View
602
Download
17
Category
Preview:
Citation preview
IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
TUGASAN SEM 1 PPISMP 2013
PENGANTAR SEJARAH
NAMA : CHRISTY ANAK ATONG
NO. K/P : 950822-13-5860
KUMPULAN / UNIT : 1 PPISMP SEJ AMBILAN JUN 2013
KOD/ MATA PELAJARAN : SJH 1014 PENGANTAR SEJARAH
NAMA PENSYARAH : EN. KAMARUDDIN BIN RAMLI
TARIKH SERAHAN : 21 OGOS 2013
Halaman Pengakuan
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………
Nama Penulis : Christy Anak Atong
Tarikh : 18 Ogos 2013
i
Halaman Judul
TAJUK:
PENGANTAR SEJARAH
Jabatan Sains Sosial,
Unit Sejarah,
IPG Kampus Tuanku Bainun,
14000 Mengkuang, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
ii
PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia diucapkan kepada semua. Jutaan syukur
dipanjatkan kepada Tuhan kerana berkatnya, saya mampu menjalankan tugasan ini
dengan jayanya.
Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
subjek ini iaitu Encik Kamaruddin Bin Ramli di atas bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini berlangsung. Tanpa bimbingan beliau, saya
pasti tidak akan mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik. Selain itu, saya ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu saya, kakak dan abang-
abang saya yang berada beribu batu jauhnya kerana menghulurkan bantuan kewangan
kepada saya. Begitu juga untuk kawan-kawan saya, Siti Falynaa, Nor Hazwanie dan
Nurul Farhana yang sanggup bertukar fikiran dengan saya semasa menyiapkan
tugasan ini.
Tanpa bantuan daripada semua pihak di atas, saya tidak mungkin mampu
menyiapkan tugasan ini dengan baik. Jutaan terima kasih saya ucapkan sekali lagi bagi
semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan kerja kursus ini.
iii
SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN PENGAKUAN i
HALAMAN JUDUL ii
PENGHARGAAN iii
SENARAI KANDUNGAN iv
1.0 PENGENALAN
1.1 Pengertian Sejarah
1.2 Pengertian Sumber Sejarah
1.3 Jenis-Jenis Sumber Sejarah
1.3.1 Konsep Sejarah
1.3.2 Sumber Primer
1.3.3 Sumber Sekunder
1.3.4 Sumber Arkeologi
1.3.5 Sumber Lisan
1.4 Ciri-Ciri Sumber Sejarah
2.0 KEPENTINGAN SUMBER DALAM PENYELIDIKAN SEJARAH
3.0 MASALAH PENGGUNAAN SUMBER DALAM PENYELIDIKAN
SEJARAH
4.0 LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI SEJARAH
UNTUK MEMASTIKAN KESAHIHAN SUMBER YANG
DIGUNAKAN DALAM PENYELIDIKAN
1
2
3
4
4
4
5
5
5
6
6
8
iv
5.0 RUMUSAN
6.0 REFLEKSI
7.0 BIBLIOGRAFI
8.0 LAMPIRAN
10
11
12
13
v
1.0 PENGENALAN
Sejarah sememangnya suatu ilmu yang berkait rapat dengan kehidupan manusia dan
memberi kesan yang mendalam baik dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Pemahaman
tentang Sejarah adalah amat penting untuk para penyelidik sejarah dalam menjalankan kajian
yang terperinci tentang bidang sejarah. Pada pendapat saya, penakrifan sejarah yang diberikan
oleh tokoh-tokoh sejarah adalah pelbagai dan berbeza kerana skop definisinya yang sangat
luas. Bagi menjalankan sesuatu penyelidikan, sumber sejarah adalah aspek yang terpenting
kerana tanpa sumber sejarah, sesuatu fakta itu tidak dapat dibuktikan kesahihan dan
kebenarannya. Sumber sejarah ini terbahagi kepada empat iaitu sumber primer, sumber
sekunder, sumber arkeologi dan sumber lisan.
Sekiranya kita perhatikan, sesuatu fakta sejarah tidak akan wujud begitu sahaja tanpa
adanya sumber. Ia mempunyai latar belakang yang mempengaruhinya.1Para pengkaji sejarah
harus mengenalpasti ciri sesuatu sumber sebelum melakukan penyelidikan yang lebih dalam
lagi. Kertas kerja ini akan mengupas tentang kepentingan sumber sejarah dalam penyelidikan
sejarah. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga masalah yang timbul dalam
proses penyelidikan sejarah. Oleh yang demikian, kertas kerja ini turut membincangkan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh ahli sejarah supaya masalah tersebut dapat diatasi.
1 Ishak Saat, Penulisan Sejarah, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1994, m.s. 1.
1
1.1 PENGERTIAN SEJARAH
Bagi masyarakat biasa, Sejarah ialah peristiwa pada masa lalu. Untuk memberikan satu
jawapan yang benar dan tepat mengenai sejarah bukan senang kerana skop pengertiannya
yang sangat luas. Secara umumnya, Sejarah adalah setiap peristiwa yang terjadi atau berlaku
pada masa lampau. Amnya, Sejarah sesungguhnya penting dalam kehidupan dan negara
kerana melalui sejarah, kita dapat mengambil iktibar untuk memajukan prestasi diri.
Menurut Kamus Dewan, sejarah membawa pengertian sastera lama, asal-usul, salasilah
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah riwayat dan tambo.2 Sebagai
contoh, Kesultanan Melayu Melaka adalah salah satu sejarah Melayu yang terunggul di
Kepulauan Melayu suatu masa dahulu. Melalui sejarah kerajaan Melayu inilah kita dapat
mengetahui dan mempelajari asas pemerintahan kerajaan terdahulu. Tokoh dunia, E.H Carr
pula mengatakan bahawa sejarah itu suatu proses interaksi yang berterusan di antara
sejarahwan dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak putus-putus di antara masa kini
dengan masa lalu.3 Pernyataan yang dikeluarkan oleh E.H Carr ini secara langsung membidas
kenyataan oleh J.B Bury, pengikut Ranke yang mendefinisikan sejarah sebagai sains, tidak
kurang dan tidak lebih.4
Herodous, Bapa Sejarah dunia menyifatkan Sejarah sebagai satu kajian
untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradabannya. Sementara itu, Ibnu Khaldun, sejarahwan Islam mengatakan bahawa sejarah
adalah:
...masyarakat manusia atau peradaban dunia, tentang perubahan-perubahan yang telah
berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu, seperti kebiadapan, keramahan dan perasaan
setiakawan segolongan; tentang revolusi dan pemberontakan oleh sesuatu golongan manusia
terhadap manusia lainnya dengan mengakibatkan terbentuknya kerajaan dan negara, bersama-
sama rakyat jelatanya yang berbagai-bagai; tentang kegiatan dan pekerjaan manusia yang
berbeza-beza; baik untuk memperoleh nafkah hidup mahupun dalam berbagai-bagai ilmu
2 Ishak Saat, Penulisan Sejarah, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1994, m.s. 1.3 Mohd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1983, m.s. 3. 4 Ibid, m.s. 3.
2
pengetahuan dan pertukangan; dan, pada umumnya, tentang perubahan bentuk yang dijalani
oleh masyarakat itu menurut sifatnya.5
Melalui penganalisisan dan pemahaman saya, semua takrifan yang diberikan oleh
tokoh-tokoh sejarah di atas merujuk bahawa sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan dan
penceritaan peristiwa-peristiwa yang lepas.
1.2 PENGERTIAN SUMBER SEJARAH
Saling kebergantungan di antara ahli sejarah dan sumber sejarah tidak dapat dinafikan
lagi. Hal ini kerana ahli sejarah banyak bergantung kepada sumber sejarah apabila ingin
mewujudkan sesuatu fakta sejarah. Penemuan rangka manusia yang dikenali sebagai ‘Manusia
Perak” oleh Prof. Daruk Dr. Zurina Majid di Gua Gunung Runtuh, Lenggong di Perak telah
memberikan pelbagai tafsiran baru tentang kewujudan manusia terawal di Malaysia.6
Kamus Dewan mendefinisikan sumber sejarah sebagai suatu keterangan yang bertulis
atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti (seperti surat beranak, surat
nikah dan lain-lain.7 Muhd. Yusof Ibrahim turut menyumbangkan idea dalam memberikan
taksiran mengenai sumber sejarah. Beliau mengatakan bahawa:
…seperti suatu ilham, sumber ialah sesuatu penulisan yang boleh menjadi punca kepada
sesuatu lahiran pemikiran ataupun penulisan, tetapi sumber berbeza dengan ilham kerana ia
tidakiali abstrak mahupun spontan, dan ia boleh kita rujuk kembali apabila kita memerlukannya
semula. Pada peringkat awalnya, sumber ialah perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan
rekod, istana dan sebagainya, ataupun di rumah-rumah orang perseorangan yang mempunyai
minat menyimpannya.8
Maka benarlah bahawa sumber sejarah ini adalah suatu rujukan yang dijadikan panduan
untuk ahli sejarah dalam kajian mereka. Saya berpendapat bukan hanya bidang sejarah sahaja
yang memerlukan sumber tetapi juga bidang keilmuan yang lain.
5 Mohd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1983, m.s. 8.6 Rozeman Bin Haji Abu Hassan, ABXH1103 Aplikasi Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2010, m.s. 4.7 Ishak Saat, Penulisan Sejarah, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 1964, m.s. 7. 8 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, m.s. 155.
3
1.3 JENIS-JENIS SUMBER SEJARAH
1.3.1 Konsep Sejarah
Sumber sejarah berkonsepkan dua perkara iaitu sumber bertulis dan bukan bertulis dan
juga artifak dan bukan artifak. Sistem tulisan yang telah wujud berabad lamanya telah
mewujudkan sistem bertulis. Jadi, manusia merekod segala aktiviti mereka dalam bentuk
dokumen dan sebarang rekod bertulis. Sumber tidak bertulis pula hanya menggunakan
komunikasi dan pertuturan sebagai alat atau batu loncatan untuk menyampaikan sesuatu
peristiwa. Sumber jenis ini kurang boleh dipercayai berikutan dengan kebolehan seseorang
atau sesuatu kelompok itu untk mengingat dan memberitahu seluruh kejadian. Konsep yang
kedua iaitu artifak dan bukan artifak pula adalah dari aspek penemuan barangan prasejarah
atau lebih kepada bentuk kaedah arkeologi. Tembikar, tulang dan rangka manusia adalah
sebahagian daripada sumber arkeologi.
1.3.2 Sumber Primer
Sumber primer dikategorikan sebagai sumber utama kerana keadaannya yang masih
kekal dan asli semasa proses perolehannya. Louis Gottschalk menyifatkan sumber primer di
dalam bukunya “Understanding History: A Primer of Historical Method”, sebagai sumber yang
diperoleh daripada saksi utama berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku.9 Sumber sezaman
ini adalah asli kerana sumber ini memang sumber yang sedia ada dan tidak diolah atau
diperbaiki demi tujuan tertentu. Apa yang menjadikannya sebagai sumber utama ialaj
keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang pertama sekali mencatatkan, melapor
ataupun sebagainya mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku.10 Contohnya, Arkib Negara
Malaysia masih menyimpan diari tulisan tangan Aminuddin Baki sebagai sumber utama untuk
rujukan ahli sejarah.
9 Rozeman Bin Haji Abu Hassan, ABXH1103 Aplikasi Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2010, m.s. 45.10 Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, m.s. 66.
4
1.3.3 Sumber Sekunder
Sumber ini juga dikenali sebagai sumber kedua, sumber pendua dan sumber bukan
sezaman (second-hand sources).11 Bagi Abdul Rahman Haji Abdullah, sumber sekunder adalah
keterangan daripada seseorang yang tidak hadir ataupun menyaksikan sesuatu kejadian dan
merupakan sumber yang telah diproses daripada bahan mentah.12 Para pengkaji sejarah akan
mentafsir dengan lebih mendalam dan hasilnya akan dipaparkan di dalam bahan bacaan
seperti jurnal, akhbar, majalah, ensikloedia dan sebagainya.
1.3.4 Sumber Arkeologi
Sumber ini membawa kepada penemuan barang-barang tinggalan masyarakat purba.
Zaman prasejarah meninggalkan banyak alatan purba dan tapak arkeologi yang penting seperti
di Lembah Bujang di Kedah. Sumber ini dipecahkan kepada dua unsur iaitu artifak dan bukan
artifak. Unsur artifak adalah di mana manusia membuat dan mengubahsuai alatan-alatan yang
diguna pakai seperti tembikar, senjata dan alatan batu. Unsur bukan artifak pula meliputi bahan
organik dan tinggalan-tinggalan alam sekitar dipanggil sebagai ekofak (ecofact).13
1.3.5 Sumber Lisan
Sumber lisan adalah di mana seseorang yang menyaksikan sesuatu peristiwa dan
menceritakannya kepada orang lain. Ia diperoleh berdasarkan proses rakaman perbualan yang
dibuat melalui temuramah yang telah dirancang dan direkodkan oleh penyelidik sejarah.14
1.4 CIRI-CIRI SUMBER SEJARAH
Setiap sumber sejarah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Oleh itu, ahli sejarah perlu
mengenalpasti dan memahami ciri-ciri yang terdapat pada sumber tersebut agar tidak
menghasilkan fakta baharu yang palsu dan tidak benar. Ciri-ciri sumber sejarah diukur dari
aspek kandungan, fizikal dan tempoh masa.
11 Rozeman Bin Haji Abu Hassan, ABXH1103 Aplikasi Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2010, m.s. 7.12 Ibid, m.s. 59. 13 Ibid, m.s. 7414 Ibid , m.s. 9.
5
Pertama, sumber sejarah haruslah mempunyai kandungan yang asli.15 Sebelum
menjalankan kajian, ahli sejarah harus memastikan ketulenan sumber tersebut. Mereka
mestilah berhati-hati dalam menggunakan sumber sejarah yang bersifat asli ataupun bukan asli.
Penggunaan sumber yang asli dapat merungkai segala teka-teki serta persoalan yang lepas.
Bukti-bukti yang boleh dipercayai (reliable) dan mutlak (absolute) dapat dikemukakan.16
Ciri yang kedua pula ialah sumber sebagai bahan mentah.17 Ini bermaksud ahli sejarah
menggunakan sumber seperti sumber primer dalam kajian. Sumber primer masih asli, mentah
dan baharu serta tidak mengalami perubaha pada struktur fizikalnya. Dokumen seperti surat-
surat rasmi minit mesyuarat dan memo merupakan bahan mentah yang masih baru dan asli.
Maka, bukti-bukti yang konkrit akan lebih mudah diperoleh.
Tidak seperti sumber yang lain, sumber sejarah hanya terdapat di tempat-tempat yang
tertentu sahaja. Sumber primer yang sukar diperoleh menyebabkan ahli sejarah terpaksa
menjalankan kajian di Arkib Negara atau perpustakaan. Sebagai contoh, sumber-sumber
kerajaan tertakluk kepada Akta Arkib Negara dan akta-akata yang lain. Di Malaysia, sumber-
sumber kerajaan dikaitkan dengan Akta Rahsia Rasmi. Selalunya rekod-rekod rasmi setelah
diturun gred kerahsiaan dapat dibuka kepada orang ramai setelahmencapai usia 25 tahun ke 30
tahun.18
Tempoh masa sumber sejarah juga adalah penting. Sejarahwan harus mentafsir dan
menentukan sama ada sumber yang ditemui itu adalah sumber sezaman ataupun sumber yang
telah wujud ratusan tahun.
2.0 KEPENTINGAN SUMBER DALAM PENYELIDIKAN SEJARAH
Mengapakah sumber begitu penting dalam kajian sejarah? Jika soalan ini ditanyakan
kepada umum, sudah pasti jawapannya adalah supaya fakta yang dihasilkan adalah benar.
Setiap sumber mempunyai fungsi dan kepentingannya yang tersendiri. Sumber primer adalah
15 Rozeman Bin Haji Abu Hassan, ABXH1103 Aplikasi Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2010, m.s. 13.16 Ibid, m.s. 13.17 P. Sivarajan PhD, S. Malar ARASI, Pengantar Sejarah, Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2013, m.s.41.18 Opcit, m.s. 14.
6
tunggak utama untuk ahli sejarah mendapatkan maklumat yang sahih. Selain itu, sumber primer
membantu mereka untuk menghasilkan kajian yang berkualiti dan standard. Dengan adanya
sumber ini, kronologi setiap peristiwa dapat diketahui, disusun dan dapat diterima oleh ahli
sejarah lain.
Sumber sekunder pula penting kerana ianya memberikan gambaran awal tentang ruang
lingkup kajian yang dijalankan oleh ahli-ahli sejarah.19 Di samping itu, sumber ini mampu
membantu ahli sejarah untuk mengetahui keberadaan sumber primer yang telah digunakan
oleh ahli sejarah yang lain. Sumber ini boleh dipercayai kerana ianya adalah dapatan kajian
yang menggunakan sumber utama iaitu sumber primer. Pendapat dan hujah yang dikemukakan
hasil kajian menggunakan sumber ini boleh diguna pakai sebagai bahan rujukan.
3.0 MASALAH PENGGUNAAN SUMBER DALAM PENYELIDIKAN SEJARAH
Meskipun sumber-sumber sejarah penting, namun kekangan dalam penggunaannya
tidak dapat dielakkan. Kesannya, kajian yang dijalankan menjadi tidak sempurna dan tepat.
Sumber primer sangat sukar dikenalpasti kedudukannya. Perolehan maklumat atau bahan akan
mengambil jangka masa yang lama. Selain itu, ahli sejarah akan menghadapi masalah apabila
mereka menemui sumber yang telah berubah keadaan fizikalnya. Keadaan fizikal yang telah
rosak mengakibatkan ahli sejarah tidak dapat membaca kandungan sumber dengan tepat.
Di samping itu, ahli sejarah terlalu mengharapkan sumber sekunder untuk mengkaji
sejarah. Fakta yang dikeluarkan pula merupakan hasil daripada penulisan dan kajian yang
kurang berhati-hati oleh mereka. Penggunaan sumber sekunder secara tidak terkawal dalam
kalangan penyelidik sejarah akan menyebabkan berlakunya proses “gunting dan lekat” sesuatu
sumber sejarah.20 Pada pendapat saya, sudah tentu kualiti penulisan sejarah akan menurun
dan pelajar sejarah pasti tidak akan mendapat maklumat yang betul.
4.0 LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH AHLI SEJARAH UNTUK MEMASTIKAN
KESAHIHAN SUMBER YANG DIGUNAKAN DALAM PENYELIDIKANNYA
19 P. Sivarajan PhD, S. Malar ARASI, Pengantar Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2013, m.s. 77.20 Rozeman Bin Haji Abu Hassan, ABXH1103 Aplikasi Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2010, m.s. 64.
7
Tidak semua sumber sejarah bersifat asli. Untuk menentuukan keasliannya, Louis
Gottschalk misalnya, mengatakan bahawa kita mestilah melakukan kritikan luaran ke atas
sumber itu.21 Di Eropah, misalnya satu contoh yang terkenal ialah sebuah dokumen yang
dikenali sebagai Donation of Constantine, yang digunakan sebelum pertengahan kurun kelima
belas untuk mengukuhkan suatu teori pihak gereja bahawa paus-paus agama Katolik
mempunyai hak yang meluas ke atas tanah Eropah.22 Tetapi, pada T.M. 1400, Lorenzo Valla,
telah dapat membuktikan yang dokumen itu adalah suatu dokumen palsu, yang bererti tuntutan
paus itu adalah juga palsu.23 Jadi, memang benarlah bahawa pengesahan kesahihan sumber
perlu dilakukan terlebih dahulu supaya perkara seumpama itu tadi tidak berlaku.
Dalam kritikan luaran, ahli sejarahwan perlu mendapatkan semua maklumat yang
mempunyai kaitan dengan sumber asal dan berusaha untuk mengembalikan sumber kepada
bentuk yang asal.24 Semua sumber yang ditemui haruslah melalui empat proses untuk
mendapatkan keasliannya. Proses pertama ialah menjalankan ujian kimia ke atas sesuatu
sumber sekiranya terdapat kesangsian terhadap usia sumber itu. Ujian bahasa pula adalah
untuk mengkaji jenis bahasa keran bahasa dahulu berbeza dengan bahasa yang digunakan
sekarang. Kemudian, dilakukan pula ujian tulisan tangan bagi mengenalpasti sama ada tulisan
itu benar-benar ditulis oleh penulisnya. Jikalau terdapat sebarang amalan berunsur plagiat,
maka ahli sejarah pasti dapat mengecamnya.
Selepas kritikan luaran dijalankan, kritikan dalaman pula menysul. Kritikan dalaman
adalah satu proses mentafsir isi kandungan sumber-sumber primer manakala kritikan luar pula
adalah satu proses untuk mengesahkan ketulenan sumber-sumber primer.25 Lima proses
tafsiran itu ialah tafsiran verbal, tafsiran logik, tafsiran teknikal, tafsiran fakta dan tafsiran
psikologikal.26
Bagi menjalankan proses tafsiran verbal, penyelidik sejarah lebih menfokuskan kepada
aspek bahasa yang digunakan di dalam sesuatu dokumen sejarah.27 Proses yang kedua ialah 21 Mohd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1983, m.s. 95.22 Mohd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1983, m.s. 96.23 Ibid, m.s. 96.24 Lucey, William, History, Methods and Interpretation, Chicago: Loyola Up, 1958, m.s. 23. 25 P. Sivarajan PhD, S. Malar ARASI, Pengantar Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2013, m.s. 65.26 Ibid, m.s. 66.
827 Rozeman Bin Haji Abu Hassan, ABXH1103 Aplikasi Sejarah, Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd, 2010, m.s. 39.
tafsiran teknikal di mana penyelidik sejarah akan menekankan kepada tujuan penulis kerana
setiap penyelidik sejarah berbeza dari segi idea, emosi dan psikologi semasa menjalankan
penyelidikan.28 Tafsiran logik merupakan proses mencantum fakta-fakta yang diperoleh
berasaskan kepada pemikiran yang betul.29 Proses yang terakhir ialah tafsiran psikologikal.
Proses ini adalah di mana ahli sejarah perlu memahami dan melihat aspek pemikiran
seseorang penulis tentang sesuatu sumber.30
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, sejarah adalah peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu.
Meskipun berbagai-bagai tafsiran yang diberikan oleh tokoh-tokoh di dunia, namun maknanya
28 Ibid, m.s. 40.29 Ibid, m.s. 41.30 Ibid, m.s. 42.
9
tetap sama iaitu sejarah ialah kejadian yang terjadi pada masa lampau. Kertas kerja ini
sebenarnya fokus kepada aspek penulisan sejarah yang terpenting iaitu sumber sejarah.
Tanpa adanya sumber, penulisan sejarah bagaikan tidak bernyawa dan tiada nilai sejarahnya
kerana hasilan fakta adalah palsu. Sesungguhnya, sumber sejarah sumber sejarah amatlah
berguna bagi ahli-ahli sejarah untuk kajian yang berbentuk ataupun penyelidikan yang
melibatkan bidang sejarah. Saya percaya sekiranya masalah penggunaan sumber dapat
diatasi, nescaya penulisan yang dihasilkan dijamin akan bermutu tinggi dan digemari ramai.
10
6.0 REFLEKSI
Semester ini adalah semester pertama saya menuntut di IPG ini. Pada semester ini,
saya telah mempelajari subjek Pengantar Sejarah yang diajar oleh Encik Kamaruddin. Subjek
ini memberi penekanan terhadap sumber-sumber sejarah dalam bidang penyelidikan dan
penulisan sejarah. Melalui subjek ini, saya telah mengetahui betapa pentingnya sumber sejarah
dalam kajian sejarah. Sebagai bakal seorang guru sejarah, saya haruslah memberikan yang
terbaik untuk pelajar saya. Sekiranya saya tidak mengetahui gaya penulisan sejarah yang baik,
maka apa yang saya dapat ajarkan kepada pelajar saya nanti? Begitu juga seandainya saya
ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang sejarah ke peringkat yang lebih tinggi lagi, penulisan
sejarah sudah pasti menjadi aspek yang paling penting.
Sepanjang proses perlaksanaan tugasan ini, saya telah banyak mendapat dorongan
daripada pensyarah. Beliau mengajar saya bagaimana menulis dengan baik. Dengan itu, saya
sedikit sebanyak mengetahui dan memahami gaya penulisan sejarah. Saya menyedari bahawa
ini bukanlah hasil kerja saya yang terbaik tetapi saya berhasrat akan meningkatkan usaha bagi
mendapatkan hasil penulisan yang berkualiti dan dapat memuaskan hati pensyarah.
Kesimpulannya, saya berharap saya akan menjadi seorang guru yang baik dan berkualiti suatu
hari nanti. Saya juga berharap agar saya dapat membuat tugasan yang akan datang dengan
lebih baik lagi.
11
7.0 BIBLIOGRAFI
Buku
Ishak Saat.1964. Penulisan Sejarah. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.
Bhd.
Lucey, William.1958. History, Methods and Interpretation. Chicago: Loyola Up.
Muhd. Yusof Ibrahim. 1983. Pengertian Sejarah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhd. Yusof Ibrahim.1988. Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
P. Sivarajan PhD, S. Malar ARASI.2013. Pengantar Sejarah. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Rozeman Abu Hassan.2010. ABXH1103 Aplikasi Sejarah. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc.
Sdn. Bhd.
Internet
Pengertian Sejarah dicapai pada 7 Ogos daripada
http://sejarahkelasx.blogspot.com/2012/04/pengertian-sejarah.html
Pengertian sejarah menurut para ahli dicapai pada 10 Ogos 2013 daropada http://materi-ips-
sma.blogspot.com/2012/06/kumpulan-pengertian-dan-definisi.html
Sumber Sejarah dicapai pada 16 Ogos 2013 daripada
http://hapbiker.wordpress.com/2007/08/15/bukti-fakta-dan-sumber-sejarah/
Apa itu sumber sejarah dicapai pada 17 Ogos daripada http://hazriey-
secebisilmu.blogspot.com/2012/01/kritikan-dan-penafsiran-sumber-sejarah.html
12
LAMPIRAN
13
Recommended