View
395
Download
13
Category
Preview:
Citation preview
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
1. Latar Belakang Perniagaan
1.1. Jenis Perniagaan yang Dijalankan
Kajian ini dijalankan ke atas sebuah pusat perniagaan, Anika
Telecommunication, yang menjalankan perniagaan menjual telefon bimbit,
peralatan telekomunikasi, akhbar dan majalah, perkhidmatan fotostat dan alat
tulis. Kedai peralatan telekomunikasi ini terletak di Lot 320-A,Cabang Empat
Tendong, 17030 Pasir Mas, Kelantan.
Kedai peralatan telekomunikasi ini dimiliki oleh Encik Azman bin
Mahmood dengan dibantu oleh adiknya Encik Azmi bin Mahmood. Encik Azman
menjalankan perniagaan tempatan, di mana kegiatan jual beli yang dijalankan
hanya dalam pasaran tempatan sahaja. Beliau menjalankan perniagaan runcit,
dengan membeli daripada pengeluar atau pemborong dan menjual semual
kepada pengguna dalam kuantiti yang sedikit mengikut keperluan pasaran
tempatan.
1
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Beliau merupakan pekedai tunggal, mempunyai sebuah kedai yang tetap
di Simpang Empat Tendong. Perniagaan beliau adalah milikan tunggal. Ini
berdasarkan perniagaan ini hak miliknya secara individu. Segala keuntungan
dan kerugian perniagaan ditanggung sendiri oleh beliau.
Beliau menjalankan perniagaan di sebuah kedai yang disewa pada harga
RM850 sebulan. Beliau telah mendaftarkan perniagaan beliau ini kepada
pendaftar perniagaan, iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor
pendaftaran KT0151361 D. Pendaftaran perniagaan milikan tunggal dan
perkongsian dikawal oleh Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, berbagai-bagai faktor mesti
dipertimbangkan untuk menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Faktor-faktor
utama ialah modal, lokasi perniagaan, jenis dan saiz perniagaan, pengalaman,
persaingan, minat dan kebolehan berniaga.
1.2. Pembiayaan dan Sumber Modal
Sebagai seorang peniaga beliau harus memastikan mempunyai modal
yang mencukupi untuk memulakan sesuatu perniagaan. Anggaran modal perlu
disediakan yang merangkumi pecahan-pecahan kos terlibat, dari mana sumber
modal boleh diperolehi untuk membeli stok dan kelengkapan perniagaan.
2
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Jumlah modal bergantung kepada jenis, saiz dan lokasi perniagaan. Untuk
mendapatkan anggaran yang tepat beliau boleh merujuk kepada rekod atau data
perniagaan sedia ada, buku-buku rekod jualan dan belian, maklumat daripada
majalah atau bahan-bahan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau agensi serta
membuat pemerhatian dan temubual.
Beliau memulakan perniagaan bermodalkan wang simpanannya, dengan
jumlah modal hanya sebanyak RM2000. Beliau memulakan perniagaannya
bermula dengan sebuah kedai kecil, menjual akhbar dan sedikit majalah, komik
dan buku-buku cerita kanak-kanak. Semua urusan dan kawalan perniagaan
dilakukan sendiri oleh beliau dengan bantuan ahli keluarga dan para pekerja.
Untuk mengembangkan perniagaan beliau dalam aktiviti peralatan
telekomunikasi, beliau telah membuat pinjaman bank untuk menambahkan lagi
modal perniagaan disamping modal sedia ada. Beliau telah membuat pinjaman
Microcredit bernilai RM5000 daripada Bank Simpanan Nasional. Selain itu, di
atas usahanya yang tidak mengenal penat dan putus asa, beliau telah dinilai
sebagai seorang peniaga atau usahawan yang berpotensi. Oleh itu, beliau telah
ditawarkan pinjaman TEKUN, satu program pinjaman yang disalurkan melalui
badan politik. Melalui pinjaman ini beliau telah diberikan tiga kelulusan pinjaman
berperingkat iaitu bermula dengan kelulusan pinjaman sebanyak RM5000,
seterusnya diikuti dengan kelulusan pinjaman kedua sebanyak RM10000 dan
diakhiri dengan kelulusan pinjaman sebanyak RM20000.
Semua pinjaman yang dibuat atau yang telah diluluskan kepada beliau
telah pun selesai dibayar. Ini bermakna beliau kini tidak menanggung apa-apa
hutang. Semua peralatan atau stok di kedainya adalah miliknya secara mutlak.
Kini premis beliau mempunyai stok atau modal berbayar bernilai mencecah
RM100,000.
1.3. Personel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
perniagaan ini
3
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Demi memastikan perjalanan perniagaan adalah teratur serta untuk
memastikan perniagaan yang diceburi boleh mendatangkan kejayaan beliau
telah menggaji adiknya untuk menguruskan kedai tersebut bersama-sama beliau
agar perjalanan perniagaan tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan
diuruskan dengan cara yang paling baik.
Pengendalian dan pengurusan perniagaan yang cekap dan berkesan
amat penting bagi menjayakan perniagaan yang diceburi. Atas alasan ini beliau
telah mengambil 6 orang pekerja untuk menguruskan kedai tersebut bersama-
sama beliau dan adiknya. Para pekerja bekerja mengikut giliran bekerja yang
telah ditetapkan. 4 orang pekerja pada giliran bekerja siang dan 2 orang pekerja
untuk giliran bekerja malam.
Setiap pekerja diberikan tugas khas menguruskan setiap bahagian
kedainya iaitu bahagian alat tulis dan fotostat, bahagian akhbar dan majalah, dan
bahagian penjualan alat-alat kelengkapan telekomunikasi. Pekerja beliau juga
terdiri daripada ahli keluarga terdekat, iaitu saudara mara. Ini penting untuk
membolehkan beliau meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka,
disamping mereka juga boleh digunakan untuk bekerja lebih masa tanpa
memerlukan perbelanjaan yang lebih. Beliau juga berhasrat mendidik para
pekerjanya dalam selok belok perniagaan, agar pada masa hadapan mereka
juga mampu membuka dan menguruskan perniagaan sendiri.
Beliau juga sentiasa memastikan pekerjanya sentiasa mampu melakukan
tugas yang telah ditetapkan. Bimbingan berbentuk pengetahuan dan peringatan
sentiasa diberikan kepada para pekerjanya supaya kemahiran dan daya kerja
atau perkhidmatan yang benar-benar berkesan dan optimum dapat diberikan
kepada para pelanggan.
Beliau sentiasa memberikan teguran dan arahan yang jelas kepada
pekerja-pekerja supaya para pekerja benar-benar memahami tugas-tugas yang
perlu mereka laksanakan. Apa yang paling penting, segala kerja akan dapat
dijalankan dengan tepat dan cekap.
4
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Beliau sentiasa melayan para pekerjanya dengan adil serta sentiasa
menunjukkan teladan yang baik kepada mereka dalam menjalankan urusan atau
aktiviti perniagaan di kedai beliau. Beliau sentiasa mengutamakan serta
mengambil berat kebajikan para pekerja. Galakan dan insentif yang berpatutan
akan diberikan kepada pekerjanya yang rajin, jujur, berdedikasi serta sanggup
berusaha ke arah kemajuan kendiri.
1.4. Aktiviti perniagaan yang dijalankan atau yang berkaitan
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat, dikaitkan pula dengan
anggaran modal yang beliau miliki, Encik Azman telah memulakan
perniagaannya dengan membuka sebuah kedai menjual akhbar, majalah,
perkhidmatan fotostat dan alat tulis. Beliau memilih perniagaan ini kerana
perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan barangan yang dijual
juga merupakan barangan yang sentiasa ingin dimiliki atau diperlukan oleh
pelanggan.
Selain itu, bagi melengkapkan lagi keperluan pelanggan khususnya para
pelajar dan guru, beliau juga menyediakan perkhidmatan menjilid dan
membinding serta pelbagai pilihan kertas warna yang sesuai untuk menjilid atau
dijadikan kulit buku. Alat tulis dari pelbagai jenama dan harga juga dijual
bersesuaian dengan permintaan dan keperluan pelanggan. Begitu juga dengan
pelbagai kertas pembalut yang beraneka corak dan warna, turut dijual.
Beliau mensasarkan jualannya kepada warga sekolah di sekitar lokasi
perniagaannya di samping masyarakat setempat. Ini bersesuaian dengan lokasi
kedai yang terletak di pusat perniagaan persekitaran kampong tendong serta
dikelilingi atau berhampiran dengan dua buah sekolah rendah dan sebuah
sekolah menengah. Sasaran beliau ialah kepada para pelanggan yang terdiri
daripada warga sekolah dan masyarakat setempat. Apatah lagi pada masa itu
belum ada perniagaan seumpamanya dibuka di situ.
Lokasi perniagaan yang dipilih oleh beliau begitu strategik. Premis beliau
terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di Kampung Simpang Empat
5
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Tendong, yang sememangnya menjadi pusat tumpuan masyarakat setempat dan
masyarakat sekitarnya,
Tempat atau lokasi perniagaan adalah salah satu faktor yang sangat
penting dalam menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Dari aspek ini, En.
Azman telah memilih suatu lokasi yang amat sesuai untuk menjalankan
perniagaannya. Premis perniagaannya mempunyai cirri-ciri yang baik untuk
mempromosikan perniagaannya seperti :
a. Mempunyai segala kemudahan infrastruktur .
b. Berhampiran dengan pelanggan yang mana premis perniagaan beliau
terletak sangat berhampiran dengan sebuah sekolah menengah dan dua
buah sekolah rendah yang mempunyai lebih daripada 3000 orang pelajar
dan kakitangan.
c. Berhampiran dengan pusat aktiviti seperti pejabat dan aktiviti perniagaan
lain yang telah sedia wujud di sekitar kawasan itu.
d. Terdapat kemudahan pengangkutan kerana berada di tepi jalan raya
serta berhampiran dengan simpang empat yang merupakan pusat
perniagaan yang sentiasa menjadi tumpuan mesyarakat setempat. Kedai
tersebut juga terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan antara
Bandar Kota Bharu dan Pasir Mas.
e. Di hadapan kedai juga terdapat medan meletak kereta yang agak luas
dan selesa, mudah dikunjungi oleh pelanggan yang agak ramai pada
satu-satu masa,
Di lokasi yang dipilih juga masih belum ada premis yang menjalankan
perniagaan yang sama seperti beliau. Ini mengurangkan persaingan dalam
perniagaan beliau dan amat sesuai untuk peniaga yang baru memulakan
perniagaan seperti beliau.
Bekalan perniagaan juga mudah diperolehi, di mana akhbar-akhbar akan
dihantar oleh pembekal setiap hari ke kedainya, manakala buku-buku dan
6
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
majalah serta alat tulis mudah diperolehi daripada beberapa pemborong yang
telah beliau kenal pasti.
Beliau juga bijak mengambil peluang dalam bidang perniagaan apabila
mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaannya , menjual
pelbagai peralatan telekomunikasi. Idea ini beliau perolehi berdasarkan
pengalaman beliau dan rakan-rakan yang begitu meminati perkembangan
pelbagai teknologi terkini berkaitan peralatan telekomunikasi.
Beliau sedar, pada hari ini, perkhidmatan ini telah menjadi begitu penting
dan menarik. Para pengguna telefon mudah alih atau telefon bimbit mempunyai
kecenderongan yang tinggi untuk sentiasa mengejar dan berusaha memiliki
peralatan telekomunikasi yang serba canggih dan sentiasa berkembang maju
dengan perisian baru setiap masa.
Lebih-lebih lagi penggunaan telefon bimbit ini sudah menjadi keperluan
yang begitu penting dalam perkembangan dunia globalisasi hari ini.
Perkhidmatan telekomunikasi telah memudahkan lagi perhubungan, di mana kita
dapat menghubungi sesiapa yang diingini tanpa mengira tempat dan masa.
Untuk mengembangkan perniagaan beliau, beliau telah membuat
pinjaman bank untuk menambahkan lagi modal perniagaan disamping modal
sedia ada. Pinjaman yang disalurkan melalui badan politik, melalui program
TEKUN juga begitu besar ertinya untuk beliau memajukan lagi perniagaan
beliau. Beliau juga telah mengubahsuai semula susun atur barangan di kedai
beliau untuk menyesuaikan dengan perkembangan perniagaan beliau. Beliau
juga dilihat begitu bijak menggunakan setiap ruangan yang ada untuk menyusun
atur barangan bagi memudahkan pelanggan memilih barangan pembelian
dengan cara yang agak menarik dan selesa.
Kedai peralatan telekomunikasi ini menjual pelbagai peralatan
telekomunikasi yang merangkumi telefon bimbit yang serba canggih , kad-kad
prepaid Maxis, Digi, Hotlink dan Celcom. Perkhidmatan tukar beli serta
perkhidmatan membaiki atau membaikpulih telefon juga ada disediakan.
Ternyata keputusan beliau menambahkan aktiviti perniagaan peralatan
komunikasi di premis beliau adalah tepat. Perniagaan baru ini telah berkembang
7
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
dengan begitu cepat dan perniagaan peralatan telekomunikasi ini begitu
mendapat tumpuan pelanggan. Permintaan terhadap prepaid, housing dan
telefon bimbit menjadi semakin tinggi dari semasa ke semasa. Sehingga kini
perniagaan peralatan telekomunikasi ini telah menjadi aktiviti perniagaan utama
di kedai beliau.
Untuk memenuhi bekalan peralatan yang sentiasa meningkat, beliau
memperolehi atau membelinya daripada beberapa pemborong di Bandar Kota
Bharu. Kini hampir setiap hari beliau terpaksa ke Kota Bharu untuk
mendapatkan bekalan yang diperlukan atau ditempah oleh para pelanggan.
Apatah lagi dengan peningkatan pendapatan isi rumah kini, hampir setiap
isi rumah memiliki telefon bimbitnya sendiri atau sekurang-kurangnya satu atau
dua buah telefon bagi setiap isi rumah. Penjualan kad prepaid sahaja sudah
mencecah sehingga hampir RM2000.00 sehari pada setiap masa.
Jelas beliau telah membuat perancangan yang lengkap dan teliti agar
kemungkinan perniagaan itu berjaya adalah tinggi. Beliau telah mengenal pasti
keperluan perniagaan yang akan beliau jalankan, aktiviti pemasaran yang akan
dilakukan, dan langkah-langkah yang akan diambil untuk membangunkan
perniagaan.
Pengalaman beliau menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan sebelum
ini begitu membantu beliau untuk memahami keperluan perniagaan yang beliau
jalankan sekarang. Di samping itu beliau juga telah mendapatkan nasihat dan
pandangan daripada rakan-rakan niaga yang menjalankan aktiviti perniagaan
yang sama serta sokongan dan bantuan secara tidak langsung daripada ahli
keluarga serta syarikat-syarikat pembekal peralatan telekomunikasi. Beliau telah
diiktiraf sebagai pengedar kepada peralatan telekomunikasi keluaran syarikat
mereka. Walaupun tiada dokument perjanjian secara bertulis dibuat, ini
dibuktikan melalui apabila beliau sentiasa dibekalkan dengan risalah dan poster
utnuk mempromosikan pelbagai barangan keluaran syarikat.
Beliau juga sentiasa menilai keperluan dalam pengurusan perniagaan
yang beliau jalankan dari masa ke semasa demi memastikan perniagaan yang
8
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
dijalankan mampu memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan semaksima
yang mungkin.
Untuk tujuan itu, beliau sering berbincang dengan para personel yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan beliau
untuk mendapatkan maklum balas keperluan perniagaan beliau. Maklumat
tentang keperluan perniagaan ini juga direkodkannya daripada kenyataan atau
komen pelanggan samada yang diberikan secara langsung atau secara tidak
langsung semasa sesi jual bali.
Berdasarkan perkembangan perniagaan kini, beliau telah melantik
adiknya sebagai pegawai pemasaran di kedai beliau. Manakala beliau pula
sebagai pengurus bahagian stok, yang bertanggungjawab menyediakan,
mencari dan membeli barangan untuk jualan disamping mengendali pegangan
stok untuk membolehkan beliau mengendalikan sebarang perubahan dan
ketidaktentuan dalam bekalan dan permintaan.
Stok merupakan barang-barang dagangan yang dibeli dan kemudian
dijual semula untuk mendapat keuntungan. Stok perlu diuruskan dengan baik.
Jumlah barangan yang ada dalam stok perlu sentiasa diketahui dan dikenal pasti
supaya dapat membuat pesanan apabila jumlah stok telah berkurangan kepada
angka minimum. Beliau juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan stok yang
paling baik dari segi harga, kualiti, syarat kredit dan perkhidmatan.
Selain itu, penyemakan stok juga dilakukan oleh beliau dari masa ke
semasa untuk mengelakkan kecurian dan kehilangan serta memastikan bekalan
sentiasa mencukupi apabila diperlukan. Penyimpanan stok juga dilakukan
secara optimum iaitu tidak berlebihan atau berkurangan. Angka maksimum stok
adalah juga penting untuk memastikan modal tidak terikat dalam stok yang tidak
diperlukan dan juga ruang bilik stor tidak digunakan sebarangan. Ini penting
kerana sebagai sebuah perniagaan yang perlu sentiasa berkembang maju,
sumber modal yang ada perlu digunakan dengan sebaik mungkin dengan
membelanjakannya dengan cara yang paling memberi keuntungan dan
mengelakkan kerugian.
9
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Sehubungan itu, peniaga perlu menyimpan buku stok kerana buku stok
dapat menunjukkan baki stok, barang jualan yang perlu dipesan, dan
memberitahu jenis-jenis stok yang bergerak pantas dan yang bergerak perlahan.
Stok gerak pantas haruslah disimpan lebih banyak daripada stok gerak perlahan.
Namun stok harus sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Jika stok sentiasa tidak mencukupi, beliau boleh kehilangan pelanggan-
pelanggannya.
Stok di premis beliau disusun dengan teratur dan menarik untuk
memudahkan pelanggan mencari dan memilih serta dapat menarik para
pelanggan untuk membelinya. Beliau juga sentiasa mematuhi arahan
kementerian perdagangan dengan meletakkan tanda harga pada setiap
barangan di kedainya. Beliau juga sentiasa memastikan setiap urusniaga yang
dijalankan akan direkodkan untuk memudahkan beliau mengetahui barangan
yang berkurangan dan perlu di tambah. Ini penting untuk memastikan beliau
tidak akan menghadapi masalah kekurangan stok .
Dengan merujuk buku stok, beliau dapat mengetahui jumlah barangan
yang telah dijual, baki yang tinggal, jenis stok bergerak pantas dan stok yang
bergerak perlahan. Ini akan memudahkan beliau menguruskan dan menjimatkan
masa ketika membuat pesanan kerana dia tidak perlu mengira stok dalam stor
dan kedai. Manakala stok yang tidak diperagakan akan disimpan di dalam stok
khas dan disusun mengikut jenis dan kegunaannya.
Namun kos penyimpanan stok ini dapat dikurangkan dengan adanya
perhubungan yang baik antara beliau dengan pembekal atau pemborong. Beliau
tidak perlu menyimpan terlalu banyak stok kerana setiap pesanan daripada
pelanggan dapat dipenuhi dengan segera daripada pembekal dan pemborong
atas kerjasama dan keyakinan pihak pembekal terhadap perniagaan beliau.
Penetapan matlamat jualan yang hendak dicapai dalam suatu jangka
masa tertentu juga penting. Peniaga perlu tahu membuat anggaran tentang
jumlah jualan yang boleh diperolehi setiap bulan. Ini akan dapat membantu
beliau menganggarkan jumlah stok yang hendak disimpan dikedainya.
10
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Dalam perniagaan, pengurusan masa adalah amat penting. Sebagai
peniaga yang sentiasa berusaha mengembangkan perniagaannya, beliau perlu
bijak menyusun dan membahagikan masa dan mengamalkan pepatah “Masa Itu
Emas”.
Semasa menunggu pelanggan, peniaga bolehlah membuat kerja-kerja
lain yang berfaedah seperti memeriksa barangan, mengemas stok, mengira dan
menyemak akaun.
Masa harus disusun dengan baik supaya apa yang dilakukan mengikut
urutan atau ‘in sequence’. Umpamanya, sebelum membuat pesanan barang-
barang, peniaga harus menyemak bil, invois dan juga buku stok.
Pembahagian masa juga perlu mengambil kira sama ada tugas yang
hendak dilakukan itu senang atau rumit. Ianya bertujuan supaya setiap tugas
akan dapat disempurnakan dengan baik.
Pengurusan masa yang cekap dan sempurna dapat membantu perjalanan
perniagaan yang lebih licin dan seterusnya membawa kepada perkembangan
perniagaan. Bagi seseorang peniaga, setiap saat mestilah digunakan sebaiknya
untuk kepentingan perniagaannya.
Menyedari hakikat ini, beliau sentiasa mencatat setiap aktiviti perniagaan
yang perlu dilakukan di dalam diari yang telah disediakan. Diari ini membantu
beliau merancang dan melaksanakan semua urusan mengikut keutamaan dalam
masa yang telah ditetapkan agar setiap saat akan dapat digunakan dengan
bermanafaat.
Masa perniagaan premis beliau pula bermula seawal jam 7.00 pagi hingga
11.00 malam, dibuka sepanjang minggu kecuali hari Jumaat premis hanya
dibuka dari jam 7.00 pagi hingga12.00 tengah hari dan hanya dibuka semula
pada jam 9.00 hingga 11.00 malam. Para pekerja pula memulakan tugas
mereka bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bagi giliran bekerja siang,
manakala bagi giliran bekerja malam akan bermula pada jam 4.00 hingga 11.00
malam. Pada masa selebihnya, perniagaan akan diuruskan oleh beliau dan
adiknya.
11
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Penetapan masa perniagaan ini amat penting supaya para pelanggan
tahu masa untuk mengunjungi premis perniagaan. Masa perniagaan yang telah
ditetapkan juga membantu para pekerja membuat perancangan mereka. Selain
itu, masa yang tetap untuk membuka dan menutup perniagaan juga dapat
mengelak atau menjimatkan bayaran lebih masa kepada pekerja-pekerjanya.
Pengurusan wang juga penting dalam menguruskan dan
mengembangkan perniagaan. Seseorang peniaga mesti cekap dan bijak
mengawal dan menguruskan wang yang merupakan nadi bagi perniagaan.
Seboleh mungkin dia harus berbelanja minimum untuk mendapatkan keuntungan
maksimum. Peniaga yang mempunyai kedai kecil dengan modal kecil tetapi
mampu mendapat untung besar, lebih pintar daripada peniaga besar yang hanya
mendapat untung yang sama dengan beliau.
Oleh itu beliau perlu bijak berbelanja mengikut senarai kepentingan dan
keutamaan berdasarkan kemampuan perniagaannya. Beliau juga sentiasa
memastikan wang yang ada hanya digunakan untuk keperluan perniagaan dan
bukan berbelanja sesukanya untuk keperluan peribadi.
Beliau sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah: berjimat cermat
dan tidak mebazir, seperti berbelanja atau membeli barangan yang tidak perlu.
Stok barangan yang dibeli adalah mengikut citarasa pengguna supaya modal
tidak terikat dengan stok yang kurang laris. Beliau perlu mengambil langkah
bijak memutarkan wang atau modal perniagaannya untuk mendapatkan hasil
daripada jualan bagi membiayai perbelanjaan.
Beliau juga harus sentiasa peka dengan kedudukan aliran tunainya.
Dalam pada itu, kejayaan sesebuah perniagaan tidak semestinya
bergantung kepada besarnya modal yang disumbangkan atau kecanggihan
teknologinya, tetapi kebijaksanaan individu menguruskan perniagaan atau
jualan juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah perniagaan. Hasil dan keuntungan yang dicapai daripada
penjualan merupakan aset penting yang akan terus membawa kemajuan kepada
sesebuah perniagaan.
12
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Dalam hal ini, pelanggan adalah aspek yang perlu diberikan perhatian
istimewa. Hubungan baik dengan pelanggan besar ertinya dalam meningkatkan
lagi hasil jualan. Kejayaan perniagaan memerlukan komitmen daripada kedua-
dua pihak.
Untuk mencapai tujuan itu, beliau dan para pekerjanya sentiasa
mengamalkan budaya mesra pelanggan. Mereka perlu bijak berkomunikasi
dengan pelanggan agar dapat mamahami tabiat pelanggan dalam membuat
keputusan terhadap sesuatu pembelian. Ini amat penting untuk membantu
mereka mempengaruhi pembelian seseorang pelanggan.
Apatah lagi mereka menyedari kepentingan pelanggan serta peranan
mereka yang akan secara tidak langsung akan turut menyumbang kepada
kemajuan perniagaan mereka. Selain itu pelanggan juga boleh menjadi salah
satu daripada cabang iklan atau promosi. Para pelanggan yang berpuas hati
akan membantu mempromosikan perniagaan mereka kepada rakan-rakan
pelanggan yang lain akan kelebihan dan keistimewaan premis yang mereka
kunjungi.
Beliau dan para pekerja sentiasa mengamalkan sikap bersopan-santun
dengan pelanggan kerana pelanggan-pelanggan suka dilayan dengan baik.
Mereka akan memastikan semua pelanggan mendapat layanan yang sama rata,
adil dan mesra kerana semua pelanggan mereka berhak mendapat layanan dan
perkhidmatan yang terbaik dari mereka.
Mereka juga mengutamakan keselesaan dan keselamatan pelanggan
semasa berada di premis mereka. Mereka sentiasa memastikan lantai kedai
sentiasa bersih, peralatan disusun berasaskan kemudahan dan keselamatan
pelanggan dan ruang untuk berjalan yang tidak terlalu sempit untuk
memudahkan pergerakan pelanggan semasa memilih dan membuat urusan di
premis mereka.
Susun atur juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan
perniagaan barangan. Susun atur yang sistematik akan memudahkan para
pelanggan membuat pemilihan barangan yang hendak dibeli. Selain itu ianya
juga akan memudahkan peniaga menguruskan barangan jualan.
13
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Untuk mencapai hasrat ini, beliau telah mengambil langkah menyusun
atur barangan di kedai beliau dengan menyediakan ruangan khas bagi setiap
jenis barang yang diniagakan. Di bahagian hadapan kedai, disediakan rak untuk
akhbar dan majalah serta kaunter untuk membuat pembayaran. Begitu juga
dengan almari dan papan pameran peralatan telekomunikasi turut diletakkan di
bahagian hadapan kedai untuk tujuan promosi serta memberikan kemudahan
kepada para pelanggan menjalankan urusan jual-beli. Ini beralasan, pelanggan
14
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
akhbar dan majalah serta peralatan komunikasi tidak memerlukan masa yang
panjang untk membuat pemilihan pembelian mereka.
Sebaliknya di bahagian belakang, disediakan perkhidmatan fotostat,
menjilid, binding dan laminating serta ditempatkan pelbagai pilihan alat tulis dan
kertas pembungkusan serta lain-lain alatan yang berkaitan dengannya. Ini
dilakukan beralasan pengurusan pelanggan dibahagian ini memerlukan masa
yang lebih lama kerana para pelanggan biasanya memerlukan masa yang agak
lama untuk membuat pemilihan pembelian di samping masa yang diperlukan
untuk melakukan perkhidmatan fotostat, menjilid dan lain-lain.
1.5. Kemudahan dan Bantuan Perniagaan yang Digunakan dan yang
Diperolehi
15
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Seorang peniaga memerlukan barbagai-bagai bentuk bantuan
perniagaan. Antara bentuk-bentuk bantuan perniagaan adalah seperti
perkhidmatan bank, pengangkutan, perhubungan, insurans, pengiklanan,
pembungkusan dan pergudangan. Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah
sebahagian aktiviti perdagangan.
1.5.1. Perkhidmatan Bank
Bank memainkan peranan penting membantu peniaga dan usahawan
dalam aspek kewangan. Bank perdagangan ialah institusi kewangan yang
menyimpan wang, memberi pinjaman, dan menyediakan pelbagai perkhidmatan
kepada peniaga. Antara kemudahan yang ditawarkan ialah :
a. Memberi kemudahan simpanan kepada pelanggannya seperti akaun
simpanan, akaun semasa dan akaun deposit tetap.
b. Membayar dan menerima wang bagi pelanggannya yang mempunyai akaun
semasa melalui pembayaran secara cek.
c. Memberi kemudahan pinjaman jangka pendek dan jangka panjang dan
overdraf. Draf bank membolehkan peniaga membayar hutang kepada
mereka yang tidak mahu menerima cek.
d. Menyediakan peti simpanan selamat supaya pelanggannya dapat
menyimpan dokumen-dokumen penting dan harta benda seperti barang
kemas.
e. Menyediakan peti simpanan malam untuk membolehkan para pelanggan
pemegang akaun semasa menyimpan wang ke dalam bank selepas waktu
urusan bank.
f. Menyediakan kemudahan kad kredit supaya pemegangnya dapat membeli
barang-barang atau perkhidmatan tanpa membayar tunai semasa membeli.
g. Memberi nasihat kewangan kepada pelanggan dalam pelaburan perniagaan.
h. Memberi perkhidmatan kad ATM supaya pelanggan boleh memasuk,
mengeluar dan memindahkan wang secara layan diri.
i. Memberi kemudahan perkhidmatan pindahan kredit supaya pelanggan boleh
membuat pembayaran melalui bank.
16
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Selain pinjaman sebanyak RM5000 daripada Bank Simpanan Nasional untuk
mengembangkan lagi perniagaan beliau, En. Azman juga telah menggunakan
perkhidmatan akaun semasa MAYBANK bagi memudahkan beliau menjalankan
urusan perniagaannya, Perkhidmatan akaun semasa yang diberikan oleh pihak
bank adalah sangat penting kepada usahawan atau peniaga dalam menjalankan
urusniaga mereka. Dengan adanya akaun semasa usahawan atau peniaga
boleh membuat pembayaran atau menerima bayaran dengan cek.
Cek adalah arahan bertulis daripada pemegang akaun semasa yang
mengarahkan pihak bank membayar sejumlah wang daripada akaunnya kepada
pihak lain. Antara kebaikan menggunakan cek ialah :
a. Peniaga tidak perlu membawa wang tunai yang banyak kerana bayaran
hutang dan perbelanjaan boleh dilakukan dengan cek.
b. Dapat mengelakkan risiko kecurian kerana peniaga tidak perlu menyimpan
wang yang banyak di kedai.
c. Bayaran yang dibuat dengan cek juga akan tercatat dalam penyata bank. Ini
boleh dijadikan sebagai bukti bayaran.
d. Pembayaran dengan cek juga selamat kerana cek boleh dipalang.
Beliau juga menggunakan kemudahan kad kredit MAYBANK untuk
memudahkan lagi urusan pembayaran stok barangan yang dibeli untuk
dijual di premis beliau. Selain itu beliau juga menggunakan kemudahan
perkhidmatan ATM MAYBANK bagi memudahkan pengeluaran, penyimpanan
dan pemindahan wang samada untuk kegunaan sendiri mahupun untuk
kepentingan perniagaan beliau.
1.5.2. Pengangkutan
Merupakan salah satu bantuan perniagaan yang penting kerana
berperanan ;
a. Memudahkan pengangkutan dan pemindahan barang-barang
17
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
b. Memperluaskan pasaran barang-barang dagangan
c. Menambahkan hasil perniagaan
d. Menjimatkan masa kerana barang-barang dapat diangkut dengan cepat ke
destinasinya
e. Mengurangkan pembaziran
f. Mempelbagaikan pilihan
g. Mengurangkan keperluan modal dan kos menyimpan stok
h. Menstabilkan harga pasaran
i. Menambahkan mobiliti buruh
j. Membantu pembangunan Negara
k. Mewujudkan peluang pekerjaan
l. Mempelbagaikan pilihan.
Antara kemudahan pengangkutan yang diterima oleh beliau ialah
kemudahan pengankutan untuk menghantar akhbar harian ke kedai beliau setiap
pagi, pengangkutan untuk menghantar peralatan stationary dan aksesori
peralatan telekomunikasi, serta kereta beliau sendiri untuk memudahkan beliau
mencari dan mendapatkan stok yang diperlukan di premis beliau.
1.5.3. Perhubungan
Perhubungan ialah penyampaian maklumat secara lisan, bertulis, atau
isyarat. Perhubungan adalah sangat penting dalam menjalankan aktiviti
perniagaan seperti membuat atau membatalkan pesanan, mendapatkan
maklumat dan menghantar dokumen perniagaan dengan segera.
Peranan lain perhubungan dalam perniagaan adalah seperti berikut :
a) Membolehkan para peniaga berhubung antara satu sama lain.
b) Melalui perhubungan segala maklumat dan dokumen perniagaan boleh
dihantar dari satu pihak ke pihak lain dengan cepat dan selamat.
c) Sistem perhubungan yang baik akan melicinkan proses perniagaan dalam
negeri, perniagaan antarabangsa, perkhidmatan bank, perkhidmatan insurans
dan perkhidmatan pengangkutan.
d) Mengetahui keadaan pasaran
18
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
e) Menerima dan menyampaikan kamlumat
f) Memudahkan pentadbiran dan kawalan perniagaan.
Antara jenis perhubungan yang biasa digunakan dalam aktiviti perniagaan
ialah :
a) Perkhidmatan mel
b) Perkhidmatan kurier
c) Telefon
d) Telegraf
e) Teleks
Dalam menjalankan urusan surat – menyurat berkaitan perniagaan,
insurans, urusan-urusan dengan institusi kewangan dan pihak akhbar harian dan
mingguan, beliau selalunya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad.
Manakala bagi memudahkan serta menyelesaikan masalah berkaitan
pesanan stok beliau lebih selesa menggunakan perkhidmatan telefon, sesuai
dengan premis beliau yang menjalankan perkhidmatan atau perniagaan
peralatan telekomunikasi.
1.5.4. Insurans
Dari segi pengurusan risiko pula, beliau tidak menginsuranskan
perniagaan beliau, dengan alasan pihak insurans tidak berminat untuk membuka
polisi insurans bagi premis perniagaan peralatan telekomunikasi. Beliau hanya
membayar polisi insurans untuk dirinya sahaja melalui polisi ‘Takaful MediAssist
Prudential BSN’. Manakala polisi insurans untuk kenderaan diambilnya daripada
polisi perlindungan kereta motor ‘CIMB’. Polisi insurans untuk para pekerjanya
juga tidak diambil. Jelas beliau meletakkan perniagaan serta dirinya dalam risiko
yang tinggi.
Polisi insurans merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan
yang boleh memberikan keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara
yang tidak diingini. Antara risiko-risiko yang sering dihadapi dalam perniagaan
adalah seperti risiko kehilangan nyawa, risiko kemalangan, risiko kerosakan
19
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
harta benda dan risiko kehilangan harta benda. Insurans amat penting dalam
perniagaan dan kepada usahawan itu sendiri. Antara peranan insurans:
Memberi perlindungan kepada peniaga ke atas pelbagai jenis risiko
perniagaan seperti kebakaran, kecurian, kerosakan stok, pecah amanah dan
kemalangan
Mengurangkan beban dan mengurangkan kerugian yang mana peniaga
yang ditimpa bencana akan menerima pampasan. Ini dapat mengurangkan
beban peniaga dalam usahanya membina semula perniagaan.
Memberikan keyakinan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan
kerana dia tahu bahawa perniagaannya dilindungi.
Peniaga berani menjalankan perniagaanya secara besar-besaran kerana ada
perlindungan insurans
Polisi insurans perlindungan pekerja pula akan melindungi majikan daripada
tuntutan gantu rugi oleh pekerjanya yang tercedera semasa menjalankan
tugas
Insurans kenderaan motor pula membolehkan peniaga menggunakan
kenderaan untuk menjalankan kegiatan perniagaan masing-masing. Ini
kerana semua pihak dilindungi jika berlaku sesuatu kemalangan.
1.5.5. Pengiklanan
Pengiklanan adalah cara untuk memperkenalkan sesuatu jenis barangan
atau perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan:
mempertingkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan
memperingatkan barangan dan perkhidmatan yang sedia ada
memperluaskan pasaran
melariskan jualan
memberitahu maklumat terbaru
mengekalkan nama baik jenamanya
Pengiklanan boleh dibahagikan kepada 3 jenis seperti yang berikut:
20
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Iklan Penerangan: hanya menyampaikan penerangan atau maklumat
mengenai sesuatu jenis barangan atau perkhidmatan dengan tidak
memujuk orang ramai membelinya.
Iklan Pertandingan: Ianya juga dikenali sebagai iklan persaingan yang
digunakan oleh usahawan atau peniaga yang menjual barangan yang
sama jenis tetapi dari jenama yang berlainan.
Iklan Memujuk : Ianya menggunakan pelbagai cara untuk memujuk
pengguna supaya mereka membeli barangan yang diiklankan.
Media pengiklanan yang biasa digunakan adalah seperti :
a) surat khabar dan majalah
b) radio dan televisyen
c) poster dan papan tanda
d) risalah, catalog, dan surat edaran
e) peragaan, pameran dan pertunjukan
f) lampu neon
g) sample.
Pemilihan media pengiklanan pula bergantung kepada:
a. Kos : Pengiklanan melalui televisyen lebih mahal daripada majalah atau
surat khabar.
b. Jenis barangan : Contohnya alat-alat solek dan pakaian wanita adalah
lebih baik diiklankan dalam majalah wanita.
c. Liputan Pengiklanan : Jika untuk sesuatu golongan atau kawasan maka
media seperti poster, pameran, pertunjukan, peragaan, katalog atau
sample adalah sesuai.
d. Jenis Pengguna : Media digunakan mengikut kesesuaian sasaran
pasaran seperti untuk kanak-kanak, muda-mudi dan wanita.
Media yang baik untuk tujuan pengiklanan adalah yang:
a. Murah tetapi berkesan
21
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
b. Sesuai dengan jenis pengguna yang menjadi sasaran atau yang hendak
dihubungi
c. Boleh meliputi kawasan yang luas.
Dari segi pengiklanan, beliau bergantung sepenuhnya kepada iklan yang
dibuat oleh pihak syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi yang sentiasa
menayangkan pelbagai iklan yang berkaitan dengan produk keluaran atau
perkhidmatan syarikat mereka sama ada di televisyen, radio, akhbar, majalah,
atau iklan-iklan yang berbentuk papan tanda, poster, risalah, catalog dan
sebagainya.
Pihak syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi sentiasa menyediakan
serta menghantar atau membekalkan pelbagai risalah, catalog atau lain-lain
bentuk iklan barangan keluaran syarikat yang terbaru, memaklumkan tentang
model-model peralatan telekomunikasi terkini, tawaran harga yang dibuat serta
perisian-perisian yang terkandung padanya serta pelbagai tawaran hebat dan
menarik yang disediakan khas untuk pelanggan ke premis beliau.
Ini memudahkan beliau menyampaikan iklan-iklan tersebut kepada para
pelanggan tanpa memerlukan banyak penerangan. Sebaliknya risalah dan
catalog tersebut telah memadai sebagai keterangan kepada pelanggan dan
dapat membantu pelanggan membuat keputusan untuk melakukan pembelian.
1.5.6. Pembungkusan
Pembungkusan adalah penggunaan bekas, sarung, atau pembungkus
untuk melindungi dan menambahkan lagi nilai sesuatu keluaran. Pembungkusan
menjadikan sesuatu sesuatu barangan itu lebih menarik dan memberikan imej
yang lebih baik kepada barangan.
Biasanya pembungkusan mengandungi pelbagai maklumat yang boleh
membantu mendapatkan faedah maksimum daripada keluaran itu. Di samping
itu barangan yang dibungkus juga lebih mudah disimpan sekiranya tidak habis
digunakan.
22
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Antara tujuan pembungkusan dari segi aspek pemasaran ialah :
a. mempunyai daya penarik
b. lebih mudah disimpan
c. lebih mudah dipegang atau dibawa
d. harga yang berpatutan
e. dapat melindungi barangan keluaran daripada sebarang kejadian kerosakan
terutama semasa diedarkan
Ciri-ciri pembungkusan yang baik bergantung kepada beberapa faktor
Seperti :
a. Cara mengangkut barangan tersebut.
b. Jangka masa sesuatu keluaran itu perlu berada di dalam bungkusan.
c. Peranan promosi yang dimainkan oleh cara pembungkusan.
Keperluan asas pembungkusan dari sudut pandangan penguna pula
antaranya :
a. Barangan lebih tahan lama
b. Lebih cantik dan menarik
c. Saiz bungkusan yang bersesuaian
d. Senang dibuka dan ditutup
e. Senang untuk disimpan
Keperluan asas pembungkusan dari sudut pandangan pengeluar ialah :
a. Lebih mudah untuk disimpan dan diatur tanpa memerlukan ruang yang
banyak atau besar
b. Bahan yang digunakan untuk tujuan pembungkusan tahan lama
c. Kos pembungkusan yang murah
d. Menarik
Hampir keseluruhan barangan di premis beliau iaitu pelbagai peralatan
telekomunikasi dan peralatan stationari mendapat kemudahan perkhidmatan
pembungkusan.
23
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
1.5.7. Pergudangan
Pergudangan merupakan tempat barang-barang disimpan buat sementara
sebelum ianya diagihkan. Antara peranan pergudangan selain daripada sebagai
tempat menyimpan barang-barang ialah :
a. Mengelakkan kekurangan bekalan : Pergudangan boleh menyimpan hasil-
hasil yang bermusim seperti beras dan gandum untuk dibekalkan secara
berterusan sepanjang tahun kepada para pengguna.
b. Menstabilkan harga : Untuk mengimbangi penawaran dan permintaan ,
dengan mengawal aliran masuk barangan ke dalam pasaran supaya tidak
berkurangan. Harga barangan akan meningkat sekiranya barangan di
pasaran kurang dan sebaliknya harga akan jatuh sekiranya barangan di
pasaran berlebihan.
c. Membantu proses pengagihan : Sesetangah barang kilang hanya dikeluarkan
di tempat yang tertentu sahaja. Pergudangan akan dapat membantu
pengilang menyimpan barang-barang sehingga dihantar ke tempat-tempat
lain.
d. Mengelakkan kesesakan ruang di kilang
e. Barang-barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan
daging dapat disimpan di kilang yang berhawa dingin.
f. Memudahkan kerja pemborong memecahkan pukalnya digudang. Selain itu
kerja-kerja seperti menggred, menimbang dan melabelkan barang-barang
dilakukan digudang sebelum barang-barang tersebut diagihkan.
Dalam hal ini, sehingga hari ini, premis beliau masih belum memerlukan
gudang khas untuk penyimpanan stok. Ini adalah kerana dengan kemudahan
perhubungan dan pengankutan hari ini, stok barangan yang diperlukan amat
mudah diperolehi. Oleh itu, semua stok barangan adalah diletakkan atau
dipamerkan terus di premis beliau. Ini juga dapat menjimatkan kos penyimpanan
stok yang terpaksa ditanggung oleh beliau.
1.5.8. Kemudahan Kredit
24
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Encik Azman juga diberikan kemudahan kredit oleh pihak pembekal
khususnya terhadap stok alat tulis (stationary) dan aksesori peralatan
telekomunikasi. Beliau telah diberikan kemudahan kredit selama sebulan untuk
membayar stok barangan berkaitan yang dibekalkan atau dihantar ke premis
beliau. Namun barangan seperti telefon bimbit dan kad telefon mesti dibayar
tunai setiap kali.
1.5.9. Pinjaman Perniagaan
Antara kemudahan pinjaman yang digunakan atau diperolehi oleh En.
Azman ialah kemudahan pinjaman daripada Bank Simpanan Nasional sebanyak
RM5000.00.
Selain itu, beliau juga telah diberikan kemudahan pinjaman yang
disalurkan melalui badan politik, melalui program TEKUN. Melalui program ini
beliau telah diberikan pinjaman permulaan sebanyak RM5000.00. Setelah
pembayaran dibuat, beliau diberikan pinjaman peringkat kedua sebanyak
RM10,000.00 dan pinjaman peringkat ketiga sebanyak RM20,000.00.
Pinjaman-pinjaman ini , begitu besar maknanya kepada beliau untuk terus
mengembangkan perniagaan beliau sehingga Berjaya menjadi seorang
usahawan muda yang begitu berjaya hari ini. Kejayaan beliau ini bukan sahaja
memberikan manafaat kepada beliau secara sendiri sahaja, bahkan juga turut
dikongsi bersama oleh keluarga beliau khususnya adik beliau yang turut sama
mengusahakan perniagaan beliau, disamping para pekerja beliau yang turut
mendapat peluang pekerjaan di premis beliau.
2. Kaedah yang digunakan oleh perniagaan ini untuk mempromosikan
perniagaannya.
25
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Promosi ialah proses untuk memberitahu atau memaklumkan kepada
orang ramai tentang sesuatu perkara. Tujuan promosi adalah untuk
memberitahu, menyedarkan, dan memujuk pengguna tentang keistimewaan
sesuatu barang atau perkhidmatan supaya ada permintaan terhadapnya.
Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh promosi. Antara peranan
promosi ialah :
1. Memperkenalkan barang atau perkhidmatan yang ada atau baru ada di
pasaran. Pengguna akan dimaklumkan tentang jenama, jenis, kuantiti dan
kegunaan barang itu.
2. Memujuk dan mempengaruhi pengguna : Promosi akan menyatakan
kelebihan dan keistimewaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk
mempengaruhi dan memujuk pengguna mendapatkan barang atau
perkhidmatan yang dipromosikan.
3. Mewujud serta meningkatkan permintaan atau pembelian terhadap sesuatu
barangan oleh pengguna.
4. Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan : Keberkesanan promosi
akan dapat menarik minat pengguna seterusnya meningkatkan jualan dan
keuntungan.
5. Meluaskan pasaran barang dan perkhidmatan : Pengguna akan mengetahu
maklumat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Pemahaman
pengguna tentang produk, memudahkan pengeluar memasarkan produk
mereka dan seterusnya meluaskan pasaran.
6. Menonjolkan kelebihan barangan atau perkhidmatan yang disediakan :
Promosi membantu pengeluar menerangkan tentang kebaikan dan kelebihan
produk yang dihasilkan berbanding produk lain. Ini akan menarik minat
pengguna untuk mendapatkan produk berkenaan.
7. Mengekalkan pasaran sesuatu barang atau perkhidmatan : Promosi
berterusan atau berulang-ulang membantu sesuatu produk kekal di pasaran.
Misalnya apabila disebut ubat gigi, orang kampong akan menyebut ‘Colgate’
walaupun sebenarnya ianya adalah suatu jenama ubat gigi.
26
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Terdapat beberapa cara perniagaan ini mempromosikan barangan
antaranya :
2.1. Tawaran Istimewa
Beliau sering memberikan tawaran harga istimewa kepada para
pelanggannya terutama kepada pelajar-pelajar sekolah. Tawaran yang diberikan
sama ada yang berbentuk potongan harga yang lebih murah dari biasa terhadap
barangan peralatan telekomunikasi mahupun pemberian harga istimewa khas
kepada murid-murid sekolah terhadap perkhidmatan fotostat mahupun aksesori
atau kelengkapan peralatan telefon.
Selain itu, pelbagai peralatan telekomunikasi yang dijual di premis beliau
juga sentiasa ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding dengan
harga yang ditawarkan di tempat-tempat lain.
2.2. Iklan
Beliau juga menggunakan sepenuhnya papan iklan manual dan juga
sepanduk-sepanduk yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembekal untuk
dipamerkan di premis beliau, yang bertujuan untuk memberitahu maklumat atau
tawaran daripada syarikat-syarikat peralatan telekomunikasi seperti Celcom,
Maxis, Nokia, Motorola dan lain-lain. Ini jelas amat membantu meningkatkan
penjualan pelbagai peralatan tersebut di premis beliau.
Selain itu , beliau dan para pekerja sentiasa memberikan maklumat
kepada para pelanggan tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti
mutunya, kelengkapan atau perisian di dalamnya, cara penggunaan, tujuan
sesuatu iklan atau kempen yang disebarkan oleh syarikat-syarikat yang
berkaitan dengan perniagaan beliau untuk memastikan iklan-iklan yang
disebarkan itu dapat diketahui dan difahami dengan mendalam dan sebenarnya
oleh pelanggan yang ditujukan.
Risalah dan katalog yang dibekalkan oleh pihak syarikat pengeluar
peralatan telekomunikasi juga sentiasa diedarkan oleh beliau kepada pelanggan
27
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
agar dapat memberitahu maklumat barangan kepada pelanggan, seterusnya
menarik perhatian pelanggan untuk melakukan pembelian.
2.3. Demostrasi
Demonstrasi menunjukkan kegunaan barangan juga sering dibuat
khususnya terhadap barangan atau peralatan yang baru diperkenalkan oleh
syarikat-syarikat pembekal. Ini adalah supaya para pelanggan akan tertarik
kepadanya, di samping menarik pelanggan-pelanggan yang masih baru dalam
penggunaan peralatan telekomunikasi serta belum begitu mahir dalam
menggunakan peralatan yang sememangnya sentiasa berubah dan semakin
canggih setiap masa. Pelanggan juga akan berasa lebih yakin terhadap
keputusan pembelian mereka, yang akan dapat memberikan kepuasan serta
manafaat sepenuhnya kepada mereka sebagaimana yang mereka ingini.
3. Apakah cadangan anda untuk memperbaiki, mempertingkatkan dan
memajukan lagi perniagaan ini pada masa akan datang.
3.1. Pengurusan Stok
En. Azman perlu lebih bijak menguruskan stok. Pemeriksaan dan
kemaskini buku stok perlu sentiasa dilakukan bagi menentukan nilai stok yang
masih ada untuk berurus niaga.
Setiap urusniaga mesti direkodkan dengan cara yang sistematik
menggunakan buku stok. Satu muka surat digunakan untuk merekodkan satu
barang. Ini penting untuk memudahkan beliau untuk sentiasa mengetahui
jumlah barangan yang telah dijual, baki yang tinggal, jenis stok bergerak pantas
dan jenis stok perlahan. Ini penting untuk memudahkan urusan membuat
pesanan kerana tidak perlu lagi membuat pengiraan stok.
Beliau juga perlu peka dengan stok yang bergerak pantas di samping
peka dengan permintaan pelanggan agar stok barangan tersebut sentiasa
28
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ini akan membantu beliau
menjimatkan kos pengangkutan dan masa yang terpaksa dihabiskan untuk
mendapatkan stok yang diperlukan setiap hari seperti sekarang.
Angka maksimum stok adalah juga penting untuk memastikan modal tidak
terikat dalam stok yang tidak diperlukan dan juga ruang bilik stor tidak digunakan
sebarangan. Dengan ini beliau akan dapat menggunakan sumber modalnya
dengan benar-benar berkesan demi untuk mendapatkan keuntungan kepada
perniagaan beliau dan bukan dihabiskan kepada perbelanjaan yang tidak perlu
atau kepada perbelanjaan yang sebenar dapat dielakkan atau sekurang-
kurangnya dapat dijimatkan.
3.2. Pengurusan Masa
Beliau dan para pekerjanya harus sentiasa menepati masa bekerja dan
masa memulakan dan masa tamat aktiviti perniagaan di premis beliau. Masa
memulakan premis mestilah dimaklumkan kepada pelanggan dengan cara yang
paling berkesan agar para pelanggan sedar akan masa premis dibuka dan
ditutup dengan pasti. Ini membantu mereka untuk datang membuat urusan di
premis beliau.
Beliau juga perlu memastikan operasi premis akan dapat dijalankan pada
masa yang ditetapkan setiap kali. Ini untuk mengelakkan ada pelanggan yang
kecewa kerana gagal mendapatkan perkhidmatan tepat pada masanya terutama
masa memulakan perniagaan pada waktu pagi.
Ketepatan waktu menyiapkan perkhidmatan fotostat juga perlu diambil
perhatian. Segala keperluan pelanggan mestilah disiapkan tepat pada waktu
dengan apa cara sekali pun. Sebarang alasan kegagalan menyiapkan tempahan
pelanggan, amatlah tidak digalakkan dan mungkin akan mengakibatkan
perniagaan akan kehilangan pelanggan.
3.3. Menyediakan papan tanda
Papan tanda perniagaan mestilah lebih menarik. Sebaiknya
menggunakan penataan warna yang lebih terang yang mampu merangsang
29
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan
yang dijalankan. Papan tanda juga mestilah menerangkan lebih jelas akan
segala perkhidmatan atau perniagaan yang ditawarkan di premis beliau.
Ciri-ciri keselamatan juga perlu diambil kira dan diberikan perhatian.
3.4. Menjaga imej perniagaan
Imej perniagaan mestilah sentiasa dijaga. Kebersihan kedai mestilah
dijaga dan diutamakan. Barang-barang jualan janganlah dibiarkan berhabuk
supaya sentiasa nampak baru. Begitu juga dengan rak dan lain-lain tempat
penempatan stok untuk jualan.
Tanda harga yang diletakkan pada barangan juga mestilah jelas
dan tidak mengelirukan para pelanggan. Ini penting agar pelanggan dapat
membuat perbandingan harga barangan berbanding dengan harga yang
ditawarkan di premis lain. Ini juga akan dapat mempengaruhi pelanggan untuk
membuat pembelian di premis beliau samping mengira kos yang harus mereka
bayar untuk memiliki barangan.
Keadaan kedai juga mestilah terang, dengan cahaya yang mencukupi di
setiap ruangan supaya para pelanggan mudah dan selesa untuk mencari barang
yang hendak dibeli.
Beliau dan para pekerja juga patut menjaga imej diri. Pastikan gaya
penampilan, gaya percakapan dan pergaulan menepati budaya dan nilai-nilai
masyarakat setempat pada setiap masa. Ini penting supaya semua pelanggan
tanpa mengira umur, bangsa, agama dan status sosial selesa mengunjungi
premis beliau.
3.5. Melayan pelanggan dengan baik
Pelanggan perlu dilayan dengan baik seperti memberikan layanan yang
sama rata, dilayan mengikut giliran dan dilayan dengan sopan-santun.
Tunjukkan kepada pelanggan bahawa mereka adalah orang yang penting dan
kita benar-benar menghargai kedatangan mereka ke premis kita. Cuba
selesaikan keperluan pelanggan sedaya upaya agar mereka mendapat
30
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
perkhidmatan yang terbaik dan berkesan dan dalam jangka waktu yang paling
cepat.
3.6. Menyediakan peruntukan susut nilai
Beliau perlu menyediakan peruntukan susut nilai ke atas harta-harta yang
digunakan seperti kenderaan, perabot dan kelengkapan perniagaan di premis
beliau. Peruntukan ini boleh digunakan untuk membeli harta baru untuk
menggantikan harta yang lama apabila diperlukan.
3.7. Pengurusan Risiko
Beliau patut mengambil tindakan segera menginsuranskan perniagaan
beliau. Ianya bukan sahaja menjamin dapat masa depan perniagaan bahkan
juga mampu memberikan keyakinan dan keselesaan kepada beliau untuk terus
memaju dan memperbesar lagi perniagaannya kerana beliau akan cukup pasti
bahawa perniagaannya dilindungi dan beliau akan diberikan ganti rugi yang
setimpal jika berlaku sebarang bentuk kerugian.
Begitu juga dengan kemalangan yang menimpa pekerjanya semasa
bekerja, sebarang kecelakaan atau kecederaan yang berlaku akan dilindungi
sepenuhnya oleh polisi insurans. Ini dapat mengelakkan bebanan ganti rugi
yang akan terpaksa beliau belanjakan untuk membayar sebarang pampasan
yang dikenakan.
Selain itu, alat pemadam api juga patut ditempatkan di premis beliau untuk
menghadapi risiko kebakaran, Ini penting sebagai langkah berjaga-jaga serta
untuk tindakan awal pencegahan risiko kebakaran oleh beliau dan para pekerja.
Dengan ini, risiko kebakaran yang boleh mengakibatkan kerugian akan dapat
dielakkan atau sekurang-kurangnya dapat meminimakan risiko atau kerugian
yang bakal ditanggung.
3.8. Perkhidmatan Selepas Jualan
31
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
Perkhidmatan selepas jualan juga patut disediakan seperti setahun
jaminan ke atas pembelian telefon bimbit yang baru, atau sebulan jaminan ke
atas telefon bimbit terpakai yang dibeli dari premis beliau. Jaminan boleh
melibatkan penggantian semula telefon atau perkhidmatan membaikpulih telefon
yang rosak.
3.9. Mempunyai Disiplin Diri
Sebagai seorang peniaga, beliau harus mengamalkan sikap berjimat-
cermat , tekun, jujur dan sentiasa berminat untuk terus membangun dan
memajukan perniagaan. Imej perniagaan dan para pekerja hendaklah sentiasa
dijaga. Kebersihan peribadi mereka amat penting supaya semua pelanggan
yang berkunjung ke premis beliau berasa selamat dan selesa dilayan.
3.10. Mengamalkan Etika Perniagaan Islam
Dua etika utama dalam perniagaan ialah adil dan ihsan. Peniaga harus
bersikap jujur, menjauhi riba, unsur -unsur perjudian serta mengelakkan daripada
terlibat dengan perniagaan atau perkhidmatan yang haram. Begitu juga, elakkan
menggunakan cara yang kotor dah haram dalam perniagaan.
Islam tidak melarang peniaga mencari untung dalam perniagaan tetapi
untung yang diperolehi hendaklah pada kadar yang berpatutan dan bukan
untung maksimum atau cekik darah. Jangan juga menangguk di air keruh.
Dalam Islam, perhubungan ekonomi disifatkan sebagai perhubungan
moral. Pada umumnya , perniagaan dalam Islam bermatlamatkan memenuhi
keperluan seseorang secara sederhana, menyara keluarga dan membantu anak
cucu, membuat peruntukan bagi menghadapi sebarang kecemasan dan yang
paling penting memberi khidmat kepada masyarakat.
Rumusan
Tugasan ini jelas dapat menggambarkan betapa tanggungjawab
menguruskan perniagaan adalah suatu tanggungjawab yang berat. Ianya
32
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
memerlukan sepenuh komitmen dan minat yang mendalam daripada seseorang
pengusaha untuk memastikan perniagaan yang mereka usahakan berjaya.
Bagi mencapai matlamat ini, seluruh usaha, fikiran, tindakan,
perbelanjaan yang mereka lakukan mestilah semata-mata untuk menjayakan
atau atas kepentingan perniagaan, bukan untuk kepentingan individu.
Sehubungan itu, suatu perancangan perniagaan yang rapi dan sistematik
perlu mereka lakukan. Mereka juga perlu mendapatkan segala bantuan dan
kemudahan yang diperlukan oleh perniagaan mereka demi untuk mendapatkan
segala sokongan yang sebaiknya demi merealitikan hasrat mereka untuk
menjayakan segala perancangan perniagaan mereka.
Hari ini, di negeri Kelantan khususnya, dan Malaysia amnya, telah ramai
usahawan dan peniaga bumiputera yang berwibawa muncul menyahut dasar
2020 yang dicita-citakan kerajaan, menjadikan Malaysia dan rakyatnya sebagai
negara maju yang bertunjangkan kepada keusahawanan dan perniagaan, yang
akhirnya akan melahirkan negara Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian
sebagai lambang atau bukti kemajuan negara.
RUJUKAN
1. Prof. Dr. Ansary Ahmed, Prof. Dr. Mansor Fadzil dan Prof. Dr John Arul
Philips;Modul HBLS1203 Perniagaan, Keusahawanan dan Teknologi Rumah
Tangga, Fakulti Pendidikan dan Bahasa OUM; Meteur Doc. Sdn. Bhd.
2. Chiam Min Kiew, Ramlah bt M.Daim, Teo Kim Yong (1992) Bimbingan Fokus
PMR Kemahiran Hidup Bersepadu KBSM (Teras & Pilihan Kemahiran
Manipulatif Tambahan), Polygraphic Marketing Sdn. Bhd. Balakong, Selangor
Darul Ehsan.
3. H.G.Cheah. W. Ng. , A. Zainal (1992) Buku Bantuan PMR Kemahiran Hidup
Bersepadu Bahagian Teras dan Pilihan Pertanian. Baron Production Sdn.
Bhd.
33
HBLS1203 SYED MUHD GHAZALI BIN SYED AHMAD 650823035373
701214035287
4. Tsee Shong Pen dan Yew Siew Yong (2002) Ekonomi Asas Tingkatan 4.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Hypersurf Corporation Sdn. Bhd.
5. Zafir Mohd Makhbul, Mohd Rizal Palili & Ahmad Khairy Ahmad Domil (2004 ).
Mengurus Perniagaan. Kuala Lumpur.
34
Recommended