View
3.516
Download
84
Category
Preview:
DESCRIPTION
RPH kata adjektif tahun 2
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 15 Februari 2015
Tahun : 2 Cerdik
Bil. Murid : 28 Orang
Masa : 10.00 pagi – 10.30 pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Warisan Tradisional
Tajuk : Makanan tradisional
Standard Kandungan : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan
betul mengikut konteks.
Standard Pembelajaran : 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif
pancaindera dengan betul mengikut konteks.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid
dapat:
i. Menjelaskan makna kata adjektif pancaindera
dengan tepat.
ii. Membina dan menulis kata adjektif pancaindera
dengan betul mengikut konteks.
Sistem Bahasa : Tatabahasa : Golongan kata ( Kata adjektif pancaindera)
Kosa Kata : cantik, wangi, manis, kacak
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum :
Ilmu : Kajian Tempatan, Budaya Masyarakat
Nilai murni : Hormat menghormati, bekerjasama, berdisiplin
Kreativiti : Imaginasi dan Visualisasi
Strategi : Kemahiran Berfikir : Menjana idea, penyoalan,
menghubungkait dengan
pengalaman
Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, kinestatik
Kemahiran Belajar Cara Belajar: Mengumpul maklumat
dan membina kata
adjektif mengikut konteks
Bahan Bantu Belajar : Komputer riba, LCD, Petikan teks, kad imbasan, Lembaran
kerja
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid mengetahui dan melakukan rutin penjagaan
gigi setiap hari.
Langkah/ Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Guru menunjukkan gambar dan benda maujud kepada murid.
Contoh soalan:
Wangi tak rakan kamu hari ini?
Berdasarkan benda dan gambar yang cikgu tunjukkan, apa yang kamu dapat rasa atau lihat?
1. Murid-murid diminta membersihkan lantai bilik darjah.
2. Murid memeriksa pakaian dari kepala hingga ke kasut secara berpasangan.
3. Murid diminta menghidu pasangan masing-masing.
4. Guru bertanya soalan kepada murid.
5. Guru menunjukkan gambar dan benda maujud kepada murid sambil bertanya soalan.
6. Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk yang hendak diajar.
BBB:
-Minyak wangi
-Gula-gula
-Meja Murid
-Gambar
-Lagu
KB:
Penyoalan, menjana idea
BCB:
Mengumpul maklumat
Nilai murni:
Hormat menghormati
Langkah 1
(7 minit)
Tayangan video kata adjektif pancaindera.
Kad Huruf Berwarna
- Cantik- Wangi- Manis- Kasar- Merdu
1. Guru memaparkan tayangan video mengenai kata adjektif pancaindera.
2. Setiap murid mendapat kad huruf berwarna daripada guru.
3. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan mengikut warna huruf yang mereka dapat.
4. Wakil setiap kumpulan menerangkan perkataan yang mereka dapat dan kumpulan pancaindera bagi perkataan tersebut.
BBB:
Komputer riba
LCD
Kad huruf
KB:
Menjana idea
KP:
Verbal Lingusitik
Nilai murni:
Kerjasama
Langkah 2
(7 minit)
Petikan teks: 1. Murid diminta membaca petikan dengan intonasi dan sebutan yang betul.
BBM:
Petikan teks
Kuih Baulu2. Murid dan guru bersoal jawab
tentang kata adjektif pancaindera yang terkandung dalam petikan yang dibaca.
3. Murid menyenaraikan kata adjektif pancaindera yang terdapat di dalam petikan.
KB:
Bersoal jawab
Menghubung kait
KP:
Verbal Linguistik
Nilai murni:
Kerjasama
Langkah 3
(8 minit)
Lembaran kerja 1:
Pentaksiran.
Lembaran kerja 2.
Pemulihan.
1. Murid diberi lembaran kerja kepada setiap murid.
2. Murid diminta melengkapkan tempat kosong dengan kata adjektif pancaindera yang betul secara individu.
3. Guru memantau setiap kerja yang dilakukan oleh murid.
4. Guru dan murid berbincang bersama-sama mengenai jawapan bagi setiap soalan tadi.
5. Guru akan membimbing dan membetulkan jawapan yang salah.
6. Murid yang tidak dapat melepasi ujian pentaksiran akan diberikan latihan pemulihan manakala murid yang melepasi ujian pentaksiran akan diberikan latihan pengayaan.
BBM:kad imbasan
buku latihan
Kedah : Penyoalan
KB:
Menjana Idea, menyelesaikan masalah
Nilai murni:
Hormat menghormati
Lembaran kerja 3.
Pengayaan.
Penutup
(3 minit)
Sosial : Bersoal jawab
Kognitif :
Rumusan isi pelajaran
Contoh soalan:
Apakah kata adjektif pancaindera yang kamu pelajari pada hari ini?
1. Guru bersoal jawab tentang kata adjektif dan meminta murid menyebut kembali semua kata adjektif yang telah dipelajari.
2. Guru merumuskan pembelajaran pada hari tersebut.
KP:
Kinestatik
Verbal linguistik
Nilai murni:
Kerjasama
Recommended