadan
Sungai
PETUNJUK
Rajah 4.22: Gunatanah Perindustrian Daerah Kuala Terengganu dari tahun 1955 hingga 2009
96
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.5 Penyediaan Kemudahan dan Infrastruktur
Selepas merdeka, penyediaan kemudahan dan infrastruktur di Daerah
Kuala Terengganu semakin dipertingkatkan. Kemudahan dan
infrastruktur disediakan bagi meningkatkan aksesibiliti penduduk dan
memudahkan penghantaran hasil pertanian ke pusat bandar.
4.5.1 Kemudahan Pengangkutan dan Lalulintas
Perkembangan bandar Kuala Terengganu selepas merdeka terus
dipengaruhi oleh rangkaian jalan raya persekutuan utama iaitu Jalan
Persekutuan 3 yang menghala ke selatan (Jalan Batu Buruk) dan ke
utara (Jalan Kota Bahru) serta Jalan Persekutuan 14 yang
menghubungkan Kuala Terengganu dengan wilayah KETENGAH, melalui
Jabor-Cheneh-Bandar Al-Muktafi Billah Shah-Bukit Besi. Di samping itu,
pembukaan Jalan Persekutuan 65 menghubungkan pusat bandar
dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga menggalakkan lagi
perkembangan bandar Kuala Terengganu ke arah utara.
Selain jalan persekutuan tersebut, jalan negeri yang menghubungkan
jalan persekutuan ini juga pesat dibangunkan selepas merdeka. Rajah
4.22 menunjukkan jaringan jalan negeri di bandar Kuala Terengganu.
Selain itu, terdapat beberapa lebuh raya baru yang sedang dalam
pembinaan seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa II menghubungkan
Kuala Lumpur-Kuantan-Kuala Terengganu serta Lebuhraya Timur-Barat II
menghubungkan Simpang Pulai – Lojing - Gua Musang - Kuala Berang -
Kuala Terengganu.
Ini akan menyumbang kepada perubahan guna tanah daripada
pertanian dan kediaman kampung kepada perbandaran yang
menyaksikan pertumbuhan jalan tempatan yang ketara. Rajah 4.23
menunjukkan perkembangan jaringan jalan di Kuala Terengganu
daripada tahun 1973 sehingga tahun 1993. Perbezaan yang ketara
adalah pada jaringan jalan tempatannya. Perkembangan jaringan jalan
tempatan ini menunjukkan arah pembangunan spatial bandar Kuala
Terengganu dalam tempoh dua puluh tahun tersebut.
Daerah Kuala Terengganu pada masa kini dihubungi oleh daerah-
daerah bersebelahan seperti Marang, Hulu Terengganu dan Setiu
melalui rangkaian laluan-laluan persekutuan seperti Laluan Persekutuan
3 (Jerteh – raya Kuala Terengganu – Marang – Dungun – Kemaman),
Laluan Persekutuan 14 (Kuala Berang – Kuala Terengganu), Laluan
Persekutuan 3685 (Kg Raja – Merang – Kuala Terengganu). Bandar Kuala
Terengganu juga dilengkapi dengan sistem jaringan jalanraya yang
baik merangkumi Laluan Persekutuan 3 (FR 3), Laluan Persekutuan 14 (FR
14), Laluan Persekutuan 3685, dan Jalan Negeri T4 (Jambatan Sultan
97
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Mahmud) serta Jalan Negeri T9. Hierarki jalan sedia ada di Daerah Kuala
Terengganu boleh dikategorikan kepada empat (4) peringkat seperti
dalam Jadual 4.14.
Hierarki Jalan Fungsi Jalan Nama Jalan Jalan Pengagih Utama
Menghubungkan trafik terus ke/dari lebuh raya
Menghubungkan trafik antara petempatan utama-bandar
Laluan 3 Laluan 14 Laluan 3685 T11 T4
Jalan Pengagih Sekunder
Mengagihkan trafik dari/ke kawasan penempatan utama ke jalan pengagih utama
Mengagihkan trafik di antara jalan pengagih utama dengan jalan pengagih tempatan.
T100 T101 T142 T147
Jalan Pengagih Tempatan
Mengagihkan trafik di dalam kawasan setempat
Menghubungkan trafik di antara jalan pengagih sekunder dengan jalan tempatan.
Jalan Sultan Omar Jalan Jalan Sultan
Ismail Jalan Pasir Panjang
Jalan Tempatan
Menyediakan laluan terus kepada kawasan kediaman, perniagaan, industri, institusi dan lain-lain.
Jalan Tok Lam Jalan Bandar Jalan Kemajuan
Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
Kuala Terengganu mempunyai sebuah lapangan terbang domestik iaitu
Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang dahulunya dikenali
sebagai Lapangan Terbang Telaga Batin yang menghubungkan Kuala
Terengganu dengan bandar utama di Semenanjung Malaysia, Sabah
dan Sarawak serta bagi perhubungan antarabangsa. Pada abad ke
1980an dan 1990an, LTSM menyediakan perkhidmatan penerbangan
domestik sahaja. Kini LTSM mampu mengendalikan penerbangan
domestik bagi penumpang dan mel. Pada masa ini (2009), sebanyak
tujuh penerbangan berjadual dikendalikan di lapangan terbang itu
setiap hari. Ekoran daripada kedatangan pelancong yang meningkat
serta kepadatan di kawasan lapangan terbang tersebut, Kerajaan
Persekutuan telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM33 juta bagi
projek pembesaran LTSM, Kuala Terengganu dalam Rancangan Malaysia
Ketujuh (RM7).
Perkhidmatan pengangkutan awam di Negeri Terengganu meliputi
pelbagai mod iaitu bas berhenti-henti, bas ekspres, bas pekerja, bas
sekolah, teksi, beca dan perkhidmatan barangan. Kemudahan terminal
pengangkutan awam masih belum dapat memperkukuhkan
perkhidmatan dan tahap integrasi di antara mod pengangkutan awam
adalah rendah. Sistem pengangkutan awam sedia ada terutama di
bandar Kuala Terengganu pula adalah kurang memberi penekanan
kepada sektor pelancongan.
Jadual 4.14 : Hierarki Jalan
Foto 4.17: Lapangan Terbang Sultan Mahmud
98
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.23: Jaringan Jalan raya Daerah kuala Terengganu, 2009
99
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.24: Perkembangan Jaringan Jalan raya Daerah Kuala Terengganu dari tahun 1935 hingga 2009
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pembinaan jambatan konkrit merentasi sungai utama sebagai pengganti
kepada perkhimatan feri pada tahun 1960an merupakan faktor penting
dalam penentuan arah perkembangan bandar Kuala Terengganu.
Pembinaan jambatan konkrit merentasi Sungai Terengganu dan Sungai
Nerus memesatkan lagi perkembangan guna tanah bandar ke arah utara
sementara pembinaan jambatan merentasi Sungai Ibai dan Sungai
Marang mengarahkan pembangunan ke selatan sepanjang Jalan
Persekutuan 3. Pembukaan Jambatan Sultan Mahmud merentasi Sungai
Terengganu dan Pulau Duyung pada tahun 1990 telah merancakkan lagi
pembangunan di sebelah utara sungai tersebut.
Foto 4.18 : Pembinaan jambatan konkrit menggantikan perkhidmatan feri di Sungai Terengganu
Jambatan Sultan Mahmud
101
101
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.5.2 Sistem Saliran dan Pengairan
Kawasan bandar Kuala Terengganu pada keseluruhannya adalah tanah
rendah dengan paras tanah berbukit dibawah 8.0 meter dan
kebanyakannya di bawah 2.0 meter. Daerah Kuala Terengganu
dibahagikan kepada empat (4) kawasan tadahan lembangan utama,
iaitu Lembangan Sungai Terengganu, Lembangan Sungai Nerus,
Lembangan Sungai Ibai dan lembangan sungai kecil lain yang mengalir
terus ke Laut China Selatan. Lembangan ini membentuk sistem saliran
semulajadi dan merupakan komponen utama sistem saliran keseluruhan
Daerah Kuala Terengganu.
Dataran pantai adalah luas di bahagian utara Kuala Terengganu di mana
ianya mengandungi barisan beting pasir yang diselangi oleh tanah
berpaya yang rendah. Tanah berpaya pasang surut dengan tumbuhan
nipah dan pokok bakau boleh didapati di sepanjang Sg. Ibai dan tebing
utara muara Sungai Terengganu.
Sistem saliran Kuala Terengganu secara umumnya adalah melalui parit, tali
air dan alur yang mengalir ke sungai (Rajah 4.24). Kebiasaannya air hujan
bertakung di kawasan sawah padi dan tanah paya yang luas. Keadaan
ini mampu mengurangkan kadar air larian hujan yang tinggi semasa
musim tengkujuh dan mengurangkan risiko banjir di kawasan rendah
berdekatan dengan sungai.
Pada tahun 1970an, kejadian banjir besar telah melanda negeri di Pantai
Timur dan menenggelamkan kawasan bandar Kuala Terengganu.
Seterusnya, pada tahun 1980an, perkembangan pembangunan bandar
ke kawasan pertanian telah menambahkan kadar air larian
mengakibatkan banjir meningkatkan kekerapan bencana banjir di
kawasan bandar.
Foto 4.19 : Kejadian banjir di Jalan Pasar Payang pada tahun 70an
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia, 2007
102
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.25: Sitem saliran, parit dan tali air di Daerah Kuala Terengganu
103
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pada awalnya, sistem saliran sedia ada di dalam kawasan perbandaran
telah direka bentuk untuk menampung keperluan pembangunan yang
rendah. Oleh yang demikian, sistem saliran ini tidak mampu menampung
pembangunan yang lebih pesat di kawasan perdagangan sedia ada.
Antara kawasan bandar yang dikenalpasti berisiko mengalami masalah
banjir adalah di Jalan Kampung Cina dan Jalan Banggol, sepanjang Jalan
Syed Hussein dan Jalan Air Jernih, serta di kaki Bukit Kecil.
Kawasan utara Sungai Ibai mengalami banjir akibat limpahan air dari
permatang banjir yang dibina di sepanjang Sungai Terengganu.
Pembinaan permatang banjir di kawasan pertanian adalah untuk
mengawal paras banjir besar yang biasa berlaku sekali dalam tempoh 10
tahun. Pada awalnya, tiada sebarang pembinaan permatang banjir di
sepanjang tebing Sungai Terengganu terutama di kawasan hilir Losong
Ferry, dan kawasan rendah di barat genting Bukit Kecil – Bukit Besar dari
banjir sungai yang teruk.
4.6 Pusat Bandar dan Pusat Petempatan
Kini, setelah hampir beberapa dekad berlalu Kuala Terengganu semakin
berkembang menjadi sebuah pusat bandar yang pesat membangun.
Bandar Kuala Terengganu merupakan pusat pertumbuhan bagi daerah
Kuala Terengganu yang menjana kepada pertumbuhan bandar lain yang
kebanyakannya adalah kawasan penempatan. Bandar Kuala
Terengganu telah ditetapkan sebagai pusat Wilayah, Pusat Negeri dan
Pusat Daerah yang seterusnya akan menjadi fokus kepada
pembangunan di seluruh daerah. Bandar ini juga memainkan peranan
penting sebagai pusat utama bagi kegiatan ekonomi, perdagangan,
kebudayaan dan pentadbiran negeri.
4.6.1 Guna Tanah Pusat Bandar
Kuala Terengganu merupakan pusat wilayah bagi Wilayah Timur. Pusat
tumpuan di Bandar Kuala Terengganu adalah kawasan perniagaan, pusat
rekreasi dan terminal pengangkutan awam. Di antaranya adalah Pasar
Payang, Dataran Shahbandar, Pasaraya Mydin dan Giant, Zon Warisan
Bukit Puteri, Bazaar Warisan, Kompleks Stesen Bas Kuala Terengganu,
Stesen Teksi Bandar dan Kompleks Perniagaan Kg Tiong. Rajah 4.25
menunjukkan zon tumpuan semasa (2009) di pusat Bandar Kuala
Terengganu. Perkembangan guna tanah Bandar Kuala Terengganu dari
1955 hingga 2009 adalah seperti Rajah 4.26 dan Rajah 4.27.
104
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Kuala Terengganu masih menggunakan konsep reka bentuk
perancangan petempatan berpusat sebagaimana yang dinyatakan
pada bab yang terdahulu. Perletakan komponen bandar ini masih dapat
dilihat pada masa kini di mana istana terletak di pusat bandar dan
dikelilingi oleh masjid, pasar dan sebagainya (Rajah 4.28). Walau
bagaimanapun, istana tidak lagi berperanan sebagai pusat pentadbiran
sebaliknya telah berpindah ke Wisma Darul Iman dan Wisma Negeri.
a) Perdagangan
Sekitar 1980an pusat perdagangan ini merangkumi kawasan seluas 88.0
ha. (Draf Rancangan Struktur MPKT, 1985). Secara keseluruhannya, sektor
perdagangan merupakan guna tanah utama di Bandar Kuala
Terengganu dengan tumpuan utama di Bandar Kuala Terengganu
dengan tumpuan utama di sepanjang Jalan Sultan Ismail, Jalan Bandar,
Jalan Masjid dan Jalan Banggol, iaitu hampir 23 peratus dari keseluruhan
kawasan pusat perdagangan. Menjelang tahun 2000, kawasan
perdagangan pusat berkembang kepada hampir 100 hektar. (Laporan
Pemeriksaan RSKT, 1997). Sektor perdagangan masih merupakan guna
tanah utama dengan tumpuan utama di sepanjang Jalan Sultan Ismail,
Jalan Bandar, Jalan Masjid dan Jalan Banggol.
SELEPAS MERDEKA 104
SELEPAS MERDEKA 106
105
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.26: Zon Tumpuan di Pusat Bandar Kuala Terengganu Tahun 2009
Zon tumpuan
Jalan raya
Sempadan lot
Laut
106
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
...
Rajah 4.27: Perkembangan Gunatanah Pusat Bandar Kuala Terengganu
Tahun 1955 Guna tanah perdagangan
hanya tertumpu di pinggir
sungai yang terletak di
sepanjang Jalan Bandar iaitu
kawasan Kampung Cina.
Perniagaan dan perkhidmatan
Perumahan
Institusi
Tanah kosong
Kawasan lapang
PETUNJUK
Tahun 1973 Aktiviti perdagangan mula
berkembang keluar dari
central area pusat bandar
Kuala Terengganu. Guna
tanah institusi dan
kemudahan awam semakin
berkembang.
Sambung…
107
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Tahun 1980 Berlaku pertambahan aktiviti
perdagangan dan
kegunaan institusi di pusat
bandar. Guna tanah
pertanian telah bertukar
menjadi kediaman, institusi dan perdagangan.
Tahun 1997 Gunatanah kediaman masih
dikekalkan di kawasan pusat
bandar dengan pengekalan
Kampung Tiong, Kg Ladang
dan Kg. Cina. Aktiviti
perdagangan berkembang
pesat di sekitarnya.
Perniagaan dan perkhidmatan
Perumahan
Institusi
Tanah kosong
Kawasan lapang
PETUNJUK
Rajah 4.28: Perkembangan Gunatanah Pusat Bandar Kuala Terengganu
Sambung… 108
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.29: Perkembangan Gunatanah Pusat Bandar Kuala Terengganu
Perniagaan dan perkhidmatan
Perumahan
Institusi
Tanah kosong
Kawasan lapang
PETUNJUK Tahun 2003 Guna tanah perdagangan dan institusi serta kemudahan
awam semakin bertambah di kawasan pusat bandar. Ini
seiring dengan fungsi pusat bandar Kuala Terengganu
sebagai bandar perdagangan dan pentadbiran yang
utama. Berlaku serakan aktiviti perdagangan ke kawasan
pinggir bandar akibat pembangunan pusat bandar yang
semakin padat.
109
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.30: Gunatanah Pusat Bandar Kuala Terengganu, 2009
110
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
A B
C
D
E F
A
B
C
D
E
F
Restoran Terapung Seri Puteri Bukit Puteri
Dataran Maziah
Istana Maziah
Masjid Abidin / Masjid Putih Pasar Payang
Rajah 4.31: Komponen utama Pusat Bandar Kuala Terengganu, 2009
111
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pola pembangunan juga kekal berjajar dengan jalan utama, sementara
kawasan kediaman jenis kampung tertumpu di kawasan inner core pusat
bandar. Jalan Sultan Ismail adalah tumpuan bagi aktiviti perbankan atau
lebih dikenali sebagai `banking street’, manakala Jalan Masjid menjadi
tumpuan bagi aktiviti keagamaan dan terminal bas dan teksi. Jalan
Kampung Cina masih mengekalkan ciri rumah kedai lama dan tidak
disentuh oleh sebarang pembangunan fizikal.
b) Institusi dan Kemudahan Awam
Guna tanah institusi dan kemudahan awam di Bandar Kuala Terengganu
meningkat kepada 25 peratus pada tahun 1980 berikutan kewujudan
kawasan pentadbiran yang baru iaitu Wisma Negeri yang telah
dirasmikan pada 29 Jun 1977. Pada mulanya wisma ini dinamakan
sebagai Wisma Darul Iman namun telah ditukar nama kepada Wisma
Negeri pada 3 Mac 1985. Penukaran nama bangunan ini berikutan
pembinaan bangunan baru yang turut diberi nama Wisma Darul ImanI.
Wisma Negeri terletak di Jalan Pejabat berfungsi sebagai Pusat
Pentadbiran Negeri Terengganu. Antara jabatan/agensi yang terdapat
di Wisma Negeri adalah Pejabat Menteri Besar, Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri serta Pejabat
Perancang Bandar dan Desa.
Selepas beroperasi selama 9 tahun, Wisma negeri berdepan dengan
masalah ruang pejabat yang tidak mencukupi berikutan pertambahan
kakitangan dan keperluan jentera pentadbiran. Selain itu, terdapat juga
jabatan/agensi negeri yang ditempatkan di luar Wisma Negeri kerana
masalah tersebut.
Menyedari ini, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan dengan
membina bangunan Wisma Darul Iman di tapak Pejabat Jam Besar yang
109
110
Masjid Abidin
Istana Maziah Dataran Maziah
Bangunan Wisma Negeri dalam pembinaan sekitar tahun
1970-an Bangunan Wisma Negeri sekitar tahun 1990-an
Foto 4.21 : Bangunan Pentadbiran Negeri Terengganu (Wisma Negeri)
112
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
akan menempatkan semua Pejabat pentadbiran Negeri. Manakala
Pejabat Haiwan di tempat di bangunan Wisma Darul Iman dan Wisma
Negeri. Wisma Darul Iman telah dirasmikan pada 28 Ogos 1986 dan
merupakan perpindahan pejabat pentadbiran negeri yang keempat bagi
bertujuan untuk memberi keselesaan bekerja dan mencapai prestasi baik
di dalam pentadbiran negeri.
4.6.2 Sistem Sirkulasi Pusat Bandar
Pada awal tahun 1990an sehingga 2000, Pusat Bandar Kuala Terengganu
telah mengalami pembangunan pesat, menyebabkan peningkatan
jumlah pengguna jalan raya. Menjelang tahun 1990, pembinaan lingkaran
Jalan Sultan Zainal Abidin dan Jalan Masjid telah melengkapkan
rangkaian jalan utama pada masa tersebut. Rangkaian tersebut juga
merangkumi jalan loop kawasan kediaman di kawasan Bukit Besar yang
dibentuk oleh Jalan Pasir Panjang dan Jalan Gong Tok Nasek. Rangkaian
jalan telah disesuaikan mengikut halangan fizikal iaitu Bukit Besar, Bukit
Kecil selain aktiviti perbandaran di Chabang Tiga.
Bahagian podium yang menempatkan Dewan Undangan Negeri.
Bumbungn berbentuk Rumah Bujang Berserambi yang merupakan rumah
tradisional Negeri Terengganu
Foto 4.22 : Bangunan Wisma Darul Iman
Sumber : Kerajaan Negeri Terengganu,1986
113
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pengurusan pengangkutan dan lalulintas merupakan masalah
perbandaran yang masih kritikal akibat sistem sirkulasi serta penyediaan
kemudahan pengangkutan awam yang kurang efisien dan peningkatan
penggunaan kenderaan persendirian di pusat bandar Kuala Terengganu.
Menjelang tahun 2000, sirkulasi lalu lintas pusat Bandar Kuala Terengganu
terdiri daripada jalan dua hala dan sehala. Jalan dua hala meliputi Jalan
Sultan Ismail, Jalan Tok Lam dan Jalan Pulau Kambing. Manakala
sebahagian besar jalan lain telah dijadikan jalan sehala seperti Jalan
Kampung Cina, Jalan Masjid dan Jalan Banggol. Lalu lintas di pusat
bandar juga dilengkapi dengan lampu isyarat terutama di persimpangan
jalan yang bertujuan untuk melicinkan lagi pergerakan kenderaan.
Bagaimanapun, polisi perancangan masa kini, jelas menunjukkan
jangkaan terhadap permintaan sistem sirkulasi yang lebih baik kerana
tekanan pembangunan yang lebih pesat yang akan dialami oleh bandar
Kuala Terengganu (Rajah 4.29).
Rangkaian jalan utama di pusat bandar adalah seperti Jalan Sultan
Ismail, Jalan Bandar, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Tok Lam, Jalan
Pejabat, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Air Jernih dan Jalan Masjid (Rajah
4.30). Bagi rangkaian jalan di pusat bandar („Town Central Area‟), ia
merangkumi Jalan Kamaruddin (F3), Jalan Sultan Mohamed (F3), Jalan
Sultan Omar, Jalan Mahamud, Jalan Batu Burok (F3), Jalan Hiliran, Jalan
Balik Bukit, Jalan Kemajuan, Jalan Batas Baru dan Jalan Jambatan Sultan
Mahmud (T4). Ia menampung aliran „localised and through traffic
movements‟. Kelebaran lorong bagi jalan utama di dalam kawasan
pusat bandar secara amnya adalah di antara 3.0 meter hingga 3.75
meter.
114
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.32: Sirkulasi jalan Pusat Bandar Kuala Terengganu, 2009
115
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.33: Perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam di Pusat Bandar Kuala Terengganu, 2009
116
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.6.3 Profil Pusat Bandar
Bandar Kuala Terengganu secara amnya mempunyai nilai sejarah,
budaya dan sosial yang tinggi serta struktur dan rupa bandar yang unik
dan berlainan berbanding bandar lain amnya di bahagian barat
Semenanjung Malaysia. Di kawasan pusat terdapat percampuran elemen
bandar lama dan baru mengwujudkan profil tidak sekata dan pada masa
yang sama menimbulkan tekanan dan cabaran dari aspek perancangan
dan pembangunan pusat bandar.
Antara ciri-ciri istimewanya ialah pintu daripada kayu yang berukir. Gaya
seni bina Eclectic atau Peralihan Rumah Kedai banyak terdapat di
sepanjang Jalan Petani. Bangunan-bangunan ini kelihatan lebih menarik
dengan keistimewaan sifat luaran yang lebih jelas seperti ukiran pada
tingkap dan dinding, muka bangunan dan parapet di bawah atap
bangunan.
Senibina bangunan istana sebelum perang yang terdapat dalam
Kompleks Istana Maziah ialah Awal Kolonial, Sino Malay Palladian dan
Bumbung Panjang. Rumah kediaman yang terdapat di Kampung Ladang
Sekolah dan Jalan Nesan Empat pula kebanyakannya mempunyai seni
bina Bumbung Perak Potong Belanda. Manakala bangunan sesebuah
sebelum perang di Jalan Sultan Zainal Abidin mempunyai beberapa gaya
seni bina seperti Bumbung Perak Potong Belanda, Rumah Perabong Lima
dan Gaya Awal Kolonial. Bangunan sesebuah ini kebanyakannya
mempunyai seni bina yang lebih menarik berbanding dengan bangunan
rumah kedai kerana seni ketukangannya lebih terserlah terutama
penggunaan ukiran pada bumbung, pintu, tiang dan dinding bangunan.
Foto 4.23 : Bangunan Istana
Maziah
117
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Kawasan bandar Kuala Terengganu masih mempunyai kawasan
lama yang belum disentuh oleh sebarang pembangunan fizikal
seperti Jalan Kampung Cina. Jalan Kampung Cina merupakan
deretan rumah kedai lama yang mempunyai ciri-ciri senibina lama
dan menarik. Umumnya kawasan Bandar Kuala Terengganu masih
terdapat banyak kawasan kampung lama yang berselerak dan
berpotensi untuk dibangunkan semula.
Foto 4.24 : Senibina Bangunan yang bercirikan Awal Kolonial yang masih kekal sehingga kini
118
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
1930an
Pintu Gerbang Kg Cina
Foto 4.25 : Kuala Terengganu dulu dan kini
2009
Pasar Payang
1960an 2009
Jalan Bandar
1920an 2009
Dok Kapal
1960an 2009
119
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.6.4 Pusat Petempatan Lain
Sekitar 1980an terdapat 40 pusat petempatan kecil yang dikenalpasti
iaitu 6 di kawasan Majlis Bandaran Lama, 19 di zon utara dan 15 di zon
selatan yang secara amnya terletak di jalan utama dan jalan rentas
(Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Kuala Terengganu, 1985).
Pusat petempatan ini memberi perkhidmatan kepada penduduk di
seluruh daerah termasuk 365 buah kampung tradisional yang tertumpu
di Mukim Kuala Nerus, Mukim Bandar Kuala Terengganu diikuti Mukim
Belara. Terdapat enam pusat petempatan dilengkapi sekolah, Pejabat
Pos dan masjid sementara yang lain terdapat kedai. Sehingga 19980an,
kecenderungan pembangunan rumah kedai berlaku secara piecemeal.
Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Kuala Terengganu 1998
menyenaraikan 21 buah pusat petempatan utama mengikut hierarki.
Kebanyakan pusat petempatan sedia ada tertumpu di koridor pantai
Daerah Kuala Terengganu berbanding koridor tengah (kawasan
pertanian) dan koridor pendalaman (kawasan hutan dan bukit).
Umumnya koridor pantai dilengkapi dengan segala kemudahan
terutama infrastruktur pengangkutan dan faktor ini membantu menjana
pembangunan pusat petempatan tersebut sama ada secara
semulajadi atau dirancang. Berlaku pertumbuhan pusat petempatan di
Kuala Terengganu seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.31 dan Rajah 4.32.
Kedudukan pusat petempatan sedia ada adalah berjajar di sepanjang
jalan utama dan terletak berdekatan di antara satu sama lain. Sektor
perdagangan merupakan aktiviti utama pusat petempatan sedia ada
di samping, aktiviti pentadbiran, kediaman dan industri. Walau
bagaimanapun, menjelang tahun 2000, Bandar Kuala Terengganu, Batu
Enam, Cabang Tiga dan Wakaf Tengah mempunyai aktiviti bandar yang
lebih teratur dan berpusat. Manakala pusat petempatan lain lebih
berselerak, mendatar dan terhad kepada perniagaan runcit dan
keperluan persendirian. Pola pemilikan tanah, keupayaan peniaga di
samping kedudukan pusat-pusat petempatan yang hampir antara satu
sama lain, contohnya rangkaian pusat Gong Badak- Wakaf Tengah -
Batu Rakit dan Batu Buruk - Kuala Ibai - Cendering menyukarkan
penstrukturan hierarki pusat petempatan selain menukar imej pusat
petempatan kecil yang menggambarkan kepesatan pembangunan.
Pada tahun 2009, hierarki pusat petempatan dibahagikan mepada 4
iaitu pusat wilayah, pusat Kecil daerah, pusat tempatan dan pusat
pertumbuhan desa seperti yang dinyatakan di Jadual 4.15 dan Rajah
4.33.
120
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Jadual 4.15 : Hierarki Semasa Pusat Petempatan
Hierarki Pusat Petempatan
Pusat Wilayah / Negeri / Daerah (Regional / State / District Centre)
Bandar Kuala Terengganu dan kawasan konurbasi meliputi Chabang Tiga,
Padang Hiliran dan Batu Burok
Pusat Kecil Daerah (Sub District Centre)
Wakaf Tengah
Batu Enam
Chendering
Gong Badak
Pusat Tempatan (Local Centre)
Batu Rakit
Manir
Seberang Takir
Pengadang Baru
Kedai Buloh
Kuala Ibai
Pusat Pertumbuhan Desa (Rural Growth Centre)
Tepuh
Mengabang Panjang
Padang Maras
Wakaf Mesira
Kg. Gemuruh
Pulau Bahagia
Kesom
Kg. Undang
Pulau Redang
Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2009
4.7 Pentadbiran Tanah Kuala Terengganu
Pada zaman pra-penjajahan, pemilikan tanah di kawasan Kuala
Terengganu, diibuat melalui 3 kaedah iaitu melalui kurniaan raja-raja
kepada penduduk, kaedah konsesi iaitu pajakan tanah selama 99 tahun
lazimnya ke atas satu kawasan yang luas bagi tujuan menjalankan
kegiatan ekonomi seperti pertanian, perlombongan, pembalakan dan
lain-lain, dan pemberian tanah wakaf oleh raja untuk tujuan kediaman
(Zahari Salleh, 1982).
Pentadbiran tanah secara sistematik dibuat apabila pihak Inggeris campur
tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri Terengganu. Melalui sistem
ini, segala permohonan berkaitan tanah sama ada dari segi pengukuran,
pemilikan atau apa-apa urusan lain akan direkodkan. Pada tahun 1965
Kerajaan Persekutuan dengan persetujuan Kerajaan Negeri telah
menggubal Kanun Tanah Negara bagi menyelaraskan pentadbiran
negara di Tanah Melayu. Berikutan itu, Terengganu pula mengeluarkan
Terengganu Land Rules pada tahun 1966 untuk tujuan pentadbiran tanah
di negeri ini agar bersesuaian dengan Kanun Tanah Negara yang telah
digubal. Kanun Tanah Negara dan Terengganu Land Rules ini telah
digunakan sehingga kini dalam mengendalikan pentadbiran tanah di
Terengganu.
121
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.34: Hierarki Pusat Petempatan Daerah Kuala Terengganu, 1991
122
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.35: Hierarki Pusat Petempatan Daerah Kuala Terengganu, 1997
123
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Rajah 4.36: Hierarki Pusat Petempatan Daerah Kuala Terengganu, 2009
124
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.7.1 Nilai dan Pemilikan Tanah
Profil nilai tanah di Kuala Terengganu secara keseluruhannya dipengaruhi
oleh beberapa faktor, termasuk status hak milik (hak milik kekal atau
pegangan Melayu, kedudukannya sama ada berhadapan jalan, kategori
tanah dan kegunaan masa kini. Sekitar awal 1980an, nilai tertinggi
dicatatkan sebanyak RM3,228,000 sehektar (RM30 sekaki persegi) terletak
di zon perancangan Pusat Perdagangan Pekan. Sekitar pertengahan
1990an nilai tanah telah meningkat antara 30 peratus hingga melebihi 100
peratus. Secara umumnya, nilai tanah menjadi lebih tinggi, semakin
hampir lokasinya dengan pusat bandar dan pola ini berterusan sehingga
kini.
Jadual 4.16 : Jadual Purata nilai tanah
Jenis tanah 1980an 1996 (ka per)
Tanah Dusun 0.14 0.97
Tanah getah 0.14 0.25-0.46
Tanah kampung 0.8 1.72
Tanah Industri - 2.20
Tanah kediaman 0.3-3.0 2.00-3.69
Tanah pembangunan 9.0-6.5 15.76
Dari segi pemilikan tanah, secara khususnya terdapat lima kategori, iaitu
pegangan Melayu, kekal, tanah wakaf dan baitulmal, tanah Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu dan tanah kerajaan. Bagaimanapun,
kategori tanah lazimnya dibahagikan kepada dua iaitu tanah milik
individu dan tanah milik kerajaan. Secara amnya hakmilik tanah masih
dimonopoli oleh individu yang majoritinya merupakan pemilikan
Pegangan Melayu. Sekitar tahun 1990an terdapat lebih kurang 90 peratus
dari jumlah keluasan tanah Daerah Kuala Terengganu dalam kategori milik
individu. Pembangunan Tanah Pegangan Melayu menghadapi kesukaran
dimajukan kerana majoritinya bersaiz kecil iaitu di bawah 4.05 hektar yang
menyukarkan usaha penyatuan.
Sekitar tahun 1980an, kawasan tepubina tertumpu di kawasan bandar di
sepanjang jalan utama serta hampir keseluruhan kawasan Majlis
Perbandaran Lama. Bagaimanapun, sejumlah 60 peratus kawasan Majlis
Perbandaran Kuala Terengganu dikategorikan sebagai kawasan yang
belum dibangunkan seperti di keseluruhan kawasan Majlis Perbandaran
Lama dan zon perancangan Bukit Payong mempunyai 11 peratus dari
jumlah ini. Tanah yang berpotensi untuk dibangunkan, kebanyakannya
tertumpu di zon Perancangan Utara dan Selatan termasuk Gong Badak,
Pengadang Buloh, Pulau Duyong, Binjai Rendah dan Wakaf Tapai.
125
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Tekanan pembangunan di Bandar Kuala Terengganu meningkat dengan
lebih pesat dalam dekad seterusnya. Menjelang tahun 2000, permohonan
untuk pembangunan tanah termasuk tukar syarat, pecah sempadan dan
pembangunan tanah kerajaan meningkat dengan lebih pesat. Secara
umumnya, majoriti kelulusan tukar syarat ini berlaku di Mukim-mukim Kuala
Nerus (18 peratus), Batu Rakit (12 peratus) dan Bukit Besar (11 peratus).
Bagi pecah sempadan, majoriti permohonan turut tertumpu di Mukim
Kuala Nerus (32 peratus), diikuti Mukim Batu Rakit dan Bandar Kuala
Terengganu. Permohonan membangunkan tanah kerajaan juga tertumpu
ke Mukim Kuala Nerus (20 peratus), dan Mukim Cabang Tiga (14 peratus)
dan Bukit Besar (13 peratus). Berdasarkan pola tekanan pembangunan,
pembangunan dalam dekad 2000 adalah tertumpu di sekitar Mukim Kuala
Nerus, Pengadang Buluh, Bukit Besar, Cabang Tiga, Bandar Kuala
Terengganu dan Batu Rakit. Ini selaras dengan pola guna tanah yang
dijelaskan di atas.
Menjelang tahun 2009, berdasarkan data RTD Kuala Terengganu 2008-
2020 yang juga mengambil kira maklumat daripada Laporan Pasaran
Hartanah, 2001, lot kecil berhadapan jalan, yang sesuai untuk tapak kedai
di pinggir kawasan Bandar Kuala Terengganu dijual antara RM147 dan
RM160 sekaki persegi. Di luar pinggir Bandar Kuala Terengganu, lot kecil
berhadapan jalan yang sesuai untuk plot kediaman dijual pada harga
antara RM30 hingga RM50 kaki persegi. Lot kecil berhadapan jalan, yang
sesuai untuk tapak kedai di pinggir kawasan Bandar Kuala Terengganu
dijual antara RM147 dan RM160 sekaki persegi. Di luar pinggir Bandar Kuala
Terengganu, lot kecil berhadapan jalan yang sesuai untuk plot kediaman
dijual pada harga antara RM30 hingga RM50 kaki persegi. Aktiviti pasaran
semasa menunjukkan kenaikan permintaan terhadap tanah
pembangunan dalam kategori harga RM50,000 ke bawah yang mampu
dibeli, saiz tanah yang kecil dan kepelbagaian untuk pembangunan plot
kediaman.
4.8 Struktur Sosial dan Ekonomi Kuala Terengganu
Pertumbuhan penduduk menyumbang kepada kesediaan guna tenaga
sebagai penggerak ekonomi sesebuah daerah dan seterusnya memberi
kesan kepada pertumbuhan bandar. Pertumbuhan penduduk di Malaysia
telah melalui satu evolusi atau perubahan yang boleh dibahagikan
kepada dua fasa. Fasa pertama menunjukkan penghijrahan beramai-
ramai kaum Cina semasa zaman awal dan pemerintahan British iaitu
sebelum perang Dunia Kedua. Fasa kedua pula adalah pertambahan
penduduk yang disebabkan oleh kelahiran semulajadi setelah tamatnya
perang Dunia Kedua hingga kini.
126
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Secara umumnya, jumlah penduduk bagi Daerah Kuala Terengganu telah
meningkat daripada 273,689 pada tahun 1991 kepada 304,181 pada
tahun 2000 (Banci 2000) dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak
2.72 peratus setahun. Jumlah penduduk ini adalah kurang dari jumlah
yang disasarkan oleh Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Kuala
Terengganu iaitu seramai 365,000 menjelang tahun 2000. Perluasan
kawasan Majlis yang meliputi keseluruhan Daerah Kuala Terengganu
hanya mencapai 97 peratus daripada jumlah sasaran. Daerah Kuala
Terengganu juga mengalami migrasi keluar yang melebihi migrasi masuk
berbanding dengan daerah lain di Terengganu.
Jadual 4.17 : Migrasi antara daerah dalam negeri mengikut daerah pentadbiran
negeri Terengganu, 1986-1991 dan 1995-2000
Daerah pentadbiran
Migrasi masuk Migrasi keluar Migrasi bersih
1986-
1991
1995-
2000
1986-
1991
1995-
2000
1986-
1991
1995-
2000
Besut 2.5 1.1 4.2 1.9 -1.7 -0.8
Dungun 7.2 3.7 4.7 2.5 2.5 1.2
Hulu Terengganu 5.4 2.5 6.4 3.6 -1.0 -1.1
Kemaman 6.9 3.4 3.6 2.4 3.3 1.0
Kuala Terengganu 2.9 1.7 4.0 3.1 -1.1 -1.4
Marang 6.9 6.2 4.5 2.7 2.4 3.5
Setiu 4.2 3.1 6.5 3.3 -2.3 -0.2
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000.
4.8.1 Corak Agihan Penduduk (Taburan Penduduk)
Bagi tempoh 1980-1991, penduduk lebih tertumpu di 6 mukim utama iaitu
Kuala Nerus (15.6 peratus), Bandar Kuala Terengganu (10.7 peratus)
Cabang Tiga (9.4 peratus), Manir (7.9 peratus), Batu Burok (6.9 peratus)
dan Bukit Besar (7.6 peratus), dan sementara Mukim Pulau Redang
mempunyai jumlah penduduk paling rendah (0.3 peratus). Manakala,
untuk tempoh 1991-1997, penduduk turut tertumpu ke enam mukim
utama iaitu Kuala Nerus (18.5 peratus), Batu Rakit (11.7 peratus), Manir (8.4
peratus), Bukit Besar (8.3 peratus), Bandar Kuala Terengganu (6.8 peratus)
dan Batu Burok (6.4 peratus) sementara Mukim Pulau Redang mempunyai
jumlah penduduk paling rendah (0.3 peratus). Bagi masa tersebut, Batu
Rakit mengalami pertambahan bilangan penduduk yang tinggi
sementara Cabang Tiga mengalami pengurangan penduduk.
127
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
No Mukim Bil Penduduk (Orang) Luas
Kawas
an (ha)
Kepadatan
1970 1980 1991 1997 2000 1970 1980 1991 1997 2000
1 Atas Tol 1,177 4,032 2,247 2,669 2613 91.75 12.8 43.95 24.49 29.09 28.48
2 Batu Burok 640 15,386 16,923 20,757 14741 325.86 19.48 47.22 51.43 63.70 45.24
3 Batu Rakit 13,236 10,802 31,942 38,130 30917 1535.69 8.62 9.03 20.8 24.83 20.13
4 Belara 9,385 9,604 13,910 16,216 15877 1602.69 5.86 5.99 8.68 10.12 9.90
5 Bukit Besar 4,980 14,748 22,007 26,846 20437 370.28 13.45 39.82 59.43 72.50 55.19
6 Chabang
Tiga
1,305 18,304 12,410 14,895 14985 153.58 8.50 119.1
8
80.80 96.99 97.57
7 Chendering 3,652 5,135 10,329 11,450 12214 126.93 28.77 40.46 81.37 90.21 97.57
8 Gelugur
Kedai
2,261 3,024 4,988 5,847 5717 185.39 12.20 16.31 26.91 31.54 30.84
9 Gelugur
Raja
764 2,450 1,320 1,509 1854 47.38 16.12 51.71 27.86 31.85 39.13
10 Kepung 2,068 3,142 5,067 6,029 6263 203.28 10.17 15.46 24.92 29.66 30.81
11 Kuala Ibai 1,854 5,808 8,014 9,599 9593 173.28 10.70 33.52 46.25 55.40 55.36
12 Kuala Nerus 22,067 30,245 50,348 60,312 63971 2400.8 9.19 12.60 20.97 25.12 26.65
13 Kubang
Parit
2,774 3,357 6,703 8,009 6999 150.09 18.48 22.37 44.66 53.36 46.63
14 Losong 7,514 6,088 10,264 12,150 9754 215.38 34.89 28.27 47.66 56.41 45.29
15 Manir 12,027 15,262 23,075 27,208 27241 774.57 15.53 19.70 29.79 35.13 35.17
16 Paluh 4,934 4,208 8,698 10,305 8898 234.59 21.03 35.17 37.08 43.93 37.93
17 Pengadang
Buluh
5,343 4,729 10,244 12,021 13010 521.74 22.78 9.06 19.63 23.04 24.94
18 Pulau-pulau 3,351 3,993 3,770 4,376 3897 62.81 53.35 63.57 60.03 69.67 62.04
19 Pulau
Redang
690 582 867 1,050 1453 86.46 7.98 6.73 10.03 12.14 16.81
20 Rengas 1,541 4,497 2,639 3,110 2926 114.48 13.46 39.28 23.05 27.17 25.56
21 Serada 3,475 4,342 5,281 6,113 5840 438.87 7.92 9.89 12.03 13.93 13.31
22 Tok Jamal 1,575 2,676 4,016 4,982 4754 107.07 14.71 24.99 37.51 46.53 44.40
23
Bandar
Kuala
Terengganu
53,320 20,647 18,636 22,074 14350 140.75 378.8
2
146.6
9
132.4
0
156.8
3
101.9
4
Jumlah 181,048 193,061 273,698 325,657 298304 - - - - -
Jadual 4.18 : Penduduk mengikut mukim
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000.
128
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pada tempoh masa yang sama, mukim Batu Burok, Kuala Nerus, Manir
dan Bandar Kuala Terengganu juga mengalami peningkatan dari segi
kepadatan penduduk. Ini adalah selaras dengan perkembangan intensiti
guna tanah di mukim-mukim tersebut dan kawasan sekitarnya,
contohnya di kawasan Gong Badak dan Cendering yang menjadi
tumpuan kawasan industri dan institusi pendidikan yang tertumpu di
kawasan Gong Badak. Kawasan sekitar Bandar Kuala Terengganu terus
menjadi tumpuan kerana aktiviti perdagangan selain dari institusi
pentadbiran dan perkhidmatan. Ia memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk Bandar itu sendiri selain mereka yang berhijrah dari luar
daerah. Tumpuan penduduk di kawasan ini juga menyebabkan
permintaan terhadap perumahan dan kemudahan bertambah dan
seterusnya memberi kesan posistif bagi pertumbuhan kawasan sekitar
pusat bandar.
Jadual 4.19 : Penduduk Mengikut Mukim, 2008
Bil Nama Mukim Jumlah
Penduduk Peratus
Kepadatan
Penduduk/hektar
1. Atas Tol 3,200 0.89 12
2. Bandar Kuala Terengganu 14,900 4.14 62
3. Batu Burok 15,900 4.42 24
4. Batu Rakit 35,100 9.76 3
5. Belara 19,400 5.36 1
6. Bukit Besar 22,800 6.34 23
7. Chabang Tiga 18,800 5.23 39
8. Chendering 15,100 4.20 14
9. Gelugor Kedai 7,000 1.95 13
10. Gelugur Raja 2,500 0.70 8
11. Kepung 7,900 2.20 14
12. Kuala Ibai 12,000 3.34 19
13. Kuala Nerus 82,000 22.80 6
14. Kubang Parit 8,200 2.28 20
15. Losong 11,000 3.06 38
16. Manir 33,800 9.40 9
17. Paluh 10,400 2.89 24
18. Pengadang Buloh 16,700 4.64 7
19. Pulau Redang 2,100 0.58 0
20. Pulau-pulau 4,500 1.25 5
21. Rengas 3,500 0.97 15
22. Serada 7,000 1.95 3
23. Tok Jamal 5,900 1.64 14
JUMLAH 359,700 100
Analisis mengikut mukim dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala
Terengganu 2008-2020 mendapati bahawa Mukim Bandar Kuala
Terengganu adalah yang paling padat penduduknya sejak tahun 1980.
Namun begitu, kepadatannya telah menurun dari 9,145 orang se km
persegi pada tahun 1980 kepada 7,488 pada tahun 1991, 5,672 di tahun
Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
129
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
2000 dan meningkat sedikit kepada 6,719 se km persegi di tahun 2007. Ini
adalah disebabkan oleh kehilangan penduduk yang berkemungkinan
besar disumbangkan oleh faktor penghijrahan keluar. Manakala Mukim
Belara merupakan mukim yang mempunyai kepadatan paling rendah
iaitu seorang penduduk/hektar. Sementara itu, Kepadatan penduduk di
mukim Kuala Nerus, Chendering, Tok Jamal, Kepung, Gelugor Kedai,
Pengadang Buluh, Manir dan Batu Rakit sedang berkembang dengan
agak pesat berbanding mukim lain.
4.8.2 Struktur Umur Penduduk
Struktur umur penduduk dalam tahun 1980 menunjukkan bilangan
penduduk golongan muda yang ramai iaitu 45.15 peratus bagi
kumpulan umur 0-14 tahun dan secara tidak langsung menunjukkan
nisbah pergantungan yang tinggi iaitu 95.21 peratus. Bagi tempoh 1991-
1997, kadar peratusan penduduk bagi kumpulan umur aktif (15-64) telah
meningkat daripada 54.7 peratus pada tahun 1991 kepada 57.3 peratus
pada tahun 1997. Kadar peratus kumpulan umur 0-14 tahun pula
menurun dari 41.2 peratus pada tahun 1991 kepada 40.0 peratus pada
1997, begitu juga kumpulan umur 65 tahun ke atas berkurang dari 4.1
peratus ke 2.7 peratus.
Penduduk 1991 (%) 1997 (%) 2000 (%) 2006 (%) 2009 (%)
0-14 tahun 112,626 41.2 130,235 40.0 139,506 39.0 147,972 40.9 124,900 35.5
15-64 tahun 149,299 54.7 186,625 57.3 206,658 57.8 203,010 56.1 213,100
60.6
65 tahun ke atas 11,194 4.1 8,797 2.7 11,192 3.1 10819 3.0 13,800
3.9
Jumlah 273,119 100 325,657 100 357,356 100 361,801 100 351,800
100
Menjelang tahun 2009, bilangan penduduk berumur 0 hingga 14 tahun
semakin berkurangan dari 147,972 pada tahun 2006 kepada 124,900
orang. Peratus bilangan penduduk yang terdiri daripada golongan
muda adalah 35.5 peratus Walau bagaimanapun, pertambahan
bilangan penduduk berlaku dari kumpulan umur aktif dan golongan
warga tua (65 tahun ke atas).
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000
Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
Jadual 4.20 : Struktur umur penduduk
130
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Jadual 4.21: Bilangan Penduduk Mengikut Etnik Tahun 1980-2007 bagi
Daerah Kuala Terengganu
Etnik Bil. Penduduk
1980 1991 2000 2007
Melayu 192,195 254,984 289,978 335,900
Cina 12,085 11,728 11,520 12,400
India 1,229 864 656 700
Lain-lain 239 466 365 2,800
Jumlah 205,748 268,042 302,519 351,800
Sumber : Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
Jadual 4.21 menunjukkan komposisi penduduk mengikut kaum di Daerah
Kuala Terengganu dari tahun 1980 hingga 2007. Kaum Melayu merupakan
golongan majoriti iaitu seramai 335,900 (95.5%) pada tahun 2007 diikuti
kaum Cina 12,400 (3.5%) , lain-lain kaum seramai 2,800 (0.8%),dan India 700
orang (0.2%).
Jadual 4.22: Bilangan Penduduk Mengikut Jantina Tahun 1980-2007 bagi Daerah
Kuala Terengganu
Jantina Bil. Penduduk
1980 1991 2000 2007
Lelaki 100,954 136,758 148,835 177,000
Perempuan 104,794 137,731 149,469 174,800
Jumlah 205,748 268,042 302,519 351,800
Sumber : Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2008-2020
Berdasarkan Jadual 4.22, nisbah jantina penduduk Daerah Kuala
Terengganu agak stabil dari tahun 1980 di mana jumlah golongan
perempuan lebih jika dibandingkan dengan 49.02 peratus lelaki dan 50.98
peratus perempuan. Pada tahun 1991, jumlah penduduk lelaki adalah
49.82 peratus dan perempuan 50.18 peratus. Pada tahun 2000, nisbahnya
adalah 49.89 peratus lelaki dan 50.11 peratus perempuan.
Pada tahun 2000, kaum lelaki lebih ramai di mukim Chendering, Chabang
Tiga, Kubang Parit, Gelugur Raja, Tok Jamal, Kepung, Gelugur Kedai, Atas
Tol, Pengadang Buluh,Manir, Belara, Batu Rakit, Pulau Redang dan Pulau-
Pulau manakala lain-lain mukim dimonopoli oleh penduduk kaum
perempuan.
131
131
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
ZAMAN SELEPAS MERDEKA
4.8.3 Asas Ekonomi
Perubahan ekonomi Negeri Terengganu secara amnya dan Kuala
Terengganu secara khususnya agak ketara setelah penemuan minyak di
perairan Negeri Terengganu pada tahun 1978. Sejak itu, kebergantungan
kepada sektor pertanian telah berkurang. Di daerah Kuala Terengganu,
bagi tempoh masa antara 1970 dan 1982, jumlah pertumbuhan pekerjaan
telah meningkat sebanyak 5.62 peratus setahun iaitu dari 21,750 pada
tahun 1970 kepada 41,921 pada tahun 1982 iaitu tambahan bersih
sebanyak 20,171.
Pertumbuhan sektor perkhidmatan adalah pada kadar tertinggi iaitu 8.93
peratus setahun diikuti sektor perdagangan pada kadar 7.31 peratus
dalam jangka masa yang sama. Purata pendapatan bulanan tertinggi
ialah $462 melibatkan sektor perkhidmatan yang mempunyai kira-kira
17,300 pekerja. Purata pendapatan paling rendah ialah $215 melibatkan
sektor pembinaan yang secara amnya juga lebih rendah berbanding
pekerja pembinaan di bandar-bandar lain di Semenanjung. Walaupun
kebanyakan daripada jumlah guna tenaga dalam perusahaan
pembuatan adalah daripada kaum Bumiputra, tetapi majoriti daripada
mereka tergolong dalam kategori kurang mahir dan tidak mahir. Agihan
pendapatan bagi kaum bukan Bumiputra juga secara keseluruhannya
adalah 73 peratus lebih tinggi dari Bumiputra.
Bagi tempoh 1991-1997, jumlah pekerjaan di daerah Kuala Terengganu
telah meningkat daripada 66,560 pada tahun 1991 kepada 89,249 pada
tahun 1997 pada kadar 5.01 peratus setahun. Sektor pembuatan terus
menunjukkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 12.6 peratus setahun
diikuti sektor perdagangan pada kadar 6.97 peratus setahun dan sektor
kewangan pada kadar 5.22 peratus setahun. Penyumbang utama
pekerjaan di kawasan kajian adalah sektor perkhidmatan (29 peratus),
perdagangan (19 peratus) dan pembuatan (17 peratus).
Purata pendapatan bulanan isirumah telah meningkat daripada RM 573
pada tahun 1993 kepada RM 925 pada tahun 1997 dengan purata
pertumbuhan pada kadar 12 peratus setahun. Hampir 8 peratus daripada
jumlah isirumah mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM
425 dan keadaan ini tertumpu di Mukim Pulau-pulau, Paloh, Serada,
Rengas dan Kubang Parit. Ini selaras dengan matlamat Rancangan
Struktur Majlis Perbandaran Kuala Terengganu 1990 untuk mengurangkan
tahap kemiskinan pada paras bawah 10 peratus.
132
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
KESIMPULAN
Kajian morfologi merupakan kajian berkaitan perkembangan dan
pertumbuhan sesuatu bandar mengikut urutan masa yang tertentu. Kajian
ini telah membahagikan perkembangan Kuala Terengganu kepada tiga
fasa kronologi iaitu bemula daripada tahun 1100 hingga 2009. Kajian
perkembangan bandar Kuala Terengganu dari segi fizikal, sosial mahupun
ekonomi adalah untuk mengenal pasti sumbangan perancangan dalam
memandu pembangunan bandar tersebut. Selain itu, perancangan
semasa yang dijalankan di Terengganu turut diambilkira sebagai penentu
corak pembangunan pada masa depan.
5.1 Arah Tuju dan Perkembangan Bandar Kuala Terengganu
Berasaskan kepada kajian strategik yang terkini, dasar dan wawasan
kerajaan serta kadar perkembangan Bandaraya Kuala Terengganu
sehingga tahun 2009, maka dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan
Bandaraya Kuala Terengganu pada masa hadapan akan menumpukan
kepada pembangunan pelancongan, pendidikan, perdagangan dan
perkhidmatan. Tumpuan keseluruhan akan diberikan kepada langkah-
langkah untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan
Persisir Air di Malaysia.
Bagi memastikan perancangan yang dilaksanakan memenuhi keperluan
pembangunan yang berterusan, lima (5) teras pembangunan utama dan
satu (1) teras sokongan telah dirangka dan disokong oleh sektor-sektor
secara terperinci. Berikut adalah enam (6) teras pembangunan yang telah
dibentuk di dalam Rancangan Struktur Negeri Terengganu dan
Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu:
Teras 1 : Pembangunan Perbandaran yang Menyeluruh
Teras 2 : Penggunaan Tanah Secara Optima dan Mampan
Teras 3 : Pembangunan Ekonomi yang lebih Berdaya Saing
Teras 4 : Persekitaran Hidup yang Berkualiti
Teras 5 : Penyediaan Prasarana yang Mampan dan Menyeluruh
Teras 6 : Urus Tadbir Bandar yang Efisien
Terdapat isu-isu strategik yang telah dikenalpasti di peringkat negeri dan
daerah Kuala Terengganu yang akan diselesaikan melalui pelaksanaan
pembangunan bagi teras yang dinyatakan di atas. Langkah bagi
mencapai aspirasi dan hala tuju pembangunan tersebut ditunjukan di
dalam Rajah 6.1.
5.0 KESIMPULAN
133
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
KESIMPULAN
Memperkukuhkan kawasan Majlis
Kuala Terengganu sebagai Hub
Pelancongan Wilayah Timur serta
berperanan sebagai pusat
pendidikan, perniagaan dan
perkhidmatan
Membangunkan pusat
pertumbuhan dalam usaha
meningkatkan sosio-ekonomi
setempat
Menjadikan industri pertanian,
perikanan dan kraftangan
sebagai penyokong kepada
pertumbuhan ekonomi
Menjadikan Bandaraya Kuala
Terengganu sebagai tempat
tinggal dan tempat bekerja yang
lestari dan beridentiti
Merealisasikan potensi
pelancongan dan industri
kraftangan
Memperkasakan pertanian,
perikanan dan industri asas
tani
Mempergiatkan sektor
perindustrian dan
perkhidmatan
Memesatkan aktiviti Pendidikan
dan perdagangan
Merancang guna tanah
secara optima dan seimbang
Menyediakan perumahan
yang mencukupi & mampu
milik
Mempertingkatkan
penyediaan kemudahan
masyarakat
Memperkukuhkan penyediaan
kawasan lapang dan rekreasi
Objektif Teras Pembangunan Hala Tuju Pembangunan
Mempertingkatkan fungsi dan
peranan pusat petempatan
Memperkukuhkan imej dan
identiti Bandaraya Kuala
Terengganu
Mempertingkatkan fungsi
Bandaraya Kuala Terengganu
sebagai Konurbasi Pertumbuhan
Negeri serta Bandaraya Warisan
Pesisir Air
Memastikan Kawasan Sensitif
Alam Sekitar (KSAS) dipelihara
dan diurus dengan baik
Menyediakan infrastruktur dan
utiliti yang efisien
Meningkatkan tahap
kemudahsampaian melalui sistem
perhubungan dan penyediaan
pengangkutan awam.
Menyediakan sistem pangangkutan
yang bersepadu, efisien & mesra
pengguna
Mempertingkatkan sistem
pangangkutan bandar
Mempertingkatkan penyediaan
infrastruktur bandar
Mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan bandar
Pembangunan Ekonomi
Yang Lebih Berdaya
Saing
Penggunaan Tanah
Secara Optima dan
Mampan
Pembangunan
Perbandaran Yang
Menyeluruh
Persekitaran Hidup Yang
Lebih Berkualiti
Penyediaan Prasarana
Yang Mampan dan
Menyeluruh
Menggalakkan penjagaan
KSAS
Mewujudkan persekitaran
berkualiti
Rajah 6.1 : Arah Tuju Pembangunan Daerah Kuala Terengganu
134
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
KESIMPULAN
5.2 Perancangan Pembangunan Kuala Terengganu
Limpahan pembangunan daripada Lembah Kelang dan Kuantan
terutamanya dalam sektor pembuatan dijangka akan menjadi stabil
dalam tempoh jangkamasa 20 hingga 30 tahun akan datang. Apabila
keadaan ini berlaku, koridor pembangunan daripada Kuantan-Dungun-
Kemaman dijangka akan merebak sehingga ke Kuala Terengganu.
Penggabungan koridor ini amat sesuai dengan status Bandar Kuala
Terengganu sebagai Pusat Wilayah kerana semua kemudahan infrastruktur
sokongan seperti kemudahan lebuhraya dan jalan utama, pengangkutan
keretapi dan sebagainya yang akan dirancang perlu dihubungkan
dengan bandar ini.
Pada tahun 2007, Wilayah Pembangunan Pantai Timur telah diwujudkan di
mana pembangunan di negeri Pantai Timur akan menjadi semakin rancak
seiring dengan matlamat penubuhan wilayah tersebut. Negeri
Terengganu amnya dan bandar Kuala Terengganu khasnya akan turut
sama menikmati limpahan pembangunan daripada perancangan
wilayah tersebut.
Foto 5.1 : Taman Tamadun Islam
Foto 5.2 : Bazaar Warisan
135
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
KESIMPULAN
Kerajaan Negeri Terengganu telah membentuk Dasar dan Strategi
Kerajaan di mana dalam kenyataan strategi tersebut, semua sektor
pembangunan yang melibatkan sosial, ekonomi, pasaran dan
pengurusan awam akan diambil kira. Ia bertujuan untuk mewujudkan
pemampanan dari segi pengurusan pembentukan program dan projek
Kerajaan Negeri dalam mencapai tiga matlamat utama perancangan
yang telah digariskan sebagai petunjuk ekonomi iaitu makro ekonomi,
guna tenaga dan sosio-ekonomi. Bagi pembangunan sosio-ekonomi,
Kerajaan Negeri telah menerapkan langkah-langkah bagi
mempelbagaikan asas ekonomi negeri dan melaksanakan konsep
pengkhususan industri mengikut kawasan.
Bagi daerah Kuala Terengganu, selain berfungsi sebagai pusat
pentadbiran dan perdagangan, ia juga berpotensi besar sebagai
kawasan pelancongan yang mempunyai sumberjaya yang menarik
untuk diketengahkan. Pelbagai usaha telah dibuat untuk memantapkan
lagi fungsi Kuala Terengganu sebagai ibu negeri yang berperanan
dalam meningkatkan nama Negeri Terengganu. Antara perancangan
baru yang telah dibuat ini termasuklah mewujudkan sebuah
perkampungan Hadhari iaitu Taman Tamadun Islam, pusat komersil yang
baru iaitu Bazar Warisan yang terletak di pusat bandar selain aktiviti
tahunan yang sangat berprestij iaitu Piala Monsun yang diadakan di
Kuala Terengganu.
Foto 5.3 : Penganjuran Piala Monsun di Kuala Terengganu
136
KESIMPULAN
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Morfologi Bandar Kuala Terengganu
KESIMPULAN
5.3 Penutup
Kuala Terengganu bakal berkembang dengan lebih pesat melalui
pelbagai perancangan yang bakal dijalankan di daerah ini. Walau
bagaimanapun, sejarah perkembangan bermulanya pembentukan Kuala
Terengganu seharusnya diketahui agar nilai-nilai warisan yang dimiliki tidak
terhakis begitu sahaja. Kajian morfologi bandar merupakan satu kajian
yang perlu dititikberatkan dan diambilkira agar perancangan pada masa
depan masih mengekalkan keunikan sejarah yang ada.
Foto 5.4 : Penginapan berkelas tinggi di Pulau Duyong
KESIMPULAN
137
Please purchase PDF Split-Merge on www.verypdf.com to remove this watermark.
Recommended