View
118
Download
2
Category
Preview:
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Tarikh : 30 Julai 2010 (Julai)
Masa : 0915-0945
Tahun : Tahun 4D
Bilangan Murid : 35 orang
Tunjang Pembelajaran : 1. Kesihatan Diri Dan Keluarga
Tajuk : 1.1 Pengurusan Kesihatan Diri – Amalan Asas Kesihatan
Sub - Tajuk : (c) Menjaga Kebersihan Tangan
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat :
Psikomotor : Mengaplikasikan 7 langkah cara-cara membersihkan tangan dengan menggunakan sabun dengan cara yang betul.
Kognitif : Menyatakan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 langkah cara-cara membersihkan tangan
Afektif : Menunjukkan sikap disiplin diri dan bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sendiri.
Pengalaman Sedia Ada : Murid telah biasa mengaplikasi mencuci tangan di rumah
Alatan Bahan Mengajar : Laptop, speaker & LCD (sebuah), Carta Bergambar (2 keping), Pencuci Tangan (1 Botol), Tuala kecil
(2 helai), Baldi (1) dan air (3 botol)
Penerapan Nilai : Mengamalkan kebersihan tangan & bertanggungjawab terhadap kebersihan diri
Strategi Utama Pengajaran : 1. Pembelajaran Secara Kontekstual
2. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Pengintegrasian KKE : Mengaplikasi
Penggabung Jalinan : Sains, Bahasa Inggeris
BAHAGIAN /
MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN PENGELOLAAN/
STRATEGI
CATATAN/
ALATAN
Set Induksi( 3 minit)
Tayangan video:“7 Langkah Membasuh Tangan”
Soal jawab Soalan 1:Murid-murid, kamu faham atau tidak cerita di dalam video tadi?
Hubungkait video yang ditayangkan dengan tajuk yang akan diajar.
Murid dapat menyaksikan satu
video yang bertajuk “7 Langkah Membasuh Tangan” yang memberi penerangan terhadap kebersihan tangan.
Video ini memberi gambaran awal terhadap tajuk yang akan dipelajari.
Murid dapat menyatakan samada mereka memahami atau tidak penerangan video berkaitan kebersihan tangan.
Memberi penerangan bahawa video yang ditayangkan mempunyai hubungkait dengan kebersihan tangan.
Tangan merupakan salah satu antara anggota badan yang perlu dijaga kebersihannya bagi pencegahan awal kepada timbulnya sesuatu penyakit.
Secara kelas
Memilih 2 orang murid untuk menjawab soalan
Secara kelas
Kemahiran mendengar
Alatan: Laptop, speaker dan LCD.
BAHAGIAN /
MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN PENGELOLAAN/
STRATEGI
CATATAN/
ALATAN
Perkembangan
Langkah 1( 5 minit )
Lihat Tangan Sendiri
Soal jawab: Soalan 1:Murid-murid nampak atau tidak kuman yang ada pada tangan kita?
Tunjuk slide 1: Gambar tangan dan kuman yang melekat pada tangan
Murid melihat tangan masing-masing dan dapat mengenalpasti bahawa tangan merupakan antara anggota badan yang dimiliki oleh mereka.
Murid dapat menyatakan samada mereka nampak atau tidak kuman di tangan mereka.
Murid mendapat rangsangan bahawa tangan mempunyai kuman yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Murid diberi pendedahan terhadap gambaran kuman yang ada melekat pada tangan yang kotor.
Secara kelas
Memilih 2 atau 3 orang murid untuk menjawab secara spontan.
Pembelajaran secara kontekstual
Alatan:Laptop dan LCD
Risalah
BAHAGIAN /
MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN PENGELOLAAN/
STRATEGI
CATATAN/
ALATAN
Langkah 2(7 minit)
Soal jawab:Soalan 2:Apa yang kita harus lakukan bagi mengelakkan kuman-kuman ini melekat pada tangan kita?
Tunjuk Carta Gambar 1:Panduan langkah-langkah membersihkan tangan
Langkah 1: Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna
Langkah 2: Gosok kedua-dua tapak tangan
Murid dapat menyatakan bahawa tangan perlu dibersihkan untuk mengelakkan sebarang kotoran dan kuman yang melekat pada tangan.
Murid didedahkan dengan panduan asas langkah-langkah untuk membersihkan tangan dengan betul.
Murid dapat mengetahui langkah pertama bagi membersihkan tangan adalah dengan membasahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna di tapak tangan.
Murid dapat mengetahui langkah kedua adalah dengan menggosok kedua-dua tapak tangan
Memilih 1 orang murid dan menjawab soalan.
Secara kelas Aktiviti melabel
Pembelajaran secara kontekstual
Alatan:Carta Gambar
BAHAGIAN /
MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN PENGELOLAAN/
STRATEGI
CATATAN/
ALATAN
Langkah 3: Gosok setiap jari dan celah jari
Langkah 4: Gosok kuku di tapak tangan
Langkah 5 :Gosok belakang tangan dan celah jari
Langkah 6 : Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
Lankah 7 : Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu
Murid dapat mengetahui langkah ketiga adalah dengan menggosok keseluruhan tangan termasuk di celah-celah jari dan pergelangan tangan
Murid dapat mengetahui langkah ke empat adalah dengan menggosok kuku di tapak tangan.
Murid dapat mengetahui langkah ke lima adalah dengan menggosok belakang tangan dan celah jari.
Murid dapat mengetahui langkah ke enam ialah dengan membasuh tangan dengan air bersih secukupnya
Murid dapat mengetahui langkah yang terakhir ialah dengan mengeringkan tangan dengan kain bersih atau tisu.
Secara kelas Pembelajaran secara kontekstual
Alatan: Carta Gambar / risalah
BAHAGIAN /
MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN PENGELOLAAN/
STRATEGI
CATATAN/
ALATAN
Langkah 3(10 minit)
“Jom Cuci Tangan”
Lembaran Kerja
Murid perlu mempraktikkan setiap 7 langkah di dalam membersihkan tangan yang telah dipelajari.
Murid dapat mengalami sendiri bagaimana mencuci tangan dengan betul menggunakan pembersih tangan yang khusus untuk tangan.
- Murid menyenaraikan 7 langkah mencuci tangan yang betul.
Murid akan dipilih oleh guru untuk melakukan aktiviti mencuci tangan iaitu seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan.
2 orang murid yang telah dipilih akan bertanggungjawab untuk membuat setiap 7 langkah membersihkan tangan yang telah dipelajari.
Dilakukan secara bergilir-gilir supaya guru dapat membuat penilaian seorang demi seorang.
Latihan individu(Rujuk Lampiran 1)
Murid dapat mengamalkan cara membersih tangan di rumah
Alatan :1 botol pencuci, tuala kecil, baldi.
BAHAGIAN /
MASA
AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN PENGELOLAAN/
STRATEGI
CATATAN/
ALATAN
Penutup( 5 minit )
Membuat Rumusan dan Pengukuhan- Pengukuhan kognitif- Rumusan isi pelajaran
Pengukuhan Sosial- Nilai- Kesimpulan
Rumusan / Kesimpulan- Perbincangan Kelas
1. Pengukuhan : Meminta murid untuk
menyatakan 7 langkah-langkah membersih tangan yang telah dipelajari dengan betul.
2. Nilai : Mengamalkan kebersihan
tangan Bertanggungjawab terhadap
kebersihan diri
3. Kesimpulan : Kepentingan membasuh
tangan;- Basuhlah tangan dengan sabun untuk mengelakkan keracunan makanan
Memilih 5 orang murid secara rawak untuk menjawab.
Secara kelas bersama-sama dengan guru
Kemahiran Mengingat
Alatan : Laptop dan LCD
REFLEKSI : ______________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
ULASAN PENSYARAH PEMBIMBING: _______________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________
Recommended