View
18
Download
0
Category
Preview:
Citation preview
TAKLIMAT PENUTUPAN AKAUN TAHUN
2013
SURAT PEKELILING
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
CAWANGAN TAWAU
BIL 1 TAHUN 2013
Penutupan Akaun Awam Kerajaan Persekutuan Tahun 2013
PUNGUTAN HASILSemua pejabat pemungut hendaklah mempastikan semua kutipan pada 31 Disember, 2013 (dan sebelumnya, jika ada) dibayar masuk dengan segera ke bank sebelum jam 12.00 tengahari pada hari berkenaan untuk membolehkan perakaunan pungutan hasil dibuat dengan segera.
Sebarang pungutan bagi Tahun 2013 yang diterima oleh pejabat pemungut dalam tempoh Akaun Kena Bayar 2013 hendaklah diperakaunkan melalui Penyata Pemungut dengan menggunakan Kod Urusniaga D3 dan diperakaunkan kepada Kod-kod akaun 2013.
Kod Amanah WANG DALAM PERJALANAN tidak boleh digunakan semasa mengakaunkan kutipan.
PUNGUTAN HASIL
Masalah yang sering berlaku
1. Pungutan yang telah di „bank-in‟ tidak disediakan Penyata
Pemungut
2. Penyata Pemungut tidak diselesaikan sehingga Peraku 11 dan
dipastikan status 8
3. Berlaku kesilapan kod jenis semasa penyediaan Penyata
Pemungut dalam tempoh AKB – pastikan samada kutipan tahun
semasa atau tahun sebelumnya.
4. Amaun atau kod hasil di penyata pemungut salah.
5. Tidak mengambil berat keperluan penyediaan Penyata
Pemungut dengan segera.
WARAN PERUNTUKAN
• Ketua-ketua Jabatan/PTJ hendaklah mempastikan semua peruntukan, perbelanjaan dan tanggungan diselenggara dan dikemaskini ke dalam buku vot selaras dengan Arahan Perbendaharaan 95. Semua tanggungan perbelanjaan (kecuali yang menggunapakai Panjar Wang Runcit) hendaklah direkodkan ke dalam buku vot agar peruntukan tahun 2013 tidak terlebih belanja.
• Waran Peruntukan yang diterima pada bulan Disember, 2013 dan dalam bulan Januari, 2014 (bagi Akaun Kena Bayar 2013) hendaklah dikemukakan selaras dengan ketetapan di para 4 sebelum baucar bayaran/jurnal pelarasan yang berkaitan dengannya dihantar.
WARAN PERUNTUKAN
Masalah berbangkit1. Pastikan Tahun Kewangan Waran
Peruntukan yang diterima sebelum di sahkan
di sistem
2. Jika kunci masuk waran peruntukan yang di
fax, pastikan waran peruntukan asal diterima
dan jangan dikunci masuk semula.
3. Amaun Waran Peruntukan tidak boleh di
jurnalkan.
AKAUN AMANAH/DEPOSIT
• Bayaran bagi Akaun Amanah adalah tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Akaun Kena Bayar 2013. Bagi urusniaga pembayaran/pelarasan yang hendak diakaunkan dalam tahun 2013 hendaklah dikemukakan selaras dengan ketetapan pada para 4 di atas.
• Jabatan/PTJ yang ada menyelenggara akaun amanah/deposit adalah dikehendaki mengemukakan Penyata Penyesuaian Baki Amaun Amanah/Deposit yang berakhir pada 31 Disember, 2013 beserta senarai individu yang lengkap kepada pejabat ini mengikut Arahan Perbendaharaan 159 tidak lewat dari 10 Februari, 2014 (Isnin).
AKAUN AMANAH/DEPOSIT
• Masalah berbangkit1. Akaun Amanah WJP – 879507
- Penyata Penyesuaian tidak disediakan
- Daftar tidak di selenggara
- Amaun tidak di tuntut/ dikembalikan walaupun telah
tamat tempoh
2. Hospital ( Deposit pesakit) – pelarasan ke akaun hasil seperti
yang diarahkan oleh kementerian kesihatan tidak dibuat
mengikut tarikh. Penyata Penyesuaian hantar sesalinan ke
JANM.
3. Akaun amanah gaji dan CDC tidak perlu buat Penyata
Penyesuaian.
JURNAL PELARASAN
• Jurnal-jurnal pelarasan yang berbangkit dari penyesuaian Buku Vot dengan Laporan Terperinci Perbelanjaan, teguran-teguran Audit dan lain-lain yang berkaitan dengan Akaun Tahun 2013 hendaklah dikemukakan ke pejabat ini sejajar dengan ketetapan pada para 4 di atas.
• Jurnal-jurnal pelarasan yang berkaitan dengan Akaun Tahun 2013 yang dikemukakan pada Januari, 2013 hendaklah dicop dengan perkataan “AKAUN TAHUN 2013” bagi mengelakkan kesilapan tahun perakaunan.
• Jurnal pelarasan tersebut hendaklah diberi nombor siri tahun 2013.
JURNAL PELARASAN
Masalah berbangkit
1. Baucar Jernal dihantar selepas penutupan
akaun.
2. Penyediaan pelarasan yang tidak tepat
3. BJ manual yang dihantar bertulis tangan
PANJAR WANG RUNCIT
• Bagi Jabatan/PTJ yang mempunyai Panjar Wang Runcit ketetapan berikut hendaklah dipatuhi:-
•
• Buku Tunai Panjar Wang Runcit hendaklah ditutup pada 31 Disember, 2013. Wang Tunai dalam tangan hendaklah dibawa ke tahun hadapan.
• Perbelanjaan bulan Disember 2013 hendaklah direkup dan baucar rekupmen akhir MESTI dikemukakan dan sampai ke pejabat ini mengikut tarikh yang ditetapkan pada para 4.
• Baucar rekupmen terakhir hendaklah disertakan dengan Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit dalam dua (2) salinan mengikut format di Lampiran A6 hingga A6.2 dan diserahkan kepada Unit Akaun Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Cawangan Tawau. Laporan Polis juga hendaklah disertakan jika ada berlaku kehilangan wang dari Panjar Wang Runcit. Pemegang Panjar Wang Runcit yang tidak menghantar Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit Akhir akan diarahkan untuk menutup Panjar Wang Runcit tersebut.
• Dua (2) salinan Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit masih perlu dihantar ke pejabat ini walaupun tiada rekupmen akhir dibuat.
Masalah berbangkit1. Tidak mengemukakan Sijil Perakuan PWR Akhir
2. Sijil PWR Akhir disediakan terlalu awal iaitu sebelum 31
Disember
3. Lampiran A6.1 dan A6.2 tidak disertakan.
4. Sijil PWR Akhir salah.
5. Tidak aktif membuat rekupmen – cadang ditutup dan
perlu juga sediakan Sijil PWR Akhir.
6. Rekupmen yang selesai dibayar tidak diambil di akaun
bank transit.
PANJAR WANG RUNCIT
HR
PY
PA
LAPORAN
PENYATA
PENYESUAIAN
C231 Laporan Terperinci Perbelanjaan
Vot Bekalan
C330 Laporan Terperinci Hasil
C232 Laporan Terperinci Perbelanjaan
Vot Pembangunan
JENIS - JENIS PENYATA PENYESUAIAN
YANG TERLIBAT
P
E
N
Y
E
S
U
A
I
A
N
C350 Laporan Terperinci
Amanah
PENYATA PENYESUAIAN
Hendaklah disediakan pada setiap
bulan tanpa gagal :-
*Sebelum atau pada 19 haribulan
bulan berikutnya atau
*14 hari dari tarikh eLaporan ( 5 hb)
ARAHAN PERBENDAHARAAN – 143 (b)
Matlamat Penyata Penyesuaian
*Dapat membantu mengawal perbelanjaan
dan peruntukan
*Memudahkan membuat laporan bulanan
kepada Pegawai Pengawal
*Memudahkan menyediakan penutupan
akaun akhir tahun
Kegagalan Menyediakan
Penyata Penyesuaian
*Baki peruntukan tidak dapat dikawal dengan baik
*Kesalahan / kesilapan tidak dapat dikesan dengan
segera
*Sukar untuk menyediakan laporan bulanan /
tahunan
PEMASALAHAN PENGHANTARAN
PENYATA PENYESUAIAN DARI PTJ
YANG DI KAWAL OLEH JANM
CAWANGAN TAWAU
1.Kelewatan menghantar Penyata
Penyesuaian
2.Tidak menghantar Penyata
Penyesuaian pada Setiap Bulan
3.Tidak dapat mencetak Laporan
Bulanan (FLIMSI)
4.Tidak tahu cara menyediakan
Penyata Penyesuaian
Kedudukan Penyata Penyesuaian
Bagi Tahun 2013
BULAN MENGURUS PEMBANGUNAN HASIL AMANAH
ASAL SEMASA % ASAL SEMASA % ASAL SEMASA % ASAL SEMASA %
JANUARI 86 77 89.53 2 1 50.00 56 55 98.21 39 37 94.87
FEBRUARI 86 80 93.02 6 5 83.33 59 58 98.31 41 41 100.00
MAC 86 78 90.70 8 7 87.50 60 56 93.33 42 42 100.00
APRIL 86 77 89.53 11 10 90.91 63 59 93.65 44 34 77.27
MEI 86 77 89.53 11 10 90.91 63 57 90.48 44 40 90.91
JUN 86 76 88.37 13 11 84.62 63 58 92.06 44 34 77.27
JULAI 86 73 84.88 19 15 78.95 63 53 84.13 44 36 81.82
OGOS 86 72 83.72 21 18 85.71 63 49 77.78 44 37 84.09
SEPTEMBER 86 72 83.72 23 20 86.96 63 53 84.13 44 33 75.00
OKTOBER 86 61 70.93 24 16 66.67 63 44 69.84 44 26 59.09
SEKIANTERIMA KASIH
Recommended